RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sarimah Ibrahim Hangat Bercinta Dengan Kerabat

Posted: 20 Mar 2014 01:37 AM PDT

Penyanyi dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim telah mengaku kepada media yang dia kini sedang bercinta dengan seorang jejaka Melayu berstatus kerabat diraja, Tunku Nadrzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, sejak tiga bulan lalu. Kalau nak tahu, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar adalah salah seorang cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10. Wow, bestnya.

Sarimah Ibrahim ditemui media ketika sidang media kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) anjuran stesen radio Mix FM. Menariknya, Sarimah akan hadir dan ditemani oleh buah hatinya di majlis makan malam ini. Kempen #DSS yang diperkenalkan stesen Radio MIX FM bagi memberi laluan kepada pendengar untuk menyertainya dan pemenang berpeluang untuk makan malam bersama Sarimah Ibrahim.

Sarimah Ibrahim Hangat Bercinta Dengan Kerabat

Menurut penyampai radio Mix FM ini, keikhlasan Nadrzimuddin membuatkannya terpikat dengan lelaki tersebut dan berharap agar kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu jodoh bersama. Walaupun kekasihnya itu mempunyai latar belakang daripada golongan diraja, namun Tunku Nadzimuddin seorang jejaka yang ringkas dan peramah.

Bercakap kepada mStar online, Sarimah berkata, ini merupakan kali pertama dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa Melayu memandangkan sebelum ini hanya jejaka Inggeris menjadi pilihan hatinya.

Sarimah Ibrahim Hangat Bercinta Dengan Kerabat

"Mungkin apabila usia semakin matang, saya lebih mencari keselesaan dan keserasian dalam menjalinkan hubungan cinta. Pengalaman bercinta juga berkahwin dengan lelaki berbeza budaya bukannya mudah. Sukar untuk kita menyesuaikan diri. Saya agak gementar untuk memperkenalkan Tunku Nadzimuddin kepada pihak media. Maklumlah apabila mengenang kembali apa yang terjadi dengan perkahwinan saya sebelum ini. Tapi apa yang harapkan semoga semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Alhamdulillah, akhirnya hati saya melekat pula dengan lelaki Melayu. Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama."

Sarimah sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki berbangsa Australia, Amir Andrew Browning Abdullah namun bercerai pada tahun 2009. Sarimah juga pernah menjalani hubungan cinta dengan jejaka kelahiran Perancis bernama Guillaume, bagaimanapun terputus di tengah jalan.

Sarimah Ibrahim Hangat Bercinta Dengan Kerabat

Sarimah Ibrahim

Komen via Facebook

Komen

Ezlisa Loy Dapat Keputusan SPM Cemerlang 7A 2B

Posted: 20 Mar 2014 01:02 AM PDT

Tahniah buat pelakon yang juga adik beradik kepada Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy yang telah berjaya mendapat 7A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan hari ini.  Cemerlang tu! Berita dikhabarkan oleh Elfira Loy di Instagram miliknya.

Beliau merupakan salah seorang penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2). Ezlisa Loy melahirkan rasa gembira, lega dan bersyukur sebaik sahaja mengetahui dia mendapat keputusan.  Ezlisa atau nama sebenarnya Nurul Eslisa Loy Ahmad Sabri memperolehi 'A' dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam juga Sejarah dan 'B' dalam matapelajaran Biologi dan Kimia. Fuh, mantap dah tu keputusan SPM Ezlisa ni.

Ezlisa Loy

"Bila saya sampai sekolah tadi, aya terus jumpa cikgu dan cikgu ucap tahniah pada saya, katanya keputusan saya bagus. Tapi masa tu saya tak tahu lagi keputusan saya. Kemudian saya berjumpa dengan seorang lagi cikgu saya. Cikgu tu terus peluk saya dan dia menangis. Kemudian saya pergi ambil keputusan saya. Tapi saya tak terus tengok. Saya terus lari ke kereta dan tunjukkan pada ibu saya. Lepas tu saya dengan ibu saya terus menjerit gembira. Alhamdulillah saya dapat keputusan yang baik. Saya gembira sangat."

Tambah pelakon yang pernah mucul dalam drama 'Debunga Lalang' ini, dia juga sudah memberitahu kepada ayahnya. Sebagai meraikan kejayaannya itu, malam ini mereka sekeluarga akan keluar makan bersama.

"Saya pun dah beritahu ayah saya. Ayah janji malam ni nak bawa keluar makan dan saya boleh minta apa saya yang saya inginkan daripadanya. Tapi buat masa ini saya tak fikir lagi nak minta apa daripada ayah saya."

Dalam pada itu Ezlisa juga meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kakaknya pelakon Elfira Loy. Katanya, Elfira antara orang paling teruja bila mengetahui keputusan SPM-nya. Malah selama ini kakaknya itu banyak membantunya dalam pelajaran.

"Kakak paling teruja sekali. Saya berterima kasih kepada dia kerana selama ni dia memang banyak membantu saya dalam pelajaran. Dia yang bayarkan yuran tuisyen saya. Malah bila tahu saya dapat 7A, dia terus tanya saya nak belajar di universiti di mana sebab dia nak tanggung semua yuran pembelajaran saya nanti."

Lantas ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Esliza berkata dia sudah memperlahankan aktiviti lakonan. Sebaliknya mahu fokus pada pelajaran dan cita-citanya ingin menjadi seorang doktor gigi.

"Saya dah tak ambil sangat tawaran brlakon, memang saya nak perlahankan aktiviti lakonan saya. Saya nak tumpukan pada pelajaran saya selepas ni kerana lepas ni mesti lagi susah dan saya haru belajar bersungguh-sungguh. InsyaAllah, saya merancang nak melanjutkan pelajaran di luar negara, nak ambil A Level dulu. Saya nak ambil jurusan doktor pergigian." – Sumber: Malaysian Digest

Dah tahu keputusan SPM korang? Jom kongsikan kat sini. :)

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories