Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500
- Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah
- Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat
- Pada Usia Tua, Mariani Penat Jadi 'Hantu'
- "Buat Filem Indonesia Lebih Untung" - Mahathir Mahideen
- KRU & TGV Jalinkan Kerjasama Angkat Filem Boxoffice
- Temui penulis kesayangan anda!
- Tarikh baharu konsert Jamal
- Hikmah buat Ana Raffali
- Hafiz Suip: Tuduhan mengarut!
- Pengusaha ikan curi air, tipu meter
- Senyum sebelum jatuh
- Rezeki dalam perangkap sampah
- Cinta Sharnaaz, Nelydia berakhir
- Fauzi mahu bersemuka segera
- Hafiz tak pakai bomoh
- DBLK tampil barisan pelakon baharu
- Bimbang ancaman buaya ganas
- Kafe kucing dibuka hanya empat hari
- Dari Asia Barat ke Asia
- Jus detoks sayur dan buah
- Larangan mencabut uban
- Kesopanan cermin nilai diri wanita
Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500 Posted: 25 Apr 2014 05:59 AM PDT | ||||
Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah Posted: 25 Apr 2014 05:58 AM PDT | ||||
Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat Posted: 25 Apr 2014 05:56 AM PDT | ||||
Pada Usia Tua, Mariani Penat Jadi 'Hantu' Posted: 25 Apr 2014 05:55 AM PDT | ||||
"Buat Filem Indonesia Lebih Untung" - Mahathir Mahideen Posted: 25 Apr 2014 05:54 AM PDT | ||||
KRU & TGV Jalinkan Kerjasama Angkat Filem Boxoffice Posted: 25 Apr 2014 05:53 AM PDT | ||||
Temui penulis kesayangan anda! Posted: 25 Apr 2014 05:51 AM PDT MINAT membaca bagi masyarakat Malaysia dilihat semakin meningkat dan terserlah dengan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-33 (PBAKL33) yang akan bermula pada 24 April hingga 4 Mei depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pesta buku terunggul ini nyata membuktikan medium orang ramai untuk berhibur tidak lagi terbatas kepada muzik, filem, konsert dan sebagainya tetapi dengan tabiat positif membaca. Malah, terdapat ramai selebriti yang jelas menunjukkan minat membaca turut bergelar penulis buku umpamanya Faizal Hussein, Zahiril Adzim, dan terbaharu, Ana Raffali. Tidak kurang hebatnya, penulis sedia ada di bawah naungan Grup Buku Karangkraf yang popular dengan karya mereka sendiri sehingga menjadi pilihan utama untuk diadaptasi ke drama atau filem. Lihat saja kejayaan beberapa filem dan drama seperti Ombak Rindu, Adam & Hawa, Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa, Gemersik Kalbu, Nora Elena (Kasih Yang Suci), Cinta Buat Emelda (Kasih Antara Kita) dan sebagainya. Jika sebelum ini, kita sering membaca karya mereka, jadi sempena PBAKL33 ini, peminat buku boleh bertemu empat mata dengan penulis kesayangan mereka seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Aleeya Aneesa, puteri Andalas, Murni Aqila dan ramai lagi. Jangan ketinggalan untuk menemui mereka di dewan Tun Dr Ismail, PWTC mulai 26 April ini! NOVELIS ALAF 21 SABTU (26 APRIL) 10 pagi - 2.30 petang *Aini Marisha *Zan Zarida *Puetri Andalas *Zura Rahman *Anis Ayuni 2.30 petang - 7 petang *Aini Marisha *Zan Zarida *Murni Aqila *Ramlee Awang Murshid *Zairulnizam Shah Z.A AHAD (27 APRIL) 10 pagi - 2.30 petang *Laila Kamilia *Murni Aqila *Ramlee Awang Murshid *Zairulnizam Shah Z.A *Hezzy Azra 2.30 petang - 7 petang *Nazihatul Hanan *Haiza Najwa *Ramlee Awang Murshid *Weeda Airiza *Emma Maizura KHAMIS (1 MEI) 10 pagi - 2.30 petang *Azleya Shadzalin *Nureen Mirza *Anis Ayuni *Raihan Zaffya *Hezzy Azra 2.30 petang - 7 petang *Azleya Shadzalin *Nureen Mirza *Raihan Zaffya *Haiza Najwa *Fida Rohani SABTU (3 MEI) 10 pagi - 2.30 petang *Emma Maizura *Dhiya Zafira *Fida Rohani *Nur Insyirah *Weeda Airiza 2.30 petang - 7 petang *Aleeya Aneesa *Dhiya Zafira *Fida Rohani *Ramlee Awang Murshid *Murni Aqila AHAD 10 pagi - 2.30 petang *Anis Ayuni *Nur Insyirah *Intan Arnida *Dr. HM Tuah Iskandar *Aleeya Aneesa 2.30 petang - 7 petang *Aisya Sofea *Laila Kamilia *Arman Jazze *Damya Hanna *Ramlee Awang Murshid NOVELIS BUKU PRIMA SABTU (26 MEI) PAGI *Syikin Zainal *Dhieya Adlynna *Siti Rozilah *Pitteriah Abdullah PETANG *Ebriza Aminnudin *Saidee Nor Azam *Zaifuzaman Ahmad *A. Darwisy AHAD (27 MEI) PAGI *Hasrudi Jawawi *Hanani Bahadin *Azalea Eshal PETANG *Nurul Izah *Mya Effa *Maria Kajiwa KHAMIS (1 MEI) PAGI *Rose Eliza *Nuroll Shazlinda Hairul *Dyza Ainun PETANG *Nurul Syahida *Liza Nur *Rabihah Nur Ridhuan SABTU (3 MEI) PAGI *Mazni Aznita *Fatinilam Sari *Junie Octovian PETANG *Indah Hairani *Aida Adia *Kamsiah Abu AHAD (4 MEI) PAGI *Amyliey Haizani *Cahaya Izzati *Nora Isma Fuad PETANG *Zulfati Hanis *Syahirah Ibrahim *Ramlah Rashid PENULIS KARYA BESTARI SABTU (26 MEI) 10 pagi - 12 tengah hari *Ustaz Nasruddin Dasuki *Ustaz Yaakub Mohd Yunus *Ustaz Hamizul Abdul Hamid 2 petang - 4 petang *Harun Arrasyid Tuskan *Ustaz Rasid Muhamad AHAD (27 MEI) 10 pagi - 12 tengah hari *Ruhana Zaki *Muhammad Nazir Kholid SELASA (29 MEI) 10 pagi - 12 tengah hari *Ustaz Kazim Elias KHAMIS (1 MEI) 10 pagi - 12 tengah hari *Ustaz Fathullah Al-Haq Muhd Asri *Ustazah Norlela Ibrahim | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:50 AM PDT
KONSERT Eksklusif Datuk Jamal Abdillah di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang yang terpaksa ditunda pada 11 April lalu sebagai menghormati kehilangan pesawat MH370 sebelum ini bakal dijalankan pada tarikh baharu iaitu 23 Mei ini. Pengurus Budak Zapin Production, Mohd Arifin Ikhsan berkata, konsert itu hanya mengalami perubahan dari segi tarikh, manakala masa dan tempat konsert berlangsung serta harga tiket masih sama seperti yang ditetapkan sebelum ini. Selain dapat berhibur bersama penyanyi bersuara emas, 100 peminat bertuah yang membeli tiket berharga RM250 turut berpeluang memiliki sehelai T-shirt eksklusif yang ditandatangani oleh Jamal Abdillah sendiri. Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket dan maklumat selanjutnya, anda bolehlah menghubungi agen konsert di talian 014-2629116 (Ayu) dan 019-9851714 (Kurie). | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:49 AM PDT
NAMA Ana Raffali seolah-olah tenggelam walaupun penyanyi yang bakatnya dicungkil melalui laman sosial Youtube ini pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 2010 dan juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL) pada 2011. Jika sesetengah artis lain gelisah tanpa liputan media untuk menaikkan nama dan populariti mereka, namun tidak bagi artis yang berusia 29 tahun ini. Menganggap jarang muncul di media massa sebagai suatu hikmah, Ana Raffali atau nama penuhnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali bersyukur kerana sokongan peminat masih kuat, terutamanya selepas kemenangannya dalam AJL. "Alhamdulillah, kejayaan di AJL memberi saya peluang untuk mendekati masyarakat ketika membuat persembahan di seluruh negara. Saya bersyukur peminat sentiasa menyokong kerjaya saya walaupun jarang sekali disebut-sebut di media massa. "Saya melihatnya sebagai nikmat apabila tiada kontroversi yang melibatkan diri. Apa-apa pun, saya bukan hanya seorang penyanyi, saya punya banyak matlamat dan sedang berusaha untuk mengembangkan lagi potensi diri dan menyumbang kepada bidang lain," katanya. Seperti yang sedia maklum, bakat nyanyian Ana ditemui oleh komposer terkenal Aidit Alfian yang menonton rakaman nyanyiannya di Youtube dan tertarik untuk mengambilnya sebagai penyanyi pertama di bawah syarikat rakaman Aidit Alfian Records. Dengan fenomena 'artis Youtube' yang diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai orang melabelkan penyanyi yang lahir dari medium itu sebagai artis mi segera. Tampil menjawab kenyataan itu, Ana menyifatkan label itu sebagai berat sebelah kerana menganggap seolah-olah kesungguhan artis Youtube dinafikan dalam mencapai kejayaan dalam bidang muzik. "Label itu tidak adil. Seolah-olah mengabaikan usaha yang telah mereka berikan dalam menampilkan bakat masing-masing. "Saya percaya ramai antara kita punya potensi yang besar untuk memajukan industri. Yang paling penting adalah usaha berterusan dari setiap individu," katanya. Apabila diajukan soalan mengenai akaun Youtubenya, Ana tidak menafikan ada mempunyai rancangan untuk kembali memuat naik rakaman baru di laman tersebut. "Saya bermula dari situ. Mungkin sekadar suka-suka atau melepaskan rindu, saya akan usahakan," jelasnya yang meminati biduanita tersohor Datuk Siti Nurhaliza dan komposer hebat Datuk M. Nasir. Kemenangan besar dalam AJL menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku yang digubah dan ditulisnya sendiri membuktikan bakat seni Ana Rafalli bukan sahaja dalam bidang muzik dan nyanyian, malah penulisan. Sudah tentu peminat artis jelita yang sudah berhijab selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Ahmad Aznaim Abdullah, ini ternanti-nanti akan buah tangan baharunya setelah agak lama sepi tanpa khabar berita. Apa yang menarik, buah tangan terbaharu yang ditampilkan Ana kali ini bukan dalam bentuk lagu tetapi buku. Bertajuk #24Minggu, buku yang ditulis sepenuhnya oleh Ana Raffali itu merupakan sebuah novel puisi yang diterbitkan oleh Sang Freud Press. Uniknya, #24Minggu menceritakan perjalanan seorang gadis dalam mengenal cinta dan mencari pelengkap hidupnya, dalam masa yang sama gadis ini percaya dia telah disumpah untuk merasa bahagia bersama satu cinta tidak lebih dari 24 minggu. Menurut Ana, untuk mengetahui jalan cerita buku ini, pembaca boleh membacanya dari muka surat pertama hingga akhir atau memilih secara rawak kerana setiap puisi membawa makna dan boleh berdiri dengan sendiri. "Saya memilih untuk membentangkan kisah ini menggunakan puisi seperti sajak, pantun dan sebagainya berbanding prosa biasa. "#24Minggu menjelajah segenap perasaan yang mungkin pernah atau belum lagi dirasai bagi seseorang yang sedang dilamun cinta," katanya. Walaupun umum mengenali Ana sebagai penyanyi, pelantun lagu popular Kalau Berpacaran ini menjelaskan dia memang suka mengarang cerita sendiri sejak zaman sekolah, malah minat mencipta lagu juga mendorong cita-citanya untuk menjadi seorang penulis. "Bermula dengan menulis puisi, saya kemudian bereksperimentasi dengan menyusun kata-kata yang telah saya tulis menjadi lagu. "Jadi, boleh dikatakan minat saya pada dunia kata-kata dalam puisi yang membakar semangat saya untuk menjadi seorang penulis lirik yang baik," jelasnya membuka rahsia kepada kejayaan lagu yang dihasilkannya. Akui Ana, buku yang ditulis berkat dorongan dan galakan suami serta rakan-rakan dalam bidang penulisan dan penerbitan ini turut menjadi pemangkin perjalanan karier seninya. "Menghasilkan buku ini telah banyak memberi peluang untuk saya memperbaiki diri sebagai seorang penulis lirik. Saya yakin usaha saya dalam lagu-lagu akan datang mampu menampilkan sisi yang lebih menarik. "Matlamat saya selepas ini ialah melengkapkan album yang tertangguh," katanya yang pernah tampil dengan album sebelum ini bertajuk 'Ketika Aku Kecil'. Jiwa pendidik Ana Memiliki ijazah dalam bidang TESL atau pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, tidak hairanlah Ana dijadikan idola oleh ramai peminat kerana bukan sahaja berbakat tetapi berpelajaran tinggi. Bercerita tentang perancangan masa depan, naluri pendidik Ana masih kuat dan impian untuk menerokai bidang ilmu pengetahuan tersebut tidak pernah padam. "Sekarang ini, selain menulis lagu untuk orang lain, saya juga sentiasa membaca bahan-bahan ilmiah yang bersangkut-paut dengan ijazah TESL yang saya miliki. "Walaupun saya bukan seorang guru Bahasa Inggeris ketika ini, saya merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya menjalankan penyelidikan tentang penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah," katanya. Penulis yang baik lazimnya seorang yang suka membaca. Setuju dengan pendapat tersebut, Ana menyatakan dia membesar dengan buku-buku dan suka membaca sehingga layak digelar ulat buku. "Saya tidak boleh duduk bersahaja tanpa membaca. Saya akan mengambil peluang untuk membaca ketika menunggu untuk persembahan atau ketika berehat, dan dalam kereta ke mana-mana. Kalau ada lencana ulat buku semestinya saya pangkat kapten. "Saya meminati puisi dan gaya penulisan Allahyarham T. Alias Taib dan Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Buku yang paling saya suka daripada mereka adalah Seberkas Kunci dan Sajak-sajak Sejarah Melayu," katanya. Suami penyokong utama Sudah tentu ramai yang sudah mengetahui kisah cinta Ana Raffali dengan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah yang memeterai perkahwinan mereka pada tahun 2012. Berkahwin dengan pengurus peribadi merangkap sahabat baiknya sendiri, tidak hairanlah Ana mendapat sokongan penuh daripada suaminya dalam kerjaya seni. Oleh itu, tidak timbul isu karier nyanyian perlahan disebabkan status berkahwin bagi penyanyi yang terkenal dengan trademark memakai baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan ini. "Suami saya adalah peminat saya yang utama. Beliau bagi galakan dan dorongan sepanjang kerjaya saya. Beliau sentiasa menyokong usaha saya dalam pelbagai bidang," jelasnya. Walaupun belum dikurniakan rezeki anak, pasangan ini semakin bahagia dan memberi semangat kepada Ana untuk meluaskan bakatnya merangkumi pelbagai bidang, terutamanya penulisan yang menjadi fokus utamanya kini. Buku pertama tulisannya, #24Minggu boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 dan dilancarkan di Pentas Utama pada jam 5 petang pada 25 April ini. Pembaca juga boleh menghubungi akaun Twitter @anaraffali untuk mendapatkan buku itu berserta tandatangan eksklusif daripada Ana Raffali sendiri. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:47 AM PDT JIKA diteliti pencapaian karier nyanyiannya, Hafiz Suip bukanlah lagi penyanyi yang boleh dikaitkan dengan bakat 'mi segera' yang lahir daripada program realiti semata-mata, malah kejayaannya hari demi hari membuktikan dia bukanlah calang-calang. Namun dalam sibuk mencipta nama, Hafiz juga tidak pernah terlepas dikaitkan dengan cerita-cerita nakal apabila ada yang mengatakan dirinya menggunakan ilmu hitam sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah. "Tuduhan ini memang mengarut. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya sudah tidak menyanyi sebab kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. "Apa yang saya ada hari ini, semuanya atas titik peluh saya sendiri selain doa daripada ibu bapa saya," ujarnya ketika ditemui pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, 'A Golden Moment with Hafiz' di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, Selasa lalu. Lebih teruk lagi, Hafiz bukan sahaja dituduh menggunakan ilmu hitam, malah dia turut didakwa terlibat dengan pengambilan dadah. Cerita kurang enak itu mula timbul setelah penampilan fizikalnya yang dilihat semakin kurus. Tidak terkejut dengan dakwaan itu, Hafiz bagaimanapun menafikannya dan menjelaskan tujuan dia menurunkan berat badan adalah untuk menjaga penampilan yang lebih bersesuaian. "Biasalah, bila ada orang lihat kita gembira, mulalah ada yang tidak suka. Saya tahu kesan dan risiko yang akan berlaku jika saya ambil dadah, jadi kenapa saya mahu rosakkan karier yang telah saya bina dengan titik peluh saya sendiri. "Kalau masih ada lagi pihak yang tidak percaya, saya bersedia untuk membuat ujian air kencing. Saya berani sebab saya memang bersih," tegasnya. Baiki kelemahan Beralih pada persembahan Minggu Setiausaha, Hafiz akui cukup teruja dan berpuas hati menghiburkan lebih kurang 400 peminatnya, Selasa lalu. Biar pun kali pertama terlibat dengan persembahan Minggu Setiausaha, namun Hafiz berjaya menghiburkan keseluruhan tetamu yang hadir. "Saya gembira kerana diberi kepercayaan untuk hiburkan peminat sempena persembahan Minggu Setiausaha. Barulah hari ini saya rasa menjadi sebagai seorang penghibur. "Memandangkan ini kali pertama, saya turut akui ada beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki. Bila dikerumuni peminat ketika membuat persembahan, saya sedikit gugup sehingga tersalah lirik. "Memang saya tidak sangka sambutan peminat begitu meriah," katanya sambil tersenyum. Pada persembahan yang dihoskan oleh pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki itu, Hafiz sempat mendendangkan lagu seperti Awan Nano, medley lagu-lagu Allahyarham Sudirman Arshad (Pelangi Petang, Perpisahan Terasing, Salam Terakhir), lagu cover All of Me nyanyian John Legend serta Bahagiamu Deritaku. Selain itu, Hafiz turut menyanyikan dua lagu duet, Ombak Rindu dan Muara Hati bersama penyanyi jemputan, Adira. | ||||
Pengusaha ikan curi air, tipu meter Posted: 25 Apr 2014 05:45 AM PDT
PETALING JAYA - Kegiatan pengusaha kolam ternakan ikan koi mencuri air dan menggunakan meter palsu dikesan di salah sebuah kawasan landskap dan nurseri di sekitar Tropicana Selatan, semalam. Ia dikesan hasil serbuan mengejut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span). Pengarah Eksekutif Projek dan Bahagian Kehilangan Air Tanpa Hasil (NRW) Syabas, Yusof Badawi berkata, hasil pemeriksaan, terdapat tetiang meter di hadapan premis jualan ikan koi dan semakan lanjut di dalam sistem menunjukkan pihak berkenaan turut menggunakan meter yang tidak berdaftar dengan Syabas. Pengusaha turut menggunakan pam yang berfungsi untuk mengepam dan membekalkan air ke kawasan kolam bagi tujuan perusahaan. "Selain mencuri air, mereka juga buat pemasangan meter palsu bagi mengelak kegiatan mereka dihidu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Syabas menganggarkan kerugian air terawat yang digunakan secara tidak sah premis itu berjumlah kira-kira 33,600 meter padu (m3) dengan nilai anggaran RM80,000. Menurut Yusof, Syabas mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan bagi membuat tuntutan ganti rugi kehilangan air. "Mana-mana individu atau pihak yang didapati membuat sambungan ke suatu salur utama atau paip air perkhidmatan secara tidak sah akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006(Akta 655) dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. Sementara itu kata Yusof, dari 1 Januari hingga 22 April lalu, Syabas telah merekodkan sebanyak 1,056 aduan kes curi air atau penyambungan bekalan air secara tidak sah. Sebanyak 73 kes diklasifikasikan sahih dan Syabas telah mengambil tindakan terhadap semua kes dilaporkan. "Anggaran kehilangan air daripada kes-kes tersebut adalah sebanyak 1,650,000m3 dengan nilai anggaran lebih kurang RM3,800,000," katanya. Mengulas lanjut, tindakan mencuri air dari paip-paip Syabas hanya memburukkan lagi keadaan memandangkan ia dapat menyebabkan tekanan air rendah sekali gus menjadi penyumbang kepada masalah gangguan air. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:43 AM PDT
Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang semalam, mangsa, Loh Kwee Moi, 43, ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat atas bangunan enam tingkat kawasan tempat letak kereta di Perhentian Bas Terminal One. Sofian berkata, sebelum kejadian, dia dan isterinya baharu selesai membeli-belah di Kompleks Beli Belah Terminal One. "Saya dan isteri kemudiannya ingin menuju ke tempat letak kereta tetapi sempat berhenti seketika di jambatan penghubung antara Perhentian Bas Terminal One dan kompleks terbabit di tingkat dua. "Waktu itu saya sedang membelek telefon bimbit dan secara tiba-tiba saya terpandang ke arah atas bangunan. Saya nampak seorang wanita dengan kedua-dua tangannya sedang memegang pengadang di tingkat atas seolah-olah mahu terjun. "Saya cuba menjerit ke arah wanita itu dan menyuruhnya tunggu bagi membolehkan saya menyelamatkannya. Dia mungkin mendengar jeritan saya dan kemudiannya dia sempat memandang tepat ke arah saya lalu tersenyum. "Saya menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan namun saya tidak sempat menyelamatkannya, mangsa bertindak terjun bersama beg tangannya," katanya. Katanya, wanita itu dilihatnya seperti mengandung dan berambut pendek. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:38 AM PDT
BATU ARANG - Jam 12 tengah hari, selepas hujan mula berhenti kelihatan pasangan suami isteri sedang sibuk mengutip botol-botol yang tersekat di laluan air deras. V Karunan bersama isterinya, Kasturi masing-masing berusia 25 tahun dilihat asyik mengasingkan botol sementara anak kecil mereka ditinggalkan di atas motor. Karunan yang baru bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah sekolah tiga hari lalu memberitahu, dia tidak kisah melakukan apa sahaja kerja bagi mendapatkan wang meneruskan kehidupan. "Saya bukan kumpul barang terpakai saja, macam-macam kerja saya buat janji dapat duit. "Hari ini boleh dapat RM15 lepas jual botol-botol kosong ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Itulah yang dilakukan pasangan ini untuk mencari rezeki tambahan. Walaupun kerja mengutip barang terpakai sering dipandang serong masyarakat, namun mereka lakukan bukan sahaja demi kelangsungan hidup tetapi tanpa disedari mampu berperanan dalam mengelak kejadian banjir kilat. Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan masih rendah. Penghujung longkang didapati dipenuhi sampah yang kebanyakan terdiri daripada botol mineral tersangkut pada perangkap sampah. Tindakan Karunan yang sanggup meletakkan keselamatan diri di nombor dua, bermandi hujan di saat orang lain mengelak terkena air harus dipandang dari sudut positif. Tanpanya, kelancaran air pada longkang itu terganggu seterusnya menyebabkan banjir kilat berlaku memandangkan paras air sudah mencecah bahu jalan. "Saya jarang lalu di sini cuma kebetulan nampak banyak botol yang boleh diambil dan dijual, jadi saya berhenti." katanya. | ||||
Cinta Sharnaaz, Nelydia berakhir Posted: 25 Apr 2014 05:36 AM PDT CERITA cinta antara Sharnaaz Ahmad yang memegang watak Jebat dan Nelydia Senrose yang memegang watak Mastura dalam drama bersiri 60 episod Bukan Kerana Aku Tak Cinta telah berakhir pada malam Selasa lalu. Meraih jumlah penonton yang tinggi melebihi angka 600,000 penonton, kedua-dua pelakon itu mampu tersenyum lebar dan menelan segala kontroversi yang melanda mereka berdua sepanjang penggambaran drama yang mula ditayangkan pada 9 Disember tahun lalu di saluran Mustika HD. Sharnaaz yang sempat menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar mesranya bersama Nelydia di laman Instagram sehingga menimbulkan api cemburu kekasih Nelydia, Qi Razali mengakui tidak ada masalah andai mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam projek seterusnya. Selain itu dia juga ingin menamatkan persengketaan antara dia dengan salah seorang pelakon drama tersebut, Lisdawati. Sementelah mereka bergaduh kerana hal yang remeh pada hari terakhir penggambaran drama tersebut. Nelydia pula enggan mengambil pusing soal kontroversi dia dikatakan sedang bercinta dengan Sharnaaz dan memberitahu hanya menjalankan tugasnya sebagai pelakon untuk menjayakan drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd. milik penerbit terkenal, Ziela Jalil. Sharnaaz adalah Jebat Bertemu dengan Sharnaaz pada majlis tayangan episod terakhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di pusat membeli-belah Encorp Strand di Kota Damansara, Selangor pada Selasa lalu, pelbagai perasaan jelas kelihatan pada wajahnya. Gembira dan teruja kerana drama tersebut mendapat sambutan hangat penonton serta lega kerana selepas ini dia bebas daripada segala kontroversi yang timbul sepanjang penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel itu. Bagaimanapun, katanya, dia bukan sengaja mencipta kontroversi untuk menarik perhatian penonton dengan memuat naik gambar mesranya bersama Nelydia, tetapi perkara tersebut dilakukan untuk mempromosikan drama lakonan mereka. "Beginilah, ini penjelasan tentang saya dan Nelydia. Saya ambil duit orang, jadi saya harus buat kerja. Sudah menjadi tugas saya untuk mempromosikan drama tersebut. Saya berlakon dengan ikhlas dan memberi sepenuh jiwa saya dalam drama ini. "Hal gambar itu sudah pun selesai. Tidak ada yang perlu diungkitkan lagi. Kami profesional sebagai pelakon dan bagi saya Nelydia seorang pelakon yang bagus," katanya tegas. Menjawab kontroversi perbalahannya bersama pelakon Lisdawati yang berlaku pada hari terakhir penggambaran drama tersebut pula, jelas Sharnaaz, jika boleh dia mahu perkara itu diselesaikan secepat mungkin. Katanya: "Perkara itu berlaku kerana hal yang kecil. Apa yang berlaku biarlah ia berlalu tetapi apa yang patut diselesaikan harus diselesaikan secepat mungkin. Saya tidak mahu nanti jika saya mati, mata saya tidak tertutup rapat kerana hal ini". Dalam pada itu, Sharnaaz tidak henti mengucapkan rasa syukurnya atas sambutan hangat peminat memandangkan pada awal namanya disebut untuk memegang watak Jebat ada segelintir pihak yang tidak setuju dengan pemilihannya. "Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberi peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat dan ramai peminat yang datang untuk menonton episod akhir bersama kami. "Kerja keras saya berbaloi. Bukan saya yang menjadikan watak ini hebat tetapi kru produksi yang bertungkus lumus siang malam bagi memastikan watak ini berjaya di kaca televisyen. "Saya amat menghargai pada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Jujur saya katakan saya bimbang andai penonton drama ini tidak konsisten untuk setiap episod tetapi kebimbangan saya meleset apabila jumlah penonton semakin meningkat," ujarnya. Tutur Sharnaaz lagi, penyumbang kejayaan kepada kecemerlangannya membawa watak Jebat mungkin kerana watak itu cukup dekat dengan dirinya di alam realiti. "Jebat adalah saya seratus peratus. Ada masa naik angin, keras kepala, suka berlawak dan jujur dalam apa yang dikatakan. Kiranya saya membawa watak lelaki Melayu tulen. Apabila saya botakkan kepala, ramai yang menyoal tindakan saya tetapi itu cara saya untuk membawa watak Jebat dengan cara saya sendiri," ulasnya gembira kerana Jebat diterima ramai. Enggan tonton lakonan sendiri Apabila ditanya adakah dia sempat menonton lakonannya sendiri, Sharnaaz hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Selain kekangan masa, akuinya, dia sebenarnya cukup takut untuk melihat lakonannya sendiri. Jelas lelaki kelahiran Pulau Pinang itu: "Sebenarnya saya cukup sibuk sampai tiada masa untuk tonton televisyen walaupun saya merakam setiap episod drama ini. Ramai yang tidak tahu yang saya cukup takut melihat lakonan sendiri. "Sebabnya, saya takut tidak berpuas hati dan timbul perasaan kecewa dalam hati saya. Untuk menggelak perkara itu berlaku saya tidak pernah menonton satu episod pun lakonan saya dalam drama ini. Biarlah penonton yang menilai." Qi sokong Nelydia Tuah mungkin menyebelahi aktres berusia 19 tahun ini. Apa sahaja karya yang dapat di tangannya pasti menjadi fenomena. Namun, serupa dengan Sharnaaz, Nelydia juga terasa tempias kontroversi gambar mesranya bersama Sharnaaz. Enggan mengambil pusing dan memberitahu cerita itu sudah basi, tegas Nelydia, meskipun pernah berlaku kontroversi disebabkan gambar mesra dia tidak kekok andai digandingkan sekali lagi bersama Sharnaaz. Walaupun kekasihnya, pelakon dan pengacara, Qi Razali dikatakan sempat cemburu kemesraannya bersama Sharnaaz, tetapi lelaki itu tidak berhak mencorakkan masa depannya. "Saya belum berkahwin. Jadi, sekarang ini ibu bapa saya yang berhak sepenuhnya terhadap apa yang saya lakukan. Justeru, saya rasa tidak timbul isu sama ada Qi memberi kebenaran kepada saya berlakon dengan Sharnaaz atau pun tidak. "Semuanya terpulang kepada saya sendiri. Saya berhak sepenuhnya untuk mencorak masa hadapan dan menerima tawaran lakonan. Mengapa saya perlu minta kebenaran orang lain, jika saya rasa selasa saya akan terima tawaran itu," jelasnya panjang lebar. Sungguhpun begitu, akui Nelydia, kekasihnya itu sentiasa memberi sokongan dan amat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon. "Saya tidak tahu Qi tonton atau tidak drama lakonan saya ini, tetapi rasanya tidak kerana dia juga sibuk dengan kerjayanya. Walaupun keluar bermacam cerita kurang enak sebelum ini, Qi sentiasa memberi sokongan kepada saya. "Dia tidak mengawal saya malah amat menghormati setiap keputusan yang saya buat. Setakat ini saya cukup senang bersamanya," katanya. Bercakap soal masa depannya bersama Qi yang telah mencecah usia 37 tahun, Nelydia menyerahkan semuanya kepada takdir kerana buat masa ini dia tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Jelasnya: "Soal tentang bertunang atau kahwin itu berada di luar kawalan saya kerana itu soal jodoh. Tidak semestinya saya bercinta dengan seseorang saya pasti berkahwin dengannya. "Benar, kami ada berbincang tentang perkahwinan tetapi buat masa ini saya selesa begini. Jika ingin berkahwin haruslah meminta kebenaran ibu saya terlebih dahulu bukannya saya," Namun, sebagai wanita, Nelydia tidak menolak andai dia dipertemukan jodoh pada usia yang muda kerana sasarannya untuk menamatkan zaman bujang adalah pada usia 24 atau 25 tahun. "Saya tahu Qi lebih berusia daripada saya dan dia sangat matang kerana sudah melalui pelbagai pengalaman hidup. Usia hubungan kami pun baru setahun lebih, jadi saya tidak berani cakap yang dia adalah lelaki pilihan untuk berkahwin. "Kalau dipertemukan jodoh awal saya tidak kisah, saya juga tidak mahu berkahwin dalam usia terlalu lewat. Umur 24 atau 25 itu sedang elok untuk saya berkahwin," katanya tanpa berselindung. Malu berlakon adegan romantis Walaupun berpengalaman dan sudah berlakon dalam beberapa buah drama popular, Nelydia mengakui dia masih berasa kekok dan malu apabila berlakon dalam adegan romantis dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Ujarnya, apabila dia menonton drama tersebut ada beberapa adegan yang dirasakan keterlaluan baginya, namun masih ada batas sesuai dengan adat dan budaya masyarakat Malaysia. Ujarnya: "Ada juga beberapa adegan yang agak keterlaluan dan malu untuk saya lakonkan. Antaranya adegan saya sedang hamil sambil mengusap-usap perut. Adegan itu bagi saya paling sukar kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman hamil jadi adegan itu agak pelik untuk saya. "Lama juga masa yang saya ambil untuk selesaikan adegan itu. Mana tidaknya baru mula dialog saya sudah ketawa. Selain itu babak romantis saya bersama Sharnaaz juga yang membuat saya sangat segan untuk berlakon." Meskipun memberi lakonan yang terbaik dalam drama itu, Nelydia mengakui dia masih bimbang dengan penerimaan penonton terutamanya pembaca setia novel tersebut. Dia memberitahu membaca novel tersebut sebelum penggambaran bermula dan telah memasukkan sebanyak mungkin input di dalam watak yang dimainkan. Bagaimanapun, akuinya dia masih bimbang adakah lakonannya sebaik imaginasi pembaca novel itu? "Sebenarnya, saya takut terlebih gedik atau mengada-ngada kerana watak Mastura memang begitu. Bagaimanapun, selepas melihat kepada sambutan yang diberikan, saya yakin telah membawa watak itu dengan baik," balasnya yang bakal terbang ke Perancis tidak lama lagi untuk penggambaran sebuah drama. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:35 AM PDT PADA bulan Februari lalu, kecoh seketika berhubung kontroversi yang membabitkan pelakon drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati ketika menjalani penggambaran. Lisdawati yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, telah diherdik oleh Sharnaaz ketika penggambaran berlangsung sehingga dia dan suami terpaksa membuat laporan polis. Berdasarkan laporan tersebut, Sharnaaz pula mendakwa, Fauzi telah menghina ibu bapanya dan telah memberi peringatan kepada pasangan suami isteri itu untuk menyaman mereka. Berkesempatan bertemu dengan Fauzi sewaktu majlis pratonton filem Sang Pemberani di Cathay Cineplex, Petaling Jaya, Selangor semalam, dia ditanya mengenai perkembangan kontroversi tersebut. Ini kerana Sharnaaz yang ditemui media pada majlis tayangan episod akhir drama rantaian tersebut awal minggu ini menyatakan, mahu menyelesaikan kontroversi tersebut segera dan melupakan apa yang telah terjadi. Kosmo!: Bagaimanakah dengan perkembangan kes yang berlaku antara Fauzi dan Sharnaaz sekarang ini? FAUZI: Sebelum saya pergi menunaikan ibadah umrah bulan lalu, Sharnaaz ada mengatakan yang dia ingin menyaman saya. Setelah saya kembali ke Malaysia, saya masih belum menerima sebarang surat saman atau dihubungi oleh peguamnya. Kalau ditanya tentang perasaan saya, sudah tentu kontroversi ini sesuatu yang sangat mengecewakan. Sepanjang 17 tahun bergelar anak seni, belum ada kes lagi seorang pelakon lelaki yang mengherdik wanita hamil. Apakah tujuan anda membuat laporan polis setelah kontroversi tersebut timbul? Pertama sekali, ia sebagai tindakan untuk melindungi isteri saya yang sedang sarat mengandung, bukan semata-mata mahu mengejar publisiti. Setelah laporan dibuat, saya terus bawa isteri ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan memastikan kandungan isteri saya tidak ada apa-apa. Mengenai tuduhan yang mengatakan saya menghina ibu bapa dia itu sudah tentu tidak benar sama sekali. Kalau dia mengaku ada mempunyai bukti, tunjukkan sahaja bukti tersebut. Sharnaaz baru-baru ini sudah membuat permohonan maaf atas masalah yang telah berlaku. Kalau boleh dia kata tidak mahu meninggal dunia dengan mata tidak tertutup rapat kerana kontroversi ini belum selesai. Bolehkah anda komen mengenai perkara tersebut? Kenapa baru sekarang dia membuat kenyataan untuk meminta maaf pula, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan sejak awal lagi? Apabila sudah menjadi kecoh, baru dia ingin memohon maaf pula. Sekarang saya masih mahu bersemuka dengannya untuk menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini dia pernah berkata mahu berjumpa selepas isteri saya bersalin, tetapi saya rasa itu tidak perlu (tunggu sehingga lepas bersalin) kerana saya dan isteri bersedia pada bila-bila masa sahaja. Adakah anda akan memberi kebenaran untuk isteri berlakon dalam sesebuah penerbitan sekiranya ia turut membabitkan Sharnaaz? Sebenarnya saya tidak ada masalah memberi keizinan kepada isteri untuk dia berlakon dengan sesiapa sahaja, termasuk Sharnaaz. Cuma saya mahu masalah dengan Sharnaaz ini perlu diselesaikan terlebih dulu dan kami mahu bersemuka dengannya. Dalam industri hiburan kita yang tidak terlalu besar ini, rasanya kurang sesuai pula kalau saya mahu menghalang isteri. Lagipun saya percaya isteri dapat menjaga dirinya dengan baik. Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang ini? Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran dua buah drama bersiri iaitu Fajar Aiman terbitan Suhan Movies dan Kudus yang diterbitkan oleh A. Aida Production yang akan disiarkan di TV3. Filem pertama arahan saya berjudul Pak Pung pula berkemungkinan besar akan ditayangkan pada tahun ini. Selain itu, saya turut terbabit dengan syarikat MAFIcomm Resources Sdn. Bhd. yang menerbitkan filem di Indonesia. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:34 AM PDT POPULARITI dan kejayaan yang diraih Hafiz membenarkan pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya. Ada yang mendakwa penyanyi kelahiran Sarawak itu mengamalkan ilmu hitam untuk kekal bertahan dalam industri. Menjawab dakwaan itu Hafiz sama sekali menyangkal tuduhan berkenaan dan percaya rezeki yang diterimanya hingga kini berkat usaha dan niat yang baik. "Mengarutlah! Siapa kata kalau mahu berjaya perlu pakai ilmu hitam? Malah dalam apa jua perkara pun amalan itu ditegah agama dan tidak elok. "Kalau betul saya pakai ilmu hitam saya tidak menjadi diri saya sekarang, sudah tentu saya dihina dan dicaci. Saya percaya setiap apa yang dilakukan berlandaskan berkat dan niat yang baik. "Memang hasad dengki itu sentiasa ada dan tentunya ada saja pihak yang cuba mereka cerita yang boleh menjatuhkan orang. Saya berani kerana benar!" tegasnya yang ditemui usai mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha A Golden Moment With Hafiz di Matrade, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ambil dadah? Tidak terlepas daripada dakwaan nakal yang kurang berasas, penurunan berat badan daripada 70 kilogram kepada 55 kilogram penyanyi itu juga mengundang persepsi negatif, bahawa Hafiz mengambil dadah. "Apabila orang nampak kita gembira orang tidak senang. Pastinya kalau saya mengambil dadah saya bukan seperti yang dilihat sekarang. "Saya akan menyendiri dan tidak bergaul dengan orang. Saya belajar keburukan pengambilan dadah kerana bagi saya itu adalah pembunuh karier saya. "Saya cintakan kehidupan saya sekarang dan mahu teruskan masa depan saya," jelasnya yang cuba mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial, maksiat, dadah dan arak. Tak berbaloi Sementara itu, sempena Minggu Setiausaha Coop Matrade, Hafiz cuma mendendangkan empat buah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi undangan, Adira Suhaimi. Dengan bayaran yang dikenakan bermula RM580 hingga RM780, ada yang menyifatkan persembahan itu tidak berbaloi dengan nilai yang dikenakan. "Kalau boleh memang saya mahukan lebih daripada itu tapi jumlah lagu telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan saya menurut saja apa yang telah diberikan. "Alhamdulillah untuk pertama kali mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun ini sambutan yang diterima amat memberangsangkan," katanya. Risaukah dengan kesan yang bakal dihadapi kelak apabila kadar bayaran yang terlalu tinggi dikenakan untuk menyaksikan persembahan Hafiz hingga mungkin ada syarikat yang takut untuk mengundang selepas ini? Ini jawapan Hafiz: "Saya tiada masalah. Sebarang proses perbincangan mengenai bayaran bergantung pada pengurusan saya. Memang apabila difikirkan kembali bayaran itu mahal tapi berdasarkan tema A Golden Moment With Hafiz sudah tentu bayaran itu berbaloi." Pada majlis tersebut, dia menghiburkan lebih 400 tetamu yang hadir menerusi lagu hitnya Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, medley Pelangi Petang, Terasing dan Salam Terakhir. Sebelum itu, Adira membuka majlis dengan dua buah lagu popularnya Ilusi dan Dewi Cinta sebelum berduet bersama Hafiz menerusi lagu Ombak Rindu dan Muara Hati. Penyanyi itu juga telah mencuri tumpuan apabila menyanyikan lagu All Of Me (nyanyian asal John Legend) sambil bermain piano buat pertama kalinya ketika beraksi di pentas. Kata Hafiz: "Saya mahu memberikan kelainan dengan bermain instrumen muzik yang saya pelajari menerusi Youtube saja beberapa bulan sebelum ini." | ||||
DBLK tampil barisan pelakon baharu Posted: 25 Apr 2014 05:33 AM PDT EMPAT pelakon baharu telah dipilih sebagai peneraju bersama bagi pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK) yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 9 hingga 18 Mei depan. Berkongsi pentas bersama Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy dan Dafi Ismail Sabri, pelakon-pelakon tersebut ialah Zahid Baharuddin (memegang watak Tuan), Yasmin Hani Richardson (Rosnah dewasa), Dayana Baharin (Rosnah remaja) dan Alina Hassan (Mak Hamid). Penerbit DBLK, Siti Rohayah Attan berkata, keempat-empat pelakon itu dipilih kerana watak-watak yang bakal digalas oleh mereka masih kosong dan perlu diisi. "Berbanding pelakon lain, Alina mempunyai pengalaman dalam bidang pementasan teater. Walaupun ini merupakan pentas teater pertama bagi Zahid, Yasmin Hani dan Dayana, namun saya percaya dengan kemampuan mereka. "Seperti kita semua sedia maklum, ketiga-tiga pelakon tersebut begitu aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian sebelum bersetuju untuk menyertai teater ini," ujar Siti Rohayah yang mementingkan aspek lakonan dan nyanyian dalam kalangan pelakon pilihannya. Mengakui memilih sendiri barisan pelakon-pelakon yang terlibat dalam teater DBLK, Siti Rohayah percaya gandingan pelakon teater dan artis popular yang berpengalaman dapat memantapkan lagi persembahan tersebut. "Mazlan Tahir, Shahrul Mizad dan Alina Hassan memang cukup terkenal dengan kemampuan mereka beraksi di pentas teater. "Jadi, apabila barisan pelakon teater berpengalaman ini digandingkan dengan pelakon-pelakon popular tanah air, gabungan yang bakal ditampilkan pasti menjadi luar biasa," tambah Siti Rohayah. Melanjutkan perbualan mengenai penajaan bagi penganjuran teater ini, Siti Rohayah berkata, maklum balas yang diterima daripada syarikat-syarikat korporat tidak memberansangkan. Katanya, buat masa ini, hanya dua syarikat sahaja yang tampil sebagai penaja rasmi pementasan iaitu Fareeda dan Felda Global Ventures Berhad (FGV). Manakala, akhbar Kosmo! dan Kumpulan Utusan bertindak sebagai media rasmi persembahan teater yang berbajet RM2.4 juta itu. DBLK yang diadaptasi daripada novel Allahyarham Prof. Hamka dari Padang, Indonesia ini mengisahkan tentang kisah cinta yang tidak kesampaian antara Zainab dan Hamid. Akibat tidak berterus-terang tentang perasaan mereka, Zainab dan Hamid terpisah sehingga tidak pernah berjumpa kembali sehingga kedua-duanya meninggal dunia. Barisan pelakon teater ini kini giat menjalani latihan bagi memberi sebuah persembahan mantap saat ia dipentaskan kepada audiens pada bulan Mei nanti. Tiket-tiket berharga RM35 hingga RM256 telah mula dijual dan penonton boleh mendapatkannya menerusi laman web www.airasiaredtix.com atau hubungi kaunter tiket Istana Budaya. Hubungi 03-8775 4666, 03-6186 6592 atau 012-297 7220 untuk keterangan lanjut. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:30 AM PDT MUAR - Kelibat seekor buaya di Sungai Sarang Buaya di Parit Bugis, Sungai Balang dekat sini menjadi kebimbangan penduduk kemungkinan ia bakal mengancam keselamatan mereka. Manakan tidak, masih ramai kanak-kanak mandi di sungai tersebut selain ia menjadi lokasi kaki pancing yang gemar memancing udang dan ikan toman yang banyak terdapat di situ. Pada 16 Mac lalu, seekor anak buaya sepanjang kira-kira dua meter berjaya ditangkap selepas reptilia itu tersangkut mata kail pancing milik seorang penduduk, Kalit Morsid. Kalit, 55, ketika ditemui semalam berkata, selepas anak buaya seberat 80 kilogram itu diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dia menemui seekor lagi buaya dipercayai ibu kepada reptilia tersebut di tebing sungai yang sama. Ceritanya, dia percaya buaya itu sedang berkeliaran mencari anaknya, namun kelibatnya hanya dilihat beberapa minit sebelum reptilia itu tenggelam dalam air lalu hilang. | ||||
Kafe kucing dibuka hanya empat hari Posted: 25 Apr 2014 05:27 AM PDT NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kafe menawarkan peluang kepada orang ramai bermain-main dengan beberapa ekor kucing ketika mereka menunggu ketibaan makanan dan minuman di Manhattan di sini. Bagaimanapun, kafe yang pertama kali dibuka di AS itu hanya dibenarkan beroperasi selama empat hari bermula semalam kerana undang-undang di AS melarang haiwan berada di dalam restoran. Kafe itu mempunyai ruang makan yang bersambung dengan sangkar kucing. Ia mempunyai pintu khas bagi mengelakkan haiwan itu masuk ke dapur kafe. Pelanggan-pelanggan yang datang ke kafe itu boleh menikmati hidangkan yang disajikan sambil bermain dengan 16 ekor kucing di dalam sangkar. Koordinator Liga Haiwan Pantai Utara, Matthew Carroll berkata, pihaknya menghantar beberapa ekor kucing ke kafe itu. "Sikap dan kesihatan haiwan itu dinilai dengan teliti supaya ia boleh menjadi teman yang sesuai kepada para pelanggan. "Semua kucing itu sangat sihat dan kami mahu mempromosikan kepada orang ramai berhubung rupa sebenar seekor kucing yang sihat," katanya. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:25 AM PDT KEBIMBANGAN terhadap seorang jururawat Filipina yang positif Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) pulang ke negara asalnya terlerai selepas dia didapati bebas daripada jangkitan dalam pemeriksaan berikutnya. Terdahulu, lelaki warganegara Filipina itu pulang pada Selasa lalu dengan penerbangan Etihad Airways telah dikuarantinkan bersama sanak saudaranya termasuk mereka yang mempunyai hubungan langsung semasa ketibaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). "Nasib baik, ia bagus untuk menenangkan orang ramai. Hasil ujian di Institut Penyelidikan Perubatan Tropika kami mendapati ia negatif," kata Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona. Jururawat berkenaan merupakan seorang pembantu kepada seorang paramedik dari Filipina yang meninggal dunia akibat jangkitan MERS-CoV di UAE pada 10 April lalu. Dalam pada itu, Ona memberitahu, pihak pemerintah berusaha mengesan 415 penumpang penerbangan 0424 dari Abu Dhabi ke Manila untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Arab Saudi pada 23 April lalu melaporkan terdapat 11 kes baharu MERS-CoV dengan satu kes kelihatannya yang pertama dikesan di Tanah Suci Mekah. Unta positif Kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan lapan daripada pesakit tersebut ditempatkan dalam wad rawatan rapi, dua dalam keadaan stabil termasuk seorang lelaki Arab berusia 24 tahun yang berasal dari Mekah manakala seorang lagi tidak menunjukkan sebarang gejala. "Tiga daripada pesakit itu yang dijangkiti adalah pekerja penjagaan kesihatan," katanya. Pada November 2013, kerajaan Arab Saudi menyatakan bahawa unta telah diuji positif MERS-CoV dan ia merupakan kes pertama haiwan dijangkiti virus korona yang telah membunuh 64 orang di seluruh dunia pada ketika itu. Unta berkenaan dimiliki oleh seseorang yang menghidap penyakit MERS-CoV telah diuji positif dalam pemeriksaan awal makmal. "Kementerian telah bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan makmal-makmal untuk mengasingkan virus serta membandingkan struktur genetik dengan apa yang ditemui pada pesakit itu. "Jika virus yang dibawa oleh unta dan pesakit adalah serupa, maka ini akan menjadi satu penemuan saintifik pertama di dunia sekali gus menjadi kunci dalam mengenal pasti punca virus berkenaan," jelasnya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita SPA negeri. Menurut kenyataan dalam laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus korona merupakan anggota keluarga kumpulan coronavirus yang menjangkiti manusia dan haiwan. Virus korona boleh menyebabkan pelbagai penyakit bertambah teruk bermula daripada selsema biasa seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meletus pada tahun 2003. Virus ini mula dikesan sejak April 2012 dan dikenali sebagai novel coronavirus . Ia merupakan virus baharu yang tidak pernah ditemui pada manusia sebelum ini. Dalam kebanyakan kes, virus ini telah menyebabkan beberapa pesakit mengalami masalah pernafasan serius dan kegagalan buah pinggang manakala jumlah kematian berlaku separuh daripada kes yang dilaporkan. Sementara itu, virus korona baharu ini dinamakan sebagai MERS-CoV oleh Kumpulan Kajian Virus Korona dalam Jawatankuasa Antarabangsa Taksonomi pada Mei 2013. Dalam satu kajian yang diterbitkan minggu lalu mengenai Kemunculan Penyakit Berjangkit Baharu, penyelidik mendapati MERS-CoV boleh hidup di dalam susu unta untuk sekurang-kurangnya 72 jam. Bagaimanapun, mereka tidak memeriksa sama ada virus tersebut benar-benar ditemui dalam susu unta yang dijangkiti. Negara pertama Pada 11 November lalu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan bahawa MERS-CoV telah dikesan pada unta dan ia dikaitkan dengan kes jangkitan kepada manusia di negara berkenaan. Selain itu, MERS-CoV baru-baru ini turut ditemui secara genetik dengan virus yang dikenal pasti terdapat pada kelawar dari Afrika Selatan. Namun, tidak ada bukti sahih bahawa MERS-CoV berasal daripada kelawar. Dalam pada itu, sembilan negara dilaporkan telah terlibat dengan kes jangkitan MERS-CoV terhadap manusia. Negara tersebut ialah Perancis, Jerman, Itali, Jordan, Qatar, Arab Saudi, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom. Terbaharu, Malaysia menjadi negara pertama di Asia yang dilaporkan berlakunya jangkitan ke atas manusia sehingga membawa maut. Pesakit merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 54 tahun yang mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas pada 8 April lalu sejurus 10 hari pulang mengerjakan umrah. Lelaki berkenaan ke Jeddah, Arab Saudi dengan sekumpulan 18 orang menunaikan umrah bermula 15 hingga 28 Mac lalu dan mengalami demam pada 4 April lalu. Pesakit kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Johor pada 7 April sebelum pergi ke hospital pada 9 April. Bagaimanapun, pesakit meninggal dunia pada 13 April. Pesakit berkenaan telah melawat ladang unta pada 26 Mac dan didapati minum susu unta. Sementara itu, kes di UAE pula melibatkan sekelompok empat pekerja kesihatan yang telah dikenal pasti memperoleh jangkitan menerusi kes dari Abu Dhabi yang meninggal dunia pada 10 April lalu. Empat pekerja itu ialah tiga lelaki berusia 44, 30 dan 28 tahun dari Abu Dhabi serta seorang lelaki berusia 34 tahun dari Filipina yang terdedah dengan jangkitan dalam makmal. Gejala Kesemua empat pesakit tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara Asia Barat baru-baru ini dan tiada berhubung secara langsung dengan haiwan. Tiga daripada empat kes tersebut telah dikuarantinkan di hospital dan mereka kini dalam keadaan stabil. Di peringkat global sejak September 2012 hingga kini, WHO melaporkan sejumlah 243 kes disahkan dijangkiti MERS-CoV termasuk 93 kematian. Tanda-tanda lazim jangkitan MERS-CoV adalah penyakit pernafasan yang serius dengan demam, batuk serta sesak dan kesukaran bernafas. Kebanyakan pesakit mengalami radang paru-paru. Selain itu, ramai juga yang mempunyai gejala-gejala gastrousus termasuk cirit-birit, manakala sesetengahnya mengalami kegagalan buah pinggang. Bagi mereka yang rendah sistem pertahanan tubuh, penyakit ini mungkin menyebabkan keadaan mereka menjadi lebih teruk. Justeru, berdasarkan kepada keadaan dan maklumat semasa, WHO menggalakkan negara-negara anggota untuk meneruskan pengawasan terhadap jangkitan pernafasan akut teruk (SARS) dan seterusnya mengkaji dengan teliti jika ada sebarang perkara luar biasa. Pada masa sama, langkah-langkah kritikal dalam kawalan dan pencegahan perlu dilakukan dalam usaha mengelak kemungkinan penyebaran MERS-CoV di pusat atau kemudahan jagaan kesihatan. Pusat atau kemudahan jagaan kesihatan yang menyediakan rawatan kepada pesakit yang disyaki atau disahkan jangkitan MERS-CoV perlu mengambil langkah sesuai bagi mengurangkan risiko penyebaran virus daripada pesakit kepada pesakit lain, pegawai serta kakitangan perubatan dan pelawat. Pegawai dan kakitangan kesihatan pula perlu mendapat didikan, latihan dan kemahiran terkini dalam pencegahan serta kawalan jangkitan. Selain itu, WHO turut menasihatkan pusat-pusat kesihatan untuk terus mengekalkan kewaspadaan. Para pelawat dan pelancong yang mempunyai perjalanan dari Asia Barat harus menjalani pemeriksaan saringan MERS-CoV mengikut garis panduan pengawasan semasa. Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, pihaknya telah menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan termasuk aktiviti pengesanan mereka yang ada berhubung dengan pesakit MERS-CoV. Menurutnya, sehingga Ahad lalu, tiada kes baharu dikesan dan tiada kluster jangkitan MERS-CoV dilaporkan dari seluruh negara menjadikan jumlah kumulatif kekal sebagai satu kes kematian. "Tiada sampel yang positif jangkitan MERS-CoV daripada 79 sampel yang telah diambil daripada kontak rapat yang bergejala dan tidak bergejala. "Kesemua 17 ahli kumpulan dalam pakej umrah yang sama dengan mangsa didapati sihat dan tidak menunjukkan gejala serta disahkan negatif jangkitan MERS-CoV," katanya ketika dihubungi Kosmo!. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:23 AM PDT RASULULLAH S.A.W bersabda: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat serta dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Hadis Riwayat Abu Daud) Pada hari ini, dunia global telah menemukan pelbagai ramuan ubat dan mencipta teknologi baharu untuk membantu merawat masalah kesihatan yang dihidapi. Ubat-ubat dalam bentuk pil atau tablet menjadi antara keperluan asas setiap klinik dan hospital bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Bagaimanapun, ada ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk dan muntah, malah jika diambil untuk tempoh masa panjang ia mampu menyebabkan masalah kegagalan fungsi organ tubuh. Justeru, ingin membawa perubahan kaedah perubatan yang lebih selamat tanpa kesan sampingan, Pakar Terapi Jus atau dikenali sebagai cef diet, Na'ila Zakiyah M. Ariffin mendedahkan sejuta khasiat jus sayur-sayuran dan buah-buahan dalam Bengkel Berjus yang dianjurkan oleh Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor. Bengkel tersebut berlangsung pada 18 April lalu bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor di Shah Alam. Kira-kira 120 peserta terdiri daripada ahli Perkep, anggota polis dan penjawat awam terlibat sama dalam bengkel tersebut. Menurut Na'ila, jus antara kaedah perubatan paling baik kerana ia berbentuk cecair dan organ dalaman tidak perlu bekerja keras untuk menyerap zat-zat diperlukan badan, berbanding tablet. "Selain itu, jus juga mengandungi khasiat yang padat, membantu mengurangkan berat badan dan membantu merawat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, hati, dan buah pinggang," jelasnya ketika ditemui di bengkel berkenaan. Jus disarankan kerana mengandungi enam keperluan utama badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan zat galian serta air. Karbohidrat Ujarnya, kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengambil karbohidrat ringkas seperti roti canai dan makanan segera. Tetapi, badan lebih memerlukan karbohidrat kompleks seperti kentang dan kacang. Begitu juga jenis makanan mengandungi protein. Protein daripada sayur-sayuran lebih baik berbanding haiwan seperti daging dan ikan. Mengisi slot selama tiga jam, Na'ila berkongsi beberapa resipi jus detoks yang membantu memperbaiki tahap kesihatan untuk hati, buah pinggang dan kulit. Antara bahan-bahan diperlukan untuk jus detoksifikasi hati ialah sebiji peria katak dan separuh lemon. Dua bahan ini digandingkan bersama tanpa menambah air atau gula ke dalam jus. Bagi detoksifikasi buah pinggang, antara bahan-bahan yang diperlukan ialah sebatang timun, tiga batang daun saderi dan separuh lemon yang diperah bersama dengan kulitnya. Detoks kulit pula memerlukan sebiji lada benggala, sebatang lobak merah dan sebiji epal. Namun, Na'ila memberitahu, jus-jus tersebut perlu diperah menggunakan mesin pemerah jus khas tanpa bilah pisau. Ia bagi mengekalkan khasiat sayur-sayuran dan buahan-buahan serta jus diperah dapat tahan lebih lama. Sambil membuat demonstrasi, sampel jus turut diedarkan kepada para peserta untuk memberi gambaran mengenai rasa sebenar minuman berkhasiat itu. Rata-rata reaksi wajah peserta menggambarkan rasa pahit, manakala jus campuran timun, daun saderi dan lemon boleh ditelan dengan hanya sekali hirupan. Melawas Na'ila turut memberitahu, timun baik untuk melawas pembuangan air kecil, sementara lemon mempunyai khasiat yang dapat membantu merawat penyakit batu karang. Salah seorang peserta, Inspektor Hidayah Rosdan, 28, berkata, dia tidak menyangka beberapa bahan yang sering digunakan untuk memasak boleh dijadikan minuman berkhasiat. "Apabila menyebut jus, apa yang terlintas adalah minuman daripada buah-buahan seperti epal, oren dan nanas. Bagaimanapun, di bengkel ini saya didedahkan dengan pembuatan jus daripada sayur-sayuran. "Saya juga cuba dapatkan ramuan terbaik untuk pengurangan dan mengawal kolesterol dan diberitahu jus kekacang seperti walnut yang kaya dengan omega tiga adalah pilihan terbaik," jelasnya yang memberitahu, selain jus, senaman juga diperlukan untuk menjamin tahap kesihatan diri. Selain berkesempatan meminum jus, peserta turut diberi peluang bertanyakan beberapa soalan dan kebanyakan mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jenis penyakit yang boleh dirawat menerusi minuman tersebut. Na'ila memberitahu, antara penyakit serius yang boleh dirawat dengan meminum jus ialah sakit jantung. Bahan seperti bawang putih dan kacang walnut membantu mencairkan darah, sekali gus melancarkan peredarannya ke seluruh tubuh. Namun, mereka yang sedang mengambil rawatan pil dinasihatkan tidak mengambil jus berkenaan. Mengulas lanjut, gabungan nanas dan halia baik bagi masalah gout dan minyak zaitun boleh merawat penyakit kulit. Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren bagus untuk mata dan memperbaiki masalah rabun. Berkongsi Dalam pada itu, Pengerusi Perkep negeri Selangor, Datin Umminajah Salleh memberitahu, bengkel itu dianjurkan bagi berkongsi rahsia kesihatan dengan harga yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa pun. "Saya yakin ramai terutama ahli Perkep beranggapan hanya bahan-bahan organik yang dijual pada harga mahal mempunyai khasiat tinggi. "Bagaimanapun, tanpa disedari mereka, bahan-bahan asas masakan seperti ubi kentang, halia dan madu juga kaya dengan khasiat sebenar dan mampu memperbaiki tahap kesihatan. Malah, harganya juga jauh lebih murah," jelasnya ketika ditemui di bengkel tersebut. Katanya, bengkel tersebut merupakan anjuran pertama kali melibatkan isu kesihatan. Tambahnya, pada Hari Polis Ke-207 baru-baru ini, ujian saringan kesihatan anggota polis Daerah Sungai Buloh telah dilakukan di Hospital Sungai Buloh. Keputusan pemeriksaan mendapati sebanyak 30 peratus anggota polis disahkan menghidap diabetes, hipertensi dan sakit jantung. Ekoran itu, beliau berharap sesi pembelajaran pembuatan jus di rumah tersebut secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan anggota polis Selangor yang dilihat membimbangkan. | ||||
Posted: 25 Apr 2014 05:21 AM PDT SOALAN: Assalamualaikum Ustaz. Saya seorang lelaki yang agak berumur dan rambut saya mula dipenuhi uban. Saya seringkali mencabut uban dan isteri saya pernah menegur dan mengatakan bahawa uban tidak boleh dicabut kerana uban ialah cahaya seorang Mukmin. Katanya, ada hadis yang mengatakan sebegitu. Adakah ini bermakna haram mencabut uban? Mohon penjelasan ustaz. JAWAPAN: Hadis berkenaan mencabut uban diriwayatkan dengan pelbagai sanad. Namun yang terkuat diriwayatkan oleh 'Amr bin Syu'aib daripada bapanya daripada datuknya, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah mencabut uban kerana tidaklah seorang Muslim mendapat uban dalam Islam, melainkan (uban itu) akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti." Hadis ini terdapat dalam beberapa kitab hadis muktamad seperti Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmizi dan Sunan al-Nasaie. Mengikut riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman: "Uban ialah cahaya Mukmin. Tidaklah seseorang mendapatkan uban dalam Islam melainkan ia akan mendapat satu pahala dan diangkat satu darjat bagi setiap lembar uban itu." Hadis ini mengandungi larangan. Baginda melarang kita untuk mencabut uban sebab uban akan menjadi cahaya bagi kita di hari kiamat nanti. Namun para ulama daripada empat mazhab mentafsirkan larangan di sini bermakna makruh, bukan haram. Justeru, hukum mencabut uban makruh sahaja. Imam Malik pernah ditanya tentang hukum mencabut uban. Beliau menjawab: "Aku tidak melihatnya sebagai perkara haram. Namun, membiarkannya lebih aku sukai." Begitulah yang dinukilkan oleh karya al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa. Bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat hukumnya haram. Mereka mentafsirkan makna larangan dalam hadis ini haram. Ibn al-Rif'ah menukilkan pendapat ini daripada kitab al-Umm karya al-Syafii. Imam al-Nawawi berkata, dalam Majmuk: "Jika dikatakan haram mencabut uban kerana larangan yang sahih (daripada Nabi SAW), maka pendapat ini tidak dikira melampau. Tiada perbezaan antara mencabutnya dari rambut kepala ataupun janggut." Jika saudara meminta pandangan peribadi saya, maka saya cenderung kepada pendapat jumhur ulama. Mencabut uban hukumnya makruh sahaja, bukan haram. Uban di atas kepala menandakan paras umur kita yang semakin tua, bermakna semakin hari semakin kita menghampiri ajal. Setiap kali melihat cermin dan terlihat uban di kepala yang semakin bertambah, ia boleh menjadi pemangkin dan motivasi untuk kita mempertingkatkan amal ibadah, Insya-Allah. | ||||
Kesopanan cermin nilai diri wanita Posted: 25 Apr 2014 05:19 AM PDT TERKEJUT. Itulah rasa hati pada minggu-minggu pertama melihat budaya wanita di bandar raya Rasulullah SAW. Di sana sini wanitanya berkelubung hitam dengan hanya menampakkan sepasang mata. Benar, kami hadir dari daerah berbeza. Ia pemandangan terlalu asing. Malah, ia ternyata luar biasa. Kelubung hitam menjadi pelindung diri. Menutup identiti. Kami mengintai-intai untuk melihat raut wajah mereka. Kami melihat kaum lelaki tidak berani melemparkan usikan. Ia nampak jelas. Sungguh, kami teruja mahu mengetahui siapakah gerangan di dalamnya. Ia ibarat kisah misteri. Hati tertanya, duhai wanita berkelubung hitam... apakah tidak rimas menyaluti dirimu sebegitu rupa? Kami kehairanan kerana tidak melihat wanita berkelubung hitam ini berada di pasar basah membeli sayur, daging atau ayam. Kami tidak melihat mereka kesibukan menghantar atau menjemput anak-anak sekolah. Jarang melihat mereka bersimpang-siur di sisir jalan. Ke mana mereka? Allah ya Allah... beginikah kehidupan wanita jati Madinah? Akhirnya, Allah SWT memberi jawapan terus ke hati apabila diterima bekerja di kolej wanita di universiti tempatan. Saya bertanya dan memerhati. Rupa-rupanya hampir keseluruhan urusan luar dilakukan oleh kaum lelaki. Misalnya, pemandu lelaki dibenarkan menghantar dan mengambil kaum wanita setakat di pintu pagar besar. Namun, saya terperanjat lagi. Di dalam kampus wanita ini nyata amat berbeza. Di balik tembok tinggi ini segala urusan dalaman dilakukan oleh kaum wanita. Subhanallah...sungguh, saya tidak percaya dengan apa yang dilihat mata. Kesemua siswi, staf pentadbiran dan pensyarah menyalin kelubung hitam yang melindungi tubuh badan mereka. Mereka yang terdiri daripada pegawai keselamatan, pembantu makmal sehinggalah juruteknik memakai uniform. Lalu, terserlah kecantikan diri mereka. Terpamer identiti diri. Subhanallah...saya terpegun dengan keindahan kaum sejenis. Dunia nyata berbeza. Mata terpandang wajah manis siswi muda remaja di sebalik niqap yang ditanggalkan. Saya melihat wanita bekerjaya ranggi anggun bergaya. Terpandang wajah dedikasi dalam uniform. Ia terbuka dan terdedah di sini. Ia terkatup kemas di luar sana. Lalu ada sesuatu menyentap jiwa, 'mereka kelihatan terkawal dengan perisai kesopanan bersama pelindung diri'. Indah Benar, saya hadir dari daerah berbeza. Hati masih degil dan bertanya lagi, duhai wanita berkelubung hitam... apakah tidak rimas menyaluti dirimu sebegitu rupa? Namun, ia tidak perlu menunggu lama mencari jawapan. Ketika membaca terjemahan al-Quran saya dinyatakan betapa pakaian wanita Islam adalah pelindung diri. Dirimu wanita umpama perhiasan cantik tersimpan di dalam bungkusan. Terjaga rapi. Tidak terdedah dengan pencemaran. Begitulah. Hampir setahun kami lali dengan suasana berbeza ini. Ia jadi biasa. Lalu bila pulang bercuti ke tanah air terasa benar berbeza. Kami terasa asing di dunia yang dulunya tidak begitu. Sungguh, saya tidak percaya dengan apa yang dilihat mata. Dulu ia sesuatu yang biasa tetapi kini menjadi pelik dan penuh tanda tanya. Kami sukar meneka status agama apabila bertembung dengan wanita yang bersimpang-siur di sisir jalan. Mereka bebas berjalan dengan jelas menampakkan pakaian dalam. Malah ada yang berani berskirt denim singkat dengan betis dan paha terdedah. Rambut panjang dibiarkan mengerbang ditiup angin terminal KLIA. Ada yang bercampur aduk berwarna hitam di pangkal kepala, di hujungnya pula merah keperangan. Lalu hati bertanya, 'duhai wanita yang mendedahkan diri... apakah yang ada dalam fikiran dan perasaanmu sehingga sanggup berkeadaan begitu?' Diam-diam saya membuat analogi sendiri. Bukankah dirimu umpama perhiasan indah diciptakan Allah? Andaikan kamu dilamar pembeli berpotensi, bagaimanakah mahu dipamerkan? Apakah ia mahu dipersembah dengan kertas cantik berbungkus atau dibiarkan terdedah? Andai kata kamu menerima hadiah, bukankah lebih berharga jika ia cantik berbungkus serta bereben di dalam kotak? Sopan Jika kita mahu membeli makanan, yang mana satukah yang menjadi pilihan antara makanan terhidang terdedah dihinggapi lalat serta habuk berterbangan atau yang bertutup berbungkus rapi? Mala, dari kejauhan saya terasa sukar untuk membezakan status diri apabila ada menyarung pakaian seumpama kaum lelaki. Tambahan pula apabila rambut sudah didandan pendek. Sependek-pendeknya. Ketawa berdekah dan bersuara lantang. Selantang-lantangnya. Duhai wanita yang mendedahkan diri...apakah yang ada dalam fikiran dan perasaanmu sehingga sanggup berkeadaan begitu? Jagalah kesopananmu dengan cara pemakaianmu. Perlukah wanita menjadi lelaki apabila mahu bersaing dengan lelaki? Apakah yang mahu diperjuangkan di muka bumi ini? Jagalah kesopananmu dengan cara penampilanmu. Pakailah pakaian yang melindungi dirimu. Biar ia menjadi benteng agamamu. Tahukah kamu duhai wanita...nilai dirimu terletak kepada sifat malu yang menjadi fitrah wanita diciptakan. Tahukah kamu duhai wanita...nilai dirimu terletak pada kesopanan pembawaan diri, akhlak yang mulia dengan tutur kata berbudi bahasa. Kita tidak perlu menjadi wanita Arab. Memadailah kita menjadi wanita Islam yang mengikut perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Jumpa lagi minggu hadapan. Salam sayang dari Madinah al-Munawarah. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan