RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Majlis Resepsi Aril & Puteri

Posted: 14 Mar 2014 05:40 AM PDT

Kerana kengkangan masa, penyanyi yang juga penyampai Era FM, Aril dan isterinya, Puteri terpaksa melangsungkan Majlis Resepsi Pernikahan mereka tiga bulan selepas mereka diijabkabulkan. Majlis akad nikah telah berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelantan. Sebagaimana yang kita semua maklum, isteri Aril bekerja sebagai pramugari penerbangan Saudi Arabian Airlines bernama Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, dan beliau terpaksa mengikut jadual bertugas. Begitu juga dengan Aril yang tak kurang sibuknya dengan kerja di konti radio Era dan juga sebagai pengacara. Akhirnya, pasangan ini akhirnya diraikan dengan meriah sekali.

Budiey rasa bertuah kerana Aril tidak lupa untuk melayangkan kad jemputan untuk datang menyaksikan majlis persandingannya.

Pada jam 8 malam tadi, Budiey sempat meluangkan masa untuk hadir di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk buat #liveupdate di Instagram. Majlis resepsi tentunya meriah dan hangat dengan celoteh Hanif & Dina Nadzir.

Bertemakan warna hitam & emas, majlis ini dihadiri oleh ramai selebriti. Antara yang hadir, pastinya rakan sekerja Aril di konti Era FM, Hanif, Adifashla, Ray, Dina NadzIr, Zahid & isteri, Johan Raja Lawak dan ramai lagi. Selebriti lain yang hadir, Datin Seri Tiara Jacquelina, Azwan Ali, Nita Hamzah, Serina Redzuawan, Hafiz, Akim Ahmad, Ika Nabila dan ramai lagi. Tetamu dihiburkan dengan nyanyian Hafiz duet Akim Ahmad (lagu Dealova), Nita Hamzah dan Dina Nadzir. Kepada Aril dan Puteri, Budiey ucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga ya. Terima kasih sebab sudi jemput Budiey di majlis resepsi. Semoga kalian terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam dari lensa Budiey.

Komen via Facebook

Komen

Zatul Terkejut Mohd Mentor Bebas Tuduhan Rogol

Posted: 13 Mar 2014 11:51 PM PDT

Hari ini hangat dengan berita tentang Zarul vs Mohd Mentor. Peserta program realiti tv Mentor musim keenam, Zatul mengakui terkejut dengan kenyataan Juara Mentor keempat iaitu Mohd yang mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol. Bagaimanapun Zatul enggan mengulas panjang mengenai perkara tersebut dan reda sekiranya keputusan berpihak kepada bekas teman lelakinya itu.

zatul-mentor

Zatul Mentor

"Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini. Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya."

Protege kepada Ziana Zain, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 28, menerusi sebuah portal mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol bekas teman wanitanya, Zatul. Keputusan tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis dan ia boleh dirujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika disabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.

mohd-mentor

Mohd Mentor

Sementara itu, Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) berharap, selepas ini tiada lagi mana-mana pihak media menghubunginya bagi mengulas isu tersebut.

"Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian. Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah."

Budiey: Tak pasti siapa yang salah dalam hal ini. Tak suka buat tekaan. Biarlah Allah yang tentukan. Baik dan buruk. Tuhan Maha Mengetahui.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories