RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Mungkin harta karun milik lanun

Posted: 14 Apr 2014 11:45 PM PDT


  • Persatuan Sejarah Malaysia Persatuan Sejarah Malaysia
SHAH ALAM - Persatuan Sejarah Malaysia tidak menolak kemungkinan wujud harta karun di Pulau Nangka, Melaka, seperti kenyataan Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron.
Pengerusinya, Datuk Omar Mohd Hashim berkata, jika wujud harta karun tersebut, ia boleh jadi milik lanun-lanun Eropah yang singgah di perairan Melaka.

Menurutnya, perkara seperti menyembunyikan harta adalah amalan lanun-lanun sahaja.

"Itu hanya kemungkinan sahaja. Ini kerana, tidak ada dalam amalan atau hikayat sewaktu Kesultanan Melayu dahulu kisah meninggalkan harta dengan menyembunyikannya.
"Sesiapa sahaja yang melarikan diri termasuk Sultan, mereka akan membawa bersama harta-harta milik mereka dan tidak akan meninggalkan di mana-mana dengan harapan akan berpatah balik untuk mengambil semula," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara menyembunyikan harta boleh jadi dilakukan oleh mana-mana pihak.

"Kebarangkalian harta itu wujud ada, cuma saya tidak boleh kata, ia milik Sultan Mahmud Shah atau mana-mana Sultan.

"Pada zaman itu, saudagar dari China dan India yang menetap di Melaka juga kaya dan mempunyai pengaruh besar, tetapi ia tidak memungkinkan harta-harta itu milik mereka kerana menyembunyikan harta bukan amalan pada era itu," katanya.
Ditanya, adakah mungkin harta dikatakan milik Sultan Mahmud Shah itu ditinggalkan oleh pengiringnya sewaktu Baginda melarikan diri daripada serangan Portugis pada tahun 1511, Omar berkata, perkara itu tidak pernah dinyatakan.
"Tidak ada cerita hikayat Melayu mengenai perkara sedemikian. Menerusi cerita-cerita lama ini, setiap pengiring Sultan adalah terdiri daripada mereka yang setia.
"Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti alat-alat kerajaan (keris dan takhta) dan juga emas. Kesemua mereka ini sangat setia kepada Sultan dan tidak akan mengkhianati dengan mencuri dan menyembunyikan harta tersebut," katanya.

Jelasnya, semasa melarikan diri itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri daripada ditangkap Portugis.

"Jalan laut tidak selamat buat mereka. Jika mereka melalui jalan laut, akan mudah dikepong tentera Portugis berbanding jalan darat yang lebih kepada perkampungan," katanya.

Dalam pada tu, Omar menjelaskan jika benar wujud harta karun seperti yang dinyatakan, ia adalah milik kerajaan Melaka dan tidak boleh mana-mana pihak mengambilnya.

Padah kemaruk 'Candy Crush'

Posted: 14 Apr 2014 11:39 PM PDT


  • Padah kemaruk 'Candy Crush' Marlia pernah melalui detik cemas dan hampir terbabas akibat leka bermain 'candy crush' tahun lalu.
KUALA TERENGGANU - Jika dulu, barang kemas dan perhiasan di badan dijadikan ukuran simbol kekayaan seseorang, namun kini ia bukanlah lagi satu-satunya kayu pengukur.

Peralatan komunikasi canggih seperti telefon pintar Blackberry, Android, iPhone, iPad dan komputer peribadi menjadi simbol status 'kejayaan' individu di dalam masyarakat.

Biarpun ia dicipta untuk memberi kemudahan kepada penggunanya kerana menggabungkan pelbagai aplikasi dalam satu gajet, namun tidak kurang juga implikasi buruk yang perlu ditanggung pengguna jika terlalu asyik dengannya.

Berkongsi satu kisah dilalui seorang kakitangan swasta yang hanya mahu dikenal sebagai Marlia, 36, berkata, dia pernah melalui detik cemas dan hampir terbabas ketika memandu dan nyaris melanggar penunggang motosikal akibat leka bermain 'Candy Crush' tahun lalu.

Berikutan itu, dia menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran berguna dalam hidupnya kerana sebelum kejadian itu, telefon pintarnya tidak pernah lekang dari tangannya.

Malah, ada kalanya, makan dan minumnya setiap hari juga menjadi tidak teratur kerana ketagihan bermain 'Candy Crush' malah akan bermain permainan itu sehingga awal pagi apabila mengetahui rakan-rakannya sudah mengatasi pencapaiannya.

"Kawan pernah tegur dengan perubahan sikap saya. Tumpuan saya kepada mereka semakin kurang, malah apabila mereka bercakap saya tak ambil peduli sebab leka bermain (Candy Crush).

"Bukan setakat telefon pintar, laptop pun saya guna untuk bermain permainan itu jika berada di rumah. Saya selalu bersaing dengan rakan-rakan di laman sosial dan pernah belanja seorang rakan lelaki kerana dia berjaya mengatasi saya," katanya.

Bagaimanapun dia akhirnya sedar permainan itu mampu merosakkan hidupnya, malah mengakibatkan kemalangan jalan raya jika kejadian tahun lalu berulang buat kali kedua.

Bagi kakitangan awam, Badrul Hisham Mohamad, 45, ramai kawannya merupakan penggemar malah ketagih permainan dalam telefon pintar termasuk 'Candy Crush',  dan bermain tidak kira waktu termasuk ketika berada di kedai kopi.

Katanya, memang diakui, dengan adanya permainan itu ia dapat membantu mereka yang terbeban dengan kerja mengurangkan tekanan.

"Namun boleh jadi sebaliknya jika disalahgunakan pada masa tidak sesuai. Ini kerana, kemesraan boleh renggang kerana tumpuan banyak kepada perkara lain.

"Ada kalanya kita seperti bercakap sendiri, manakala mereka sibuk dengan telefon masing-masing," katanya.

Seorang suri rumah, Siti Zuhaila Mamat, 28, berkata, aplikasi di telefon pintar seperti menonton video, melayari internet dan bermain permainan video wajar digunakan pada masa lapang sahaja.

Mengakui gemar menggunakan aplikasi di telefon pintar, namun aktiviti itu hanya rancak selepas dia berhenti kerja dan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa semasa hamil anak pertama.

"Suami ketika itu mencadangkan saya isi masa lapang dengan perkara yang diminati kerana bimbang mungkin saya akan bosan apabila tinggal di rumah bersendirian. Selain menggunakan laman sosial Facebook, saya memilih bermain 'Candy Crush'.

"Permainan 'Candy Crush' agak menghiburkan. Tetapi tidaklah sehingga saya mengabaikan tanggungjawab yang lain. Ia hanya sekadar untuk isi masa lapang," katanya.

Dia bagaimanapun agak bimbang apabila mendengar cerita rakan-rakan yang memaklumkan ada antara mereka taasub dan sentiasa mahu bersaing mendahului mata pencapaian rakan lain dalam permainan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories