RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Pose dengan Dipukul Kayu Golf, Model Seksi Tuntut Playboy

Posted: 17 Mar 2014 09:00 PM PDT

Ingin tetap profesional, tapi malah berhujung petaka, itulah yang dialami model Elizabeth Dickson. Elizabeth pun menuntut Playboy kerana setelah diminta menjadi model untuk pengamabaran di lapangan golf, punggungnya memar parah.

Tuntutan dilayakan Elizabeth ke pihak Playboy Enterprises atas kejadian yang dialaminya di acara Playboy Golf Finals, California, pada March 2012. Saat itu dia diundang untuk ikut memeriahkan acara tersebut.

Saat acara berlangsung, model seksi ini diminta melakukan pose untuk sesi pemotretan dengan DJ Kevin Klein. Dalam laporannya ke pengadilan, Elizabeth menulis, fotografer kemudian menyuruhnya berbaring  dengan bagian punggung sedikit terbuka. Sebuah bola golf lalu diletakkan di atas punggungnya.

Setelah itu, DJ Kevin Klein seharusnya berdiri di dekat Elizabeth sambil memegang stick golf. Namun rupanya sang DJ tidak mengikuti permintaan sang fotografer. "Dia mengayunkan sticknya dan memukul punggung Elizabeth sehingga menyebabkan luka," begitu tertulis di tuntutan sang model pada Playboy, seperti dikutip Mirror.

Akibat pukulan kayu golf di punggungnya itu, Elizabeth mengaku mengalami beberapa luka dan ada yang luka tersebut kekal. Dia juga kehilangan pendapatannya kerana tidak boleh bekerja dengan keadaan punggung yang memar parah hingga berwarna ungu kebiruan.

Model 28 tahun itu pun menuntut Playboy Enterprises sebesar US$ 500 ribu. Dia juga menuntut pembayaran ganti rugi atas pengeluarannya untuk mengubati lukanya. Juru bicara Playboy belum memberikan komennya mengenai tuntutan ini

Adakah kita seperti carrot,telur atau kopi?

Posted: 17 Mar 2014 08:00 PM PDT

Masalah dapat terjadi setiap saat. Apabila kita tidak punya wang itu masalah. Kita kaya juga masalah, kerana kekayaan itu harus dipertanggung jawabkan. Jadi, hidup itu tidak akan lepas dari masalah. Nah, saat mengalami masalah, reaksi orang itu berbeza-beza. Ada yang diibaratkan seperti carrot, telur, dan kopi.

Apa maksud dari carrot, telur, kopi tersebut? Berikut penjelasannya.

Seorang wanita yang baru saja menikah, datang ke ibunya dan mengeluh soal tingkah laku suaminya. Setelah majlis pernikahan, baru ia tahu karakter asli sang suami keras kepala, suka bermalas-malasan, boros, dsb. Wanita muda itu berharap orang tuanya ikut menyalahkan suaminya.

Namun betapa terkejutnya dia kerana ternyata ibunya diam saja, bahkan sang ibu kemudian malah masuk ke dapur, sementara anaknya terus bercerita dan mengikutinya.

Sang ibu lalu memasak air. Setelah sekian lama, air mendidih. Sang ibu menuangkan air panas mendidih itu ke dalam 3 gelas yang telah disiapkan. Di gelas pertama ia masukkan telur, di gelas kedua ia masukkan carrot. Dan di gelas ketiga ia masukkan kopi. Setelah menunggu beberapa saat, ia mengangkat isi ke-3 gelas tadi, dan hasilnya:

Carrot yang keras menjadi lunak, telur yang mudah pecah menjadi keras, dan kopi menghasilkan aroma yang harum. Lalu sang ibu menjelaskan:

"Nak, masalah dalam hidup itu bagaikan air mendidih. Namun, bagaimana sikap kitalah yang akan menentukan impaknya.

"Kita boleh menjadi:

1. Lembek seperti carrot.
2. Mengeras seperti telur.
3. Atau harum seperti kopi.

"Jadi, carrot dan telur bukan mempengaruhi air. Mereka malah berubah oleh air. Sementara kopi malah mengubah air dan membuatnya menjadi harum. Dalam tiap masalah, selalu tersimpan mutiara yang berharga. Sangat mudah untuk bersyukur saat keadaan baik-baik saja, tapi apakah kita dapat tetap bersyukur saat kita ditimpa masalah?

"Ada tiga reaksi orang, saat masalah datang, iaitu:

1. Ada yang menjadi lembek, suka mengeluh dan mengasihani diri sendiri.
2. Ada yang mengeras, marah dan menyalahkan pihak lain.
3. Ada yang justru semakin harum, menjadi semakin kuat dan bijaksana." [st]

Paksa jalin hubungan sulit jika ingin kerja

Posted: 17 Mar 2014 07:00 PM PDT

Riyadh: Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 1,500 sebatan ke atas seorang lelaki India yang didapati bersalah memaksa gadis tempatan mengadakan hubungan sulit dengannya jika mahukan pekerjaan.
Pihak defendan memberitahu mahkamah dia akan merayu terhadap hukuman itu manakala pendakwa berkata mereka akan menuntut hukuman yang lebih berat dikenakan. 
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki itu terbukti menjalinkan hubungan sulit dengan ramai gadis dan menghantar gambar lucah ke telefon bimbit mereka. 

Dia juga dituduh menggunakan kereta mewahnya untuk membawa gadis berkenaan ke "tempat kerja" mereka. - Agensi
sumber : mymetro

Profesor, pembantu tiduri 85 pelajar

Posted: 17 Mar 2014 06:00 PM PDT

Kaherah: Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.
Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah. 
Akbar tempatan semalam melaporkan, polis berjaya memasang CCTV di kediamannya bagi mengesahkan laporan yang dibuat beberapa pelajar mengenai ugutan yang dilakukan profesor itu ke atas pelajar perempuan Universiti Ain Shams. 

Menurut polis, profesor berkenaan menafikan dakwaan itu tetapi kebanyakan mangsa mengaku diberikan jawapan untuk peperiksaan sebagai balasan mengadakan hubungan seks dengannya. - Agensi
sumber : mymetro

Mamat parang panjang

Posted: 17 Mar 2014 05:00 PM PDT

Kangar: "Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya ternampak dia berlari sejurus dikejar seorang lelaki sebelum terjatuh akibat libasan parang di belakang badan dan kepalanya," kata Tan Ong An, 17, selepas rakannya cedera parah akibat dilibas dengan parang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Ong An bersama mangsa Cheng Chin Shin, 32, berada di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Raja Syed Alwi, di sini. 
Ong An berkata, kedua-duanya yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta berdekatan pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal menuju ke arah mereka. 

"Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turun dari motosikal membawa sebilah parang panjang sebelum menuju ke arah Chin Shin. Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya sempat melihat rakan melarikan diri apabila suspek mengejarnya.
Foto
CHIN Shin parah di bahagian kepala dan terpaksa menerima lebih 20 jahitan apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali.

"Saya melihat rakan rebah selepas dilibas parang di belakang badan dan kepala sebelum suspek melarikan diri menaiki sebuah motosikal Honda Wave," katanya di sini, semalam.
sumber : mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories