RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Tanpa Operasi Plastik, Wajah Lelaki Ini Boleh Berubah Jadi Tampan atau Cantik

Posted: 01 Apr 2014 09:00 PM PDT

Selain Korea, lelaki Jepun juga terkenal mahir menggunakan alat rias, apalagi bagi mereka pecinta cosplay. Tidak hanya berdandan ala superhero, tapi tak jarang para cosplay lelaki juga pandai merias diri meniru tokoh atau karakter wanita yang ada di dalam kartun, anime atau manga.

Seperti lelaki muda ini yang memiliki keahlian dalam merias diri. Keahliannya dalam menggunakan alat make-up dapat mengubah wajahnya hampir tidak bisa dikenali dari wajah aslinya. Berkat teknik tertentu, ia boleh membuat matanya jadi lebih besar dan wajahnya tampak halus mulus, padahal tanpa melakukan operasi plastik.

Dalam Twitternya, lelaki pemilik akaun Chyaraizumi itu mem-posting foto before-after dirinya tanpa dan menggunakan make-up. Foto yang digabung menjadi empat foto tersebut memperlihatkan transformasi penampilan wajahnya.

Foto pertama menampilkan wajahnya yang kusam, rambut kusut dan matanya yang sangat sipit, bahkan bola matanya nyaris tidak terlihat. Di foto kedua, bola matanya sudah terlihat lebih besar. Dikutip Rocket News, salah satu tekniknya untuk membuat mata tampak lebih lebar adalah menggunakan soft lense khusus yang bisa membuat bola mata lebih besar. 

Dalam foto ketiga, wajahnya terlihat lebih mulus dan cerah. Bulu-bulu tipis yang menumbuhi sekitar kumis dan janggutnya pun tidak terlihat lagi. Selain mencukurnya, ia juga mengenakan foundation dan concealer untuk menciptakan kompleksi kulit wajah yang halus sempurna.

Di foto keempat, Chyaraizumi ingin menunjukkan kesempurnaan penampilan setelah make-up. Dengan rambut yang tertata rapi, kulit yang flawless dan bola mata lebih besar, penampilannya yang awalnya biasa-biasa saja berubah menjadi lebih tampan.

Lelaki asal Jepun itu pun memperlihatkan keahlian tata riasnya di foto lain. Kali ini, ia menunjukkan perubahannya menjadi wanita. Bermodalkan soft lense dan wig warna silver, ia bertransformasi menjadi gadis cantik.

Dalam salah satu tweetnya ia membocorkan rahasia agar tampak menawan tanpa perlu melalukan bedah plastik. "1) Take a bath, 2) Fix bed head, 3) Put on makeup, 4) Put in color contacts," tulisnya di Twitter.

Biar kemaluan dimakan dubuk

Posted: 01 Apr 2014 07:00 PM PDT

LusakaZambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.
Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.
Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia 'mengorbankan' anggota badannya.

"Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama," katanya kepada akhbar Times of Zambia.
Foto
ZULU dirawat di hospital.

Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.

"Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya," katanya.

Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.

Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.

"Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya," katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. - Agensi
sumber : mymetro

‘Neraka’ buatan suami

Posted: 01 Apr 2014 06:00 PM PDT

Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam 'neraka buatan suami' cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.
Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.
Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.
Foto
RUMAH yang dijadikan tempat lelaki melacurkan isteri sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.

Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa 'disajikan' kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

"Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.

"Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa," katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen BasBandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

"Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu," katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.
sumber : mymetro

Sambung solat lepas bunuh

Posted: 01 Apr 2014 05:00 PM PDT

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.
Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian. 
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.
Foto
ISTERI mangsa mengiringi jenazah suaminya ketika dibawa ke Kuantan, Pahang untuk dikebumikan.

"Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka," katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.
sumber : mymetro

Pernah tengok bentuk jari macam ini?

Posted: 01 Apr 2014 09:00 AM PDT

Ini kali pertama aku tengok.....memang pelik...






Hebat..Penemuan Baru Seorang Ibu Membantu Anak Cacatnya Berjalan

Posted: 31 Mar 2014 11:00 PM PDT

Betapa sedihnya ketika anak yang dilahirkan ternyata memiliki kekurangan. Tetapi yang diperlukan bukan penyesalan atau rasa sedih yang terus menerus membungkam kehidupan. Lakukan sesuatu agar hidup lebih bererti, mungkin inilah yang juga dilakukan oleh Debby Elnatan, seorang ibu dari anak penderita cerebal Palsy.
Dilansir dari huffingtonpost.com, Elnatan mengatakan ideanya tersebut keluar dari rasa sakit dan keputus asaan melihat Rotem anaknya tidak boleh menikmati hari-hari selayaknya anak seusianya. Bangkit dari keadaan terpuruk ibu ini memiliki idea untuk membuat pakaian yang boleh membantu anaknya lebih mudah bergerak. Elnatan merancang agar anaknya boleh berjalan seperti dirinya sendiri melangkah. Lebih lanjut inspirasi ini mirip seperti ketika seorang ibu mengajari anaknya menari dan membimbingnya dari belakang.
Bahagian kaki dirancang dengan khusus agar anak boleh berdiri menghadap ke depan. Dan baju tersebut kemudian disabukkan ke pinggang orang dewasa, akhirnya ibu ini bisa membawa sang anak berjalan-jalan kemanapun, selain itu jika anaknya ingin bermain bola atau permainan lainnya, Elnatan boleh menemani dan sekaligus ikut bermain. Betapa bahagia hati Elnatan ketika melihat Rotem ceria dan tertawa riang ketika dia membawanya bermain bersama. Elnatan merasa haru bercampur bahagia ketika melihat anaknya boleh bermain bola untuk pertama kalinya dengan ayah dan saudaranya. Senyum Rotem kini menjadi mentari untuk Elnatan terus mengembangkan peralatan yang boleh membantu penyandang cacat lainnya.
Simak video berikut ini yuk Ladies.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories