RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2

Posted: 18 Mar 2014 06:13 PM PDT

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators aka pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! 

Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2? Budiey rasa, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi hebat lakonan Andrew Garfield dan Emma Stone ini. Ya, Budiey dah pun menonton trailer filem ini, ternyata filem ini mengingatkan Budiey dengan filem super hero ini yang lepas. Apa yang menariknya dalam The Amazing Spider-Man 2 kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Bercakap tentang The Amazing Spider-Man 2, baru-baru ini, WWF Singapore dan Earth Hour Global telah mengumumkan pengarah, pengeluar, dan pelakon filem paling dinanti-nantikan, The Amazing Spider-Man 2 akan dIterbangkan ke Singapura untuk meraikan acara perdana global tahun ini untuk Earth Hour, gerakan akar umbi alam sekitar terbesar di dunia di mana acara mega ini akan diadakan di The Float @ Marina Bay pada hari Sabtu 29 Mac 2014 pada jam 8:30 malam.

Paling bermakna dan mengujakan apabila pihak Sony Pictures Malaysia turut mengundang Budiey sebagai media blogger untuk buat liputan menyeluruh di acara yang penuh kejutan dan kemeriahan ini. Budiey juga rasa sangat teruja kerana dijemput dan Budiey juga berpeluang untuk menemubual pelakon The Amazing Spider-Man 2 iaitu Andrew Garfield, Emma Stone dan Jamie Foxx serta pengarah filem ini iaitu Marc Webb. Jadi, kepada anda nantikan temubual Budiey di Singapura nanti ya!

Spider-Man sebagai duta Earth Hour akan bersama bintang filem itu Andrew Garfield, Emma Stone, dan Jamie Foxx di mana mereka membantu untuk mematikan lampu seluruh mercu tanda Marina Bay, Singapura. Bintang-bintang terkenal ini juga akan memberi sokongan mereka di belakang crowdfunding Earth Hour yang baru dilancarkan dan crowdsourcing platform – Earth Hour Blue, dengan mesej kepada individu di seluruh dunia untuk menjadi Super Heroes untuk planet ini.

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

Sinopsis Filem The Amazing Spider-Man 2:

 We've always known that Spider-Man's most important battle has been within himself: the struggle between the ordinary obligations of Peter Parker and the extraordinary responsibilities of Spider-Man. But in The Amazing Spider-Man 2, Peter Parker finds that a greater conflict lies ahead. It's great to be Spider-Man (Andrew Garfield). For Peter Parker, there's no feeling quite like swinging between skyscrapers, embracing being the hero, and spending time with Gwen (Emma Stone).

But being Spider-Man comes at a price: only Spider-Man can protect his fellow New Yorkers from the formidable villains that threaten the city. With the emergence of Electro (Jamie Foxx), Peter must confront a foe far more powerful than he. And as his old friend, Harry Osborn (Dane DeHaan), returns, Peter comes to realize that all of his enemies have one thing in common: OsCorp. Directed by: Marc Webb Screen Story and Screenplay by: Alex Kurtzman & Roberto Orci & Jeff Pinkner Based on the Marvel Comic Book by: Stan Lee and Steve Ditko Produced by: Avi Arad Matt Tolmach Executive Producers: E. Bennett Walsh Stan Lee Alex Kurtzman Roberto Orci Cast: Andrew Garfield Emma Stone Jamie Foxx Dane DeHaan Campbell Scott Embeth Davidtz Colm Feore with Paul Giamatti and Sally Field

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 20 keping tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
29 April 2014 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.15 malam

Tempat:
TGV 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

Sebanyak 20 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2 di TGV 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/SonyPicturesMalaysiaa & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

Soalan 1:

Dimanakah Earth Hour yang akan dihadiri oleh pelakon The Amazing Spider-Man 2 akan berlangsung

Soalan 2:

Namakan pelakon yang akan ditemubual oleh Budiey di Singapura

Soalan 3:

Namakan duta Earth Hour 2014

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

The Amazing Spider-Man 2

dengan tajuk email: Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2

Tarikh tutup peraduan:
10 April 2014

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 6 Mac 2014.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Sony Pictures Malaysia : www.youtube.com/SonyPicutresMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

Komen via Facebook

Komen

Pesta Muzik World Tour Life in Color Kuala Lumpur Dibatalkan?

Posted: 18 Mar 2014 04:46 PM PDT

Berikutan berlakunya tragedi enam remaja mati semasa melayan Future Music Festival Asia 2014 yang lalu, ada ura-ura khabar angin mengatakan satu lagi pesta muzik ala party rave yang sama bakal diadakan pada hari ini akan turut dibatalkan. World Tour Life in Color Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Go Kart Circuit, Sepang International Circuit itu adalah pesta anjuran Future Sound Asia & Zouk Kuala Lumpur yang unik bertemakan paint party disambut di seluruh dunia termasuklah di California, New York, Rio Rancho dan Philadelphia. Dikatakan Life in Color ini adalah paint party yang terbesar di dunia di mana menjemput DJ-DJ yang popular seperti Bate, DJ Formative, Firebeatz, Goldfish & Blink dan ramai lagi.

Life in Color ini

Antara yang membantah konsert ini ialah Pemuda PAS Selangor. Tidak dapat dinafikan ada yang berpendapat dengan muzik trance dan gaya persembahan serta konsep pesta ini yang nampak begitu keterlaluan sehingga ada yang berpakaian sepah bogel kemungkinan besar pasti akan ada pengunjung yang khayal serta dipercayai akan ada pengambilan dadah untuk memastikan diri mereka sentiasa bertenaga dan tidak letih.

Apa yang uniknya, pesta muzik ini bukan sekadar muzik malah menggunakan warna sebagai satu tema konsert ini berlangsung. Jika dilihat dalam sebuah video promo di Youtube, pesta muzik trance ini memberikan gambaran yang jelas tentang apakah yang akan berlaku. Anda boleh saksikan sendiri.

Budiey perhatikan di laman sosial media sekarang ini, ramai yang membantah penganjuran ini setelah apa yang telah menimpa remaja di FMFA minggu lalu. Ramai yang berpendapat, sudah tiba masanya kerajaan atau menteri agar menapis dulu setiap permohonan untuk mengadakan konsert yang melalaikan seperti ini.

Ada banyak sebab mengapa konsert ini seharusnya dibatalkan. Pertama, ketika mana kita semua sedang bersedih dengan kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri. Kata mereka, kerajaan jangan terlalu ghairah untuk menggamit kunjungan pelancong dari luar negara semata-mata dengan penganjuran pesta muzik liar seperti ini. Tak kurang ada yang menggesa supaya konsert ini tidak memberi faedah langsung kepada negara yang menjadi agama Islam sebagai agama rasmi.

Apa-apa pun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penganjur Future Sound Asia dikeluarkan.

Budiey sebagai pemerhati dalam dunia seni hiburan turut menyokong pesta muzik ini dibatalkan. Apa pendapat anda semua dalam hal ini?

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories