RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


50 Photos G-Dragon Taeyang Seungri Thinking Of You Fan Meeting Show

Posted: 16 Mar 2014 06:40 PM PDT

Inilah photos dan gambar-gambar yang Budiey terima… gambar sekitar G-Dragon Taeyang Seungri 'Thinking Of You' Fan Meeting Show yang berlangsung pada jam 7 malam tadi di Sunway Lagoon Surf Beach. Terima kasih Budiey ucapkan kepada penganjur IME yang sudi mengirim gambar dan menjemput Budiey.com untuk buat liputan liveupdate di event pertemuan peminat ini.

Seramai tiga orang pemenang di kalangan peminat bertuah telah berpeluang untuk bertemu dengan G-Dragon Taeyang Seungri secara eksklusif di mana peminat bertuah telah di-make-over oleh mereka.

Sebanyak 15 buah lagu dipersembahkan secara solo dan berkumpulan untuk mengubati kerinduan peminat Bigbang. Berikut adalah senarai lagu yang dinyanyikan:

Taeyang
1. Superstar
2. I Need A Girl
3. Only Look At Me
4. Ringa Linga

Seungri
5. Let's Talk About Love + Gonna Talk To U
6. Strong Baby (Remix)
7. Ggbe
8. What Can I Do

Taeyang
9. One Of A Kind
10. Go
11. Crayon
12. Crooked

All
13. Let's Talk About Love
14. Bad Boy
15. Fantastic Baby

Okay, video persembahan mereka akan diupload di Youtube Channel Budiey.com jangan lupa subscribe, okay? Sementara itu, kita tengok dulu gambar-gambar kenangan yang sempat dirakan oleh lensa jurugambar profesional ini. Kenangan manis yang pasti tak akan dilupakan oleh semua VIPs Malaysia.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Video Majlis Persandingan Resepsi Aril & Puteri

Posted: 16 Mar 2014 06:08 PM PDT

Lazimnya, pasangan pengantin akan diraikan di majlis resepsi beberapa hari selepas diijabkabulkan. Tapi tidak bagi selebriti yang bakatnya dicungkil dari Akademi Fantasia ini, Aril ini. Beliau memilih untuk mengadakan majlis resepsi tiga bulan selepas nikah atas kengkangan masa dan kesempitan waktu.

Bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu, Budiey sempat menyaksikan sendiri majlis yang meriah meraikan pasangan pengantin diadakan. Ternyata penyanyi yang juga penyampai Era FM, Khairil Azam Pilus, 29 dan isterinya, Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin, 27 ternyata bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk meraikannya bersama tetamu yang terdiri daripada keluarga, rakan-rakan dan media. Ye lah, sebagaimana yang kita tahu, isteri Aril adalah pramugari dan mereka sentiasa berjauhan. Kerana itu juga, majlis resepsi dilangsungkan selepas tiga bulan mereka bernikah.

Menurut Aril, walaupun mereka sentiasa berjauhan, namun dengan teknologi yang canggih sekarang, hubungan mereka dirasakan dekat kerana mereka sentiasa berhubung dengan Skype, Whatsapp dan bercakap melalui telefon. Aril juga turut berterima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus dalam melaksanakan majlis persandingan mereka. 

Bertemakan warna hitam dan emas, majlis yang menggabungkan elemen 'gatsby' dan suasana retro 1960-an itu dilatari dengan muzik dan lagu-lagu cinta dan semua ini diilhamkan oleh perancang majlis perkahwinan, Mike Manicka. Pelamin dan pentas pula mendapat sentuhan, Shikin Kadir manakala dekorasi oleh Anuar.

Sama cantik sama padan, pasangan ini cukup mempersonakan dengan persalinan rona champagne bertemakan era Victorian. Mereka nampak secocok sekali memukau semua hadirin saat melangkah masuk ke dewan. Aril nampak kacak dan segak dengan mengenakan sut rekaan Anuar Faizal manakala Puteri pula anggun dan memukau tetamu dengan gaun pengantin dari Pu3 Bridal yang mendedahkan bahagian bahunya. Puteri Erma ini disolek dan dirias oleh jurusolek terkenal, Syaheeda Rahman. Aril pula disolek oleh Ju Edan.

Budiey dikhabarkan, Aril dan Puteri akan diraikan sekali lagi pada 22 Mac ini di majlis resepsi di Melaka yang diadakan khusus untuk keluarga sebelah pihak keluarga Aril dan sekaligus memenuhi adat upcara sambut menantu.

Video Majlis Persandingan Resepsi Aril & Puteri

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories