RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hijjaz teroka bisnes emas

Posted: 07 May 2012 09:22 PM PDT


KUMPULAN Hijjaz mengajak para peminat menceburkan diri dalam perniagaan emas dengan matlamat memacu perubahan kepada ekonomi ummah.


KUMPULAN nasyid Hijjaz bukanlah satu nama asing dalam persada seni negara. Sejak lebih 12 tahun lalu, pelbagai koleksi lagu dakwah mereka telah menjadi halwa telinga para pendengar yang mencari ketenangan diri sekali gus menghimpun peminat tersendiri.

Terbaru, kumpulan yang dianggotai oleh empat ahli itu terus mengorak langkah ke hadapan dalam mengembangkan sayap mereka dengan memilih perniagaan emas.

Bersama rakan niaga, Keris Emas Resources Sdn. Bhd. yang berpengalaman dalam urusan perniagaan emas sejak 1999, kumpulan nasyid popular itu menjalinkan kerjasama dengan menubuhkan syarikat Hijjaz Gold Sdn. Bhd. (HGSB).

Ketua kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam berkata, penglibatan mereka dalam perniagaan tersebut adalah di atas dasar rakan kongsi selepas lebih setahun merancangnya.

"Apa yang penting, rakan kongsi yang dipilih benar-benar mengenali emas dalam erti kata sebenarnya. Lantaran itulah kami amat yakin bahawa bisnes ini boleh memberi pulangan yang baik seterusnya menjana ekonomi setiap ejen, syarikat serta negara keseluruhannya.

"Sebelum ini, kami pernah melalui banyak pengalaman pahit dalam dunia perniagaan. Justeru, kami bertekad menjadikan pengalaman lalu sebagai landasan terbaik untuk terus maju," jelas Isman sambil memberitahu, pihaknya akan menggunakan medium laman sosial Facebook mereka yang mempunyai hampir 100,000 ahli untuk mempromosikan perkara itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HGSB, Md. Zamri Mohamad Nazir pula menjelaskan konsep yang dibawa bukannya kaedah pelaburan, tetapi lebih kepada teknik bimbingan secara teori dan praktikal bagi melahirkan generasi celik dan bijak emas.

"Dalam usaha menggalakkan masyarakat belajar dan menceburi bidang perniagaan emas, HGSB akan memberi ruang kepada mereka mendalami ilmu berkenaan melalui Akademi Hijjaz.

"Dengan mengikuti kelas atau kursus yang disediakan, mereka akan lebih mengetahui selok-belok perniagaan emas terutama melibatkan teknik pembelian dan penjualan emas terpakai, jualan emas baharu, cara promosi perniagaan serta mengetahui harga pasaran semasa," ujar Zamri.

Sebagai permulaan, pihak HGSB telah mengatur pelbagai program untuk mereka yang benar-benar ingin terlibat dalam urusan jual beli emas. Konsep mudah untung yang dibawakan juga dilihat mampu membuka ruang kepada usahawan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan emas tulen.

Bagi peminat yang ingin terbabit dalam perniagaan emas ini, mereka perlu menjadi ahli atau ejen yang sah dengan modal permulaan sebanyak RM1,000 dan mereka akan menerima wafer emas seberat 1 gram. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai syarikat di talian 019-252 7575 (Zamri) dan 016-217 1148 (Azman) atau layari laman web www.hijjazgold.com.my.

Album Devotees ajar baca al-Quran

Posted: 07 May 2012 09:21 PM PDT

ANGGOTA Devotees bersama empat kanak-kanak pada pelancaran album mereka di PWTC.
ANGGOTA Devotees bersama empat kanak-kanak pada pelancaran album mereka di PWTC.
DALAM rancak mengembangkan pengaruh irama nasyid kontemporari, Devotees yang dianggotai empat anak muda tampil bersama album khas berunsur pendidikan berjudul Devotees 336, menjurus kepada asas huruf hijaiyyah.

Menyelak latar belakang kumpulan yang ditubuhkan sejak 2004 itu, buah tangan sulung yang dihasilkan setahun kemudian menerima sentuhan komposer terkenal seperti Yasin, Waheeda dan Along Exist, namun berikutan komitmen terhadap kerjaya, hanya pada tahun lalu album kedua muncul di pasaran.
Bagaimana pun, walau produk baru tiada di pasaran, Adi Akmal Sehrom (Adi Akmal), Abdul Halim Ahmad (Abdul Halim), Ahmad Shauqi Abu Kashim (Shauqi) serta Muhammad Mohd Tawil (Muhammad) tetap aktif memenuhi undangan pentas hingga ke Kemboja dan Singapura selain menerbitkan album mini.
"Syukur irama nasyid tetap mendapat tempat, malah makin banyak kumpulan baru muncul. Bagi kami, senario sebegini satu perkembangan sihat dan kami juga mengambil peluang menghasilkan album khusus untuk mudah baca al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi.

"Bukan hanya kanak-kanak, album memuatkan 11 lagu ini boleh diikuti semua peringkat usia. Cuma pendekatannya lebih mudah selain mengetengahkan empat kanak-kanak sebagai penyanyi latar," katanya pada majlis pelancaran album itu, di ibu kota, kelmarin.

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) serentak Pesta Buku Antarabangsa, buah tangan terbaru Devotees itu dihasilkan menerusi kerjasama Al-Baghdadi Method Sdn Bhd yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

"Sebanyak 3,000 CD akan diedarkan di seluruh negara termasuk pusat latihan Al-Baghdadi dan kami tidak berfikir panjang apabila syarikat terbabit mempelawa kami bekerjasama. Ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial iaitu mempermudahkan pembacaan al-Quran menerusi teknik tertentu," Abdul Halim lagi.
Ditanya perjalanan Devotees di bawah syarikat mereka sendiri, Devotees Music Works, akui Adi pula, setiap individu punya tanggungjawab memastikan kumpulan itu terus bangkit, malah mereka juga rancak menjadi penceramah motivasi.

Katanya, selain menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni mereka turut mendapat kepercayaan mengendalikan kem bina semangat bagi berkongsi pengalaman yang sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

"Buat masa ini kita memang sudah mengatur pelbagai projek, cuma tumpuan utama kini adalah album Devotees 336 memandangkan kami turut diundang ke beberapa pusat pengajian selain masih dengan jadual ceramah motivasi.

"Rasanya jika tiada aral, rakaman album baru yang masih menjurus kepada nasyid kontemporari akan dilakukan tahun ini. Proses pengumpulan bahan sudah dimulakan, cuma tinggal pemilihan lagu paling sesuai dengan konsep," katanya.

Melihat jadual, Devotees sebenarnya baru kembali dari Korea Selatan bagi memenuhi undangan persatuan pelajar Malaysia di negara itu. Sudah alang-alang ke tempat orang, mereka sempat mencuri masa melawat lokasi menarik di negara empat musim itu.

"Alhamdulillah, Devotees masih rancak bergerak. Bukan hanya undangan ke luar negara, kami juga bersyukur meraih trofi dalam Anugerah Nasyid.Com menerusi kategori Kategori Nasyeed Amar menerusi lagu Berjalan Tanpa Henti," kata Muhammad pula yang mengakui persefahaman membuatkan mereka terus akrab.

Sudah Ada Kekasih, Jehan Miskin Belum Sedia Kahwin

Posted: 07 May 2012 09:20 PM PDT

Jehan Miskin

PUTRAJAYA: Pelakon Jehan Miskin mengakui masih belum bersedia untuk bergelar suami dan tidak menetapkan tempoh masa untuk mendirikan rumah tangga.

Jehan, 33, berkata, dia ingin memberi fokus kepada kariernya terlebih dahulu lebih-lebih lagi dia kini sibuk dengan urusan penerbitan program televisyen menerusi syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.

"Walaupun sekarang ini musim artis-artis kahwin, cerita kahwin saya belum tiba lagi. Bagaimanapun saya akui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dan hubungan kami sudah lebih daripada dua tahun.

"Jadi, bila dah sampai jodoh nanti, saya beritahulah. Walaupun usia saya semakin lanjut, tetapi biarlah buat masa ini kerjaya diutamakan dahulu," katanya.

Mengenai perkembangan teekini, Jehan baru sahaja selesai menjalani rakaman program MasterChef Celebrity (MC) di saluran Astro yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Dia sanggup meluangkan masa untuk beberapa hari dengan belajar pelbagai masakan sebelum menyertai program tersebut.

"Apabila ditawarkan menyertai MC, saya terus menerimanya walaupun tidak tahu memasak. Ketika itu, saya ingin mencabar diri adakah saya mampu melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Dan beberapa hari sebelum rakaman, saya belajar memasak daripada seorang teman.

"Bayangkan, daripada tidak tahu apa-apa tentang masakan, kini saya mampu memasak pelbagai jenis makanan. Bagaimanapun, ketika rakaman dibuat, ada juga masakan saya yang tidak menjadi," selorohnya.

Sementara itu, sebanyak empat buah filem lakonan Jehan bakal ditayangkan pada tahun ini iaitu Apokalips, Awan Dania The Movie, Sepah The Movie dan Prince Of The City.

Manakala pada pertengahan bulan ini, Jehan akan menjalani penggambaran filem Amukan Frankenstein Tempatan, arahan Mamat khalid.

Dayang Masih Kekok Selepas Setahun Guna Telefon

Posted: 07 May 2012 09:20 PM PDT

Dayang akhirnya akur dengan keperluan teknologi apabila terpaksa memiliki telefon bimbit sendiri sejak setahun yang lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui masih berasa janggal dan tidak begitu merasai kepentingan penggunaan telefon bimbit yang sudah setahun dimilikinya itu.

Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 30, yang selama ini tidak mempunyai telefon bimbit akhirnya terpaksa memiliki peralatan itu sejak setahun lalu demi tuntutan kerja.

"Saya hanya gunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan pengurus atas urusan kerja sahaja. Saya sering letak telefon itu di merata tempat dan jarang berada di tangan kerana tidak begitu merasai kepentingannya.

"Kadang-kadang, saya boleh keluar rumah tanpa membawa telefon itu bersama sebab sudah terbiasa dengan keadaan itu selama ini," katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini, baru-baru ini.

Kata penyanyi lagu Sayang ini, dia membeli telefon bimbit itu selepas dipujuk berulang kali oleh pengurusnya, Sharina Ahmad bagi melancarkan urusan komunikasi antara mereka.

"Jika sebelum ini, pengurus lama saya Shaliza Kader Sultan sentiasa berada dengan saya hampir 24 jam, jadi saya tidak perlu runsing mengenai jadual kerja dan lain-lain.

"Namun, pengurus baru, Sharina Ahmad tidak semestinya bersama saya pada setiap masa. Atas sebab itu, dia memujuk saya untuk mendapatkan telefon bimbit sendiri bagi melancarkan proses komunikasi.

"Malah, sejak memiliki telefon bimbit kira-kira setahun yang lalu, saya turut memanfaatkannya untuk mengemas kini akaun Twitter dan Facebook dan berinteraksi dengan peminat," terangnya.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Dayang berkata dia bakal mengadakan persembahan dengan penyanyi Anuar Zain pada sebuah konsert amal One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 15 Mei ini.

"Sudah lama saya tidak berkongsi pentas dengan Anuar dalam satu persembahan. Kali terakhir adalah pada persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur kira-kira lapan tahun lalu.

"Saya berasa seronok kerana selesa bekerjasama dengannya. Selain itu, saya juga akan terlibat sebagai penyanyi undangan pada konsert Datuk D.J Dave di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Jun depan," jelasnya.

Dira Mengaku Bukan Mahu Raih Rating Dalam 'Melodi'

Posted: 07 May 2012 09:19 PM PDT

PETALING JAYA: Pengacara Dira Abu Zahar menganggap penglibatannya dalam program Melodi selama ini bukan untuk mempengaruhi rating rancangan itu sebaliknya sekadar memenuhi peranannya sebagai seorang pengacara.

Dira mengakui jika diukur daripada segi rating, dia tidak mungkin dapat menambah jumlah penonton rancangan itu memandangkan pengaruhnya dalam dunia hiburan selama ini tidaklah begitu kuat.

"Sejak mula lagi ditawarkan menjadi pengacara Melodi, saya merasakan mereka ingin mengambil saya kerana bakat bukannya untuk menarik perhatian atau rating penonton.

"Saya tahu bahawa "Dira Abu Zahar" tidak mungkin dapat mempengaruhi penonton untuk menaikkan rating kerana populariti saya.

"Cuma, semasa mengendalikan rancangan itu, saya hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Dira diminta mengulas kenyataan penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar dalam mStar Online, Isnin yang mendakwa pengacara itu kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.

Malah Dira dikatakan tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak, walaupun banyak kemajuan yang ditunjukkan sepanjang setahun mengendalikan program tersebut.

Kata Dira, walaupun dianggap kurang serasi bersama Zizan, dia berasa gandingan mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah.

"Sepanjang saya dan Zizan bekerjasama, kami tidak pernah mempunyai masalah. Kami tahu dengan peranan masing-masing. Malah pembawaan karakter saya dalam Melodi sentiasa berubah, agar penonton tidak berasa bosan.

"Tetapi, jika pihak Melodi berkata kami mungkin kurang serasi, saya tidak boleh buat apa-apa kerana mereka lebih tahu," ujarnya.

Bagaimanapun, beritahu pelakon filem Chow Kit ini, jauh di sudut hatinya, dia berasa sedikit terkilan kerana terpaksa direhatkan sejak sebulan yang lalu bagi menyelesaikan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu.

"Siapa yang tidak terkilan apabila terjadi perkara seperti ini, kerana sudah setahun saya bersama Melodi, pasti saya rindu untuk kendalikan program itu bersama Zizan.

"Apa-apa pun saya terima sahaja keputusan daripada pihak TV3. Lagipun saya rasa semua ini ada hikmahnya kerana jika dahulu saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana Melodi, kini saya menggunakan rehat saya untuk tujuan itu," ujarnya.

Dira kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang filem dan televisyen di Universiti Limkokwing.

Pada Jun ini pula dia akan membuat pengajian secara dalam talian untuk bidang penulisan di New York Film Academy.

Penyebaran Gambar Syamsul Yusof & Nurul Ain Perbuatan Khianat

Posted: 07 May 2012 09:18 PM PDT

Nurul Ain Nordin

PETALING JAYA: Aktres dan pengarah filem Oh Mak Kau (OMK), Nurul Ain Nordin (Ain) menganggap penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof di Internet adalah perbuatan khianat pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya.

Ain, 24, yang juga penerbit filem itu berkata dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa juga adalah tidak benar sebaliknya dia telah mengenali Syamsul sejak menjalani latihan praktikal di Skop Production beberapa tahun lalu.

"Sudah berulang kali saya memberikan penjelasan mengenai hubungan kami namun saya sedar tidak mudah untuk meyakinkan orang untuk menerima apa yang saya katakan.

"Hakikatnya, kami hanya kawan. Hubungan kami adalah atas dasar profesional kerana dia banyak membantu membimbing saya di lokasi penggambaran filem OMK dan tidak lebih daripada itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa keping gambar tersebar di Internet memperlihatkan kemesraan mereka yang duduk berasingan daripada krew dan pelakon lain ketika di lokasi penggambaran filem OMK.

Kemesraan Ain dan Syamsul di lokasi penggambaran filem Oh Mak Kau yang didakwa menjalin hubungan secara rahsia.

Syamsul juga dikatakan sanggup menemani Ain di lokasi penggambaran selama beberapa jam walaupun dia tidak terlibat dengan penggambaran.

Ain yang mula dikenali menerusi filem Suatu Malam Kubur Berasap (2011) berkata, dia sempat berbincang dengan Syamsul mengenai dakwaan itu sejak gambar-gambar mereka tersebar di Internet pada minggu lalu.

"Saya ada bercakap dengan Syamsul mengenai perkara ini. Saya mohon agar isu ini tidak dibesar-besarkan kerana saya tidak mahu perkara remeh-temeh begini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada Syamsul, bapanya Datuk Yusof dan mereka sekeluarga yang saya hormati.

"Apatah lagi dakwaan itu adalah tidak benar jadi saya bimbang ia akan melukakan hati kekasih Syamsul pula," ujarnya yang mengakui belum mempunyai kekasih.

Ditanya adakah penyebaran gambar dan kontroversi hubungan cinta itu sengaja dicetuskan sebagai promosi kepada filem pertama arahannya itu, Ain berkata perkara itu tidak berasas kerana masih terlalu awal untuk pihaknya melakukan promosi filem berkenaan.

"Dakwaan itu bukan strategi kami untuk mempromosikan OMK. Bagi saya, masih terlalu awal untuk tujuan itu kerana filem ini baru tamat penggambaran dan kini dalam proses suntingan dalam talian.

"Kalau semuanya lancar, ia mungkin akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Jadi, tak mungkinlah kami sengaja mengada-adakan kontroversi ini untuk promosi pula," jelasnya.

OMK yang diterbitkan syarikat produksi Ain bersama beberapa rakan kongsi iaitu Star Scope Production Sdn Bhd menjalani penggambaran selama 23 hari.

Filem yang mengisahkan mengenai seorang wanita gengster lakonan Wan Maimunah ini turut dibarisi antaranya oleh Didie Alias, Yank Kassim, Abon dan Sepahtu.

Hikmah kontroversi

Posted: 07 May 2012 09:17 PM PDT

pix_gal0
Aaron Aziz dapat sokongan padu daripada peminat, rakan seperjuangan

SELEPAS genap sebulan menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, semalam, Aaron Aziz, 36, menerima sebuah kereta Nissan Teana 2.5 L berharga RM167,020 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd selain barang kemas bernilai RM250,000 daripada Rafflesia-Mandalay.
Tidak mampu menyembunyikan rasa terharu, aktor kelahiran Singapura itu mengakui akan menggunakan sendiri kenderaan yang dimenanginya manakala set barang kemas serta barangan Avon bakal diberikan kepada wanita teristimewa dalam hidupnya, Diyana Halik.
"Hadiah ini umpama penghargaan daripada peminat yang mempercayai hasil kerja saya dan tidak lupa terhadap Berita Harian selaku penganjur. Anugerah ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya pengiktirafan kepada seluruh karyawan seni.

"Justeru, ia amat besar maknanya buat diri saya apatah lagi selepas lapan tahun kehadiran saya di sini. Saya akan menggunakan kereta ini sendiri malah tidak pernah terfikir untuk menjualnya, begitu juga dengan barang kemas," katanya selepas majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Hotel Holiday Villa Subang & Suite, di Subang, semalam.

Majlis sama turut menyaksikan peniaga kuih, Noraini Halip, 31, dipilih sebagai pemenang bagi kategori pembaca dengan membawa pulang kereta Nissan Grand Livina X-Gear 1.6A bernilai RM79,894.

Penyerahan hadiah disempurnakan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Baid Shahid selain Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH 2011/ Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah serta Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH 2011, Zainuri Misfar.
Turut hadir Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Ang Bon Beng dan wakil penaja ABPBH2011 terdiri daripada Lux, Avon, POTO Travel & Tours, Sinarmas Travel & Tours, TV3 sebagai penyiar rasmi serta Hot FM yang menjadi stesen radio rasmi.

Pada malam kemuncak di Arena Of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, Aaron meraih 87,669 undi sekali gus mengenepikan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Sementara itu, demi komitmen terhadap ABPBH dan peminatnya, Aaron yang pulang ke Singapura sejak beberapa hari lalu sanggup 'turun' ke Kuala Lumpur menghadiri majlis ini dan kemudian sebaik acara penyampaian berakhir terus memandu kembali ke Kota Singa.

"Sebenarnya ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan di Johor Bahru dan alang-alang di sana, saya balik jenguk keluarga sekejap. Apa pun saya tidak akan melepaskan peluang menemui teman artis, rakan media dan peminat yang mengundi," katanya lagi.

Diaju isu yang masih 'panas' berkaitan kemasukan artis luar ke Malaysia selain Zed Zaidi menerusi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) meminta kementerian menyemak dan memperketatkan permit, Aaron dengan tenang, menjelaskan sebagai pekerja seboleh mungkin dia cuba mematuhi garis panduan.

"Saya percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Macam isu yang diluahkan Zed, ia lebih kepada pendapat. Namun saya faham dia hanya menjalankan tanggungjawabnya dan kalau dia atau persatuan mahu menyemak kemasukan artis luar, itu sudah tugas mereka.

"Apabila soal warga luar ditimbulkan, saya melihatnya dari sudut positif. Bukan hanya rakan artis termasuk pengarah seperti Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima memberi sokongan moral selain peminat, individu bukan peminat juga turut meniupkan perangsang.

"Dorongan mereka ini yang membuatkan semangat saya semakin kuat. Saya memenuhi setiap tawaran berlakon dengan ikhlas malah mengikut peraturan ditetapkan kerana saya mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak," katanya yang menegaskan tidak kecewa apabila kerakyatannya dijadikan polemik sesetengah pihak
Difahamkan menerusi isteri merangkap pengurus peribadinya, Diyana, setiap produksi yang mengambil artis luar termasuk Aaron wajib memastikan permit kerja mereka diuruskan sebelum proses penggambaran dimulakan.

Dalam kekalutan pihak tertentu, aura Aaron nyata terus berbisa apabila selain deretan filem dan telefilem yang menanti dilaksanakan, bapa kepada tiga cahaya mata itu turut dilamar mengendalikan rancangan realiti Fear Factor: Celebrity Challenge.

Bakal menjalani penggambaran pada Oktober ini, tawaran yang diajukan kira-kira tiga bulan lalu antara cabaran baru yang sedia digalas apatah lagi pengacaraan bagi program realiti berkenaan memerlukannya melakukan perkara mengerikan.

"Dulu saya pernah menjadi hos rancangan TV, cuma Fear Factor sangat mencabar malah antara program kegemaran saya. Jika tiada aral, selama sebulan saya dan peserta akan berkampung di Afrika. Saya pasti ia mengujakan," katanya yang bakal berada di lokasi filem Dampak, Jun ini disusuli Cicakman 3 bersama Zizan Razak.

Artis, pembaca bertuah dirai

Posted: 07 May 2012 09:13 PM PDT

  • Foto

    BARISAN pemenang artis dan pembaca bersama wakil penganjur serta penaja.

  • Foto

    DARI kiri, Zainuri, Mior, Siti Nurhaliza, Sheila dan Hanizam.

Ramai wajah popular serikan majlis penuh meriah di Subang Jaya

BAGI meraikan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, sebuah majlis penyampaian khas diadakan di Holiday Villa Hotel and Suites Subang Jaya, semalam.Selain pemenang kategori artis, majlis terbabit turut meraikan pembaca bertuah Peraduan Undi dan Menang.
Pada majlis berkenaan, Bintang Paling Popular yang juga Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH2011, Aaron Aziz, membawa pulang kereta Nissan Teana 2.5L bernilai RM167, 020, seutas rantai mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM250,000 serta barang tajaan Avon.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, pula menerima seutas rantai mutiara, juga sumbangan Rafflesia bernilai RM25,000, sebagai hadiah yang dimenangi untuk kategori Anugerah Seri Perak. Kategori yang diadakan khas sempena 25 tahun penganjuran ABPBH itu mempertandingkan kembali 12 pemenang Bintang Paling Popular anugerah terbabit.

Pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Datuk Sheila Majid, pula membawa pulang seutas rantai mutiara bernilai RM25,000, wang tunai RM 3,000 dan barang tajaan Avon.

Manakala semua pemenang bagi 14 kategori lain turut membawa pulang seutas rantai mutiara Rafflesia bernilai RM10,000, wang tunai RM3,000 dan barang tajaan Avon. Pemenang kategori Artis Duo / Berkumpulan pula membawa pulang RM5,000.
Majlis pada petang itu diserikan dengan kehadiran barisan artis popular tanah air, antaranya Ziana Zain, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Johan As'ari, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Johan Raja Lawak, Hafiz, Diddy Alias dan ramai lagi.

Pada majlis itu, penyampaian hadiah kepada pemenang kategori khas turut diadakan. Anugerah Khas ABPBH2011 diwujudkan bagi menghargai artis yang paling banyak memberikan komitmen kepada anugerah ini khususnya sepanjang siri jelajah. Artis yang menerima anugerah terbabit ialah Fizz Fairuz, Along Cham, Yana Samsudin, Awi Rafael, Shila Amzah, Shaheizy Sam dan kumpulan Forteen. Mereka menerima barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000 dan barangan Avon.

Sementara itu, penyampaian hadiah bagi kategori pembaca turut diadakan.
Pemenang utama, Nor Aini Khalip, 31, dari Hutang Melintang, Perak, menerima sebuah kereta Nissan Livina X-Gear 1.6A bernilai RM79,894.50.

Manakala pemenang bertuah peraduan Undi dan Menang peringkat awal dan akhir menerima barang kemas tajaan Rafflesia, Apple iPad 16 GB, kamera Canon EOS DSLR, Blackberry Torch, Sonny PS3 Console, Samsung Galaxy Tab 10.0, Apple iPod Touch serta wang tunai.

Hadiah disampaikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Datuk Dr Ang Bon Beng; Pengarang Bersekutu Edisi Minggu Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2011, Hanizam Abdullah; Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011, Zainuri Misfar; dan Pengarang Hiburan Bintang Popular, Akmal Abdullah.

Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan oleh pemenang keseluruhan Bintang Idola Berita Harian 2012, Kamilia Razwanis Kamarudin dan Hafiz.

Awie bukan hak Mamat Khalid

Posted: 07 May 2012 09:12 PM PDT

Awie
Awie
Anggap pengarah Hantu Kak Limah bijak cungkil faktor penarik

PADA usia 43 tahun, dengan lebih separuh usianya dihabiskan dalam persada seni, Ahmad Azhar Othman atau nama pentasnya, Awie, berada pada kelas tersendiri apabila tetap laris walaupun bersilih ganti muncul muka baru.
Calang-calang artis barang kali belum mampu mempertahankan nilai eksklusif mereka dan lebih menakjubkan, penyanyi kumpulan otai, Wings, yang baru dinobatkan Pelakon Utama Terbaik Anugerah Seni BOH Cameronian itu juga terus menjadi rebutan di layar perak.
Tidak hanya arena nyanyian, dirinya juga masih mendominasi dunia perfileman, malah selepas Hantu Kak Limah Balik Rumah 'meletup', nama Awie tetap menjadi pilihan Mamat Khalid serta beberapa sutradara lain.

"Ya, saya senang bekerja dengan Mamat. Namun tidak bermakna saya hanya mahu berlakon di bawah arahannya kerana saya masih boleh berlakon di bawah sutradara lain, cuma tengok kesesuaian masa dan watak.

"Bagi saya, dia pengarah yang bijak. Dia tahu bagaimana mahu mencungkil faktor 'wow' untuk sesuatu watak walau sekecil mana pun peranan itu. Baginya, watak kecil akan 'nampak' jika kena cara dan gaya," katanya yang mengakui giat kembali ke gimnasium untuk membina otot bagi filem terbaru.

Jika tiada aral melintang, penyanyi lagu bapa kepada lima cahaya mata itu akan ke set penggambaran untuk sebuah filem arahan Mamat, Amukan Frankenstein, 10 Mei ini, yang masih berkonsepkan genre komedi.
"Cerita ini bukan kesinambungan kepada filem Hantu Kak Limah Balik Kampung. Skripnya menarik dan kalau ikutkan memang Mamat sudah 'menempah' saya agak lama, jadi saya sendiri mesti kotakan janji.

"Soal watak atau plot cerita ini, biarlah pengarahnya saja yang bercerita. Namun bagi saya, apa pun watak yang ditawarkan, saya akan kaji dan kemudian persembahkan sebaik mungkin," katanya yang mengakui kesibukan ada kalanya membataskan waktunya dengan keluarga.

Bercerita lebih lanjut soal anak dan isteri, Awie yang lebih senang membiarkan keluarganya jauh daripada pancaran lensa tetap sedia berkongsi saat manis kehidupan berkeluarga kerana baginya, setiap butir keringat adalah demi insan tersayang.

"Setiap penghargaan termasuk anugerah adalah untuk isteri, Rozana Misbun, dan anak-anak yang cukup memahami. Tanpa sokongan mereka, tentu saja saya tidak mampu meneruskan kerjaya seni ini kerana merekalah sumber kekuatan saya.

"Seperti Rozana, dia tidak pernah mengungkit soal kesibukan atau curiga dengan setiap langkah saya. Pernah ketika penggambaran filem Duyung di Semporna, Sabah dulu, hampir sebulan saya tidak pulang ke rumah.

"Dek terlampau rindukan mereka, saya tempah tiket kapal terbang untuk penerbangan keesokan paginya. Biarlah harganya lebih mahal daripada biasa, paling penting, tempoh dua hari kami habiskan masa bersama-sama di sebuah pulau amat bermakna," katanya yang tersenyum mengenang memori lalu.

Kini jika ada waktu senggang, pastinya keluarga keutamaan anak jati Kuala Lumpur itu, malah difahamkan rocker terkenal ini juga dikhabarkan bakal terbang menyertai misi ekspedisi ke Mongolia dan China bersama peminat pada 28 Jun hingga 3 Julai ini.

Ekspedisi kembara berkonsepkan percutian hasil ilham peminat setianya, Muhammad Alif Haziq Azman, 23, daripada Arlief Event & Management yang melihatnya sebagai ikon yang pastinya memancing peminat setia untuk turut serta.

Bagi Awie pula, inilah kali pertama dia ditawarkan program pelancongan bersama peminat, malah sekurang-kurangnya inilah masa untuk dia pergi menenangkan fikiran seketika di luar negara bersama mereka.

‘Pi lah ada aku kisah’

Posted: 07 May 2012 09:11 PM PDT

TAK SEHALUAN...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.
TAK SEHALUAN...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandung anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.

Pelakon itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.

Bagaimanapun, Jimmy memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.


Terdahulu, Jimmy memberitahu mahkamah pada 24 Januari tahun lalu, dia pergi ke rumah ibu mentuanya selepas dipelawa wanita itu.

Pencapaian membanggakan

Posted: 07 May 2012 09:09 PM PDT

pix_middle

MENDENGAR lagu Andai Ku Bercinta Lagi yang kini hangat dimainkan di stesen radio Hot FM, ia pantas menangkap perhatian peminat berhibur. Kekuatan vokal penyanyi band memperkenalkan diri sebagai Mojo bersama genre slow rock mampu membuatkan pendengar jatuh cinta kali pertama bersama lagu ini.

Menariknya, lagu ciptaan komposer berpengalaman, Edry Abdul Halim ini baru mula promosi sejak awal bulan ini menjuarai Carta Hot FM 21 pada minggu lalu. Pencapaian ini suatu yang membanggakan buat empat anggota band ini dan membuktikan lagu ini diterima baik peminat.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

    KELAINAN...Aweera bersama Mojo memperkenalkan genre baru, synth-rock.

  • Foto

    BERBAKAT...Aweera kembang kerjaya bersama band baru, Mojo.

Merujuk pada vokal mantap penyanyi lagu ini, Mojo tampil bertenaga mengetengahkan bekas peserta program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3), Aweera bertindak sebagai vokalis.

Aweera berkata, sambutan lagu Andai Ku Bercinta Lagi dalam kalangan peminat ketika ini sangat memberangsangkan. Malah, dia juga gembira kerana masih ada peminat yang mengenali suaranya.


"Penubuhan band ini bermula pada awal tahun ini. Selepas empat anggota bersatu dalam band, kami kemudian melakukan proses rakaman single, Andai Ku Bercinta Lagi pada Februari diikuti promosi sejak awal bulan ini.


"Sebenarnya, sejak awal band ini mempunyai matlamat menghasilkan lagu ciptaan setiap anggota untuk dimuatkan dalam album berkonsep EP (extended play).

"Band ini menampilkan saya sebagai vokalis bersama Denny bermain gitar, Johar (dram) dan Edry (keyboard). Edry menjadi pencetus awal pada idea menubuhkan band ini memberi peluang pada setiap anggota mencipta lagu sendiri.

"Buat masa ini kami sudah mempunyai empat lagu. Selepas ini, kami akan memperkenalkan lagu baru, Maafkan Aku ciptaan saya, Agar Tetap Indah (Denny) dan Mimpi (Johar)," katanya ketika hadir pada sesi fotografi di Balai Berita, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aweera atau nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham menyatakan band ini kembali membawa nostalgia pendengar bersama lagu genre slow rock yang pernah menjadi fenomena pada zaman 80-an dan 90-an. Memberi kelainan tersendiri, band ini turut memperkenalkan lagu dihasilkan dengan genre synth-rock iaitu penggunaan elemen elektronik.

"Mojo bermaksud aura atau faktor X yang membawa bunyi muzik lebih besar. Pengenalan nama Mojo dipilih menerusi perbincangan antara empat anggota band ini.

"Saya sendiri berani tampil bersama band kerana saya melihat ketika ini ramai penyanyi muncul bersama band. Bukan bermakna penyanyi solo tidak boleh cari makan tetapi ia mengikut perkembangan semasa.

"Namun, saya tidak mempunyai masalah berjuang secara solo. Buat masa ini tiada karya solo dan saya mahu memberi fokus pada perjalanan bersama band ini," katanya.

Sebagai band baru di bawah jenama KRU Studios, Aweera menjelaskan dia bersama tiga anggota band ini banyak meluangkan masa bersama untuk saling memahami satu sama lain dan mencari keserasian.

"Sebelum ini saya pernah menganggotai band lain dikenali Bintang. Namun, apabila karier saya bermula bersama Mojo, band ini berehat seketika untuk saya lebih fokus.

"Apapun, saya bersyukur atas sokongan peminat sejak OIAM3 sehingga kini. Sokongan ini membuatkan saya rasa dihargai walaupun tiga tahun menyepi dari industri hiburan.

"Sebelum ini saya bukan merajuk tetapi mencari peluang untuk kembali dengan kelainan. Sebelum ini muzik saya lebih pada rock tetapi ia bukan halangan membawa pelbagai genre lain seperti synth-rock," katanya.

Mengambil semangat band rock popular antarabangsa seperti Led Zeppelin, Queen, Aerosmith termasuk Search dan Wings sebagai sumber inspirasi dalam berkarya, Mojo mahu menjadi pencetus pengenalan band genre baru, synth-rock di arus muzik perdana.

"Lagu Andai Ku Bercinta Lagi diinspirasi dari kisah benar rakan Edry sendiri melalui pengalaman isterinya meninggal dunia kerana kanser. Ia mengisahkan bagaimana kasih sayang suami pada arwah yang masih kuat.

"Mengikut perancangan, empat lagu baru siap pada pertengahan Mei ini sebelum kami muncul dengan album penuh menampilkan antara 10 hingga 11 lagu pada penghujung tahun nanti.

"Saya percaya masih ramai peminat yang sukakan lagu berentak slow rock dan kami akan melancarkan single di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 22 Mei nanti selepas terbabit satu persembahan di Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya pada 9 Mei (esok)," katanya.


Trivia Aweera

  • Jejaka berasal dari Kangar ini mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahiran.

  • Mula menyanyi pada usia 8 tahun atas sokongan keluarga.

  • Abangnya, Acca juga aktif bermain muzik bersama band Koffin Kanser.

  • Masih mempunyai band heavy metal, Metronome ditubuhkan bersama rakan sekolah sejak tingkatan empat.

  • Dikenali ramai peminat menerusi lagu She Gone yang pernah dinyanyikannya ketika OIAM3.

  • Peminat boleh mengikuti perkembangan band ini di laman sosial, facebook, @mojo (twitter) dan laman sesawang, www.themojonetwork.com.
  • Makin dewasa makin seksi

    Posted: 07 May 2012 09:07 PM PDT

    SESUAI dengan usianya semakin meningkat, Selena tampil dengan gaya lebih seksi dengan latar belakang biru.
    SESUAI dengan usianya semakin meningkat, Selena tampil dengan gaya lebih seksi dengan latar belakang biru.

    DIA baru berusia 19 tahun, tetapi Selena Gomez sudah muncul dalam siri popular televisyen, menghasilkan dua album yang mendapat sambutan hangat, serta memiliki seorang teman lelaki yang juga terkenal.

    Kini, langkah Selena terus jauh apabila dia memperkenalkan wangian baru menggunakan namanya sebagai label.

    • Foto

      SELENA bermain air untuk promosi pewangi baru yang menggunakan namanya.

    • Foto

    • Foto

      KETIKA Selena sibuk dengan sesi fotografi, kekasihnya, Bieber, juga mempunyai jadual sendiri.

    Sesuai dengan statusnya sebagai superstar, kemunculan pewangi itu pasti membawa kesan besar, seperti dilihat ketika dia menjalani penggambaran untuk promosi produk berkenaan.

    Remaja itu meningkatkan lagi kehangatan faktor tarikan seksualnya sesuai dengan peningkatan usia apabila tampil dengan imej yang lebih nakal dan liar.


    Dia mengenakan gaun hitam ketika mendaki tangki dipenuhi air untuk sesi fotografi pewanginya.


    Rambut Selena yang panjang dan hitam dibiar basah ketika dia membuat ombak pada air merah jambu dalam tangki berkenaan.

    Gabungan warna latar belakang menggunakan biru menjadikan imej Selena begitu menonjol.

    Di sebalik kesibukan tugasnya memenuhi jadual fotografi, Selena tetap menyediakan ruang berehat seketika untuk menggunakan iPhone walaupun ada kemungkinan alat itu terjatuh ke dalam air.

    Dia dilihat menghantar mesej teks melalui telefon bimbit sebelum dia memanjat keluar dari tangki itu.

    Februari lalu, dia dilihat melawat New York Februari lalu untuk memberikan sentuhan terakhir ke atas pewanginya.

    Ditemui majalah People, Selena berkata, syarikat pengeluar minyak wangi itu mencadangkan idea yang menyebabkan dia sangat teruja.

    "Produk ini benar-benar membanggakan saya," katanya.

    Sementara itu, teman lelaki Selena, Justin Bieber, juga sibuk dengan proses menyiapkan klip video lagu terbarunya, Boyfriend.

    Sumber berkata, melalui promosi klip berkenaan, penyanyi kelahiran Kanada itu dapat dilihat "semakin dewasa."

    Katanya, Bieber kini berusia 18 tahun dan boleh memandu kereta.

    "Dia memasuki alam dewasa dan peminat dapat melihat perubahan itu.

    "Dia bukan lagi Justin Bieber yang pernah anda kenali sebelum ini," katanya.

    Bieber menjalani penggambaran itu di Los Angeles Mac lalu.

    Pengarah klip video berkenaan berkata, minat Bieber kepada cinta dalam video itu membayangkan sifat sebenar penyanyi berkenaan di dunia sebenar.

    Naik bumbung

    Posted: 07 May 2012 09:05 PM PDT

    LIPAT...pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu membersihkan Masjid As-Sajidin, Batang Kali, semalam.
    LIPAT...pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu membersihkan Masjid As-Sajidin, Batang Kali, semalam.
    SELAMAT...Paterpar Singh (depan) dan rakannya menyelamatkan kambing mereka daripada terperangkap dalam banjir, semalam.
    SELAMAT...Paterpar Singh (depan) dan rakannya menyelamatkan kambing mereka daripada terperangkap dalam banjir, semalam.

    BATANG KALI: "Air deras merempuh rumah saya menyebabkan dinding roboh. Saya, anak dan cucu terkejut melihat air naik tinggi segera ke dapur lalu memanjat tangga besi untuk naik ke bumbung.

    "Bimbang keselamatan dua cucu perempuan, saya menjerit meminta tolong sebelum saudara dan pasukan bomba memasang tali untuk menyelamatkan kami," kata Nuriah Mohamad, 59, mangsa banjir lumpur yang menyebabkan 14 kampung di sini, terjejas teruk.


    Difahamkan, hujan lebat tanpa henti bermula jam 1 pagi semalam menyebabkan air Sungai Batang Kali melimpah sehingga menyebabkan lebih 150 keluarga dipindahkan.

    Nuriah yang tinggal di Kampung Genting Malik bersama lima anak serta dua cucu perempuan berusia lapan dan 12 tahun mendakwa mengalami kerugian besar selain tinggal sehelai sepinggang selepas rumah peninggalan arwah moyangnya itu rosak teruk akibat banjir sedalam dua meter.


    "Saya dikejutkan jiran yang datang ke rumah jam 5 pagi memberitahu banjir dan minta menyelamatkan barangan sebelum dihanyutkan.


    "Namun, ketika kami mahu mengangkat barang berharga, saya dengar dentuman kuat. Rupa-rupanya dinding rumah roboh dan air mula naik tinggi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

    Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul yang ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.55 pagi sebelum jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Batu Arang bergegas ke tempat kejadian.


    "Selain itu, kami mendapat bantuan daripada bomba sukarela, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    "Seramai 109 anggota terbabit bertugas bagi kerja menyelamat dan menghulurkan bantuan kepada lebih 150 keluarga di 14 kampung yang dilanda banjir," katanya.

    Siang bomba, malam pelacur

    Posted: 07 May 2012 09:04 PM PDT

    EMMA di balai bomba.
    EMMA di balai bomba.
    MALAM di hotel.
    MALAM di hotel.

    LONDON: Kisah seorang anggota bomba yang menjalani kehidupan rahsia selaku pelacur dengan pendapatan �1,300 (RM6,500) semalam, dibongkar sebuah akhbar tabloid.

    The Sun yang diterbitkan di London, semalam melaporkan, Emma Carr, 38, menjaja tubuhnya menerusi Internet dengan menggunakan nama samaran, Jade.


    Pengurus kru Pasukan Bomba London itu, mengenakan bayaran RM1,500 sejam untuk mengunjungi pelanggan di rumah atau kamar hotel atau RM1,250 sejam untuk menghiburkan mereka di kediamannya.

    Dia juga menawarkan khidmat sesi 'senja hingga pagi' dengan bayaran RM6,500.


    Menurut akhbar itu, gambar seksi Emma tersiar di satu laman web.


    Pada siang hari, Emma menguruskan kakitangan 999 di Balai Bomba Euston di tengah London, menyelia pasukan kecemasan.

    Kegiatannya terbongkar selepas menawarkan seks selama sejam kepada seorang wartawan penyiasatan The Sun di sebuah hotel di tengah London.


    Menceritakan mengenai dua kehidupan berbezanya, Emma berkata, drama televisyen mengenai seorang pelacur, Secret Diary of a Call Girl yang dibintangi oleh Billie Piper adalah tepat sekali.

    Dia mengaku mempunyai pekerjaan sepenuh masa dalam sektor kerajaan dan menegaskan dia terbabit dalam pelacuran kerana gaji yang rendah.


    Wanita yang berasal dari London Timur itu, dipercayai sudah tujuh tahun menjadi anggota bomba berkata: "Wang itu membantu saya. Saya boleh melancong. Sebagai anggota bomba, gaji saya tidak besar. Saya mahu menjalani hidup lebih bergaya.


    "Saya kini tidak perlu berhutang. Saya merasa selamat dan amat berhati-hati. Saya bekerja sehari seminggu dan pada malam tertentu. Menurutnya, ibu bapanya 'membuangnya' selepas mengetahui kehidupan rahsianya.

    Cari penawar penyakit

    Posted: 07 May 2012 09:03 PM PDT

    pix_middle
    SOKONG...Tai (kanan) bersama Chong.
    SOKONG...Tai (kanan) bersama Chong.

    BEKERJA dalam bidang yang dikuasai kaum lelaki sememangnya bukan mudah selain mencabar ketahanan diri seorang wanita, apalagi sekiranya tuntutan kerja berkenaan tidak mengira masa dan memerlukan perhatian melebihi 12 jam sehari termasuk hari minggu.

    Begitu juga halnya dengan kumpulan saintis wanita yang bergelumang dalam dunia penyelidikan yang menuntut masa bekerja panjang hingga terpaksa mengorbankan waktu bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat rapat.

    Namun golongan wanita yang kuat semangat serta tidak mahu menyerah kalah dalam memperjuangkan sesuatu yang mereka percaya itu, perlu dipuji kerana mengikut perkiraan, hanya tiga peratus daripada jumlah saintis di seluruh dunia adalah wanita.

    Saintis wanita, Dr Lim Kue Peng, 36, berkata dunia penyelidikan adalah bidang yang sangat sibuk dan mengambil alih hampir keseluruhan masanya hingga tiada masa baginya untuk membuat perkara lain, terutama aktiviti riadah seperti kebanyakan orang.


    Beliau berkata, keluarga ada kalanya berasa pelik melihatnya bekerja begitu kuat dan kurang memahami masa kerjanya yang tidak menentu hingga ada yang menyuarakan perasaan itu kepadanya.


    "Keluarga tidak faham mengapa saya mahu menghabiskan masa sehingga malam atau sepanjang hari minggu dengan duduk di makmal sehinggakan saya tiada masa untuk perkara lain seperti berjumpa rakan atau bercuti bersama-sama keluarga.

    "Tugas menyelidik bukan mudah dan menuntut komitmen yang tinggi sehingga saya sendiri seperti tidak mempedulikan perkara lain dan memberi tumpuan penuh kepada mencari rawatan untuk pesakit.

    "Dalam kerjaya ini, sokongan dari rakan sekerja amat penting bagi memberi semangat untuk terus mencari penawar kepada penyakit," katanya.

    Menurutnya, kecenderungannya dalam dunia penyelidikan perubatan bercambah kerana mahu membantu pesakit yang sangat memerlukan rawatan terbaik bagi menyembuhkan penyakit yang dihidapi mereka.

    Katanya, sejak 10 tahun lalu, beliau menghabiskan banyak masa dalam makmal dengan menjalankan kajian bagi mencari penawar dalam bentuk vaksin yang boleh mencegah dan merawat kanser mulut (oral).

    Beliau yang bertugas di Cancer Research Initiatives Foundation (Carif), berkata kanser mulut biasa berlaku di kalangan rakyat negara ini tetapi malangnya ia tidak mendapat banyak pendedahan.

    "Dengan penemuan vaksin ini, diharap pesakit akan mempunyai kadar penyembuhan lebih tinggi seterusnya nyawa mereka mampu diselamatkan tanpa perlu menjalani pembedahan besar.

    "Sekiranya pembedahan dijalankan bagi membuang kanser mulut, sebahagian wajah akan terbabit dan ia mencacatkan mereka sehingga terpaksa pula menjalani pembedahan kosmetik untuk memperbetulkan wajah.

    "Keadaan ini sangat menyedihkan dan saya tidak mahu ia berlaku kepada mereka," katanya yang juga penerima anugerah Unesco-Loreal National Fellowships dari Loreal Malaysia.

    Lim berkata, berikutan kajian yang dijalankan bagi setiap pesakit boleh mengambil masa sehingga hampir sebulan bagi setiap kes, beliau sanggup bersengkang mata atau menghabiskan sepanjang hari dalam makmal pada hari minggu semata-mata mahu mendapat keputusan lebih cepat.

    Katanya, pesakit terutama yang sudah kronik tidak mempunyai banyak masa dan beliau bimbang pesakit tidak sempat dirawat, menyebabkannya komited menjalankan kajian dengan giat bagi membantu mereka.

    "Saya sentiasa mahu menjalankan kajian secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawa mereka. Bila saya lihat wajah mereka yang sedang kesakitan, saya berasa amat sedih," katanya.

    Menurutnya, kajiannya kini sudah di tahap terakhir dan beliau kini dalam proses berbincang dengan pakar onkologi di beberapa hospital bagi menjalankan ujian klinikal penemuan perubatan yang dijalankannya terhadap pesakit kanser mulut.

    Katanya, vaksin yang dihasilkan melalui kajiannya mampu membantu 'melatih' sel imun untuk mengesan dan mengenal pasti sel kanser seterusnya menghapuskannya.

    Sementara itu, saintis di Bahagian Pembedahan Ortopedik Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Chong Pan Pan, berkata memulakan kajiannya pada 2007, beliau memberi tumpuan mencari penyelesaian lebih mudah kepada pengambilan sel saraf tunjang bagi memperbaiki bahagian tubuh yang rosak.

    Chong berkata, jika sebelum ini, sel saraf tunjang diambil dari uri bayi atau melalui pembedahan di bahagian tulang belakang tetapi melalui kajiannya, sel berkenaan boleh diperoleh dari setitik darah di jari.

    Katanya, mengambil sedikit darah melalui tusukan jarum kecil di jari bukan saja tidak menyakitkan, malah ia memudahkan serta mengurangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung pesakit sekiranya menjalani pembedahan untuk mengambil sum-sum tulang.

    "Sel ini diambil dari tubuh pesakit itu sendiri, kemudian ia diproses di makmal untuk memperbanyakkan bilangan sel saraf tunjang itu sebelum dimasukkan kembali ke bahagian rosak di tubuh pesakit untuk proses penyembuhan.

    "Ia lebih selamat, ringkas, tidak agresif dan lebih memudahkan rawatan serta mempercepatkan tempoh rawatan pemulihan pesakit," katanya.

    Chong yang juga penerima anugerah Unesco-Loreal National Fellowships 2010 dari Loreal Malaysia, berkata sel berkenaan boleh digunakan bagi memperbaiki mana-mana bahagian tubuh pesakit yang rosak atau cedera.

    Katanya, idea menjalankan kajian itu timbul selepas mengadakan perbincangan bersama penyelianya di UM, memandangkan pengambilan sel saraf tunjang ketika ini amat menyakitkan serta membebankan pesakit apabila perlu menjalani pembedahan sum-sum tulang.

    Sementara itu, Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Loreal Malaysia, Tai Ai Leen, berkata syarikat itu menyokong percambahan saintis wanita di seluruh dunia apabila menyediakan sejumlah dana hasil daripada jualannya di seluruh dunia untuk membantu golongan saintis wanita yang mahu menjalankan sebarang kajian.

    Katanya, di Malaysia sendiri sejak tujuh tahun lalu, Loreal memperuntukkan RM60,000 masing-masing kepada tiga saintis wanita setiap tahun sebagai bantuan kewangan kepada mereka untuk merealisasikan cita-cita menjalankan kajian saintifik.

    "Kita mahu beri peluang kepada saintis wanita mencapai impian menjalankan kajian mereka selain menggalakkan penambahan saintis wanita memandangkan ketika ini hanya ada sekitar tiga peratus saja saintis wanita di dunia.

    "Selain beri bantuan kewangan, kita juga dengan kerjasama Unesco mengiktiraf kejayaan mereka dalam bidang kajian saintifik melalui program 'For Women in Science'," katanya.

    Antara pengiktirafan itu adalah International Special Fellowship '...in the footsteps of Marie Curie', Unesco-Loreal International Fellowships, Loreal-Unesco Laureates dan Unesco-Loreal National Fellowships.

    Kristen Stewart Cedera Ketika Penggambaran ‘Twilight’

    Posted: 07 May 2012 09:03 PM PDT

    Kristen Stewart

    LOS ANGELES: Aktres Kristen Stewart dilaporkan mendapat kecederaan pada bahagian kaki ketika penggambaran filem sekuel The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2, baru-baru ini.

    Difahamkan, Stewart mendapat kecederaan tersebut ketika penggambaran bagi adegan untuk watak Bella Swan yang pergi berburu buat pertama kalinya sebagai puntianak.

    "Babak pemburuan pertama Bella itu sangat penting. Saya hanya mahu berikan yang terbaik. Kami semua mahukan yang terbaik daripada babak itu," katanya yang dipetik dailystar.co.uk.

    Filem kelima bagi francais filem itu dijangka ditayangkan pada November depan.

    Jennifer Lopez Mahu Anak Bersama Casper Smart

    Posted: 07 May 2012 08:30 PM PDT

    Jennifer dan Casper bahagia dengan percintaan mereka.

    PENYANYI Jennifer Lopez ternyata begitu bahagia saat menjalinkan hubungan dengan penari Casper Smart.

    Ini kerana, Jennifer merancang untuk memiliki anak hasil hubungannya dengan Casper.

    Menurut laporan Dailymail, penyanyi berusia 42 tahun itu mengaku teruja sekiranya dia dan Casper punyai anak kerana mereka percaya ia mampu mengukuhkan hubungan cinta yang dijalinkan.

    "Saya percaya seorang anak mampu melengkapkan kehidupan dan memberi kebahagiaan bagi mana-mana pasangan sekalipun.

    "Apa-apa pun, sudah tentu saya tidak akan melupakan anak-anak saya, Max dan Emma. Mereka tetap menjadi keutamaan hidup saya," katanya kepada People.

    Dalam pada itu, Jennifer berkata, buat masa ini dia bahagia dengan kehidupannya, karier, anak-anak dan kekasihnya itu. Malah mereka sedang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

    Lindsay Lohan Digosipkan Jalin Hubungan Sejenis

    Posted: 07 May 2012 07:08 PM PDT

    Foto Lindsay dan Samantha, ketika mereka sedang hangat bercinta pada tahun 2007.

    AKTRES Lindsay Lohan dikhabarkan telah kembali menjalinkan hubungan dengan pasangan lesbiannya, Samantha Ronson.

    Bagaimanapun menurut laporan Dailymail, jurucakap Lindsay menjelaskan khabar angin itu tidak benar sama sekali dan hubungan antara mereka sekadar teman rapat.

    "Hanya teman, itu sahaja, tak lebih," demikian kata jurucakap Lindsay kepada TMZ.

    Gosip bahawa mereka kembali menjalinkan hubungan cinta bermula apabila Lindsay dan Samantha dilihat sedang bermesra-mesraan pada minggu lalu.

    Malah kedua-dua mereka dilihat berpegangan tangan ketika berjalan di Le Baron, New York pada Khamis lalu.

    Lindsay dan Samantha pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2007 dan putus pada tahun 2009. Mereka juga pernah bergaduh besar di Twitter.

    Sisi lasak Katrina

    Posted: 07 May 2012 07:07 PM PDT

    Sisi lasak Katrina
    Katrina

    SERING melakonkan watak gadis feminin, aktres Katrina Kaif akhirnya memilih untuk mempelbagaikan watak yang diterima dalam lakonan.

    Bakal berganding dengan Aamir Khan dalam filem Dhoom 3, Kat menampilkan sisi lasaknya dalam filem tersebut dengan melakukan adegan pertarungan sendiri."Tiada alasan untuk Katrina menonjolkan sisi lasaknya dalam filem ini hanya kerana dia seorang perempuan. Dhoom 3 bakal memaparkan pertarungan antara lelaki dan perempuan.

    "Baik Aamir mahupun Katrina perlu bekerja keras untuk mendapatkan bentuk tubuh yang sesuai bagi filem ini," katanya.

    Aamir yang dikenali sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan akan melatih Kat untuk kelihatan hebat bertarung dalam filem itu.

    Makanan tambahan jadi rezeki sampingan

    Posted: 07 May 2012 07:06 PM PDT

    Makanan tambahan jadi rezeki sampingan
    Pengguna sering mencari produk kesihatan di Internet.

    MELIHAT potensi besar dalam industri makanan tambahan­, Abdul Fattah Suhaimi, 24, nekad menceburi bidang perniagaan dengan menjual, Alphalipid, secara atas talian.

    Bermodalkan RM600 untuk membeli stok produk, perniagaan yang dimulakan sejak tiga tahun lalu itu semakin diterima dan terus mendapat sambutan pengguna.

    Menurutnya, maklumat mengenai makanan tambahan­ sering dicari pengguna dalam Internet.

    Katanya, yang juga seorang pelajar separuh masa dan pekerja tetap di sebuah syarikat, minatnya untuk menjalankan perniagaan ini mendorongnya menyertai bengkel bersama salah seorang jutawan negara, Dr Irfan Khairi yang dianggap sifunya.

    Mengulas mengenai pasaran­ produknya, sehingga kini, pasaran produk Alphalipid telah melangkau ke luar negara iaitu ke Brunei dan Thailand.

    Malah, sepanjang menjalankan perniagaan ini, Fattah pernah berdepan pelanggan yang sanggup datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semata-mata untuk mengambil produk yang ditempah.

    Jika pada awal perniagaan­, sambutan kurang memberangsangkan, namun kini, Fattah sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega apabila mampu menjual sekitar 80 hingga 90 tin Alphalipid sebulan dengan purata keuntungan­ RM3,000 hingga RM4,000.

    Bakal buka kedai

    Disebabkan sambutan menggalakkan, Fattah kini melangkah setapak ke hadapan apabila bakal membuka sebuah kedai dan pejabat operasi pertama di Bangi pertengahan tahun ini.

    Dengan pelaburan RM8,000 termasuk pengubah suaian, kedai itu akan digunakan sebagai pejabat pengurusan dan tempat simpanan stok.

    "Serentak pembukaan kedai itu juga, saya akan mempelbagaikan produk bagi memenuhi permintaan pelanggan sekali gus memberi lebih pilihan­ kepada mereka," katanya.

    Sementara itu, sebagai perancangan jangka masa panjang, Fattah berhasrat meluaskan pasaran makanan tambahannya ke Eropah dan seterusnya seluruh dunia.

    Selain itu, dia juga akan mencuba cabang perniagaan baru bersama sifu, yang akan menjual pelbagai jenis bahan bacaan dan menceburi bidang hartanah.

    Ugut bunuh bapa, penganggur kena jel

    Posted: 07 May 2012 06:51 PM PDT

    Ugut bunuh bapa, penganggur kena jel
    Nazri dipenjara 6 bulan mengaku salah ugut mahu bunuh bapanya

    KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak memberi wang yang diminta anaknya, seorang bapa berdepan detik mencemaskan apabila si anak mengugut akan membunuhnya.

    Kejadian berlaku di kediaman mereka di Kampung Petaling, Tepoh, di sini, Khamis lalu.

    Bagaimanapun, perbuatan si anak yang boleh diumpamakan seperti si tanggang itu menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

    Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh, Nazri Mohamad, 23, mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengamuk dan mengacukan sebilah kekikir kayu serta sebatang kayu kepada bapanya, Mohamad Md Ali, 64, di kediaman mereka di Kampung Petaling, Tepoh, kira-kira jam 2.15 petang pada 3 Mei lalu.

    Nazri yang tidak bekerja mengaku salah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau sebat atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Ratna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Berdasarkan fakta kes, bapa malang itu yang bekerja sebagai penoreh getah telah diterkam oleh tertuduh sejurus masuk ke dalam rumah selepas dia pulang dari kebun.

    Tertuduh bukan hanya menerkam bapanya, malah pada masa sama turut mengacukan sebilah kekikir kayu dan sebatang kayu sambil melaungkan kata-kata 'aku bunuh mu', sambil terus menghayun pisau ke arahnya.

    Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak dan terus melarikan diri dengan terjun dari tangga bagi menyelamatkan diri daripada diapa-apakan anaknya itu.

    Sebelum ini, tertuduh pernah beberapa kali cuba untuk memukul mangsa dengan kayu.

    Bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis dan susulan laporan dibuat, tertuduh ditangkap di rumahnya pada hari sama.

    LGBT aktif, tarik pengikut Facebook

    Posted: 07 May 2012 06:50 PM PDT

    Isu LGBT: LGBT aktif, tarik pengikut Facebook
    Facebook Persatuan Lesbian.

    SHAH ALAM - Ramai puak LGBT menonjol aktif di rangkaian laman sosial Internet terutama Facebook dan Youtube bagi menarik lebih ramai pengikut.

    Hasil pemerhatian Bicara Isnin, kumpulan itu secara terbuka mengaku cuba menambah pengikut di seluruh negara.

    Antara dikesan popular ialah Facebook milik Kelab Gay Malaysia yang mengumpul peminat gay sehingga status 'Like' di akaun Facebook itu mencecah hampir 5,000.

    Ini diikuti akaun kelab mengikut negeri yang mengumpul sekurang-kurangnya hampir 1,000 'Like' bagi setiap akaun.

    Begitu juga dengan kumpulan lesbian yang turut mempunyai Facebook popular menggunakan nama seperti Persatuan Lesbian Malaysia Kebangsaan yang mengumpul hampir 5,000 'Like' diikuti beberapa kelab lesbian lain.

    Bagi tujuan pemerhatian ke atas kelompok lesbian, wartawan Bicara Isnin mewujudkan akaun khas Facebook atas nama Sarina Dewi dan menyamar sebagai lesbian.

    Tidak keterlaluan, Sarina Dewi hampir loya dan jijik melihat pemilik akaun lain yang jelas wanita tetapi berlagak romantik ketika menyatakan salam perkenalan, malah ada yang terus meminta nombor telefon bimbit.

    Apa yang diperhatikan, pengikut Facebook daripada golongan ini gemar menggunakan gambar berahi seperti mendedahkan tubuh atau gambar hubungan asmara sama sejenis selain menggunakan kata-kata pujuk rayu berbaur seks serta lucah. Malah ada tanpa segan silu 'menjual' diri untuk diminati.

    Satu lagi diperhatikan, orang Melayu yang pastinya Islam antara yang menyertai kelab songsang itu termasuk yang bertudung.

    Berdasarkan pemerhatian ini, boleh dikatakan kelompok homoseksual semakin meluas dan membimbangkan jika amalan seks songsang yang ditegah agama ini menarik lebih ramai generasi muda.

    Itu baru gay dan lesbian. Bisek­sual juga bersepah dalam masyarakat kita. Namun mereka licik hingga sukar dijejaki. Mungkin dia ada di belakang kita. Siapa tahu!



    LGBT adalah singkatan kepada 'lesbian, gay, biseksual dan transgender'. Ia telah digunakan sejak 1990-an. Ia mewakili golongan yang mempunyai orientasi seks atau identiti jantina berbeza.

    - Lesbian: Hubungan cinta atau seksual antara dua wanita.
    - Gay: Merujuk kepada individu homoseksual secara umum, namun lebih banyak digunakan untuk merujuk kepada hubungan cinta atau seksual antara dua lelaki.
    - Biseksual: Hubungan fizikal atau seksual antara seorang lelaki, atau seorang wanita, dengan lelaki dan juga wanita.
    - Transgender: Hidup sebagai jantina berbeza dengan jantina asal yang ditentukan oleh genetik.
    - Homoseksual: Hubungan kelamin melibatkan sesama jenis sama ada lelaki dengan lelaki, atau wanita dengan wanita.
    - Heteroseksual: Hubungan cinta atau seksual antara dua individu berlainan jantina (lelaki dan perempuan).

    Ustaz Budak: Saya difitnah

    Posted: 07 May 2012 06:50 PM PDT

    Ustaz Budak: Saya difitnah
    Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri

    MACHANG - Setelah lima bulan, Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri, 24, tampil memberi penjelasan dakwaan beliau menyamakan Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nabi Muhammad SAW.

    Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.

    Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.

    "Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.

    "Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya," katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.

    Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.

    Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan­ dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.

    Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.

    Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman­ kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.

    Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.

    "Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.

    "Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari" katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.

    Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.

    Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.

    "Saya tidak gementar dengan ujian­ ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini," katanya.

    Jimmy Shanley dakwa isteri akui mengandung anak luar nikah

    Posted: 07 May 2012 06:44 PM PDT

    Pengacara Jimmy Shanley
    Pengacara Jimmy Shanley

    SHAH ALAM - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

    Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

    Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

    Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

    "SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

    "Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

    Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

    Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

    Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

    Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

    Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

    Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

    Dibelasah angkara curi wang masjid

    Posted: 07 May 2012 06:43 PM PDT


    Lelaki yang mencuri wang tabung Masjid Hadhari di Jerteh kelmarin terbaring selepas dibelasah oleh orang ramai.


    BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.

    Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.

    Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.

    Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.

    "Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri," kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories