RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Maya Karin Tunda Pelancaran Album Kerana MH370

Posted: 13 Mar 2014 04:32 AM PDT


Maya yang kini berada di London berharap semua pihak mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 selamat.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Maya Karin mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album pertamanya bersama syarikat rakaman Warner Music pada 25 Mac ini bagi menghormati insiden kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Sabtu lalu.

Maya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakamannya memberitahu, dia telah berbincang dengan pihak pengurusannya itu agar majlis berkenaan ditangguhkan pada bulan April.

"Saya berasa amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita kejadian itu dan bersimpati kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

"Atas dasar menghormati insiden berkenaan saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album dan persembahan khas yang sepatutnya berlangsung pada akhir bulan ini kepada 1 April depan," katanya. 
Pada 8 Mac lalu, MAS mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12,41 pagi.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777 -200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat yang membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Maya yang kini berada di London memberitahu dia mendapat tahu mengenai perkara berkenaan selepas menonton berita dan berharap semua pihak dapat mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 selamat.

Isteri Hisyam Hamid Nafi Kawal Kerjaya Suami

Posted: 13 Mar 2014 04:30 AM PDT


Rosmawati tidak berkecil hati atau pun tertekan dengan gosip berkenaan kerana ia adalah lumrah biasa dalam dunia hiburan. 
PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon dari Singapura, Hisyam Hamid terkejut apabila dituduh sebagai seorang yang sukar dibawa berbincang hal berkaitan kerjaya suaminya dan bersikap 'lebih sudu dari kuah'.

Rosmawati Hanafi, 33, berkata, dia tidak pernah cuba mengawal kerjaya suaminya malah segala keputusan yang dilakukan sebagai seorang pengurus adalah menerusi perbincangan dengan Hisyam.

"Saya sendiri terkejut apabila isu ini ditimbulkan kerana sepanjang menguruskan kerjaya suami di Malaysia saya cuba berurusan dengan semua pihak sebaik mungkin.

"Jika ada sesuatu tawaran yang tidak dapat dipenuhinya saya akan tolak secara baik bagi pihak Hisyam malah meminta maaf kerana tidak dapat bekerjasama," katanya kepadamStar Online.

Rosmawati ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge di sini, Rabu.

Program yang memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu turut menampilkan barisan artis seperti Hisyam Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani.
Ia bakal bersiaran setiap Jumaat pada pukul 6 petang bermula 28 Mac ini.
Hisyam Rosmawati
Hisyam tidak berhasrat untuk mencari pengurus lain dan lebih senang isterinya menguruskan kerjaya seninya di Malaysia.

Bagaimanapun kata Rosmawati, dia tidak berkecil hati atau pun tertekan dengan gosip berkenaan kerana ia adalah lumrah biasa dalam dunia hiburan.

Dalam pada itu, Hisyam, 29, berkata, dia tidak mahu membebankan fikirannya dengan laporan negatif tersebut kerana ia tidak benar seperti didakwa.

Jelas Hisyam yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose berkata, tujuan utamanya datang ke negara ini adalah untuk melebarkan sayap sebagai pelakon dan bukannya menimbulkan masalah kepada orang lain.

"Susah sebenarnya hendak memuaskan hati semua orang dan saya juga tidak berharap semua orang akan suka dengan diri kita. Tujuan saya datang ke sini adalah untuk berlakon dan gosip yang timbul hanya salah faham," katanya.

Sementara itu, Hisyam berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk melantik pengurus lain ekoran gosip berkenaan kerana lebih selesa bekerjasama dengan isterinya sendiri.

Kata Hisyam, walaupun Rosmawati menguruskan kerjayanya dari Singapura namun dia melakukan tanggungjawab dengan baik selain sering berbincang tentang tawaran yang diterima.

"Satu perkara yang mungkin orang salah faham adalah semua keputusan saya yang buat apabila saya terima sesuatu tawaran dan bukannya Rosmawati.

"Perkara itu hanya salah faham dan tiada sebarang sebab mengapa saya perlu melantik orang lain untuk menguruskan kerjaya seni saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Singapura berjudul Di Luar Garisan Cinta musim kedua sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk projek seterusnya.
Malah kata Hisyam dia juga bakal memasuki set penggambaran filem Sinaran bersama Neelofa dan Lisa Surihani arahan Osman Ali.

Dua Pelakon Drama Kesal Nama Digugur Saat Akhir

Posted: 13 Mar 2014 04:28 AM PDT

Qazem dan Elly bersama-sama Presiden Karyawan iaitu Datuk Freddie Fernandez pada majlis sidang media yang diadakan pada petang Rabu. Turut hadir adalah pelakon Radhi Khalid dan Ezany. 
PETALING JAYA: Dua pelakon iaitu Qazem Nor dan Elly Azman kesal dengan tindakan beberapa produksi drama tempatan yang menyingkirkan nama mereka pada saat-saat akhir sebelum penggambaran berlangsung.

Qazem, 41, berkata, pihak produksi sering menggunakan alasan sama iaitu nama mereka tidak dipersetujui pihak stesen walhal mereka baharu sahaja menerima tawaran dengan stesen televisyen yang sama.

"Ini bukan perkara baharu tetapi sudah seringkali terjadi kepada saya dan kawan-kawan artis yang lain, sehingga sekarang ia menjadi seperti satu perkara biasa.

"Bagaimanapun ia harus diselesaikan segera kerana ia menjejaskan periuk nasi kami apabila terpaksa menolak tawaran lain untuk fokus kepada drama tersebut sebaliknya disingkirkan di saat akhir," katanya kepada mStar Online.

Qazem dan Elly ditemui pada satu sidang media yang dianjurkan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), di Plaza Damansara, di sini, Rabu.

Tambah Qazem, produksi drama tempatan tidak melalui prosedur yang betul ketika membuat tawaran kepada pelakon menyebabkan perkara itu terjadi.
Qazem dan Elly
Qazem dan Elly mengakui kejadian seperti itu sudah beberapa kali terjadi kepada mereka.

Sementara itu, bagi Elly Azman, kejadian tersebut turut menjejaskan reputasi dan emosinya sebagai pelakon.

"Kami tidak tahu laluan mana untuk mengadu masalah ini malah kami juga tidak mahu pihak produksi meyenarai hitamkan nama kami dan tidak panggil kami langsung untuk drama mereka.

"Namun tindakan mereka itu memberi masalah kepada kami terutamanya yang menjadikan lakonan sebagai kerjaya utama.

"Jika benar pihak stesen televisyen tidak setuju dengan nama kami, mereka seharusnya memberitahu perkara itu lebih awal," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez akan mengadakan satu perbincangan dengan beberapa pihak dan persatuan penerbit bagi mencari penyelesaian masalah ini.

Katanya, satu kontrak ringkas akan dicadangkan untuk diguna pakai kepada semua ahli persatuan seandainya mendapat sesuatu tawaran.

"Kita akan cuba menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan akan mengaturkan perbincangan dengan beberapa pihak dan persatuan penerbit," katanya.

Mon antara kerjaya dan rumah tangga

Posted: 13 Mar 2014 04:23 AM PDT


MOMEN tercetusnya perkenalan antara Mon dan Hasrul melalui proses yang agak melucukan tetapi penuh nostalgia.


KOMPLOT dan berahsia bukan prioriti Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee. Ada seperkara yang dipegangnya untuk terus berahsia - tarikh perkahwinan.
Cukup baginya bercerita mengenai perihal perancangan, mahligai cinta idaman dan sinergi hidupnya dengan jejaka bernama Mohd. Hasrul Ali yang telah dikenalinya dua tahun lalu.
Jelas pendukung nama komersial Mon Ryanti, 26, ini biar tarikh itu menjadi tanda tanya buat masa sekarang kerana khuatir perancangan tidak melepasi ekspektasi yang diharap.
"Takut kalau terlalu teruja sampai bercerita semua perkara nanti tidak menjadi. Alhamdulillah, perancangan ke arah gerbang perkahwinan itu meliputi 40 peratus dan majlis itu insya-Allah akan berlangsung pada bulan September.
"Majlis pertunangan kami pula akan diadakan pada bulan Jun nanti di kampung saya di Johor Bahru, Johor dalam suasana sederhana saja," kata Mon membumi.
Mon yang hadir pada sesi fotografi eksklusif di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, dia menginginkan sebuah perkahwinan yang bertemakan gaya Inggeris dan dihiasi bunga-bunga hidup.
"Saya sukakan tema Inggeris kerana ringkas tapi menawan. Pada masa sama, saya membayangkan majlis perkahwinan saya nanti akan dihiasi dengan warna lavender kerana itu warna kegemaran saya.
"Dalam perancangan kami, majlis nikah akan diadakan di Johor Bahru (Johor) manakala majlis resepsi akan turut diadakan di Kuala Lumpur (rumah pengantin lelaki)," tambahnya.
Menangis
Pasangan itu telah menghadiri kursus perkahwinan sekitar awal bulan Februari lalu selepas Hasrul, 26, melamar Mon pada hujung bulan Januari.
"Memang semuanya berjalan pantas sampai saya tidak terduga akan berkahwin dalam masa terdekat. Padahal, adik perempuan saya lebih dahulu dirancangkan bertunang sebelum saya.
"Hasrul melamar saya dalam kereta ketika kami hendak keluar makan malam di Subang Jaya. Jom kahwin katanya, kemudian saya membisu dan tidak memberikan sebarang respons kepadanya sama ada bersetuju atau tidak.
"Selepas dua hari saya berfikir panjang, saya menelefon mama saya memberitahu akan perkara itu. Ketika itu saya menangis tanpa henti," cerita Mon.
Hasrul merupakan kenalan rapat abang Mon dan perkenalan bermula dua tahun lalu apabila jejaka itu berpura-pura mahu membeli kuih raya yang dijual pelakon filem Keramat itu.
"Dia kawan abang saya dan pada awalnya dia sangka saya kekasih abang saya. Ketawa besar saya dibuatnya. Malah, dia juga tidak tahu latar belakang saya sebagai pelakon pada mulanya.
"Kemudian, dia stalk Facebook abang dan adik perempuan saya tetapi gagal sehinggaah dia menghubungi saya untuk menempah kuih raya. Sejak itu kami mula mengenali satu sama lain," ujar Mon yang melihat teman lelakinya sebagai seorang pemalu dan romantik.
Paranoid
Hasrul merupakan seorang ahli perniagaan dan anak pertama daripada lima beradik. Jejaka yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu, kata Mon, seorang yang memahami, menghormati keluarganya dan sentiasa ada ketika susah.
"Saya seorang wanita yang berdikari dan tidak suka susahkan orang tapi apabila dia ada di sisi, saya rasa selesa dan boleh berkongsi semua perkara.
"Kalau sebelum ini segala keputusan di tangan saya sendiri, selepas ini kami perlu banyak berbincang antara satu sama lain dan tanggungjawab saya pun lebih besar," jelasnya.
Sementara itu, kata Hasrul mengenai keperibadian Mon: "Walaupun karakternya gila-gila tapi dia membuatkan saya selesa bersama. Memang masa mula-mula tahu dia artis saya cuak tapi lama-kelamaan menjadi biasa dan terima dia seadanya."
Melihat fenomena 'saham' populariti artis di Malaysia yang akan merudum selepas berkahwin, jelas Mon, dia percaya pada ketetapan rezeki yang dikurniakan Allah.
"Rezeki ada di mana-mana dan saya mahu produser atau pengarah melihat bakat saya bukannya status. Insya-Allah, selepas berkahwin pun saya akan terus aktif dalam bidang seni, cuma mungkin akan sedikit terbatas.
"Mungkin menjadi trend di Malaysia kalau artis yang berkahwin akan kurang berlakon atau tidak sepopular zaman solo. Bagaimanapun, saya tidak paranoid terhadap perkara tersebut dan tiada masalah pun bagi saya," kata Mon.


Resipi tradisi sengkuang calit

Posted: 13 Mar 2014 04:18 AM PDT

SENGKUANG calit ini enak dimakan begitu sahaja.


SEKEPING sengkuang yang disapu sos calit pasti menambat selera sesiapa sahaja. Apabila dimamah, gabungan hidangan sengkuang bersama sos memberi rasa yang menyegarkan.
Kacang tanah yang ditumbuk halus ditabur di atas sengkuang yang disapu sos calit itu menambahkan lagi rasa makanan tradisi tersebut.
Dijual pada harga RM2 sekeping, kios kecil Old Time Sengkuang sering menjadi tumpuan pelanggan.
Pemiliknya, Amru Hisham Mohd. Arsad, 42, dan isterinya, Ameliza Abu Yazid, 39, merupakan dua tunjang utama yang giat mempromosikan hidangan sengkuang calit menerusi perniagaan francais Old Time Sengkuang.
Meminati sengkuang calit sejak di bangku sekolah, pasangan tersebut cuba untuk mempopularkan kembali makanan itu secara kecil-kecilan, enam tahun lalu.
Namun, pasangan itu mula serius kira-kira empat tahun lalu selepas berhenti kerja.
Amru Hisham memberitahu, cawangan pertama Old Time Sengkuang dibuka di tapak Uptown Puchong Permai, Puchong, Selangor mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan.

AMELIZA (tengah) bersama Falah Fitra Fitri (kiri) dan pelanggan mereka, Endera Faizal Abdul Khalil menunjukkan sengkuang calit di kios Old Time Sengkuang, Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor baru-baru ini.


"Bagi saya, sengkuang calit merupakan hidangan makanan yang mengimbau kenangan ketika era 1970-an dan 1980-an. Saya dan isteri telah melakukan penambahbaikan pada resipi sos sengkuang, Old Time Sengkuang untuk disesuaikan dengan cita rasa remaja masa kini," jelasnya juga merupakan salah seorang peserta dalam program bimbingan perniagaan francais Permodalan Nasional Berhad.
Resipi
Tambah Ameliza pula, dia mempelajari resipi pembuatan sos calit dan rojak daripada ibu saudaranya di Perak yang dipanggil Aminah.
Menurutnya, Aminah pernah menceritakan bahawa penduduk Tanah Melayu ketika di bawah jajahan Jepun sekitar tahun 1940-an sering menikmati sengkuang calit.
"Rekaan kios Old Time Sengkuang juga bercirikan gambar-gambar klasik orang dahulu menikmati hidangan sengkuang calit. Ia merupakan cara terbaik untuk mengembalikan nostalgia tersebut menerusi hidangan tradisi ini," jelas ibu kepada empat orang cahaya mata itu.
Dengan slogan Buat Sedap Sedap!!, Old Time Sengkuang menawarkan dua perisa sos iaitu sos calit asli istimewa berwarna merah dan sos rojak pedas. Pada harga sama, pelanggan juga boleh mencampurkan kedua-dua sos tersebut untuk hidangan sekeping sengkuang.
Sengkuang merupakan sayur-sayuran daripada spesies ubi. Sayur itu mengandungi pelbagai khasiat yang bertindak sebagai pelawas, menyejukkan badan dan baik untuk tenaga batin bagi orang lelaki.
AMRU HISHAM meletakkan sos pada sengkuang sebelum ditabur kacang tumbuk.


Cawangan
Old Time Sengkuang kini mempunyai 50 cawangan kios di sekitar Lembah Klang, Pahang, Perak dan sedang merancang meluaskan cawangan di Johor.
Selain itu, Old Time Sengkuang juga merupakan perniagaan pertama di negara ini yang memperkenalkan sistem francais penjualan sayur itu.
Seorang peniaga kios Old Time Sengkuang Calit di bulatan Universiti Tenaga Nasional, Bangi, Falah Fitra Fikri Mohamad Amin, 26, memberitahu, selain keuntungan yang berganda, perniagaan tersebut juga mudah dikendalikan.
"Peniaga yang berdaftar, akan diberikan peralatan perniagaan yang lengkap seperti kios mudah alih, sengkuang, sos dan peralatan dapur. Peniaga boleh memulakan perniagaan dengan segera asalkan mempunyai tapak yang sesuai untuk berniaga.
"Di tapak perniagaan saya, dianggarkan sebanyak 400 keping sengkuang calit habis dijual setiap hari. Selain sengkuang yang segar dan resipi sos, pelanggan juga menggemari kacang tumbuk yang rangup ditabur di atas sayur itu," jelasnya yang juga bekerja sebagai pemandu trak tunda.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories