RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dikejarkan ke hospital, disyaki denggi

Posted: 04 Mar 2014 05:10 AM PST





KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dilapor dikejarkan ke pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur dipercayai menghidap demam denggi.



Beliau mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi Gala TV petang Selasa mengesahkan isterinya, Datin Patimah Ismail ada membawa Syamsul ke hospital.

Namun tidak dapat memberi maklumat lanjut kerana belum mendapat berita daripada isterinya.

Menurut laporan portal MStar, Patimah bimbang dengan keadaan Syamsul yang demam teruk berserta sakit kepala.

Jelasnya doktor telah mengambil contoh darah Syamsul bagi mengetahui penyakit sebenar.

Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat pengarah filem "KL Gangster 2" ini sempat berjenaka mahu melangsungkan perkahwinannya di hospital jika masih belum sihat.

Syamsul dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana dirancang bernikah pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara.

Berani BUAT, Berani TAGGUNG!!!!

Posted: 04 Mar 2014 05:08 AM PST




Bill Gates rampas semula takhta manusia terkaya -Forbes

Posted: 04 Mar 2014 05:00 AM PST





Bill Gates kembali menduduki takhta manusia terkaya di dunia dengan kekayaan USD 76 bilion menandingi Carlos Slim Helu yang memiliki USD 72 bilion.


NEW YORK — Mr Bill Gates has returned to the top of Forbes magazine's annual list of the world's richest people, as rising stock markets swelled the ranks of billionaires, which included a record number of women.

With a net worth of US$76 billion, the Microsoft co-founder reclaimed the top spot after a four-year hiatus, toppling Mexico's telecommunications mogul Carlos Slim Helu, who placed second at US$72 billion, Forbes said in announcing the list yesterday (March 3).


Berikut senarai 40 orang terkaya di dunia.

1. Bill Gates
Net Worth: $76 B
Source of wealth: Microsoft

2. Carlos Slim Helu & family
Net Worth: $72 B
Source of wealth: telecom

3. Amancio Ortega
Net Worth: $64 B
Source of wealth: retail

4. Warren Buffett
Net Worth: $58.2 B
Source of wealth: Berkshire Hathaway

5. Larry Ellison
Net Worth: $48 B
Source of wealth: Oracle

6. Charles Koch
Net Worth: $40 B
Source of wealth: diversified

6. David Koch
Net Worth: $40 B
Source of wealth: diversified

8. Sheldon Adelson
Net Worth: $38 B
Source of wealth: casinos

9. Christy Walton & family
Net Worth: $36.7 B
Source of wealth: Wal-Mart

10. Jim Walton
Net Worth: $34.7 B
Source of wealth: Wal-Mart

11. Liliane Bettencourt & family
Net Worth: $34.5 B
Source of wealth: L'Oreal

12. Stefan Persson
Net Worth: $34.4 B
Source of wealth: H&M

13. Alice Walton
Net Worth: $34.3 B
Source of wealth: Wal-Mart

14. S. Robson Walton
Net Worth: $34.2 B
Source of wealth: Wal-Mart

15. Bernard Arnault & family
Net Worth: $33.5 B
Source of wealth: LVMH

16. Michael Bloomberg
Net Worth: $33 B
Source of wealth: Bloomberg LP

17. Larry Page
Net Worth: $32.3 B
Source of wealth: Google

18. Jeff Bezos
Net Worth: $32 B
Source of wealth: Amazon.com

19. Sergey Brin
Net Worth: $31.8 B
Source of wealth: Google

20. Li Ka-shing
Net Worth: $31 B
Source of wealth: diversified

21. Mark Zuckerberg
Net Worth: $28.5 B
Source of wealth: Facebook

22. Michele Ferrero & family
Net Worth: $26.5 B
Source of wealth: chocolates

23. Aliko Dangote
Net Worth: $25 B
Source of wealth: cement, sugar, flour

23. Karl Albrecht
Net Worth: $25 B
Source of wealth: retail

25. Carl Icahn
Net Worth: $24.5 B
Source of wealth: investments

26. George Soros
Net Worth: $23 B
Source of wealth: hedge funds

27. David Thomson & family
Net Worth: $22.6 B
Source of wealth: media

28. Lui Che Woo
Net Worth: $22 B
Source of wealth: casinos

29. Dieter Schwarz
Net Worth: $21.1 B
Source of wealth: retail

30. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud
Net Worth: $20.4 B
Source of wealth: investments

31. Forrest Mars Jr
Net Worth: $20 B
Source of wealth: candy

31. Jacqueline Mars
Net Worth: $20 B
Source of wealth: candy

31. John Mars
Net Worth: $20 B
Source of wealth: candy

34. Jorge Paulo Lemann
Net Worth: $19.7 B
Source of wealth: beer

35. Lee Shau Kee
Net Worth: $19.6 B
Source of wealth: diversified

36. Steve Ballmer
Net Worth: $19.3 B
Source of wealth: Microsoft

36. Theo Albrecht Jr & family
Net Worth: $19.3 B
Source of wealth: Aldi, Trader Joe's

38. Leonardo Del Vecchio
Net Worth: $19.2 B
Source of wealth: eyeglasses

39. Len Blavatnik
Net Worth: $18.7 B
Source of wealth: diversified

40. Mukesh Ambani
Net Worth: $18.6 B
Source of wealth: petrochemicals, oil & gas



( FAKTA )Jawapan yang Perlu Anak Melayu Tahu dari Ahli Sejarah Negara Malaysia

Posted: 03 Mar 2014 01:40 PM PST




Ada beberapa persoalan yang kadang-kadang sesetengah anak-anak Melayu kita tak tahu nak jawab,sebab pengetahuan sejarah yang cetek atau tak pernah tahu pun pasal sejarah sendiri.Menjawab beberapa persoalan yang kadangkala ditimbulkan untuk memperovokasi sebenarnya teramat mudah,hanya jika,anda semua membaca perihal sejarah anda sendiri.


#1-Orang India yang buka Tanah Melayu,sebab Hindu mula bertapak sebelum Islam.

Jawapan: Jika orang India buka Tanah Melayu mengapa majoriti penduduk di sini bukan orang India?Pasal apa A dikatakan buka sesuatu tempat,sedangkan tempat tu telah ada B duduk lama di situ?Orang Melayu adalah salah satu dari keluarga besar rumpun Nusantara atau saintifiknya Austronesia yang memiliki hubungan terkait dari segi budaya dan linguistik dengan Maori,Samoa,Hawaii,Visaya,Sunda,Jawa,Banjar dan kaum-kaum pribumi Asia Tenggara dan Pasifik yang lainnya.



Mengambil falsafah agama tidak menukarkan orang Melayu kepada bangsa lain.Orang Bali sampai sekarang beragama Hindu,namun adakah mereka orang India?Bahasa apa yang mereka pertuturkan?Kini majoriti orang Melayu beragama Islam.Adakah mereka ini asalnya orang Arab yang membuka Tanah Melayu?Ini hanya logik akal sahaja dan orang yang menimbulkan soalan di atas,sebenarnya hanya membingungkan diri sendiri.

*Kes ini sama seperti Stamford Raffles dikatakan membuka Singapura dan Francis Light membuka Pulau Pinang padahal kedua tempat itu telah lama berpenghuni.

#2-Melayu berasal dari kata 'Malaya' iaitu 'bukit/gunung' dari bahasa-bahasa India berdasarkan gunung-ganang yang banyak terdapat di Tanah Melayu atau berdasarkan Gunung Jerai.

Jawapan: Ini salah.Melayu dan Malaya dua perkataan yang berbeza,mengapa memandai-mandai buat hipotesis mengarut?Contoh,Canada dan Kannada.Adakah negara Canada dibuka oleh orang Kannada?Adakah orang Kannada berasal dari Canada?Atau adakah nama 'Kannada' berasal dari negara Canada?Lagi satu,Jawa dan Javan (anak keempat 'Noah' dalam Old Testament).Adakah orang Jawa berasal dari Javan?Kenapa bahasa Jawa beza dengan bahasa Hebrew (Ibrani/Yahudi)?Jadi,semua hipotesis ini adalah 'rubbish'.Nama 'Melayu' bukan berasal dari kata 'Malaya'.Belum lagi membicarakan kata 'Melayu' yang kononnya dalam bahasa Jawa bermaksud 'lari',dalam bahasa Tagalog bermaksud 'bebas' dan dalam bahasa Khmer bermaksud 'bunga' (malai).Jadi yang mana satu nak ambil ni?Tak usah pening kepala.Melayu tetap Melayu,bukan berasal dari mana-mana bahasa.

*Orang Khmer Purba merujuk Srivijaya dan bahasanya sebagai Malayu,iaitu orang Melayu.

#3-British yang mencipta orang Melayu

Jawapan:Ini satu lagi hipotesis bingung.Sebelum British tiba,catatan-catatan Portugis dan Sepanyol memanggil kita dengan nama 'Malayo' iaitu slang Iberian/Latin kepada perkataan 'Melayu'.Pernah dengar istilah Malayo-Polynesia?Sebelum British tiba,telah ada beratus-ratus manuskrip Melayu yang di dalamnya bersepah perkataan 'Melayu' merujuk kepada nama satu bangsa.Sebelum British tiba,Sulalatus Salatin yang dikarang ketika Kesultanan Johor-Riau menyebutkan nama 'Melayu'.Belum lagi karya-karya dari Riau,Acheh dan Jawa.Jadi kenyataan di atas adalah '******' tahap berat.

#4-Orang Asli adalah penduduk asal sini (Malaysia)

Jawapan:Orang Asli di Malaysia terdiri dari dua kategori: Aslian,iaitu dari segi linguistik,cenderung kepada kelompok bahasa Mon-Khmer.Satu lagi ialah Aborigine Malay,yang bahasa mereka cenderung kepada Austronesia,dengan kata lain mempunyai hubungan linguistik dengan bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay ialah Jakun,Orang Sungai,Orang Kuala dan sebagainya.Salah satu Aborigine Malay yang agak antarabangsa ialah Orang Laut yang boleh ditemui di Burma sebagai Moken dan Thailand sebagai Urak Lawoi.

Orang Melayu berasal dari Aborigine Malay ini,kemudian,sebahagian mereka yang duduk di persisiran pantai,mula berinteraksi dengan dunia luar,malah mereka menyertai perdagangan antarabangsa dan berlayar ke luar negeri sehingga generasi kedua Melayu terbentuk dengan kriteria lebih maju (advance) dari generasi pertama mereka iaitu Aborigine Malay/Proto Melayu.

Ini samalah seperti orang Norseman yang sesetengahnya masih tinggal dipedalaman Scandinavia manakala ada yang berlayar menjadi satu puak bernama Viking yang berdagang,berperang dan berkahwin dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain mewujudkan generasi yang lebih maju selepas itu.

Kesimpulan: Semua persoalan di atas teramatlah mudah dijawab,HANYA JIKA,anda banyak membaca tentang sejarah terutama sejarah Melayu,ditambah dengan membaca sejarah-sejarah bangsa lain di dunia.Semua pattern lebih kurang sama,namun sesetengah orang memprovokasi sejarah Melayu seolah-olah eksklusif,bertujuan untuk mendapatkan tanahair dan keistimewaan orang Melayu,cemburu atau dengki dengan nikmat yang Tuhan kurniakan kepada orang Melayu atau saja berniat jahat kerana terlampau kiasu iaitu bimbang kalau-kalau dihalau dari negara ini atau dicop pendatang setaraf dengan imigran Bangladesh,Indonesia atau Myanmar.

FAKTA | Kenali Siapa 3 Guru Hang Tuah

Posted: 03 Mar 2014 01:34 PM PST







1. Guru ilmu persilatan Hang Tuah yang pertama selepas beliau dan sahabat-sahabatnya belajar dengan bapa-bapa mereka ialah Aria Putera, seorang ahli pertapaan (Suluk) di Bukit Panchalusa rangkaian Gunung Ledang. Nama yang lain bagi beliau ialah Maulana Ishak atau Syeikh Wali Lanang. Beliau merupakan pengganti pemuka para Wali Sembilan Maulana Syeikh Malik Ibrahim, putera kepada Pendakwah dari keturunan Rasullah s.a.w iaitu Sayed Husein Jamadil Kubra yang merupakan adik beradik kepada Syeikh Muhammad Saman – Syeikh Saman atau Sayyid Thanauddin.
(Sayed Husein Jamadil Kubra berkahwin dengan Puteri Raja Melayu Negara Chermin Jiddah (Kelantan – Malaysia sekarang ini) iaitu Puteri Linang Chahaya, adinda kepada Cik Siti Wan Kembang lalu berputerakan Maulana Malik Ibrahim yang menjadi pendakwah Islam pertama di Jawa bersama adindanya Maulana Ibrahim Asmarakandi, Adinda kepada Maulana Malik Ibrahim yang berlainan ibu iaitu hasil perkahwinan bapanya dengan puteri Raja Melayu Campa (Muangthai) anak kepada Sultan Zainol Abidin dan permaisuri Siti Zubaidah -`Dewi Sudaksina`- bernama Puteri Ramawati Puteri). Setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia dalam tahun 1419M, Maulana Ishak yang hidup se zaman dengan Sultan Mansur Shah semasa zaman remaja Hang Tuah telah menggantikan Maulana Malik Ibrahim dan ayahandanya sayyid Ibrahaim Asmarakandi meneruskan pendakwahan agama Islam bersama kekandanya Maulana Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) di Tanah Jawa sebelum ia membuang diri dari Jawa lalu datang bertapa di Bukit Pancalusa di banjaran Gunung Ledang. Gunung Ledang dalam bahasa Jawa bermaksud `Gunung yang tinggi', `Kim Sua` – Gunung Emas atau Mount Ophir – sebutan Euro-Hebrew ada tersebut dalam kitab Zabur.

BERKAITAN HANG TUAH LIMA BERSAHABAT MENJADI MURID ARIA PUTERA ADALAH BERDASARKAN PENYESUAIAN MASA YANG MENGETEMUKAN MEREKA DAN BERDASARKAN petikan teks di bawah ini:

"Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajarnya-lah oleh Aria Putera, bagai2 ilmu isharat hulubalang dan firasat dan ilmu penjurit (hulubalang) tetapi lebih juga Hang Tuah diajarnya barang ilmu dan isharat." (Ms.26)

Mengikut kata Aria Putera beliau mempunyai tiga beradik saperti dailog berikut:

"Maka kata Aria Putera, `Hai chuchu-ku Hang Tuah, aku ini tiga bersaudara (tiga beradik-p) yang muda menjadi pegawai, Raden Aria Sina, di (keraton-p) Majapahit, yang tua itu dudok bertapa di-gunong Wirana Pura, namanya Sang Persanta Nala. Ada pun cucu-ku, kala datang (apabila sampai) umor2 dua puloh tiga tahun (ketika umur seseorang paling bertenaga atau perkasa dalam hidupnya-p) engkau pergi ka-Majapahit (beliau melihat melalui firasat atau kasaf para wali-p), jangan tiada engkau berguru pada-nya, kerana saudara-ku itu banyak ilmu-nya daripada-ku, kerana ia dari kecil (sudah-p) bertapa (masuk suluk-p) tiada ia merasai dunia (tidak pernah buang masa berseronok mengikut hawa nafsu dan keduniaan-p)."

Mengikut Versi Tanah Melayu kajian mengenai sejarah Wali Songo memang benar Maulana Ishak (Aria Putera) mempunyai tiga beradik dari satu ibunya puteri Raja Melayu Campa `Wira Bhadrawarman` yang berkahwin dengan Sayyed Ibrahim Samarkandi yang disebut oleh orang Jawa Sayyidi Ibrahim Asmarakandi. Maka Raden Aria Sina ini namanya yang satu lagi ialah Ali Murtadho atau Sayyid Ali Murtolo sebutan orang Jawa. Ada pun Wirana Pura itu zaman 600 tahun lampau namanya disebut Ampeldenta (Wiranapura?-p) ialah nama kepada satu daerah di Surabaya iaitu yang mana di situ ada satu kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat perguruannya atau pasentren bagi Sunan Ampel (Sang Persanta Nala). Dalam sejarah beliau akhir menjadi menantu Betara Majapahit (Prabu Hayam Wuruk – Raja Brawijaya – berkahwin dengan puteri Dewi Candrowati atau Nyai Ageng Manila menjadikan beliau salah seorang pangeran yang biasanya dianugerah gelaran Raden oleh Raja – Sebab itu kemudiannya beliau dikenal dengan gelaran Raden Rahmat) bersama isterinya Dewi Candrowati. Wallahualam.

2. Guru Hang Tuah yang kedua ialah Sang Persanta Nala. Mengikut Hikayat Hang Tuah ialah seorang ahli pertapaan (ahli Suluk) yang sakti di Gunong Wirana Pura di Tanah Jawa iaitu saudara tua gurunya Hang Tuah iaitu Aria Putera di Bukit Panchalusa (Nama lain bagi beliau ini ini ialah Maulana Sayyid Ali Rahmatullah - atau Sunan Ampel – Raden Rahmat. Sebelum berpisah dengan Maulana Ishak adiknya yang membuang diri di Bukit Pancalusa, daerah Gunung Ledang Melaka mereka berdua telah berjaya mempeluaskan dakwah Islamiah dengan hebat sekali hingga ke Majapahit. Sunan Ampel atau Sang persanta Nalalah yang merancang penubuhan negara Islam pertama di Jawa yang berpusat di Demak – (lihat hujah yang sama saperti bahasan mengenai Aria Putera di akhir rencana ini). Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) kemudiannya berkahwin dengan puteri Majapahit bernama Puteri Nyai Ageng Manila dikurniai empat orang anak iaitu Sunan Bonang, Sunan Darajat (Kedua beradik ini menjadi anggota wali sembilan di Jawa penyambung usaha ayahandanya Sunan Ampel), Dewi Murtasiah dan Nyai Ageng Maloka. Wallahualam.

Pandangan Hang Tuah terhadap gurunya ini saperti berikut;

"Maka kata Laksamana `Baharu suatu penglihatan tuan-hamba, kerana baginda ini sangat sakti-nya dan tahu-nya`. Maka Laksamana dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajar oleh Sang Persanta Nala akan ilmu segala penjurit dan hulubalang, tetapi terlebih juga Laksamana, diajarnya pelbagai ilmu dan sharat hulubalang dan ilmu penjurit itu, kerana Laksamana, salama dudok di gunong itu, tiada ia tidur dan makan (puasa Bharata-makan bertih sahaja-p) dan tiada ia bercerai dengan Sang Persanta Nala itu, barang dipintanya oleh Laksamana diberinya oleh Sang Persanta Nala. Sang Persanta Nala pun terlalu suka dan kaseh akan Laksamana. Maka kata Sang Persanta Nala, `Ada pun ilmu penjurit dan ilmu hulubalang habislah (tamatlah) sudah, yang ada padaku ini hanyalah ilmu orang bertapa dan kesaktian juga." (MS.142)

Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu persilatannya tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;

"Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah." (Ms. 142-143)

3. Guru Hang Tuah Yang ketiga ialah seorang ulama dan ahli hikmat lagi wali iaitu Syeikh Mansur di Hulu Melaka. Seperti dialog ini;

"Maka Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun naiklah bertanya pada orang dusun itu, katanya, `Ka-mana perginya Laksamana itu?` Maka kata orang itu. `Ada berguru pada Sheikh Mansur namanya. Ada pun Laksamana itu diangkat anak oleh Sheikh itu."

"Maka sembah Laksamana, `Ya tuanku, hambamu pohon suatu alamat (pertandaan-p) dari tuanku tanda menjadi hamba ke bawah kadam (telapak kaki – bahasa merendah diri-p) tuanku`. Maka Sheikh Mansur pun mengambil mastulnya (kain ikat kepala yang berhikmat) yang burok (lama) itu lalu diberikan pada Laksamana. Maka kata Syeikh, `Ya anakku Laksamana, ada pun mastulku ini jika engkau berperang pakai olehmu." (Ms. 307)



PETIKAN AYAT YANG MENARIK PERHATIAN SAYA

"Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah." (Ms. 142-143)



Sedutan dari buku :
SENI SILAT MELAYU ASLI SERAMBI MAARIFAT
(Meneliti dari penceritaan pengarang Hikayat Hang Tuah)

( SEJARAH ) Kedatangan Imigeran Cina Ke Tanah Melayu

Posted: 03 Mar 2014 01:29 PM PST




Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang. 



Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran. 

Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain. 

Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini. 

Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu.

Kedatangan Buruh Cina 

Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi. 

Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan. 

Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.

Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. 

Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872. Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China. 

Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi. 

Sistem Pengambilan Kakitangan 

Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.

Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya. 

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi. 
Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya. 

Secara Berkumpulan (Foochow) 

Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak. 

Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.

Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

( SEMASA ) Nenek dibunuh, coli hilang

Posted: 03 Mar 2014 01:26 PM PST




INILAH rumah Wan Meriam diceroboh penjenayah di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu semalam.

TUMPAT - Seorang nenek maut tercekik gigi palsu apabila mulutnya disumbat kain tuala oleh penjenayah yang merompak coli berkocek tempat mangsa menyimpan wang di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu di sini semalam.


Mayat Wan Meriam Wan Mahmood, 85, ditemui pada pukul 3.30 pagi dalam keadaan tidak berbaju manakala kain sarung dipakai terselak di atas katil di bilik tidur rumahnya oleh cucunya Mohd. Faizal Abdul Samad, 30.

Lebih menyedihkan coli berkocek yang selalu dipakai mangsa ketika tidur turut hilang bersama barang kemas berupa rantai leher, gelang emas dan telefon bimbit miliknya.

Cerita Mohd. Faizal, dia bergegas pulang dari sebuah gerai makan selepas curiga menerima dua kali panggilan telefon neneknya pada pukul 3.20 pagi.

"Kali pertama saya tidak sempat jawab panggilan itu dan kemudian menerima panggilan kali kedua. Ketika saya jawab panggilan kedua, tiada siapa yang bersuara.

"Saya berasa sangat curiga kerana nenek tidak pernah menggunakan telefon tersebut untuk membuat panggilan dan hanya digunakan untuk menerima panggilan," cerita Mohd. Faizal ketika ditemui di sini semalam.
\



-SUMBER-

( FAKTA ) Perihal Orang MELAYU menurut Frank Swettenham

Posted: 03 Mar 2014 01:23 PM PST





Dalam karya beliau yang terkenal, " Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk " The Real Malay". Naskah " Malay Sketches" in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun.


Swettenham memulakan bab ini dengan menganjurkan bahawa untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka. Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu. Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language", selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi British yang menentang pengenalan "Malayan Union".


Bentuk Fizikal Orang Melayu

Orang melayu mengikut Swettenham, mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam lurus dengan kulit sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang melayu juga digambarkan mempunyai mata yang terang.


Keperibadian Orang Melayu

Orang Melayu pada amnya bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah. Swettenham juga menggambarkan orang melayu bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh. Orang melayu sangat cermat dan "terang hati" dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari.

Dari sudut kebersihan diri, kebanyakkan orang melayu zaman itu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas. Orang melayu juga mempunyai sikap dimana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut. Swettenham turut menyebut tentang sikap orang melayu yang memuliakan tetamu, ianya seakan satu kewajipan bagi orang melayu, tidak kira tinggi atau rendah darjat mereka, kaya atau miskin kehidupan mereka.

Orang melayu mempunyai bakat bersukan, malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan. Sebagai nelayan, orang melayu sangat berkemahiran hinggakan bermalam diatas bot sudah menjadi kelaziman.

Keperibadian Perempuan Melayu

Swettenham melihat wanita melayu sebagai bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita melayu juga peramah, walaupun adakalanya kuat cemburu. Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik. Wanita melayu yang dewasa juga menunjukkan citarasa mereka pada barangan mewah seperti kenderaan ( khusunya Kuda ). Malangnya citarasa pada kemewahan dan keindahan barangan ini tidak tergambar pada kediaman mereka yang tidak teratur.

Hal ehwal berumahtangga

Orang melayu lelaki yang kaya sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahupun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang. Walau bagaimanapun, setelah mereka berkahwin empat, lelaki melayu sering gagal menunaikan tanggungjawab mereka keatas para isteri mereka dengan seadilnya. Menurut Swettenham lagi, orang melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga.

Hidup Beragama

Orang melayu adalah muslim yang taat, malah sanggup diseksa demi mempertahankan kesucian agama islam. Walaupun begitu, mereka dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama. Menurut Swettenham, orang melayu tidak minum minuman yang memabukkan serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walaupun pada zaman itu perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang bisa dikalangan masyarakat biasa dan para pemimpin. Swettenham juga mengakui, ketaatan orang melayu dalam beragama menyebabkan kebanyakkan mubaligh kristian berputus ada dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu.


Sikap pada raja, bangsa dan Negara

Orang melayu dari kacamata Swettenham sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka, maka tidak hairanlah jika ada pepatah melayu " Biar mati anak, jangan mati adat". Orang melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. Tetapi budaya ini dilihat mulai terhakis, namun dalam beberapa keraian, ianya masih diamalkan, seperti sewaktu istiadat pertabalan raja, upacara pelantikan pegawai tinggi, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, upacara tindik telinga dan acara lain yang seumpamanya.

Sifat Buruk orang melayu

Dalam membicarakan perihal orang melayu, Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:

1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik

2) Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.

3) Suka mempercayai hal yang karut marut

4) Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya

5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan

6) Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.

7) Orang melayu tidak menghargai masa

8) Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor

9) Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

10) Orang melayu suka mengamok

11) Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.

12) Orang melayu suka berpuak-puak

13) Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal
perkahwinan.

Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada diantara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur.


Khatimah

Namun apa yang digambarkan oleh Swettenham ini walau bagaimanapun terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau. Padangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah "Malay Sketches" terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham adalah pada sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak. Selain naskah "Malay Sketches"ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut menceritakan perihal orang melayu.

( FAKTA ) Disebalik Sejarah Kegemilangan bolasepak Malaysia

Posted: 03 Mar 2014 01:11 PM PST






FAKTA sebenar yang disembunyikan disebalik sejarah kegemilangan bolasepak kita seperti yg kita banggakan selama ini..mohon baca??

Benarkah Dekad 70-an Zaman Emas Bolasepak?

"Dulu zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, bolasepak Malaysia hebat tak macam hari ini."



Itulah ayat cliche yang wajib kedengaran daripada mulut golongan pakcik-pakcik dan abang-abang setiap kali menyampuk perbualan anak-anak muda mengenai bolasepak Malaysia hari ini. Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun. Kalau hendak tambah sedap, petiklah nama Santokh Singh, R. Arumugam atau mana-mana lagi pemain era 70-an yang lain.

Tidak kisahlah sama ada pakcik atau abang yang mendabik dada itu memang pernah menjejakkan kaki di Stadium Merdeka, atau sekadar menonton Mokhtar Dahari beraksi di televisyen sahaja, atau mereka sendiri sebenarnyapun tidak pernah mengikuti perkembangan bolasepak semasa dekad 70-an. Mungkin mereka sekadar tahu petik nama Mokhtar Dahari atau Soh Chin Aun sahaja kerana sebenarnya pada zaman tersebut mereka masih lagi menyusu ibu atau lebih berminat main guli.

Jadi adakah benar dekad 70-an merupakan zaman emas bolasepak negara?


Memang tidak dapat dinafikan bahawa satu-satunya peristiwa di mana kita bermain di Sukan Olimpik telah berlaku pada dekad 70-an: lebih tepat lagi pada tahun 1972. Selain itu, kita juga layak untuk ke Sukan Olimpik 1980 – di penghujung dekad 70-an, namun kita tidak bermain apabila memboikot edisi tersebut yang diadakan di Moscow.Prestasi terhebat pasukan era tersebut telah dipamerkan di pentas Sukan Asia. Kita berjaya merangkul pingat gangsa pada edisi 1974 di Tehran. Namun, adakah kita pernah memenangi apa-apa selain itu? Kita layak ke Piala Asia pada tahun 1976 namun kita tidak menang sebarang perlawanan. Akibatnya kita menduduki tempat ke-5 daripada hanya 6 pasukan yang bertanding. Ya, hanya 6 pasukan yang bertanding, sedikit bukan? Kita juga layak ke Piala Asia 1980 tetapi hanya berjaya menang satu perlawanan sahaja dan sekadar mendapat tempat ke-6 daripada 10 pasukan yang bertanding.

Tanpa apa-apa kejuaraan di peringkat Asia, maka adalah tidak betul untuk melabel Malaysia sebagai gergasi Asia di era 70-an. Jika ia tidak betul, maka ia satu pembohongan. Mungkin apa yang lebih tepat ialah menyatakan bahawa Malaysia MAMPU BERSAING dengan gergasi Asia pada dekad tersebut. 'Kemampuan bersaing dengan gergasi' dan 'menjadi gergasi' – ialah dua perkara yang sama sekali berbeza.Kita juga perlu menerima hakikat betapa landskap bolasepak Asia pada dekad 70-an sangat berbeza daripada zaman sekarang. Di manakah gergasi-gergasi bolasepak Asia kini, pada dekad 70-an?

Jepun (ranking pertama Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan acara bolasepak Sukan Olimpik daripada edisi tahun 1972, sehinggalah tahun 1996.
2. Sebelum itu telahpun merangkul pingat gangsa Olimpik 1968 di Mexico City.

Australia (ranking ke-2 Asia)
1. Tidak bertanding di Asia. Hanya menyertai AFC pada 1 Januari 2006.

Iran (ranking ke-4 Asia)
1. Bolasepak sama sekali diabaikan selepas Revolusi 1979 dan Perang Iran-Iraq (1980-88).
2. Sebelum itu menang Piala Asia 3 kali berturut-turut pada edisi 1968, 1972 dan 1976.China (ranking ke-5 Asia)
1. Menarik diri daripada keahlian FIFA pada 1958 sebelum menyertai semula pada tahun 1979.

Uzbekistan (ranking ke-6 Asia)
1. Masih lagi sebahagian daripada Soviet Union.

Iraq (ranking ke-7 Asia)
1. Tempat ke-4 Piala Asia 1976. Tidak menyertai Piala Asia selepas itu sehinggalah edisi 1996.

Jordan (ranking ke-8 Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sebelum tahun 1986.
2. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1976 sehingga 1980.

Arab Saudi (ranking ke-9 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1956 sehinggalah 1972.
2. Menarik diri daripada Piala Asia 1976.
3. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sehinggalah tahun 1978.
4. Liga bolasepak tempatan hanya mula dianjurkan pada tahun 1976.

Kuwait (ranking ke-10 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia sehinggalah tahun 1972.
2. Walaupun tiada pengalaman, namun berjaya menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1976 sebelum menjuarai edisi 1980.

Nampaknya rata-rata kuasa besar bolasepak Asia, yang menghuni ranking 10 ke atas pada masa kini, sedang menanggung kesan akibat peperangan dan pergolakan serantau pada dekad 70-an. Ini mengakibatkan persekitaran bolasepak tempatan mereka terencat selain pemboikotan sama sekali pertandingan-pertandingan bolasepak peringkat antarabangsa.

Malah, ada daripada kalangan gergasi Asia berkenaan yang tidak menyertai apa-apa pertandingan pada era tersebut: China hanya menyertai FIFA pada akhir dekad 70-an, Australia belum berada dalam naungan AFC dan Uzbekistan sama sekali belum wujud sebagai sebuah negara.

Jika kesemua gergasi-gergasi bolasepak Asia ini aktif bersaing pada dekad 70-an, yakinkah kita bahawa 'skuad zaman emas' masih mampu bersaing dengan mereka? Adakah 'skuad zaman emas' masih mampu mencapai sesuatu sekiranya Australia, China dan Uzbekistan menyertai pertandingan peringkat Asia pada era tersebut?

Adakah 'skuad zaman emas' masih mampu bersaing sekiranya Jepun, Iran, Iraq, Jordan dan Arab Saudi tidak menarik diri dan sebaliknya menyertai kesemua pertandingan peringkat benua Asia pada dekad 70-an?

Pada Sukan Asia 1970, 'skuad zaman emas' kita telah kalah dengan Myanmar (dahulu dikenali sebagai Burma) dan Kemboja (dahulu dikenali sebagai Republik Khmer). Pada Sukan Asia 1978, 'skuad zaman emas' kita dilaukkan oleh China 7-1. Kita, gergasi bolasepak Asia? Mungkin kita hanya boleh menjadi gergasi Asia pada zaman di mana 'gergasi-gergasi' bolasepak Asia yang lain ialah Myanmar dan Kemboja.Kita juga perlu terima hakikat bahawa pada dekad 60-an dan 70-an kita bukanpun wakil terbaik ASEAN di peringkat benua. Tatkala kita tidak pernah melangkah jauh dalam Piala Asia, Myanmar pernah menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1968. Malah Myanmar pernah merangkul pingat emas Sukan Asia dua kali berturut-turut pada tahun 1966 dan 1970.

Ketika negara-negara Asia lain masih terkial-kial untuk mengenali apa itu bolasepak, dua bekas koloni British yang menerima manfaat pendedahan awal daripada penjajah mereka: Myanmar dan Malaysia, telah mencuri kesempatan untuk menguasai arena bolasepak Asia yang masih mentah.

Kesempatan itu bagaimanapun, tidak akan kekal buat selama-lamanya. Kesempatan itu telah datang, dan kesempatan itu juga telah pergi. Namun, Myanmar sempat juga menjuarai pertandingan di peringkat benua Asia.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Jadi abang-abang dan pakcik-pakcik sekalian, mungkinkah lebih tepat sekiranya kita menganggap Myanmar sebagai pasukan yang lebih hebat daripada Malaysia pada era tersebut?

Atau adakah mereka sekadar bernasib baik?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories