RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Yasmin Hani Mula Edar Kad Kahwin

Posted: 12 Oct 2011 08:56 PM PDT

Kad undangan perkahwinan Yasmin dan Sha'arin sudah diedar.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, 32, dan bekas pemain dram Black Rose, Sha'arin Razali telah mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 21 Oktober depan di Duchess Place, Jalan Ampang.

Difahamkan, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi, pada hari yang sama.

Kata Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang merupakan masa yang paling sesuai.

Yasmin Hani

"Saya anggap, kehadiran Sha'arin ibaratnya seperti pelengkap hidup saya.

"Apa-apapun, kami hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan pada hari yang sama," katanya.

mStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna ungu,Rabu.

Walaupun kadnya sederhana, warna ungu lembut itu sahaja telah menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.

Hani akan mengayakan busana dari Qamilla untuk majlis pernikahan manakala bagi majlis persandingan dia akan mengayakan gaun rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat.

Zahiril Adzim Akui Watak Tidak Mencabar Dalam Klip 3GP

Posted: 12 Oct 2011 08:56 PM PDT

Zahiril Adzim

KUALA LUMPUR: Pelakon Zahiril Adzim mengakui wataknya sebagai Eddie dalam filem Klip 3GP tidak begitu mencabar.

Zahiril berkata, walaupun wataknya biasa tetapi peranan itu dekat dengan penonton kerana isu yang digarap oleh pengarah filem tersebut, Aidilfitri Mohd Yunos menggambarkan realiti kehidupan masyarakat sekarang.

Pun begitu, Zahiril berkata dia masih melakukan persediaan sebelum memulakan penggambaran kerana wataknya itu memerlukan dia banyak bermain dengan mimik muka.

"Watak saya di dalam filem itu biasa sahaja tetapi ia dekat dengan penonton kerana isu yang diutarakan adalah mengenai gejala sosial yang berlaku.

"Ia juga masih memerlukan persediaan lengkap kerana kebanyakan babak melibatkan mimik muka saya memerhati komputer selain bermonolog dengan diri sendiri.

"Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat," ujarnya.

Dalam pada itu, Zahiril memberitahu dia kagum dengan bakat pelakon gandingannya di dalam filem terbabit, Mimifly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham.

Katanya, walaupun pertama kali bergandingan dengan Mimifly, dia berasa selesa dan merasakan vokalis kumpulan One Nation Emcees (O.N.E.) itu mempunyai bakat besar.

"Saya kagum dengan bakatnya kerana bukan mudah untuk melakonkan watak Maya dan dia adalah antara gandingan hebat sepanjang melibatkan diri dalam dunia lakonan," ujarnya.

Konsep 'Rock Sufisme' Pilihan Pekin Ibrahim

Posted: 12 Oct 2011 08:55 PM PDT

Pekin Ibrahim bakal muncul dengan album kedua bersama kumpulannya Seven Words.

PETALING JAYA: Bakal muncul dengan album kedua, pelakon berbakat Pekin Ibrahim memberitahu ingin mengetengahkan genre rock Sufisme di dalam album kedua bersama kumpulan Seven Words.

Pekin berkata, kumpulannya memilih konsep rock Sufisme kerana ingin menyuntik elemen keislaman selain ia belum pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan di negara ini.

"Kami setuju dengan konsep rock Sufisme kerana ia agak berlainan dengan jenis muzik rock sedia ada.

"Lagu-lagu di dalam album itu nanti turut menggunakan lirik-lirik berunsurkan ketuhanan,"katanya.

Selain Pekin, Seven Words turut dianggotai oleh Dan (gitar), JD, (bass), Man Tabeh (dram) dan Abe Watanabe (vokal).

Dalam pada itu, Pekin memberitahu setakat ini Seven Words telah merakamkan lebih 60 demo untuk album terbaru itu tetapi masih dalam proses pemilihan lagu terbaik untuk peminat.

Pun begitu katanya, single pertama dari album itu, Perjalananku Ke Langit akan dihantar ke stesen-stesen radio tidak lama lagi.

"Saya tidak sabar untuk memberi peminat mendengar lagu ini kerana ia mempunyai kelainan dari segi muzik selain liriknya yang lebih kepada keislaman.

"Ini juga adalah salah satu cara kami berdakwah dan InsyaAllah dapat menarik minat pendengar khususnya golongan muda," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pekin memberitahu album itu akan dilancarkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Firdaus Enggan Dibayangi Khadijah Ibrahim

Posted: 12 Oct 2011 08:54 PM PDT

Firdaus

PETALING JAYA: Penyanyi baru, Sheikh Mohd Firdaus Amri Sheikh Mohd Fuzi atau Firdaus, 18, enggan kerjaya nyanyian yang ingin dibina itu dibayangi populariti ibu saudaranya, Datuk Khadijah Ibrahim.

Kata Firdaus, dia ingin menunjukkan bakat yang ada pada diri tanpa membabitkan mana-mana pihak dan pada masa sama ingin menunjukkan dia juga mampu menaikkan nama sendiri tanpa menumpang populariti Khadijah serta bapa saudaranya, Latiff Ibrahim.

"Walaupun saya mempunyai ibu dan bapa saudara yang hebat dalam industri muzik tempatan, rasanya tidak mungkin saya akan dibayangi populariti mereka.

"Tambahan pula saya masih baru dan tidak layak untuk berada sebaris dengan kehebatan mereka. Kalau belajar mengenai selok belok dunia hiburan, mungkin ya," katanya.

Tambah Firdaus, dia gembira kerana mempunyai keluarga yang banyak memberi sokongan dalam melaksanakan impiannya sebagai seorang penyanyi profesional.

"Bermula dari penerbitan single lagu saya iaitu, Kamar Sepi dan Bila Cinta, sehinggalah sekarang, keluarga saya sentiasa memberi sokongan, malah mereka juga akan memberi kerjasama jika saya memerlukan bantuan.

"Begitu juga dengan gitaris Man Kidal, dialah yang membawa saya ke dalam industri muzik tempatan ini," ujar peminat Amy (Search) ini.

Mengenai lagu kamar Sepi dan Bila Cinta yang baru sahaja diedarkan di semua stesen radio, kata Firdaus proses rakaman kedua-dua lagu tersebut telah dilakukan di Sydney, Australia.

Sementara itu, ditanya pula mengenai kesediaannya melalui cabaran dan dugaan dalam industri seni tempatan ini, pelajar jurusan rekaan Audio dan Muzik di Universiti Limkokwing ini sudah bersedia untuk apa sahaja yang bakal ditempuhi nanti.

"Insya-Allah, saya yakin, jika ada kesungguhan, sesukar mana sekalipun dugaan yang berlaku, kita akan berjaya mendapatkan apa yang diimpikan.

"Ya, saya masih baru dan jauh lagi perjalanan untuk sampai ke tahap menjadi seorang penyanyi yang disegani," tuturnya.

Beyonce Palsukan Kehamilan?

Posted: 12 Oct 2011 08:54 PM PDT

Beyonce.

LOS ANGELES: Khabar angin mengenai penyanyi seksi, Beyonce Knowles memalsukan kehamilannya mula bertiup kencang apabila membuat kemunculan di America's NBC News Today baru-baru ini.

Perut Beyonce dikatakan bergerak seperti mempunyai bantal tambahan di perutnya semasa duduk di sofa untuk diwawancara.

Terdapat juga dakwaan bahawa penyanyi bersuara emas itu mengenakan bantal tambahan pada perutnya bagi menyerlahkan perutnya ketika muncul dikhalayak ramai.

Jurucakap kepada penyanyi itu, Yvette Noel dalam satu kenyataan kepada ABC News menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal dan palsu.

Beyonce, 29, sebelum ini mengejutkan peminatnya apabila membuat pengumuman mengejut di karpet merah pada acara Anugerah MTV Video Music Awards (VMAs) bulan lalu.

Ashton Kutcher Mengaku Berpisah Dengan Demi Moore

Posted: 12 Oct 2011 08:52 PM PDT

Ashton Kutcher dan Demi Moore

SKANDAL aktor Ashton Kutcher, Sara Leal, memberitahu bahawa bintang filem Love In Vegas itu membuat pengakuan bahawa dia telah berpisah dengan isterinya, Demi Moore.

Kata Sara, Ashton telah membuat kenyataan itu selepas ditanya beberapa kali oleh rakannya, Alexis mengenai status perkahwinannya dengan Demi.

"Apabila dia mengaku sudah berpisah dengan Demi, kiranya saya anggap dia kini solo.

"Saya tak pernah mengikuti perkembangan selebriti Hollywood sebelum ini, sebab itu saya tidak tahu. Apabila terjadi kontroversi ini, siapa yang benar ya?" soal Sara mengenai status perkahwinan Ashton.

Sara (kiri) dikatakan menjadi punca perpisahan diantara Demi Moore dan Ashton Kutcher.

Baru-baru ini, majalah gosip Star telah memaparkan beberapa foto yang menunjukkan Ashton sedang bergembira dengan empat orang wanita bernama Sara Leal, Alexis, Katy dan Marta yang dikenalinya di sebuah kelab malam.

Menurut sumber, tiga wanita tersebut telah diajak ke bilik hotel yang diduduki Ashton untuk berparti. Sara dan Ashton telah melakukan hubungan yang tidak senonoh pada ketika itu.

Bagaimanapun, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun itu enggan memberi komen mengenai isu tersebut.

Tunggu habis belajar

Posted: 12 Oct 2011 08:50 PM PDT

pix_middle

MESKIPUN bersandar pada filem Lagenda Budak Setan yang berjaya meraih beberapa pengiktirafan di majlis anugerah, namun ia bukan satu lesen bagi melonjakkan nama si pemilik wajah jelita, Nur Ashiqin Mohd Kamal.

Memegang watak Ayu dan bergandingan dengan Lisa Surihani, Farid Kamil serta Fazura Sharifuddin, pesona yang ada padanya bagai hanyut ditenggelami nama-nama besar yang lain.

  • Foto

    GIGIH...selain menumpukan perhatian pada pelajaran, Shikin turut meletak fokus pada kerjaya.

  • Foto

    KOMITMEN...Shikin mengharapkan keajaiban menerusi Mantera yang bakal ditayangkan tahun depan.

Walau tampil dengan lakonan kemas dan ekspresi berbeza, nama Shikin Kamal masih janggal disebut dan wajahnya masih jauh tertinggal.

Bagaimanapun, jelasnya berkali-kali ketika bertemu minggu lalu, biar perlahan perjalanan ke puncak namun jika tiba nanti, ia kekal selama-lamanya.


"Tidak timbul rasa kecewa atau terkilan kerana masih tidak dikenali kerana ikhlas saya memandang peluang muncul melakonkan watak penting dalam filem Lagenda Budak Setan adalah satu laluan terbaik bagi memperkenalkan bakat dan wajah.


"Saya tidak terfikir untuk popular sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah perhatian dari mata penonton bagi menyuntik terus semangat saya dalam gelanggang ini.

"Apa pun saya tetap berasakan saya bertuah kerana langkah pertama bersama nama besar dan naskhah yang hebat seperti itu," kata�nya yang bijak menyusun kata.

Tanpa publisiti meluas dan tidak pernah dipalit kontroversi, percaturan seni anak bongsu dari tujuh beradik ini dilihat berjalan dengan baik. Tawaran lakonan juga banyak diterima hingga ada yang terpaksa ditolak. Semua itu kerana komitmennya dengan pelajaran.

"Memang saya sedih dan kecewa kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerana saya masih terikat dengan pelajaran yang berbaki dua tahun lagi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya tidak boleh abaikan pelajaran kerana itu adalah impian keluarga untuk melihat saya berjaya dan tidak hanya meletak fokus pada lapangan lakonan.

"Selain meletak fokus dan komitmen kepada pelajaran, itu juga adalah janji saya kepada keluarga yang akan tetap menghabiskan pelajaran walaupun ingin serius dalam lapangan lakonan.

"Saya akan hanya me�ngambil sebarang tawaran di hujung minggu ataupun ketika cuti semester mengikut kesesuaian watak dan plot cerita.

"Justeru, bayangkan apabila saya menerima beberapa tawaran ketika sedang sibuk dalam pengajian dan terpaksa menolak semuanya tanpa berfikir dua kali.

"Namun saya percaya rezeki itu adalah ketentuan yang ditulis. Jika benar laluan dan niat kita, ia akan datang kembali dengan nilai yang berganda asalkan sentiasa ikhlas dan jujur.

"Tapi kelakarnya, walaupun sibuk dan terikat dengan jadual pengajian, saya masih sempat menyiapkan beberapa projek filem termasuk Di Larang Masuk, Uncle Usin, Tanda Putera, Left Wings dan terbaru akan muncul awal tahun depan, Mantera.

"Insya-Allah sejurus tamat pengajian nanti, saya akan serius dengan lakonan bagi mengukuhkan lagi nama dan empayar sebelum benar-benar melakukan kerja aktuari yang saya pelajari," katanya.

Dalam pertemuan itu, Shikin bersemangat bercerita mengenai projek terbarunya, Mantera.

Baginya, ia percubaan terbarunya dan boleh dikatakan penentuan dalam kerjaya.
Dalam Mantera terbitan FlareStudio yang turut dijayakan Tomok dengan kos pembikinan melangkaui RM7 juta, Shikin diangkat menerajui watak utama sebagai Deena.

Jelas Shikin yang menyifat�kan Mantera sebagai sebuah naskhah hebat yang menjadi kayu ukur dalam kerjaya lakonannya sendiri.

"Saya bersyukur kerana dipilih melakonkan watak utama dalam filem Mantera kerana ia bukan sebarangan karya sebaliknya punya kekuatan dan kelainan yang cukup hebat bagi gelanggang seni perfileman tempatan.

"Ia tidak sekadar mengangkat konsep robotik dan aksi antarabangsa sebagai tarikan utama, malah Mantera cukup kuat pada plot ceritanya serta pembangunan setiap watak.

"Watak Dina yang saya lakonkan kononnya seorang pelajar jurusan robotik yang akan membantu kekasihnya, Azman apabila tersepit dalam kemelut luar biasa hingga membuatkannya berubah menjadi robot.

"Cabaran dan kekuatan filem ini memang berbeza berbanding kebanyakan filem sebelum ini kerana keseluruhan jalan ceritanya punya jiwa antarabangsa dan hebat.

"Saya yakin filem ini akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada kaki wayang tempatan dan mereka yang gemarkan karya Hollywood seperti Transformers dan Iron Man.

"Percayalah, Mantera dapat memberikan kepuasan dan keseronokan yang sama kerana sebagai pelakon sendiri, proses pembikinan dan profesionalisme produksi dalam membentuk perjalanan filem ini begitu teliti dan bersungguh.

"Mantera memang sebuah filem yang akan membawa saya ke tahap yang lebih baik selain menjadi penentu kepada kerjaya lakonan saya untuk beralih ke fasa yang tinggi bagi mengejar apa yang pernah saya impikan," katanya.


PROFIL

Nama penuh: Nur Ashiqin Mohd Kamal
Tarikh lahir: 25 November 1991
Umur: 20 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu dari tujuh beradik
Pendidikan: Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara
Kerjaya: Pelakon
Filem: Lagenda Budak Setan, Di Larang Masuk, Uncle Usin, Tanda Putera, Left Wings dan Mantera


Sinopsis Mantera

MANTERA mengisahkan pergolakan dua kumpulan rahsia yang me�nguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions.

Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia, Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor' yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang me�nyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera.

Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia, Azman lakonan Tomok.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superpower' kepada pemakainya.

Dalam masa yang sama, Azman yang sinonim dengan sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kolejnya bertemu pula dengan seorang gadis, Deena yang juga pelajar tahun akhir dalam jurusan robotik dan kebetulan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkap�kan jadual kursusnya.

Mereka berkenalan dan akhirnya mengundang rasa cinta yang pada asasnya mereka berkongsi minat yang sama dalam pemasangan peralatan robotik Mantera bagi membina motosikal.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah.

Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

‘Kuliah’ seks empat gadis

Posted: 12 Oct 2011 08:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati 'berpesta seks' bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.


"Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.


"Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin)," katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

Mana baki RM135,000?

Posted: 12 Oct 2011 08:46 PM PDT

TERTIPU...Hairulnizam (kiri) menunjukkan butiran kereta miliknya sambil disaksikan Chin.
TERTIPU...Hairulnizam (kiri) menunjukkan butiran kereta miliknya sambil disaksikan Chin.

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kerugian lebih RM135,000 apabila mendakwa ditipu seorang lelaki yang mengaku ejen jual beli kereta terpakai ketika mahu menjual keretanya, 17 September lalu.

Difahamkan, mangsa, Hairulnizam Hamzah, 30, menyedari ditipu seminggu kemudian apabila gagal menghubungi lelaki yang dikenali sebagai Nazri, 40, bagi menuntut baki wang pembelian kereta BMW miliknya sebanyak RM135,000.


Menurutnya, dia hanya dibayar RM10,000 secara tunai oleh lelaki terbabit ketika datang mengambil kereta itu di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri. "Saya ingin menjual kereta dan Nazri menawarkan diri untuk membeli seterusnya menyelesaikan segala dokumen memandangkan dia ejen jual beli kereta terpakai.

"Dia datang bersama seorang lagi lelaki bergelar 'Datuk' didakwa sebagai majikannya untuk mengambil kereta sambil mengarahkan saya mengisi dokumen pertukaran pemilik.


"Selepas seminggu menunggu, saya mula curiga dengan Nazri kerana tidak mendapat sebarang panggilan berkaitan proses jual beli berkenaan," katanya ketika ditemui di Wisma MCA.


Katanya, dia pergi ke pejabat Nazri di Kota Kemuning, Shah Alam, namun hampa apabila mendapati premis berkenaan berkunci dan seolah-olah sudah lama tak beroperasi.

"Saya risau pihak bank akan menyenarai hitam nama saya apabila tidak menjelaskan hutang pinjaman pembelian kereta berkenaan yang masih berbaki," katanya.


Sehubungan itu, Hairulnizam membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 27 September lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Wilayah Persekutuan, Banie Chin, berkata setakat ini pihaknya menerima lebih dari 15 aduan berkaitan penipuan penjualan kereta terpakai.

Tambah 4 rangkaian

Posted: 12 Oct 2011 08:45 PM PDT

Mohamad Sabri Mohamed Nor
Mohamad Sabri Mohamed Nor

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) komited mengembangkan perniagaan francais perkhidmatan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu X'change dengan membuka empat lagi rangkaian tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan francaisnya kepada 28 cawangan menerusi anak syarikatnya, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS).

Pengurus Besar RMS, Mohamad Sabri Mohamed Nor berkata, empat lokasi cawangan itu terletak di Meru (Selangor), Segambut (Kuala Lumpur), Simpang Ampat (Pulau Pinang) dan Bandar Tasik Permaisuri, Cheras (Kuala Lumpur).


"Pajak gadai Islam adalah satu kaedah sumber pinjaman kewangan yang mudah dan bebas daripada riba. Di Ar-Rahnu kita menggunakan Konsep Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah dan digabungkan dengan konsep Wadiah Yad Dhamanah dengan memberi jaminan barang yang disimpan selamat, mempunyai ciri-ciri keselamatan serta insurans takaful.

"Berbanding dengan pajak gadai konvensional, peminjam pajak gadai Islam tidak dikenakan bayaran faedah dan hanya perlu membayar kadar upah menyimpan emas terbabit. Jika berlaku kehilangan disebabkan pecah masuk, kami memberi jaminan barang itu akan diganti sebagaimana nilai ketika ia digadaikan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Mohamad Sabri berkata, buat masa ini peminjam di francais Ar-Rahnu X'change mencecah hampir 100,000 orang dengan nilai gadaian kira-kira RM346 juta.


"Ar-Rahnu X'Change menjadi satu sumber alternatif pengguna dalam mendapatkan pembiayaan atas pelbagai faktor seperti membuat modal perniagaan, kecemasan, melanjutkan pendidikan serta pelaburan yang mendapat sambutan bukan saja daripada masyarakat Islam, malah bukan Islam.

"Ketika ini semua 24 francais Ar-Rahnu X'change di uruskan koperasi yang berjaya menjana pendapatan kasar antara RM200,000 hingga RM300,000 sebulan dan kini menjadi sebahagian projek membaik pulih koperasi yang tenat. Kejayaan perniagaan ini telah dibuktikan dan kami bercadang memperluaskan francais ini ke Brunei dan Indonesia dalam tempoh setahun akan datang," katanya.

Solekan dan pencahayaan kait rapat

Posted: 12 Oct 2011 08:03 PM PDT

COMEL...Haritha beri tumpuan pada solekan mata Stephanie memandangkan wataknya, Betty, perlu berkaca mata.
COMEL...Haritha beri tumpuan pada solekan mata Stephanie memandangkan wataknya, Betty, perlu berkaca mata.

DUNIA pementasan teater dan seni solekan sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Sejak berkurun lamanya teater menjadi salah satu bentuk hiburan bagi semua golongan masyarakat serta disifatkan sebagai medium seni utama dalam menzahirkan ekspresi dan emosi diri.

  • Foto

    PENTING...antara lakaran serta himpunan peralatan solekan Mac untuk pementasan The Secret Life of Nora.

  • Foto

    PENTING...antara lakaran serta himpunan peralatan solekan Mac untuk pementasan The Secret Life of Nora.

  • Foto

    ANGGUN...solekan bagi Tiara Jacquelina dicetuskan daripada wanita ikon era 60-an.

  • Foto

    WARNA...'highlight' dikenakan di sekitar kelopak mata.

  • Foto

    TELITI...watak Sharif memerlukan Aaron Khaled disolek sedikit tebal dengan tambahan penggaris mata dan bentuk hati di pipi kanannya.

  • Foto

    EJEN FAROUK...solekan nipis perlu dilakukan pada wajah Tony Eusoff agar tidak tampak pucat di bawah soroton lampu pentas.

Pementasan itu sendiri adalah gambaran kepada bermacam ragam kehidupan manusia yang penuh dengan pelbagai cerita.

Selain olahan skrip dan lakonan penuh penghayatan, solekan yang seiring tema turut melengkapkan lagi sesebuah pementasan berkenaan.


Bagaimanapun, solekan dulunya tidak selalu digunakan bagi teater dan bukanlah dalam bentuk seperti yang biasa kita lihat dalam pementasan abad ini.


Menurut sejarah, bangsa Yunani awal dikatakan banyak menerapkan unsur dramatik di atas pentas. Mereka biasanya menggunakan topeng untuk menggambarkan watak berbeza.

Seorang pelakon pula lazimnya memainkan lebih daripada satu watak dan perubahan persona itu lebih mudah serta pantas dilakukan dengan topeng berbanding menanggalkan dan merias semula solekan.

Namun, ada segelintir pelakon Yunani yang mahu lebih menonjol dan keluar daripada kelompok biasa lalu mengambil keputusan mewarnakan wajah mereka dengan plumbum beracun yang dicampur bersama bahan lain agar dapat menyerlahkan rona putih dan merah pada wajah.

Sejak itu, makin banyak pementasan menggunakan kaedah solekan ini hinggalah ia turut mempengaruhi pentas Broadway lalu dibawa ke pentas teater tempatan.

Tanpa solekan, pementasan hari ini pasti kurang impak drama bagi mengiringi plot penceritaannya. Mungkin ada sesetengah pementasan hanya memerlukan solekan nipis namun majoriti memerlukan litupan tebal agar tidak 'dimakan' pencahayaan lampu sorot yang boleh menenggelamkan penampilan seseorang pelakon.

Menurut Jurusolek Kanan Mac Cosmetics Malaysia (Mac), Haritha Shan, penggunaan warna perlu sesuai dengan lampu pentas agar watak yang dibawakan pelakon tampak lebih nyata, sekali gus mengelakkan ekspresi wajah tenggelam.

Kala menjayakan The Secret Life of Nora yang kini giat dipentaskan di Istana Budaya, Haritha serta dua Jurusolek Acara Khas Mac, Shahrum Mohd Nor dan Stev Chong menyempurnakan solekan ke atas semua pelakon sambil dibantu sekumpulan kecil jurusolek Mac dari cawangan seluruh Malaysia.

Haritha bertindak merias Stephanie Van Driesen yang memainkan watak Betty sementara Shahrum bertanggungjawab merancang serta menata wajah Datin Seri Tiara Jacquelina selaku tunjang utama membawakan watak Ejen Nora.

Jelas Haritha, pemilihan rona yang tidak sesuai dengan lampu pentas boleh mengakibatkan wajah pelakon tampak pucat dan tidak bermaya.

"The Secret Life of Nora banyak memainkan pencahayaan biru dan jingga, jadi kami cuba kurangkan penggunaan warna hangat untuk semua pelakon kerana ia boleh membuatkan wajah tampak hambar.

"Justeru, Mac mengadunkan rona jingga dan merah yang tidak keterlaluan untuk kesan kontur, selain menambah efek 'highlight' pada kelopak mata sebelum mengadun pembayang mata.

"Bagi watak Betty, saya perlu menghasilkan solekan mata yang lebih menonjol memandang�kan Stephanie perlu memakai kaca mata besar.

"Jadi, saya memainkan banyak 'highlight' di sekitar kelopak sebelum mengadun tiga warna utama - jingga (Cranberry), ungu (Vibrant Grape) dan merah (Red Brick).

"Pada masa sama, saya gandakan penggunaan bulu mata palsu untuk hasil mata yang lebih besar. Disebabkan wataknya yang seperti keanak-anakan, jadi saya cuba hasilkan solekan era 60-an yang segar dan manis, di mana pemerah Dolly Mix untuk pipi manakala riasan bibir agak sederhana dengan kombinasi gincu Snob dan pengilat bibir Glamglass rona Style-Packed," katanya.

Berbeza pula dengan riasan untuk Tiara, di mana Shahrum mengambil inspirasi daripada ikon wanita era 60-an seperti Sophia Loren, Jane Fonda, Twiggy dan Edie Sedgwick.

Jelas Tiara, solekannya dicipta oleh Shahrum bersama jurusolek merangkap Eksekutif Jualan Korporat Mac Malaysia, Syahidah Abdul Rahman yang banyak bermain dengan riasan mata dan kontur pada wajah.

"Kadangkala saya suka bereksperimen dengan mengubah sedikit solekan, bergantung kepada keadaan atau 'mood' saya ketika itu.

"Tapi secara peribadi saya sukakan solekan gangsa dan 'tanned' apabila berada di pentas dan Shahrum berjaya melakukannya mengikut kesesuaian dengan pencahayaan pentas.

"Bagaimanapun untuk teater, saya biasanya lebih gemar menuruti program yang sudah ditetapkan dan tidak suka melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan," katanya.

The Secret Life of Nora yang menyingkap zaman kegemilangan kelab panggung hiburan pada 1960-an dipentaskan bermula 29 September hingga 16 Oktober ini.

Hasil nukilan Raymond Miranda dan diarahkan sutradara dari United Kingdom, Steven Dexter ini menceritakan bagaimana penyanyi kelab malam, Nora dipilih menjadi ejen rahsia yang dilatih Ejen Roger Foss (Ryan Silverman) dan Ejen Farouk (Tony Eusoff) bagi menumpaskan sindiket perdagangan wanita yang dijalankan Mr J Heart (Aznil Nawawi) sambil dibantu orang kanannya, Sharif (Aaron Khaled).

Pentas The Secret Life of Nora turut gamat dengan penampilan lucu Adibah Noor sebagai Khatijah iaitu pengurus Nora serta Mamat Khalid sebagai Hong Kong yang memberi tugasan penyiasatan kepada Nora dan Foss.

Jiwa sekeras keluli

Posted: 12 Oct 2011 08:02 PM PDT

pix_gal0
Real Steel bukan sekadar aksi robot

MEMANG nampak pelik tapi menarik dan lucu menonton filem Real Steel apabila dua gergasi keluli dengan tubuh sasa mengikut badan manusia, bergasak dalam gelanggang tinju.
Tidak ada titisan darah terkeluar tetapi kedengaran bunyi berdenting apabila dua logam keluli berlaga yang kadang-kadang terasa ngilu pula apabila mendengarnya.
Ironinya, pada masa depan, dalam dunia perfileman, manusia sudah tidak diperlukan jadi pemain wataknya. Mungkin, robot akan mengambil alih untuk menjadi pelakon.

Mungkin ada yang beranggapan, robot tidak ada perasaan untuk menghayati rasa cinta, kecewa dan gembira. Robot selalunya dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman. Tapi jangan lupa, filem seperti Bicentennial Man, I-Robot dan Artificial Intelligent (A.I) adalah anatra filem yang menggambarkan robot mempunyai perasaan terhadap manusia.

Begitu dengan filem Tamil, Endhiran (The Robot) lakonan B Rajnikant sebagai robot yang diberikan 'hati dan perasaan' sehingga jatuh cinta dengan teman wanita si penciptanya sendiri iaitu Aishawarya Rai.

Dalam Real Steel, memaparkan mengenai keberanian dengan palitan nilai kasih sayang adalah perisai bagi mengalahkan segala-galanya sehingga besi yang keras dapat dilembutkan.
Begitulah yang di imaginasi lalu diadaptasikan dalam buah tangan terbaru Shawn Levy yang sebelum ini mengarahkan filem Night At The Museum dan Date Night.

Ketika mendengar dan menonton sedikit thriller dari filem ini, pastinya dibayangi filem robotik seperti Transformers atau Iron Man, namun ada perbezaan dalam penyampaian filem ini yang ditangani pengarah dengan garapan yang cukup ringkas dan kemas.

Nyata picisan karya anak kelahiran Montreal, Quebec ini tidak hanya berpaksikan aksi robotik dalam dunia filem ciptaannya semata-mata tetapi lebih menyingkap kepada nilai kasih sayang dan kemanusiaan sebagai inti pati yang menggerakkan naratif cerita.

Bijaknya pengarah ini apabila menggunakan subjek perhubungan yang mana akhirnya seorang anak berusia 11 tahun disatukan dengan ayah yang selama ini berhati batu dan mementingkan diri dalam dunia yang asing iaitu tinju robotik.

Lakonan Hugh Jackman sebagai peninju dan keserasiannya bersama pelakon kanak-kanak, Dakota Goyo yang bijak bermain dengan emosi melalui renungan matanya membawa penonton menghayati nilai sebenar kasih sayang yang diperlukan seorang anak yang membesar dan perlu melalui fasa kehidupan.

Memilih Jackman membawakan watak seorang bapa adalah pilihan yang dikira tepat kerana walaupun Jackman diacuankan oleh Shawn Levy sebagai bapa yang mementingkan diri, kasar dan mementingkan wang ringgit, tetapi istimewanya watak itu tidak langsung menimbulkan kebencian di hati penonton sepanjang penceritaan itu menemui penonton.

Ini kerana Jackman yang memegang watak Charlie Kenton disifatkan peribadinya dalam filem itu sebagai lelaki kasar dan keras kepala akhirnya layu dan tersungkur dalam pelukan serta kemahuan anak lelaki tunggalnya itu sehingga mengetepikan pendiriannya yang tidak mahu terbabit lagi dalam dunia tinju selepas robot mula menguasai sukan tinju pada zaman itu.

Reka bentuk set yang diilhamkan Tom Meyer mencapai tahap serta imaginasi sebuah rekaan set lakon yang berkesan dalam mengukuhkan lagi jalan cerita aksi robotik seperti itu. Tom Meyer bijak dalam memilih dan meletakkan robot ciptaannya ke dalam layar Real Steel kerana setiap rekaan ada karisma yang cukup kena dengan watak yang dicipta pengarah.

Genre aksi drama yang diserapkan yang ditulis oleh Dan Gilroy serta Jeremy Leven diadaptasi daripada cerita pendek Steel cetusan Richard Matheson itu dilihat memberi satu warna dalam pengolahan filem robotik yang mungkin dibayangkan sebagai filem ganas, aksi, pembunuhan tetapi ia sebenarnya membawa manusia dalam menilai sifat kemanusiaan yang hilang dan perlu dicari.

Apa yang agak dikesalkan pengakhiran yang ringkas dan kurang dramatik walaupun frasa ayah yang keluar dari mulut Max meruntun perasaan. Ini kerana penonton pastinya mahu melihat sesuatu yang lebih tragis berlaku dalam penyatuan dua beranak itu.

Istimewanya, pengarah juga tidak lupa memasukkan elemen humor dalam filem ini apabila memberi wajah kepada robot bernama Max sebagai yang mampu memberi tindak balas kepada perlakuan pemiliknya. Filem ini bermain dengan pelbagai rasa seperti aksi debaran, marah, kesakitan, pengorbanan, kasih sayang dan kelakar yang tidak menjemukan penonton.

Ringkasan Real Steel

Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri.

Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.

Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.

GENRE: Drama dan Aksi
TARIKH TAYANGAN: 13 Oktober
PELAKON: Hugh Jackman, Dakota Goyo, Anthony Mackie?, Evangeline Lilly?, Kevin Durand, Hope Davis, James Rebhorn? and Olga Fonda
PENGARAH: Shawn Levy

Tahniah Datuk Andre Goh

Posted: 12 Oct 2011 08:01 PM PDT

Andre Goh ketika menerima penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.
Andre Goh ketika menerima penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.
Dikurniakan pingat DMSM di atas dedikasinya terhadap lagu Melayu Asli

PENYANYI veteran, Andre Goh melahirkan perasaan terharu dan teruja menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi rasmi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-73 pada 8 Oktober lalu.
Pemilik nama Goh Eng Boon yang kini berusia 65 itu juga, mengakui tidak menyangka sama sekali akan diberi pengiktirafan tinggi seperti itu oleh kerajaan Melaka selepas kira-kira 39 tahun terbabit dalam industri hiburan di negara ini.
Saya yang berketurunan Baba Melaka menjadikan semua adat dan budaya orang Melayu sebagai amalan dalam keluarga, sebab itu sejak kecil lagi saya sudah bergaul dan terikut dengan budaya Melayu. - Andre Goh, Penyanyi
Terkenal sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu Asli sejak sekian lama dan pernah menjadi finalis Bakat TV Kedua 1972, beliau mendedikasikan penganugerahan itu kepada rakan-rakan yang sealiran memperjuangan genre itu, sama ada masih hidup atau sudah meninggal.

"Saya memang terperanjat apabila diberitahu mengenai pengiktirafan yang diberikan ini melalui panggilan telefon empat hari sebelum majlis diadakan. Memang sukar mengungkapkan perasaan gembira...terima kasih tidak terhingga kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka dan kerajaan Melaka.

"Penganugerahan ini sudah tentu amat bermakna sekali dan saya ingin mendedikasinya kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut memartabatkan lagu Melayu asli sama ada yang sudah tiada, masih hidup dan akan datang," katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu di Seri Negeri, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Goh adalah antara 1,068 individu yang menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran kerajaan Melaka meliputi anggota kabinet, artis dan pengamal media termasuk 118 membawa gelaran Datuk sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Melaka itu, bagi tahun ini.
Hadir sama menyaksikan penganugerahan itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri, Datin Wira Asmah Abd Rahman serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad.

Pada awal zaman pembabitannya dalam bidang seni, Goh boleh dianggap pencetus kepada kebangkitan penyanyi bukan Melayu yang berjaya menempa nama dalam kebanjiran artis Melayu tanah air pada masa itu sehingga orang mengenali Andre Goh dengan lagu berirama Melayu asli.

Mengungkap sejarah hidupnya, Goh memberitahu, ibunya, Wee Teck Neo berasal dari Melaka Pindah, Melaka manakala ayahnya, Goh Tiam Leong pula dari Kampung Pantai Belimbing Dalam, Durian Tunggal.

Selepas seminggu kelahirannya, keluarganya berpindah ke Kampung Sialang, Tangkak, Johor. Disitu beliau menjadi satu-satunya keluarga Cina menetap di tengah perkampungan Melayu, sekali gus menjadikan mereka terikut dengan budaya orang Melayu.

Justeru, latar kehidupannya itu menjadikan beliau begitu fasih berbahasa Melayu dan apa yang menarik, bukan saja dirinya yang boleh menyanyikan lagu Melayu dengan baik, malah bapanya turut mahir mendendangkan lagu dondang sayang.

"Ibu saya pula sungguh mahir berpantun walaupun dia tidak pernah bersekolah. Rumah saya juga sering menjadi tempat perhimpunan orang kampung untuk belajar menyanyi lagu langgam, dondang sayang atau asli.

"Saya yang berketurunan Baba Melaka menjadikan semua adat dan budaya orang Melayu sebagai amalan dalam keluarga, sebab itu sejak kecil lagi saya sudah bergaul dan terikut dengan budaya Melayu," katanya.

Ketika ini, selepas 39 tahun dalam industri hiburan, Goh masih ktif dalam memenuhi undangan nyanyian di seluruh negara dan baru sahaja selesai membuat persembahan sempena Pesta Layang-layang Antarabangsa di Bintulu, Sarawak pada 24 September lalu serta Konsert Gemilang 50 Tahun Orkestra Radio Televisyen Malaysia yang rakamannya bakal disiarkan pada 1 November nanti.

Sebelum ini, beliau pernah merakamkan album (bentuk EP) pertama pada 1973 berjudul Halimun Malam, disusuli album lain termasuk Harapan Kecewa, Samudera Sunyi, Fatwa Pujangga, Impian dan Nostalgia Aidil Fitri Bersama Artis Lagenda (1998).

Selain menyanyi, beliau turut berbakat dalam bidang lakonan drama antaranya Sayang Mas Merah, Kadir & Kim, Di Hujung Pelangi, selain lakonan filem Dayang Suhana serta sitkom Keluarga Nyonya dan Mama Mahu Khawin Lagi arahan Mat Sentul.

Antara anugerah lain yang pernah diterima beliau ialah Bintang Ahli Mangku Negara pada 1982 dan Darjah Seri Melaka pada 2008.

KL, Jakarta tubuh Dana Serantau

Posted: 12 Oct 2011 08:00 PM PDT

 NAJIB   menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Eksekutif MTC, Norhalim Yunus (dua dari kanan) dan Pengerusi Agensi Pelaburan Indonesia,  Soritaon Siregar  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Eksekutif MTC, Norhalim Yunus (dua dari kanan) dan Pengerusi Agensi Pelaburan Indonesia, Soritaon Siregar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
Modal teroka bantu biayai perniagaan berteknologi tinggi Asia Tenggara

MALAYSIA dan Indonesia akan menubuhkan sebuah dana modal teroka dikenali sebagai Dana Serantau bagi memenuhi keperluan pembiayaan modal syarikat teknologi di Asia Tenggara.
Perjanjian persefahaman (MoU) bagi penubuhannya dimeterai Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Indonesia Investment Agency (IIA) di Kuala Lumpur semalam disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. MoU itu juga adalah antara hasil utama daripada Simposium Modal Teroka Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIVCS) empat hari yang berakhir semalam.

Meskipun saiz dana berkenaan belum dimuktamadkan, namun dana yang akan dibiayai secara bersama oleh kedua-dua negara itu, menyasarkan membiayai kumpulan usahawan yang memiliki perniagaan berasaskan teknologi dengan potensi pertumbuhan tinggi dan mampan.

MTDC dalam kenyataannya mengenai inisiatif itu berkata, rasional penubuhan dana itu bersandarkan faktor bahawa Malaysia dan Indonesia memiliki gabungan penduduk berjumlah 300 juta yang mana ia secara tidak langsung boleh mewujudkan sebuah pasaran penting selepas China dan India di rantau ini.

"Tambahan lagi, Malaysia yang kini bergerak menuju ekonomi berasaskan inovasi sementara Indonesia pula memiliki potensi pasaran yang besar, mampu menggabungkan sumber dari segi modal, pengetahuan dan rangkaian perniagaan untuk memanfaatkan peluang keperluan ekonomi kedua-dua negara dan termasuk negara anggota Asean yang lain," katanya.
MTDC berkata, penubuhan dana itu akan membantu melonjakkan lagi sektor perniagaan berteknologi tinggi kerana ia tidak hanya menumpu kepada bidang teknologi komunikasi dan maklumat, malah merangkumi bioteknologi, tenaga diperbaharui dan teknologi berasaskan bio pertanian yang kini amat memerlukan bantuan modal serta sumber untuk mengeksploitasikan lagi perniagaan baru itu.

Terdahulu, Najib dalam ucaptamanya pada simposium itu menyeru institusi kewangan dan syarikat modal teroka tidak hanya menumpukan pelaburan dalam perniagaan berasaskan ICT, malah mengembangkan skop pembiayaan meliputi bidang perniagaan berteknologi tinggi, khususnya teknologi berasaskan nano, sains hayat, tenaga diperbaharui serta minyak dan gas.

Katanya, semua teknologi berkenaan dikenal pasti mampu menjadi sumber janaan utama pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, pada majlis semalam, Najib turut menyaksikan MoU antara MTDC dengan Export-Import Bank of Malaysia Bhd yang bertujuan mewujudkan kerjasama bagi memudahkan perkongsian maklumat serta membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan mengukuhkan aktiviti perniagaan rentas sempadan.

Wayar bumi flet kena kebas

Posted: 12 Oct 2011 07:59 PM PDT

 Azmi (kanan) meninjau  wayar bumi yang dipercayai dicuri di Pangsapuri Taman Seri Setanggi.
Azmi (kanan) meninjau wayar bumi yang dipercayai dicuri di Pangsapuri Taman Seri Setanggi.
Penghuni Pangsapuri Taman Seri Setanggi bimbang litar pintas

JOHOR BAHRU: Kira-kira 500 keluarga yang mendiami Pangsapuri Taman Seri Setanggi di sini, kecewa terhadap kegagalan pemaju melaksanakan kerja penyelenggaraan sewajarnya, sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya.
Penduduk mendakwa mereka terdedah dengan kejadian litar pintas berikutan kebanyakan wayar bumi di pangsapuri berkenaan dicuri individu tidak bertanggungjawab, selain kerap mengalami gangguan bekalan air dan elektrik.
Kami kesal kerana pemaju bersikap lepas tangan, sekali gus memperjudikan nyawa penduduk terhadap risiko kebakaran seperti berlaku di Pangsapuri Desa Mutiara. - Azmi Yusuf, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk (JMB), Pangsapuri Taman Seri Setanggi
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk (JMB) Pangsapuri Taman Seri Setanggi, Azmi Yusuf, berkata pelbagai aduan sudah dibuat kepada pemaju namun belum menampakkan kesan positif sekali gus menyukarkan penduduk menyelesaikan urusan harian.

"Kebanyakan wayar bumi di sekitar 15 blok ini rosak akibat dicuri. Namun, pemaju kelihatan membiarkan masalah ini berterusan berikutan tempoh liabiliti mereka bakal berakhir sebelum pengurusan bangunan ini diserahkan kepada JMB mulai November depan.

"Kami kesal kerana pemaju bersikap lepas tangan dengan membiarkan keadaan semakin serius, sekali gus memperjudikan nyawa penduduk terhadap risiko kebakaran seperti berlaku terhadap Pangsapuri Desa Mutiara akibat pengaliran arus elektrik daripada wayar bumi yang disambar petir," katanya.

Azmi berkata, penduduk turut berdepan kerosakan perkakasan elektrik di rumah masing-masing berikutan sistem pendawaian yang tidak sempurna, di samping hidup terganggu akibat kebocoran pada lantai dan saluran paip.
"Kita berharap kerajaan negeri mengambil langkah proaktif kerana ini membabitkan keselamatan keluarga berpendapatan rendah yang kini dihimpit pelbagai masalah selain dihimpit kerenah birokrasi, " katanya.

Pekerja am, Mohd Sabri Bakri, 47, berkata walaupun rumah yang didiami sejak setahun tidak mengalami kerosakan teruk, namun keluarganya terpaksa berdepan air yang menitis hingga mengakibatkan siling rumahnya basah.

"Saya percaya siling bahagian bilik tidur utama rumah saya tidak dipasang penerap air hingga menyebabkan keadaan seperti mengalami kebocoran paip. Sebagai alternatif, kami terpaksa menadah air yang menitis menggunakan baldi supaya tidak meninggalkan bau busuk," katanya.

Suri rumah, Jurah Hasan, 64, yang mendiami rumah berkenaan bersama anaknya kira-kira enam bulan lalu, berkata urusan harian mereka terganggu apabila kerap mengalami gangguan bekalan air.

"Masalah ini semakin serius pada dua tingkat terakhir kerana tekanan air rendah sekali gus menyebabkan kerja harian tergendala sementara menunggu bekalan air pulih selepas tengah malam dan memerlukan penduduk menadah terlebih dulu," katanya.

JPJ diminta pantau lori muatan berat

Posted: 12 Oct 2011 07:55 PM PDT

PEMANDU lori muatan berat didakwa memandu melebihi had laju ketika melalui jalan pintasan Kuantan-Pelabuhan.
PEMANDU lori muatan berat didakwa memandu melebihi had laju ketika melalui jalan pintasan Kuantan-Pelabuhan.
Pemandu didakwa kerap memecut di jalan pintasan Kuantan-Pelabuhan

KUANTAN: Gelagat pemandu lori memecut laju terutama di jalan pintasan Kuantan-Pelabuhan bukan saja membahayakan keselamatan pengguna tetapi menimbulkan kebimbangan jika ia tidak dibendung pihak berkuasa.
Keghairahan perlombongan bijih besi sejak kebelakangan ini menyebabkan banyak lori mengangkut tanah mengandungi bijih besi berulang-alik menggunakan laluan itu untuk ke Pelabuhan Kuantan.
Saya melalui jalan itu untuk ke tempat kerja di bandar Kuantan tetapi kehadiran lori yang dipandu seperti berlumba membahayakan pengguna lain, terutama penunggang motosikal. - Khairulmizan Yahya, Pekerja swasta
Kebanyakan lori terbabit mengangkut muatan bijih besi dari sekitar Kuantan, termasuk Maran, Muadzam, Rompin, Jerantut dan Raub menggunakan jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan hampir setiap hari.

Apa yang membimbangkan ialah sesetengah pemandu lori terbabit memandu terlalu laju dan melebihi had laju dibenarkan.

Pekerja swasta, Khairulmizan Yahya, 28, berkata gelagat pemandu lori terbabit boleh mengancam keselamatan pengguna lain.

"Saya sering menggunakan jalan ini untuk ke tempat kerja di bandar Kuantan tetapi kehadiran lori berkenaan yang dipandu laju seperti berlumba boleh membahayakan pengguna lain, terutama pemandu kenderaan kecil termasuk penunggang motosikal.
"Saya bimbang jika keadaan ini tidak dibendung, lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan dan sukar dikawal lagi," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan pemandu lori mematuhi peraturan dan memandu mengikut had kelajuan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa perlu mengehadkan waktu perjalanan lori terbabit, terutama pada waktu puncak, iaitu pada waktu pagi ketika orang ramai hendak ke pejabat dan pada waktu petang dan ketika pulang.

Penduduk, Ahmad Salehan Musa, 38, berkata beliau juga bimbang dengan keselamatan murid sekolah yang berbasikal ke sekolah pada waktu pagi dan petang.

Beliau yang menghantar dan mengambil anaknya setiap hari di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rangin berkata, cara pemanduan lori bermuatan berat itu amat membimbangkan kerana ia terlalu laju.

"Mereka seperti tidak mengendahkan keselamatan pengguna lain dan berlagak seperti raja jalan.

"Bayangkan apa yang akan berlaku jika lori berkenaan yang dipandu laju berselisih dengan murid yang berbasikal ke sekolah, apatah lagi pada musim hujan.

"Murid terbabit akan sentiasa terdedah kepada bahaya kemalangan," katanya.
Ahmad Salehan berkata, kemalangan maut boleh dielakkan jika pemandu lori terbabit bersikap lebih berhemah di jalan raya dan tidak mementingkan diri sendiri.

Iktibar terbaik dari Mekah

Posted: 12 Oct 2011 07:54 PM PDT


Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (paling kanan) membelek buku Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah selepas melancarkannya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.


CERITA aneh itu bersambung dengan kisah wanita tersebut ingin menyudahkan tawaf. Tetapi dirinya ketika itu benar-benar buntu. "Mustahil bagi saya untuk keluar mengambil air kerana keadaan masa itu sangat sesak, padat dengan jemaah. Saya memegang tangan ibu dan suami".

Saya menangis teresak-esak sambil berdoa kepada Allah: "Aku mohon pada-Mu, ya-Allah. Bantulah aku, kerana aku tidak mampu selesaikan ibadah ini tanpa air, ya Allah!

"Saya merayu dan terus menangis melihat air yang tidak berhenti-henti mengalir keluar dari botol yang saya pegang. Tanpa air, saya akan pengsan. Tetapi aneh, beberapa minit kemudian, tiba-tiba air tidak lagi keluar.

"Saya tercari-cari di mana lubang yang pecah tadi, tapi tiada. Saya benar-benar takjub dengan kekuasaan Allah. Lubang yang pecah tadi, tidak semena-mena sahaja tertutup rapat.

"Benarlah, apabila kita menyerahkan seluruh diri kita kepada Allah, bersangka baik kepada-Nya dan berdoa di tempat yang mustajab, nescaya akan ditunaikan-Nya".

Ia seperti mana firman Allah: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (al-Baqarah: 45)

Demikianlah secebis daripada beberapa lagi kisah menakjubkan yang pernah dialami oleh tokoh agama dan penceramah bebas yang terkenal, Datuk Dr. Fatma El-Zahraa Mohd. Ramadan semasa menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Sesungguhnya bumi Mekah adalah tanah yang penuh rahmat. Malah, ia penuh dengan keajaiban yang semuanya menunjukkan betapa agung dan besarnya kuasa Allah SWT untuk menjadi iktibar serta pengajaran kepada manusia.

Pengacara televisyen dan pelakon terkenal, Wardina Safiyyah turut mengakuinya. Wardina kemudian mengungkapkan betapa cuaca ketika itu sungguh panas. Matahari terik, sinarannya memancar-mancar sehingga ke lantai masjid.

"Saya meraung-raung tidak mahu memijak lantai itu. Sudah pasti lantai akan berasa panas terkena matahari yang sedang menyala-nyala di atas kepala. Ayah berusaha memujuk saya, tapi saya tetap berdegil. Ayah memberitahu saya, jangan takut, lantai itu tidak panas.

"Lama ayah memujuk, akhirnya dengan teragak-agak saya mematuhinya. Tapi ajaibnya, walaupun cuaca ketika itu sangat panas, lantai masjid sangat sejuk. Saya rasa seolah-olah memijak lantai pada waktu pagi".

Cukup aneh

Pengalaman yang dilalui oleh tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din semasa di Mekah, barangkali antara yang paling menarik. Pengalaman pertama dialaminya apabila didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba muncul untuk membantunya membahagikan sejumlah wang kepada seorang rakan.

Aneh, kerana lelaki itu tidak dikenalinya dan Dr. Haron sudah lupa tentang wang tersebut. Ketika itu beliau hanya menunggu masa untuk menunaikan tawaf wida', kemudian berlepas pulang.

Jika teringat sekali pun, beliau takkan sempat membahagikan wang tersebut kepada pemiliknya. Jadi, siapakah lelaki tidak dikenali, yang datang pada saat-saat genting untuk membantunya?

Begitulah juga dengan seorang sahabat beliau yang buntu selepas beberapa bulan gagal mencari barang-barang perniagaannya yang bernilai puluhan ribu ringgit. Dalam saat-saat kritikal itulah, pada waktu subuh di hadapan Multazam, seorang lelaki tidak semena-mena menghampirinya dan memberitahu di mana barang tersebut berada.

Dalam hal ini Dr. Haron Din berkata: "Bagi saya pengalaman-pengalaman ini cukup aneh dan menginsafkan. Siapa lelaki aneh tadi? Dari mana mereka datang? Macam mana mereka boleh tahu masalah kita? Macam mana dia boleh kenal saya dan sahabat saya tadi? Cuma Allah yang tahu jawapannya..."

Di atas adalah sedutan daripada beberapa kisah menarik yang terkandung di dalam buku Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah.

Buku produksi majalah Mastika dan diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. ini dilancarkan pada 22 September lalu oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan kini berada di pasaran.

Ia merupakan edisi ketiga kisah-kisah terbaik dari Tanah Suci yang diterbitkan oleh UKSB. Bacalah, anda pasti merasakan buku ini memang istimewa dan menginsafkan.

Bayangkan, terdapat 34 cerita di dalam buku ini, berdasarkan pengalaman individu-individu berbeza. Selain tiga tokoh tadi, buku ini turut memaparkan kisah-kisah aneh dan penuh pengajaran yang diceritakan oleh pakar dalam bidang urusan haji dan umrah, Datuk Md. Daud Che Ngah dan penceramah bebas, Syed Mohd. Norhisyam Al-Idrus.

Paling istimewa, beberapa orang selebriti terkenal iaitu pelakon, Ashraf Muslim dan Irma Hasmie, serta pengacara televisyen, dan Ahmad Fedtri Yahya turut berkongsi pengalaman menyaksikan kejadian-kejadian tersebut.

Kisah misteri seorang peminta sedekah serta jemaah tua berkulit hitam yang boleh berada di dua tempat yang jauh dalam sekelip mata, pasti akan membuatkan anda terkejut dan insaf.

Begitu jugalah dengan kejadian jemaah yang hilang nikmat 'dot dot dot'nya di Tanah Suci, makhluk hitam selamatkan isteri di Jamratul Aqabah, jenazah ustaz tidak disentuh api, pintu bertukar menjadi dinding, ghaib dalam dunia serba hitam, asyik selak kain, maafkan aku wahai Rasulullah, terkurung dalam kain perempuan hitam, Allah sedang murka dan sebagainya.

Semuanya menginsafkan dan menimbulkan seribu satu persoalan. Kisah-kisah ini amat berguna untuk dijadikan bacaan serta panduan oleh para jemaah yang sedang dan akan menunaikan haji. Juga kepada kita, bagi membersihkan jiwa dalam menjalani kehidupan ini.

Menariknya, selain perkongsian pengalaman tadi, buku Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah turut menyertakan fakta-fakta ringkas tentang Tanah Suci serta ibadah haji dan umrah. Antaranya ialah mengenai Mekah, Madinah, Kaabah, Multazam, air zamzam, Hijr Ismail, masjid-masjid yang terdapat di sana, Bukit Uhud dan perkuburan Baqi'.

Fakta-fakta ringkas ini tidak pernah disiarkan dalam dua edisi sebelum ini. Ia sangat berguna kepada pembaca bagi memahami cerita yang dipaparkan, dan juga kepada bakal jemaah yang akan menunaikan umrah atau haji.

Buku ini adalah bacaan terbaik anda pada musim haji ini. Anda perlu mendapatkannya segera kerana harganya cuma RM9.90 sahaja, sedangkan kisah serta tokoh yang dipaparkan bukan sembarangan.

Jangan bertangguh lagi, dapatkannya sekarang di kedai-kedai buku serta majalah berhampiran, atau hubungi Bahagian Pemasaran, Utusan, Tel: 03-89243843/3837.

Pendeta yang memeluk Islam

Posted: 12 Oct 2011 07:53 PM PDT


Umat islam melawat Gua Hira' tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu Allah yang pertama.


SAYA menerima anugerah gelaran yang sangat mulia, iaitu Bhagwan (tuhan) daripada pengikut-pengikut saya. Tetapi saat itulah sebenarnya saya berada dalam kesesatan dan kegelapan dan saya tercari-cari cahaya untuk keluar daripada kegelapan itu," katanya.

Dr. Maharaj atau nama sebenarnya Achariya Mahant Dr. Shri Shakti Saroopji Maharaj Adasin Dharmachariya Odai Shakti bukan sahaja penganut Hindu sebelum memeluk Islam tetapi beliau sebenarnya tokoh Hindu terkemuka di India.

Sami atau pendeta besar yang bertahun-tahun lamanya berkhidmat di kuil-kuil besar termasuk di Kuil Ban Khand Ashram Brindaban di Mathura, Uttar Pradesh di utara India untuk menyebarkan agama Hindu. Tugasnya melatih pendeta-pendeta untuk menyebarkan agama itu.

Begitu pun tidak sahaja tugas tersebut sebagai meneruskan tradisi warisan keluarga dan keturunan (dilahirkan dalam keluarga Guru Nanak Vedi Wanash). Bahkan beliau amat berilmu kerana mempunyai pelbagai kelulusan akademik dalam pengajian agama.

Ini termasuk pemegang sarjana dalam pengajian Orientalism dari Universiti Allahabad India, sehinggalah Doctor Of Divinity dari Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau turut boleh bertutur dan menulis dalam 12 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Sanskrit, Greek, Dibro, Prakirit, Pali, Gurmukhi, Marhathi, Gujrati, Urdu dan juga Bahasa Arab.

Semua itu adalah kelebihan untuk beliau menguasai pengetahuan mengenai 10 agama besar dunia yang lain terutamanya Kristian dan Islam itu sendiri.

Kehebatan itu menyebabkan banyak pihak cuba menguji beliau. Paling menarik apabila Dr. Maharaj mendapat pengiktirafan tinggi oleh pusat Gereja Roman Katholik (Vatican City) apabila beliau mendapat undangan khas Pope, Paul VI pada tahun 1981.

"Atas undangan khas itu, mereka sebenarnya cuba memberi tekanan yang cukup hebat apabila saya dikehendaki bercakap tujuh topik berbeza atas pengetahuan yang saya miliki mengenai Kristian.

"Saya berjaya membuatkan mereka berpuas hati dengan hujah-hujah sehinggakan saya dianugerahi gelaran dan penghormatan khas menjadi warga Vatican City sebagai satu usaha untuk menarik saya untuk memeluk Kristian.

"Tetapi secara peribadi saya sama sekali tidak tertarik bertukar agama malah pulang semula ke India," katanya.

Sebenarnya, beliau lebih terpengaruh dengan ajaran Islam walaupun berjaya memuaskan pihak Vatican atas pengetahuan luasnya terhadap ajaran Kristian.

Pada tahun yang sama (1981) beliau menyampaikan syarahan dalam pertemuan di Kuil Ashram Param Dham yang turut dihadiri tokoh-tokoh agama Hindu yang lain.

Ini termasuklah Dada Dharam Adhikari yang secara tiba-tiba mengajukan satu soalan kepada Dr. Maharaj.

"Swami Ji, anda telah mengenali dan mempelajari pelbagai agama yang ada di dunia ini. Pada pandangan awak sekarang, dalam banyak-banyak agama, agama manakah yang awak rasa paling baik untuk dianuti oleh seluruh manusia?"

Soalan yang tidak disangka-sangka itu dijawab pendek tetapi tegas oleh Dr. Maharaj: "Islam".

"Tetapi Islam sebuah agama yang mengongkong umatnya," tanya Dada Dharam yang lebih terkejut dengan jawapan Dr. Maharaj.

Dr. Maharaj pun menjawab: "agama yang disebut sebagai sangat mengongkong itu, agama itu jugalah memberi kebebasan kepada umatnya. Malah sebenarnya agama yang dianggap tidak mengongkong manusia itulah menyebabkan penganutnya menjadi tidak bebas, terikat kepada pelbagai peraturan dan ajaran yang tidak masuk akal.

"Pada hakikatnya, manusia memerlukan agama yang mengongkong kehidupan supaya kehidupan mereka di dunia ini teratur dan aman dari segala macam masalah dan godaan duniawi tetapi kesudahannya menikmati kebebasan sepenuhnya untuk kehidupan di akhirat kelak.

"Bagi saya Islamlah, satu-satunya agama yang memenuhi segala kualiti sebagai agama yang paling baik".

Jawapan itu sangat mengejutkan tetapi dianggap tidak lebih daripada sebagai pengetahuan semata-mata. Sedangkan bagi Dr. Maharaj ia tidak lebih peperangan dalam diri yang membawakan beliau akhirnya menyerahkan diri kepada Islam, sebagai satu kemenangan besar yang mengeluarkan dirinya daripada kesesatan.

Begitulah kesannya apabila ilmu dikuasai. Walaupun pelbagai agama dikenali dan dipelajari namun ia tidak membuatkan hati Dr. Maharaj menjadi berbelah bagi. Malah yang beliau temui adalah kekuasaan Allah. Lebih-lebih lagi Allah dan kisah Nabi Muhammad ada disebutkan dalam agama-agama yang beliau kaji.

"Kecuali dalam ajaran Buddha dan Jainism, dalam semua ajaran agama yang lain ada disebutkan mengenai nama Allah dan Mohamad atau Ahmad. Malah dalam kitab Hindu sendiri, perkataan Ala terdapat di Bab Pertama dalam Rig Veda yang menjadi permulaan kepada empat huruf nama Allah itu.

"Begitu juga persamaan 'Moha-mmad' dan 'Ah-mad' untuk Nabi Muhammad dan Ahmad dan 'Kurdha-noo' turut digunakan dalam kitab Rig Veda yang merujuk kepada kitab suci al-Quran," ujarnya.

Awas transaksi haram di Internet

Posted: 12 Oct 2011 07:51 PM PDT


Walaupun internet memudahkan transaksi jual beli tetapi kita harus berhati-hati agar tidak terlibat dalam jual beli yang haram. - Gambar hiasan


DUNIA teknologi internet begitu pantas berkembang. Penggunaannya kini bukan setakat sebagai perpustakaan terbesar di dunia, malah sudah menjadi pasaraya mega.

Fungsinya bukan setakat menggantikan surat dan pejabat pos, tetapi sudah menjadi pusat transaksi perniagaan dan tempat mencari kekayaan secara maya.

Realiti ini menyebabkan terlalu ramai masyarakat kita yang begitu teruja untuk kaya hingga tidak memikirkan isu halal dan haram.

Secara mudah, terdapat tiga cara untuk mencari duit di Internet, iaitu melalui perniagaan Internet, program Internet dan pelaburan Internet.

Daripada aspek hukum syariah, ketiga-tiganya tidak halal secara mutlak dan tidak haram secara mutlak. Ia bergantung kepada akad kontrak dan elemen yang wujud dalam transaksi tersebut.

Perniagaan Internet sebenarnya seperti perniagaan konvensional, iaitu proses jual beli barang atau mengambil upah. Hanya aplikasinya yang berbeza kerana transaksi perniagaan internet berlaku secara maya.

Namun, prosesnya masih sama kerana berlaku pertukaran barang atau memberi dan mengambil upah perkhidmatan.

Biasanya, barang yang dijual adalah dalam bentuk produk digital, fizikal atau dalam bentuk perkhidmatan. Contoh produk digital yang biasa dijual beli di Internet adalah e-book (buku elektronik), web hosting, gambar grafik, audio kuliah, video ceramah, tutorial dan sebagainya.

Produk fizikal pula adalah seperti menjual cakera padat (CD) media, produk kesihatan, buku dan sebagainya. Satu lagi bentuk perniagaan Internet adalah dalam bentuk perkhidmatan seperti mengambil upah membina laman web, meletak iklan, mereka bentuk grafik, menaip atau menterjemah sesuatu tulisan.

Butang persetujuan

Semua contoh tersebut adalah halal dan sah transaksinya jika memenuhi syarat yang ditetapkan syarak dalam setiap akad urusniaga itu.

Ini kerana perniagaan Internet menggunakan kontrak jual beli (al-Bay) atau upah (ujrah). Kontrak ini diharuskan dalam muamalat Islam.

Walaupun begitu, setiap kontrak mesti memenuhi semua rukun dan syarat-syaratnya. Sebagai contoh, dalam kontrak jual beli mesti ada rukun-rukunnya, iaitu penjual, pembeli, barang, bayaran dan akad. Setiap rukun tersebut mempunyai syarat sahnya.

Contohnya, penjual mesti memiliki atau boleh mewujudkan barangan tersebut dan boleh menyerahkannya kepada pembeli. Begitu juga antara syarat sah barang jualan mestilah sesuatu yang halal dan bukan mempunyai unsur lucah atau perjudian.

Dalam jual beli Internet, suatu perkara penting adalah penjual perlu memberi maklumat berkaitan barang dengan lengkap seperti bentuk, kualiti, kuantiti dan sebagainya.

Akad yang dilakukan di Internet memadai dengan menggunakan butang persetujuan seperti butang submit dalam borang pesanan. Justeru, jika semua syarat ini dipenuhi, sahlah urusniaga jual beli dalam Internet.

Program Internet pula adalah suatu sistem automatik maya anjuran pihak tertentu bagi memberi pulangan wang kepada pihak lain.

Program ini ada yang halal dan ada yang haram bergantung kepada jenis kontrak serta bentuk program tersebut. Secara umum, program internet terbahagi kepada beberapa jenis, antara tiga yang popular adalah program affiliate, program pengiklanan dan program piramid.

Program affiliate bermaksud pemilik laman web perniagaan yang melantik agen promosi alamat laman web perniagaan tersebut. Ini bererti mereka yang menyertainya akan diberikan alamat url affiliate ID tersendiri dan bertanggung jawab mempromosikan.

Jika terdapat pembeli yang klik ke url tersebut dan kemudian membeli sesuatu di laman web perniagaan, pemiliknya akan memberi komisen kepada peserta tersebut.

Program ini pada asasnya halal kerana menggunakan akad ujrah (upah). Namun, ia bergantung kepada kandungan dan produk laman web yang disertai sama ada halal atau haram.

Program pengiklanan pula bermaksud pihak penganjur akan memberi upah kepada peserta dan menyediakan ruang di laman web mereka untuk iklan daripada penganjur.

Justeru, penganjur akan menjadi orang tengah yang menyalurkan iklan pembeli iklan ke dalam laman web peserta. Oleh itu, peserta akan dibayar, sama ada mengikut bilangan klik atau bilangan paparan oleh pelawat laman webnya.

Antara contoh program ini yang popular adalah Google Adsense, Nuffnang dan Text-Links-Ads.

Program ini juga halal seperti program affiliate, kecuali terdapat sebab mengharamkannya seperti iklan yang disertai mengandungi kandungan lucah atau haram dan tidak disalah guna seperti diklik sendiri oleh peserta.

LZS perkemas sistem agihan

Posted: 12 Oct 2011 07:50 PM PDT


Mohamed Izam Mohamed Yusof (berdiri) sentiasa mengamalkan konsep musyawarah dalam usaha memperkasakan lagi sistem penyampaian dan agihan LZS.


WANG zakat tidak sama dengan lain-lain wang atau dana. Justeru, ia tidak boleh dibelanjakan sesuka hati. Sebaliknya, ia hanya boleh diagih kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan sebagai mana firman Allah SWT dalam ayat 60 surah at-Taubah.

Untuk itu, institusi seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) diberi amanah mengurus kutipan pelbagai jenis zakat untuk diagihkan kepada para asnaf.

Namun, sebelum pengagihan dibuat, LZS perlu membuat semakan untuk memastikan hanya pemohon yang layak menerima bantuan zakat. Berdosa memberi zakat kepada golongan yang tidak layak.

Sebab itu, sebelum sesuatu permohonan diluluskan, ia perlu disokong dengan dokumen yang lengkap untuk memastikan kesahihan maklumat pemohon dan mengelak penipuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, pihaknya sentiasa memastikan pelanggan didahulukan di samping mengutamakan ketelusan dan pengagihan zakat sentiasa berhemah.

Katanya, adalah menjadi prinsip agihan zakat di Selangor bahawa ia perlu dilakukan dengan segera iaitu fauran.

"Oleh itu, pencapaian LZS adalah dalam bentuk menyegerakan pengagihan zakat mengikut piagam pelanggan.

"Cuma, bantuan zakat ini adalah sementara bukannya sebagai pendapatan. Sebab itu, apabila asnaf sudah boleh berdikari, bantuan dihentikan," kata beliau dalam pertemuan dengan Mega di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Dalam aspek kelulusan permohonan bantuan zakat, piagam pelanggan LZS adalah memberi kelulusan dalam tempoh maksimum dua jam, 24 jam, 14 hari dan 30 hari.

Kata Mohamed Izam, bagi memudahkan kelulusan bantuan dalam tempoh dua jam pihaknya mewujudkan Kaunter Ekspres di sembilan cawangan LZS selain kaunter sedia ada di ibu pejabat.

"Jenis bantuan di bawah kategori ini adalah kecemasan runcit, hutang keperluan hidup, perubatan, musafir.

"Bagi bantuan kecemasan seperti ribut, banjir dan kebakaran tempoh kelulusan maksimum adalah 24 jam," jelas beliau.

Mohamed Izam memberitahu, dalam tempoh Januari hingga Jun 2011, pihaknya berjaya memproses 36,512 (97 peratus) permohonan bantuan daripada jumlah keseluruhan permohonan iaitu 37,599 mengikut piagam pelanggan.

"Sebanyak 97 peratus masalah aduan berkaitan agihan juga berjaya diselesaikan, manakala aduan kutipan, layanan dan perkhidmatan serta aduan umum dapat diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Dalam usaha memperbaiki lagi agihan zakat, LZS menubuhkan Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) untuk menjejaki kemiskinan di bandar.

Ia dimulakan di daerah Petaling pertengahan September lalu yang melibatkan tiga lokasi iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, PPR Kota Damansara dan PPR Hicom di Seksyen 24 Shah Alam.

"Kita fokuskan kemiskinan di bandar kerana susah nak cari golongan ini. Sebab tempat tinggal dan rumah mereka adalah sama dengan orang lain berbanding kemiskinan di luar bandar.

"Selepas ini kita akan ke Puchong dan juga hot spot lain di mana kemungkinan terdapat asnaf dan fakir miskin," kata Mohamed Izam.

Sementara itu, jumlah kutipan zakat bagi tempoh Januari hingga Jun 2011 adalah RM127.6 juta iaitu meningkat 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 93 peratus telah diagihkan.

Tahun lalu, LZS berjaya mengutip RM336.7 juta daripada 167,990 pembayar zakat di mana sebanyak RM330.4 juta diagihkan kepada 287,101 penerima di Selangor.

Objektif agihan LZS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah melaksanakan agihan zakat seperti perintah Allah SWT, menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisien, mewujudkan masyarakat seimbang dari segi ekonomi, rohani, duniawi dan ukhrawi.

Selain itu bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Selangor, memberi keyakinan kepada para pembayar zakat dan masyarakat serta mempelbagaikan program agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf.

Mohamed Izam berkata, LZS mengunjurkan jumlah kutipan zakat tahun ini ini adalah RM350 juta walaupun setakat Ogos lalu, jumlahnya adalah sekitar RM240 juta.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan bilangan pembayar zakat akan meningkat pada bulan Ramadan sesuai dengan pelbagai keberkatan yang ada di dalamnya.

"Bulan Disember juga ramai yang membayar zakat sebab sudah cukup haul," jelas beliau.

Mengenai penglibatan LZS dalam Festival Halal di Pusat Dagangan Putra yang berlangsung bermula semalam hingga 16 Oktober ini, Mohamed Izam berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah pembangunan ummah.

"Lagi pun festival ini mengetengahkan produk halal lagi baik di mana satu lagi aspek di dalamnya berzakat untuk memastikan punca rezeki yang halal lagi baik," tambahnya.

Remaja dan ketahyulan

Posted: 12 Oct 2011 07:49 PM PDT


Percaya kepada hal-hal tahyul dan khurafat boleh membawa kita kepada mensyirikkan Allah.


KETAHYULAN atau tahyul adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Ia mendatangkan khurafat kepada pemikiran umat Islam. Ketahyulan adalah tradisi yang diamalkan oleh sebahagian orang Melayu secara turun temurun.

Oleh kerana latar orang Melayu berasal dari Hindu-Buddha maka sisa-sisa ketahyulan itu masih ada. Kini, ketahyulan tidak sahaja berkembang dalam pemikiran ilmu dan budaya, tetapi disuburkan oleh corak hiburan pementasan drama dan filem.

Walaupun remaja hari ini tidak terdedah dengan pengaruh silam yang khurafat, tetapi cara ketahyulan dipersembahkan menjadi minat generasi muda.

Yang amat penting remaja insafi adalah faham tahyul boleh membawa kepada syirik dan faham tahyul juga bersifat anti-sains. Faham tahyul boleh menyebabkan pemahaman terhadap yang ghaib disalah ertikan.

Ketahyulan boleh menimbulkan rasa ketakutan kepada remaja. Remaja yang takut kerana sangka buruk terhadap sesuatu boleh menghakis daya juang mereka.

Pemikiran yang kritis dan kreatif tidak akan berkembang kerana pengaruh tahyul menjadikan mereka tidak rasional.

Meskipun kita dituntut percaya terhadap faktor-faktor yang ghaib seperti Allah, malaikat dan seumpamanya tetapi sandaran al-Quran memberi kejelasan bahawa perisyaratan daripada Allah sifatnya ilmu dan petunjuk.

Ketahyulan tidak memiliki asas-asas rasional. Ia hanya faktor bayangan manusia yang difantasikan secara kreatif dalam filem, drama dan cerita-cerita rekaan. Mesej yang bakal disampaikan kepada penonton, pembaca dan pendengar adalah rasa ketakutan yang tinggi kepada makhluk seperti jin, syaitan dan iblis tetapi bukannya ketaqwaan yang tinggi kepada Allah SWT.

Umat yang maju tidak menjadikan ketahyulan sebagai asas sandaran. Umat yang maju menjadikan sumber ilmu dan keterampilan dalam membina modal insan dan mampu menempa kemajuan dan perubahan.

Kesan psiko (kejiwaan) kepada remaja yang ditakut-takutkan secara khayali dan penuh fantasi adalah ketidakmampuan mereka berbicara tentang fakta dan data yang sifatnya logik dan saintifik.

Ketahyulan sememangnya boleh membawa keseronokan kepada penonton dan pembaca. Ia mengajak remaja berada di dalam fantasi.

Seolah-olah meletakkan imej jembalang, hantu dan seumpamanya adalah sesuatu yang amat berkuasa dalam menentukan dalam hidup ini.

Ia secara tidak langsung menafikan Allah sebagai pencipta yang Maha Berkuasa dan Maha Agung.

Oleh itu, amat penting para remaja menjauhkan diri daripada hal-hal tahyul kerana ia bukan sahaja tidak membantu memantapkan akidah kepada Allah, malah menjadikan hati remaja ragu-ragu dan dibimbangi bakal terjebak dengan ajaran sesat.

Ajaran sesat yang masih subur dalam masyarakat Melayu dan Islam pada hari ini adalah akibat terlalu percaya kepada faham tahyul mengatasi beriman kepada Allah SWT.

Malaysia memerlukan remaja yang berfikir saintifik dan berjiwa tadabbur (kaji selidik). Jiwa tadabbur boleh menghubungkan remaja dengan faktor fikir dan zikir untuk mencari kekuatan berfikir.

Dengan berfikir, manusia mengunakan kekuatan akal untuk memahami sesuatu dengan logik dan rasional. Dengan zikir manusia akan diberi pedoman oleh wahyu dan sunnah supaya hati atau kalbu dapat menilai sesuatu perkara.

Gandingan fikir dan zikir menyebabkan manusia mempunyai perspektif yang betul tentang penciptaan dan kejadian.

Remaja harus menginsafi bahawa jin, iblis dan syaitan adalah makhluk Allah dan makhluk-makhluk ini sama sekali tidak boleh mengatasi kuasa Allah.

'MyBurger' didik Nuzul berniaga

Posted: 12 Oct 2011 07:48 PM PDT


Nuzul Ikmal Hafiz Anuar bertekad mengubah nasibnya dan keluarga melalui perniagaan burger yang dibantu LZS.


DARI kejauhan, di sisi kanan hadapan Kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Selayang, dia cekatan menyiapkan pesanan. Dua anak gadis menanti sabar. Asap dari kuali leper naik ke udara, bersama bau yang membuka selera.

Dua keping daging ayam sebagai inti yang garing dan enak dipanggang, bersama hirisan salad dan timun juga tomato, sebiji telur digoreng bulat sebagai lapisan pelengkap, diisi juga mayonis dan sos lalu akhirnya diapit dua bun yang lembut. Akhirnya, siaplah sebiji burger ayam istimewa sedia untuk dinikmati.

"Assalamualaikum! Adik, nanti jika ada masa ustaz mahu jumpa sekejap. Juga jangan lupa, siapkan tiga biji burger ayam istimewa ya!" Penulis menyapa ringkas.

Tanpa songeh - meminjam istilah anak remaja - anak muda ini hanya mengangguk. Tidak lama, kira-kira 20 minit kemudian dia sudah terpacul di muka pintu Kaunter LZS Selayang dan di tangannya tersedia membimbit plastik berisi burger ayam istimewa, masih hangat dan tiga biji semuanya!

"Tak mengapakah tinggal warung sekejap," penulis memulakan perbualan. Dia awalnya tampak canggung. Maklumlah, tiba-tiba sahaja dipanggil masuk ke pejabat. Diwawancara pula oleh penulis, wakil dari ibu pejabat.

Mungkin dia terfikir, ada sesuatu yang mahu ditegur. Maka, wajar bagi penulis berbasa-basi mengendurkan suasana.

"Tak apa ustaz, ada rakan tolong tunggu," balasnya ringkas.

Perbualan selanjutnya, dia membuka cerita. Namanya Nuzul Ikmal Hafiz Anuar, 20. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Anak sulung adalah kakaknya, di bawahnya ada dua orang lagi adik-adik, seorang perempuan dan seorang lelaki.

"Bantuan perniagaan ini sebenarnya disediakan oleh LZS bagi asnaf yang layak. Ibu saya, Janatul Hazar Mohamad, adalah penerima bantuan zakat di LZS.

"Jadi, apabila ditawarkan peluang berniaga seperti ini, cepat-cepat saya terima. Mana tahu, dengan cara ini saya mampu membawa perubahan dalam hidup dan keluarga," tambahnya.

Menyentuh tentang ibunya, Nuzul memberitahu, ibunya adalah wanita berhati waja yang merupakan seorang ibu tunggal. Sungguhpun telah berpisah dengan suami, namun dia tega memikul beban membesarkan anak-anak.

Kini, dengan usia sudah menginjak usia 40-an, ibunya terus bekerja sebagai tukang masak di sekolah tadika.

"Saya baharu sahaja memulakan perniagaan jual burger ini. Baharu mula sebulan sebelum Ramadan tahun ini. Sebelum bulan puasa dahulu, Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan.

"Namun, sepanjang Ramadan saya tidak dapat berniaga. Setelah membuka gerai pada tiga hari pertama berpuasa, tiada orang yang mahu makan burger.

"Mungkin orang kekenyangan berbuka. Akhirnya saya ambil keputusan menutup gerai. Sekarang ini, selepas musim raya baharu nak pulih semula. Sambutan sudah ada, tetapi tidaklah sehebat seperti mana sebelum Ramadan dahulu," ujarnya berkongsi ceritanya.

Dibayar gaji bulan

'Myburger' adalah inisiatif LZS melalui Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Zakat, iaitu dengan membuat kerjasama pintar bersama syarikat pengeluar daging burger muslim tempatan.

Melalui pelan ini, mana-mana asnaf yang berminat dan layak diberi peluang berniaga burger dengan jenama 'Myburger'.

LZS dan syarikat berkenaan akan menyediakan gerai burger, daging dan semua keperluan awal menyediakan jualan burger. Peniaga burger juga, seperti Nuzul akan diberi gaji bulanan RM900 atas hasil jualannya.

Seandainya mereka gagal melepasi sasaran jualan minimum yang ditetapkan, pihak LZS berhak memotong gaji berkenaan.

Tujuannya hanya satu, iaitu agar mereka tidak mudah mengambil sikap sambil lewa dalam berniaga kerana diberikan gaji tetap. Sebaliknya akan berusaha memastikan jualan yang tinggi menerusi kualiti penyediaan burger dan layanan yang diberikan baik dan memuaskan.

Itulah sebabnya LZS berusaha mewujudkan skim bantuan seperti ini.

"Alhamdulillah, buat masa ini jualan saya adalah antara RM40 ke RM50 sehari. Saya perlu usaha lagi bagi menambah jualan, jika tidak gaji saya akan kurang," kata Nuzul.

Sebelum menutup bicara bagi membolehkan penulis menikmati burger ayam spesial hasil tangan Nuzul, dia melontarkan harapan yang amat mengesankan.

"Jika boleh, saya mahu kekal lama dalam perniagaan ini. Saya mahu perniagaan burger ini maju dan tidak dirundung masalah.

"Saya sedar, bukan semua orang berpeluang mendapat ruang dan kesempatan berniaga seperti ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada LZS kerana memberi peluang ini.

"Kepada semua pembayar zakat pula, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kerana dengan zakat yang ditunaikan itulah, maka orang-orang seperti saya ini dapat mengubah nasib," tambahnya.

Perbualan tamat. Nuzul kembali melayani permintaan peminat burgernya. Penulis dan teman-teman di Kaunter LZS Selayang tidak sabar-sabar mahu menikmati burger ayam special, hasil tangan seorang anak asnaf berjiwa besar bernama Nuzul.

Doa saya, semoga Allah SWT memberkati perjalanan hidup Nuzul dan membantunya berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan burger yang berjaya, amin.

Konservasi bahan seni visual

Posted: 12 Oct 2011 07:47 PM PDT


Setiap proses konservasi yang dilakukan pada karya bermasalah akan dilakukan secara seminimum mungkin bagi mengekalkan keaslian karya tersebut.


MEMBELI dan mengumpul bahan seni visual seperti karya lukisan, cetakan, fotografi, catatan, seramik, media baru, arca dan kolaj sering dikaitkan sebagai hobi di kalangan peminat seni.

Namun, ramai yang tidak menyedari aktiviti mengumpul bahan seni itu sebenarnya satu hobi yang menguntungkan dan boleh diwariskan dari satu generasi ke satu generasi.

Apatah lagi nilai koleksi seperti ini akan terus meningkat seiring dengan peningkatan usianya terutama apabila membabitkan karya seni daripada seniman-seniman ternama.

Justeru persepsi sesetengah individu yang menganggap hobi mengumpul karya seni sebagai membazir dan tidak bermanfaat, adalah tidak relevan.

Hakikatnya, hobi mengumpul bahan seni visual tidak jauh bezanya dengan hobi mengumpul bahan lain cuma ada kalanya ia memerlukan belanja yang besar sehingga jutaan ringgit untuk mendapatkan karya agung milik seniman ternama tanah air mahupun artis dari luar negara.

Dalam pada itu, koleksi yang berharga jutaan ringgit kadang-kala umpama tidak bernilai dan langsung tidak dikenali selepas bertahun-tahun 'disembunyikan' pemiliknya yang tidak menjaga kondisi keadaan karya itu.

Tanpa disedari, koleksi lukisan atau arca yang dihasilkan oleh seniman ternama akan hilang satu persatu di telan arus kemodenan.

Tidak kurang juga yang rosak dimakan anai-anai, kulat kulapuk sehingga memaksa ia dibuang begitu saja seperti sampah tidak berharga.

Memelihara khazanah seni visual

Melihatkan kepentingan untuk memulihara karya-karya seni yang bernilai tidak kira koleksi milik syarikat-syarikat mega mahupun persendirian, Balai Seni Visual Negara (BSVN) kini menawarkan perkhidmatan pemuliharaan.

Perkhidmatan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Seni, Pengurusan Koleksi dan Pemuliharaan, mampu membaik pulih lukisan lama menjadi seakan-akan baru selepas melalui proses-proses tertentu dalam makmal yang terletak di tingkat bawah bangunan BSVN.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam makmal tersebut, sesiapa pun pasti akan rasa teruja dan kagum melihatkan pelbagai koleksi menarik tersusun kemas di setiap sudut ibarat berada dalam galeri mini yang menyimpan pelbagai barangan seni visual klasik dan moden.

Bezanya, bahan ataupun karya yang terdapat di tingkat tersebut ada di antaranya rosak, terkoyak, warna tertanggal dan tidak kurang juga yang hampir 50 peratus kehilangan rupa asal berbanding karya yang dipamerkan di galeri sebenar.

Bermula pada 1 Oktober 2008, penstrukturan BSVN atau dulu dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara telah mewujudkan bahagian tersebut melalui Waran Perjawatan Bil. JPA(S)253/78-5Klt.2sk2 bertarikh 28 Disember 2002.

Boleh dikatakan bahagian tersebut pada mulanya hanya tertumpu kepada aktiviti memulihara, memelihara, mendokumentasi dan mengadakan penyelidikan terhadap Koleksi Himpunan Tetap Negara sahaja.

Bagaimanapun, fungsi bahagian tersebut semakin berkembang dan mula menerima karya-karya milik persendirian yang berhadapan dengan risiko kerosakan.

Selain itu, ia turut menjalankan kerja-kerja konservasi rawatan basah dan kering, memeriksa dan mendokumentasikan koleksi dan memelihara rekod pemuliharaan.

Ia juga memberi khidmat nasihat pemuliharaan kepada institusi awam, komuniti dan individu, merancang dan menguruskan tatacara perolehan dan penggunaan bahan kimia, menyelaras program kerjasama berkaitan pemuliharaan dengan institusi berkaitan dan menjalankan kerja-kerja pembingkaian.

Menurut, Kurator Konservasi BSVN, Musrizal Mat Isa, peringkat awalnya iaitu sekitar 1990-an tenaga luar dari New Zealand dijemput ke Malaysia bagi melakukan kerja-kerja baik pulih.

Namun selepas BSVN bekerjasama dengan Pusat Pemuliharaan Bahan Budaya (CCMC) dari Melbourne, Australia dan Makmal Penyelidikan bagi Pemuliharaan Kebangsaan (NRLC), India, bidang pemuliharaan semakin berkembang kerana kedua institusi tersebut berkongsi kepakaran dan kajian terhadap cuaca tropika.

"Kebanyakan medium seni yang digunakan di negara ini dihasilkan di negara Barat, oleh itu bahan-bahan tersebut perlu dikaji sama ada ia sesuai digunakan di negara-negara lain dari segi tindak balas terhadap suhu.

"Selepas menganalisis maklumat itu, data yang diterima kembali membolehkan kami untuk mengenal pasti bahan yang sesuai digunakan di negara-negara Asia," jelasnya.

Musrizal berkata, pada tahun 2009, BSVN mula serius untuk mewujudkan sebuah pusat pemuliharaan dan sehingga tahun lepas mereka mula menerima bahan-bahan dari luar.

"Selain Koleksi Himpunan Tetap Negara, kami juga menerima bahan seni visual daripada pengumpul (kolektor) swasta dan orang persendirian yang inginkan perkhidmatan pemuliharaan.

"Malah sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan permintaan semakin bertambah sehingga kami terpaksa mengawal permintaan tersebut kerana objektif utama kami adalah untuk menyokong kepada bahan sedia ada," katanya.

Bahan-bahan yang boleh dipulihara dan dibaik pulih di makmal tersebut ialah bahan daripada medium kertas seperti lukisan, warna air, gambar foto, skrol dan objek-objek arca.

Langkah pemuliharaan perlu dilakukan apabila sesebuah karya hendak dibawa keluar dari BSVN.

Lazimnya ia akan dikuarantin untuk kerja-kerja mencatitkan laporan keadaan karya tersebut.

"Selepas melihat keadaan fizikal karya tersebut kami akan mengenal pasti masalah yang terdapat pada karya itu contohnya karya lukisan.

"Jika ia terkoyak atau catnya tertanggal, kami akan menjalankan proses rawatan dengan beberapa proses pembaik pulih seperti proses cucian kering," ujar Musrizal.

Kertas tisu L2 (jenis bebas asid) akan ditampalkan di atas karya-karya catatan lapisan demi lapisan bagi menguatkan kembali keadaan kertas tersebut.

Bagi karya lukisan yang menggunakan asas kanvas seperti linen, jut, kain kapas dan belacu, proses patching iaitu menampal benang mengikut jalinan laluan asal kanvas tersebut akan dilakukan untuk mengukuhkan kembali struktur lukisan yang terkoyak.

Jika warna karya tersebut tertanggal, proses hatching pula boleh membaiki semula lapisan cat yang bermasalah.

Walaupun demikian, bagi menghormati karya tersebut, bahagian konservasi biasanya meminta artis asal yang menghasilkan karya tersebut untuk datang sendiri ke BSVN untuk proses bancuhan warna.

"Jika artis itu telah tiada, kami akan menghasilkan warna tersebut dan setiap proses pemuliharaan yang akan dilakukan secara seminimum mungkin pada lapisan pertama yang sering berhadapan dengan masalah kepudaran kerana dimakan usia," kata Musrizal.

Beliau berkata, faktor cuaca dan suhu sering menjadi penyebab mengapa sesebuah karya itu mudah rosak.

"Bagi saya, bahan lukisan dan medium berasaskan kertas paling mudah bermasalah dan kami kategorikan masalah tersebut sebagai kritikal, separa kritikal dan stabil.

"Oleh itu, saya nasihatkan agar pengumpun-pengumpul yang menyimpan pelbagai karya perlu menjaganya dengan selalu membersihkan permukaan luar karya itu.

"Jika ia dipamerkan di bahagian ruang tamu, karya itu perlu disimpan ditempat gelap kerana jika ia selalu terdedah kepada lampu tiruan warnanya mudah luntur atau pudar," jelas Musrizal.

Tambahnya, jika bahan seni visual itu dijaga dengan baik maka jangka hayatnya boleh berpanjangan sehingga ratusan tahun.

Muji korban masa jaga warga emas

Posted: 12 Oct 2011 07:46 PM PDT


Muji Sulaiman (kiri) menerima sumbangan untuk Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas daripada Fartini Zaharuddin.


MENJAGA bapa yang sakit akibat strok selama empat tahun membawa makna yang cukup besar kepada Muji Sulaiman.

Pengalaman tersebut dijadikan kenangan terindah dan paling berharga dalam hidup kerana baginya tidak semua anak diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menjaga sekali gus berbakti pada orang tua mereka sehingga ke akhir hayat.

Malah Muji reda dicerai suaminya hanya semata-mata mahu menjaga orang tuanya yang sedang sakit.

Biarpun sedih mengenang ditinggal suami, ibu tunggal tiga anak ini tidak berganjak daripada niatnya untuk menjaga bapa sehingga nafas terakhir.

Kini biarpun bapa sudah tiada di sisinya, Muji bangga dengan pengorbanan yang pernah dilakukan itu.

Malah dengan pengalaman yang ada dia mampu menjaga lebih ramai lagi warga emas yang sudah tiada keluarga melalui penubuhan Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas.

Rumah perlindungan yang ditubuhkan pada 2004 di Puchong, Selangor itu, adalah titik tolak daripada rasa belas dan simpati Muji apabila melihat ramai warga emas yang tiada tempat tinggal selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu tunggal itu beriltizam menjadikan rumah tersebut sebagai tempat warga emas berteduh, menumpang kasih serta menghabiskan hari-hari terakhir mereka dengan lebih bermakna.

"Saya menjadi pilu melihat orang-orang tua ini yang kesemua mereka saya anggap seperti ibu dan bapa saya sendiri.

"Biarlah dibuang anak sendiri namun kami tetap membantu untuk menjaga mereka sebelum dijemput Ilahi,'' ujar wanita kelahiran Muar, Johor ini.

Katanya lagi, biarpun perlu bermain dengan najis dan hancing air kencing ibu bapa orang lain, hatinya tetap gembira dengan tugas yang dilakukan sekarang.

"Memang mereka bukan darah daging saya tetapi hati saya tenang dan puas dapat membantu mereka walaupun sesetengahnya hanya dapat saya jaga dalam tempoh yang sekejap sebelum meninggal dunia,'' ujarnya lagi.

Ceritanya, pada awal penubuhan Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas , ia hanya mempunyai 10 penghuni sahaja.

"Ketika itu saya hanya dibantu oleh anak-anak sendiri untuk menguruskan jadual seharian warga emas ini.

"Tidak dinafikan masa itu ada yang menganggap saya gila kerana sanggup menjaga ibu bapa orang lain sedangkan anak mereka sendiri tidak mahu membela.

"Apa pun yang orang kata saya teruskan juga perjuangan semata-mata untuk membela orang tua yang disisihkan oleh anak-anak serta yang tiada waris,'' kata Muji sambil menguntum senyum.

Kini selepas hampir lapan tahun berlalu, rumah jagaan tersebut mampu memuatkan 50 orang penghuni yang kesemua tiada keluarga.

Kebanyakan warga emas tersebut adalah pesakit dari hospital-hospital kerajaan yang tiada waris dan menghidapi penyakit yang kronik.

Bagaimanapun, ada juga sebilangan penghuni yang dihantar sendiri oleh anak-anak atas alasan tertentu.

"Semua ini saya anggap amanah Allah. Saya percaya Allah akan tetap membantu kami di sini dan memberi rezeki ,'' ujarnya yang menggunakan bekas surau lama yang telah diwakafkan untuk rumah pelindungan tersebut.

Setakat ini semua kerja-kerja mengurus kan penghuni dilakukan sendiri olehnya dengan dibantu beberapa pekerja.

Katanya lagi, menjaga orang tua memerlukan ketahanan kesabaran yang tinggi memandangkan mereka mudah sensitif dan kerenahnya seperti kanak-kanak.

"Ada juga di kalangan mereka ini nyanyuk dan lupa ingatan, jadi sebagai penjaga kita perlu bersabar dengan kerenah mereka.

"Golongan ini tidak memerlukan apa-apa sekadar mahukan perhatian dan belaian daripada insan yang sayangkan mereka," katanya.

Selain aktiviti harian biasa, penghuni rumah tersebut turut diberikan kelas bimbingan al -Quran serta kuliah agama setiap hari.

"Saya upah ustaz dan ustazah untuk mengajar mereka mengaji selain mengendalikan kelas agama,'' ujarnya lagi.

Mengenai kos pembiayaan rumah tersebut, Muji berkata, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM20,000 sebagai perbelanjaan untuk menguruskan semua keperluan .

Bagaimanapun, dia bersyukur sejak penubuhan rumah tersebut sehingga hari ini, rezeki tidak pernah putus.

Ada sahaja bantuan yang diterima bukan sekadar wang ringgit tetapi juga makanan dan keperluan harian daripada golongan korporat serta orang perseorangan.

Puteri Nur Kamilia paling comel

Posted: 12 Oct 2011 07:45 PM PDT


Nurnahdatul Salwa Muhamad Zaki dan Isifzal Md. Idris meraikan kemenangan bayi mereka, Puteri Nur Kamilia Alatrash yang dinobatkan sebagai Bayi Paling Comel 2011.


GELAGATNYA yang bersahaja dan penuh yakin tanpa sebarang riak rasa takut biarpun di hadapannya ramai wajah-wajah asing yang tidak dikenali ditambah pula dengan raut wajah yang comel cukup untuk memikat juri bagi menobatkan Puteri Nur Kamilia Alatrash Isfizal dinobat sebagai Bayi Paling Comel 2011.

Si cilik bermata bundar dan beralis mata lentik berusia 10 bulan ini menewaskan 19 lagi peserta akhir dalam pertandingan anjuran Johnson's Baby itu.

Insan paling gembira ketika itu sudah pasti ibu bapanya, Nurnahdatul Salwa Muhamad Zaki dan Isifzal Md. Idris yang bukan saja dianugerahkan dengan anak yang comel malah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15, 000.

Lebih menarik kejayaan tersebut memberi peluang kepada si cilik itu untuk menjadi penghias kulit majalah keibubapaan serta membawa pulang hamper Johnson's bernilai RM1,000.

"Memang tidak sangka akan menang. Kami menyertai pertandingan ini pun sekadar suka-suka. Apa pun kami bersyukur dan berterima kasih kepada penganjur," kata Nurnahdatul.

Menurut guru di Sekolah Taman Rakan di Cheras, Selangor itu, Puteri Nur Kamilia memang seorang bayi yang ceria, tidak banyak ragam dan mudah dijaga.

Namun satu perkara yang pasti, bayi tunggalnya itu senang fokus pada satu-satu perkara yang dilakukan.

"Puteri (nama panggilan) juga suka bermain dengan cermin. Jika dibiarkan bersendirian akan menilik cermin dengan melihat wajahnya sendiri,'' katanya lagi

Ditanya mengenai hadiah yang dimenangi kata Nurnahdatul, wang tersebut disimpan untuk pelaburan masa depan anaknya termasuklah pembiayaan pengajian.

Seperti ibu-ibu yang lain, dia juga berharap Puteri Nur Kamilia, akan membesar sebagai anak yang sihat dan berjasa pada ibu bapanya.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga dimenangi bayi Santosh Anak Lelaki Gope dan bayi Millen Teo Yee Wei yang masing-masing berusia 14 dan 26 bulan.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 dan RM5,000 serta hamper Johnson's Baby bernilai RM1,000 dan beberapa hadiah lain.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Soo Woon Yee memberitahu, pertandingan tersebut bukan sahaja mencari bayi yang paling comel tetapi juga menitikberat kepada kesihatan bayi tersebut.

Jelas beliau lagi, tujuan pihaknya mengadakan pertandingan ini setiap tahun adalah untuk memberikan peluang kepada ibu bapa hari ini yang sentiasa sibuk dengan tugas masing-masing merapatkan hubungan dengan si manja mereka.

Ini dapat dicapai dengan aktiviti yang mudah seperti mengambil gambar bayi mereka untuk dihantar menyertai pertandingan ini.

"Pertandingan ini adalah platform terbaik bagi ibu bapa untuk berkongsi masa dengan si manja mereka kerana kami memahami bagaimana sukarnya untuk memendam rasa bangga apabila melihat si manja membesar dengan baik,'' katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories