RSS

Nuffnang

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Hanez Suraya: “Terima Kasih Kerana Menghina Saya”

Posted: 03 Mar 2014 11:19 PM PST

hanez suraya

Jika Liyana Manan sedih apabila suaminya dirampas, Hanez Suraya juga sedih apabila orang ramai yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum kepadanya.. Hanez yang enggan mengulas lanjut mengenai isu ini, mengatakan agar orang ramai tidak mendengar dari sebelah pihak sahaja, sila nantikan penjelasan darinya di sidang media yang akan diadakan selewat-lewatnya rabu ini..

"Saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini. Nantikan sidang media yang akan saya adakan selewat-lewatnya Rabu ini. Saya mohon semua untuk bersabar. Saya bukan nak melarikan diri tapi buat masa ini saya memang tak mahu memberikan komen. Harap semua faham," jelas Hanez Suraya ketika diminta untuk memberikan komen mengenai pendedahan yang dilakukan isteri kepada kekasih Hanez yang dikenali sebagai Mr. R.

Menerusi akhbar Berita Harian semalam, isteri Mr. R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya. Selain itu, Hanez juga didakwa merampas suaminya. Selepas pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

"Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah," kata Hanez.

"Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya," ujar pelakon 'Sayangku Damia' ini.

"Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki," tutur Hanez mengakhiri perbualan.

Sumber:GUA

Hanez Suraya Rampas Suami Saya – Liyana

Posted: 02 Mar 2014 09:42 PM PST

Hanez Suraya Perampas saya

Kenyataan Hanez Suraya mengenai teman lelakinya yang bukan suami orang tetapi duda anak 2 nyata mengiris hati seorang wanita yang mendakwa beliau, Liyana masih lagi isteri kepada Mr.R.. Liyana yang tampil memberitahu yang Hanez Suraya sebenarnya merampas suaminya dan menghancurkan rumahtangganya..

Melalui sisipan Berita Harian, Liyana telah tampil memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez dalam hubungan mereka.

"Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah.

"Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!"

"Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya."

"Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R."

"Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka."

"Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah."

Begitulah diantara luahan hati Liyana Manan yang telah pun berkahwin dengan Mr.R selama 8 tahun.. Liyana Manan juga menunjukkan beberapa keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya di Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.

Untuk menjelaskan isu ini, Hanez bakal mengadakan sidang media mungkin Rabu ini. Sebelum ini sidang media terpaksa ditunda ekoran peguam Hanez berada di luar negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories