RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kena Ugut, Hanez Suraya Pasang 'Bodyguard'

Posted: 02 Apr 2014 01:16 AM PDT

Hanez Suraya bimbang keselamatannya.
KUALA LUMPUR:  Pelakon kontroversi Hanez Suraya terpaksa menggunakan khidmat bodyguard  (pengawal peribadi) bagi menjaga keselamatan ketika berada di majlis-majlis tertentu ekoran ugutan diterimanya berhubung kontroversi rampas suami orang.

Hanez, 29,  berkata,  keluarga terlalu bimbang dengan keselamatannya terutama ketika berada di tempat umum yang terdedah kepada risiko.

"Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar.

"Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial," katanya kepada mStar Online  pada sidang media teater Projek Kahwin, di Istana Budaya, di sini, Selasa.

Hanez turut terlibat dalam teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Terdahulu pihak Istana Budaya terpaksa meminta kerjasama  polis untuk berada di pusat kebudayaan  itu sepanjang teater berkenaan berlangsung kerana bimbang keselamatan Hanez ekoran terdapat ugutan terhadapnya.
Hanez Suraya anggap ramai yang tidak faham situasi yang dilaluinya.
Bagaimanapun, Hanez berkata, dia lebih selesa keluar rumah secara sendirian atau bersama teman lain berbanding diiringi pengawal peribadi.

Katanya, setakat ini, belum ada lagi kejadian yang tidak diingini atau ugutan yang serius daripada mana-mana individu tidak dikenali.

"Saya tidak gemar pengawal peribadi bersama saya. Jadi, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja saya akan gunakan khidmat mereka iaitu ketika ahli keluarga atau teman tidak bersama," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang reaksi beberapa selebriti tempatan yang turut membuat kenyataan negatif dan menyalahkannya dalam kontroversi rampas suami orang, Hanez menganggap mereka tidak tahu perkara sebenar.

Dia juga tidak mahu terlalu mengambil serius perkara itu dan menganggap semua orang boleh memberi pendapat masing-masing.

"Dia orang yang bercakap begitu atau menyebelahi pihak lain kerana tidak tahu hal yang sebenar. Terpulang kepada mereka untuk beri pendapat," katanya. 

Awi Rafael Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih

Posted: 02 Apr 2014 01:15 AM PDT

Awi tidak mengambil tahu tentang kontroversi yang sedang melanda bekas kekasihnya, Hanez Suraya.
PUTRAJAYA: Penyanyi Awi Rafael  tidak pernah mengambil tahu mengenai kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya ketika ini. Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, sejak berpisah pada tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat Hanez.

"Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran kepada saya dan pada tahap ini saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengambil tahu mengenai hal-hal berkaitan dengannya lagi," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu penyanyi lagu Asalkan Aku OK!  ini diundang untuk mengadakan persembahan bersama Krisdayanti sempena minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC)  yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, PICC pada 17 April ini.
Awi Rafael
Awi tidak pernah menyesal meninggalkan Hanez.

Dalam pada itu, Awi berkata, dia tidak pernah menyesal memutuskan hubungannya dengan Hanez kerana ia adalah keputusan terbaik untuknya pada ketika itu.

Kata Awi, biarpun hubungan itu tidak kekal lama namun ia banyak memberi pengajaran dan mematangkannya dalam pelbagai sudut kehidupan.

"Saya tidak kesal mengikut kata hati saya dan pada masa sama ia banyak memberi pengajaran biarpun ia tidak kekal lama," katanya.

Tambah Awi, dia kini tidak mempunyai pengganti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

Sementara itu, Awi menolak dakwaan lagu duetnya bersama Altimet berjudul Kalau Aku Kaya ditujukan kepada bekas kekasihnya itu.

Awi berkata, tanggapan tersebut tidak masuk akal kerana dia hanya menyanyikan lagu berkenaan. Ia dicipta oleh Altimet, Omar K dan Audi Mok.

"Tidak benar sama sekali dan orang mungkin hanya salah anggap tambahan pula bukan saya yang buat lagu itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Awi sedang sibuk di studio rakaman bagi menerbitkan lagu terbaharu untuk penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Alif Aziz, Aisyah Aziz dan Syura.

Janji Jaslina di slot Azalea

Posted: 02 Apr 2014 01:14 AM PDT


  • Janji Jaslina di slot Azalea Norman Hakim dan Eira Syazira
DUGAAN datang bersama hikmah. Hidup ibarat roda, tak selamanya berada di bawah dan tak selamanya berada di atas.

Begitulah kehidupan Jaslina yang diuji dengan pelbagai dugaan sehingga kehilangan tempat untuk mengadu nasib. Apakah nasibnya akan berubah dan Jaslina dapat menemui kebahagiaan selepas apa yang telah berlaku dalam hidupnya?

Terbaharu di slot Azalea, terimalah 'buah tangan' daripada pengarah berbakat besar, Emi Suffian, iaitu Janji Jaslina, yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang bermula 31 Mac lalu.

Drama bersiri 20 episod terbitan Orangetree Production dan nukilan skrip oleh Azmy Mohd Arif ini menampilkan barisan pelakon handalan tanah air seperti Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Ana Dahlia (Atira), Shaharudin Thamby (Pak Ayob), Fadilah Mansor (Mak Kiah), Mustafa Kamal (Datuk Kamal), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq) dan adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman).

Janji Jaslina mengisahkan pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan dua anak, Nina dan Iman. Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia muda. Apabila Nina disahkan mengidap asma pada umur 10 tahun, Jaslina berhenti kerja bagi menjaga anaknya, namun dimarahi oleh Johan.

Tanpa diketahui oleh Jaslina, Johan masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.

Kematian Nina mengakibatkan Jaslina menghadapi tekanan emosi.

Tambahan pula, Johan telah berkahwin dengan Rahayu dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Hidupnya bertambah derita apabila Johan menghilangkan diri.

Namun pertemuannya dengan Dr Arif, mengubah segalanya. Di saat itu juga Johan pulang secara tiba-tiba. Siapakah jodoh sebenar Jaslina? Jangan ketinggalan untuk menonton Janji Jaslina di slot Azalea!

Teater lakonan Hanez Suraya bakal dikawal polis

Posted: 02 Apr 2014 01:12 AM PDT


  • Hanez Suraya Hanez Suraya
"IA tidak adil bagi Hanez untuk melepaskan watak itu begitu sahaja, kerana Hanez sangat komited sebelum ini mempromosikan teater ini. Jadi kami ambil keputusan untuk kekalkannya. Namun kami akan tingkatkan kawalan keselamatan," tegas Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Sharani, berhubung keputusannya untuk mengekalkan aktres kontroversi, Hanez Suraya, dalam pementasan teater Projek Kahwi yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan.

Menerusi sidang media yang berlangsung semalam, Juhari memberitahu, pihaknya akan melakukan kawalan ketat dan sedia untuk mendapatkan khidmat polis bagi melindungi pelakon serta penonton IB dari perkara yang tidak diingini. 

"Saya yakin peminat teater sudah cerdik. Mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya semasa pementasan berlangsung. Dan jika ada yang sengaja ingin melakukan kerosakan awam dan menjejaskan harta istana budaya yakni hak milik kerajaan, sebagai tanda protes terhadap Hanez, mereka boleh didakwa." tegasnya.

Sementara itu, penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau Shawn Amer, tetap optimis mengekalkan Hanez meskipun aktres itu dikecam teruk serta menerima pelbagai ugutan dari segelintir pihak yang tidak berpuas hati hanya kerana kontroversinya bersama suami orang.

Bagaimanapun, produksinya Mask Team, turut menawarkan watak Hanez bersama pelakon seksi, Kilafairy.

"Kita dapat keputusan ini jam 5.30 petang kelmarin (Isnin). Walaupun kita dah tawarkan watak ini dengan Kilafairy  untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa, tetapi kami buat keputusan untuk mengambil dua teraju utama dalam teater tersebut.

"Jadual pementasan pertama sebanyak 6 pementasan akan diterajui oleh Kilafairy dan pada 4 pementasan terakhir akan diterajui oleh Hanez. Kami yakin dan penuh percaya dengan kebolehan mereka berdua," katanya.

Terima Kilafairy

Terharu dengan keputusan IB serta produksi teater tersebut, Hanez berkata, dia akan melakukan yang terbaik demi Projek Kahwin. Akui masih menerima kritikan dan cemuhan masyarakat, Hanez bagaimanapun mengharapkan agar semuanya kembali pulih seperti biasa.

"Saya memang sudah buat keputusan untuk tarik diri kerana bimbang pengurusan dan pelakon yang membintangi filem itu mendapat impak daripada kontroversi saya, tetapi disebabkan pihak pengurusan memutuskan saya kekal untuk membintangi teater ini, maka saya terima keputusan itu dan sedia menyahut cabaran berlakon teater untuk pertama kali ini," katanya.

Berharap agar kontroversinya segera berakhir, Hanez berkata, dia ingin menjalani karier seninya seperti biasa dan menimba pengalaman baru dengan meluaskan cabang kerjayanya di pentas teater.

"Apabila saya terima kembali tawaran ini saya sememangnya amat takut dengan pementasan ini untuk berhadapan dengan sambutan orang ramai terhadap teater ini. Tapi saya memandangnya sebagai positif dan akan cuba mengharungi cabaran ini.

"Saya tidak mahu lepaskan peluang pertama saya untuk berlakon teater ia merupakan pertama kali saya dan akan melakukan persembahan yang terbaik, InsyaALLAH," katanya yang menyambut baik penglibatan Kilafairy.

Projek Kahwin turut dibintangi pelakon-pelakon komersial seperti Izzue Islam, Hanez Suraya dan Shah Iskandar. Malah turut menampilkan Imam Muda Asyraf, sebagai penampilan khas dan kumpulan Forteen serta Kaka Azraf sebagai watak pembantu.

Tiket boleh didapati dengan harga RM35, RM55, RM85, RM155, RM185 dan RM255 (Platinum).

Sempena teater itu, turut diadakan pameran pengantin 'Projek Kahwin' di lobi Istana Budaya bermula 11 hingga 15 Jun.

Kita tunggu dan lihat: Ramli Sarip

Posted: 02 Apr 2014 01:11 AM PDT


  • Ramli Sarip Papa Rock, Datuk Ramli Sarip
PENYANYI rock lagenda, Datuk Ramli Sarip yang juga dikenali sebagai Papa Rock akan menemui peminatnya di Kuantan, Pahang pada 11 April ini apabila terlibat sebagai artis undangan dalam Konsert Eksklusif Datuk Jamal Abdillah.

Lebih menarik lagi, Ramli bukan saja tampil secara solo, tetapi turut berduet dengan Raja Pop itu.

Sebelum ini, Ramli pernah berduet dengan Jamal menerusi lagu Syair Laila Majnun memberitahu, dia berbesar hati dengan undangan yang diterimanya itu.

"Saya sangat menghargainya. Untuk konsert tersebut, saya diberi tempoh selama setengah jam dan bakal menyanyikan enam buah lagu," katanya kepada Zass.

Begitu pun, Ramli enggan mengulas lanjut mengenai lagu apa yang bakal dinyanyikannya nanti.

"Kita tunggu dan lihat saja pada hari konsert itu berlangsung. Apa yang membuatkan saya tidak sabar adalah apabila konsert ini diiringi oleh live band.

"Ia membuatkan saya rasa lebih bertenaga dan seronok," katanya.

Dalam pada itu, dia berharap agar konsert yang bakal berlangsung ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan penuh daripada peminat.

Selain Ramli, konsert yang diadakan secara tertutup di Hotel Zenith ini turut mengundang pelakon dan penyanyi cantik, Elly Mazlein serta penyanyi veteran, Elias Shah.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM80, RM150 dan RM250 serta terhad kepada 2,500 tetamu sahaja.

Dalam perkembangan lain, Ramli juga akan menemui peminatnya di Miri, Sarawak pada 6 April ini menerusi siri jelajahnya 'Blues Buat Teman' yang bermula sejak Januari lalu sebelum ke Johor Bahru.

'Ya... Saya Jaja Cerita Artis' - Shuhaimi Lua

Posted: 02 Apr 2014 01:10 AM PDT

adq
Shuhaimi Lua

PETALING JAYA: Pengarah drama Shuhaimi Lua Abdullah mengakui menyampaikan cerita-cerita artis yang berlaku di dalam produksi penggambaran melibatkannya atas tujuan mempromosikan karya yang dihasilkan.

Shuhaimi, 39, berkata, walaupun begitu, dia akan meminta kebenaran artis terlibat terlebih dahulu  sebelum menyampaikan cerita yang berlaku kepada pihak media.

"Mana-mana produksi pun akan menceritakan apa-apa kejadian yang berlaku di set penggambaran sekiranya terdapat masalah yang ditimbulkan seseorang artis.

"Begitu juga dengan saya yang turut melakukan perkara sama, tetapi ia bukanlah bertujuan mencari kontroversi murah untuk mengaibkan mana-mana artis.

"Sebaliknya saya meminta kebenaran artis tersebut untuk menceritakan kejadian yang berlaku kepada media dan mereka pun faham ia sekadar atas tujuan promosi. Atas persetujuan itu barulah saya akan memaklumkannya kepada media," katanya yang dihubungi mStar Online di sini Selasa.

Shuhami diminta mengulas tuduhan kononnya dia suka menjaja cerita yang berlaku di lokasi penggambaran bertujuan untuk meraih publisiti murahan.

Terdahulu kekecohan berlaku apabila Shuhaimi dikatakan telah menegur cara pelakon Fasha Sandha yang meninggalkan lokasi penggambaran telefilem Baju Raya Yaya selepas wanita itu tidak berpuas hati dengan disiplin bintang baru Amyra Rosli yang sering datang lewat ke set drama berkenaan.

Dalam pada itu tambah Shuhaimi,  sebagai pengarah dia sering dihubungi oleh pihak media yang mahukan berita-berita tetapi dia bertindak menapis dahulu segala berita yang ingin disampaikan agar tidak timbul sebarang masalah.

Bagaimanapun, Shuhaimi mengakui, sikapnya yang gemar berkongsi maklumat kepada pihak media sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasinya apabila ada di kalangan mereka tidak menghormati 'perjanjian'  off' dan on record'.

"Apabila ada wartawan yang mahu tahu kejadian sebenar masalah yang timbul di lokasi, saya bercerita secara off record' agar ia lebih mudah untuk wartawan tersebut memahami kejadian yang berlaku.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku pula menjadi sebaliknya apabila ada beberapa pihak wartawan mengambil kesempatan menulis apa yang tidak sepatutnya ditulis dan saya kesal dengan sikap sebegitu," katanya.

Dalam perkembangan lain,  Shuhaimi bakal muncul dengan karya arahannya berjudul berjudul Beruk Tok Ayah dan bakal memulakan penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna  untuk siaran TV3.

Aziz M Osman: Ibu bapa jangan pergunakan anak-anak

Posted: 02 Apr 2014 01:07 AM PDT


  • Aziz M Osman: Ibu bapa jangan pergunakan anak-anak
DALAM sesebuah karya lakonan, tidak kira drama mahupun filem, tidak terkecuali kelibat pelakon kanak-kanak yang turut memainkan peranan penting.

Apa sahaja tema atau genre yang diketengahkan, pastinya ada penglibatan wajah-wajah cilik ini.

Malah, pembabitan pelakon kanak-kanak bukanlah sesuatu perkara yang harus dipandang enteng kerana mereka juga turut memberi kesan terhadap lakonan dan karya berkenaan.

Jika diselak sejarah industri, ada di kalangan pelakon kanak-kanak yang turut diberi pengiktirafan sehingga ke peringkat Asia.

Beberapa nama juga berjaya menjulang anugerah dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, di Festival Filem Asia Pasifik yang dulunya dikenali sebagai Festival Filem Asia (FFA).

Malah, penganjuran pertama FFA memberi kemenangan kepada Adek Wan Hussain pada tahun 1954 (FFA1), menerusi filem Mega Mendong.

Selain itu, Tony Castello juga turut memenangi kategori ini menerusi filem Anakku Sazali pada 1957, Allahyarham Bat Latif (Nujum Pak Belalang), pada 1960 dan mengulangi kejayaan pada 1964, menerusi filem, Gerhana.

Tidak terhenti di situ, negara kita sekali lagi membuka mata dunia apabila pelakon, Aziz M Osman, diiktiraf sebagai pemenang menerusi filem, Sayang Anakku Sayang, pada 1976.

Sehingga kini, pengiktirafan yang diraih Aziz merupakan trofi terakhir yang dimenangi pelakon kanak-kanak di negara kita.

Namun, tidak dilupakan barisan pelakon cilik yang mampu mencipta fenomena luar biasa walaupun tidak berpeluang menjulang trofi di anugerah berprestij.

Malah, ada di kalangan mereka yang masih aktif dalam dunia lakonan dan berjaya mengekalkan populariti hingga ke hari ini.

Masihkah anda ingat siri kanak-kanak popular era 90 an, Cili Padi, yang mengetengahkan bakat pelakon cilik, Tam, Anne Ngasri, Nik Fariz dan Melissa Saila?

Mencipta fenomena yang tersendiri, mereka juga merupakan pelapis pelakon kanak-kanak ketika itu yang masih bertahan sehingga ke hari ini.

Selain Anne, dua adik beradiknya, Darling dan Bell, juga merupakan antara pelakon kanak-kanak popular apatah lagi Darling dan Anne pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 1997 dan 1993, bagi drama Selamat Hari Jadi Su  dan Anak Angkat.

Menyedari kepentingan pembabitan kanak-kanak dalam dunia lakonan, Festival Filem Malaysia (FFM) turut memperkenalkan kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik bermula 1981 di mana ketika itu FFM baru sahaja memasuki edisi kedua.

Pelakon kanak-kanak pertama yang memenangi kategori itu ialah Norasnizah Zaidi, menerusi filem Langit Tidak Selalu Cerah.

Seterusnya, FFM mengiktiraf beberapa nama lain termasuk, Zul Zamrin Huri, menerusi filem Kami pada 1982, Dino M. Borhan (Di Ambang Kasih - 1984), Mohd. Hazliludin (Roda-Roda - 1986), Fazrideen Fadzil (Rahsia - 1987), Norshuhaiba (Oh Fatimah - 1989), Noramarina Zulkifli (Fenomena - 1991), Siti Hani Nurzara  (Harry Boy - 1992), Ahmad Danial Hazly (Berlari Ke Langit - 2004), Shawn Lee (Ah Lok Kafe - 2005), Syafie Naswip (Mukhsin - 2007), Erynne Erryna (Congkak - 2008), Hadziq (Syurga Cinta - 2009), Fimie Don (Magika - 2010), Mia Sara Nasuha (Sekali Lagi - 2011) dan Tee Jing Chen (Hantu Gangster - 2013).

Walaupun zaman semakin beredar, namun kehadiran muka-muka comel termasuk, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar dan Puteri Balqis, wajar diberi perhatian.

Malah, sekiranya mereka diberi pendedahan luas mengenai ilmu lakonan, tidak hairanlah jika mereka juga mampu mencipta nama di persada seni termasuk di luar negara.

Ikuti temu bual khas bersama pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Aziz M Osman, mengenai penglibatan pelakon cilik dalam bidang lakonan di samping berkongsi kenangan manisnya ketika meraih kemenangan di FFA.

Sepanjang usia penglibatan seni sebagai pelakon, pengarah dan penerbit, apa yang boleh anda simpulkan?

Alhamdulillah, ALLAH SWT memudahkan perjalanan seni saya sehingga kini. Bermula dari umur saya 13 tahun, saya terus melangkah sebagai anak seni sehingga ke hari ini. Walaupun kini saya sudah bersara dari dunia lakonan dan pengarahan, namun jiwa saya masih lagi di sini. Saya juga menjadi pembimbing kepada anak saya dalam bidang penerbitan pula.

Sejak di bangku sekolah lagi, anda membawa gelaran 'selebriti'. Adakah itu merupakan cita-cita anda ketika itu?

Saya sendiri tidak pernah terlintas untuk bergelar pelakon atau anak seni kerana cita-cita saya lebih kepada saintis. Saya lebih suka meneroka dunia cipta dan pembabitan dalam dunia lakonan melenyapkan impian itu.

Bagaimana anda mula terlibat dalam bidang lakonan?

Saya masih ingat, ketika itu, umur saya 13 tahun, di mana saya sedang menduduki tingkatan satu. Ketika itu, syarikat produksi, Shaw Brothers, sedang mencari pelakon kanak-kanak untuk filem arahan Jamil Sulong, Sayang Anakku Sayang. Arwah ayahanda saya beria-ia membawa saya dan tiga adik beradik yang lain termasuk Zulkifli untuk menghadiri sesi uji bakat. Ketika itu, ramai kanak-kanak yang menyertainya. Sebelum itu, ayahanda telah menggunakan 'taktik rahsia' untuk babak menangis di mana tangan kami di sapu dengan minyak cap kapak. Dengan cara itu, air mata kami keluar seperti sedang menangis betul-betul. Sebenarnya, watak utama dalam filem itu adalah kanak-kanak perempuan bernama Rohani, namun ia ditukar kepada watak saya yang juga bernama, Aziz. Ia merupakan filem pertama saya dan saya tidak pernah terfikir nak jadi pelakon.

Menerusi filem itu, anda dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di FFA pada 1976. Ketika itu, adakah anda menjangkakan kemenangan?

Sebenarnya, saya tidak menghadiri majlis berprestij itu dan tidak tahu filem berkenaan dipertandingkan. Saya hanya tahu selepas bonda beritahu saya. Ia adalah satu kejutan buat saya kerana ketika itu nama saya turut dicalon bersama beberapa pelakon kanak-kanak hebat termasuk, Rano Karno. Namun, kemenangan itu memberi dunia baharu buat saya apabila banyak tawaran diterima untuk berlakon. Apabila memasuki tingkatan tiga, minat saya semakin menebal dalam bidang seni dan bercita-cita untuk menjadi seorang pembikin filem di satu masa nanti. Saya juga menolak untuk meneruskan persekolahan dalam aliran Sains dan memilih aliran Sastera. Ketika itu, ayahanda dan bonda dipanggil ke sekolah kerana keputusan saya. Namun, saya bernasib baik kerana ayahanda amat memahami saya dan memberi dorongan kepada minat saya.

Bagaimana pula dengan pelajaran ketika itu? Adakah anda dapat memberi keseimbangan dalam kerjaya dan akademik?

Sejujurnya, sejak terlibat dalam bidang lakonan, akademik saya sedikit terganggu dan merosot jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Malah, di sekolah juga saya turut mendapat usikan nakal daripada guru-guru. Misalnya, dialog saya dalam lakonan akan turut digunakan oleh guru untuk mengenakan saya. Namun, ia hanyalah gurauan biasa. Tambahan pula, saya juga kurang aktif dalam sukan dan lebih selesa menghabiskan masa di dalam kelas dengan melukis. Lagipun, fizikal saya yang kecil ketika itu sering menjadi 'mangsa' tolakan sekiranya bermain bola atau sebarang aktiviti padang. Saya tidak memiliki ramai kawan dan memang sikap saya suka bersendirian.

Apa pandangan anda mengenai pelakon-pelakon cilik sekarang? Adakah mereka memiliki 'sesuatu' yang boleh dibanggakan?

Secara rambang, saya lihat, pelakon kanak-kanak sekarang lebih terarah kepada bekerja untuk mendapatkan duit. Tidak seperti zaman saya ketika dahulu di mana kita akan mempelajari teknik, penghayatan dan cuba memahami apa yang ingin disampaikan. Ketika saya berusia 15 tahun, saya dan kawan-kawan sudah mengenali Steven Spielberg dan Francis Ford Coppola, malah turut berbicara mengenai cara kerja mereka. Namun pelakon cilik sekarang kurang berminat untuk mengetahui ke arah itu. Boleh dikatakan, kebanyakan daripada mereka tidak fokus dalam bidang yang mereka ceburi. Saya baharu sahaja selesai membuat telefilem kanak-kanak dan saya dapat rasakan, mereka tidak ada 'sesuatu' yang kami ada ketika satu masa dahulu. Apa yang saya perhatikan, mereka ada minat namun tidak digunakan dengan bijak.

Satu ketika dahulu, saya pernah menghasilkan program kanak-kanak, namun ianya hanya memasuki dua musim sahaja. Saya tidak sanggup nak teruskan rancangan itu apabila ramai kanak-kanak mula belajar ponteng sekolah untuk menyertainya. Jika saya teruskan, saya rasakan diri saya sebagai manusia yang tidak bertanggungjawab.

Ramai dalam kalangan kanak-kanak menceburi bidang lakonan, malah ianya turut mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang menjadi pengurus kepada anak mereka.

Tidak salah sekiranya ibu bapa menunjukkan sokongan kepada minat anak-anak, apatah lagi dengan cara ini, mereka juga boleh menjana pendapatan untuk keluarga. Ini merupakan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan perjalanan karier anaknya. Saya berharap agar ibu bapa kepada pelakon cilik ini tidak membiarkan anak terlalu leka dengan aktiviti lakonan dan turut memberi imbangan kepada bidang akademik. Sekiranya berhadapan dengan kekangan masa, mereka boleh mendapatkan khidmat 'home schooling' di mana guru akan datang mengajar di rumah. Jangan sesekali mempergunakan anak-anak untuk mencari rezeki.

Sekiranya anak-anak anda turut meminati industri seni, adakah anda akan menyokong atau menghalangnya?

Saya sendiri tidak kisah apa jua minat anak-anak saya kerana ayahanda saya juga tidak pernah menghalang minat saya.  Oleh itu, anak-anak saya juga saya berikan kebebasan untuk memilih jalan hidup dan kerjaya. Namun, saya akan memastikan mereka 'berilmu' dan bukan sekadar memenuhi industri seni. Bijak atau tidak, ia bukanlah pengukur kerana ilmu ini luas dan mereka boleh menerokainya. Saya selalu memberitahu anak-anak saya, 'tanya diri kamu, apa yang kamu mahu? Apa jua pilihan kamu, ia adalah yang terbaik buat kamu, namun kamu perlukan ilmu'. Kalau nak jadi pelakon, biarlah pelakon yang berkualiti dan jika mahu jadi pembikin filem, jadilah insan seni yang menyajikan karya-karya membina.

Setakat ini, anak sulung saya yang baharu sahaja tamat pengajian di universiti sedang berjinak-jinak dalam dunia seni. Namun, dia lebih meminati bidang belakang tabir dan Insya-ALLAH, kami akan berkolaborasi dalam penerbitan filem animasi. Anak kedua pula, minatnya lebih kepada komputer dan grafik. Kemungkinan dia juga bakal terlibat dalam dunia pembikinan filem.

PELAKON CILIK TERKENAL

Keluarga Ngasri

Anne Ngasri atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, memulakan karier lakonan sejak berusia lima tahun lagi.

Jika disebut Anne, pastinya nama adik-beradiknya yang lain iaitu Darling Ngasri dan Bell Ngasri turut disenaraikan bersama.

Malah, penglibatan seni tiga beradik ini tidak sia-sia apabila Anne pernah memenangi kategori, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 1994, menerusi drama, Anak Angkat.

Malah, Darling atau sebenarnya, Nasreen Ngasri, turut menjulang trofi yang sama pada 1997, di ASK menerusi drama, Selamat Hari Jadi Su III.

Bell juga turut meraih kepercayaan apabila berjaya meriah anugerah, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, pada ASK 1998 menerusi drama, Pa'e.

Tam Suhaimi

Sinonim dengan filem Pak Tam Duda dan drama bersiri Cili Padi yang pernah dibintanginya sewaktu kecil dahulu, pelakon Tam Suhaimi, memulakan karier sejak zaman kanak-kanak lagi.

Hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri lakonan, sehingga kini Tam masih mampu bertahan sebagai pelakon.

Tam atau nama sebenarnya, Nor Azemi Suhaimi, 35, juga turut bekerja di belakang tabir dan menghasilkan produk televisyen bersama rakan artis menerusi telefilem, Pengancam Perkahwinan dan beberapa drama lain.

Shafie Naswip

Mula berlakon sejak usia belasan tahun, lakonan pertama Shafie adalah filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Mukhsin.

Pada mulanya, Shafie hanya menemani adik saudaranya untuk menjalani uji bakat tetapi akhirnya beliau turut diuji bakat oleh Yasmin Ahmad bagi membawakan watak sebagai Mukhsin.

Shafie turut menyertai rombongan filem Mukhsin ke Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun pada 2006.

Shafie menganggap Yasmin sebagai ibunya dan pemergian Yasmin membawa kehilangan besar buat dirinya sehingga pernah terfikir untuk bersara.

Menerusi filem, Talentime dan Songlap, dia meraih dua anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM22 dan FFM25.

Shafie mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di FFM dan ASK pada usia 16 tahun.

Rykarl Iskandar

Bintang cilik ini mula terlibat dalam dunia lakonan seawal usia lima tahun dan mula dikenali menerusi drama, Lembing dan Layang, Taubat Nasuha serta Tunjang Saadah, pada 2010.

Anak sulung daripada tiga beradik ini turut bercita-cita menjadi produser filem seperti Mejar (K) David Teo.

Sehingga kini, Rykarl, 9, membintangi lebih daripada 10 telefilem termasuk, Pergi, Lara Hati Ibu, Cikgu Timah Tukar Sekolah, Bila Rumah Jadi Mahkamah, Neraka Abah, Jubah Putih Kain Kapan, serta Strawberry dan Karipap.

Rykarl juga turut terlibat dalam filem Ajiboy, Balistik dan Kisah Paling Gangster.

Dalam drama pula, pelakon cilik ini turut diberi peluang menerusi Alauddin, Begitukah Cinta, Dahlan Steady, Geng Mengaji, Elly & Epit, Kasih Emelda, Jangan Ambil Padang Kami dan Super Smash.

Mia Sara Nasuha

Dilahirkan pada 30 September 2005, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, atau lebih dikenali sebagai Mia Sara merupakan pelakon dan model kanak-kanak.

Anak ketiga daripada empat beradik ini mula membintangi filem sejak berusia enam tahun lagi iaitu Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, dan Papa I Love You.

Mia turut terlibat dalam drama dan telefilem, Adamaya, Epilog Syurga Cinta, Tiramisu, Zoo The Series, Begitukah Cinta, Pengorbanan Terakhir dan Cuak.

Selain itu, Mia juga dilantik sebagai duta susu kanak-kanak, Dutch Lady, iklan Astro Beyond, pelembut pakaian Softlan, Bank Islam serta syarikat telekomunikasi Celcom dan TM.

Sepanjang penglibatannya, Mia meraih tiga anugerah termasuk, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM24).

Kejayaan di FFM24, melayakkan Mia untuk disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records.

Puteri Balqis

Pelakon dan model komersial kanak-kanak ini dilahirkan pada 12 April 2007.

Antara drama lakonannya termasuk Gemilang, Bicara Hati, Pelarian dan Aduh Sayang.

Melalui drama Pelarian, Balqish atau lebih mesra disapa Aqish telah dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 dan memenangi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene.

Pelakon cilik yang bijak berbicara ini juga turut meminati pelakon popular, Faizal Hussein dan Liza Abdullah.

Sehingga kini, Aqish turut terlibat dalam filem, 1 Lawan 1 dan beberapa drama serta telefilem termasuk Di Sebalik Tirai Kasih, Zuriat Yang Tercalar, Anak Lorong, Dimana Kanku Cari Ganti, Aku Bukan Mashitah, Janji Bidadari, Jangan Ganggu Aku dan Seringgit Kasorga.

Haziq

Haziq atau nama sebenarnya, Muhammad Haziq Mohd Hazem, 13, mula dikenali ketika menyertai program kanak-kanak, Tom Tom Bak dan Macam-Macam Aznil.

Pelakon cilik ini berjaya menarik minat penerbit setelah melihat keletah dan kebijaksanaannya berinteraksi dalam program kanak-kanak popular kelolaan Datuk Aznil Nawawi itu.

Meminati dunia lakonan sejak kecil lagi, Haziq juga turut mengagumi pelakon hebat, Will Smith, John Travolta dan Jack Black.

Penglibatan dalam industri lakonan tidak sia-sia apabila Haziq berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Syurga Cinta di FFM22.

Fimie Don

Shafimie Saedon atau dikenali sebagai Fimie Don, mula berlakon sejak berusia lima tahun.

Merupakan pelakon utama dalam drama bersiri, Hikayat Putera Shazlan dan Bong, Fimie juga pernah terlibat dalam program, Nasi Lemak Kopi O.

Sehingga kini, Fimie membintangi lebih 30 drama, empat filem dan 50 iklan dan duta, Pakaian Hari-Hari.

Selain lakonan dan pengacaraan, Fimie turut mempunyai single dengan dua lagu, termasuk Bila Ku Di Mercu dan Lagu Untuk Mama & Papa.

Antara lakonannya dalam filem termasuk, Magika, Senario Asam Garam, 8 Jam dan SAM: Saya Amat Mencintaimu.

Amir Raja Lawak sedia tamat zaman bujang

Posted: 02 Apr 2014 01:06 AM PDT


  • Amir Raja Lawak Amir Raja Lawak
SETELAH beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang.
Malah, pemenang ketiga Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya.

Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu.

105 staf hotel bakal diberhentikan

Posted: 02 Apr 2014 01:00 AM PDT


  • 105 staf hotel bakal diberhentikan Hotel Quality Shah Alam terpaksa ditutup bermula 1 Jun kerana tidak mahu terus tanggung kerugian.
SHAH ALAM – Selepas kemelut 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings diberhentikan kerja Februari lalu, kali ini 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam, di bawah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang juga anak syarikat kerajaan negeri bakal menerima nasib sama.

Nasib 105 kakitangan berjawatan tetap itu kini dalam keadaan terumbang-ambing selepas dimaklumkan terpaksa diberhentikan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Difahamkan pekerja hotel tersebut terkejut selepas dimaklumkan berita berkenaan dalam sesi taklimat kelmarin.

Tindakan drastik itu dikatakan terpaksa dibuat kerana prestasi kewangan hotel yang sudah beroperasi selama 26 tahun itu terjejas.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat KPS, Amin Lin Abdullah berkata, keputusan untuk menghentikan operasi hotel tersebut dibuat selepas perbincangan tahun lalu.

"Perniagaan perhotelan di sini sememangnya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan mungkin disebabkan oleh faktor lokasi yang kurang strategik kerana jauh dari Kuala Lumpur.

"Jadi kita akan tutup hotel ini bermula 1 Jun," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan arahan penutupan tersebut dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas arahan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Amin Lin menafikannya.

Amin Lin menegaskan, keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Anwar dan Abdul Khalid kerana ia dibuat berdasarkan perbincangan Pengurusan dan Lembaga Pengarah Perangsang Selangor berpandukan prestasi kewangan hotel yang tidak memberangsangkan.

Menurutnya, hotel itu tidak mampu menanggung kadar sewa baru mengikut kadar pasaran semasa.

Ketika ditanya sama ada bangunan berkenaan akan dijual sebagai aset, Amin Lin berkata, KPS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual Plaza Perangsang.

Menurutnya, hotel tujuh tingkat dari tingkat 18 ke 24 itu akan dibangunkan semula sebagai ruang pejabat.

Berkenaan nasib 105 kakitangan hotel, Amin Lin berkata, kesemua yang dihentikan itu akan menerima pampasan bernilai lebih RM5 juta.

Menurutnya, pihaknya cuba sedaya upaya membantu mereka dengan menyerapkan mana-mana kakitangan ke bahagian di dalam KPS.

"Selain pampasan RM5 juta, kita sediakan bantuan seperti nasihat temu duga, nasihat mencari pekerjaan, khidmat kaunseling, penggunaan komputer dan mesin fotostat untuk surat permohonan pekerjaan, mengeluarkan testimoni dan penawaran peluang keusahawanan," katanya.

Nazim, Bella Dally kunci mulut

Posted: 02 Apr 2014 12:53 AM PDT



NAZIM mengaku telah putus cinta dengan Bella manakala Bella masih belum memberi sebarang kenyataan.


MINGGU lalu, kecoh teman Mizz Lahar, Cik Mermaid mencari Nazim Othman dan Bella Dally. Bukan apa, untuk mendapat pengesahan status hubungan cinta mereka berdua yang dikatakan telah berakhir.
Cik Mermaid telah menghubungi Nazim, bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu yang dia tidak mahu memberi komen jika disoal tentang cinta.
Dalam nada yang tegas, dia mengucapkan terima kasih dan terus meletakkan telefon. Terkebil-kebil Cik Mermaid mendengar kata-kata Nazim sedangkan Cik Mermaid belum sempat melontarkan sebarang soalan.
Begitu juga dengan Bella yang langsung tidak mengangkat telefon. Mungkin masih bersedih atas perpisahan yang tidak dirancang itu.
Mizz Lahar tidak kisahlah mereka mahu putus cinta, bercinta kembali atau apa jua status hubungan mereka.
Apa yang penting, mereka harus sedar andai bercinta sesama artis, perhatian yang diberikan media dan peminat kepada mereka agak terlebih sedikit.
Jadi, janganlah marah atau melenting jika pihak media cuba mengorek rahsia cinta kalian berdua kerana sebelum ini, sah-sah kalian juga yang mengaku secara terang-terangan sedang bercinta.
Jika orang mahu ambil tahu apa sahaja tentang kalian, maknanya anda popular.
Jika anda putus cinta 10 kali dan tidak ada orang kisah, maknanya faham-faham sendiri sajalah.
Mizz Lahar tidak marahkan Nazim dan Bella kerana berdiam diri adalah keputusan mereka berdua. Mungkin mereka perlukan masa sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Mizz Lahar harap mereka berdua baik-baik sahaja kerana masing-masing mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan. Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Debaran Stanza Cinta, Jaclyn Victor dan Adira

Posted: 02 Apr 2014 12:52 AM PDT

JACLYN dan Adira yang terlibat dalam Konsert Stanza Cinta pada 4 dan 5 April ini bakal berduet untuk lagu Cinta.


DEBARAN Konsert Stanza Cinta semakin sampai ke kemuncak apabila senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh lima nama besar dalam industri hiburan tempatan iaitu Amy Search, Noh Hujan, Haziq dan Adira telah ditetapkan.
Debaran tersebut juga turut dikongsikan oleh dua daripada lima bintang yang akan menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 dan 5 April ini iaitu Jaclyn Victor dan Adira.
Berbincang mengenai persiapan, Jaclyn bercerita, perasaan gusarnya berkurangan memandangkan empat lagu yang akan disampaikan merupakan lagunya sendiri. Bagaimanapun, dia tetap melakukan persiapan sama ada dari segi fizikal dan mental untuk konsert tersebut.
"Lagu yang akan dinyanyikan kelak merupakan lagu yang sudah biasa saya nyanyikan, namun pada masa yang sama saya juga agak gemuruh berkongsi pentas dengan nama besar seperti Amy Search dan Noh Hujan.
"Buat masa sekarang segala persiapan berjalan dengan lancar dan pada malam tersebut saya juga akan melakukan sesuatu yang berbeza apabila akan berkolaborasi dengan Adira menerusi lagu Cinta," ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi di Istana Budaya baru-baru ini.
Tambah Jaclyn, dia juga sangat teruja apabila kumpulan orkestra yang tidak asing lagi iaitu Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) akan mengiringi nyanyiannya sepanjang dua jam konsert tersebut berlangsung.
"Menyanyi diiringi dengan orkestra dan minus one sangat berbeza perasaannya. Saya merasakan lebih bertenaga dan yakin melontarkan vokal apabila diiringi oleh orkestra, semangatnya juga lain," ujar Jaclyn yang enggan mendedahkan perkhabaran baik mengenai perkahwinannya yang dijangka akan berlangsung pada tahun ini.
Pada malam yang penuh gemilang tersebut, Jaclyn akan menyampaikan sebanyak empat buah lagu iaitu Bersama Kamu, I Always Love You, Jagalah Diri dan duetnya bersama Adira menerusi lagu Cinta.
Dalam pada itu, bekas finalis Akademi Fantasia yang popular menerusi lagu Ilusi, Adira juga turut berkongsi debaran yang sama apabila diberi tugas untuk menyanyikan tiga buah lagunya sendiri iaitu Dewi Cinta, Lara Lagi dan Aku Ada kamu.
Baginya, walaupun jadual nyanyian padat dan kesihatannya yang masih belum baik sepenuhnya akibat daripada keretakan sikunya, namun Adira berjanji akan memberikan yang terbaik pada malam tersebut.
"Saya mengakui kesibukan disebabkan jemputan menyanyi oleh beberapa badan korporat dan Minggu Setiausaha telah menyebabkan jadual saya padat. Bagaimanapun, saya tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik pada malam tersebut," ujarnya.
Bercerita mengenai persiapannya, Adira berkata, dia telah membuat persiapan awalnya sendiri, namun persiapan pada konsert tersebut masih belum sempurna.
"Saya masih belum membuat latihan bersama Jaclyn kerana kami akan berduet untuk menyampaikan lagu Cinta pada konsert itu nanti tetapi saya tidak risau kerana kami pernah berkolaborasi sebelum ini, jadi untuk mencari keserasian itu tidaklah memakan masa yang lama," ujarnya.
Dalam pada itu, Adira juga berkata, debaran pada malam tersebut sangat terasa apabila dia diberi kepercayaan untuk berkongsi pentas dengan nama-nama besar dalam industri muzik yang lain termasuk Amy Search dan Noh Hujan.
"Ia merupakan suatu penghormatan kepada saya. Mereka merupakan idola dan kepercayaan ini akan digalas sebaik mungkin oleh saya, insya-Allah," ujarnya.
Adira juga akan menyampaikan lagu hitnya, Ombak Rindu sebagai pembuka tirai pada konsert tersebut manakala lagu terakhir pula ialah medley Cinta Di Akhir Garisan dan Raikan Cinta oleh semua artis yang terlibat menjayakan Konsert Stanza Cinta.
Sementara itu, Noh akan menyampaikan lagu hit yang telah mengangkat namanya suatu ketika dahulu iaitu Kotak Hati, Bila Aku Sudah Tiada dan Angin Kencang manakala Haziq pula akan menyampaikan lagu Seraut Wajah dan Juwitaku Sayang.
Legenda rock tanah air, Amy Search pula akan mempersembahkan lagu fenomena iaitu Isabella, Gadisku dan Tiada Lagi.
Tiket telah mula dijual di kaunter Box Office, Istana Budaya dan juga boleh didapati secara dalam talian di laman web www.ticket2u.biz dengan harga serendah RM53 sehingga RM303.

Noryn 'tutup dapur' tiga bulan

Posted: 02 Apr 2014 12:51 AM PDT

WALAUPUN hamil empat bulan, Noryn tetap aktif menerima undangan nyanyian.


SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga bersama arkitek tersohor, Datuk Raja Bahrin Shah, penyanyi Jazz Noryn Aziz akhirnya mendapat khabar gembira bahawa dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Barangkali berdepan dengan kegusaran mengenai risiko hamil pada usia lewat 30-an, Noryn, 37, menjelaskan, dia cuba mengamalkan petua yang diberikan oleh teman-teman rapatnya dalam industri.
Sementelah sedang hamil, Noryn juga memberitahu, dia masih aktif mengadakan persembahan nyanyian dan bakal terbabit menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC) pada 16 dan 17 April ini.
Ikuti temu bual lanjut bersama Noryn Aziz yang ditemui pada majlis sidang akhbar Minggu Setiausaha PICC di Putrajaya baru-baru ini.
KOSMO!: Empat tahun mendirikan rumah tangga akhirnya impian Noryn untuk bergelar ibu tertunai. Sudikah sekiranya dikongsikan sedikit perasaan gembira anda?
NORYN AZIZ: Alhamdulillah, ini hadiah tahun baru yang paling bermakna buat saya dan suami. Saya mendapat tahu bahawa saya mengandung tepat pada 1 Januari lalu dan setinggi-tinggi syukur saya panjatkan. Usia kandungan saya kini sudah memasuki usia 18 minggu dan saya dijangka bersalin pada bulan September nanti.
Adakah sepanjang tempoh empat tahun itu anda ada merancang untuk hamil?
Ya, kami tidak putus-putus berdoa dan berusaha sejak empat tahun lalu dan pelbagai ikhtiar telah kami lakukan. Memang saya mahukan anak sejak dari awal berkahwin lagi dan pastinya ini impian tertinggi setiap insan yang bergelar wanita. Insya-Allah anugerah ini pelengkap rumah tangga kami.
Bagaimanakah momen pertama mendapat tahu berita kehamilan itu dan apakah reaksi suami anda?
Pada mulanya saya tidak percaya sehingga saya membeli lebih 10 alat penguji kehamilan pelbagai jenama untuk membuat pemeriksaan sendiri. Akhirnya saya bertemu doktor dan mengesahkan berita ini.
Sudah pasti dia (suami) menjadi individu paling gembira dan rasa lega kerana penantian kami selama ini berbaloi.
Apakah usaha yang anda lakukan sepanjang tempoh empat tahun itu?
Paling penting adalah pemeriksaan dalaman diri sendiri. Pada awalnya doktor memaklumkan bahawa saya kurang darah jadi saya melebihkan pengambilan zat besi. Kemudian, saya mengikut nasihat Nurul Depp yang banyak memberikan petua berguna pada awal kehamilan. Dia juga memberi saranan agar saya membuat rawatan akupuntur setiap minggu selama empat bulan tanpa henti.
Bagaimanakah kerisauan anda apabila hamil pada usia lewat 30-an?
Memang gementar tapi Alhamdulillah selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan kandungan saya normal. Saya tidak mengalami alahan yang terlalu teruk. Memang pada mulanya saya akan rasa loya-loya apabila terhidu bau masakan. Sampaikan saya langsung tidak boleh memasak pada tiga bulan pertama, itu sebab saya 'tutup dapur' sekejap melainkan sarapan ringan untuk suami saja yang saya sediakan.
Adakah anda akan membataskan pergerakan dan mengurangkan aktiviti menyanyi selepas ini?
Sejak hamil saya semakin suka berjalan tapi saya mengurangkan pemakaian kasut tumit tinggi. Saya tetap aktif mengadakan persembahan, malah bulan Mac saja saya sudah membuat tiga persembahan pentas. Insya-Allah pada bulan April saya akan terbabit dengan Minggu Setiausaha Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pula.
Bercakap mengenai persembahan pada Minggu Setiausaha Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, bagaimanakah konsep persembahan anda?
Saya akan berkongsi pentas bersama Kris Dayanti, Afgan dan Awi Rafael pada 16 dan 17 April nanti. Untuk persembahan itu saya akan mendendangkan empat atau lima buah lagu popular saya.
Selain itu, apakah perkembangan terbaharu anda selain aktif dalam bidang nyanyian?
Saya sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan insya-Allah pada bulan Mei depan saya akan melancarkan produk kecantikan dan kesihatan, Delima Bella.

Riuh musim kedua Kan-Cheong Kitchen

Posted: 02 Apr 2014 12:50 AM PDT


TERBAHAGI kepada dua kumpulan, peserta Kan-Cheong Kitchen perlu memasak pelbagai hidangan sebelum dinilai para juri.


LAZIMNYA, setiap program realiti masakan yang disajikan sebelum ini adalah berbentuk formal dan serius. Namun, segalannya berbeza dalam sebuah program masakan terbitan 8TV iaitu Kan-Cheong Kitchen. Ingin lari daripada konsep stereotaip sebuah program masakan, Kan-Cheong Kitchen pasti membuatkan penonton teruja dek keriuhan para peserta.
Berpeluang melihat sendiri proses rakaman program masakan tersebut di Green Cow Studio, Bandar Sri Damansara baru-baru ini, suasana riuh-rendah disebabkan teriakan penonton amat mengujakan. Suasana yang dipenuhi dengan drama dan kelam-kabut itu sekali gus menyebabkan setengah jam proses penggambaran tersebut bagaikan tidak terasa.
Perjalanan program masakan tersebut bermula apabila dua pasukan diberi tugas untuk memasak tiga resipi dengan peruntukan masa 30 minit. Cabaran sebenar program masakan tersebut ialah apabila salah seorang anggota setiap pasukan diletakkan dalam sebuah bilik dan hanya dibenarkan menggunakan suara untuk mengarah rakan sepasukannya.
Menariknya, ahli pasukan yang diarah oleh rakannya itu tidak tahu-menahu langsung mengenai ilmu masakan. Hal tersebut menyebabkan segalanya menjadi kelam-kabut. Ahli pasukan yang ditugaskan memasak itu perlu peka terhadap arahan ahli pasukannya dalam bilik tersebut supaya dapat melakukan tugas dengan sempurna.
Di dalam bilik tersebut, sebuah kamera mini diletakkan di kepala ahli pasukan yang diarah untuk membolehkan rakan yang mengarah melihat setiap pergerakan ahli pasukannya melalui sebuah monitor yang tersedia di dalam bilik tersebut.
Hanya teriakan sahaja yang menjadi kekuatan setiap pasukan untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Namun, kekeliruan dek teriakan kedua-dua pasukan tersebut menyebabkan kekeliruan dan daripada situlah timbul pelbagai konflik dan detik yang mencemaskan.
Apabila orang ramai melihat program masakan sebegini, mesti terdetik di hati penonton dengan mengatakan ia merupakan sebuah program yang ditiru konsepnya daripada program masakan Jepun dan Korea. Namun siapa sangka, ia merupakan hasil idea asal daripada seorang produser muda.
Produser muda yang dimaksudkan ialah Muhammad Helmi Yahya. Pengalaman mengendalikan program-program besar dalam stesen televisyen 8TV sebelum ini termasuk 8TV Quickie dan Duit For Duit digunakan sepenuhnya oleh Helmi untuk mengendalikan program tersebut.
Mengulas mengenai sebab pihak produksi memilih nama yang agak unik untuk program tersebut, Helmi menjelaskan, nama tersebut merupakan istilah Mandarin yang membawa maksud riuh-rendah sesuai dengan suasana program masakan ini.
Tambahnya, musim kedua Kan-Cheong Kitchen juga akan disiarkan bermula hari ini sebanyak 10 episod manakala musim kedua yang menjalani sesi rakaman secara berterusan akan disiarkan menjelang penghujung tahun ini.
CEF NIK MICHAEL tidak mahu melepaskan peluang menjadi juri tetap Kan-Cheong Kitchen yang dianggap unik.


Kelainan
Bercerita mengenai kelainan yang terdapat pada program masakan yang masuk musim kedua ini Helmi berkata, terdapat banyak pembaharuan yang diselitkan pada musim baharu ini. Namun, pada masa sama masih mengekalkan konsep yang sama.
"Terdapat beberapa kelainan pada musim kali ini. Ini termasuklah penyediaan beberapa resipi yang agak sukar berbanding episod sebelumnya dan meminta para peserta untuk menyiapkan tiga hidangan dalam tempoh 30 minit yang ditetapkan.
"Hidangan juga tidak spesifik kepada masakan Malaysia sahaja dan jenis hidangan juga termasuk dari negara lain iaitu Jepun dan masakan Barat lain," ujarnya usai rakaman program tersebut berlangsung.
Tambah Helmi, kelainan juga dapat dilihat dengan kehadiran chef selebriti iaitu Cef Anis dan Cef Nik Michael.
Pihak produksi ingin membuatkan para peserta merasai debaran apabila diadili oleh cef yang bertaraf profesional.
"Walaupun program masakan ini berbentuk santai, kami ingin para peserta mengalami pengalaman sebenar diadili oleh cef profesional. Pada episod kali ini kami juga menambah seorang lagi juri khas iaitu penasihat pemakanan, Lilian atau lebih dikenali sebagai Auntie Lilian.
"Tugas bagi kesemua juri ini ialah memberi markah mengikut keenakan masakan yang telah disediakan oleh para peserta, namun Auntie Lilian diberi kuasa istimewa apabila dibenarkan untuk menolak markah peserta.
"Dari segi pemberian markah, ia bukan hanya melihat kepada hidangan sahaja, malah dari segi kebersihan dapur dan cara penyediaan masakan tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, program ini juga digamatkan lagi dengan dua orang pengacara 8TV yang tidak asing lagi iaitu Prem Shankar dan Megan Tan.
Helmi berkata, pasangan pengacara tersebut dilihat sangat serasi dan selesa mengacarakan program tersebut sekali gus menjadi salah satu kekuatan kepada program masakan ini.
"Setakat ini komitmen yang mereka berikan sangat memberangsangkan. Kita tidak akan kering gusi dengan keletah mereka mengusik para peserta," ujarnya.
CEF ANIS teruja diberi kesempatan menilai masakan peserta yang tidak mempunyai kemahiran memasak.


Nik Michael sakit perut
Cef Nik Michael Imran, 25, yang ditemui usai proses rakaman tersebut menyimpulkan senyuman apabila diminta untuk berkongsi pengalamannya bergelar salah seorang juri program masakan tersebut.
"Seperti yang kita tahu, peserta yang diarah untuk memasak sememangnya seseorang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang masakan. Jadi, sesetengah hidangan yang disediakan mereka kadangkala tidak sempurna.
"Disebabkan merasai makanan tersebut, perut saya pernah meragam dan sekali gus menyebabkan saya berulang-alik ke tandas," ujarnya berseloroh.
Bagaimanapun Nik berkata, dia sangat menghargai usaha yang dilakukan oleh semua peserta dan memahami kesuntukan masa, ditambah pula dengan keadaan yang huru-hara merupakan antara sebab peserta kurang memberi tumpuan kepada masakan.
"Saya melihat mereka mempunyai kesungguhan untuk memberikan yang terbaik kepada kami dan hal tersebut menyebabkan saya seronok untuk memberi kerjasama dalam setiap episod," ujarnya.
Apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menjadi salah seorang tulang belakang kepada program tersebut, Nik berkata, program ini merupakan sesuatu yang baharu dan segar.
"Saya suka konsepnya kerana ia lain daripada lain. Hal tersebut menyebabkan saya teringin untuk menjadi sebahagian daripada program ini," ujarnya yang kini sibuk menguruskan restorannya iaitu Picknik Comfort Food Café yang terletak di Publika Solaris Dutamas.
Chef Anis senang bekerjasama
Dalam pada itu, Anis Nabilah Umaruddin, 25, atau lebih popular dipanggil Cef Anis berkata, dia sangat teruja dan gembira kerana diberi penghormatan untuk menjadi salah satu juri untuk program masakan ini.
"Saya sangat gembira apabila menerima tawaran untuk menjadi salah seorang juri program masakan ini. Sepanjang dua minggu sesi rakaman saya juga sangat selesa berkerjasama dengan pihak produksi.
"Apabila kerjasama yang erat diberikan daripada pihak produksi ia sekali gus melicinkan proses rakaman ini dan saya merasakan ia sangat santai dan seronok," ujarnya.
Anis juga mengakui kesukaran peserta yang menyertai program tersebut kerana dia bersama pihak produksi pernah cuba untuk melakukan apa yang dilakukan peserta sebelum ini.
"Kami pernah mencuba sebagai peserta sebelum ini dan ia ternyata sangat sukar untuk memberi arahan disebabkan gangguan bunyi daripada pihak lawan.
"Sebelum ini kami juga agak bingung mengapa agak susah untuk para peserta memberi arahan kepada rakan sepasukannya dengan hanya menggunakan suara yang lantang, namun segalanya terjawab apabila kami mencubanya sendiri," ujarnya yang pernah menjadi hos dalam program masakan Icip-Icip terbitan Asian Food Channel's (AFC).

Jep Sepahtu maki peminat?

Posted: 02 Apr 2014 12:48 AM PDT


JEP SEPAHTU memang terkenal dengan sikap humor yang tinggi.


BARU-BARU ini Mizz Lahar menerima satu kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap anggota Sepahtu iaitu Jep yang dikatakan telah memaki peminat.
Menurut pembaca tersebut, kejadian itu berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.
Ujarnya, ada salah seorang peminat yang mahu mengambil gambar dengan Jep tetapi telah dilemparkan dengan kata-kata kesat yang berbunyi, "Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la."
Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan pelawak kesayangannya itu.
Sebenarnya Mizz Lahar agak terkejut kerana sepanjang mengenali Jep, dia bukanlah jenis individu yang mudah memaki peminat. Bagaimanapun, menurut pengirim e-mel ini, memang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut.
Sekarang ini hanya Jep sahaja yang boleh menjelaskan situasi yang sebenar terhadap insiden yang berlaku. Harap Jep tidak cepat melatah dengan apa yang Mizz Lahar paparkan ini dan tidak perlu bimbang sekiranya berada di pihak yang benar.
MIZZ LAHAR: Kesal dengan sikap seorang artis yang sudah dua kali membatalkan sesi fotografi.

Dulu mahal, sekarang murah gila

Posted: 02 Apr 2014 12:47 AM PDT

orang ramai berebut-rebut membeli sotong yang dijual murah di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah semalam.


KOTA KINABALU – Fenomena bulan terang selama tiga bulan di Sabah sejak Mac lalu hingga Mei depan mencetuskan fenomena tersendiri apabila ia menggalakkan pembiakan sotong yang sangat banyak di negeri ini.
Keadaan itu menyebabkan orang ramai kini mampu membeli makanan laut itu yang selama ini dianggap mewah pada harga serendah RM2 sekilogram.
Tinjauan Kosmo! mendapati sotong pelbagai saiz mengalami kejatuhan harga dua kali ganda berbanding RM6 sekilogram sebelum ini.
Bagaimanapun, harga runtuh itu tidak berlaku di Semenanjung apabila sotong dijual RM20 sekilogram di Johor Bahru dan RM14 hingga RM18 sekilogram di Kuala Lumpur.
Seorang peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu, Adi Alan, 22, mengakui harga murah itu menarik peniaga kecil memborong sotong segar di kedainya.
"Dengan harga serendah RM2 sekilogram, saya mampu menjual 50 kilogram sotong sehari dan semua habis dijual," katanya.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Yazid, 25, berkata, penurunan harga itu bukan sahaja berlaku kepada sotong bersaiz kecil malah sotong besar.
"Untuk sotong sepanjang 24 sentimeter, harganya RM13 sekilogram berbanding harga biasa RM18 sekilogram," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories