RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


E! News Asia Special Singkap Rahsia Lisa Surihani

Posted: 21 Mar 2014 10:46 PM PDT

Pada hari Khamis yang lalu, 20 Mac lalu telah berlangsung sidang media pelancaran Program E! News Asia Special Lisa Surihani di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Selain Lisa Surihani, turut hadir Timbalan Presiden Pembangunan Rangkaian dan Pengedaran NBCU Asia Pacific, Ramez Sheikh.

Program hiburan popular E! News Asia buat pertama kalinya menampilkan selebriti Malaysia iaitu pelakon terkenal Lisa Surihani dalam episod istimewa yang akan disiarkan pada 30 Mac ini. Lisa menyifatkan tawaran tersebut sebagai satu penghargaan terhadap dirinya sebagai anak seni.

Lisa Surihani

"Saya tidak menyangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia dan menganggap ia satu penghormatan terbesar. Lebih menarik dalam episod khas ini akan mendedahkan beberapa perkara tentang diri saya dari perspektif ahli keluarga dan rakan terdekat yang mana masyarakat di luar tidak tahu. Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya. Dalam episod khas ini akan mendedahkan beberapa perkara tentang diri saya dari perspektif ahli keluarga, suami dan rakan terdekat yang mana masyarakat di luar tidak pernah tahu tentang diri saya. Saya teruja nak dengar apa kata orang-orang yang dekat dan penting dalam hidup saya ini mengenai saya. Sebenarnya saya ada juga cuba memujuk suami, bertanya pada dia apa soalan yang di tanya E! News kepadanya tentang saya. Tapi suami saya tidak mahu memberitahu sebaliknya dia berkata, nanti tengok lah…"

Program E! News Asia Special Lisa Surihani akan bersiaran pada 30 Mac ini pukul 10 malam di Astro Channel 712.

Selayaknya, memang Lisa seorang yang cantik, peramah, suka merendah diri sekaligus aktres ini cukup di senangi ramai. Lantas oleh kerana perwatakan dimilikinya itu, Lisa Surihani selayaknya digelar 'buah hati' para peminat tanah air.

Sementara itu, mengulas tentang reaksi suaminya pengarah filem Yusry Abdul Halim, Lisa berkata, Yusry turut terlibat dalam sesi temubual tersebut.

"Ketika diberitahu tentang program ini, Yusry menyokong dan bersetuju untuk terlibat sekali. Mereka bertanyakan beberapa perkara tentang saya, namun dia tidak memberitahu apakah soalan yang ditanya itu. Sejujurnya kadang-kadang saya terlupa yang saya seorang selebriti. Sebagai contoh, kalau saya sedang berjalan di pusat membeli-belah, kemudian jika ada orang yang menghampiri saya dan mahu mengambil gambar bersama, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah mereka ini saudara mara saya di sebelah siapa? Sebelah ibu atau ayah saya? Bila lama sikit baru saya sedar yang mereka ini peminat.."

Selain itu, rakan artis seperti pelakon Liyana Jasmay, Nur Fazura, dan Aaron Aziz turut tampil dalam sesi temuramah tersebut.

Sebelum ini, E! News Asia Special telah menampilkan beberapa artis popular Asia seperti Aaron Aziz daripada Singapura, Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina).

E! today announced, Lisa Surihani as the first Malaysian to be featured in her very own E! News Asia Special, premiering March 30 at 10 pm (Astro Channel 712). E! will give fans an exclusive insight into the life of Lisa Surihani; model, actress and Malaysia's sweetheart with over four million followers on Facebook and Twitter combined, and a fan base that is growing by the day.

E! News Asia Special: Lisa Surihani premieres on Tuesday, March 30. Only on E! (Astro Channel 712) at 10pm

E! News Asia's Marion Caunter uncovers Lisa Surihani's story whilst on a "guerilla" date in the heart of Kuala Lumpur; her humble beginnings in the showbiz industry at the age of eleven, right through to her coveted position as one of Asia's rising stars today.

"E! is about celebrity and Lisa is a Malaysian icon – we couldn't be more delighted to collaborate on this E! News Special and bring her story to our viewers. As the leader in pop culture it is important that we create local programming that resonates with our audience – Lisa fits our profile perfectly" said Christine Fellowes, Managing Director of NBC Universal, Asia Pacific.

Lisa joins other regional entertainment powerhouses like Jay Park from South Korea; Aaron Aziz from Singapore and Anne Curtis from the Philippines in getting her very own E! News Asia Special.

In constant demand in the local film industry, Lisa counts a 2007 win for Best New Actress at the Malaysian Film Festival among her many accolades, she also took home awards for Best Actress at the 23rd Malaysian Film Festival Award in 2010 and DIVA Universal's High Heeled Warrior Award under the "Arts & Entertainment" category in 2013.

"Lisa Surihani is testament to the wealth of talent in Malaysia and Astro is committed to working with these artistes to create more opportunities for them. This starts from actively identifying the talent to developing and managing them. We are proud of Lisa's achievements and E!'s coverage of Lisa's amazing journey can now be shared with a regional audience" said Agnes Rozario, Vice President, Content Group, Astro.

E! News Asia Special: Lisa Surihani is set to grant viewers a never-before-seen peek into the life of the bubbly girl next-door, speaking to Lisa's closest friends, colleagues and most trusted confidants. As well as discovering the 'real' Lisa that emerges when the cameras aren't rolling, behind the glitz and glamour, and exploring her family's important role in shaping her rising stardom. E! also delves into the rock-solid marriage of Lisa and Yusri (KRU), a union that is often referred to as the strongest marriage in Malaysia's showbiz scene.

About Universal Networks International

Universal Networks International, the international channels division of NBCUniversal, is one of the world's premier entertainment portfolios, delivering quality content and compelling brands to over 176 territories across Europe, the Middle East, Africa, Latin America and Asia Pacific. The brands in the portfolio include Universal Channel, Syfy, 13th Street, Studio Universal, E! Entertainment Television, The Style Network, DIVA Universal, Telemundo and Golf Channel. These unique brands deliver a full range of entertainment experiences to local audiences across the globe. Universal Networks International also operates Movies 24. Further, NBCUniversal News Group, one of the most influential and respected portfolios of on-air and digital news properties in the world, operate CNBC and NBC News internationally. Universal Networks International is a division of NBCUniversal, one of the world's leading media and entertainment companies in the development, production, and marketing of entertainment, news, and information to a global audience. NBCUniversal owns and operates a valuable portfolio of news and entertainment television networks, a premier motion picture company, significant television production operations, a leading television stations group, and world-renowned theme parks. NBCUniversal is owned by Comcast Corporation.

Komen via Facebook

Komen

Zombi Kilang Biskut Prihatin Kehilangan MH370

Posted: 21 Mar 2014 09:43 PM PDT

Sabtu, 8hb Mac, merupakan satu detik yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia, apabila pesawat MH370 berserta 239 penumpang, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, menuju ke Beijing, telah hilang tanpa dikesan, sehingga kini.

Bagi pengarah, juga pelakon filem Zombi Kilang Biskut yang akan ditayangkan pada 20 mac ini, telah mengambil kesempatan, ketika jelajah promosi filem berkenaan di Perak, untuk meningkat kesedaran orang ramai, dalam bersatu, untuk mendoakan keselamatan MH370 dan penumpangnya.

Poster Filem Zombi Kilang Biskut

Bertempat di UTC Ipoh, pengarah, Mamat Khalid, juga pelakon-pelakon filem tersebut, Awie, Usop Wilcha, Eina Azman, Dalimawati, dan Wani NS, telah bertemu dengan orang ramai yang mendapatkan pelbagai khidmat kerajaan di situ, dengan mempromosikan filem juga meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kehilangan pesawat penerbangan Malaysia itu.

"Abang cukup simpati dengan apa yang berlaku. Bagi abang, rakyat Malaysia harus bersatu dan terus berdoa, atas keselamatan penumpang dan pesawat. Ini merupakan satu peristiwa yang cukup memberi kesan kepada kita semua, dan abang berharap, agar penumpang juga pesawat tersebut ditemui dengan selamat," kata Mamat Khalid ketika ditemui.

Bagi Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha pula berkata:

"Dalam situasi yang cukup genting ini, kita harus ketepi sebarang perbezaan atau fahaman politik. Kita memerlukan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia," jawabnya kala ditanya mengenai isu perbezaan politik dalam menangani hal ini.

Cukup dikenali sebagai Husin, dalam filem-filem terdahulu, Awie, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan. Kata Awie, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertugas dalam operasi ini. Bukan sahaja petugas dari negara kita (Malaysia) tetapi negara lain yang terlibat. Ini menunjukkan kita mempunyai hubungan baik dengan negara-negara lain."

Zombi Kilang Biskut, terbitan Enjit Semut Sdn Bhd, kini sudah mula ditayangkan di 88 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Awie, Usop Wilcha, Shuk Balas, Eina Azman, Dayana Roza dan ramai lagi. Dengan kos sebanyak RM 1.7, Zombi Kilang Biskut diedarkan oleh TGV Pictures.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories