RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Bella Dally Buat Keputusan Berhijab

Posted: 12 Apr 2014 08:31 AM PDT

w35w
Bella (tengah) bersama rakan-rakan artisnya, Nellydia dan Uqasha.
PETALING JAYA: Pelakon Bella Dally mengaku membuat keputusan untuk berhijab sejak Selasa lalu dan langkah itu diharap tidak menyekat rezekinya dalam bidang lakonan.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, berkata, dia sendiri tidak menyangka melakukan perubahan itu kerana dia merasakan mungkin berhijab selepas mendirikan rumah tangga.

"Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini.

"Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan 'berhijrah' secepat ini.

"Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Alhamdulillah keluarga dan peminat turut menyokong dengan perubahan ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.


srwq3
Bella Dally ingin perubahan imej dilakukan sedikit demi sedikit.
Tambah Bella, dia juga tidak risau dengan peluang yang datang dalam kerjaya lakonan selepas perubahan imejnya itu kerana baginya, rezeki ada di mana-mana.
Dalam pada itu Bella berkata, dia juga sedang memikirkan konsep penampilan atau imej yang ingin ditonjolkan kepada umum dengan melihat gaya berfesyen selebriti-selebriti bertudung luar negara.
"Buat masa ini saya cuma padankan baju-baju yang saya ada dengan gaya yang lebih sopan.
"Apa-apa pun saya akan melakukan perubahan ini secara berperingkat," ujarnya.
Ditanya adakah perubahan yang dilalukan itu adalah disebabkan perpisahannya dengan  aktor Nazim Othman, kata Bella: "Siapa kata saya dan dia (Nazim) sudah berpisah? Dia menyokong apa saja yang saya lakukan."

Linda Hashim Amal Surah Maryam Agar Mudah Bersalin

Posted: 12 Apr 2014 08:29 AM PDT

Linda Hashim dan suami Beego tidak sabar menanti kelahiran anak pertama mereka akhir bulan ini.
PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim melakukan amalan membaca surah Maryam yang dijadikan petua oleh kebanyakan ibu mengandung agar dipermudahkan proses bersalin.
Linda, 29, berkata, sejak disahkan mengandung Julai tahun lalu, dia sentiasa menitik beratkan amalan pembacaan surah-surah tertentu sebagai kekuatan dan bagi menjaga kandungannya.

"Saya banyak membaca buku dan di internet tentang amalan surah-surah dan ayat Al-Quran yang baik untuk diamalkan semasa mengandung.

"Setiap surah ada doa tertentu dan semuanya untuk kebaikkan bayi dalam kandungan. Pada awal kandungan dahulu saya banyak amalkan surah Luqman iaitu untuk mendapat anak yang cerdik dan sekarang banyak baca surah Maryam pula bagi mendapat keberkatan agar dipermudahkan ketika hendak bersalin nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Jumaat.
Linda dijangka bersalin pada hujung April ini. Aktres itu berkahwin dengan pelakon Beego, 34, pada 7 Jun 2013.

Linda Hashim sudah siap membeli kelengkapan bayi.

Dalam pada itu, Linda berkata, perasaan teruja dan tidak sabar untuk menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

"Saya tidak rasa takut ketika saat semakin hampir (bersalin) ini, sebaliknya rasa tidak sabar untuk melihat bayi ini," katanya.

Sementara itu kata Linda, dia lebih banyak membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal terutamanya untuk menhadapi kerenah bayi.

Dia juga melatih untuk sentiasa bersabar selain membaca maklumat tentang pengurusan bayi yang baharu lahir.

"Kelengkapan daripada segi pakaian semua sudah siap, saya tidak beli banyak kerana bayi mudah membesar, jadi beli yang secukupnya sahaja.

"Tetapi saya banyak baca tentang kerenah bayi yang baru lahir dan membuat persiapan daripada segi mental iaitu banyakkan bersabar.

"Bayi yang baru lahir akan banyak ragam dan kerap bangun malam, jadi saya sudah pesan awal-awal pada suami tentang perkara-perkara seperti itu," katanya.

Tambah Linda, dia akan tinggal di rumah kakaknya dalam tempoh berpantang itu.

Linda dijangka melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tawakal.

Suria FM Tawar RM30,000 Untuk Pendengar

Posted: 12 Apr 2014 08:27 AM PDT


suria fm
Halim Othman dan Adibah Noor mengendalikan segmen Ceria Pagi.
PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM memberi peluang kepada  pendengar untuk merebut wang tunai RM30,000 menerusi peraduan, Telinga Power Suria FM.

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, peraduan tersebut berlangsung setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 April lalu sehingga 2 Mei depan.

"Telinga Power Suria FM memerlukan pendengar meneka bunyi dan setiap bunyi itu bernilai RM500.

"Segmen tersebut akan ke udara menerusi tiga segmen iaitu Ceria Pagi (5 pagi hingga 10 pagi), Ceria Petang (4 petang hingga 8 malam) dan Ceria Suria (10 pagi hingga 1 petang)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online  di sini pada Jumaat.

Tambah Adiwati, pembayang bunyi akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh penyampai Suria FM serta Facebook stesen radio itu di www.facebook.com/SuriaFMRadio.

Sekiranya pendengar tidak berjaya meneka bunyi yang dimainkan, wang akan digandakan sebanyak RM500 sehinggalah bunyi tersebut berjaya diteka dengan betul.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories