RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


KOMPLOT - RAJA AZMI MAHU SAMAN

Posted: 25 Aug 2011 12:48 AM PDT

Setelah dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara Roslin Hashim, 35, pada 19 Ogos lalu... penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, mendedahkan ada komplot mahu menjatuhkan maruah keluarganya sekaligus menegaskan untuk menyaman tiga individu yang disyakinya itu.

"Konspirasi itu didalangi oleh tiga individu yang terdiri daripada bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, seorang ahli keluarga terdekat saya sendiri dan seorang tokoh sukan berpengaruh bergelar Datuk.

"Selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu dan sudah berbincang dengan peguam dan keluarga, saya rasa tindakan untuk menyaman tiga individu berkenaan adalah keputusan paling wajar.

"Saya akan heret mereka ke mahkamah untuk mendedahkan kebenaran dan memulihkan nama dan reputasi saya. Bukan saya mahu mengaibkan mereka atau memanjangkan kes ini tetapi untuk menyedarkan mereka atas fitnah dan penganiayaan yang dikenakan," katanya dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

"Saya sebenarnya sudah berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Norhayati atas tuduhan tersebut pada tahun lalu lagi tetapi terpaksa dilupakan selepas dihalang oleh suami, atas alasan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

"Namun, kenapa dia sendiri yang mahu memanjangkan kes ini sehingga memaksa saya mengambil keputusan ini (saman)," tambahnya.

"Saya sudah bersedia dan tidak takut untuk menghadapinya (saman). Pada saya, tiada kuasa yang lebih besar daripada kuasa Allah," Jelasnya apabila ditanya adakah dia benar-benar bersedia untuk meneruskan saman berkenaan memandangkan ia turut melibatkan tokoh sukan berpengaruh.

"Fitnah yang dilemparkan itu sangat besar dosanya. Hanya Allah yang dapat menentukan hukumannya dan akan melindungi orang yang teraniaya. Baru saya sedar betapa sakitnya apabila difitnah.

"Bagaimanapun, Saya tidak menolak kebarangkalian untuk memaafkan individu terbabit di atas fitnah dan tindakan mereka sekiranya mereka bersedia untuk berbuat demikian secara terbuka.

"Kalau dia (Norhayati) mengakui (kesilapan), meminta maaf dan berbaik semula, pasti urusan ini akan menjadi lebih mudah dan tidak perlu turun naik mahkamah untuk membuktikan dia bersalah. Sebagai manusia, saya bersedia menerima maafnya.

"Namun, demi maruah dan reputasi, saman itu akan diteruskan bagi mendapatkan perintah mahkamah agar semua artikel dan laporan sepanjang kes khalwat saya dan Roslin yang diterbitkan di Internet dipadamkan sepenuhnya," katanya dengan linangan airmata.





ZIZAN NAFI BESAR KEPALA

Posted: 24 Aug 2011 02:42 PM PDT

Benarkah Zizan Raja Lawak besar kepala dan berlagak?

Bila diajukan persoalan ini, Zizan kelihatan terkejut dan menafikan perkara tersebut. Katanya dia tak faham apabila dikatakan megah diri dengan apa yang dia perolehi dalam industri hiburan kerana hakikatnya dia masih berpijak di bumi nyata dan tahu asal usul.

"Mungkin ia sekadar tanggapan orang tetapi jujur saya katakan, tiada apa yang perlu saya bangga kerana banyak lagi perkara dalam bidang seni yang perlu saya pelajari," kata Zizan dipetik sebagai berkata.

"Saya juga terkejut apabila dikhabarkan kononnya tidak puas hati kerana gagal bergelar johan dalam pertandingan Maharaja Lawak yang telah pun berlalu pada 25 Jun lalu. Saya harap hal ini tidak dikecohkan lagi dan kalau ada kesilapan yang telah saya lakukan, tegurlah. Maklumlah, kita sebagai manusia tidak boleh elak daripada melakukan kesalahan.

"Maafkan saya jika ada hati yang terluka dengan perangai saya," ujarnya.



Klik untuk imej lebih besar...





BERDAKWAH - ADEEP KELUAR FABULOUS CATS

Posted: 24 Aug 2011 01:46 PM PDT

Mungkin tahun 2011 ini merupakan musim artis insaf dan sekaligus bersara daripada dunia hiburan. Terbaru ialah Adeep (Abdul Mutalib Nahar), daripada kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang nekad meninggalkan bidang nyanyian untuk beralih kepada bidang dakwah.

Ketiadaan Adeep, anggota TFC yang masih ada ialah Cat Farish, Wangi dan Zizi.

"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.

"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seorang lagi anggota TFC iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu," kata Cat Farish, salah seorang ahli kumpulan TFC dipetik sebagai berkata.

"Selepas penarikan diri Adeep, saya belum terfikir untuk mencari ahli baru dan semua keputusan terletak pada pihak syarikat rakamannya, Alibi Music.

"Saya gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadinya itu selepas ini," tambahnya.



Dari kanan: Adeep, Zizi, Wangi dan Cat



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories