RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sharifah Sakinah Perkenal Baju T Guna Tagline Bontot?

Posted: 25 Mar 2014 05:39 PM PDT

Nama Sharifah Sakinah seakan sinonim dengan style yang pelik, unik dan kadang-kadang ia dikategorikan sebagai memberahikan. Umum dah tahu, adik kepada Sharifah Shaheera ini sibuk dengan aktiviti senaman membuang lemak dan melangsingkan badannya, FITNESS SAKINAH. Tak caya, boleh tengok gambar-gambar meletop Sakinah di Instagram. Budiey pun rasa nak join untuk buang segala lemak yang ada kat perut ni. Makin boncit pulak rase. Nak jugak timba ilmu dan tips macamana nak kurus dan langsing macam Sakinah.

Setelah menjawab isu tayang perut 6 packs di Instagram, pelakon dan selebriti yang sensasi ini telah memperkenalkan beberapa t-shirt untuk program kecergasannya sendiri Fitness Sakinah. Namun, apa yang menjadi isu apabila Sakinah menggunakan perkataan yang pelik atau dianggap lucah oleh sesetengah dari kita dan ada juga yang anggap tagline itu tak sesuai bagi orang Timur.

Sharifah Sakinah

Contoh tagline berbunyi "Cantik Tak Bontot Saya dan juga 'Jogging Sampai Kentut'. Dikhabarkan baju T ini akan diedarkan dan dijual kepada peserta program serta peminat setia Sharifah Sakinah. Mmm, pandai betul Sakinah curi perhatian dengan menggunakan tagline seperti ini. Satu strategi pemasaran yang berkesan. Bukan apa, kalau buat tagline yang biasa-biasa, ada blogger atau media nak jadikan bahan? Ada? Takde nyeh!

Sebenarnya, bagi Budiey tagline macam ni biasa je, kita pun guna dalam percakapan harian kan? Tipulah jika korang tak pernah guna perkataan ni sebab seharian kita duk sebut. Betul tak? Ada tak sehari korang tak pernah kentut, ada? Namun, tagline itu kemudian dikecam peminatnya di Instagram kerana tidak bersesuaian dengan program yang mensasarkan golongan wanita dan ia bakal menarik perhatian ramai terutama kaum Adam untuk memandang bentuk punggung si pemakai baju.

Budiey: Suka makan sup bontot. Mmm, rasa nak makan sup bontot kat Singapura esok. Yeay, Singapore… kau tunggu aku datang! Jom follow hashtag #BudieyMeetTheAmazingSpiderMan2 di sosial media untuk ikuti perjalanan dan pengalaman Budiey bertemu dengan pelakon The Amazing Spider-Man 2 kat Singapura!

Kepada pembaca dan Budieyators kat Singapore, apa lagi, jom la jumpa lepak-lepak!

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

Komen via Facebook

Komen

KRU Music Umum Penundaan Konsert KITA 20 FORTEEN

Posted: 25 Mar 2014 08:30 AM PDT

Nampaknya semakin banyak konsert dan acara hiburan telah mengambil keputusan untuk ditunda. Tidak kurang ada yang dibatalkan terus seperti yang terjadi pada Konsert Twin Towers @live di Plaza PETRONAS. Selepas Budiey siarkan penundaan Pelancaran & Showcase Album Maya Karin – Teka-Teki dan juga Persembahan TERINDAH… ANUAR ZAIN pada petang tadi, malam ini, Budiey mendapat berita, Konsert KITA 20FORTEEN pula ditunda.

Wah, kalau buat juga Budiey tak dapat hadir sebab pada masa tu, Budiey sibuk berada di Singapura untuk Media Junket The Amazing Spider-Man 2 di Singapura dan menghadiri Earth Hour Countdown. Nasib baik ditunda!

Satu tindakan yang bagus dan harus dipuji dan ini bersesuaian bagi menghormati kesedihan negara menghadapi saat kedukaan ini. Keputusan ini diumumkan oleh penganjur, KRU Music sebagai penganjur bagi menghormati tragedi yang menimpa pesawat MH 370. Syabas buat KRU Music Sdn. Bhd. dan Forteen yang melahirkan rasa simpati kepada semua yang terlibat. Dengan dukacita mengambil keputusan mengumumkan penundaan konsert KITA 20FORTEEN yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu ini, 29hb Mac 2014 ditunda kepada 26hb April 2014.

konsert

"Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kejadian yang menimpa penumpang dan anak-anak kapal MH 370, kami merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan konsert KITA 20FORTEEN yang dijadualkan pada 29hb Mac 2014, disaat kita masih lagi dalam keadaan berduka dan harapan kami masih berterusan bersama yang lain agar usaha pencarian yang sedang giat dilakukan akan berjaya," – Norman Abdul Halim, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music.

Penundaan ini melibatkan ramai pihak dan bakal menimbulkan kesulitan terutama kepada pembeli tiket konsert KITA 20FORTEEN, tetapi pihak kami amat berharap agar mereka yang terlibat dapat memahami dan menghormati keputusan ini.

Forteen yang sedang giat berlatih untuk menjayakan konsert pertama mereka turut redha dengan keputusan yang diambil malah melahirkan rasa simpati kepada penumpang, anak-anak kapal MH 370 dan keluarga mangsa yang terlibat untuk sentiasa tabah dan berdoa.

"Kami berasa tidak sedap hati untuk meneruskan persembahan disaat kita masih bersedih dan kami bersetuju dengan penundaan ini, sementara itu kami juga ingin meminta maaf kepada semua peminat sekiranya penundaan ini telah menimbulkan sebarang permasalahan disebabkan ada diantara mereka yang telah melakukan perancangan awal bagi menghadiri konsert kami terutama kepada peminat kami di luar dari Kuala Lumpur" – Ariz mewakili rakan Forteen yang lain.

Tarikh baru yang dipilih untuk konsert KITA 20FORTEEN adalah pada 26hb April 2014 (Sabtu), bertempat di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail.

Kepada orang ramai yang telah membeli tiket Konsert KITA 20FORTEEN yang bertarikh 29hb Mac 2014 mereka masih boleh menggunakan tiket tersebut pada 26hb April 2014 dan kepada mereka yang ingin memulangkan tiket yang telah dibeli sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.

LIKE: https://www.facebook.com/officialforteen

Forteen Bakal Adakan Konsert KITA 20 FORTEEN

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories