RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Posted: 15 Mar 2014 07:23 PM PDT

Berita yang tersebar di dalam akhabar utama seluruh Malaysia hari ini menyebarkan khabar buruk di mana polis telah mengesahkan enam maut (tiga lelaki dan tiga wanita) termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan (melebihi dos) hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Jumaat, 15 Mac lalu. Sementara tiga lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan, tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal. Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada awal pagi 15 Mac 2014. Mereka dipercayai membeli dadah jenis syabu dari luar sebelum menggunakannya untuk berhibur di dalam stadium.

Budiey kira, kejadian tragis ini memberi kesan dan impak yang besar kepada penganjuran FMFA untuk tahun hadapan. Sudah tiba masanya, pemeriksaan yang ketat di pintu masuk konsert. Sistem tiket dan sistem pemeriksaan perlu melibatkan beberapa badan atau organisasi. Amat sedih apabila yang meninggal dunia adalah bangsa Melayu dan masih lagi remaja. Menurut pakar, apabila mengambil dadah dengan dos yang berlebihan, organ dalaman seperti jantung dan minda akan berubah.

Dipercayai, pemgambilan ini diambil untuk menjadikan remaja ini terus bertenaga, terus menari tanpa letih dan 'stay awake'. Namun, apabila badan letih, orgran seperti minda dan jantung akan berhenti berfungsi serta merta. Lagi bertambah sedih apabila ramai yang melihat tragedi kecemasan ini berlaku di tengah kekalutan dan kesedihan rakyat Malaysia menghadapi saat genting kehilangan pesawat MH370 yang melanda Malaysia dan mengejutkan seluruh dunia ketika ini.

Sementara itu, di laman sosial pula, Budiey membaca luahan hati pengunjung yang sudah beli tiket tak berpuas hati kerana mereka tidak mengambil dadah terpaksa menanggung kerugian. Rasa marah juga diluahkan kepada pengunjung yang buat onar dan yang mengambil dadah dan beranggapan mereka seperti ini menyusahkan orang lain.

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM. Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan 'Future Music Festival Asia' yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.

"Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai 'designer drug' atau dadah sintetik."

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya. Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.

Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Enam Remaja Mati Ambil Dadah Berlebihan di FMFA 2014

Komen via Facebook

Komen

Judika Teruja Mahu Penonton Puas di Konsert Judika Mencari Cinta

Posted: 15 Mar 2014 05:59 PM PDT

Pada 14 Mac 2014 lalu, telah berlangsungnya sidang media Konsert Judika Mencari Cinta di Alexis Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur. Wah, ini satu berita baik untuk peminat Judika yang menantikan persembahan solo Judika. Teringat Budiey semasa beberapa bulan sebelum ini, Budiey ada menemubual Judika di sebuah Konsert Era FM Sabah dan beliau ada memberitahu beliau akan mengadakan konsert solo yang pertama di Kuala Lumpur. Semua ini dibuat atas permintaan peminat yang mahukan kepuasan melihat Judika buat show solo dalam satu persembahan.

Saat yang ditunggu sudah tiba! JUDIKA bakal menghiburkan semua peminat di Malaysia di Konsert Judika Mencari Cinta yang akan diadakan pada 12 April 2014, hari Sabtu jam 8 malam bertempat KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur anjuran UCS Clockwork.

Artis lelaki Nombor #1 di Indonesia bakal menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu-lagu yang popular dan juga lagu terbaru beliau termasuklah lagu Mencari Cinta.

Kepada pembaca yang tidak mengenali Judika, artis versatile ini mula menapak dalam industry muzik dan menempa nama sebagai Runner-up Indonesian Idol musim kedua. Persembahan oleh raja indo pop ini akan menjadi konsert pertama beliau di Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Tenor kesukaan anda beraksi di bumi Malaysia.

Judika Mencari Cinta Konsert

Sebagai satu tribute dan memberikan penghargaan kepada lagenda rock terkenal, Amy Search, penyanyi yang terkenal dengan lagu Aku Yang Tersakiti turut menjemput Amy Search sebagai tetamu khas. Pastinya, Budiey dah tak sabar untuk melihat Judika dan Amy Search bergabung di satu pentas.

Menurut Pengarah penganjurnya UCS Clockwork, Syamil Yusof, berkata Judika mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri dan ditambah pula dengan lagu-lagu Judika menjadi siulan peminat muzik di Malaysia. Genre muzik pop rock yang dibawa juga bersesuaian dengan citarasa penggemar muzik sekarang.

"Pihak UCS Clockwork percaya Judika mempunyai peminat yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda. Saya percaya, Judika akan memberikan yang terbaik untuk kepuasan peminat dan mampu menarik peminat-peminat mereka berkumpul di bawah satu bumbung iaitu di KL Life centre menyaksikan persembahan mereka."

Tiket dijual pada harga RM98 bagi aras bawah dan RM168 untuk VIP (aras atas).

Sementara itu, selain konsert solo Judika, UCS Clockwork juga turut menganjur konsert UB40 Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 9 April 2014 dengan harga tiket RM158 (aras bawah) dan RM258 untuk VIP (aras atas).

Kedua-dua tiket konsert boleh dibeli menerusi talian Ticketpro Malaysia iaitu 03-78807999 atau di www.ticketpro.com.my atau talian hotline, 017-3555134.

Tiket juga boleh dibeli di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories