RSS

Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Khir Toyo yakin Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail Akan Menang Besar!

Posted: 14 Mar 2014 10:13 AM PDT


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo meramalkan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail akan menang besar dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 21 Mac ini.

"Saya jangka undi Dr Wan Azizah akan bertambah kerana pengundi PKR tidak berubah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding atau tidak.

"Situasi sokongan pengundi Kajang juga tidak menyebelahi BN. Pengundi Umno adalah golongan tua ini bermakna ada yang sudah meninggal dunia atau pun sakit.

"Manakala orang masih memerhati MCA ekoran baru memilih pucuk pimpinan, Gerakan pula tidak banyak pengaruh," katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR tetapi turut dikenali dengan panggilan Kak Wan menghadapi Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun dalam sangan satu lawan satu di DUN Kajang.

Dr Mohd Khir juga mendakwa, kempen Umno masih lagi berkisar kepada penyokong mereka sahaja dan beliau mencadangkan supaya petugas parti itu.

"Mereka perlu keluar dari kepompong ini," tegasnya.

Beliau juga menjelaskan sokongan orang muda tidak menyebelahi BN apatah Kajang ini mempunyai beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

"BN kena mendapatkan pengundi muda," katanya lagi.

Bekas Pengerusi BN Selangor itu menambah, faktor-faktor nasional juga mempengaruhi pilihan raya kecil Kajang. -sumber-

Raja Bomoh: Khairy Ni Gila, Saya Tampar Baru Tahu

Posted: 14 Mar 2014 09:50 AM PDT


Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

"Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

"Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu" jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut.

"Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan," katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

"Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.



Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

"Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

"Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.

Tompokan Minyak Ditemui Semalam Bukan Dari MH370

Posted: 14 Mar 2014 09:33 AM PDT


SUDAH masuk hari ketujuh operasi mencari lokasi di mana pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijalankan dan sehingga kini masih tiada petunjuk kukuh tentang di mana pesawat itu berada.

MH370 hilang selepas terputus hubungan dengan radar menara kawalan di Subang pada awal pagi Sabtu setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat menemui dua lagi tompokan minyak di Laut China Selatan kira-kira 60 batu nautika dari lokasi terakhir MH370 dikesan radar iaitu laluan di kepulauan Igari.

"Semalam, pasukan mencari menemui dua tompokan minyak di Laut China Selatan, arah selatan dari titik terakhir MH370 dikesan.. Tompokan pertama sudah dianalisis dan didapati mengandungi jumlah kecil bahan api pesawat.

"Tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan berkenaan, kami yakin tompokan minyak itu bukan dari pesawat MH370.

"Tompokan kedua juga dianalisa dan didapati ia tidak mengandungi sebarang kesan ia adalah bahan api pesawat," kata beliau dalam sidang media hari ini di Hotel Sama-Sama di Sepang hari ini.

Usaha mencari dan menyelamat kini melibatkan Malaysia bersama 13 buah negara yang sudi menggunakan aset mereka untuk membantu mencari pesawat yang dalam penerbangan ke Beijing dan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata operasi itu kini digiatkan dengan 57 buah kapal dan 48 buah pesawat dari pelbagai negara menjadikan ia operasi mencari dan menyelamat antara yang terbesar pernah dijalankan.

Operasi mencari dan menyelamat kini turut diperluaskan ke kawasan Lautan Hindi kerana petunjuk baru yang diperolehi oleh pasukan operasi dari Amerika Syarikat di sekitar kawasan itu.

Mereka menghantar kapal USS Kidd untuk meninjau petunjuk itu.

"Berdasarkan kemungkinan pesawat berkenaan itu berpatah balik seperti yang dimaklumkan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud pada Sabtu lepas, bagaimanapun sehingga kini informasi berkenaan tidak dapat disahkan seratus peratus sebagai pesawat MH370.

"Disebabkan kemungkinan itu, pihak kami memperluaskan kawasan mencari ke Selat Melaka dan Laut Andaman," katanya. – MYNEWSHUB.MY

Kontroversi Tidak Jejas Karier Johan As'ari

Posted: 14 Mar 2014 09:29 AM PDT


Pelakon Johan As'ari memberitahu kontroversi yang melandanya ekoran memutuskan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin pada akhir tahun lalu tidak menjejaskan kariernya dalam bidang lakonan.

Johan, 29, berkata, kontroversi tersebut tidak ada kena mengena dengan kerjaya seninya dan perjalanan kariernya berjalan seperti biasa.

"Kontroversi tidak menjadi ukuran kepada rezeki yang saya terima kerana ia adalah daripada Allah dan saya bersyukur walaupun nama tercalar dengan pelbagai cerita yang kurang enak namun perjalanan karier saya masih baik," katanya kepada mStar Online

Pada 29 November tahun lalu, Johan melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.

Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.

Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarganya.

Dalam pada itu, Johan memberitahu, setakat ini kariernya berjalan lancar malah memberitahu jadualnya padat dengan pelbagai tawaran lakonan sehingga Jun depan.

Jelas Johan, itu membuktikan pihak produksi tidak memandang kepada kontroversi sebaliknya mempercayai bakat dan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

"Saya yakin pihak produksi lebih memberi tumpuan kepada bakat seseorang pelakon dan bukannya kontroversi yang dialami oleh seseorang artis.

"Apa yang lebih penting saya lunaskan semua tanggungjawab yang diberikan sebaik-baiknya," jelasnya.

Zatul Reda Keputusan Mohd (Mentor) Bebas Tuduhan Rogol

Posted: 14 Mar 2014 09:28 AM PDT


Peserta program realiti tv Mentor musim keenam, Zatul mengakui terkejut dengan kenyataan Juara Mentor keempat iaitu Mohd yang mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol.

Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25, bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai perkara tersebut dan reda sekiranya keputusan berpihak kepada bekas teman lelakinya itu.

"Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini.

"Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 28, menerusi sebuah portal mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol bekas teman wanitanya, Zatul.

Keputusan tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis dan ia boleh dirujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika disabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.

Sementara itu, Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) berharap, selepas ini tiada lagi mana-mana pihak media menghubunginya bagi mengulas isu tersebut.

"Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian.

"Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah," ujarnya.

Isteri Hisyam Hamid Nafi Kawal Kerjaya Suami

Posted: 14 Mar 2014 09:25 AM PDT


Isteri kepada pelakon dari Singapura, Hisyam Hamid terkejut apabila dituduh sebagai seorang yang sukar dibawa berbincang hal berkaitan kerjaya suaminya dan bersikap 'lebih sudu dari kuah'.

Rosmawati Hanafi, 33, berkata, dia tidak pernah cuba mengawal kerjaya suaminya malah segala keputusan yang dilakukan sebagai seorang pengurus adalah menerusi perbincangan dengan Hisyam.

"Saya sendiri terkejut apabila isu ini ditimbulkan kerana sepanjang menguruskan kerjaya suami di Malaysia saya cuba berurusan dengan semua pihak sebaik mungkin.

"Jika ada sesuatu tawaran yang tidak dapat dipenuhinya saya akan tolak secara baik bagi pihak Hisyam malah meminta maaf kerana tidak dapat bekerjasama," katanya kepada mStar Online

Rosmawati ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge di sini, Rabu.

Program yang memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu turut menampilkan barisan artis seperti Hisyam Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani.
Ia bakal bersiaran setiap Jumaat pada pukul 6 petang bermula 28 Mac ini.

Bagaimanapun kata Rosmawati, dia tidak berkecil hati atau pun tertekan dengan gosip berkenaan kerana ia adalah lumrah biasa dalam dunia hiburan.

Dalam pada itu, Hisyam, 29, berkata, dia tidak mahu membebankan fikirannya dengan laporan negatif tersebut kerana ia tidak benar seperti didakwa.

Jelas Hisyam yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose berkata, tujuan utamanya datang ke negara ini adalah untuk melebarkan sayap sebagai pelakon dan bukannya menimbulkan masalah kepada orang lain.

"Susah sebenarnya hendak memuaskan hati semua orang dan saya juga tidak berharap semua orang akan suka dengan diri kita. Tujuan saya datang ke sini adalah untuk berlakon dan gosip yang timbul hanya salah faham," katanya.

Sementara itu, Hisyam berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk melantik pengurus lain ekoran gosip berkenaan kerana lebih selesa bekerjasama dengan isterinya sendiri.

Kata Hisyam, walaupun Rosmawati menguruskan kerjayanya dari Singapura namun dia melakukan tanggungjawab dengan baik selain sering berbincang tentang tawaran yang diterima.

"Satu perkara yang mungkin orang salah faham adalah semua keputusan saya yang buat apabila saya terima sesuatu tawaran dan bukannya Rosmawati.

"Perkara itu hanya salah faham dan tiada sebarang sebab mengapa saya perlu melantik orang lain untuk menguruskan kerjaya seni saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Singapura berjudul Di Luar Garisan Cinta musim kedua sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk projek seterusnya.

Malah kata Hisyam dia juga bakal memasuki set penggambaran filem Sinaran bersama Neelofa dan Lisa Surihani arahan Osman Ali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories