RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Mohd Mentor Tuntut Zatul Mohon Maaf Secara Terbuka

Posted: 13 Mar 2014 11:28 PM PDT

Penyanyi Mohd Mentor atau nama sebenarnya, Mohd Izwan Mohd Nor memberi tempoh 3 bulan kepada penyanyi Zatul untuk memohon maaf secara terbuka selepas membuat dakwaan dia merogol penyanyi itu pada Januari 2013. Ini semua dibuat adalah untuk membersihkan namanya dan reputasi dirinya yang dah tercemar. Sekarang ini, Mohd Mentor dah boleh menarik nafas lega apabila dibebaskan daripada tuduhan merogol temannya, Zatul selepas kes tersebut didapati tiada bukti kukuh dan diklasifikasikan sebagai 'no futher action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya. Mohd tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah jika Zatul gagal berbuat demikian.

mohd-mentor

"Peguam saya telah meminta surat kenyataan rasmi sebagai bukti mengesahkan saya tidak bersalah. Tetapi menurut pihak polis, surat itu tidak dikeluarkan kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah. Pihak polis juga memberitahu saya jika mana-mana pihak inginkan bukti pengesaan saya tidak bersalah, mereka bolehlah merujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya."

Dalam pada itu, menyedari kes tersebut telah menjejaskan reputasinya, Mohd meminta agar Zatul memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga bulan.

"Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri tiga bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat perjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu da saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya."

Zatul mendakwa dirogol oleh Mohd pada 31 Januari 2013 pada jam 12.40 tengah malam di rumah penyanyi berkenaan di Ukay Perdana Ampang dan pada 5 Februari 2013, Mohammad ditahan reman.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Gambar Sekitar Future Music Festival Asia 2014

Posted: 13 Mar 2014 09:26 PM PDT

Pada jam 4 petang semalam, Budiey meluangkan masa untuk melihat sekitar Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di berlangsungnya perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Agak malang apabila pihak penganjur tidak melayangkan jemputan untuk Budiey.com. namun, Budiey rasa bernasib baik kerana masih mendapat dua keping tiket VIP daripada MTV. Terima kasih kepada MTV kerana sudi mengirimkan tiket kepada Budiey.

Sekitar Future Music Festival Asia 2014

Sesampai di sana, Budiey dapati ramai sekali peminat muzik datang walaupun cuaca berjerebu yang agak teruk telah melanda Lembah Klang sekarang ini. Jerebu tidak menjadi masalah besar bagi mereka.

1979238_683550678349888_1381073363_o

Kepada yang belum tahu tentang Future Music Festival Asia 2014 berlangsung selama 3 hari berturut-turut dari 13 Mac hingga 15 Mac bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Menampilkan persembahan hebat daripada puluhan artis bertaraf antarabangsa, festival terbesar yang dihadiri oleh peminat dari seluruh dunia ini turut menampilkan penyanyi Yunalis Zarai.

Pada malam tadi, Budiey sempat menyaksikan kehebatan DJ tersohor dunia memberikan persembahan bertenaga seperti Deadmau5, Will Sparks, Adventure Club, R3hab, Bate dan Eva T.  Selain itu beberapa pentas lain turut menyaksikan persembahan daripada DJ popular dalam dan luar negara. Lebih menarik FMFA tahun ini juga telah menarik pengunjung lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia.

Berbaki dua hari lagi, FMFA menjanjikan persembahan hebat dan buat julung kalinya, 'A State of Trance, 650 New Horizons' datang ke Malaysia dengan menampilkan barisan DJ-DJ seperti Paul Van Dyk, Arrmin Va Buuren, Markus Schulz, Omnia, Andrew Rayel dan ramai lagi.

Hari terakhir pula bakal menyaksi persembahan hebat artis antarabangsa terkenal seperti Pharrell Williama, Yuna, Naughty Boy, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.

Selain festival muzik, penganjur juga telah menyediakan pelbagai keseronokan lain dengan berkolaborasi dengan beberapa booth dari penaja.

Berikut ini gambar-gambar sekitar festival yang sempat Budiey sediakan untuk korang!

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories