RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kad Kahwin Syamsul & Syafiq Menyusul Dua Minggu Lagi

Posted: 04 Mar 2014 07:56 PM PST


Patimah dan suaminya, Yusof sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan dua anak lelaki mereka.
PETALING JAYA: Persiapan majlis resepsi anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq yang akan dilakukan secara serentak pada 18 April depan berjalan lancar dan hampir selesai.
Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, kad undangan akan mula diedarkan dalam tempoh dua minggu lagi.
"Alhamdulillah semuanya persiapan berjalan dengan lancar, tinggal beberapa perkara sahaja termasuk kad undangan yang masih belum siap lagi.
"Kad jemputan ditempah di Jakarta, Indonesia dan belum lagi sampai, Insya-Allah lagi dua minggu kita akan edarkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Syamsul dan Puteri Sarah bakal disatukan pada 8 Mac ini.
Tambah Fatimah, majlis menyambut tetamu akan diadakan secara sederhana di Dewan Perdana Felda dengan bertemakan putih dan merah jambu dengan busana rekaan Alia Bustamam.
Sementara itu majlis resepsi Puteri Sarah Liyana akan diadakan pada sebelah selepas akad nikah pada 8 Mac ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.
"Semasa hari pernikahan dan majlis resepsi pengantin perempuan nanti Syamsul hanya pakai jubah kerana dia yang minta untuk pakai pakaian itu.
"Manakala majlis menyambut menantu pula bertemakan warna putih dan merah jambu," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang penaja, kata Patimah, mereka tidak mengambil mana-mana penaja untuk majlis resepsi tersebut.
Manakala Syafiq dan Aiesyah akan bernikah pada 5 April 2014.
Perkara tersebut juga atas permintaan Syamsul yang mahu majlis berjalan dalam keadaan yang sederhana.
"Memang ada pihak yang mahu menaja majlis ini, namun Syamsul sudah beritahu awal-awal bahawa dia mahu majlis tersebut dilakukan oleh keluarga tanpa sebarang tajaan," katanya.
Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara kira-kira pada pukul 10 pagi.
Manakala, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

Norish Karman Tertarik Jadi Penyanyi Kerana Bayaran Tinggi

Posted: 04 Mar 2014 07:55 PM PST


Norish bersyukur undangan nyanyian yang diterimanya cukup banyak.
PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman memberitahu dia mahu menumpukan kepada bidang nyanyian kerana bayaran yang diterimanya dalam bidang itu lebih tinggi berbanding lakonan.
Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman, 39, berkata, selain bayaran yang dianggapnya berbaloi, masa untuk mengadakan persembahan juga tidak begitu panjang dan membolehkan dia pulang awal ke rumah untuk bersama anak-anaknya.
"Kadang-kala bayaran yang saya terima untuk mengadakan persembahan kurang daripada satu jam sama nilainya dengan berlakon dalam sebuah telefilem yang mengambil masa seminggu atau lebih untuk disiapkan.
"Alhamdulillah setakat ini undangan untuk mengadakan persembahan makan malam sentiasa ada dan saya semakin yakin bergelar penyanyi," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Norish, itu bukan bererti dia ingin meninggalkan bidang lakonan sebaliknya akan terus dengan kerjaya tersebut yang telah menaikkan namanya selama ini.
Malah katanya, banyak syarikat produksi ingin mengambilnya berlakon tetapi dia terpaksa memilih kerana bimbang diberi peranan sama seperti sebelum ini.
"Mana mungkin saya akan tinggalkan dunia lakonan tetapi saya akui kini lebih selektif kerana tidak mahu asyik membawa watak sama sehingga membuatkan penonton bosan," ujarnya.
Sementara itu, Norish berkata dia tidak peduli terhadap tanggap sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai penyanyi kerana undangan nyanyian diterima adalah bukti dia mampu menyanyi.
Kata Norish, nyanyian adalah sesuatu yang sudah lama diimpikannya dan dia mahu merealisasikan hasrat tersebut tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Norish berkata, dia sudah pun menyiapkan single terbaharunya dan akan mengadakan aktiviti promosi dalam masa terdekat.
Selain itu, dia juga turut sibuk menguruskan perniagaan katering yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

Rey (Suria FM Sabah) Tamatkan Zaman Bujang

Posted: 04 Mar 2014 07:53 PM PST


Rey mengakui perkahwinan mengubahnya menjadi seorang lelaki lebih baik berbanding sebelum ini.
PETALING JAYA:Penyampai radio Suria FM Sabah, Rey Kimara mengakui perkahwinannya dengan Valeria Veylo Paulus pada 1 Mac lalu telah mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang lebih baik.
Rey, 28, berkata, dia kini lebih bertanggungjawab dalam pelbagai perkara dan keluarga adalah keutamaannya selepas bergelar seorang suami.
"Saya berasa amat teruja apabila bergelar suami sehingga kadang-kadang saya tersasul memanggil nama isteri walaupun kami sudah sah sebagai pasangan.
"Komitmen saya semakin besar namun ia mengajar saya erti tanggungjawab dan keluarga adalah perkara utama kepada saya selepas berkahwin," katanya.
Pasangan mempelai mengayakan pakaian tradisi masyarakat Sabah ketika majlis resepsi mereka.
Rey dan Valeria, 27, melangsungkan perkahwinan di Gereja St. Thomas, Tuaran, Sabah dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran sanak saudara kedua-dua belah pihak.
Lebih istimewa Rey turut menyanyikan sebuah lagu dan bermain gitar ketika pengantin perempuan berarak masuk ke dalam gereja sebelum mereka disatukan.
Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malamnya di Dewan Datuk Sulaiman, Tuaran turut yang dihadiri oleh rakan penyampai Suria FM Sabah iaitu Obie serta rakan artis iaitu Felix Agus (AF3), Esther Applunius (One In A million), Marlenney Davreney, Ridah Malanjang dan Clarice John Matha.
Artis Sabah lain yang turut hadir adalah S.Welly Fabian William, Nobita Beatbox Jovita Robert, Ateng, LP Raphael Pinus, Othoe dan Papier Mache.
Rey dan Valeria mahu memiliki tiga cahaya mata.
Selain itu, Rey berkata, bagi memulakan kehidupan baharu bersama isteri, dia telah membeli sebuah rumah dan mengimpikan keluarga besar.
"Kami juga telah berpindah ke rumah baru dan mengimpikan empat orang cahaya mata. Harapan saya agar semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.
Rey merupakan penyampai bersama Farish Aziz dalam segmen Ceria Pagi Sabah di Suria FM Sabah.
Ia bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi khas buat pendengar di Sabah menerusi frekuensi 105.9 FM.

Air Mata Yusof Haslam Di Konsert 'Teaterikal Suara Kita'

Posted: 04 Mar 2014 07:52 PM PST


Awie dan Ziana Zain dalam babak filem 'Maria Mariana'.
KUALA LUMPUR: Produser filem Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Isnin lalu.
Yusof, 60, yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan.
"Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.
"Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu," katanya kepada mStar Onlineselepas menyaksikan persembahan pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Isnin lalu.
Ketiga-tiga pelakon itu mencetuskan fenomena apabila muncul dalam filem Sembilu danSembilu 2 serta beberapa filem lain terbitan Skop Productions sehingga berjaya mencatatkan kutipan boxoffice.
Erra Fazira dan Awie dalam salah satu babak alkonan semula filem 'Sembilu'.
Tambah Yusof, pada awalnya dia agak terkejut apabila diberitahu untuk mementaskan karya daripada filem-filem berkenaan.
Namun, setelah menonton hasil pementasan itu, dia percaya konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.
"Sebenarnya saya terkejut apabila diberitahu bahawa mereka bertiga ingin pentaskan semula filem-filem saya.
"Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan", ujarnya.
Sementara itu, Awie berkata, kejayaan pementasan tersebut menjadi bukti penyelesaian kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira.
Katanya, secara tidak langsung hubungan persahabatan mereka bertiga kembali terjalin seperti dahulu.
Ziana, Erra Fazira dan Awie dalam lakonan semula filem 'Maria Mariana'.
"Konsert ini menutup semua cerita dan kemelut antara saya dan Erra, di sini kami buktikan yang kami boleh jadi kawan baik dan melupakan masalah yang lalu," katanya.
Dalam pada itu, mengulas persembahan secara keseluruhan pada malam pertama itu, Awie berkata ada beberapa babak yang perlu diubah bagi memendekkan lagi tempoh masa.
Bagaimanapun, dia berpuas hati dengan persembahan dan reaksi penonton sepanjang 2 jam 30 minit konsert itu berlangsung.
Konsert Teaterikal Suara Kita dipentaskan dari 3 Mac sehingga 9 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.
Tiket pementasan itu dijual dengan harga RM79 sehingga RM499 boleh dibeli di kaunter Istana Budaya.

Hairul Azreen: Kikis imej 'mat jambu'

Posted: 04 Mar 2014 07:51 PM PST


  • Hairul Azreen IdrisHairul Azreen Idris

WALAUPUN sudah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2009, bintang filem Hantu Kapcai, Hairul Azreen Idris mengambil masa yang cukup lama untuk popular dan dikenali ramai.

Pun begitu, aktor muda itu tidak mudah berputus asa dalam mencari peluang dan kini penantiannya itu seolah-olah 'berbayar' apabila satu-persatu drama lakonannya mula ditayangkan sekali gus memberi impak yang besar buat dirinya.

Kata pelakon muda ini, semakin lama semakin ramai peminat mula mengenali dirinya seterusnya memberikan semangat baharu buat dirinya.

"Perjalanan saya tak semudah yang disangka. Saya pernah melalui saat-saat getir yang orang lain tak pernah tahu. Tapi saya bersyukur sebab perjalanan saya ini semakin lancar.

"Satu saja, saya anggap diri saya ini ibarat bintang. Bila hujan, kita langsung tak nampak. Kadang-kadang bila nampak bintang itu kita nampak satu saja bintang. Bintang itu yang bersinar.

"Jadi, tunggu masa. Mungkin sekarang ini baru nak timbul. Bila dah timbul nanti itu yang orang akan nampak. Saya harap macam itu," katanya ketika ditemui media di Kuala Lumpur, kelmarin.

Jelas bintang Misiku Kuza ini lagi, itu bukanlah satu perkara besar kerana dia lebih selesa untuk dikenali dengan bakat yang ada berbanding kontroversi untuk menaikkan nama.

"Sasaran saya adalah untuk menghiburkan orang. Alhamdulillah, setiap drama dan filem lakonan saya mendapat sambutan yang baik," katanya.

Namun begitu, Hairul mengakui dia agak sukar untuk mengikis imej 'mat jambu' yang dilabel kepadanya.

Meskipun begitu, pelakon muda ini tetap berusaha membawa watak yang lebih 'jantan'.

"Sebelum ini, saya adalah pelakon lagak ngeri atau 'stuntman'.

"Dek imej yang sebegitu menyebabkan ada pengarah yang tidak mahu memberikan watak lasak pada saya lantaran tidak mempercayai kebolehan saya.

"Tapi, bila saya menang Fear Factor, ramai mula membuka mata mereka," kata peminat sukan lasak ini.

Bagaimanapun, kata Hairul, atas sebab mahu mencabar dirinya, dia meluaskan lagi kerjaya lakonannya dengan menceburi bidang teater.

"Teater Bidasari menjadi landasan pertama saya untuk mencuba. Sepanjang saya berlakon teater, saya mendapat komen yang positif daripada peminat.

"Setakat ini, kebanyakan komen yang saya terima bertanya mengapa suara saya dalam keadaan serak ketika menjayakan pementasan.

"Ia terjadi kerana terlalu banyak menjerit disebabkan saya tidak sempat untuk mempelajari teknik-teknik tertentu dalam mengawal pergerakan suara kerana tidak cukup masa.

"Saya hanya berlatih untuk tempoh lapan hari sehingga ke hari pementasan," katanya yang mempunyai asas dalam seni tekwando.

Dalam perkembangan lain, Hairul baharu saja tamat penggambaran telemovie Bermulanya Di Sini untuk siaran TV Al Hijrah, April depan.


Sambut hari lahir di Barcelona

Pada masa sama, bintang Setia Hujung Nyawa ini juga bakal menyambut hari lahirnya yang ke-26 bersama-sama  peminatnya bermula 22 hingga 30 April depan di Barcelona.

Program ini adalah anjuran Crsytal Travel dan mendapat tajaan daripada Rafflesia dan Air France.

Selain Hairul, empat artis lain yang turut terlibat ialah Fahrain Ahmad, Kamal Adli, Miera Liyana dan Nur Fathia.

"Sebenarnya, Rafflesia ingin meraikan ulang tahun Air France yang jatuh pada 23 April. Kebetulan, tarikh hari lahir saya turut jatuh pada tarikh yang sama.

"Oleh itu, mereka beri keistimewaan kepada saya untuk memilih lokasi sekali gus menyambutnya bersama peminat-peminat saya," akuinya yang cukup teruja dengan pelawaan itu.

Katanya lagi, sambutan hari lahirnya itu akan di sambut di sekitar kawasan Stadium Barcelona selain berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak yang akan berlangsung.

Selain itu, peminat bertuah juga berpeluang ke La Sagrada Familia, La Bar Celoneta, La Plaza De Cataluna dan ke destinasi menarik lain.

"Ini merupakan sambutan yang pertama buat saya bersama-sama peminat. Tambahan pula ia disambut di Barcelona, destinasi impian saya dan paling menarik apabila Pengarah Rafflesia, Winnie Sin turut serta sekali.

"Tapi, penyertaan dibuka kepada siapa yang cepat dia dapat.

"Begitu pun, keutamaan saya adalah pada ahli kelab peminat saya," katanya.

Sehubungan itu, untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Mohamad atau Zubir di talian 0122707593 atau 0136347164.

Nasi Air 'Student' laku, RM1 sebungkus

Posted: 04 Mar 2014 07:45 PM PST


  • Nasi Air 'Student' laku, RM1 sebungkusSharifah menunjukkan Nasi Air 'Student' yang dijual dengan harga RM1 sebungkus.

RANTAU PANJANG – Seorang peniaga makanan di Zon Bebas Cukai masih mengekalkan harga rendah, meskipun banyak pihak lain berlumba-lumba menaikkan harga jualan.

Peniaga, Sharifah Rohnisa Syed Mahamchara, 52, berkata, memikirkan taraf hidup semakin tinggi, dia tidak sanggup membebankan pelanggannya dengan harga yang mahal.

Menurutnya, dia mula menjual Nasi Air 'Student' sejak tiga tahun lalu, berdekatan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi kerana pelanggannya ketika itu kebanyakannya murid sekolah.

"Ketika itu, memandangkan harganya yang rendah iaitu RM1 sebungkus, saya mampu menjual hampir 100 bungkus dalam masa sejam.

"Biarpun masa berlalu lebih tiga tahun, namun saya tidak berhajat mahu menaikkan harga Nasi Air 'Student' kerana kebanyakan pembeli adalah pelanggan tetap," katanya.

Melihat kepada sambutan luar biasa, Sharifah membuka satu lagi gerai dekat Kedai Syed Ali Qubra agar pengunjung di sini, dapat merasa juadah yang juga popular di Thailand.

Menurutnya, di Thailand bubur nasi dikenali sebagai 'Joke' dan hanya boleh didapati ketika bersarapan.

Berbeza dengan suasana di negara ini, Sharifah berkata, sajian ini banyak diambil ketika makan tengah hari sehingga lewat petang.

CCTV rakam aksi pecah masuk

Posted: 04 Mar 2014 07:36 PM PST


  • CCTV rakam aksi pecah masuk pusat latihan komputerAntara aksi penjenayah yang didakwa memecah masuk pusat latihan komputer menyebabkan mangsa kerugian RM15,000.

SUBANG JAYA – Sebuah pusat latihan komputer yang baru sehari beroperasi di USJ 1 dekat sini dipecah masuk menyebabkan pemiliknya kerugian hampir RM15,000.

Dalam kejadian 24 Februari lalu itu, lelaki berkenaan dipercayai memanjat bahagian belakang premis yang terletak di tingkat 1 sebelum lolos masuk ke ruang pusat latihan berkenaan.

Aksi selamba gerak-geri lelaki itu ketika berada dalam premis berjaya dirakam CCTV yang dipasang pemiliknya, Sam Suresh, 27.

Mangsa memberitahu meninggalkan pusat latihan berkenaan kira-kira jam 7.05 petang dalam keadaan berkunci.

Dia terkejut apabila mendapati empat komputer riba dan sebuah kamera berjenama terkenal ghaib sebaik memasuki premis keesokannya.

Setelah membuat pemeriksaan, dia mendapati tingkap terletak di bahagian belakang pecah dan apabila CCTV dimainkan semula, terdapat seorang lelaki berada dalam premisnya kira-kira jam 7.54 malam.

Sam berkata, dia tidak pasti bagaimana penjenayah terbabit memanjat masuk ke premis yang baru dibelinya dan tidak tahu bagaimana penjenayah itu tahu terdapat barang berharga meski baru sehari beroperasi.

"Dalam rakaman CCTV itu jelas menunjukkan gerak geri penjenayah tersebut selamba ke sana dan ke sini mencari barang berharga untuk dilarikan.

"Yang membuatkan saya terkejut, lelaki itu datang kembali ke pusat latihan ini kira-kira jam 9.30 malam untuk mencuri barang kali kedua. Mungkin kali pertama dia tak cukup tangan kerana melakukan jenayah itu berseorangan," katanya.

Sam turut akui terkejut apabila majoriti pemilik premis berhampiran memberitahu premis mereka juga pernah di pecah masuk.

"Saya minta polis buru suspek ini kerana dia seolah-olah seperti penjenayah profesional kerana tahu kabel dan wayar mana perlu diputuskan sebelum melakukan jenayah," katanya yang membuat laporan di Balai Polis  USJ 8, 25 Februari lalu.

Menyamun di siang hari

Posted: 04 Mar 2014 07:34 PM PST


  • Menyamun di siang hariCCTV merakamkan detik suspek yang berlari keluar dari ladang sawit lalu menerkam mangsa. dengan bersenjatakan parang dan pelepah sawit.

RAUB - Dua mangsa berhadapan detik cemas apabila didatangi empat lelaki tidak bertopeng bersama dua bilah parang dan dua pelepah sawit yang dijadikan senjata dalam kejadian di sebuah premis perniagaan timbang sawit dan getah, di sini sekitar jam 8.45 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan empat lelaki terbabit telah berjaya dirakam oleh rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis yang terletak di tepi jalan utama itu.

Dalam rakaman terbabit jelas menunjukkan bagaimana dua dari empat penyamun terbabit yang dianggarkan berusia sekitar 20an berlari keluar dari sebuah ladang sawit menuju ke arah mangsa, Low Kat Siong, 29, yang ketika itu baru sahaja tiba di premis terbabit untuk memulakan perniagaan.

Low Kat Siong yang masih berada di keretanya telah diterkam seorang lelaki berparang lalu diikat tangannya dengan menggunakan wayar dan tali yang ada bersebelahan kabin pejabat mereka bersama seorang pekerja Indonesia yang hanya dikenali sebagai Mahendra yang turut berada di situ.

Selepas itu, suspek telah membawa Low Kat Seong ke keretanya lalau menggeledah kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, hasil penggeledahan tersebut, suspek berjaya memperoleh wang tunai bernilai RM7,000 milik mangsa yang digunakan untuk berniaga.

"Suspek turut mengambil telefon pintar jenis Samsung Note berwarna hitam dan telefon jenis Nokia berwarna putih, berserta seutas rantai emas," katanya.

Tidak lama kemudian menurutnya, datang seorang lagi mangsa yang merupakan kerani premis terbabit, Wong Sheue Loon, 25. Suspek turut menghampiri mangsa dan terus membawanya masuk ke dalam kabin terbabit lalu diikat.

"Suspek turut mengambil seutas rantai, seutas gelang dan wang tunai bernilai sekitar RM300 daripada mangsa lalu melarikan diri menaiki sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya," katanya.

Sebelum melarikan diri, suspek sempat mengambil dua kunci kereta milik Low Kat Siong dan Wong Sheue Loon. Sebaik suspek melarikan diri, kesemua mangsa cuba meleraikan ikatan masing-masing lalu berlari ke arah jalan utama.

Mangsa kemudiannya menahan sebuah kereta awam lalu membawa mereka menuju ke Balai Polis Cheroh bagi membuat laporan berkaitan kejadian. Kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wan Mohd Samsudin berkata, kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM15,000 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian di minta tampil untuk membantu siasatan.

Dawai berus periuk dalam telur goreng

Posted: 04 Mar 2014 07:31 PM PST


  • Dawai berus periuk dalam telur gorengBeginilah keadaan dawai berus periuk yang ditemui Muhammad Azri dalam telur goreng.

MACHANG - Penemuan dawai berus periuk dalam telur goreng yang dipesan mengejutkan seorang pelanggan, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

"Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati.

"Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya," katanya.

Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya  dan  dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.

Dibelasah penduduk curi tabung masjid

Posted: 04 Mar 2014 07:30 PM PST


  • Dibelasah penduduk curi tabung masjidSuspek yang berjaya dicekup anggota KRT ketika mencuri wang dalam tabung di Masjid Kuala Abang, Dungun, tengah malam kelmarin.

DUNGUN – Tindakan seorang lelaki cuba mencuri wang tabung sebuah masjid, dekat sini membawa padah apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap penduduk kampung, malah turut dibelasah kerana bertindak agresif.

Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu disedari anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang secara kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan Masjid Kuala Abang.

Suspek dikatakan cuba mencuri tabung dalam masjid itu menggunakan tali seperti pancing dan tindakannya disedari anggota KRT sebelum menyerbu ke arah suspek.
Suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota KRT itu cuba melarikan diri.

Anggota KRT berkenaan terpaksa membelasah suspek yang bertindak agresif sebelum berjaya ditahan.

Suspek, berusia 30-an berasal dari Bukit Gasing Marang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut dan  suspek yang gagal mendapat sebarang habuan hasil kerja jahatnya itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Dera anak guna seterika panas

Posted: 04 Mar 2014 07:27 PM PST


  • Dera anak guna seterika panasTertuduh diiringi polis ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke penjara.

KUANTAN - "Perbuatan kamu langsung tidak berperikemanusiaan. Walaupun dia hanya anak angkat, amanah itu sepatutnya dijaga bukan didera.

"Dalam usianya baru tujuh tahun, dia terpaksa berdepan tekanan emosi selain kecederaan fizikal yang serius akibat perbuatan kamu," tegur Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah terhadap seorang peniaga, Abdul Muhamad Khalifah Ali, 39.

Tertuduh yang beralamat di Taman Tas, dekat sini sebelum itu mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mendera anak angkatnya menggunakan seterika panas, di sini, September tahun lalu.

Mangsa yang dijaga tertuduh dan isterinya sejak kecil dilaporkan melecur di beberapa bahagian badan termasuk lengan, tapak kaki dan badan akibat ditekap seterika panas dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi di rumah mereka di Lorong Tas 24, Taman Tas dekat sini, 5 September tahun lalu.

Tertuduh dihukum penjara 12 bulan dari tarikh tangkap dan didenda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Terdahulu sebelum itu, tertuduh yang ditemani isterinya memaklumkan mereka menjaga tiga anak angkat termasuk mangsa selain tiga anak kandung.

Menurutnya, dia sering kali hilang sabar dengar karenah mangsa, bagaimanapun tertuduh tidak dapat menjelaskan sifat atau kelakuan sebenar anak angkatnya itu.

Justeru, tertuduh juga merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia kini menyara tiga anak kandung dan dua anak angkat yang masih bersamanya dengan pendapatan kira-kira RM1,800 sebagai peniaga.

Menurutnya, mangsa kini tidak lagi tinggal bersama sebaliknya diletakkan di bawah Jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kuala Kangsar, Perak.

Berdasarkan fakta kes, seorang pegawai JKM (pengadu) menerima laporan berhubung kes dera membabitkan mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah rendah, dekat sini.

Susulan maklumat itu, pengadu ke sekolah tempat kanak-kanak terbabit belajar untuk melakukan siasatan, bagaimanapun mangsa tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Pengadu ke rumah keluarga angkat mangsa di Taman Tas dan menjumpai kanak-kanak itu dalam keadaan lemah dengan kesan melecur di beberapa bahagian anggota badan.

Pengadu membuat laporan polis manakala mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan dan disahkan kecederaan dialami kesan penderaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabeidah Ungku Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bawa anak, tinggal suami

Posted: 04 Mar 2014 07:25 PM PST


KELUARGA bahagia Wardina dan Ikhwan.


WALAUPUN nama aktres dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah kurang menjadi bualan dalam kalangan peminat seni tempatan tanah air sejak akhir-akhir ini, namun bagi wanita kelahiran Kuala Lumpur itu, dia berasa tenang dengan keadaan sebegitu.
Sinonim dengan imej seorang ibu yang sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda, Wardina kini dilihat sebagai ikon yang mempunyai kelas yang tersendiri.
Bahagia bersama suami, Ikhwan Johari, 39, dan tiga anak tercinta, Wardina menjadikan ikatan kekeluargaannya sebagai kekuatan dirinya untuk menjalani tugas sebagai seorang anak seni, sekali gus sebagai ikon yang disegani ramai.
Kosmo! berpeluang bertemu dengan pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, itu pada majlis pelancaran Himpunan Eksklusif Set Tilam Terbaharu Goodnight di Hotel Westin, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas terpancar ekspresi ceria pada wajah pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Madinah itu apabila ditebak dengan soalan berkaitan kehidupan dan perjalanan karier seninya.
Siapa sangka, walaupun telah bergelar seorang ibu kepada tiga cahaya mata - Amna Nafeesa, 11, Azra Sareera, 8, dan Imran Arrazi, 5, Wardina telah mengatur strategi dan perancangan rapi dalam kehidupannya.
Dia kini sudah setahun bergelar seorang pelajar di salah sebuah universiti swasta di ibu kota. Mengambil pengkhususan dalam bidang psikologi, ujar Wardina, dia terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Jika kita lihat dalam tempoh jangka panjang dan di negara maju, bidang psikologi merupakan bidang yang sangat penting. Di samping itu, niat ingin membantu masyarakat terutamanya memberi khidmat kaunseling juga merupakan salah satu sebab saya mengambil jurusan ini," ujar figura berdarah kacukan Acheh-Australia ini.
Dalam perkembangan yang sama, Wardina juga kini sedang menunggu keputusan untuk menyambung pengajiannya di Brisbane, Australia.
Wardina yang baru sahaja mempunyai masa terluang untuk menyambung pengajiannya berkata, dia akan membawa ketiga-tiga cahaya matanya ke Australia.
"Saya akan membawa ketiga-tiga orang anak saya dan mereka akan bersekolah di sana. Saya hanya mahu untuk mereka belajar mengenal kehidupan dan cara hidup yang baharu.
"Di sana (Brisbane) kami akan tinggal bersama datuk saya. Suami saya akan tinggal di Malaysia selama saya dan anak-anak di sana dua tahun. Saya juga akan berulang-alik sekiranya mempunyai urusan di Malaysia," ujar duta tilam Goodnight itu.

WARDINA berbincang dengan suaminya terlebih dahulu sebelum memberikan persetujuan untuk menjadi duta tilam Goodnite.


Kaunseling
Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya, Wardina berkata, dia kini sibuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan khidmat sosial dan kemasyarakatan.
"Saya kini bernaung di bawah sebuah organisasi kemasyarakatan yang dikenali sebagai Yayasan Mizan. Ia merupakan sebuah organisasi yang membantu golongan yang mempunyai masalah sosial.
"Komuniti ini bertindak untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam memberi mereka motivasi, mendengar masalah dan memberi nasihat.
Terpanggil untuk membantu golongan tersebut, Wardina selesa menjadi seorang kaunselor.
Menurutnya, dia terkejut apabila peminat dan masyarakat menghubunginya melalui laman sosial dan menjadikan dia sebagai rujukan mereka.
"Saya terkejut apabila ramai orang telah menghantar pesanan melalui laman sosial Facebook saya dan bercerita mengenai masalah mereka.
"Apa yang mampu saya buat ialah cuba menyelesaikan masalah mereka dengan merujuk kepada badan-badan yang berkuasa dan mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut," ujarnya.
Wardina juga bercadang untuk membuka pusat kaunseling dan asuhan sekiranya berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang psikologi kelak.
"Saya bercadang untuk membuka pusat kaunseling dan sebuah yayasan untuk membantu golongan ini kerana kita lihat, semakin negara kita menuju ke arah kemajuan, masalah sosial semakin bertambah.
"Sekurang-kurangnya setelah saya mempunyai kelulusan kelak, saya dapat membantu mereka. Saya rasa ia merupakan tanggungjawab saya untuk membimbing golongan yang memerlukan," ujarnya.
Menurut Wardina lagi, dia kini sedang sibuk menyiapkan buku keduanya yang berjudul, Mama Saya Nak Solat selepas buku pertamanya keluaran MPH Bookstores, Mama Saya Lapar mendapat sambutan yang menggalakkan.
Duta tilam
Mengulas mengenai penerimaannya untuk menjadi duta tilam Goodnight, Wardina memberitahu, keputusan tersebut diambil setelah pihak pengurusan menerima syarat-syarat yang telah ditetapkannya.
"Memandangkan imej saya yang bertudung, saya agak memilih terutamanya apabila dirisik oleh mana-mana syarikat untuk dijadikan duta.
"Saya menetapkan syarat termasuk tidak boleh memakai pakaian seksi, ketat dan tidak mahu menggayakan bentuk badan. Alhamdulillah, pihak syarikat tersebut bersetuju dengan semua syarat yang telah ditetapkan.
"Setelah saya berbincang dengan suami, saya bersetuju untuk menerima tawaran ini memandangkan pihak syarikat memahami keadaan saya," katanya yang mengikat kontrak selama dua tahun dengan syarikat pengeluar tilam Goodnight.
Dalam perkembangan yang sama, Wardina berkata, dia bersama syarikat tersebut akan mengadakan jelajah ke seluruh pelosok negara dalam mempromosikan tilam keluaran terbaharu syarikat tersebut.


Aiman mahu kembali menyanyi

Posted: 04 Mar 2014 07:24 PM PST

AIMAN mengakui teruja untuk meneruskan langkah dalam dunia lakonan teater selepas pertama kali muncul menerusi pementasan, Bidasari.


LANGKAH bermula menerusi program pencarian bakat nyanyian, Mentor 5 pada tahun 2011, Aiman Hakim Ridza kini nampak selesa mencongak kerjaya dalam arus dunia lakonan.
Seperti meminggirkan kerjaya nyanyiannya, harus diakui kredibiliti Aiman di pentas seni suara tidak secerah kualiti dalam bidang nyanyian.
Atas dasar itu, keselesaan itu barangkali menjadi bekal untuk protege Rahim Maarof itu untuk terus berkelana dalam dunia yang lebih terjamin dan mudah meraih populariti itu.
Paras rupa dan ketinggian sebagai bonus buat anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mencipta fenomena tersendiri.
Selepas drama bersiri Vanilla Coklat, Indera Joned, Friday I'm In Love, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Diandra dan terkini, Projek Memikat Suami, mungkin Aiman sendiri sudah sebati dengan dunia lakonan.
Aiman yang ditemui pada acara Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini menerangkan lebih lanjut mengenai prioriti dalam kerjayanya.
Ikuti temu bual pelakon tinggi lampai ini bersama Kosmo!.
Kosmo!: Selepas satu persatu drama lakonan Aiman dan terbaharu selesai pementasan teater bangsawan Bidasari, apa pula selepas ini?
AIMAN HAKIM RIDZA: Kalau boleh setiap hari saya mahu belajar perkara baharu, tidak kira teknik berlakon atau kemahiran untuk menguasai pelbagai emosi berbilang watak. Insya-Allah, kalau ditawarkan untuk berlakon teater lagi saya akan terima sebab sudah mula rasa seronok. Buat masa sekarang, saya berehat seketika selepas tamat pementasan teater Bidasari pertengahan bulan Februari lalu.
Apakah pengalaman berharga yang dikutip daripada pementasan teater bangsawan Bidasari sepanjang tujuh hari?
Hari pertama memang huru-hara, sukar untuk saya biasakan diri dengan pentas. Memang ada kritikan saya terima, tapi hari demi hari saya perbaiki kekurangan daripada pihak saya. Puasnya teater kerana sarat dengan ilmu seni yang tidak dapat melalui penggambaran drama.
Berlakon dengan pelakon teater yang sudah berpengalaman, adakah mungkin Aiman hilang fokus apabila mereka boleh memanipulasi keadaan dengan mudah berbanding Aiman sendiri?
Mereka nama-nama besar seperti Raja Azura dan Datuk Jalaludin Hassan yang boleh 'makan' saya kalau terleka. Sepanjang 10 kali pementasan selama tujuh hari saya sedikit sebanyak boleh menggenggam apa maknanya pentas dan mengenalpasti corak permainannya.
Ke arah manakah pementasan teater itu membawa hala tuju karier Aiman sendiri?
Sejujurnya, teater ini telah mengembalikan keyakinan yang hilang ketika menyertai Mentor 5 sebelum ini. Itulah ilmu percuma yang saya tidak dapat sebelum ini. Teater ini permulaan semula untuk saya kembali aktif dalam bidang nyanyian dan memang menyanyi adalah cita-cita saya yang tidak akan saya ketepikan. Malah, single pertama saya berjudul Buatmu Cinta menjadi runut bunyi drama Projek Memikat Suami yang sedang ditayangkan sekarang.
Apakah lagi drama lakonan Aiman yang sedang ditayangkan di kaca televisyen sekarang dan projek lain yang sedang diusahakan anda?
Projek Memikat Suami ditayangkan di Astro Ria), 7 Suami (TV9) dan Antara Laut China Selatan (TV2). Selain itu, saya sedang mengusahakan bisnes keluarga iaitu sebuah studio jamming, penerbitan iklan dan pengurusan acara di Ara Damansara, Selangor.
Apabila watak lakonan Aiman dilihat hampir sama dalam setiap drama dan telefilem, apakah impian Aiman untuk melihat perubahan corak karakter pada masa akan datang?
Saya akui kebanyakan karakter yang saya lakonkan kelihatan hampir sama dan mungkin juga pada skripnya. Ia bukan soal duit tapi lebih pada niat saya untuk belajar lebih banyak lagi. Teringin juga saya melakonkan watak seorang wartawan dan orang gila selepas ini.


Pertikaian harta jutawan selesai

Posted: 04 Mar 2014 07:22 PM PST

SALAH sebuah bas Ekspres Mutiara. - Gambar hiasan


KOTA BHARU – Selepas kira-kira tiga tahun turun naik mahkamah, kes perebutan harta antara jutawan syarikat bas ekspres dengan 11 orang anaknya selesai semalam apabila mereka sepakat untuk menyelesaikan kes tersebut secara damai.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini kemudian menetapkan 17 April ini untuk merekodkan perintah persetujuan tersebut dan memutuskan kadar harta yang akan diperoleh pihak berkaitan.
Harta yang menjadi pertikaian antara pemilik syarikat bas Ekspres Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail, 59, dengan anak-anaknya ialah harta sepencarian arwah Paizah Mohd. Yusoff yang merupakan isteri kepada jutawan itu dan ibu kepada 11 anak Che Ibrahim.
Paizah meninggal dunia pada tahun 2008 setelah koma selama empat tahun berikutan kemalangan jalan raya pada tahun 2004.
Allahyarham berusia 49 tahun.
Selepas kematian ibu mereka, sebelas anak pasangan itu memfailkan tuntutan ke atas bapa mereka bagi mendapatkan harta sepencarian ibu mereka di mahkamah pada 2 Oktober 2011.
Anak sulung pasangan itu, selaku plaintif pertama kes, Khalilullah (gambar kecil), 34, yang ditemui memberitahu, persetujuan itu telah dicapai semasa prosiding di depan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty pada Ahad lalu.
"Kami 11 beradik dan bapa sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes pertikaian tuntutan harta ini secara damai dan persetujuan.
"Dalam prosiding Ahad lalu, hakim telah memutuskan untuk mengeluarkan perintah hari ini (semalam) namun ada beberapa perkara lagi yang memerlukan perbincangan secara lebih terperinci, lalu hakim putuskan 17 April ini untuk mengeluarkan perintah tersebut," katanya kepada pemberita semalam.
Prosiding semalam dihadiri oleh Khalilullah dan adiknya (plaintif kedua dan anak kedua), Tamtini, 33, bersama peguam mereka, Mustafa Kamal Mat Hasan manakala defendan, Che Ibrahim tidak ditemani peguam.
Kosmo! 14 Oktober 2011 melaporkan, seramai 11 orang anak kepada seorang jutawan syarikat bas ekspres terkemuka di sini menuntut daripada bapa mereka harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik ibu mereka yang telah meninggal dunia pada 2008.
Harta tersebut meliputi kawasan tanah di sekitar Kota Bharu, Gua Musang dan Kuala Lumpur, beberapa rumah banglo dan bangunan serta syer di dalam syarikat Ekspres Mutiara yang didaftarkan atas nama Mutiara Pahim Sdn. Bhd.


Syamsul bakal nikah di hospital

Posted: 04 Mar 2014 07:19 PM PST

SYAMSUL


KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 30, yang bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, Sabtu ini mungkin terpaksa melangsungkan upacara akad nikah di hospital kerana demam denggi.
Ibunya, Datin Patimah Ismail memberitahu, Syamsul dikejarkan ke Pusat Perubatan Gleneagles di sini semalam selepas mengadu sakit kepala dan panas badan sejak tiga hari lalu.
"Pagi tadi (semalam) saya terus membawanya ke hospital dan doktor sahkan dia menghidap denggi, jika dia belum pulih sepenuhnya atau tidak dapat daripada doktor (untuk keluar), kemungkinan besar nikah terpaksa dijalankan di hospital.
"Syamsul beritahu, dia tetap mahu bernikah pada hari yang ditetapkan dan tidak kisah kalau pernikahannya itu terpaksa dilakukan di sini (hospital)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
SARAH LIYANA


Ujar Patimah lagi, walau pun sedih dengan dugaan menimpa anaknya, dia tetap akur dengan permintaan pengarah KL Gangster itu meski pun segala persiapan di rumahnya di Taman Melawati di sini telah pun siap.
Sementara itu, Syamsul yang dihubungi sekadar memberikan penjelasan ringkas dengan mengesahkan bahawa dia memang menghidap demam denggi ketika ini setelah berada dalam keadaan kurang sihat.
"Memang denggi, positif," jawabnya ringkas ketika membalas pesanan yang dihantar kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Pada 12 Januari lalu, Syamsul dan Sarah telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis secara tertutup yang berlangsung di rumah keluarga perempuan di Damansara, Petaling Jaya.
Kedua-duanya mula berkenalan sejak terbabit dalam penggambaran drama bersiri KL Drift tahun lalu.


Amaran ombak besar di Sepanyol

Posted: 04 Mar 2014 07:17 PM PST



BEBERAPA orang menyaksikan ombak besar yang melanda sekatan ombak di Pelabuhan Cudilero, utara Sepanyol kelmarin.


BARCELONA - Pejabat Meteorologi Sepanyol mengeluarkan amaran berjaga-jaga ekoran ombak besar berikutan angin kencang di pantai negara ini, lapor portal berita Euro Weekly News kelmarin.
Menurut pejabat itu, amaran angin kencang itu dikeluarkan di 40 buah wilayah ekoran angin kencang yang selaju 120 kilometer sejam (km/j) hingga 130 km/j.
Pejabat tersebut juga menyatakan, ombak besar setinggi 10 meter bakal melanda pantai di Sepanyol.


Kereta Corvette diangkut dari lubang

Posted: 04 Mar 2014 07:12 PM PST



SEORANG pekerja menanggalkan tali yang diikat pada tayar kereta Chevrolet Corvette keluaran khas untuk ulang tahun ke-40 yang telah dikeluarkan dari lubang itu.


BOWLING GREEN, Kentucky - Dua buah kereta Corvette diangkut keluar kelmarin dari sebuah lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di Muzium Kebangsaan Corvette di sini pada 11 Februari lalu.
Kereta Corvette ZR1 Blue Devil keluaran 2009 itu diangkut dengan menggunakan sebuah kren dari lubang tersebut.
Kren itu juga mengangkut kereta Chevrolet Corvette keluaran khas untuk ulang tahun ke-40 yang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Kerja-kerja untuk mengangkut enam buah lagi kereta tersebut mula dilakukan sejak semalam.
Tujuh buah kereta Corvette buatan syarikat Chevrolet di Amerika Syarikat itu dilakukan selepas beberapa pekerja memeriksa kestabilan tanah.
Lubang itu terbentuk sedalam 9.14 meter pada pukul 5.44 pagi.
Syarikat Chevrolet akan memantau pemuliharaan kereta tersebut di sebuah kilangnya di Michigan.


Pesta baling bedak di Santa Cruz de La Palma

Posted: 04 Mar 2014 07:11 PM PST


SEKUMPULAN orang membaling bedak talkum di Santa Cruz De La Palma, Kepulauan Canary kelmarin.



BEBERAPA orang memakai pakaian berwarna putih semasa mereka menyertai pesta itu.


SANTA CRUZ DE LA PALMA, Sepanyol - Sejumlah orang mengambil bahagian dalam karnival membaling bedak talkum di sini kelmarin.
Dalam pesta itu, mereka saling membaling bedak talkum di antara satu sama lain.
Badan sebahagian orang yang menyertai pesta tersebut dipenuhi dengan bedak yang berwarna putih.
Pesta itu diadakan bagi memperingati kepulangan imigran dari benua Amerika ke Kepulauan Canary.

Abe Noor tegar jalani hidup

Posted: 04 Mar 2014 07:08 PM PST


Tinggal seorang diri sejak dua dasawarsa lalu, apatah lagi dilihat mendiami di balik pokok rambutan di tepi hutan, Mohd. Noor Mat Diah, 61, bukanlah seorang insan yang hidup dalam kepompong sendiri seperti tanggapan sinis orang yang memandang.

MEMBUAT bubu salah satu daripada aktiviti Mohd. Noor.


LELAKI tua itu melunjurkan dua kakinya ke bawah saat waspada menuruni keluar dari teratak usangnya yang terbina setinggi enam meter dengan senyuman pada wajahnya yang kian dimamah usia.
Di sebalik rumah daif yang jalinan papannya berlompong seakan mahu menyembah bumi di Kampung Tepus, Bachok, Kelantan itu, siapa sangka penghuninya seorang yang agak terurus apabila tampil memakai kopiah, berbaju Melayu dan berkain pelikat kala menyambut kehadiran pemberita pada hening pagi Jumaat itu.
Tinggal seorang diri sejak dua dasawarsa lalu, apatah lagi dilihat mendiami di balik pokok rambutan di tepi hutan, Mohd. Noor Mat Diah, 61, bukanlah seorang insan yang hidup dalam kepompong sendiri seperti tanggapan sinis orang yang memandang.
Pendek kata, jika anda tunjukkan gambar rumahnya kepada sesiapa, bukanlah suatu yang luar biasa jika perkataan yang terpacul di bibir ialah: "Ada lagikah orang duduk di rumah begini di zaman ini? Betulkah?"
Biarpun realiti itu pahit untuk ditelan dalam dunia moden ini tetapi hakikatnya, Mohd. Noor mungkin lebih pahit menelan keperitan hidup sedemikian.
Hidup berpindah-randah sejak dua dekad lalu setelah kematian ibu dan bapanya, lelaki yang masih bujang ini telah mendiami empat buah rumah setakat ini yang kesemuanya dibina sendiri di atas tanah keluarganya bahkan pernah dibina di atas pokok rambutan itu.
DI rumah usang inilah Mohd. Noor berlindung daripada hujan dan panas.


Rumah atas pokok
"Sudah empat kali saya berpindah. Semua rumah saya bina sendiri dengan sisa papan, rumah asal yang roboh terdahulu akibat papannya reput.
"Ini rumah terakhir dan masih boleh duduk. Sudah tujuh tahun duduk rumah ini. Sebelum ini, saya bina rumah atas pokok ini, tapi sudah roboh," kata anak Kelantan itu 'bercakap luar', suatu frasa biasa di negeri ini yang merujuk kepada pertuturan bahasa Melayu tanpa dialek Kelantan.
Agak mengejutkan, mungkin kerana dia cuba menyesuaikan diri dengan pemberita yang hadir hari itu di samping menyedari kewujudan lensa visual televisyen.
Katanya, sejak ibu bapanya meninggal dunia dua dekad lalu, dia tinggal bersendirian manakala empat adik-beradiknya yang lain sudah berumah tangga.
"Sekali-sekala saya akan ke rumah mereka," katanya.
Meninjau kawasan rumah itu terdapat sisa runtuhan papan di sisi kiri benar-benar di bawah bahagian dahan pohon rambutan tersebut yang menunjukkan memang pernah terdapat binaan di atas pokok sebelum ini.
Rumahnya tidak seperti rumah lain yang selayaknya menjadi pelindung daripada panas dan hujan. Tiap kali rumahnya diterpa angin kencang, dirinya turut diterpa kegusaran kerana rumah bergoyang. Malamnya juga tanpa sinar cahaya elektrik dan jika hujan pada waktu malam tidurnya yang hanya beralaskan tikar akan dibasahi hujan.

HIDUP Mohd. Noor diserikan dengan salah satu daripada dua ekor kucing yang menjadi penemannya.


Tetapi Mohd. Noor seakan sudah sebati dengan segala kesulitan dan kekurangan, bahkan dia bukan si miskin yang hanya berpeluk tubuh dan menagih simpati orang.
Mohd. Noor yang masih bekerja sebagai buruh membuat rumah di sekitar Bachok juga seorang yang berusaha untuk berdiri di atas kakinya sendiri.
Dia memasak di dapur di halaman rumahnya atau membasuh pakaian di dalam lubang-lubang yang digali menjadi besen. Terdapat ampaian jemuran kain di luar rumahnya dengan sumber air dari perigi berhampiran.
"Saya masak ikan selayang untuk tengah hari ini," katanya sambil memasukkan garam ke dalam periuk masakannya.
Dengan wang yang ada, dia gemar membeli lauk untuk dimasak dan adakalanya dia menangkap ikan di sungai dengan bubu yang dibuat sendiri.
Namun begitu, adat si miskin yang semakin meniti usia senja, keuzuran diri membataskan keupayaan bekerja maka derita itu menjerut jua.
Mohd. Noor akui, pernah tidak makan selama beberapa hari, namun dia tidak gemar hidup dengan meminta-meminta. Bebanannya cuma diringankan dengan bantuan dari Majlis Agama Islam Kelantan sebanyak RM250 sebulan sejak tiga tahun lalu.
"Saya berjimat sedaya mungkin dengan wang yang ada, tapi apabila tiada duit untuk membeli makanan, saya berpuasalah.
"Dahulu, walaupun duduk rumah begini, saya kuat bekerja. Tapi sekarang, dengan usia yang semakin lanjut dan uzur, pinggang sakit, nak berjalan pun susah, ditambah pula dengan penyakit alahan pada kulit terhadap bahan-bahan bancuhan simen membataskan keupayaan saya bekerja.
"Bila tidak banyak bekerja, kuranglah pendapatan saya," katanya yang mendapat bayaran kira-kira RM40 untuk satu tugasan.

BERDIKARI. Mohd. Noor tidak mengharapkan simpati sesiapa untuk mengguruskan pakaiannya yang kotor.


Kesedihan
Biar dia nampak tegar menjalani kehidupannya yang serba kepayahan, namun ada air mata yang berkaca di kelopak mata. Kesedihan bagai tidak mampu disembunyikan di ruang mata.
Sebagai manusia, dia juga mempunyai naluri untuk memiliki rumah yang sempurna dan lengkap seperti insan lain.
"Memang ada hasrat nak baiki, bina rumah baharu, lagi elok, tapi tidak mampu. Kewangan saya tidak mencukupi. Kalau ada yang hendak membantu, Alhamdulillah.
"Setiap hari macam inilah, dari pagi hingga ke malam inilah rumah saya. Hujan lebat, rumah bergoyang, tempuh sahajalah.
"Saya memang mahu berdikari, tetapi nampaknya tidak boleh...," katanya dengan mata yang bergenang.
Seorang jirannya, Muhammad Abdul Rahman, 52, yang membantu menunjukkan media rumah Mohd. Noor berkata, dia amat bersimpati dengan nasib warga emas itu, namun juga mempunyai kewangan yang terbatas untuk menolong Mohd. Noor.
"Dia memang penduduk tempatan sini. Saya membesar bersamanya di sini dan melihat keadaan dia sejak dahulu sampai sekarang.
"Bayangkan pada tahun 2014, masih ada orang yang hidup begini sedangkan kita dengar kerajaan menyediakan rumah subsidi, Projek perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) dan sebagainya," katanya yang telah membelikan basikal untuk Mohd. Noor.
Meskipun tinggal bersendirian, hidup Mohd. Noor tetap diserikan dengan dua ekor kucing yang menjadi penemannya di rumah itu. Muhammad sempat berkongsi sesuatu yang menyentuh sanubari tentang keperibadian Mohd. Noor atau yang dipanggilnya sebagai Abe Noor.

MOHD. NOOR menunjukkan alahan pada tangan dan kulit yang dialaminya.


Minum air kelapa
"Itulah dia Abe Noor. Tidak kira macam mana susah hidupnya hendak cari makan, dia akan pastikan kucingnya diberi makan setiap hari," katanya.
Menjejaki halaman rumah Mohd. Noor, suatu yang boleh diperhatikan ialah terdapat buah-buah kelapa yang bertaburan.
Mohd. Noor berkata, dia mengamalkan minum air kelapa dan kehidupannya tidak lengkap jika tidak meminum air kelapa sehari.
Menurutnya, air kelapa itu memberikannya tenaga di samping dapat mengurangkan penyakit alahan kulit pada tangan dan tubuh yang dihidapinya.
"Boleh dikatakan setiap hari saya mesti kena minum air kelapa. Kalau tak minum kelapa rasa macam lain.
"Sekarang susah hendak bekerja, sakit-sakit badan, tak larat, kalau hendak bancuh simen, jadi makin kuat alahan, timbul gatal-gatal," katanya.
Mohd. Noor berkata, dia mendapatkan kelapa dengan membelinya di kedai yang dijual pada harga RM1 hingga RM2 sebiji.
Sementara itu, bercerita mengenai Mohd. Noor, Muhammad berkata, Mohd. Noor memang jenis yang tidak suka meminta dan pernah berjalan kaki dari rumahnya ke rumah kakaknya di Pasir Pekan, Tumpat sejauh kira-kira 30 kilometer.
Muhammad berkata, Mohd. Noor juga tidak tinggal bersama adik-beradiknya yang lain kerana dia bekerja membuat rumah di sekitar Bachok.
"Saya telah berjumpa dengan kawan-kawan untuk memohon bantuan kewangan bagi membelikan basikal untuk memudahkannya bergerak dan berulang-alik membuat kerja," katanya.


Kesan visual jana ekonomi London

Posted: 04 Mar 2014 07:07 PM PST



PELAKON akan dipakai sut khas ketika pengambaran yang akan diselarikan dengan janaan komputer.


BAGI mereka yang pernah menonton filem fiksyen sains, Gravity lakonan Sandra Bullock dan George Clooney, pastinya teruja melihat dan tertanya-tanya bagaimanakah kedua-dua pelakon itu terapung-apung di angkasa lepas.
Tidak hanya tergantung tanpa graviti, mereka turut berdepan dengan sisa-sisa sampah yang terdapat di ruang angkasa lepas.
Di sebuah kawasan bawah tanah di London, England, sepasukan pekerja belakang tabir bertungkus-lumus menyiapkan beberapa prop asas seperti air sirap, keju dan coklat.
"Kami sedang mencipta efek tubuh badan yang mencair untuk filem baharu lakonan Tom Cruise," ujar Richard Graham.
Dia merupakan Pengurus Projek di Framestore, syarikat dari England yang banyak membantu kejayaan filem Graviti sehingga mendapat 10 pencalonan pada Anugerah Akademi Ke-86.
Pada majlis yang diadakan di California, Amerika Syarikat itu, Isnin lepas, Gravity menggondol tujuh anugerah termasuk Kesan Visual Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Dia menambah, sirap berwarna emas dan coklat yang diadun bersama pewarna merah memberikan impak yang cantik sebagai darah tiruan.
Inovasi efek itu antara yang biasa dilakukan dalam studio terletak di daerah Soho, London itu.

PENGARAH filem Gravity, Alfonso Cuarón memberi tunjuk ajar kepada pelakon utamanya iaitu George Clooney (kiri) dan Sandra Bullock (kanan).


Inovasi
Ia sangat berbeza dan mencabar jika dibandingkan projek membuat efek untuk filem Gravity.
"Kami mengambil masa tiga setengah tahun untuk membuat efek dengan bantuan janaan komputer canggih," ujar Graham.
Bagi membina replika digital Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sahaja mengambil masa selama setahun dan staf Framestore melakukan eksperimen sendiri terlebih dulu sebelum digunakan sebagai set penggambaran.
Masih basah dalam ingatan penyelia kesan visual (VFX), Tim Webber, perasaan getir dan lelah ketika menghadiri mesyuarat pertama bersama pengarah filem tersebut, Alfonso Cuaron.
"Terlalu banyak perkara baharu yang dilakukan dalam filem tersebut. Penggunaan secara meluas kesan visual telah merubah proses pembikinan filem," ujar Webber.
Babak yang paling kompleks ketika Bullock dan Clooney tergantung selama berjam-jam di Studio Shepperton, London.
Selain itu, babak terperangkap dalam sangkar diselaputi dua juta cahaya LED yang menggantikan ruang angkasa lepas juga tidak kurang hebat cabarannya.
Majalah Time menamakan inovasi yang dipanggil Lightbox itu sebagai antara ciptaan terbaik pada tahun 2013.
Helah kesan visual dalam Gravity mengatasi filem End of Tomorrow yang turut dihasilkan oleh Framestore.
"Terdapat banyak helah asas dibuat di samping penggunaan barangan berteknologi tinggi.
Sebagai contoh, kami menggunakan batang penyapu untuk dijadikan prop yang menghentak kepala Bullock," ujar Webber.
Dalam babak tersebut, Bullock sepatutnya terbang ke bawah dan terlanggar dinding ISS.
Ketika itu, dia terlanggar sesuatu di ruang angkasa yang sebenarnya adalah batang penyapu.
Kira-kira 500 kakitangan VFX yang terlibat dalam filem itu telah meneliti video Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) selama berjam-jam untuk mendapatkan pemaparan sifar graviti seasli yang mungkin.

BAGI mendapatkan kesan visual yang realiti, kakitangan Framestore membuat kajian dengan menonton video NASA.


Janaan komputer
Terdapat juga sebahagian babak filem yang dicipta berdasarkan imaginasi pereka.
Antaranya, letupan api di angkasa. Bagi membuat efek tersebut, pasukan VFX mengambil sedutan video dari YouTube.
Dalam kebanyakan babak, hanya wajah pelakon sahaja yang tidak disentuh oleh janaan komputer kerana hampir semua termasuk stesen angkasa, bintang hingga pakaian angkasawan merupakan hasil seni kesan visual.
Filem Gravity antara filem pecah panggung di Hollywood yang mendapatkan khidmat janaan komputer daripada pereka-pereka yang berpusat di England.
"Sesetengah orang fikir ia dibuat oleh produksi kesan visual dari Los Angeles. Tetapi, sebenarnya ia dilakukan di London dan kami sangat berbangga dengannya," ujar Ketua Eksekutif Filem London, Adrian Wootton iaitu sebuah agensi awam mengenai filem.
Tersepit antara kedai-kedai seks, bar gay dan restoran makanan urban, Soho mempunyai enam daripada lapan syarikat VFX terbesar di dunia.
Antaranya termasuklah Double Negative dan The Moving Picture Company yang telah menghasilkan kesan visual untuk filem seperti Inception, Life of Pi and Prometheus.
Menurut Wootton, industri kesan visual di negara itu bermula selepas kejayaan filem Harry Potter. Siri filem itu membawa pulangan lumayan selama sedekad bermula tahun 2000.
Selain itu, cukai insentif yang berpatutan turut membantu Soho menguasai industri tersebut.
Ia sangat berbeza dengan Hollywood yang mengalami saat kejatuhan akibat kemunculan kuasa-kuasa baharu termasuklah pesaing dalam negara seperti Toronto dan Vancouver.
Di London, VFX merupakan kompenan filem yang sedang meningkat naik berdasarkan kenyataan laporan pihak kerajaan pada tahun 2011.
Dicatatkan sebanyak RM2.1 bilion telah disumbangkan oleh VFX kepada pendapatan negara setiap tahun.


Mengetahui kisah Imam al-Syafie

Posted: 04 Mar 2014 07:05 PM PST


Buku Mengenali Imam Asy-Syafi'i ditulis secara ringkas bagi memudahkan ia dibaca dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat.

UMAR bergambar bersama empat judul buku yang telah dihasilkannya setakat ini.


MALAYSIA merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan mazhab fiqah Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali sebagai Imam al-Syafie.
Walaupun demikian, masih ramai pengikut mazhab tersebut di negara ini masih belum mengenali beliau dengan lebih dekat.
Situasi itu menyebabkan anak kelahiran Betawi, Indonesia, Ustaz Umar Muhammad Noor, 36, terpanggil untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan imam tersebut.
"Saya mendapat ilham untuk menulis buku ini setelah mendapati ramai umat Islam di negara ini masih belum mengenali Imam al-Syafie dengan lebih mendalam," katanya ketika ditemui Kosmo! di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Buku berjudul Mengenali Imam Asy-Syafi'i itu menceritakan kisah Imam al-Syafie sejak beliau dilahirkan sehingga dibesarkan dalam dunia keilmuan dan diiktiraf sebagai seorang mujtahid mutlak.
Selain itu, buku berharga RM14 itu turut menyelitkan serba sedikit kisah isteri dan anak-anak beliau.
"Penampilan dan sifat Imam Syafi asy-Syafi'i yang penuh teladan serta kata-kata beliau yang penuh hikmah sesuai dijadikan pedoman kepada masyarakat Islam hari ini.
"Buku ini juga menceritakan kemahiran beliau dalam ilmu-ilmu keislaman, mentafsir al-Quran, hadis dan akidah," katanya sambil memaklumkan bahawa buku yang berada di pasaran sejak Mac tahun lalu itu telah disiapkan dalam tempoh empat bulan sahaja.
Tambah Umar, buku setebal 112 muka surat itu ditulis secara ringkas bagi memudahkan ia dibaca dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Pengalaman
Sementara itu, bercerita mengenai bidang penulisan, Umar memaklumkan, dia mula aktif menulis ketika menuntut di Universiti Islam Omm Durman, Syria dalam bidang sunah dan hadis.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata tersebut, ketika itu karya-karya yang dihasilkan kebanyakannya berbentuk keislaman dan dimuatkan dalam majalah universiti.
"Waktu itu saya banyak menghasilkan artikel-artikel mengenai Islam dalam bahasa Arab yang merupakan bahasa pengantar di sana.
"Selepas beberapa tahun menyumbang karya, saya dilantik menjadi editor untuk majalah tersebut," katanya yang menuntut di Syria selama lebih enam tahun.
Selepas tamat pengajian pada tahun 2008, beliau berhijrah ke Singapura dan bertugas sebagai Imam Eksekutif di sebuah masjid di negara berkenaan selama tiga tahun.
Ketika di Singapura, Umar sempat berkenalan dengan Ustaz Zahzan Muhammad yang merupakan Pengarah Urusan di syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
"Hasil pengenalan tersebut saya ditawarkan jawatan sebagai Ketua Editor majalah Al-Ustaz yang merupakan salah satu penerbitan Telaga Biru.
"Disebabkan minat mendalam dalam bidang penulisan, saya menerima tawaran itu dan berhijrah ke Malaysia," ujarnya lagi.
Walaupun sibuk dengan rutin harian, Umar sempat menyiapkan empat buah buku iaitu Takwil Hadis, Komsas Umat Akhir Zaman, Rusul Mulia Umat Mulia Akhlak Mulia dan Mengenali Imam Al- Syafie.
Mengulas mengenai karya terbaharu, beliau memaklumkan sedang giat menyiapkan manuskrip sebuah buku yang akan diterbitkan pada tahun ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories