RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


Kebaikan Kahwin Muda

Posted: 14 Apr 2014 12:45 PM PDT



Kita sering dengar kisah perkahwinan nenek moyang yang mendirikan rumah tangga di usia muda seawal 18 tahun lagi. Mungkin ada masanya pasangan kekasih selalu mengelak untuk berkahwin muda kerana ia seolah halangan untuk melakukan banyak perkara sebelum sah menjadi suami isteri. Tetapi sebenarnya berkahwin awal mempunyai kebaikannya yang boleh dimanfaatkan pasangan bercinta.


Elak dari perbuatan terkutuk
Perkahwinan di usia muda sememangnya baik kerana ia dapat membendung banyak perkara buruk dari berlaku di kalangan remaja. Ia dapat mengelakkan dari pasangan yang sedang dilamun cinta terlanjur perbuatan dan sekaligus mengurangkan kes pembuangan bayi.

Tuntutan agama
Mendirikan rumah tangga seumpama kita mendirikan sebuah masjid. Ia adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam Islam. Hubungan percintaan digalakkan untuk mempercepat urusan pernikahan jika sudah cukup syarat dan layak untuk berkahwin.

Mematangkan diri
Perkahwinan sebenarnya boleh mematangkan diri seseorang apabila mereka ada rasa tanggungjawab dengan pasangan yang mereka nikahi. Ini kerana perhubungan yang diijab kabulkan secara sah dapat menimbulkan sikap untuk menjaga pasangan hidup kita dan lebih ke arah kekeluargaan.

Memperbaiki diri
Sah sahaja ikatan perkahwinan, ia bukan hanya dapat mematangkan diri kita. Malah, ia dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Sering kita dengar di kalangan remaja berusia 18 hingga 24 tahun selalu mempunyai masalah sosial. Jadi, perkahwinan di usia muda dapat mengubah diri dan sikap ke arah yang baik.

Elak fitnah
Sering kali kita mendengar dan melihat pasangan kekasih berusia muda pergi bercuti bersama-sama tanpa ikatan yang sah. Bak kata orang, tidak manis jika dilihat orang. Apa kata nikahi sahaja orang yang anda sayang secepatnya. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan terlanjur, malah juga mengelakkan fitnah dan perkara yang tidak diingini.

Senarai Semak Majlis Pertunangan

Posted: 14 Apr 2014 12:44 PM PDT



Dalam adat Melayu, majlis pertunangan diadakan adalah bertujuan untuk mengikat tali perhubungan antara si gadis dan teruna pilihan hatinya. Kebiasaannya majlis pertunangan di adakan beberapa bulan atau setahun sebelum menjelang hari besar kedua pasangan bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak. Majlis pertunangan selalunya diadakan dalam keadaan yang sangat sederhana. Antara senarai semak yang perlu kamu lakukan menjelang majlis pertunangan berlangsung:


Hantaran (jika ada) – berapa dulang hantaran yang kamu beri kepada pihak lelaki serta dekorasi dulang hantaran.

Pelamin (jika ada) – buat bajet yang minima untuk perbelanjaan pelamin tunang kamu dan pilih dekorasi yang ringkas supaya orang tidak sangka yang itu majlis pernikahan! Opps!

Jurugambar – jika kamu mempunyai bajet lebih, ambil jurugambar yang berpatutan harga dan paling penting kualiti gambar itu. Guna peluang ini untuk membuat gambar pra-perkahwinan untuk menjimatkan bajet kamu.

Baju bertunang – zaman sekarang sudah ringkas, tidak seperti dulu. Jadi tidak salah jika kamu ingin menempah khas baju untuk majlis tersebut. Pastikan perincian baju tidak terlalu sarat ya!

Menu makanan – sangat penting untuk menetapkan menu makanan pada hari tersebut supaya sesuai dengan waktu majlis berlangsung.

Solekan dan dandanan – pilih juru solek betul-betul ketika ini supaya kamu boleh menggunakan khidmatnya lagi untuk majlis seterusnya! Begitu juga dengan dandanan rambut, lebih elok dan jimat jika menggunakan khidmat juru solek yang pandai mendandan rambut sekali.

Jemputan – dah nama majlis pertunangan ini majlis kecil-kecilan, maka jemputan yang hadir juga tidak perlu merangkumi seluruh ahli keluarga mahupun sahabat handai. Cukup dengan kehadiran teman rapat dan paling penting kaum keluarga yang dekat. Jangan dilupakan wakil yang akan berucap untuk berunding ketika majlis berjalan.

Warna tema – pemilihan warna tema untuk majlis biarlah bersesuaian dengan keseluruhan dari baju, pelamin serta hantaran.

Hanz mengucapkan selamat bertunang kepada semua yang bakal melangsungkannya nanti.

Petanda Cinta Tiada

Posted: 14 Apr 2014 12:41 PM PDT




Hubungan percintaan yang sudah bertahun-tahun bertaut kadang kala tidak disedari bahawa keindahannya sudah tidak sehebat dahulu. Ketahui petanda-petanda bahawa cinta tiada lagi antara kalian berdua.


1. Tiada lagi rasa hormat kepada pasangan
Secara personal, anda selalu menganggap kekasih adalah insan yang paling baik pernah anda temui. Namun, jauh di sudut hati tiada lagi rasa kagum dan rasa bangga kerana memilikinya. Anda seakan jelik dengan kehadirannya di sisi dan tidak pernah ingin melayan dia dengan baik demi menjaga perasaannya seperti dahulu.

2. Masa bersama adalah membosankan
Jika dahulu, sehari tidak berjumpa seakan bertahun resah rasanya. Tetapi kini, setiap kali dia ajak keluar, ada saja alasan yang diberi untuk tidak bersamanya. Tiada lagi perbualan mesra dan anda ketandusan idea untuk memula bicara.

3. Segalanya menjengkelkan!
Apa saja yang dia lakukan bisa bangkit rasa benci dan marah pada dirinya. Semua serba tidak kena. Ada saja yang salah di mata anda. Jika berselisih faham, anda tidak akan segera memujuknya dan hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

4. Beralih arah
Jika sudah sayang, perhatian dan keinginan tertumpu hanya kepada dia seorang. Namun apabila rasa itu sudah semakin pudar, anda tegar mencari rasa kasih itu daripada orang luar. Tanpa pengetahuan si dia, anda mempunyai hubungan sulit dan menganggap tidak salah atau takut untuk melakukannya. Malah, anda tidak kisah jika si dia juga punyai hubungan lain.

5. Tiada perhubungan secara emosi
Apa juga yang dia lakukan, anda tiada minat untuk mengetahuinya. Jika duduk berdepan, mata tidak lagi bertaut mesra. Seorang pandang ke kanan, seorang pandang ke kiri. Anda tidak berminat dengan apa juga yang dia bicarakan.

Cara Yakin Seksi dan Menarik

Posted: 14 Apr 2014 12:39 PM PDT




Hubungan anda dan suami di kamar tidur jangan dibiar sepi dan berlangsung bosan. Salah satu cara untuk mengelakkan 'seleranya' terhadap anda berkurangan adalah positif yang anda seksi! Bagaimana itu boleh terjadi?


Sentiasa berbau wangi
Walau dimana sahaja anda berada, pastikan tubuh badan berbau wangi dan menyegarkan. Jangan lupa pakai pelembap kulit dan haruman yang bisa bangkit rasa ghairah, walaupun ketika masak di dapur. Kalau si dia mendekati pun, anda rasa yakin untuk berlagak seksi dihadapannya kerana penampilan yang memberangsangkan.

Berpakaian seksi
Pilih pakaian yang sesuai dan selesa untuk anda, tanpa mengabaikan elemen fesyen yang menarik. Tidak semestinya berpakaian ketat sahaja boleh membangkit ghairah, malah baju jarang dan longgar juga ada sisi menarik tersendiri. Yang penting, anda selesa menyarungnya. Keselesaan memberi keyakinan kepada anda untuk bergerak bebas.

Dapatkan bentuk badan menarik
Bukanlah ingin mengagungkan mereka yang mempunyai bentuk badan menarik, tetapi adalah satu kewajipan untuk kaum wanita menjaga penampilan diri buat suami tersayang. Ia dapat menambah rasa kasih si suami kepada isteri tercinta malah menjadikan tubuh badan lebih segar dan berseri.

Elak selekeh
Sibuk dengan kewajipan menjaga anak, memasak dan mengemas rumah bukanlah tiket untuk anda memberi alasan malas merias diri. Tidak perlu olesan solekan tebal, cukup dengan berpakaian kemas dan cantik, berbau harum dan rambut tersisir rapi. Ia bisa tambah rasa kagum suami terhadap 'kehebatan' anda sebagai seorang ibu dan juga isteri.

Baik Buruk Bercinta Dengan Lelaki Lebih Muda

Posted: 14 Apr 2014 12:38 PM PDT



Umur bukan lagi penghalang untuk seseorang itu jatuh cinta. Perkara biasa jika kita mendengar perempuan bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia. Sejak akhir-akhir ini, trend bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda makin menjadi-jadi. Kalau kita perhatikan para selebriti wanita kita pun ada yang selesa memilih untuk bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Hanz kongsikan pros dan cons bercinta dengan lelaki lebih muda.


KEBAIKAN

Awet Muda
Kata orang jika pasangan kita jauh lebih muda, kita akan curi sedikit awet muda dari pasangan. Rakan-rakan takkan tahu yang si dia jauh lebih muda dari kamu kerana mungkin cara kamu berdua bercinta membuatkan nampak sebaya.

Seks
Bagi yang merancang untuk berkahwin, usah gusarkan stamina si dia ketika 'bersama'. Orang lebih muda ni jauh lebih bertenaga dan suka mencuba sesuatu yang baru. Kamu pasti akan rasa teruja dan seronok melayari gerbang perkahwinan bersama si dia.

Manja
Ada sesetengah wanita yang suka memanjakan pasangan mereka. Dan tak semua lelaki suka dimanjakan lagi-lagi lelaki yang berusia. Tapi berbeza dengan lelaki muda, mereka lebih suka di belai dan dimanjakan pasangan sebab itu dia memilih kamu!

KEBURUKAN

Kurang Matang
Risiko bercinta dengan lelaki muda adalah dari segi kematangannya. Ia sedikit mencabar apabila kamu perlu beralah untuk beberapa perkara kerana sikapnya yang kurang matang. Jadi harus banyak bersabar melayan kerenah si dia yang muda!

Kewangan
Jangan expect lelaki muda mempunyai kewangan yang kukuh, kalau ada pun cuma segelintir. Silap haribulan kamu yang perlu menyara si dia.

Komitmen
Lelaki muda selalunya belum puas lagi dengan zaman bujangnya jadi untuk settle down akan menjadi list terakhir baginya. Usia kamu semakin meningkat dan rasanya dah tiba masa untuk berkahwin tapi rasanya bukan untuk dia.

Apabila Pasangan Terlebih Elok Rupa

Posted: 14 Apr 2014 12:36 PM PDT



Filem 'Antara Dua Darjat' lakonan Seniman Agung Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee mengisahkan perbezaan darjat keturunan antara P. Ramlee dan kekasih hatinya yang merupakan anak golongan bangsawan. Percintaan mereka ditentang keras oleh kedua orang tua si gadis. Itu yang melibatkan harta dan pangkat, bagaimana pula jika melibatkan rupa paras?


Pepatah ada mengatakan, 'Cinta tak mengenal rupa' dan pada pasangan yang bercinta itu, mereka benar ikhlas menerima kekurangan pasangan mereka. Tetapi apa yang sukar dihadapi ialah orang keliling yang akan mengata tak kurang juga yang menjadi batu api menghasut.

Yang perlu kamu ambil kira sebelum menjalinkan hubungan dengan lebih serius dengan pasangan yang dikurniakan rupa paras yang menarik:
Perlu persiapkan mental menghadapi pasangan kamu akan diburu oleh orang lain. Yang perlu kamu kawal, ialah sifat cemburu.

Kepercayaan terhadap pasangan dapat membantu dalam mengawal sifat cemburu buta dari menjadi parah. Usah ragukan kesetiaannya tetapi perlu juga ada perasaan sedikit berhati-hati.

Kawal sedikit tindak tanduknya contohnya seperti muat naik gambar 'selfie' (contohnya) kerana ia akan mengundang pujian bertalu-talu dan dalam pada pujian itu pasti ada yang menyimpan perasaan terhadap pasangan kamu. Hati-hati, jangan keterlaluan mengawal pula!

Sungguhpun rupa paras kamu mungkin tidak sepadan dengan pasangan, usah khuatir kerana kamu boleh litupinya dengan berpenampilan kemas dan mengikut trend semasa.

Rupa paras bukanlah kayu pengukur kasih sayang antara kamu dan pasangan, jadi curahkan kasih sayang seikhlas mungkin kepada pasangan supaya dia dapat merasainya dan menghargai kamu lebih dari segalanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories