RSS

Nuffnang

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Hanez Suraya Jadi Mangsa Fitnah Wanita Itu

Posted: 05 Mar 2014 01:32 AM PST

sidang media hanez suraya

Melalui sidang media yang baru diadakan sebentar tadi, Hanez Suraya menegaskan yang dia telah di fitnah oleh seorang wanita dikenali sebagai Nurliyana Manan.. Seraya itu, Hanez meminta Liyana membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan fitnah yang dilemparkan yang mengatakan Hanez telah merampas suaminya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka berantakan..

Hanez berkata, wanita itu memfitnahnya sudah menjalin hubungan dengan Romie selama lapan bulan dan meletakkan Hanez sebagai pihak ketiga dalam perceraian mereka. dakwaan itu adalah tidak benar kerana mereka mula berkenalan pada 20 Disember tahun lalu selepas isteri Romie memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun lalu.

"Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini"

"Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini," katanya.

Hanez juga mendakwa kesemua fitnah yang dilemparkan wanita itu mencalar reputasinya dan menjejaskan nama baiknya sebagai selebriti.

"Saya buat PC (sidang media) untuk menjelaskan (fitnah) ke atas saya. Kalau lepas PC orang nak hina atau cakap apa pun itu hak mereka. Yang penting saya dah jelaskan," katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Bandar Utama di sini, petang tadi.

Sumber: MyMetro & Rotikaya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories