RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia

Posted: 19 Mar 2014 09:45 AM PDT

Salam semua, kepada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Berita yang Budiey baru terima, Bob Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin, salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Nowseeheart telah meninggal dunia pada jam 12:04 tengah malam tadi (20 Mac 2014) di Hospital Selayang kerana sakit lemah jantung.

Firdaus NSH atau mesra dipanggil Bob dikhabarkan berada dalam koma pada petang tadi. Dikhabarkan juga jantungnya sangat lemah dan terlalu banyak air dalam badan.

bob-nowseeheart

Pada awal tahun 2013, Firdaus telah berundur diri daripada Nowseeheart atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Pengunduran Firdaus daripada kumpulan Nowseeheart agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.

Berita ini disampaikan oleh Mujahid, bekas ahli kumpulan Nowseeheart di Facebook milik beliau.

Innalillah..bob…semoga damai disisiNya… I missed him… – Mujahid

Kumpulan nasyid Saujana juga turut mengemaskini Facebook mereka dengan doa dan sedekahkan Al-Fatihah:

Innalillahi wa innailaihi raji'un… Allah lebih menyayangi sahabat kita Firdaus Baharuddin (Bob Nowseeheart) dan memanggil beliau pulang ke pangkuanNya jam 12.04 tgh malam. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.  Al-Fatihah. – Saujana

Moga ahli keluarga dan rakan seperjuangan Nowseeheart tabah di dalam menempuh ujian ini.

Budiey ingin ucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.

Nowseeheart

Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Estranged Bakal Jelajah Tokyo, Osaka & Nagoya

Posted: 19 Mar 2014 07:49 AM PDT

Diam-diam ubi berisi. Itulah perumpamaan kepada empat jejaka, Rich, Din, Hanafi dan Andy, yang dikenali sebagai Estranged. Seperti mengamalkan peribahasa ini, kebanyakan aktviti Estranged dijalani secara diam namun cukup terancang.

estranged

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 yang terkenal dengan lagu "Itu Kamu", "Yang Pernah" dan "Aurora" ini bakal membawa muzik yang mereka percayai jauh ke negara matahari terbit. Ditaja sendiri, ini merupakan sebuah usaha Estranged untuk membawa muzik mereka ke pasaran baru, dan untuk kali ini ke Jepun.

Nampak seperti sepi seketika daripada dunia hiburan tanah air, hakikatnya grup yang baru sahaja meriliskan album "Greatest Hits" ini sering sibuk memenuhi persembahan di acara-acara tertutup. Malah waktu yang 'senyap' ini dipenuhi dengan persediaan rapi dengan menjalani latihan atau lebih tepat sesi jamming untuk beraksi di Jepun kelak.

Sebagai informasi, Estranged akan melakukan siri jelajah ke tiga buah kota di Jepun iaitu Tokyo, Osaka dan Nagoya. Pengalaman dan pembelajaran berharga ini sudah pastinya akan dikongsi bersama-sama band-band tempatan Jepun untuk rangkaian lima buah gig yang membuahkan rasa semangat dalam jiwa bermuzik mereka.

"Kami memang berasa seronok dapat melakukan gig di Jepun. Mudah-mudahan segala usaha dan kerja keras kami dapat menghasilkan sesuatu yang positif. Harapan kami, agar muzik kami dapat menembusi pasaran baru dan pada masa yang sama kami dapat belajar dari pengalaman yang akan ditimba sepanjang 9 hari di sana," ujar Rich yang merupakan vokalis kumpulan ini.

14 April – Live labo Yoyogi, Tokyo

15 April – Imauke Club 3Star, Nagoya

16 April – Shinsaibashi Atlantis, Osaka

18 April – Otsuka Hearts, Tokyo

20 April – Meguro Rockmaykan, Tokyo

Bakal beraksi sepanjang 30-45 minit di setiap gig, Estranged akan membawakan sekitar lapan ke sembilan buah lagu yang sudah tentunya dipetik daripada album In Hating Memory, Remain Unknown, & Anugerah Hidup.

"Siri jelajah gig ini adalah usaha dan pelaburan Estranged sendiri dengan harapan yang tinggi untuk memperkenalkan muzik kami kepada orang Jepun. Walaupun hanya dapat menambat hati seorang rakyat Jepun, itu sudah memadai. Kalau dapat lebih ramai, itu akan menjadi bonus besar buat kami," ujar Estranged. Sesungguhnya kata-kata itu kedengaran melucu tetapi memang ada kebenarannya.

Estranged

Estranged

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories