RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi

Posted: 24 Apr 2014 05:50 AM PDT


Juliza Adzlizan akui sudah bersedia untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab sebagai muslimah.
PETALING JAYA: Penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini. 
Sebaliknya, Juliza, 47, berkata, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna.

"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.

"Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.

"Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap.

"Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia.

"Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," katanya yang mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan.

Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, tambah Juliza, sejak tidak aktif dalam industri hiburan, banyak baju-baju seksi yang pernah dipakainya diberikan kepada orang.

 Salah satu contoh kek hasil tangan Juliza.


Katanya, dia kini banyak membeli baju yang besar seperti baju kurung dan jubah yang senang untuk dipakai.

"Baju-baju lama saya semua sudah saya beri pada orang. Lagi pula saiz baju sekarang sudah tidak muat lagi untuk saya pakai.

"Sejak duduk di rumah badan saya semakin membesar, jadi saya lebih selesa sarung baju yang senang dipakai seperti baju T, baju kurung dan jubah untuk kemana-mana," katanya.

Sementara itu, Juliza berkata dia kini sibuk dengan perniagaan kek secara dalam talian.

Pada mulanya, dia mengambil tempahan secara 'suka-suka', bagaimanapun ia menjadi perniagaan serius apabila kek tersebut mendapat permintaan ramai.

"Saya buat untuk anak-anak sahaja dan bila ada kawan yang ingin tempah saya buat juga. Namun apabila orang bercakap daripada mulut ke mulut kata kek saya sedap, ramai  pula yang ingin buat tempahan.

"Tiga bulan pertama sejak Oktober tahun lalu saya sudah buat lebih 100 biji kek dan saya sangat tidak sangka ia menjadi semakin serius ketika ini," katanya yang terpaksa mengambil kelas seni dekorasi kek.

Juliza berkata, dia kini sedang mencari pembantu bagi membuat persiapan untuk tempahan kek pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti. 
Dia mengakui bersyukur kerana minat tersebut mendapat sokongan suami yang banyak membatu melakukan kerja-kerja rumah apabila dia sibuk di dapur.
"Pada awalnya memang suami saya tidak faham dan rimas melihat rumah bersepah bila saya sibuk membuat kek, namun lama kelamaan dia pula yang bantu saya.

"Dia tahu saya hanya sibuk pada akhir minggu sahaja, jadi dia akan balik awal dan banyak tolong buat kerja-kerja rumah," katanya.

"Tiada Siapa Boleh Campur Urusan Lakonan Saya" - Nelydia Senrose

Posted: 24 Apr 2014 05:49 AM PDT

Nelydia akui ada babak romantis dengan Sharnaaz Ahmad agak keterlaluan.
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose menjelaskan keputusan menerima tawaran bagi melakonkan adegan romantik atau mesra dalam sesebuah drama atau filem merupakan keputusannya sendiri tanpa melibatkan pihak lain termasuklah kekasihnya Qi Razali.
Nelydia, 20, berkata, sebagai wanita yang sudah dewasa, dia tahu menjaga batasan ketika berlakon asalkan ia tidak menjejaskan maruah diri  dan keluarga.

"Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon.

Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi,"  katanya kepada mStar Online.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang adegan mesra antara dia dengan pelakon utama drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Sharnaaz Ahmad yang dikatakan keterlaluan.

Adegan-adegan tersebut didakwa menimbulkan perasaan cemburu oleh kekasihnya Qi Razali apabila melihat gambar-gambar lakonan mereka dimuat naik oleh pelakon lelaki tersebut di laman sosial Instagram.

Katanya, dalam hubungan percintaan salah faham merupakan sesuatu yang normal, bagaimanapun perkara tersebut sudah diselesaikan secara baik.
qi razali & nelydia
Nelydia Senrose (kiri) bersama kekasihnya Qi Razali.


Dalam pada itu, Nelydia turut mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan.

Namun, katanya ia hanyalah sebagai memenuhi tuntutan watak yang tertulis dalam novel asalnya.

"Ya, saya akui ada babak lakonan kami yang agak keterlaluan, tetapi itu hanya kehendak novel yang memerlukan kami memberikan yang terbaik", katanya.

Bercerita tentang pengalaman melakonkan watak Mastura dalam drama tersebut, Nelydia berkata ada babak yang membuatkan dia malu untuk melakonkannya.

Katanya, babak yang memerlukan dia mengusap perut dan bercakap dengan bayi yang dikandungnya itu membuatkan dia segan dengan diri sendiri.

"Saya tidak pernah mengandung, banyak kali diulang kerana saya sukar untuk fokus dan segan dengan diri sendiri," ujarnya.

Drama bersiri 60 episod itu dibarisi pelakon seperti Iqram Dinzly, Datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.

Ia telah disiarkan sejak 9 Disember 2013 di Astro Mustika

Tidak Mungkin Elaine Daly Cintakan Hans Isaac

Posted: 24 Apr 2014 05:48 AM PDT


elaine daly
Elaine Daly
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Elaine Daly menegaskan dia tidak mungkin kembali bercinta dengan Hans Isaac kerana sudah menganggap pengarah dan aktor itu seperti abang kandungnya.

Elaine menjelaskan khabar angin mengatakan mereka kembali bercinta selepas Hans memuat naik gambar mereka bersama keluarga masing-masing menikmati makan malam bukan suatu isu besar.

"Cerita tentang percintaan kami sudah berlalu hampir 12 tahun namun hubungan kami masih akrab seperti adik-beradik malah saya menganggapnya seperti abang.

"Malah kami sering berjumpa dengan disertai oleh ahli keluarga lain kerana hubungan kami semua memang rapat dan teman lelaki saya turut menyertai pertemuan itu," katanya kepada mStar Online.

Elaine ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu musim bunga dan panas jenama Dressing Paula di G Tower dekat sini, Rabu.

Selain Elaine, antara selebriti lain yang turut hadir pada acara itu adalah Daphnie Iking, Atilia dan Julie Woon.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kekasihnya, Elaine berkata, dia tidak pernah mengimpikan akan bertemu seorang lelaki yang disifatkan cukup penyayang dan romantik terhadapnya.
hans isaac
Hans Isaac


Jelas Elaine, biarpun baharu sahaja mengenali lelaki yang berasal dari Afrika Selatan itu namun hatinya tertarik dengan sifat yang ada padanya.

"Saya kagum dengannya kerana dia berjaya membuatkan saya bercakap tentang dia secara terbuka dan saya berada dalam fasa yang sangat bahagia.

"Kebaikannya, sifat romantis dan keterbukaan dia menerima saya seadanya membuatkan saya tahu dia adalah cinta sejati saya," katanya.

Jelas Elaine lagi, dia bertambah kagum dengan teman lelakinya itu kerana fasih berbahasa Malaysia selain mengetahui pelbagai perkara tentang negara ini.

"Dia adalah seorang doktor dan telah menetap di Malaysia selama 10 tahun malah boleh menyanyikan lagu Negaraku dengan baik selain menghafal Rukun Negara.

"Ia membuatkan hubungan itu bertambah mudah kerana dia faham budaya kita sebagai rakyat Malaysia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Elaine yang juga salah seorang Pengarah Urusan Kebangsaan, Miss Universe Malaysia berkata, dia kini sibuk dengan pelbagai aktiviti   untuk pertandingan itu tahun ini.

Malah kata Elaine, pihaknya akan menjelajah ke seluruh Malaysia bermula Mei depan bagi mencari calon pertandingan tersebut.

"Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tahun ini kami akan mencari di seluruh Malaysia calon sesuai untuk pertandingan tersebut.

"Fokus kami bukan sahaja tentang kecantikan tetapi melihat kepada pakej keseluruhan yang dapat diketengahkan pada peringkat antarabangsa," ujarnya.

Malah kata Elaine, satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengumumkan projek terbaharu itu.

Fiza (Elite) Minta Tidak Dicaci Berhubung Isu Cerai

Posted: 24 Apr 2014 05:47 AM PDT

Fiza kesal dipersalahkan kerana menfailkan penceraian terhadap suaminya Adam AF2.
TERKINIPETALING JAYA: Pelakon Fiza (Elite) meminta semua pihak tidak mencacinya selepas berita dia memfailkan perceraian terhadap suaminya penyanyi Adam (AF2) tersebar.
Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, berkata dia menyedari sebagai seorang artis segala berita tentang masalah peribadi akan diketahui umum.

"Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure.

"Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang  saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya 'masuk air', saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini," katanya melalui status terbaharu laman sosial Instagram miliknya.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau Adam (AF2) selepas rumah tangga mereka dikatakan menghadapi masalah.

Sumber berkata, kes mereka akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam dekat sini pada Isnin depan.

Fiza juga sejak beberapa minggu ini sering meluahkan perasaan melalui laman sosial Instagram miliknya iaitu menggunakan nama 'puterimahsuri81'.
Fiza meluahkan perasaanya di Instagram.


Sementara itu, Fiza berkata, cacian dan tomahan yang diberikan terhadapnya akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anaknya.Fiza meminta agar masyarakat memberi sedikit rasa simpati terhadap dia dan anak-anak untuk melalui masa-masa sukar ini.

"Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi.

"Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya," pintanya.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.  

Sharnaaz Enggan Mati Tak Tutup Mata Kerana Lisdawati

Posted: 24 Apr 2014 05:46 AM PDT

sharnaaz
Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad ingin bersemuka dengan aktres Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi selepas wanita itu selamat bersalin bagi  menyelesaikan isu pertelingkahan di antara mereka ketika penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Sharnaaz, 29, berkata, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga mampu menjejaskan kesihatan Lisdawati yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga.

"Pergaduhan saya dan Lisdawati itu biarlah berlalu, tetapi saya rasa ia patut diselesaikan kerana saya tidak mahu kalau saya mati, mata tidak tertutup rapat.

"Tapi tunggu masa yang sesuai mungkin selepas dia beranak dahulu baru bincang," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, di sini, malam Selasa lalu.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi antara dia dan Lisdawati apabila wanita itu  mendakwa diserang dan diugut Sharnaaz ketika penggambaran drama berkenaan.

Dalam kejadian Februari lalu itu, Lisda  membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia enggan memanjangkan dan bercakap tentang perkara tersebut lagi.

Tak Perlu Tunggu Sehingga Bersalin  - Lisdawati

Sementara itu, pelakon Lisdawati yang dihubungi berkata, Sharnaaz tidak perlu menunggu sehingga dia bersalin untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Kata Lisda, banyak cara dan teknologi terkini yang membolehkan aktor itu menghubunginya jika benar-benar berniat untuk berbuat demikian.

"Saya tidak mahu panjangkan hal ini jika dia tidak buka mulut lagi, tetapi kalau dia kata ingin berdamai tidak perlulah nak tunggu sampai saya bersalin.

"Banyak cara kalau ingin berjumpa atau telefon sahaja kalau benar-benar ikhlas untuk bersemuka dan berdamai," katanya.
lisdawati
Lisdawati


Tambah Lisda, sebagai pelakon lebih senior dia lebih lama dalam industri dan pernah melalui pelbagai kontroversi lebih teruk daripada itu.

Sementara itu, Lisda, dia tidak dapat hadir pada tayangan episod akhir drama tersebut berikutan keretanya mengalami kerosakan dan terpaksa dihantar ke bengkel.

"Saya sudah siap-siap nak datang tetapi kereta pulak buat hal dan terpaksa ke bengkel untuk dibetulkan, pada mulanya memang saya ingin menonton bersama-sama dan bertemu peminat drama itu," katanya yang kini sarat mengandung lapan bulan.

Drama  Bukan Kerana Aku Tak Cinta mula disiarkan sejak 9 Disember lalu pada setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 10 malam di Astro Mustika (saluran 134).

Cikgu bagi RM10 setiap hari

Posted: 24 Apr 2014 05:37 AM PDT


  • Cikgu bagi RM10 setiap hariKegiatan pelajar PTA yang sempat dirakam wartawan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Seorang remaja dipercayai pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA), Jalan Yan-Kuala Kedah mendakwa diberikan RM10 setiap hari sebagai kos sara hidup sekiranya keluar menjalankan jualan amal mereka.

Pelajar berusia 15 tahun itu berkata, wang berkenaan akan digunakan sebagai perbelanjaan makanan dan minum seharian ketika mereka menjalankan aktiviti itu di sekitar ibu kota selama seminggu.

"Kami juga akan diberikan komisyen dengan jualan yang diperoleh, selebihnya wang berkenaan diberikan kepada ustaz yang membawa kami.

"Ustaz kata, kalau nak makan boleh guna duit jualan, tetapi kami kena maklumkan berapa yang kami gunakan," katanya kepada Sinar Harian.

Kegiatan itu terbongkar selepas mereka terserempak dengan wartawan Sinar Harian yang kebetulan berada di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.

Pelajar berusia sekitar belasan tahun itu memaklumkan bahawa mereka hanya melakukan jualan amal selepas sesi persekolahan iaitu pada sebelah petang di kawasan sekitar Damansara.

Pada mulanya dia memperkenalkan diri sebagai pelajar PTA sebelum menawarkan produk jualan sambil menunjukkan surat kebenaran yang ditandatangan Pengetua PTA, Muslim Ab Karim.

Beliau berkata, mereka melakukan jualan amal di situ sebagai pelengkap kepada program praktikal perniagaan jualan amal kelab usahawan muda PTA.

"Sekolah kami free (percuma), tak ada apa-apa bayaran. Kalau kami buat jualan amal, duit nie nanti boleh juga bantu sekolah berkaitan kos pelajaran dan makanan.

"Sekolah tak paksa kami buat jualan, cuma kami ikhlas nak bantu dan keluarga kami juga tahu kegiatan ini. Lagipun duduk di sekolah saja bosan. Bila keluar jual barang, kami boleh jalan-jalan," katanya.

Menurutnya, majoriti pelajar di PTA adalah anak yatim yang datang dari pelbagai negeri.

"Di sekolah kami memang ramai anak yatim. Kesian juga saya melihat mereka sebab ada kawan-kawan yang tak balik rumah setiap kali musim raya," katanya.

Beliau yang mendakwa berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air turut memaklumkan bahawa mereka dijaga dengan baik oleh Muslim sepanjang berada di pusat itu.

Motor boleh lesap dalam dua minit

Posted: 24 Apr 2014 05:35 AM PDT


  • Motor boleh lesap dalam dua minitBorhan sedang mengunci motosikalnya di hadapan sebuah bank di Pekan Banting.

BANTING - Boleh putih mata kerana cuai! Itulah kemungkinan besar akan dihadapi pemilik motosikal sekiranya memandang ringan soal keselamatan kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, motosikal yang ditinggalkan tanpa dikunci boleh lesap dicuri dalam tempoh hanya dua minit.

Justeru, beliau menggesa pemilik kenderaan tersebut memanfaatkan kemudahan pengunci roda yang disediakan di sekitar pekan Kuala Langat ini.

"Kurang kesedaran pengguna dalam penggunaan pengunci roda, antara satu faktor penyumbang kes kehilangan motosikal kian berleluasa. Setiap kali anggota kita buat siasatan, kita dimaklumkan pemilik motosikal meninggalkan motor mereka dengan enjinnya masih hidup.

"Bukan itu sahaja, kuncinya pun dibiarkan di motosikal. Kecuaian ini beri kesenangan kepada perompak untuk curi motor mereka," katanya sekali gus meminta penunggang motosikal menfaatkan penggunaan kunci roda di kawasan meletakkan motosikal.

Azman berkata, beliau bakal mengadakan pemantauan terhadap kemudahan itu sekali gus melihat sendiri gelagat dan tabiat penunggang dan pemilik motosikal ketika meninggalkan kenderaan mereka itu.

"Tindakan ini perlu bagi mengenal pasti sama ada pemilik motosikal tahu manfaatkan kemudahan sedia ada atau sebaliknya," katanya.

Penunggang motosikal, Borhan Agus, 65, berkata, dia menyokong usaha penggunaan pengunci roda yang telah dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, dia yang singgah ke sebuah bank di Pekan Banting turut mempraktikkan kemudahan tersebut bagi mengelakkan motosikalnya hilang.

"Pakcik memang kunci motor kalau berada di Pekan Banting. Tapi kadang-kadang ada juga pakcik terlupa nak kunci. Kalau sekejap saja tak apalah, ni lama... adi kenalah kunci. Kalau tak, memang kena curi," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan pengunci roda yang disediakan di Pekan Banting tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Malah, palang besi yang dipasang turut dicuri sekali gus menyebabkan pengguna enggan menggunakan kemudahan tersebut.

Lelaki bernafsu songsang terima padah

Posted: 24 Apr 2014 05:18 AM PDT


  • Lelaki bernafsu songsang terima padahSuspek (tengah) dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.
"Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.
"Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek," katanya ketika dihubungi semalam.  
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.

Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.

"Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.
"Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan.
"Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Pintu ke bilik harta sudah ditemui

Posted: 24 Apr 2014 05:17 AM PDT


  • Pintu ke bilik harta sudah ditemuiPintu ke bilik menyimpan harta karun ditemui syarikat terlibat.

AYER KEROH - Usaha bagi mengenal pasti kewujudan harta karun di Pulau Nangka, semakin menampakkan hasil apabila pintu ke bilik yang menyimpan harta berkenaan disahkan sudah ditemui.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kejayaan itu bakal membuktikan sama ada kewujudan harta karun hanya satu mitos atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa syarikat dilantik, Smart Partnership International Sdn Bhd berjaya menemui pintu berkenaan selepas kajian dijalankan di pulau terbabit.

"Sekiranya tiada aral melintang, saya dan wakil kerajaan negeri akan ke pulau berkenaan pada 28 April ini untuk membuka pintu ke bilik itu.

"Berdasarkan perkembangan ini, saya yakin mereka dapat sampai ke bilik itu menjelang 30 April iaitu tarikh akhir yang diberikan kerajaan negeri kepada syarikat ini," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Idris berkata, penemuan pintu ke bilik rahsia itu merupakan satu kejayaan memandangkan usaha mencari harta berkenaan telah dilakukan sejak 1980, bagaimanapun gagal.

Mengikut kajian, katanya, terdapat lebih 20 bilik di sebalik pintu berkenaan yang menyimpan pelbagai harta dipercayai milik Kesultanan Islam Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan tugas-tugas mengeluarkan harta berkenaan kepada Jabatan Warisan Negara apabila ia berjaya ditemui.

Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan berkongsi harta berkenaan dengan Kerajaan Melaka apabila selesai tugas mengeluarkannya, memandangkan hasil dari harta berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan negeri ini.

Malah, katanya, kerajaan negeri telus dalam menyenaraikan setiap barangan yang ditemui di dalam bilik itu kelak dan akan diumumkan kepada orang ramai.

"Kita tidak mahu mana-mana pihak kelak membuat tuduhan bahawa kita mengambil barangan di dalam bilik itu untuk diri kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, fasa kedua nanti membabitkan usaha mengenal pasti sama ada harta ditemui ini merupakan harta peninggalan Kesultanan Melaka atau sebaliknya.

Mikail, Fadlan Pablo cari jalan keluar

Posted: 24 Apr 2014 05:15 AM PDT




MENGANGKAT sniper (penembak hendap) sebagai judul filem, ia satu percubaan berani yang dicuba oleh pengarah dan pelakon Pierre Andre.
Filem terbaharu itu turut membariskan tiga pelakon yang masih rapuh dalam dunia lakonan iaitu Mikail Andre, Fadlan Hazim dan Pablo Amirul.
Namun, subjek dan barisan pelakon yang disajikan dalam filem itu tidak seharusnya dipandang enteng sebelum ia disaksikan sendiri apabila ditayangkan di layar perak hari ini.
Menjelaskan sedikit mengenai ketiga-tiga pelakon utama filem Sniper itu, nama Mikail mula dikenali menerusi filem Highland Tower manakala Fadlan pula menerusi kumpulan VIP bersama Adam AF2 dan juga lakonannya dalam drama rantaian Jodoh 2.
Bagaimanapun, raut wajah jejaka bernama Pablo Amirul ini mungkin sedikit canggung di mata orang ramai. Jika ada yang sedar, Pablo sebelum ini merupakan pelagak ngeri untuk beberapa buah filem.
Ikuti cerita dan pengalaman Mikail, Fadlan dan Pablo berlakon dalam filem Sniper.
Sniper berkisar mengenai Ahmad (Mikail) dan Rafi (Fadlan) yang ditemukan dalam sebuah permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.
Berbekalkan senjata penembak hendap dan beberapa peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing.
Mereka juga perlu mencari jalan keluar dan dalang di sebalik permainan berbahaya itu.
Mikail cedera
Biarpun namanya mula dikenali menerusi filem Highland Tower, namun nama Mikail masih asing dalam dunia lakonan.
Sedar dia perlu berjuang lebih dengan pelakon-pelakon baharu yang memiliki rupa paras kacak, akui pemuda berusia 22 tahun itu, lakonan bermutu menjadi pegangannya untuk mencipta nama dalam bidang lakonan.
"Saya sedar ramai pelakon baharu dalam industri lakonan di Malaysia ini. Bagi saya, itu satu saingan yang bagus kepada saya untuk lebih berjuang dari segi lakonan supaya menonjol daripada pelakon-pelakon lain," jelasnya yang meminati lakonan Sidi Oraza dan juga ibunya, Khatijah Tan.
NASKHAH Sniper diterajui tiga anak muda (dari kiri), Mikail Andre, Pablo Amirul dan Fadlan Hazim.


Empat tahun berada dalam industri lakonan, Mikail sedar momentum lakonannya semakin bagus.
Kalau dulu dia berlakon 'kosong' tetapi kini, ungkapnya, lakonannya semakin matang dengan asas lakonan yang tepat.
Berkongsi pengalaman berlakon dalam filem aksi itu, Mikail akui mengalami beberapa kecederaan.
"Kami berlakon di sebuah kawasan terbiar yang dulunya terkenal iaitu Mimaland, Selangor.
"Kawasan itu 'keras' dan banyak terdapat saluran lubang. Ketika menjalani penggambaran selama dua minggu di sana, kaki saya banyak kali terseliuh dan tercedera termasuk ke dalam saluran yang tidak kelihatan.
"Kami juga perlu berlari sambil membawa senjata api sniper yang beratnya mencecah 12 kilogram. Malah, kami juga memegangnya dalam tempoh masa yang lama dengan hanya dibekalkan walkie- talkie sepanjang berada di dalam hutan tersebut," jelasnya mengenai kawasan berbukit seluas 300 ekar yang ditutup pada tahun 1994 atas faktor keselamatan itu.
Fadlan sering kecundang
Berbekalkan wajah kacak bukan 'tiket' mudah buat Fadlan untuk menjadi seorang pelakon.
Menurut jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu, nasibnya dalam bidang lakonan sering kecundang apabila tidak diterima sebagai pelakon biarpun kerap menjalani sesi uji bakat lakonan.
"Banyak kali kena tolak. Memang sangat kecewa tetapi saya tidak putus asa. Saya memperbaiki lakonan di depan cermin dan akhirnya diterima berlakon sebagai kameo," ungkapnya jujur menceritakan pahit maung menjadi pelakon.
Disoal sama ada dia ingin menjadi pelakon kerana populariti yang bakal dikecapi, Fadlan menolak cepat dakwaan tersebut.
Jejaka berusia 22 tahun itu mengakui minat dengan lakonan Datuk Rosyam Nor sejak kecil lagi dan menaruh impian untuk menjadi seperti pelakon itu suatu hari nanti.
Selain itu, tanggungjawab sebagai anak sulung dalam menjaga ibu dan adik-adiknya selepas ketiadaan bapanya mendorong kuat untuk Fadlan mencari kerja bagi menampung kehidupan keluarganya.
Menurutnya, selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 16 tahun, dia yang membantu keluarganya mencari rezeki.
Memegang watak sebagai Rafi iaitu atlet sukan menembak dalam Sniper, Fadlan bersyukur akhirnya dia diberi peranan utama dalam filem terbitan MIG itu.
"Sebelum ini saya sering ditawarkan watak kameo dan juga pembantu dalam drama. Syukur, saya diberi peluang untuk membawa watak utama dalam filem.
Ternyata peranan Rafi yang dibawa cukup mencabar apabila Fadlan terpaksa belajar menembak dan melakukan aksi lagak ngeri selama dua minggu.
"Mujur, Pablo banyak mengajar saya dalam menjayakan aksi lagak ngeri," ucapnya.

SATU babak dalam filem Sniper yang membabitkan Fadlan, Mikail dan Pablo.


Pablo anggap Farid, Bront mentor
Bermula sebagai pelagak ngeri sejak empat tahun lalu, Pablo Amirul atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd. Syakri juga pernah berlakon sebagai 'pak pacak' dengan bayaran hanya RM60 hingga RM80 sahaja.
"Ketika itu apa sahaja tawaran saya ambil, waima menjadi hantu, orang yang kena pukul mahupun menjadi perempuan. Namun, semuanya berubah apabila saya menghadiri sesi uji bakat filem Anak Jantan yang dilakonkan oleh Bront Palarae dan Farid Kamil.
"Saya ditawarkan dengan watak pembantu dan sejak itu saya mula rapat dengan Bront dan Farid. Saya anggap mereka sebagai mentor kerana sikap mereka yang tidak jemu mengajar dan memberi nasihat mengenai lakonan kepada saya" luah jejaka berusia 29 tahun itu.
Malah, keputusannya menyertai keluarga MIG sejak Mei tahun lalu, membuka jalan untuk dirinya terus sukses dalam lapangan seni lakonan.
Menceritakan wataknya sebagai Jim, seorang anggota penembak tepat dalam pasukan keselamatan negara, Pablo memberitahu, wataknya tidak mempunyai dialog yang banyak.
Bagaimanapun, ia menyukarkannya kerana perlu bermain dengan ekspresi muka dan anggota badan untuk menterjemahkan karakter watak.
"Walaupun watak saya kurang dialog, lebih kepada anggota badan dan ekspresi muka yang menggerunkan, sebenarnya ia lebih sukar untuk dihayati," kongsinya.


68 tahun, Mak Mah nikah lagi 17 Mei ini

Posted: 24 Apr 2014 05:14 AM PDT

RUMINAH SIDEK atau Mak Mah akan bernikah buat kali keempat pada 17 Mei ini di Meru, Klang.


SIAPA sangka niat mengerjakan umrah di Mekah pada bulan Mac lalu menjadi detik bahagia buat pelakon veteran, Ruminah Sidek, 68, apabila bertemu jodoh di Tanah Suci itu.
Doa yang dipanjatkan Ruminah atau lebih mesra disapa Mak Mah didengari Allah. Ruminah yang lelah dan sunyi hidup bersendirian, berdoa di hadapan Kaabah supaya hidupnya terisi seorang khalifah yang dapat menjaga dan membimbingnya.
Sama juga dengan bakal suami Ruminah, Al Fatah Rahim, 70, yang memohon doa kepada Allah agar bertemu jodoh sekali lagi selepas kematian isterinya.
Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang, Selangor.
Pasangan itu memilih 17 Mei depan untuk melangsungkan perkahwinan mereka.
Ruminah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali termasuk dengan Allahyarham AR Tompel.
Hasil tiga perkahwinannya itu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuk pelakon Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam orang cicit.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Mak Mah mengenai perkenalannya dengan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan itu.
Kosmo!: Tahniah Mak Mah. Boleh Mak Mah kongsikan detik perkena- lan dengan pak cik Al Fatah?
RUMINAH: Terima kasih. Sebelum ini, ketika mengerjakan umrah, saya tidak pernah terdetik untuk bertemu jodoh sekali lagi tetapi kali ini lain. Hati saya terasa cukup sunyi dan diri juga terasa penat hidup bersendirian. Saya berdoa di sana mengadu rasa hati kepada Allah. Pada masa yang sama, Al Fatah juga berdoa agar bertemu jodoh sekali lagi. Kami bertemu dan berkenalan seterusnya berkongsi cerita mengenai hajat yang dipohon. Selepas itu kami terus berbincang untuk mendirikan rumah tangga.
Siapakah yang memulakan perkenalan dahulu?
Sebenarnya saya yang memulakan perkenalan dahulu (ketawa). Dia ada melihat saya dan tahu saya seorang pelakon tetapi dia tidak berani menegur saya. Kebetulan suatu hari ketika hendak makan, kerusi di sebelah saya kosong dan saya memanggilnya yang sedang mencari tempat duduk supaya duduk di sebelah saya. Dari situ kami mula berkenalan.
Adakah Mak Mah menyangka bertemu jodoh sekali lagi di usia 68 tahun?
Saya tidak sangka sebenarnya di usia tua ini bertemu dengan jodoh. Namun, inilah ketentuan Allah. Kami juga mengambil keputusan untuk berkahwin cepat kerana sedar usia masing-masing. Hendak tunggu sehingga 17 Mei itu juga tidak tahu sempat atau tidak. Kalau berlaku sesuatu daripada Allah, saya terima.
MAK MAH mengaku, dia yang memulakan perkenalan dengan tunangnya, Al Fatah sewaktu sama-sama menunaikan umrah baru-baru ini.


Bagaimanakah penerimaan anak- anak apabila Mak Mah memberitahu ingin berkahwin lagi?
Pada mulanya anak-anak tidak benarkan saya kahwin. Mereka menangis. Mereka tahu suka duka yang saya harungi dalam membesarkan mereka. Anak-anak cakap, "mak dah sampai masanya untuk berehat. Berani ke untuk harungi cabaran dalam rumah tangga sekali lagi?" Namun, setelah saya meluahkan isi hati, mereka bersetuju.
Boleh ceritakan mengenai pertunangan tempoh hari?
Keluarganya datang membawa sebentuk cincin. Tujuannya lebih kepada untuk mengenali saya.
Bagaimanakah persiapan perkahwinan pada 17 Mei nanti?
Insya-Allah majlis itu nanti akan diadakan di rumah abang ipar saya di Meru, Klang. Dijangka 4,000 tetamu akan dijemput.
Adakah pak cik Al Fatah membenarkan Mak Mah terus aktif berlakon selepas kahwin kelak?
Dia beritahu saya, kalau sudah penat jangan berlakon lagi tetapi kalau masih ingin berlakon dia izinkan.
Kongsikan sedikit mengenai perkembangan terbaharu Mak Mah dalam bidang lakonan?
Saya bakal keluar dalam telefilem Arca Cinta Kasih keluaran RTM. Insya-Allah, selepas majlis kahwin nanti, saya akan ke Singapura sempena majlis artis veteran di sana. Saya juga ada beberapa buah filem dengan MIG seperti Awak Nak Kahwin Dengan Saya dan Hantu Bungkus Ikat Tepi.


Lisa anti filem seram

Posted: 24 Apr 2014 05:13 AM PDT

LISA mengakui yang dia tidak akan menonton filem seram di pawagam.


TIMBUL keraguan sebenarnya apabila pelakon Lisa Surihani dilantik menjadi hos yang akan mengulas dan berkongsi idea mengenai filem terbaharu, apabila pengacaranya sendiri bukan penggemar filem bergenre seram dan thriller.
Bagaimanapun, jelas Lisa untuk berkongsi pandangan dan sedikit ulasan berkenaan rangkuman filem menarik dalam tempoh sebulan untuk rancangan terbaharunya, HBO Sentral, dia tidak mewajibkan dirinya untuk menonton sesebuah filem itu.
"Menumpukan jalan cerita, mesej, aksi, trivia dan sedikit informasi menarik mengenai sesebuah filem kemudian berkongsi dan mengajak penonton untuk ke pawagam tidak bermakna saya perlu mengalami sendiri pengalaman menonton wayang itu.
"Adakalanya, keterujaan saya yang belum sempat atau tidak pernah menonton filem itu sendiri yang mampu menarik minat orang ramai untuk turut sama menonton," ujarnya pada majlis pelancaran HBO Sentral versi bahasa Malaysia di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terbawa-bawa
Sebagai seorang kaki wayang, satu-satunya genre yang enggan ditonton Lisa adalah filem seram dan thriller kerana katanya dia sering terbawa-bawa situasi yang ditonton ke dalam realiti.
"Saya pernah menonton filem The Blair Witch Project beberapa tahun lalu, namun malangnya saya tidak boleh tidur malam. Saya terpaksa ke bilik mama dan tidur bersamanya sebab terlalu takut.
"Sampai sekarang pun, kalau Yusri mengajak saya menonton filem-filem seram, saya tanpa berfikir panjang menolak pelawaan itu.
"Malah, ada antara filem tempatan yang dilakonkan teman rapat saya yang tidak mampu saya tonton. Bukan kerana saya tidak menyokong tapi saya terlalu takut," ulasnya.
Lisa juga menambah bahawa dia tidak pernah meminati filem seram, termasuk memberi persetujuan untuk terbabit di dalam sesebuah naskhah seram.
Katanya: "Sebab terlalu takut, saya pernah sekali menolak tawaran telefilem seram yang diarahkan oleh pengarah terkenal."
Namun, Lisa tidak menolak untuk menyaksikan filem psiko-thriller yang banyak bermain emosi dan manipulasi psikologi termasuk memainkan peranan dalam filem bergenre sedemikian seperti filem Dendam Orang Mati yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
HBO Sentral
Bercerita mengenai pengalaman mengacarakan rancangan yang dibantu oleh telepanduan dan layar hijau itu, ujar Lisa, dia juga banyak disokong oleh kru yang bertugas sepanjang proses rakaman.
"Saya akui seorang yang menurut perintah berpandukan keadaan dan persekitaran tapi menerusi rancangan ini saya boleh menjadi diri saya sendiri dan saya selesa.
"Kalau pelat pun saya teruskan juga tanpa ada rasa tertekan. Menariknya mengenai rancangan ini, saya perlu berimaginasi menggunakan props yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Tambah unik apabila saya perlu mengendalikan rancangan ini dalam bahasa Melayu yang saya fikirkan mampu mendekatkan penonton tempatan dengan kandungan saluran HBO," ujarnya yang menyifatkan pengalaman ini satu cabaran positif buatnya.
Ironinya, dunia pengacaraan bukan asing buat wanita ini. Lisa telah menceburkan diri dalam bidang pengacaraan pada usia 17 tahun lagi.
Antara rancangan yang diacarakannya termasuklah Mari Menari, MyEG Xtra Time Bring It!, Ekspresi Remaja, Whoa! dan X-Fresh TV.
HBO Sentral adalah program bulanan menerusi HBO (saluran 411 dan 431) yang memberikan panduan bulanan menarik di saluran tersebut.
Rancangan itu bersiaran pada setiap hari Ahad bermula 27 April pukul 7.15 malam dan diulang siar pada 1 Mei pukul 11 pagi dan 2 Mei pukul 8 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.astrogempak.com.my/hbosentral.


Kantung burung undan dipotong individu tidak bertanggungjawab

Posted: 24 Apr 2014 05:10 AM PDT



GAMBAR bertarikh 18 April lalu menunjukkan burung undan yang ditemui di Long Beach, California.


LOS ANGELES - Seekor burung undan yang cedera selepas kantung pada paruh haiwan itu dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab berjaya diselamatkan oleh Badan Penyelamat Burung Antarabangsa.
Burung itu dijumpai dalam keadaan lemah di Long Beach di sini pada 16 April lalu.
Badan Penyelamat Burung Antarabangsa percaya kantung haiwan itu dipotong dengan pisau atau objek tajam menyebabkan ia tidak dapat mencari makanan.
Pihak berkuasa California kini menawarkan ganjaran sebanyak AS$2,500 (RM8,170) kepada individu yang dapat memberi maklumat berhubung mereka yang melakukan perbuatan tersebut.


Sut lycra ketat ahli zentai

Posted: 24 Apr 2014 05:01 AM PDT



SELAIN aktif di laman sembang internet, kumpulan zentai juga sering mengadakan perjumpaan antara mereka.


PADA waktu siang, Hokkyoku Nigo berpakaian sopan dengan mengenakan solekan dan gaya rambut sederhana sesuai dengan imej gadis berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang kerani.
Namun, penampilannya berubah pada waktu malam. Dia memakai pakaian ketat diperbuat daripada fabrik spandeks yang melekap ditubuhnya termasuk kedua-dua mata.
Setelah berpakaian seperti itu, dia pergi ke bar seorang diri tanpa mempedulikan pandangan orang lain terhadap penampilannya.
Menurut Hokkyoku, dengan wajahnya yang tertutup, dia tidak boleh makan atau minum seperti pelanggan lain di bar itu.
"Penampilan seharian membuatkan saya merasa tidak selesa. Ada yang memberitahu saya comel dan naif. Namun, saya selesa menjadi diri sendiri pada waktu malam dengan berpakaian seperti ini," jelasnya.
Fesyen pelik
Hokkyoku merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan zentai iaitu singkatan zenshintaitsu yang bermaksud sut di seluruh badan. Mereka obses dalam berpakaian fesyen pelik berwarna-warni.
Kebanyakan ahlinya mengatakan bahawa mereka mencari kebebasan berfesyen.
Kumpulan tersebut aktif menggunakan laman sembang internet iaitu Kelab Tokyo Zentai untuk mengumpul ahli. Seramai 10 orang ahli baharu berjaya dikumpul setiap bulan.
Tidak seperti kumpulan lain yang gemar berparti, zentai memakai pakaian ketat fabrik lycra yang menutupi bahagian kepala hingga kaki mereka.
Seorang ahlinya, Hanaka, 22, memberitahu, dia terpikat dengan pakaian adi wira seperti seorang kanak-kanak. Dia yang mengetahui maklumat mengenai kelab tersebut daripada teman lelakinya Popo yang berusia 25 tahun.
"Semasa saya berumur 13 atau 14 tahun, saya mencuba untuk menjahit sut yang meliputi seluruh badan. Namun, saya berhenti separuh jalan kerana terfikir telah melakukan sesuatu yang pelik.
"Saya berasa amat gembira apabila mengetahui ada golongan yang mempunyai minat yang sama menerusi forum itu," ujar Tanaka yang sering hadir dalam acara Kelab Tokyo Zentai bersama Popo.

WALAUPUN pelik, setiap ahli kumpulan zentai bangga mempamerkan ekspresi mereka terhadap fesyen.


Walaupun hobi tersebut masih dianggap baharu di negara itu, fesyen tersebut sebenarnya adalah penampilan yang jarang dilihat dalam kebudayaannya.
Pemakaian zentai juga merupakan cara ahli kumpulan tersebut melahirkan rasa hormat kepada adi wira kegemaran mereka.
Seorang lelaki memakai kostum Power Ranger menjadi bualan masyarakat di Jepun apabila membantu golongan ibu-ibu muda membawa bayi ketika menuruni tangga di kawasan kereta api bawah tanah.
Walaupun melakukan perbuatan baik ketika memakai sut itu, namun ada yang memberitahu bahawa pemakaian itu mempunyai unsur seksual.
Seorang guru, Nezumiko, 36, berkata, dia gemar menyentuh dan mengusap orang lain.
"Saya juga suka apabila orang lain menyentuh dan mengusap diri ini. Apabila memakai sut ini, saya dapat memegang orang lain selain melihat mereka.
"Saya bukan seorang lesbian tetapi tidak kisah menjadi wanita seperti ini. Perasaan sebagai seorang zentai berbeza daripada mereka yang mempunyai nafsu normal," jelasnya.
Cari identiti
Seorang ahli akademik Universiti Tokyo Mirai, Ikuo Daibo pula menjelaskan, peminat zentai seolah-olah kurang jelas dan tercari-cari untuk menyatakan identiti mereka dalam cara berbeza.
"Di Jepun, ramai orang yang berasa bingung dan tidak dapat mencari identiti mereka dalam masyarakat. Mereka juga mempunyai ramai ikon tetapi tidak tahu untuk memilih yang sesuai," ujarnya.
Jelasnya, ahli zentai percaya ia mampu menarik orang ramai mengenali mereka bukan kerana paras rupa dan penampilan. Ia juga satu cara yang sangat menarik dalam berkomunikasi.
Seorang pengamal fesyen zentai sejak 20 tahun lalu, Alice Omori, 40, bersetuju dengan pendapat Ikuo.
Alice juga menjalankan perniagaan servis menjahit pakaian di internet kepada pengikut kumpulan zentai.
"Anda akan merasa lebih baik dan gembira apabila memakai sut ini. Ia merupakan satu perkara yang menakjubkan," jelasnya yang juga memakai sut ketat ketika ditemuramah.


Dinding kedai jadi kanvas lukisan

Posted: 24 Apr 2014 04:59 AM PDT




SETIAP pengunjung yang meluangkan masa di sekitar George Town, Pulau Pinang terutama di Lebuh Armenian, pasti tertarik dengan pelbagai mural atau lukisan dinding berwarna-warni yang terdapat di situ.
Kepelbagaian warna dan motif lukisan di sepanjang dinding premis perniagaan di jalan itu menjadikan setiap pengunjung berasa seperti sedang berjalan di sebuah galeri seni yang besar.
Di sepanjang Lebuh Armenian sahaja, terdapat kira-kira 20 mural yang pasti menarik perhatian setiap pengunjung dan apabila dicampur lukisan dinding di seluruh George Town pula, ia mencecah hampir 100 karya pelukis jalanan.
Selain mural, terdapat juga beberapa arca seni yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan warisan di sekitar pulau yang pernah menjadi jajahan Negeri-Negeri Selat di bawah pentadbiran imperialis British satu masa dahulu.
Menurut peniaga, Tan Kok Yu, 57, semua mural dan arca di Lebuh Armenian menjadi tarikan utama terhadap para pelancong asing dan tempatan sejak beberapa tahun lalu.
"Ramai pelancong datang ke sini untuk tengok dan bergambar dengan semua lukisan (mural) yang ada. Pada masa yang sama, ia juga membantu para peniaga apabila kedai dan restoran mereka turut dikunjungi pelancong.
"Boleh dikatakan hampir semua dinding kedai di sini ada dilukis dengan pelbagai gambar yang mempunyai kisah-kisah tersendiri," kata Kok Yu yang mengusahakan premis sewaan kenderaan kepada pelancong sejak 14 tahun lalu.

KAMERA lama turut dijadikan subjek lukisan mural bagi menggambarkan bidang penerbitan akhbar yang telah bertapak di George Town seawal abad ke-18.


Lebih menarik, ada antara lukisan-lukisan berkenaan memaparkan maksud tertentu apabila dilihat dari sudut berbeza seperti mural dan arca kucing di laluan sambungan Gat Lebuh Armenian.
Jika dilihat dari sudut hadapan, pengunjung akan melihat imej seekor kucing bersaiz besar dan arca beberapa ekor lagi sedang meniti di atas ampaian.
Namun jika dilihat dari sudut tepi bangunan kedai itu pula, pengunjung akan melihat keseluruhan maksud mural itu melalui imej seekor tikus yang sedang bersembunyi seperti ketakutan terhadap kucing tersebut.
Begitu juga dengan beberapa imej lukisan dinding lain yang dihasilkan secara kreatif oleh para pelukis mural jalanan untuk menghiasi Lebuh Armenian yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.
Lebuh Armenian dibuka oleh sebuah keluarga pedagang dari Armenia pada kurun ke-19. Ia kini terletak di zon tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Memasuki abad ke-20, kegiatan perniagaan di Lebuh Armenian bertambah rancak apabila para pelombong Cina yang melombong bijih timah di Larut, Perak memilih untuk bermastautin dan menjalankan perniagaan di situ.
Lokasi tumpuan
Sejak itu, para pelombong mendirikan rumah-rumah kongsi seperti Khoo Kongsi berhampiran Lebuh Armenian pada tahun 1851 yang juga pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood, Anna and the King pada 1999.
Rumah-rumah kongsi berkenaan dibina untuk dijadikan tempat tinggal para pekerja dan pejabat pentadbiran bagi menguruskan perniagaan mereka termasuk industri pembuatan barang perhiasan emas dan perak.
Disebabkan perniagaan sedemikian berkembang pesat di Lebuh Armenian pada ketika itu, ia kini turut dikenali Jalan Tukang Tembaga kerana pernah menjadi lokasi tumpuan tukang emas, perak dan tembaga.

SEBUAH arca logam menceritakan sejarah penjaja kaki lima di Lebuh Armenian.


Sehubungan itu juga, banyak premis perniagaan dan bangunan pentadbiran era British dibina pada awal abad itu bagi menguruskan pertumbuhan ekonomi yang sangat rancak di Lebuh Armenian.
Hampir semua bangunan tersebut masih dipelihara sehingga hari ini. Disebabkan terdapat bangunan yang ada ketinggian nilai sejarah, tidak semua dinding bangunan di Lebuh Armenian dibenarkan untuk tujuan lukisan mural.
Antara lukisan dinding yang popular dan menjadi tumpuan setiap pelancong di Lebuh Armenian ialah Little Children on A Bicycle karya pelukis muda dari Lithuania, Ernest Zacharevic, 27, yang dihasilkan pada tahun 2012.
Lukisan dinding
Pelbagai arca besi berasaskan karya kartunis Tang Mun Kian turut menjadi penghias jalan yang menarik di Lebuh Armenian dan sekitar Pulau Pinang.
Ujar Kok Yu, setiap pemilik premis di Lebuh Armenian berlumba-lumba untuk menawarkan dinding kedai mereka sebagai 'kanvas' sejak lukisan dua kanak-kanak menunggang basikal itu mendapat perhatian terutama pelancong asing.
"Sejak lukisan pelukis asing (Zacharevic) jadi popular di sini, ramai pemilik kedai meminta kebenaran daripada MPPP untuk membuat lukisan pada dinding kedai mereka.
"Kesannya seperti yang kita semua dapat lihat hari ini, boleh dikatakan hampir semua dinding kedai di Lebuh Armenian dihiasi pelbagai rupa lukisan dinding.
"Tidak cukup dengan itu, ia merebak ke seluruh Pulau Pinang dan menjadi sesuatu yang sangat menarik perhatian pelancong. Bandar juga jadi cantik," tambah Kok Yu.
Peniaga yang bermastautin di Pulau Pinang sejak 30 tahun lalu itu menambah, anaknya, Wallace Tan, 25, turut menghasilkan lukisan dinding di hadapan premisnya.

ZACHAREVIC dengan hasil kerja tangannya yang bertajuk Little Children on A Bicycle.


Warga emas yang mahu dipanggil Hong, 73, pula berkata, wajah Lebuh Armenian dan seluruh George Town bertukar sejak para pemilik kedai dan pelukis berlumba-lumba menghasilkan mural yang lebih unik.
"Dahulu tidak ada semua ini. Sekarang semua (dinding kedai) jadi cantik. Lukisan yang paling saya suka ialah dua budak yang mahu curi kuih pau di dinding kedai ini," kata beliau semasa ditemui di hadapan sebuah restoran makanan Cina.
Tambah warga emas itu lagi, kewujudan mural di Lebuh Armenian dan sekitar Pulau Pinang juga menjadikan dia seronok berjalan-jalan sambil melihat semua lukisan dinding tersebut tanpa berasa letih.
Selain di Lebuh Armenian, lukisan mural turut menjadi penghias dinding premis di sekitar Lebuh Ah Quee, Lebuh Muntri, Lebuh Cannon dan Jalan Penang.
Dalam pada itu, Eling Ki, 32, berkata, lukisan dinding yang terdapat di Lebuh Armenian menjadikan ia unik berbanding kawasan tumpuan pelancong yang lain di Pulau Pinang.
"Terdapat banyak saiz lukisan dinding di sini. Ada yang besar memenuhi dinding dan ada juga yang kecil dilukis di tangga kedai. Perniagaan di sini juga semakin baik sejak semua lukisan ini menjadi tarikan pelancong," katanya.
Eling menambah, kemeriahan pelbagai lukisan mural, arca dan objek-objek seni lain yang terdapat di pulau itu menjadikan mereka berasa bangga.
"Lukisan dinding yang banyak, cantik dan menarik di deretan bangunan kedai lama di sini sudah menjadi tarikan luar biasa kepada orang luar tanpa disangka-sangka," ujarnya.


Terbang, rakam dan analisis imej

Posted: 24 Apr 2014 04:58 AM PDT

PELAJAR UTM (dua dari kiri) menerangkan bagaimana UAV dikawal menggunakan perisian khas dari paparan skrin komputer.


SELEPAS mengambil lajak, badan Kapten Khairil Afendy Hashim, 38, terdorong ke belakang sedikit dan bersedia untuk melancarkan Pesawat Udara Tanpa Juruterbang (UAV) iaitu Helang UAV ke ruang udara Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Pesawat daripada jenis kepak kaku mikro yang berukuran kira-kira dua meter itu terus terbang secara kawalan komputer sepenuhnya.
Ia mengikut rancangan penerbangan yang diprogramkan iaitu selama 15 minit sebelum mendarat di kawasan padang lapang.
Helang UAV dibangunkan oleh pasukan penyelidik Fotogrametri, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi tujuan pemetaan dan kajian saintifik.
Kuasa durasi
Khairil Afendy menunjukkan kepada wartawan Kosmo! ruang bagi sistem bateri yang terletak di bahagian kepala pesawat yang berfungsi sebagai pembekal kuasa utama kepada pesawat tersebut.
"Bateri ini mampu membekalkan kuasa untuk durasi penerbangan selama 45 ke 60 minit. Komponen Helang UAV terdiri daripada badan pesawat, sistem kawalan penerbangan, sistem navigasi pemetaan, pemuat sensor dan stesen kawalan bumi.
"Ia turut dilengkapi kamera digital beresolusi tinggi yang diprogramkan bagi merakam gambar udara secara berturut dengan sela antara dedahan tiga hingga lima saat untuk tujuan pemetaan kaedah fotogrametri," jelasnya.
Beliau merupakan penuntut Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Geomatik (Fotogrametri), Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM, Skudai, Johor.
Menurut laporan Jurnal Sains Elektrokimia Antarabangsa yang diterbitkan pada Jun 2013, fungsi utama UAV adalah untuk kerja pengukuran dan pemantauan. Penggunaannya terbatas kepada beberapa faktor iaitu kuasa, kos, berat, ruang dan daya tahan penerbangan.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Prof. Madya Dr. Shuhaimi Mansor berkata, bidang kepakarannya meliputi aspek pembinaan kerangka dan tatarajah pesawat udara.

KEGUNAAN UAV tidak lagi terhad kepada pertahanan negara dan pemetaan sahaja malah ia turut digunakan dalam pembikinan filem.


"Ada beratus jenis UAV yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Setiap unit mempunyai keperluan yang berbeza. Saya dan pasukan penyelidik lain perlu mereka bentuk UAV mengikut kehendak pelanggan.
"Contohnya, sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan syarikat Penyelidikan Teknologi Komposit Malaysia Sdn. Bhd. yang memerlukan pesawat berkemampuan terbang selama enam jam.
"Jadi, kami perlu memenuhi spesifikasi pesawat seperti yang dikehendaki," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menyampaikan kertas kerja tentang konsep rekaan UAV di Bengkel UAV, UTM Space, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malaysia menggunakan UAV sejak dua dekad lalu bertujuan pertahanan negara, pemetaan, pemantauan kawasan pantai dan trafik udara serta penderiaan jauh. Sementara, saiz dan berat bagi seunit UAV yang biasa digunakan di negara ini adalah berukuran dua meter (m) dan kurang daripada lima kilogram (kg).
Saiz kerangka
Difahamkan, mana-mana pesawat yang mempunyai berat lebih daripada lima kg perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum terbang di ruang udara negara.
"Cabaran utama ketika menghasilkan UAV ditentukan oleh saiz kerangka pesawat. Semakin besar saiz UAV, semakin banyak masalah yang perlu diatasi.
"Jika pesawat itu bersaiz kecil maka ia boleh dibina dengan kaedah cuba jaya manakala jika bersaiz besar pula, kena fikirkan cara supaya ia tidak jatuh dan mendapatkan kelulusan DCA," jelasnya.
Perkembangan teknologi membolehkan UAV berfungsi sebagai robot serba boleh sekali gus menggantikan sumber tenaga pekerja.
Sebagai contoh, UAV boleh dibina sebagai alat penabur baja untuk kegunaan pertanian, memantau indeks kualiti udara, pembenihan awan, membantu operasi mencari dan menyelamat sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh. Perkara tersebut sudah tentu menjimatkan kos operasi dan masa.
Mengikut sejarah, penggunaan terawal UAV yang direkodkan di dunia ialah pada 22 Ogos 1849. Ia digunakan sebagai kenderaan bersenjata ketika Austria menyerang Venice, Itali apabila belon tanpa pemandu dimuatkan dengan bahan letupan.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah UTM, Prof. Madya Dr. Anuar Ahmad berkata, beliau berhasrat untuk memupuk kesedaran tentang manfaat penggunaan UAV dalam kalangan pengguna.
"Selama ini, mereka yang menggunakan UAV menerbangkan pesawat tanpa mengetahui undang-undang yang patut dipatuhi. UAV di bawah lima kilogram dibenarkan terbang di bawah ketinggian 100m tanpa sebarang kelulusan tapi masih perlu maklumkan kepada Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan DCA.
"Setiap UAV yang melebihi 20kg perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang juruterbang berlesen yang dikhususkan untuk pesawat tersebut sahaja. Juruterbang berkenaan bertanggungjawab untuk mengendalikan pesawat dari stesen kawalan bumi," jelasnya.
BGSP merupakan bahagian di bawah kelolaan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Kelulusan tersebut diperlukan kerana dikhuatiri ada pesawat yang terbang di ruang udara yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi yang melindungi keselamatan atau kerahsiaan negara.
Menurut Anuar, idea menggunakan UAV untuk kerja pemetaan sudah diusahakan sejak dulu. Pada masa itu pesawat hanya dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Ketepatan pengukuran menggunakan imej UAV boleh mencecah sehingga 10 sentimeter bagi setiap satu piksel imej.
Kos penerbangan
Sebelum ini, beliau pernah menaiki pesawat dari Subang, Selangor ke Tangkak, Johor untuk melakukan pemetaan dan terpaksa berpatah balik tanpa merekodkan apa-apa data akibat cuaca mendung.
"Pada mulanya ramalan cuaca cerah, tapi bila pergi melawat tapak, tiba-tiba cuaca menjadi mendung. Jadi, penerbangan tersebut sia-sia sahaja walhal kos bagi perjalanan pergi dan balik itu adalah tiga kali ganda berbanding menggunakan UAV.
"Bayangkan kos penerbangan tersebut RM100,000, jadi siapa yang akan rugi? Walhal, kerja pemetaan perlu dibuat sekali lagi untuk memperoleh data," tambahnya.


Mural Dulux ceriakan sekolah

Posted: 24 Apr 2014 04:57 AM PDT

Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan dipilih sebagai perintis program Sekolah Lestari Bersama Dulux sebagai satu cara memberi kesedaran dan didikan kepada generasi muda.

DULUX berusaha memelihara alam sekitar menerusi Program Sekolah Lestari Bersama Dulux.


BAGI mewujudkan suasana hijau dalam kawasan persekitaran sekolah, Dulux di bawah syarikat pembuatannya, AkzoNobel melancarkan program Sekolah Lestari Bersama Dulux sebagai satu cara memberi kesedaran dan didikan kepada generasi muda.
Ia diadakan bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bermula dari akar umbi.
Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri, Seremban, Negeri Sembilan dipilih sebagai perintis program tersebut yang dilancarkan oleh Exco Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Datuk Redza baru-baru ini.

MURAL bertemakan alam sekitar dilukis di dinding-dinding kelas oleh guru SK Puteri dan pelajar UiTM menggunakan cat yang disediakan oleh Dulux.


Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah mengenai penjimatan sumber air dan elektrik, larangan pembakaran terbuka dan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah.
Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada penggunaan produk mesra alam serta amalan 3R iaitu Reduce (Kurang), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula).
Pada masa sama, sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Segamat, Johor turut serta dalam aktiviti gotong-royong dan mengecat kelas-kelas menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh kilang Dulux di Nilai.
Mereka membantu guru-guru selama enam hari di sekolah terbabit.

SK Puteri menjadi perintis kepada program alam sekitar yang dianjurkan oleh Dulux.


Pengarah Urusan Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn. Bhd., Goh Cheok Weng berkata, program tersebut menunjukkan komitmen Dulux dalam membina masyarakat yang mementingkan penjagaan alam sekitar.
"Sokongan menyeluruh daripada masyarakat amat digalakkan bagi meningkatkan kesedaran tersebut kerana ia memberi kesan kepada kehidupan sejagat," ujarnya.
Dia menambah, perkara tersebut sentiasa menjadi keutamaan kepada Dulux dengan memastikan proses pengeluaran dan operasi tidak merosakkan sumber dan alam sekitar.
Program berkenaan mendapat kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendidikan Negeri melalui perkongsian sumber dan pengetahuan dalam hal-hal berkaitan.
Versi Sekolah Lestari Dulux merupakan adaptasi daripada konsep Sekolah Lestari yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Pendidikan beberapa tahun lalu.
Strategi pelaksanaan program akan melalui empat peringkat bermula Fasa 1 iaitu ceramah kesedaran, Fasa 2 (aktiviti promosi), Fasa 3 (pelaksanaan menyeluruh melalui sistem dan amalan mesra alam) dan Fasa 4 (penambahbaikan melalui perkongsian atau penanda aras).
Selain pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, Dulux turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta masyarakat sekeliling bagi mewujudkan kesedaran secara keseluruhan.


Belia Islam Belgium kunjungi Terengganu

Posted: 24 Apr 2014 04:55 AM PDT

TERUJA. Ahli-ahli belia islam Belgium tidak ketinggalan mencuba memainkan alat muzik tradisional


ISLAM itu indah malah tidak mengenal erti sempadan dalam menghubungkan umatnya di muka bumi ini.
Bahkan, Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dipilih sebagai destinasi sembilan belia Islam Antwerp, Belgium mengadakan lawatan muhibah ke Terengganu baru-baru ini.
Kunjungan mereka ke Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu itu terjalin hasil inisiatif Kelab Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama UMNO cawangan Kuala Terengganu dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).
Lebih membanggakan belia Islam Antwerp, Belgium merancang melaksanakan program pertukaran belia dengan komuniti kampung itu dalam masa terdekat bagi mengeratkan ukhwah kedua-dua negara.
Pertukaran belia
Penasihat Kelab Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan UNESCO UMT, Madzli Harun berkata, hasrat berkenaan telah dimaklumkan salah seorang wakil komuniti itu yang berpendapat inisiatif tersebut dapat meningkatkan integrasi dalam kalangan penduduk Islam Malaysia-Belgium.
"Dalam masa terdekat, mereka bercadang membawa seramai 30 orang lagi penduduk Islam Antwerp ke Terengganu dan berkunjung ke kampung tersebut sebelum program pertukaran belia dilaksanakan.
"Melalui program sebegini, penduduk Islam di Belgium dapat mengenali dan mengetahui keperluan budaya serta kaitannya dengan masyarakat Islam setempat," katanya.
Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, Mohd. Hanafiah Ismail.
Dalam lawatan muhibah itu, penduduk Islam Antwerp, Belgium yang pertama kali menjejak kaki di Terengganu dipersembahkan dengan demonstrasi silat.
Selain itu, mereka juga berkesempatan merasai juadah tradisional tempatan seperti nasi dagang, kuih tepung pelita, keropok lekor dan lain-lain lagi.

SEBAHAGIAN daripada kumpulan belia Islam Belgium bergambar bersama Mohd. Sabri (empat dari kanan) ketika melawat Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu baru-baru ini.


Penduduk kampung yang teruja dengan kedatangan belia Islam Belgium itu turut menampilkan pameran songket, wau dan batik dalam memperkenalkan budaya tradisional tempatan.
Terdapat kira-kira 450,000 masyarakat Islam di Belgium atau empat peratus daripada jumlah rakyatnya. Majoritinya berketurunan Turki dan Maghribi dengan sebahagian besarnya memegang kerakyatan Belgium.
Wakil Pertubuhan Islam Carpe Deen Antwerp, Walid Bouyouzan, 28, berkata, kunjungan komunitinya itu secara tidak langsung dapat memberi pemahaman berhubung ajaran Islam di Eropah dan di Malaysia.
"Malaysia merupakan negara Islam pertama yang dikunjungi dan kami amat berbesar hati dapat datang ke sini.
"Melalui usaha ini secara tidak langsung penduduk Islam yang merupakan kumpulan minoriti di Belgium dapat memahami, belajar dan mengetengahkan imej Islam," katanya.
Saudara seagama
Walid yang merupakan seorang guru memberitahu, pihaknya akan mengunjungi Terengganu lagi pada masa hadapan dengan membawa lebih ramai masyarakat Islam Antwerp.
Katanya, dia ingin memberi pendedahan kepada masyarakat Islam Belgium mengenai Malaysia terutama budaya Islam.
Sementara itu, Mohd. Hanafiah, memberitahu, dia teruja dengan kedatangan saudara seagama dari Belgium ke kampung itu.
"Ini merupakan kali pertama masyarakat luar negara mengunjungi kampung kami.
"Ia merupakan satu penghormatan kepada penduduk kampung apatah lagi mereka semua ingin mendekati budaya Islam negara ini," ujarnya.
Justeru, penduduk kampung amat mengalu-alukan kedatangan saudara-saudara kita masyarakat Islam Antwerp ke kampung berkenaan dalam masa terdekat.


Kelainan terapi urutan atlet

Posted: 24 Apr 2014 04:54 AM PDT


PUSAT terapi yang dibuka pada tahun 2011 itu adalah idea daripada pelanggan.


SEPERTI pusat-pusat terapi lain, suasana sebuah pusat yang serupa di Seksyen 13, Shah Alam juga mempunyai ambien yang sama iaitu pencahayaan yang suram tetapi menenangkan minda para pengunjung.
Terletak di tingkat dua kawasan rumah kedai di Jalan Renang, Pusat Urut Terapi dan Refleksologi OKU Shah Alam memberikan kelainan dari segi jenis urutan terapi yang ditawarkan untuk atlet dalam keadaan spa kecantikan biasa.
Pusat itu menggunakan konsep gabungan moden dan tradisional melalui penggunaan perabot-perabot dengan rekaan terkini digabungkan bersama kain-kain batik menjadi pelapik tilam menyerlahkan lagi rasa seperti berada di rumah.
Ketika ditemui, pemiliknya yang juga seorang ahli urut terapi profesional, Rezafarish Yusof Khan, 34 baru sahaja mengurut seorang pelanggan yang mendapatkan terapi urut sukan untuk masalah cakera teranjak.
"Urut terapi sukan boleh mengendurkan otot-otot sebelum bersukan maka dapat mengurangkan sedikit kesakitan yang berlaku selepas habis bersukan.
"Kami akan meminta laporan kesihatan pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan urut terapi sukan terlebih dulu," katanya ketika ditemui di premisnya baru-baru ini.
Bukan setakat perkhidmatan yang baru sahaja ditawarkan itu, Pusat Urut Terapi dan Refleksologi OKU Shah Alam turut menyediakan urutan terapi bagi frozen shoulder, tennis elbow dan refleksologi kaki.
Seperti spa-spa lain, ia turut menyediakan perkhidmatan urutan untuk wanita seperti urutan selepas bersalin dan batu panas selain rawatan wajah.
Hilang penglihatan
Pemilik pusat urutan ini pada mulanya bukan seorang ahli terapi jauh sekali menjadikan pekerjaan itu sebagai cita-cita yang diimpikan.
"Saya seorang cef lulusan Kolej Damansara Utama, Pulau Pinang dan dapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara," kenang Rezafarish.
Namun, segala-galanya berubah suatu pagi apabila beliau mahu membasuh muka dan mendapati penglihatan kabur.
Dengan keadaan begitu, dia memandu ke hospital dan diberitahu menghidap glukoma dan mata kanan rosak disebabkan saraf optikalnya pecah. Penglihatan mata kirinya pula kabur.

PELAPIK tilam kain batik menghidupkan suasana seperti berada di kediaman sendiri.


Lelaki yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang itu sangat kuat semangat kerana mengakui berasa tertekan. Dia melalui kehidupan seterusnya dengan tabah dan tetap meneruskan pengajian ke luar negara.
Sekembali ke tanahair pada tahun 2008, Rezafarish bekerja di Institut Makanan Malaysia (FIM) sebelum belajar membaca Braille, menggunakan tongkat dan mengurut di Persatuan Orang Buta Malaysia, Brickfields sehingga November 2009.
"Saya membuat kerja sambilan di Kedai Cikgu Mat di Brickfields untuk cari pengalaman sebelum bekerja di beberapa tempat di Puchong, Mid Valley dan di majlis sukan," katanya.
Kemudian, Rezafarish bekerja sebagai pembantu fisioterapi di Seksyen 7, Shah Alam sepenuh masa dalam usahanya mencari pengalaman dan pengetahuan dalam bidang urut terapi sukan.
Sekitar tahun 2011, dengan cadangan seorang pelanggan supaya membuka sebuah pusat terapi di premis sekarang yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam, lelaki itu merealisasikan Pusat Urut Terapi dan Refleksologi OKU Shah Alam.
Pusat ini turut menawarkan khidmat serupa kepada pelanggan wanita yang dijalankan oleh seorang tukang urut OKU terlatih, Suzana Othman, 30. Beliau yang berasal dari Bota Kanan, Perak, mempunyai pengalaman 10 bekerja di pusat kecantikan.
Menurut Rezafarish, dia juga banyak belajar daripada Suzana terutama dalam kemahiran membuat rawatan wajah dan urutan batu panas.
"Kebiasaanya para pelanggan akan membuat temujanji dulu bagi menetapkan tarikh dan masa.
"Hasrat saya ingin menjadikan premis ini sebagai pusat urut sehenti kepada pelanggan lelaki dan wanita," ujar beliau.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories