RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sham (Kamikaze) Kecewa Dendam Bekas Isteri

Posted: 22 Apr 2014 04:03 AM PDT

Sham memberitahu dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas dakwaan bekas isterinya itu.
TERKINI  PETALING JAYA: Bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham tampil menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk menjawab tuduhan bersikap hipokrit biarpun sudah berhijrah seperti mana didakwa oleh bekas isterinya, Farazila Abdul Jabar dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.
Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh, 38, menerusi laman Facebook miliknya berkata, apa yang berlaku diantara dia dengan bekas isteri sudah menjadi sejarah dan tuduhan Farazila adalah hak peribadinya.

"Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

"Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi," katanya.

Pendakwah bebas itu mengulas mengenai kenyataan Farazila yang membuat tuduhan secara terbuka terhadap Sham. Wanita itu turut menuduh bekas suaminya itu bersikap hipokrit  selain menggambarkannya sebagai lupa diri apabila masyarakat sekeliling menyanjungnya.

Dalam pada itu, Sham berkata, tindakan Farazila menjaja kisah rumah tangga mereka jelas bermotifkan dendam dan ingin memalukan dia kepada orang ramai.
Malah kata Sham, sejak mereka bercerai dia tidak pernah memburuk-burukkan bekas isterinya itu kepada orang lain seperti mana dilakukan Farazila terhadapnya.

Farazila mendakwa bekas suaminya bersikap hipokrit.

"Saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumah tangga apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai.

"Sebagaimana diketahui umum saya tidak pernah walau sekali pun membuat apa-apa kenyataan tentang dia (Farazila) apatah lagi mengaitkan dia dalam apa juga keadaan sebagaimana didakwa," jelasnya lagi.

Bagaimanapun kata Sham, dia tetap mendoakan kebahagiaan untuk bekas isterinya itu dan berdoa agar wanita berkenaan terus tabah mengharungi kehidupannya selepas ini.

"Saya doakan agar dia terus tabah mengharungi hidupnya dengan segala cara untuk bahagia, Insya-Allah," ujarnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum bercerai pada 1 September 2011.

Sham ketika ini merupakan suami kepada Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, yang juga kakak kepada penyanyi Maulana (AF). Mereka dikatakan telah berkahwin pada Januari 2012.

Solat Hajat Punca Afiq Muiz Pulang Ke Rumah - Ibu

Posted: 22 Apr 2014 04:02 AM PDT

4rt6u54
Afiq Muiz kini kembali ke pangkuan ibunya semula selepas bergaduh anak beranak pada tahun lalu.
PETALING JAYA: Ibu kepada aktor Afiq Muiz iaitu Hasliza Mohd berkata antara punca anaknya itu lembut hati selepas insiden pergaduhan diantara mereka sehingga pelakon itu digelar anak durhaka adalah kerana doa dan solat hajat yang dilakukannya tanpa henti.

Menurut Hasliza atau lebih mesra dengan panggilan Ummi, sejak dia mendedahkan aktor itu berubah sikap, dia bersama anak-anaknya yang lain tidak pernah berhenti memohon doa kepada Allah agar anaknya itu kembali semula ke pangkuan keluarga.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berkat doa dan solat hajat yang dilakukan tanpa henti, akhirnya doa saya termakbul. Afiq kembali ke pangkuan keluarga.

"Walau apa pun yang telah berlaku, saya tidak pernah membenci dia. Sebaliknya hanya berdoa agar dia kembali berubah sikap. Setiap hari, namanya tidak pernah lekang daripada bibir saya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Isnin.

Tambah Ummi, Afiq telah menghubunginya pada awal Januari lalu dan ia benar-benar membuatkan dia terkejut sehingga  menitiskan air mata tanda bersyukur.

Ketika itu, Afiq telah memohon maaf dan menginsafi segala kesilapannya yang lalu dan memberitahu ingin pulang ke rumah,  kedua-dua mereka menangis bersama sepanjang perbualan di telefon.

"Saya cakap pada dia, baliklah nak… Ummi rindu… Ummi nak peluk Afiq… Susah nak ceritakan perasaan gembira ketika Afiq menghubungi saya ketika itu.

"Alhamdulillah, apa yang telah berlaku ada hikmahnya. Walaupun saya dihina  kononnya sengaja mahu mencari publisiti,  saya tidak kisah dengan tanggapan orang. Yang penting Afiq kembali kepada saya.

"Sebagai seorang ibu saya akan memarahinya agar dia tidak hanyut dan lupa diri. Tidak ada seorang ibu pun yang mahu melihat kejatuhan anaknya," tutur Ummi.

Dalam pada itu, Ummi memberitahu, Afiq sudah banyak berubah sejak kembali menetap bersamanya dan tidak lagi bersikap panas baran seperti sebelum ini.

Sementara itu, Ummi berkata, dia berharap pertelingkahan antaranya dengan Afiq dapat dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa serta anak-anak yang lain.

"Memandangkan kisah saya dan Afiq sudah diketahui umum, saya mahu ia menjadi pengajaran besar kepada semua masyarakat.

"Belajarlah menghargai ibu-bapa kerana mereka menjaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh," ujarnya.

Jangan Kaitkan Sha'arin Dengan Black Rose

Posted: 22 Apr 2014 04:00 AM PDT

Sha'arin kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada syarikat produksinya, Blublack Productions.
PETALING JAYA: Bekas pemain drum kumpulan Black Rose iaitu Sha'arin menjelaskan dia tidak selesa apabila masih ada pihak yang mengaitkan namanya dengan kumpulan rock popular sekitar awal tahun 90-an itu.

Sha'arin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali Wong, 45, berkata, penglibatannya dalam kumpulan muzik itu sudah pun berakhir dan ia telah pun menjadi memori.

"Saya sebenarnya kurang selesa apabila orang masih panggil saya 'Sha'arin Black Rose' kerana ia tidak melambangkan sepenuhnya siapa diri saya sekarang.

"Tambahan pula tempoh saya bersama kumpulan itu hanya tiga tahun sahaja dan banyak lagi pencapaian lain dalam hidup yang saya lakukan berbanding ketika bersama kumpulan itu," katanya kepada mStar Online.
Sha'arin tidak berhasrat untuk kembali bersama Black Rose.

Dalam pada itu, Sha'arin berkata, dia tidak bercadang untuk kembali bersama kumpulan itu bagi menghasilkan album terbaharu kerana bimbang ia tidak akan mendapat sambutan daripada peminat.

Sha'arin yang juga suami kepada pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, berkata, dia bukan memandang rendah terhadap kredibiliti kumpulan rock itu sebaliknya bersikap realistik terutamanya landskap industri muzik yang mengalami pelbagai perubahan selain mengambil kira cita rasa pendengar.

"Pada pandangan saya menghasilkan album baharu akan merosakkan semua memori peminat tentang Black Rose dan saya secara peribadi merasakan ia mungkin tidak akan mendapat sambutan peminat seperti mana zaman kegemilangan Black Rose dahulu.

"Kita juga harus sedar bahawa industri muzik telah mengalami pelbagai perubahan dan realitinya saya bimbang kemunculan semula Black Rose tidak akan memberi impak seperti dahulu," ujarnya.
Sha'arin bersama isterinya, Yasmin Hani.

Lisa Surihani Tidak Akan Tonton Cerita Seram

Posted: 22 Apr 2014 03:59 AM PDT

Lisa Surihani diumum sebagai hos HBO Sentral.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Lisa Surihani merupakan seorang yang penakut dan tidak akan menonton atau mendengar kisah seram terutamanya cerita-cerita hantu. Lisa, 28, berkata, dia mengalami perasaan takut sejak kecil dan sering terbawa-bawa perasaan itu ketika bersendirian.  

"Saya bukan seorang yang suka dengar cerita hantu dan saya tidak faham kenapa orang tengok cerita sebegitu?  

 "Sejak kecil lagi saya memang takut untuk menonton cerita hantu kerana ia akan menggangu tidur saya," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran HBO Sentral Bahasa Malaysia, di Hotel Grand Hyatt, di sini pada Isnin.  

Lisa Surihani turut diumum sebagai hos pertama rancangan yang memaparkan filem-filem terbaharu di pawagam dalam versi bahasa Malaysia.  

Bagaimanapun, Lisa berkata, dia pernah menerima tawaran berlakon filem genre tersebut berjudul Dendam Orang Mati.  

"Selalunya saya memang tolak mentah-mentah filem genre seram, namun ada satu filem berjudul Dendam Orang Mati yang saya terima kerana watak saya dalam filem itu sangat mencabar.  

"Ia cerita psiko tetapi lokasi penggambaran di tempat-tempat yang memang menakutkan dan saya terpaksa meminta suami (Yusry Abdul Halim) untuk menemani saya ketika di lokasi," katanya.  

Tambah Lisa, dia juga terkilan kerana disebabkan perasaan takut itu juga dia tidak dapat memberikan sokongan kepada kawan-kawan baiknya yang berlakon dalam filem-filem seram.  

Dalam pada itu, Lisa yang mengacarakan program HBO Sentral itu mengakui teruja dan berbesar hati kerana menjadi hos pertama rancangan tersebut.  

Dia akan memastikan cara penyampaian agar lebih interaktif bagi menyalurkan maklumat tentang filem-filem terbaharu di pawagam.  

"Saya seorang pelakon dan peminat filem, jadi saya berbangga apabila Astro memilih saya untuk menjadi hos rancangan ini.  

"Mereka mahu saya bawa rancangan ini mengikut cara saya sendiri, namun apa yang sukar apabila saya terpaksa bercakap sendirian di skrin hijau dengan hanya membayangkan apa yang keluar di televisyen," ujarnya.

Lagu 'Hanya Aku' Paling Top Di Pusat Karaoke Red Box

Posted: 22 Apr 2014 03:57 AM PDT

Kumpulan Hyper Act menerima trofi selepas lagu nyanyian mereka iaitu Hanya Aku dinobatkan sebagai 10 lagu paling popular sepanjang 2013 di pusat karaoke Red Box.
KUALA LUMPUR: Lagu Hanya Aku nyanyian kumpulan Hyper Act menerima anugerah '10 Lagu Berbahasa Malaysia Paling Popular Red Box 2013' kerana ia menjadi lagu karaoke popular pilihan pengunjung di pusat karaoke berkenaan.

Vokalis kumpulan berkenaan, Ronnie tampil menerima trofi yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Red Box, Valerie Choo.

"Trofi ini saya anggap luar biasa kerana pertama kali dinobatkan dengan anugerah sebegini dan saya cukup terharu apabila lagu tersebut menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia," kata Ronnie.

Antara lagu lain yang turut diberi penghargaan kerana sering dipilih oleh pengunjung pusat hiburan itu adalah Putih-Putih Melati (ST12), Sahabat (Najwa Latif),Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Penglipur Lara (Hazama), Kalau Aku Kaya (Altimet & Awi Rafael).
Pengarah Urusan Red Box, Valerie Choo (empat dari kiri) bergambar dengan wakil syarikat rakaman yang hadir bagi menerima trofi Anugerah Lagu Karaoke Popular 2013 Red Box yang diadakan bersempena Malam Media Red Box di Sogo.
Turut menerima anugerah itu adalah Setengah Mati Merindu (Judika), Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang (Tegar), Sandiwara Cinta (Repvblik) dan Sayang (Shae).
Pada malam tersebut, hampir 300 wakil media dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman diraikan dengan pelbagai aktiviti seperti karaoke, permainan berkumpulan dan cabutan bertuah.

Red Box turut menyampaikan 10 anugerah bagi kategori lagu berbahasa Inggeris yang mendapat sambutan iaitu Skyfall (Adele), When I Was Your Man (Bruno Mars),Get Lucky (Daft Punk), Thrift Shop (Macklemore & Ryan Lewis), Wake Me Up (Avicci).

Turut tersenarai Royals (Lorde), Roar (Katy Perry), Wrecking Ball (Miley Cyrus) dan Girl On Fire (Alicia Keys).

Antara aktiviti lain pada malam itu termasuk aktiviti karaoke bersama media, permainan dan cabutan bertuah pelbagai hadiah menarik.

Peraduan Fesyen & Kapsyen! Klik 'Like' Dapat Hadiah!

Posted: 22 Apr 2014 03:56 AM PDT


Peraduan fesyen & kapsyen
Peraduan Fesyen & Kapsyen
PETALING JAYA: Portal mStar Online memperkenalkan peraduan Fesyen dan Kapsyen bagi memberi peluang kepada pembaca memenangi hadiah berupa baucar beli belah bernilai RM500 dan RM100. Bagi menyertai peraduan ini pembaca hendaklah mempunyai akaun Facebook (FB) dan seterusnya melayari FB mStar Online menerusi akaun  https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy dan 'Like' pada akaun terbabit.
Pembaca dikehendaki klik pada 'Photo Caption Contest' yang terdapat pada paparan utama FB mStar Online sebelum mengisi beberapa keterangan yang diperlukan temasuklah kapsyen menarik pada gambar yang tertera.
Bagi melayakkan mendapat baucar yang disediakan, pembaca hendaklah mempromosikan peraduan yang dieertai kepada pengikut FB masing-masing bagi mendapatkan 'Like' terbanyak untuk menyokong kapsyen yang telah dihantar.
Sebanyak 14 hadiah harian harus direbut iaitu pemberian baucar RM100 bagi setiap pemenang manakala tiga hadiah utama akan diumumkan selepas peraduan ditutup bagi menentukan siapakah yang akan membawa pulang baucar RM500.
75 peratus keputusan diadili berdasarkan siapakah yang mendapat 'Like' tertinggi mnanaka 30 peratus lagi daripada juri professional.
Peraduan ini mendapat kerjasama daripada Fashion Valet Sdn Bhd sebagai penaja utama manakala Glossy Addiction dan Perfect Runway sebagai penaja bersama.
Tarikh tutup penyertaan pada 4 Mei 2014.
Sila layari https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy untuk menyertainya.
Terma dan syarat-syarat penyertaan boleh diikuti dengan klik kepada pautan ini: https://www.facebook.com/notes/mstar-online/terma-syarat-peraduan-fesyen-kapsyen-facebook-mstar/766670466685067

Vietnam Beri Larangan Terbitkan Filem 'Bahaya Cinta'

Posted: 22 Apr 2014 03:55 AM PDT

Yusof Kelana bersama pelakon dan kru produksi filem Bahaya Cinta.
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Bahaya Cinta, Yusof Kelana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menjalani penggambaran filem kerjasama antara Malaysia dengan Vietnam itu.

Yusof berkata, pihaknya terpaksa mematuhi larangan dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan Vietnam sebelum menerbitkan filem berkisarkan peristiwa sejarah tentang pelarian negara itu.

"Kami menghadapi banyak kesulitan ketika proses penggambaran terutamanya membabitkan kerajaan Vietnam.

"Mereka meletakkan larangan dan syarat tertentu kepada kami serta meminta untuk menapis skrip terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat negara itu.

"Skrip ini juga diolah semula mengikut kehendak mereka dan beberapa babak di Pulau Bidong, Terengganu terpaksa dipotong," katanya kepada mStar Online.

Kata Yusof, selain itu, mereka turut berhadapan dengan masalah komunikasi apabila keseluruhan kru produksi di negara itu tidak boleh berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, Yusof mengakui kagum, biarpun Vietnam dikenali sebagai negara dunia ketiga, namun, industri perfileman negara tersebut telah membangun seperti negara-negara Asia lain.

"Kami sukar untuk berinteraksi kerana mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, sebaliknya kami menggunakan bahasa isyarat dan terpaksa melakonkan semula bagi memberi penerangan kepada mereka.

"Walaupun negara Vietnam merupakan negara dunia ketiga, tetapi apa yang saya lihat industri filem mereka sudah maju dan semakin berkembang," katanya.

Sementara itu, Yusof berkata, filem ini turut memaparkan aspek   perkongsian budaya dan penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Penggambaran yang mengambil masa selama dua minggu iaitu akhir tahun lalu itu telah dilakukan di Hanoi, Vietnam dan Pulau Bidong.

Filem ini menampilkan pelakon popular seperti Adam (AF2), Han Dan, Luong Giang, Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Amanda (Indonesia), Datuk Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak.

Ia bakal ditayangkan pada 1 Mei depan di seluruh pawagam tanah air.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories