RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Mayat wanita terbelah dua

Posted: 13 Mar 2014 06:30 PM PDT

Melbourne: Mayat seorang wanita yang terbelah dua ditemui di dua tingkat tempat letak kereta sebuah hotel di Australia semalam.
Polis dipanggil ke Bayview On The Park Hotel di Melbourne selepas pekerja pembersihan menemui bahagian bawah badan mayat wanita berkenaan di tingkat bawah tempat letak kenderaan pada jam 5 pagi semalam. 
Bahagian atas badan mayat wanita berkenaan kemudiannya ditemui di tingkat satu tempat letak kereta itu. 

"Saya terkedu ketika menemui mayat itu. Saya dan kebanyakan kakitangan menggigil. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti itu," kata pengurus hotel itu, Mathew D'Rozario

Mathew berkata mayat wanita itu kelihatan seperti berumur antara 25 hingga 30 tahun dan mempunyai "penampilan Asia".

Polis yang tiba kira-kira jam 6.30 pagi menutup kawasan itu bagi menjalankan siasatan. 

Jurucakap polis Victoria berkata, tiada keadaan yang mencurigakan mengenai kematian wanita itu. - Agensi
sumber : mymetro

Kaki mabuk cekik isteri

Posted: 13 Mar 2014 05:20 PM PDT

Shah Alam: Akibat sering berleter kerana tidak tahan dengan tabiat suaminya yang kaki mabuk selain sering bertengkar, seorang wanita ditemui mati selepas dia dipercayai dicekik suaminya dalam satu kejadian di Seksyen 7, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.30 pagi apabila mangsa yang juga wanita warga Indonesia berusia 43 tahun pada mulanya dikatakan ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas rumah oleh lelaki berkenaan.

Sumber berkata, bimbang melihat isterinya tidak bernyawa, suami mangsa berusia 46 tahun itu menghubungi ambulans untuk membawa isterinya ke hospital.
"Hasil siasatan lanjut dan berdasarkan keterangan yang diberikan suspek, polis mendapati ia hanya satu rekaan kerana anak pasangan itu mendengar ibu bapanya mereka bertengkar beberapa jam sebelum kejadian.

"Bedah siasat yang dijalankan pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mendapati mangsa mati akibat kegagalan bernafas dipercayai dicekik suspek memandangkan keadaan wajah wanita itu yang kebiruan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian dan penahanan suspek.
sumber : mymetro

Gila ....Demi Ototnya Jadi Begini, Lelaki ini Suntikan Minyak di Lengannya

Posted: 12 Mar 2014 09:25 PM PDT

Lelaki asal Brasil, Arlindo de Souza memiliki otot bisep berdiameter 73 cm. Lelaki yang dijuluki "The Mountain" ini menyuntikkan minyak dan alkohol pada lengannya agar terlihat berotot.

Otot bisep yang dihasilkan oleh lelaki berusia 43 tahun ini bukan dari latihan fisik bertahun-tahun, melainkan dari hasil menyuntikkan minyak dan alkohol ke tangannya.

Cairan minyak dan alkohol itu diserap oleh tubuh dan dapat memberikan tampilan otot yang besar. Namun, cara ini dapat menyebabkan infeksi yang mengerikan dan lengan beberapa orang yang melakukannnya dapat diamputasi, bahkan dapat menyebabkan kematian.

"Anda menyuntikkan cairan itu dan otot Anda menjadi membesar tanpa harus melatih fisik Anda di gym," kata Arlindo. Demikian dilansir Mirror, Rabu (12/3/2014).

"Setiap kali aku melakukannya, maka saya ingin lebih besar lagi dan lagi. Bagi saya tidak ada batasnya," tambah lelaki yang tinggal di Olinda, Brasil, ini.

Arlindo menyuntikkan cairan berbahaya ini ketubuhnya sebanyak tiga kali dalam seminggu selama dua bulan untuk mencapai tampilan otot bisepnya yang sempurna. Cara yang membahayakan tubuhnya ini ia lakukan untuk menarik perhatian lawan jenis dan juga di depan saingannya.

"Saya menggunakan jarum suntik dan menyuntikkannya di lengan saya, kemudian tangan saya membesar. Terus terang, saya tidak merasakan apa-apa. Saya hanya sedikit pusing, tapi tidak ada selain itu," ungkap Arlindo.

Ramuan minyak yang dipakai Arlindo diyakini mengandung sebahagian besar mineral, yang mirip dengan baby oil tapi tidak diberi wewangian, dan jumlah yang lebih kecil dari alkohol dan obat bius.

Sayangnya ramuan berbahaya ini sangat mudah diperoleh kerana dapat dibeli secara online atau di farmasi yang tidak berdaftar di Brasil.  (ade)







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories