RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Minggu Setiausaha The Moments With Dato’ Jamal Abdillah

Posted: 12 Mar 2014 07:18 PM PDT

"Ini merupakan peluang pertama saya untuk Minggu Setiausaha. Saya belum pernah lagi melakukan pertunjukkan fesyen bersempena dengan Minggu Setiausaha. Sejujurnya, saya sendiri merupakan seorang peminat Jamal dan membesar dengan lagu-lagu nyanyian Jamal. Jadi tidak keberatan bagi saya untuk berkolaborasi untuk persembahan ini. Koleksi fesyen juga akan saya tampilkan dalam konsep muslimah. Konsep ini lebih kepada busana bercirikan Islamik dan sopan."

— Hatta Dolmat

Penyanyi terkenal yang menyandang gelaran Raja Pop Malaysia, Dato' Jamal Abdillah akan menghiburkan para setiausaha dan peminat di satu persembahan eksklusif sempena Minggu Setiausaha 'The Moments With Dato' Jamal Abdillah' pada 24 April 2014 di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya. Majlis yang akan diadakan bermula jam 2 petang hingga 5 petang itu turut menampilkan persembahan fesyen daripada pereka terkenal Hatta Dolmat dan juga 'Career Talk' oleh Imam Muda Najdi.  Menurut Sazrin Aizul Zailani selaku wakil penganjur dari Alam Hijrah Convention:

"Tiga perkara akan berlangsung dalam satu majlis. Bermula dengan persembahan nyanyian daripada Jamal, seterusnya pertunjukan fesyen berkonsepkan muslimah dari Hatta Dolmat dan seterusnya 'Career Talk' daripada Imam Muda Najdi. Majlis akan diteruskan kembali dengan persembahan nyanyian Jamal selepas itu."

Bertemu dengan Hatta Dolmat di majlis pelancaran program tersebut, pereka fesyen itu berkata ini merupakan kerjasama pertamanya dengan pihak penganjur dan Jamal dalam satu majlis untuk Minggu Setiausaha.

jamal-abdillah

"Ini merupakan peluang pertama saya untuk Minggu Setiausaha. Saya belum pernah lagi melakukan pertunjukkan fesyen bersempena dengan Minggu Setiausaha. Sejujurnya, saya sendiri merupakan seorang peminat Jamal dan membesar dengan lagu-lagu nyanyian Jamal. Jadi tidak keberatan bagi saya untuk berkolaborasi untuk persembahan ini. Koleksi fesyen juga akan saya tampilkan dalam konsep muslimah. Konsep ini lebih kepada busana bercirikan Islamik dan sopan."

Harga tiket bagi majlis tersebut terbahagi kepada kategori korporat, platinum, gold dan silver itu telah mula dijual bermula daripada RM445 seorang hingga ke RM1150 seorang. Manakala bagi penjualan meja untuk 10 orang bermula dari RM4450 hingga ke RM11500.

Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat Jamal bersempena dengan Minggu Setiausaha 'The Moments With Dato' Jamal Abdillah' pada 24 April 2014 di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya bermula jam 2 petang, hubungi 012-4748687, 012-2267679, 017-2798556, 016-3510117 dan 012-9060677.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Peraduan Menang Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia

Posted: 12 Mar 2014 06:30 PM PDT

Esok, tanggal 14 Mac 2014, Malaysia bakal digegarkan dengan konsert penyanyi rock wanita terkenal yang berasal dari Kanada, Avril Lavigne dalam The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia di Stadium Merdeka. Konsert bermula jam 8.30 malam ini adalah anjuran Tune Talk dan dibawakan oleh JS Concert itu merupakan siri konsert jelajah, Avril Lavigne di negara-negara Asia, Amerika dan Eropah.

Setelah hadir pada tahun 2012, nampaknya kehadiran Avril Lavigne di Malaysia membawa aura dan buah tangan terbaru yang akan memberi kepuasan kepada penonton kerana Avril dijangka akan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Complicated, Sk8er Boi, I'm with You, My Happy Ending, Girlfriend dan banyak lagi.

Bagi yang berminat untuk menonton konsert Avril Lavigne ini sahaja boleh mendapatkan tiket di beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store outlets dengan harga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket, sila hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau membeli tiket secara online di laman web www.ticketpro.com.my.

Budiey hanya ada 4 keping tiket menonton konsert ini secara live. Budiey akan pilih dua orang pemenang di mana seorang pemenang akan diberikan 2 keping tiket. Caranya senang je, anda hanya perlu cipta slogan kreatif, hantar kepada Budiey dan Tweet slogan ini di Twitter @budiey.

Slogan: Saya ingin ke Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia sebab… @budiey (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Avril Lavigne

Tarikh tutup peraduan:
14 Mac 2014 jam 12 tengahari

Tajuk Email: Peraduan Menang Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia - Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Tiket akan diberikan kepada pemenang pada hari konsert berlangsung di luar stadium
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Konsert Avril Lavigne Live in Malaysia

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories