RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Red Carpet The Amazing Spider-Man 2 Gamatkan Peminat Singapura

Posted: 31 Mar 2014 07:27 PM PDT

Bersesuaian pelantikan sebagai duta superhero yang pertama untuk Earth Hour secara global, bintang ikonik yang tersohor seluruh dunia ini disambut meriah di Karpet Merah Meet & Greet The Amazing Spider-Man 2 di Skating Rink, Marina Bay Sands, Singapura pada petang Khamis lalu.

Kehangatan sambutan di acara Earth Hour Countdown yang berlangsung di The Float, Marina Bay pada 29 Mac 2014 lalu membuktikan Spider-Man menjadi superhero nombor satu dunia. Setuju tak?

Sebelum red carpet berlangsung, Budiey lihat ramai peminat perlu beratut di Marina Bay Sands lebih awal untuk mendapatkan pass mereka yang dibuka seawal jam 12 tengah hari. Seramai 250 peminat pertama telah diberi secara percuma Blu-ray filem The Amazing Spider-Man". Cool giler!

Apa yang pasti, lokasi The Skating Rink telah ditransform dengan hamparan untuk laluan karpet merah dan dihampar karpet warna hitam dengan beberapa sekatan dan laluan. Dihujung satu sudut berhadapan dengan karpet merah ini ada sebuah pentas yang mendatar panjang dengan logo besar "Spider-Man". Berdekatan dengan pentas didirikan sebuah pondok khas untuk mempromosikan filem dan dimeriahkan dengan beberapa orang lelaki yang menyarungkan kostum Spider-Man untuk membuatkan pembeli teruja dan pejalan kaki di sekitar The Shoppe ini.

Pada jam 6 petang, barisan di luar Skating Rink telah dibuka untuk mereka yang mempunyai pass akses. Di situ, ada yang sanggup berdiri agak lama juga sebelum diiringi terus ke dalam lokasi Meet & Greet.

The Amazing Spider-Man 2

Sekumpulan kanak-kanak dari MINDS (sebuah organisasi khas untuk golongan orang kurang upaya) telah dijemput khas oleh Marina Bay Sands untuk menyaksikan acara ini. Budiey lihat mereka pun teruja nak jumpa pelakon dan telah dibenarkan masuk keutamaan di dalam kawasan khas itu.

Dua skrin besar disediakan untuk pengunjung yang terhalang pandangan mereka dan turut diselitkan juga dengan paparan daripada Twitter yang memaparkan hashtag #SpiderMan.

Acara red carpet ini dihoskan oleh dua orang penyampai radio 98.7 FM iaitu DJ Justin dan Vernon yang menurut kata kawan-kawan Budiey di Singapura, mereka berdua adalah antara penyampai radio paling terkenal dan terbaik. Justin dan Vernon sentiasa digandingkan bersama dalam beberapa acara sebelum ini. Tak hairanlah mereka dilihat serasi dan berjaya mengendalikan acara ini dengan baik.

Barisan pelakon utama, Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx, dan pengarah Marc Webb yang sepatutnya muncul di atas permaidani merah jam 6 petang terpaksa ditangguhkan hingga 7 malam. Namun, acara diselit dengan beberapa lelaki yang menyamar menjadi Spider-Man membuat lompatan dan kelihatan berkeliaran membuat aksi spontan sikit sebanyak membuatkan peminat rasa tak sabar menantikan buggy yang membawa pelakon muncul di depan mata.

The Amazing Spider-Man 2

Sekitar 7:30 malam tetamu pertama yang muncul ialah penerbit ekskutif, Matt Tolmach diperkenalkan dan diikuti oleh pengarah Marc Webb, dan kemudian suasana bingit dengan sorakan kuat daripada penonton, bertenaga saat munculnya Jamie Foxx. Sejurus selepas 10 minit, pelakon Emma Stone tiba dengan senyuman meleret.

Emma nampak riang dengan mata galaknya, dan cantik dalam pakaian berwarna plum. Gojes dan elegan. Kemudian, sudah tentu, lelaki di sebalik topeng Spider-Man, Andrew Garfield, kelihatan bergaya kacak dalam sut kelabu melayan peminat yang berebut mahu bersalaman dan meminta autograph. Tidak seperti yang lain, beliau telah mengambil keputusan untuk memandu sendiri kereta buggy menjadikan semua pengunjung berteriak.

Sambutan menjadi lebih hangat apabila semua pelakon dan penerbit serta pengarah The Amazing Spider-Man 2 berdiri di pentas utama. Matt Tolmach kata:

"I'm not quite sure why we weren't here before but consider Singapore part of Spider-man's home. Forever."

Kemudian disahut dengan jeritan. Tak kurang apabila Penerbit Eksekutif, Avi Arad yang lega kerana di Singapura semuanya bercakap bahasa Inggeris. Sementara pengarah Marc Webb pula buat pengakuan yang dia pernah mencuba untuk menyarung kostum Spider-Man. Wah, siapa yang tak nak kan? Dah alang ada depan mata kot.

Pelakon paling hyper-active, pastinya disandang oleh Jamie Foxx yang sempat buat beat box. Memang dia pakar dalam bidang beat box dan dia juga seorang penyanyi. Menurut Jamie, dia datang ke Singapura bagi tengahari tadi dengan jet peribadinya dan sempat swimming di Infinity Pool yang ada di puncak atap Marina Bay Sands Hotel. Andrew Garfield pula tak lepas lekang senyuman dari wajah boyishnya. Katanya, Andrew dah sempat merasa makanan nasi ayam yang enak di Maxwell Courtyard (sebenarnya, Maxwell Food Court).

Aura feminin yang ada pada Emma Stone menjadi kegilaan ramai dan Emma memukau hadirin dengan jiwanya yang bijak bergurau dan nampak yakin bertemu mata dengan peminat di Singapura.

"A little overwhelmed because there are so many people in this mall. But there is a lot of soul too." – Emma Stone

Kepada yang menantikan filem terbaru Spider-man yang akan menemui penonton Malaysia mulai 1 Mei ini, Emma Stone juga memberi teaser di mana ada turun-naik dalam hubungan wataknya sebagai Gwen Stacy dengan Peter Parker. Tak lepas, pastinya ada adegan romantik bersama Peter Parker. Nak tahu, kenalah tonton!

Jamie Foxx mengetuai semua yang ada untuk menjerit dengan kuat: Spider-Man! Spider-Man! Spider-Man!

Selesai sesi bergambar, acara tamat dan semua beredar terus ke Teater Mastercard untuk sesi sidang media.

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

The Amazing Spider-Man 2

Komen via Facebook

Komen

Sekitar Sesi Photo Bersama Spider-Man di Inverted Room Singapura

Posted: 31 Mar 2014 05:15 PM PDT

Khamis lalu, 27 Mac 2014 adalah saat paling dinantikan oleh Budiey apabila mendapat jemputan eksklusif daripada Sony Pictures untuk ke Singapura bagi melangsungkan pertemuan pertama kali dengan pelakon Hollywood yang membintangi filem The Amazing Spider-Man 2. Satu peluang yang tak akan Budiey lepaskan kerana sekali setahun je dapat peluang seperti ini. Jika tahun lepas, semasa anda semua sibuk mengundi di Pilihanraya Umum, Budiey ketika itu dijemput ke Media Junket filem After Earth dan sempat menemubual pelakon Will Smith dan Jaden Smith. Kenangan yang sangat ohsem!

Namun, Budiey kira, setelah dicongak, kenangan paling hebat adalah ketika mana dapat menemubual secara eksklusif dengan Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan Pengarah Marc Webb. Tidak lupa kenangan ketika di Inverted Room serta Meet & Greet bersama pelakon The Amazing Spider-Man 2. Jika Budiey pun rasa sangat teruja, apatah lagi dengan ribuan peminat yang membanjiri Skating Rink Marina Bay Sands pada lewat petang Khamis lalu.

Yang paling unik, apabila bercakap pasal Spider-Man, kita pastinya tertanya, bagaimana filem ini dibuat? Apakah teknik yang dibuat semasa babak Spider-Man boleh berjalan dan menjalar di dinding bilik. Jawapannya ialah INVERTED ROOM.

Tonton video: Inverted Room The Amazing Spider-Man 2 Di Singapura 

Sebuah bilik yang terbalik yang dibina khas tersergam di The Shoppes, pusat membeli belah terkemuka itu dibuka kepada orang ramai dan mereka berpeluang untuk bergambar bersama Spider-Man. Jika diterbalikkan gambar itu, dah tentu dapat lihat kita seolah-olah kelihatan digantung melekat dari siling. Tak ubah seperti Spider-Man. Jadi, mulalah masing-masing berangan nak jadi Spider-Man kat Inverted Room. Tengok pada pose diorang, bukan main style lagi. Semasa di Inverted Room, bergambar seorang diri tak syiok kan, jadi tidak sah kalau tidak ada kelibat Spider-Man yang membuat penampilan khas di dalam bilik terbalik (Inverted Room), dan muncul ke dalam tindakan di atas permaidani merah.

Pastinya, peminat Spider-Man kena ucap terima kasih kepada Program Tanggungjawab Sosial Marina Bay Sands, Singapura yang menyediakan peluang eksklusif dan julung kali ini untuk melihat bintang filem Hollywood dan mereka teruja untuk bertemu superhero kegemaran mereka secara langsung.

Rata-rata peminat yang Budiey temui melahirkan rasa teruja dan gembira. Seperti yang dialami oleh Muhammad Syazwi Bin Hasan , 17 yang menunggu acara ini bermula sejak jam 2 petang lagi.

"Terima kasih Sands Singapura kerana menjemput kami untuk acara yang istimewa ini! Saya sentiasa menonton Spider-Man di TV dan saya benar-benar teruja untuk melihat beliau secara live di Marina Bay Sands dan begitu dekat dengan semua bintang dalam filem. Saya benar-benar suka topeng Spider-Man dan topi mereka memberi kami supaya saya akan sentiasa ingat peristiwa ini. Yang pasti, kenangan ini satu kenangan yang tak akan saya lupakan."

Beribu-ribu peminat bersemangat berkumpul seawal jam 2 petang lagi di Skating Rink untuk melihat kelibat pelakon The Amazing Spider-Man 2 secara lebih dekat. Selain dapat bergambar dengan ikonik superhero terkenal Spider-Man di Inverted Room, mereka juga pastinya menantikan untuk hadir melihat sekitar sidang media bersama pelakon The Amazing Spider-Man 2 yang diadakan Teater MasterCard sejurus selepas Meet & Greet diadakan.

Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan Pengarah Marc Webb serta penerbit filem paling dinantikan ini telah tiba di Singapura dalam rangka promosi di Singapura yang menjadi antara agenda acara media global filem itu. Selepas Singapura, mereka juga turut mengadakan promosi di Jepun pula.

Budiey dapat saksikan sendiri sambutan yang hangat diberikan oleh warga Singapura untuk rombongan The Amazing Spider-Man 2 begitu meriah.

Dikhabarkan seramai 500 orang jemputan khas hadir memenuhi ruang depan karpet merah. Selain itu, yang pasti lebih 100 orang media antarabangsa yang dijemput kelihatan begitu sibuk menjalankan tugas mengambil gambar. Ada yang menjerit histeria dan ada yang excited bila dapat berselfie bersama bintang kesayangan ramai. Suasana jadi bingit saat bintang Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan Pengarah Marc Webb masuk ke Skating Rink dan berjalan ke permaidani merah. Semua tak nak lepaskan peluang untuk berselfie.

Filem The Amazing Spider-Man 2 akan mengegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 1 Mei 2014.

Inverted Room Singapura

Inverted Room Singapura

Inverted Room Singapura

Inverted Room Singapura

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories