RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR SANA SINI - AARON AZIZ AND FAMILY

Posted: 24 Jan 2012 11:51 PM PST


Seperti yang kita sedia maklum... Aaron Aziz merupakan seorang pelakon paling popular yang sudah lama berumahtangga. Namun tidak seperti segelintir artis lain yang gemar menyorok keluarga, Aaron sebaliknya lebih suka mengetengahkan isteri dan anak-anak untuk tontonan peminat.

Istimewa untuk peminat Aaron, myartis paparkan sekeping gambar pelakon 'gantang' ini sedang berbaring sambil bermesra dengan anak dan isterinya. Aksi sebegini sebenarnya boleh dijadikan contoh oleh artis lain yang suka berdalih atau main sembunyi bila menyentuh soal perkahwinan. Tak gitu??

Klik untuk imej besar...


LUAHAN HATI ABBY ABADI UNTUK ZUL ARIFFIN..!

Posted: 24 Jan 2012 07:27 PM PST


Tak kenal maka tak cinta... tapi bila dah kenal tak nak cinta pula..! Kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah... dan demikian jugalah hal yang dialami oleh Abby Abadi apabila Zul Ariffin didakwa sudah berubah sikap.

"Kalau mahu kata saya kacang lupakan kulit tidak juga. Saya masih tidak popular seperti yang diperkatakan. Saya masih perlu bekerja keras untuk mencapai apa yang saya inginkan.

"Tidak dinafikan dia banyak membantu dari segi nasihat dan bimbingan. Selebihnya, saya berusaha sendiri. Dan bukan kerana dia saya dapat kerja atau tawaran berlakon," demikian ujar Zul sebelum ini penuh yakin.

Sehubungan itu, Abby yang diibaratkan oleh segelintir pihak sebagai 'perigi mencari timba' merasa amat sedih di atas perubahan Zul itu. Jadi... untuk menyelami hati Abby yang mudah tersentuh itu, ayuh kita baca luahannya di dalam blog yang ditulis khusus untuk Zul.

Bagaimanapun, luahan Abby itu tidak kami sunting atau perbetulkan supaya anda semua dapat melihat isi nurani Abby yang asli. Selamat membaca!



TAAARAAAA...

Assalamualaikum, hye! Tunggu Sy? Hehe.. Tak sabar yer nk baca entri neh? ;P Sy pun tak sabar nk publish sebenarnya, huhu.. Tapi, dr smlm, neh baru selesai....Cerita 'Tentang Awak' Sy. Siapa? Yang tau, taulah.. Yang taktau, bayangkan je mcm baca sinopsis novel! Huhu.. :)


Gambar neh Sy snap sendiri depan mata Awak (Raya 2011)

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AKSI DI RANJANG MISS NINA & NOH HUJAN

Posted: 24 Jan 2012 01:19 PM PST


Pelbagai cara dilakukan oleh syarikat penerbitan untuk melariskan majalah terbitan mereka. Terbaru, majalah WW atau (Wanita Dan Wawasan) meletakkan aksi Noh Hujan dan Mizz Nina iaitu pasangan yang masih hijau melayari bahtera perkahwinan di atas ranjang empuk sebuah hotel mewah sebagai cover.

Menurut majalah tersebut, Noh dan Nina masing-masing berbisik manja bercerita perihal diri masing-masing. Mereka cukup romantis dan cukup mempersona dalam majalah yang dibuat khusus untuk Valentine day itu.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

LAGI 5 GAMBAR ISABELLA SAFFIYA - CUCU CHEF WAN

Posted: 24 Jan 2012 12:30 PM PST


Gambar-gambar Isabella Saffiya, anak kedua Serina Redzuawan dan suaminya Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar. Cucu perempuan Chef Wan ini lahir pada 23 Januari lalu secara normal tanpa sebarang masalah.

Nampaknya, Tristan amat gembira mendapat seorang adik comel untuk menemaninya bermain nanti. Namun yang pastinya teramat rindu kerana masih berjauhan ialah Datuknya sendiri yang kini berada di Thailand atas urusan kerja.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories