RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sharifah Sakinah Jawab Isu Tayang Perut Six Pack di Instagram

Posted: 22 Mar 2014 06:48 PM PDT

Menjadi selebriti, pastinya setiap gerak geri menjadi perhatian. Tambahan pula bila sesuatu yang dibuat itu agak luar biasa dan jarang dibuat orang. Itu yang berlaku pada selehriti Sharifah Sakinah yang sentiasa menjadi perhatian kesan dari tindak tanduknya yang selalu bikin kontroversi. Baru-baru ini, pelakon berusia 25 tahun ini mendapat cemuhan dan kritikan gara-gara memuat naik gambar perut six pack di laman Instagram miliknya. Sakinah menegaskan perkara itu tak perlu diperbesarkan kerana gambar tersebut tidak mengghairahkan. Malah, beliau rasa gembira usahanya itu membuahkan hasil apabila ramai yang berkongsi perubahan bentuk badan mereka terutama pada bahagian perut.

sharifah-sakinah-seksi

Kontroversi Tayang Perut Tidak Jejas Reputasi

Walaupun pada awalnya dia sendiri mencetuskan sikit kontroversi namun tidak menjejaskan perjalanan programnya itu. Adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira ini ditemui pada majlis bacaan skrip filem 'Pekak' di Sri Pentas, semalam.

Rasanya, ramai yang tahu, sejak dua bulan aktres Sharifah Sakinah aktif dengan program rutin senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah yang sering diadakan di KLCC. Apa yang menggembirakan pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ini apabila programnya itu semakin mendapat sambutan peminat dalam tempoh singkat ini.

"Fitness Sakinah semakin dapat sambutan dan semakin ramai yang mengikuti program kami. Ada yang datang sebab sekadar nak bergembira. Ada yang datang memang menunjukkan kesungguhan mereka nak kurus dan sihat. Seronok bila ada yang capai sasaran, mereka dah kurus. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing. Tujuan saya memuatnaik gambar itu hanya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa semua orang mampu kurus. Gambar tu tak mengghairahkan pun jadi tak perlu perbesarkan isu ini."

Sharifah-Sakinah-Tahu-Soal-Aurat-Tapi

Fitness Sakinah Dapat Sambutan Hangat

Sharifah Sakinah juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.

Dalam masa sama Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti. Tetapi tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan menerusi programya itu.

"Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut."

Selain itu Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan cuma tidak serancak dahulu. Pun begitu, Sakinah tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut.

"Sebenarnya saya dah mula kurang ambil tawaran berlakon sebab nak beri tumpuan pada program ni. Misalnya dalam sebulan, saya peruntukkan 20 hari untuk jalani penggambaran dan 10 hari saya fokus pada fitness. Tapi saya tak akan berhenti berlakon. Sebaliknya nama saya sebagai artis platform untuk menarik orang ramai sertai program ini."

Filem Pekak yang menjadi filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd itu bakal menjalani penggambaran mulai minggu hadapan.

Perkembangan lain, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness. Mensasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa tersebut, selain senaman turut diadakan pelbagai aktiviti kecergasan lain dalam tempoh tiga bulan.

files.php-13

Komen via Facebook

Komen

Alyah Tangguh Lancar Single Sesal Separuh Nyawa | MH370

Posted: 22 Mar 2014 06:18 PM PDT

"Berikutan operasi mengesan pesawat MH370 masih giat dilakukan Malaysia dengan bantuan negara lain, Alyah rela menangguhkan hasrat muncul dengan lagu baharu."

— Alyah

Demi menghormati sensitiviti keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang belum ditemui hingga hari ini, penyanyi Alyah menangguhkan pelancaran single terbaharunya yang berjudul 'Sesal Separuh Nyawa'. Alyah begitu simpati dan empati dengan nasib yang menimpa pesawat tersebut dan mendoakan agar pesawat itu ditemui secepat mungkin.

"Berikutan operasi mengesan pesawat MH370 masih giat dilakukan Malaysia dengan bantuan negara lain, Alyah rela menangguhkan hasrat muncul dengan lagu baharu."

Single yang berlatarkan kisah cinta tak kesampaian itu, sepatutnya dilancarkan bulan ini. Namun, Alyah cukup tersentuh dengan insiden kehilangan MH370 hingga enggan meneruskan perancangan awal mempromosikan lagu baharunya itu.

Budiey: Tak sanggup nak batalkan trip untuk ke Singapura minggu depan. Nak jumpa Spider-Man punya pasal.

ALYAH

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories