RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Almy Nadia Menangis Sepanjang Majlis Pernikahan

Posted: 26 Apr 2014 08:23 PM PDT


trh5
Almy Nadia (kanan) menitiskan air mata ketika sah menjadi isteri Fizz Fairuz.
PETALING JAYA: Aktres Almy Nadia mengakui terlalu gemuruh sehingga menitiskan air mata sepanjang berlangsungnya majlis pernikahannya bersama aktor Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia berasa risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya bersama Fizz, 35, sebelum ini.

"Alhamdulillah, kami sangat lega dan gembira akhirnya disatukan bersama. Sukar untuk saya ekspresikan bagaimana rasa perasaan itu.

"Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, saya tidak henti-henti menangis. Risau dengan segala kemungkinan yang terjadi," katanya kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Sabtu.
Fizz Fairuz akhirnya disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz.


Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz pada Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran  RM20,000.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, berusia lima tahun.

Beritahu Almy, buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja lakonan.

"Kami tak rancang apa-apa pun, rancang kahwin sahaja. Yang lain-lain tak terfikir pun sebab Isnin ini Fizz akan sibuk di lokasi penggambaran.

"Yang penting kami dah kahwin. Jadi tiada lagi soalan daripada media mahu pun sesiapa sahaja iaitu bila nak kahwin?" selorohnya.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

Akim mengakui cintai Stacy

Posted: 26 Apr 2014 08:21 PM PDT


AKIM membuktikan kematangannya selepas dia mengaku menjalin hubungan serius dengan Stacy sejak lima tahun lalu.


"YA. Saya gembira mengakui bahawa Stacy ialah wanita yang bertakhta dalam hati saya sejak lima tahun lalu dan saya serius dengan hubungan cinta kami." Akim berkata demikian tanpa mahu berselindung lagi tatkala ditanya hubungannya bersama rakan artis Stacy, yang selama ini sering dijadikan bahan publisiti.
Barangkali sudah bosan cuba menutup perhubungan yang sudah lama dihidu ramai itu, Akim membuktikan kematangannya yang sedia bertanggungjawab di atas setiap kenyataan yang dikeluarkan.
Pengakuan Akim sekali gus menghapuskan teka-teki peminat yang keliru dengan perhubungannya bersama Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam selama ini. Umum juga tahu, walaupun sama-sama lahir dari pentas Akademi Fantasia, sama muda dan sama popular, Akim dan Stacy mengambil cabaran besar apabila mereka serius mahu menyatu jiwa walaupun jauh berbeza keturunan dan agama.
"Saya bukan mahu sangat berahsia atau takut untuk memberitahu umum tetapi bercakap mengenai soal percintaan yang berlainan agama merupakan isu sensitif.
"Saya dan Stacy enggan melihat kedua-dua ibu bapa kami terluka apabila mengetahui perkara ini. Kami perlukan masa yang sesuai untuk mereka memahami perkara yang sebenar supaya tidak salah anggap," kata Akim ketika dihubungi Sensasi Bintang.
Stacy yang popular dengan lagu Bosan juga pernah mengakui mindanya semakin terbuka tentang Islam namun, untuk bercerita tentang keseriusan menukar agama dan berkahwin, dia juga sedar masih terlalu awal perkara sensitif itu dibawa masuk mengisi publisiti.
Stacy kini masih menganut agama Kristian, namun itu bukan penghalang untuk Akim membawa hubungan mereka berdua ke fasa yang lebih serius.
Kata Akim, dia tidak kisah tentang status agama seseorang itu kerana Islam tidak pernah menghalang berkawan dengan insan berlainan agama.
"Saya tidak kisah kerana Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin seseorang daripada agama berlainan asalkan pasangan masing-masing memeluk agama Islam terlebih dahulu.
"Namun, jodoh dan pertemuan itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dengan Stacy. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kami akan dipertemukan jodoh dan mendapat restu daripada keluarga," jelas Akim yang begitu tertarik dengan sifat penyayang yang dimiliki Stacy.
Mengulas mengenai sifat penyayang ibu angkat kepada Bella De Luna Velentine itu, Akim memberitahu sifat itulah yang membuatkan dia semakin jatuh cinta terhadap Stacy.
"Karakter penyayang yang dimiliki Stacy menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia. Dia juga memiliki keperibadian yang baik dan sanggup bersabar sepanjang tempoh perhubungan kami. Itu yang menjadikan dia begitu istimewa di hati saya," jelas Akim belum menetapkan sebarang tempoh untuk menamatkan zaman bujang bersama Stacy.
Bercakap tentang perkembangan nyanyiannya, Akim baru sahaja merakamkan single berjudul Mewangi. Selain itu, dia juga sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
"Saya baru sahaja masuk studio untuk merakamkan sebuah lagu baharu. Insya-Allah akhir tahun ini saya bakal melancarkan album terbaharu saya.
"Malah, saya juga sibuk dengan penggambaran drama bersiri OMG dan Kampung Girl Raya yang bakal ditayangkan di TV3," katanya yang semakin aktif menceburi bidang lakonan.


Hampir terpijak ular sawa

Posted: 26 Apr 2014 08:18 PM PDT


  • Hampir terpijak ular sawaUlar sawa yang berjaya ditangkap anggota bomba dan penyelamat, kelmarin.

JASIN - Hasrat seorang pemuda mahu memadam kebakaran di kebun kelapa sawit miliknya di Kampung Paya Tanjung, dekat sini terbantut apabila dia hampir terpijak seekor ular sawa sepanjang kira-kira 8 meter, petang kelmarin.

Reduan Ahmad, 44, berkata, lelaki yang dikenali sebagai Ijoi memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak menyangka benda yang bergerak-gerak di sebelah kakinya itu rupa-rupanya seekor ular sawa seberat 120 kilogram.

Menurutnya, dia bersama seorang lagi rakannya ke lokasi berkenaan dan berusaha menarik ular sawa ke tempat lebih selamat kerana bimbang reptilia itu melarikan diri, sebelum menghubungi bomba dan penyelamat.

"Reptilia itu berada di kawasan kebun getah kerana ingin menyelamatkan diri dari kebakaran di kebun kepala sawit berhampiran.

"Belum pernah kami melihat ular sebesar itu sehingga kami terpaksa menggunakan enam orang untuk menarik dan mengikat reptilia itu sementara menunggu pihak bomba datang," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Operasi yang juga Pegawai Kanan Bomba II Balai Bomba Merlimau, Yahya Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 7.22 petang sebelum dua orang anggota bomba menaiki pacuan empat roda bergegas ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan saiz reptilia itu sangat besar, sebuah jentera dengan kekuatan empat anggota terpaksa dikerah ke tempat kejadian dan berjaya menjinak serta menangkap ular sawa tersebut dalam tempoh 10 minit.

"Ketika operasi dilakukan reptilia itu tidak terlalu agresif dan tiada masalah untuk pihak kami menangkapnya dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan atau Zoo Melaka dalam masa terdekat ini," katanya.

Nekad peluk Islam

Posted: 26 Apr 2014 08:14 PM PDT


  • Nekad peluk IslamSiti Aiyah dan Erika sentiasa mendapat nasihat dan bertemu rakan-rakan di Hidayah Centre.

KETIKA masyarakat bukan Islam ditakutkan dengan pelbagai dakyah yang kononnya Islam menyusahkan dan dianggap pengganas oleh kumpulan atau individu tertentu namun dua insan ini nekad memeluk Islam kerana Nur kurniaan ALLAH sudah berada dalam jiwa mereka.

Mereka mengakui,  tidak sukar  memeluk Islam kerana ramai yang bersedia membantu namun ujian ALLAH tetap ada untuk menguji sejauh mana kesetiaan umatnya sebelum pahala berganda diterima akhirnya.

Dalam pertemuan bersama Sinar Harian, Siti Aisyah Tan Abdullah, 35 dan Erika Abdullah, 35, tidak putus-putus mengucap syukur kerana diberi Hidayah biarpun dimarahi rakan dan keluarga.

Namun itu semua hanya permulaan kerana mereka mungkin tersalah anggap bahawa Siti Aisyah dan Erika akan terus melupakan rakan-rakan dan keluarga tetapi hakikatnya seperti ajaran Islam, silaturrahim itu umpama 'tali' penyambung ke syurga.

Tidak pernah lupa keluarga

Mereka tidak pernah melupakan keluarga dan berhubung rapat biarpun kini sudah menganut Islam.

Siti Aisyah atau nama asalnya, Tan Lay Kun memeluk Islam kerana hatinya terpaut  dengan sikap individu Muslim yang lemah lembut, wanita Islam yang tidak mendedahkan aurat,  solat dan paling disenanginya ialah Muslim yang sentiasa menjaga kebersihan.

Katanya, tiada orang lain yang mengajaknya memeluk Islam tetapi mungkin hidayahNya sampai, dia mengucap Kalimah Syahadah pada usia 22 tahun ketika bekerja sebagai  promoter di sebuah pasaraya di Negeri Sembilan.

"Saya cukup tertarik dengan seorang rakan yang menyewa sebilik dengan saya. Dia sangat pembersih dan menutup aurat selain sentiasa berpakaian kemas," katanya yang tinggal bersama enam lagi rakan lain di rumah sewa ketika itu.
Aisyah berkata, keluarganya tidak menentang hasratnya tetapi banyak memberi nasihat supaya tidak meninggalkan agama asal dan berkali-kali memberitahunya supaya tidak menyesal dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, dugaan ALLAH tiba selepas Aisyah berkahwin dan mendapat dua cahaya mata tetapi atas kesedaran itu, dia perlu kuat untuk meneruskan hidup.

"Ibu mertua menolak saya dalam keluarganya sebelum saya dan suami berpisah selepas empat tahun berkahwin dengan dua anak ditinggalkan tanpa sebarang perkhabaran dan nafkah," katanya.

Justeru, Aisyah berhijrah ke Kuantan dan meneruskan hidup sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya di Jalan Gambang dan atas dasar keyakinannya pada rezeki ALLAH, dia menguatkan semangat dan membesarkan anak-anak supaya menjadi Muslim sejati dengan pendidikan terbaik.

Rakan penguat semangat

Aisyah juga bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan dari Hidayah Centre yang banyak memberi tunjuk ajar supaya dia tidak menoleh ke belakang dan meneruskan kehidupannya sebagai Muslim.

Rakannya yang ditemui di Hidayah Centre, Erika pula tidak menafikan tertarik dengan Islam selepas melihat contoh murni masyarakat Islam yang bertutur dengan baik, memberi salam dan paling menarik perhatiannya ialah mencium tangan ketika bersalam.

Erika jujur memberitahu, dia pada mulanya tidak suka mendengar azan yang dirasakan menakutkan tetapi  enggan menceritakan kepada sesiapa.

Bagaimanapun, ketika menyewa bersama keluarga atas dasar tugas, Erika sekali lagi tertarik dengan amalan mereka.

"Mereka berpuasa dan saya segan untuk makan dan keluarga itu sangat menjaga adab sopan menyebabkan hati saya mahu mendalami lebih banyak mengenai agama ini," katanya.

Alami mimpi aneh

Katanya, hidayah ALLAH tiada siapa yang tahu sehingga dia bermimpi ada seorang wanita yang berpakaian hitam di kaki dan ingin mengganggunya namun pada masa sama ada wanita berpakaian putih berdiri di bahagian kepalanya.

"ALLAH benar-benar melembutkan hati  saya untuk mempelajari Islam. Saya menghubungi seorang rakan dan memberitahunya untuk belajar mengaji al-Quran," katanya.

Katanya, cabaran selepas memeluk Islam tetap ada kerana percaya ALLAH menguji hambaNya kerana sayang pada mereka.

"Dugaan besar saya selepas saya memakai  tudung. Keluarga tidak suka sama sekali dan menuduh saya fanatik Islam sehingga sanggup mengenakan tudung yang dilihat sebagai pengganas. Ketika itu mereka tidak faham tetapi kini semuanya sudah berlalu dan kami akan sentiasa berhubung," katanya.

Erika juga bertuah kerana  perkahwinannya dengan kakitangan kerajaan diterima baik keluarga lelaki itu dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun.

Cinta Instagram Nina Iskandar

Posted: 26 Apr 2014 08:08 PM PDT


NINA ISKANDAR tekad melupakan pelajaran semata-mata mahu bergelar pelakon sepenuh masa.


PENDATANG baharu, Nina Iskandar juga mahu menjadi bunga yang mekar dalam industri seni apabila dia nekad berhijrah melebarkan sayap di Malaysia.
Percubaan pucuk muda dari Bandar Seri Begawan, Brunei itu bagaiamanapun harus melalui episod panas. Belum lagi kerjaya lakonannya mencuri perhatian, namun sensasi cintanya meluru menjaja namanya.
Mula-mula dibakar gosip cinta bersama anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Muhammad Adib, Nina kemudiannya memperjudikan populariti apabila mendedahkan kekasih terbaharunya, Ahmad Heikal, 30.
Pelakon filem Muka Surat Cinta dan Lu Gua Bro itu membuat kejutan apabila nekad mengambil keputusan untuk bertunang dengan kekasihnya, Ahmad Heikal yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Tambah Nina, dia juga tidak kisah untuk berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga kelak. Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Instagram sejak November tahun lalu sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan.
"Sebenarnya isu Heikal melarang saya untuk berlakon sebaik kami mendirikan rumah tangga hanya satu salah faham. Perkara tersebut sebenarnya boleh dibawa berbincang.
"Malah, saya bukan akan berkahwin dalam masa terdekat. Tetapi dalam kehidupan ini saya perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan kerana setelah saya berkahwin syurga isteri itu terletak di bawah tapak kaki suami," lenturnya memulakan mukadimah.
Menambah nilai sensasi, kekasihnya itu dikatakan pernah mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Hanis Zalikha dan Yana Samsudin suatu dahulu. Nina ternyata tidak melatah ketika ditebak gosip tersebut.
"Ya. Saya tahu perkara tersebut. Sepanjang perkenalan kami yang belum mencecah setahun ini kami sentiasa bersikap jujur. Tidak ada apa yang dirahsiakan antara kami.
"Saya percaya bahawa setiap insan pasti ada masa silamnya. Malah, dia juga tahu tentang gosip saya dahulu. Disebabkan itu juga, kami masih kekal sehingga sekarang kerana kami mengamalkan sikap percaya antara satu sama lain.
"Insya-Allah, kami akan bertunang pada bulan Ogos ini. Walaupun masih baharu dalam industri seni tapi saya berasakan itu semua sudah takdir dan rezeki yang sudah tertulis buat diri saya," tuturnya.
Permulaan karier
Bercerita mengenai permulaan karier Nina di negara ini. Dia mengakui disunting oleh penerbit terkenal, David Teo, juga menerusi laman sosial Instagram.
Selepas menghantar portfolio ke syarikat Metrowealth International Group (MIG) dan dipanggil untuk sesi uji bakat. Akhirnya pemilik nama sebenar Nur Akmalina Iskandar itu ditawarkan menjadi artis di bawah naungan syarikat produksi MIG selama lima tahun.
"Siapa sangka nasihat daripada seorang sahabat dari Malaysia yang memperkenalkan syarikat produksi MIG telah membuka rezeki dan peluang kepada saya untuk menjadi pelakon.
"Biarpun di Brunei saya sudah bergelar pelakon sejak 2011 tetapi di sana kerjaya lakonan itu dianggap sebagai hobi atau kerjaya sambilan sahaja," jelas Nina yang mempunyai pengalaman bergelar pelakon drama di Brunei.
NINA ISKANDAR kini bernaung di bawah syarikat MIG selama lima tahun. Terbaharu Nina muncul dalam filem Sniper yang sedang ditayangkan di pawagam sejak 24 April lalu.


Malaysia Hollywood Asia
Tambah wanita genit berumur 23 tahun itu, disebabkan tawaran yang diberikan oleh MIG dia tekad melupakan soal pelajaran semata-mata mahu mengejar cita-cita yang diimpikan sejak di bangku sekolah.
"Ketika melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan perniagaan saya tekad untuk mengejar impian bergelar pelakon yang disegani dan berbakat.
"Bagi saya pelajaran itu tiada had umur. Saya boleh menuntut ilmu bila-bila masa sahaja tetapi buat masa sekarang tumpuan saya lebih terarah kepada dunia lakonan," katanya yang pernah mendapat tawaran biasiswa itu.
Tambah Nina: "Dalam kehidupan ini kita wajar mengikut kehendak hati kerana mengapa perlu memaksa diri untuk belajar sedangkan misi utama mahu menjadi pelakon. Malah, peluang yang diberikan itu hanya datang sekali dalam hidup".
Mengulas mengenai kerjaya dalam industri seni, kata Nina, kerjaya seni lakonan di Malaysia jauh berkembang jika mahu dibandingkan di negaranya.
"Apabila saya bekerja dengan syarikat produksi di Malaysia, perkara pertama saya lihat ialah cara mereka bekerja. Saya begitu kagum kerana mereka begitu serius dalam bidang seni.
"Di Brunei hanya 10 peratus sahaja yang berminat dengan dunia hiburan manakala selebihnya akan fokus dengan pelajaran," katanya.
Tambahnya lagi, Nina beranggapan Malaysia tidak ubah seperti Hollywood Asia. Buktinya banyak filem yang dihasilkan serta industri perfileman di Malaysia juga semakin maju.
Kikis rasa malu
"Saya berminat menyertai dunia lakonan di Malaysia kerana saya fikir Malaysia seperti Hollywood Asia. Peluang untuk memasuki dunia lakonan itu begitu luas dan mampu menjadi profesion yang serius.
"Selain itu, saya juga membawa nama saya dari Brunei ke Malaysia sebagai salah satu platform untuk mengembangkan bakat lakonan saya," tutur Nina yang gemar menonton filem Bollywood.
Mengaku masih kaku dan banyak teknik lakonan yang perlu diperbaiki, Nina menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian dalam dunia teater.
"Saya akui kali pertama berlakon di sini saya agak kaku. Namun, saya ada terfikir untuk menyertai sesi latihan teater untuk memperbaiki mutu lakonan saya untuk masa akan datang.
"Bagaimanapun untuk drama bersiri Jika Itu Takdirku, saya menerima maklum balas yang positif daripada penonton. Sedikit sebanyak komen tersebut memberikan saya keyakinan dan motivasi untuk memberikan persembahan yang terbaik selepas ini," katanya.
Sementara itu, sifat pemalu dan pendiam ketika sesi penggambaran filem mahupun drama yang dibintangi merupakan satu masalah besar yang sedang dihadapinya.
"Kadangkala saya cuba menepis dakwaan apabila dikatakan pemalu dan pendiam. Apabila mempunyai waktu rehat saya banyak bercakap dengan kru produksi supaya tanggapan mereka terhadap diri saya sebenarnya salah.
"Malah, saya juga banyak memperoleh ilmu ketika sesi penggambaran kerana saya mahu menjadi seorang pelakon yang disegani dan diterima oleh peminat," katanya.
Terbaharu Nina muncul dalam filem arahan Piere Andre, Sniper yang sedang ditayangkan di pawagam sejak 24 April lalu. Akan datang, Nina juga bakal muncul dengan sebuah lagi filem terbitan MIG berjudul Pengantin Malam.


Introduksi ganas samseng Niezam Zaidi

Posted: 26 Apr 2014 08:07 PM PDT


NIEZAM mengakui selesa membawakan watak-watak ganas dan samseng kerana beranggapan bersesuaian dengan karakter dirinya yang boleh dianggap seorang yang lasak.


BENAR kata bidalan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Disulam pula dengan daya iltizam yang tinggi, sudah pasti membuatkan apa yang ingin dikecapi menjadi realiti.
Begitu juga dengan apa yang dilalui oleh pelakon, Niezam Zaidi. Impian untuk menguak pintu seni lakonan tidak pernah padam dalam diri anak kelahiran Ipoh, Perak itu.
Buktinya, sejak berhijrah ke ibu kota pada tahun 2009, anak ketiga daripada empat beradik itu kerap mencuba nasib menghadiri uji bakat untuk menjadi seorang pelakon.
"Saya memang minat nak jadi pelakon sejak zaman sekolah lagi. Jadi, apabila saya datang ke Kuala Lumpur, saya banyak pergi mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat.
"Biarpun ketika itu rezeki masih belum berpihak kepada saya, tapi saya tetap teruskan mencuba," tuturnya yang pernah berkerja sebagai juruwang di salah sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Nyata, usaha anak muda yang kini menginjak usia 22 tahun itu tidak sia-sia, apabila dia kemudian mendapat tawaran untuk mengikuti kursus lakonan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selama lapan minggu.
Bermula daripada situ, peluang si empunya nama sebenar Muhamad Niezam Mohd. Zaidi itu untuk melangkah masuk dalam industri hiburan semakin terbuka.
"Sewaktu saya masih dalam kursus lagi, saya ditawarkan untuk berlakon dalam video klip lagu berjudul Pedoman nyanyian Nora," ceritanya yang kemudian ditawarkan untuk menjadi artis di bawah MIG Production selepas tamat kursus.
Apa yang pasti, bakat yang ada pada anak muda itu terbukti apabila dia diberi peranan memegang watak utama dalam filem Budak Pailang arahan Hashim Rejab.
Bertitik tolak dari situ, sayap yang cuba dilebarkan Niezam semakin meluas apabila kini portfolionya sudah tertulis kemas hasil kerjanya sama ada menerusi drama mahupun filem.
Bagi Niezam sendiri, dia mengakui tempoh tiga tahun bertapak dalam dunia lakonan masih banyak yang perlu dipelajarinya.
"Saya masih lagi baharu dalam lakonan. Banyak lagi perkara yang saya perlu belajar.
"Setakat ini, saya bersyukur apabila banyak diberi tunjuk ajar oleh pelakon-pelakon yang jauh lebih berpengalaman untuk membawakan sesuatu watak itu," ujar pelakon yang pernah membintangi filem Longkai itu.
Kongsi Niezam, selain berlakon, dia juga suka mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir sewaktu berada di lokasi penggambaran.
"Apabila di set penggambaran saya suka belajar mengenai kamera, pencahayaan dan kerja-kerja teknikal di belakang tabir daripada krew produksi.
"Saya memang minat untuk belajar dan ambil tahu cara bagaimana untuk mengendalikan sesuatu penggambaran," tutur pelakon filem Highland Tower itu.
Menyentuh mengenai wataknya dalam lakonan, Niezam memberitahu dia sering diberikan peranan membawakan watak antagonis.
"Kalau melihat pada lakonan saya, saya banyak bawa watak-watak ganas yang banyak melibatkan babak-babak bergaduh dan pukul," katanya.
Sungguh pun begitu, ujar Niezam dia mengakui selesa dan suka untuk menjayakan karakter sedemikian.
"Saya memang suka kalau disuruh bawa babak-babak bergaduh, mungkin watak seperti itu bersesuaian dengan diri saya berbanding watak romantik," katanya yang mengagumi lakonan pelakon Sofi Jikan.
Biarpun begitu, pelakon drama Dewi Lasak itu memberitahu dia sebenarnya mengimpikan untuk membawakan watak seorang lelaki cacat.
"Saya sebenarnya teringin sangat nak melakonkan watak lelaki cacat. Ini kerana, bagi saya, ia merupakan satu watak yang mencabar apabila perlu menjadi dan menjiwai jiwa seseorang yang fizikalnya tidak sama seperti insan normal," katanya menutup bicara.


Halim sedang mengenali, Adibah tertutup hati

Posted: 26 Apr 2014 08:06 PM PDT


HALIM dan Adibah kini serasi bersama bergelar penyampai radio Suria FM menerusi segmen Ceria Pagi Suria yang bersiaran seawal 5 pagi.


MELEWATI usia 40-an, kedua-dua figura seni tanah air ini dilihat masih aktif dalam landasan karier seni masing-masing. Satu persamaan yang jelas, pengacara serasi penyampai radio Suria FM menerusi segmen Ceria Pagi Suria itu dilihat masih belum mendirikan rumah tangga.
Biarpun Halim Othman, 49, dan Adibah Noor, 44, belum dipertemukan jodoh, namun pasangan yang mula bersiaran seawal pukul 5 pagi itu ternyata tidak berniat untuk menjadi begitu selektif dalam memilih pasangan hidup.
Kata Adibah, setelah lima kali gagal dalam percintaan, perasaan untuk mencari dan memiliki teman lelaki semakin pudar. Biarlah dirinya bercinta dengan karier yang sedang dinikmati. Sementara itu, Halim didakwa menjalin hubungan bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Dania Danisha pada tahun lalu.
Pertemuan bersama Halim dan Adibah di Suria FM baru-baru ini menerbitkan peluang kisah peribadi dibawa berkongsi. Sekian lama pasangan penyampai itu hanya berbicara soal karier, kali ini pintu hati mereka terbuka mahu berkongsi ruang eksklusif yang selama ini terkunci daripada tatapan umum.
Dalam suasana yang santai dan tenang, Halim dan Adibah tidak pula melenting ataupun mengelak untuk bercerita tentang kisah peribadi mereka. Masing-masing berkongsi cerita tentang jodoh yang masih menjadi rahsia Tuhan.
Adakah kalian seorang yang memilih pasangan hidup?
HALIM OTHMAN (H): Saya tidak memilih pasangan hidup tetapi apabila usia saya menjangkau 50 tahun ini, semestinya saya sudah mengatur perjalanan hidup saya. Setiap rutin dalam kehidupan telah saya susun. Biarpun menjalani kehidupan yang tidak lengkap tetapi saya sudah bersedia untuk mengharunginya. Takkan saya mahu memilih wanita yang akan membuat hidup saya kucar-kacir hanya untuk mengisi kekosongan di hati.
ADIBAH NOOR (A): Selepas lima kali kecewa akibat putus cinta saya jadi semakin takut untuk jatuh hati pada seseorang. Malah, kali terakhir saya putus cinta ialah pada tahun 2003 sewaktu karier saya sedang berkembang. Sejak itu saya jadi fobia untuk bercinta kerana bimbang mengapa sewaktu saya tidak dikenali dulu tiada yang suka.
Adakah kerjaya sebagai anak seni ini membantutkan kalian menemui kekasih hati?
H: Tidak. Sedangkan penyanyi terkenal Hollywood seperti Barbra Streisand juga berkahwin ketika usianya mencecah 50 tahun. Sebenarnya saya begitu mencintai dunia penyiaran radio. Buktinya sebanyak 50 peratus tenaga dan jiwa saya berikan ketika bergelar penyampai radio. Oleh itu, seseorang yang bakal hadir dalam hidup saya perlu mengikut waktu yang telah saya tetapkan.
A: Tidak. Sejujurnya saya boleh mencari pasangan hidup bila-bila masa sahaja tetapi disebabkan saya menutup pintu hati untuk menerima orang baharu menyebabkan saya masih solo sehingga sekarang. Apabila tiba masanya nanti pasti saya akan membuka ruang untuk diisi dalam kotak hati.
Apakah ciri-ciri teman wanita atau lelaki yang kalian impikan?
H: Pertama sekali saya mencari cinta selamanya. Wanita tersebut haruslah selesa apabila bersama dengan saya. Kehadirannya juga perlu mengikut masa yang telah saya aturkan ketika bergelar solo dulu. Perkara yang paling penting ialah memahami dan menerima diri saya seadanya.
A: Saya impikan untuk memiliki seorang lelaki yang manja dan suka dimanjai tetapi dalam masa yang sama dia mestilah tegas. Selain itu, lelaki tersebut perlu memimpin saya ke jalan yang lurus dan diredhai. Dia juga mestilah seorang matang dan mempunyai ilmu pengetahuan.
Setakat ini adakah kalian sudah menemui pilihan hati?
H: Saya jangka akan menamatkan zaman bujang pada usia 50 tahun, sama seperti sewaktu bapa saya mendapatkan saya. Sejujurnya saya sedang mengenali seorang wanita yang berusia 30-an. Dia wanita yang bujang dan mempunyai kerjaya.
A: Ya. Kini saya sedang bercinta dengan seorang lelaki bernama Ariff Zulkarnain (berseloroh). Lelaki tersebut ialah kerjaya saya. Jodoh bukan sahaja dengan lelaki yang bergelar suami, tetapi jodoh itu boleh berlaku dengan sahabat yang sanggup hidup bersama-sama dengan kita.
Pernahkah kalian berasa malu atau cemburu apabila melihat rakan-rakan sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata?
H: Tidak. Saya tidak pernah membandingkan diri saya dengan orang lain kerana setiap orang ada perjalanan dan skrip yang berbeza. Tidak adil rasanya untuk saya menyamakan diri saya dengan mereka kerana kami lahir di tempat yang berbeza serta melalui pengalaman yang tidak sama.
A: Tidak. Sebenarnya ramai rakan saya yang berkahwin selepas habis zaman universiti lagi. Apabila saya melihat kehidupan mereka 20 tahun yang lalu, tidak timbul perasaan cemburu kerana keintiman mereka sebagai suami isteri tidak sama seperti pada awal percintaan mereka. Perjalanan hidup mereka hanya disemarakkan oleh kehadiran cahaya mata. Namun, tidak dinafikan sewaktu mereka bercinta terdetik rasa cemburu. Malah, perasaan untuk saya berkeluarga telah pun lenyap pada umur saya 35 tahun. Kini saya hanya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya sebagai anak seni.


Estranged kesegaran pendengar luar negara

Posted: 26 Apr 2014 08:03 PM PDT


ESTRANGED bertuah kerana sepanjang jelajah di Jepun, mereka banyak bergerak bersama kumpulan yang popular di Jepun, Dazedgarden yang bukan sahaja menjadi rakan pemuzik bahkan pemandu pelancong sepanjang 10 hari mereka di sana.


BENARLAH Jepun itu negara matahari terbit. Sekembalinya dari negara Sakura itu, Estranged seperti kembali mekar dengan semangat yang berkobar-kobar.
"Kami bawa pulang kenangan yang cukup berharga. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, hati kami terasa tidak mahu kembali dan sebaliknya meneruskan lagi persembahan di sana," getus si vokalis Estranged, Rich ketika diajak berkongsi ekspresi selepas 10 hari menjelajah tiga buah kota besar di Jepun.
Perjalanan yang bermula dari 12 hingga 21 April yang dimulai dengan Tokyo kemudian Osaka, Nagoya dan kembali semula ke Jepun itu ternyata cukup bernilai. Lebih berharga daripada wang ringgit yang diterima oleh mereka.

GIG terakhir di Tokyo bersama Reona, vokalis Jepun, Dazedgarden (dua dari kanan).


"Ini bukan kali pertama kami keluar negara. Sebelum ini Estranged pernah buat siri gig jelajah Taiwan dan Indonesia. Tetapi impak dan kehangatan suasana gig paling hebat kami dapat rasakan di Jepun. Di Indonesia, suasana gig macam konsert raksasa ada beribu-ribu penonton, jadi kedekatan itu kurang. Macam di Jepun, penontonnya memang macam dalam suasana gig, muzik dan penonton lebih dekat.
"Paling utama, pasukan produksi dan band yang membuat persembahan juga sangat profesional," kata Rich mewakili anggota kumpulannya yang lain, Din, Hanafi dan Andy.
Antara kenangan manis yang dicipta di sepanjang jelajah Jepun termasuklah peluang untuk membina persahabatan baharu dengan para pemuzik dan penonton di Jepun. Selain itu, Estranged berasa gembira apabila melihat beberapa penonton yang sama di acara gig yang berlainan di Tokyo.
"Mula-mula kami buat persembahan Tokyo, kemudian ke Osaka, Nagoya dan apabila kami kembali ke Tokyo, kami dapat lihat ada penonton yang sudah tengok kami di Tokyo datang untuk tengok kami lagi. Ada juga kumpulan pelajar dari Malaysia. Salah seorang yang saya boleh ingat namanya ialah Syamsul, dia pelajar Malaysia yang sedang buat ijazah kedoktoran di sana," kata Rich yang kagum terhadap penganjur dalam mengendali lima acara gig yang disertainya.

ESTRANGED bergambar bersama pemain drum profesional, Funky Sueyoshi (empat dari kiri). Beliau yang telah mengundang Estranged untuk membuat persembahan tambahan di acara gignya bersama Minoru Niihara (Loudness).


Sistem cekap
Menurut Rich, setiap penganjur gig di tiga buah kota itu menggunakan sistem pelaksanaan yang efisien. Setiap band yang bakal beraksi harus mengisi borang-borang berkenaan sistem audio dan lampu. Setiap kumpulan harus memberi informasi terperinci tentang lagu-lagu yang akan dipersembahkan, durasi setiap lagu, rentak lagu dan pencahayaan yang mahu dimainkan dalam setiap lagu. Tidak sahaja dari segi teknikal, band-band harus menyatakan segmen bicara vokalis dengan penonton di sepanjang persembahan nanti.
"Di sana kami hanya buat sesi uji atau sound check sekitar lima hingga 10 minit sahaja untuk setiap kumpulan yang akan membuat persembahan. Dalam satu gig ada empat atau lima buah kumpulan, jadi keseluruhan sound check hanya ambil masa tak sampai satu jam. Itu sangat profesional. Sebelum sesi sound check ada taklimat. Semua orang kena tunduk hormat, kami pun kena tunduk hormat. Budaya kerja orang Jepun memang lain. Harap boleh dipraktik di sini juga nanti," kata Rich.

SELAIN membuat persembahan kumpulan Estranged turut melawat dan mengenali budaya menarik di Tokyo.


Sememangnya di Jepun, masa sangat berharga. Semua pihak yang terlibat untuk sebuah gig datang tepat pada masa yang telah ditetapkan. Setiap aktiviti akan bermula dan berakhir pada masa yang ditetapkan.
Acara gig juga akan bermula pada waktu yang telah ditetapkan, walaupun hanya segelintir penonton yang hadir.
"Penonton di sana juga lain. Tidak kira perempuan mahupun lelaki, mereka sememangnya sangat bertenaga menari, melompat, dan headbanging. Mereka mempunyai semangat menyokong band yang sedang beraksi di atas pentas, kalau disuruh melompat, mereka akan melompat, kalau disuruh bertepuk tangan, mereka juga akan bertepuk tangan," cerita bapa kepada dua cahaya mata, Joshia, 5, dan Caroline, 3, itu teruja.
Selepas persembahan pertama pada 14 April di Labo Yoyogi, Tokyo, salah seorang penganjur acara gig, Funky Sueyoshi, yang juga merupakan pemain drum profesional, telah menghubungi Estranged dengan niat mahu mengundang Estranged membuat persembahan di acara gignya pada tanggal 19 April. Funky berasa kagum dengan persembahan Estranged pada malam itu. Estranged menerima undangan itu kerana satu peluang yang baik, dan pada masa yang sama, jadual Estranged kosong pada tanggal itu.
Jadual padat, terancang

RICH bersama salah seorang peminat yang sempat membeli CD album Estranged selepas gig.


Memasuki acara gig tambahan yang berlangsung pada 19 April, Estranged berasa sangat teruja apabila mendapat tahu yang mereka akan berkongsi pentas dengan pemuzik-pemuzik terkemuka dan berpengalaman, seperti Minoru Niihara iaitu vokalis kumpulan Loudness, Kozo Suganuma (pemain drum profesional), Hojin Egawa (pemain bass profesional), dan Hiroaki Tagawa, seorang pemain gitar profesional yang telah hilang penglihatan pada usia lima tahun.
Dari Tokyo, Estranged telah bertolak ke Nagoya dan Osaka bersama kumpulan Jepun, Dazedgarden dengan menggunakan van sewa. Perjalanan dari Tokyo ke Nagoya mengambil masa kira-kira empat jam setengah. Setelah persembahan gig di Nagoya pada pukul 12 tengah malam, kedua-dua kumpulan meneruskan perjalanan ke Osaka, yang mengambil masa sekitar tiga jam.
"Kami hanya kenal kumpulan Dazedgarden ketika di Tokyo, tapi kami boleh jadi kawan baik. Selain tolong jadi penterjemah bahasa, mereka juga bawa kami melawat sekitar bandar-bandar yang kami jelajah.
"Hubungan itu akan berterusan kerana Dazedgarden juga akan turun ke Kuala Lumpur pada Ogos nanti. Mungkin kami akan bekerjasama, kita tengoklah nanti," cerita Rich sambil memberitahu Estranged kini akan memulakan penulisan lagu-lagu baharu untuk sebuah lagi album studio pada tahun ini.
Kembali bercerita tentang pengalaman di Jepun, setiap hari yang dijadualkan persembahan, jadual Estranged bermula dari pukul 1 petang untuk makan tengah hari, disusuli dengan sesi latihan pada pukul 2.30 petang. Selepas persiapan untuk persembahan, kebiasaannya, acara gig akan bermula pada tepat pukul 6.30 petang.
"Penat tapi berbaloi," katanya yang membuat persembahan sekitar 40 minit dalam setiap gig.
Disebabkan acara-acara gig di Jepun cenderung ke aliran rock, persembahan Estranged dilengkapi dengan lagu-lagu yang rancak dan berentak rock. Perbezaan bahasa juga tidak menghalang penonton-penonton untuk melayan persembahan Estranged.
"Rasanya kami sudah tinggalkan secebis nama Estranged untuk peminat gig di Jepun. Jadi, kalau pergi lagi mungkin ada orang akan kenal," ujar vokalis itu dalam nada berseloroh.
Selain persembahan, Estranged turut menjual album-album yang pernah mereka hasilkan seperti Remain Unknown, Anugerah Hidup dan Greatest Hits yang dilancarkan tahun lepas kepada penonton-penonton di Jepun.
Tidak habis di Jepun, Estranged yang bergerak dalam liga muzik tersendiri itu dalam perancangan untuk menyertai sebuah festival gig Australia pada Oktober dan Bangkok sekitar November nanti.
"Kalau orang kata Estranged sudah tua dan kurang peminat, kurang publisiti, kami terima sebab semua anggota Estranged pun sudah kahwin, tak laku lagi (ketawa). Sekarang kami masih bergerak walaupun tak havoc macam dulu. Ada lebih masa dengan keluarga.
"Band baharu pun sudah banyak, jadi kami cari peminat di daerah lain yang rasakan muzik kami ini segar ikut pendengaran mereka" beritahu Rich tanpa rasa terkilan jika Estranged dikatakan sudah kurang menyengat di kalangan peminat masa kini.


Hampir 3,000 terjerat cinta palsu

Posted: 26 Apr 2014 08:02 PM PDT

RAKYAT Malaysia perlu berhati-hati ketika berkenalan di internet untuk mengelak ditipu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Impian segelintir rakyat Malaysia untuk mencari nikmat bercinta dengan lelaki kaya dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berakhir dengan mereka dijerat sindiket warga Afrika yang menjual cinta mereka menerusi alam siber.
Lebih menakutkan, dalam tempoh tiga tahun, sebanyak 2,785 rakyat Malaysia ditipu oleh sindiket tersebut membabitkan kerugian kira-kira RM103 juta.
Bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa iaitu membabitkan 1,794 orang malah seramai 991 lelaki tempatan turut diperbodohkan sindiket tersebut.
Rata-rata rakyat tempatan yang menjadi mangsa begitu mudah tergoda dan cair hati mereka dengan ayat-ayat manis sindiket berkenaan.
Antara ayat manis sindiket tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris ialah 'Sayang, awak nampak sangat cantik dalam gambar', atau 'Kalau awak menjadi kekasih saya, saya akan berikan segalanya asalkan awak setia'.
Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd. Syafik Jinuin Abdullah berkata, sebanyak 1,095 kes dicatatkan pada tahun lalu dan hampir 100 peratus kes membabitkan warga Afrika.
Beliau berkata, tahun lalu sahaja, rakyat Malaysia kerugian lebih RM35.7 juta berbanding RM33.6 juta pada 2012 gara-gara terjerat dengan cinta siber berkenaan.
Menurutnya, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penipuan cinta siber meningkat 34 peratus pada tahun 2013 iaitu sebanyak 1,095 kes berbanding 814 kes pada 2012.


Raja sehari tak sempat bersanding

Posted: 26 Apr 2014 08:01 PM PDT



SAAT bahagia Junaida (kanan) dan suaminya, Muhammad Danial selepas majlis akad nikah di rumahnya di SS3, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.


PETALING JAYA - Kegembiraan pasangan pengantin untuk meraikan hari bahagia bertukar pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingan mereka semalam.
Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, yang selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dengan keadaan hidung dan mulut berdarah di dalam bilik pengantin di rumahnya di SS3 di sini kira-kira pukul 8.30 pagi.
Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
"Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.
"Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

PELAMIN di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya yang kosong berikutan pengantin perempuan, Junaida, meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingannya semalam.


Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.
"Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman," katanya sedih.


Hari kedua ekspo makin meriah

Posted: 26 Apr 2014 08:00 PM PDT


AWANG DE'CLOWN membuat pertunjukan silap mata dan seni belon di gerai Kosmo! pada Ekspo Halal Perak 2014 di Seri Iskandar semalam.


SERI ISKANDAR – Hari kedua Ekspo Halal Perak 2014 tampil lebih meriah apabila pengunjung mula membanjiri pekarangan tapak ekspo di sini seawal pukul 9 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan penganjur.
Ekspo yang bermula kelmarin diadakan hasil kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bersama HNH Gemilang Resources dengan matlamat untuk mendidik orang ramai mengenai produk halal keluaran bumiputera.

LEBIH 100 kanak-kanak menyertai pertandingan lukisan anjuran Yayasan Restu pada Ekspo Halal Perak 2014 di Seri Iskandar semalam.


Menurut penganjur program itu, Mohd. Azrol Hafiz, pelbagai acara menarik diadakan oleh lebih 20 usahawan dan syarikat yang menyertai Ekspo Halal Perak 2014 antaranya pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan kuiz dan jualan produk.
"Pada sebelah pagi, pertandingan lukisan anjuran Yayasan Restu berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta cilik berusia bawah sembilan tahun," katanya.
Selain itu, turut menjadi tumpuan ialah gerai Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB) yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma menggunakan produk dinamakan Quantum Magnetic Analyzer.


Bekas penyiar Radio Malaya dapat PhD pada usia 93 tahun

Posted: 26 Apr 2014 07:58 PM PDT



KIRKBY (empat dari kanan) berdiri semasa Majlis Konvokesyen di Universiti Sydney di Sydney pada 23 April lalu.


MELBOURNE, Australia - Bekas penyiar Radio Malaya, Elisabeth Kirkby mencatat rekod sebagai siswazah tertua di Australia yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) apabila beliau menerima ijazah itu daripada Universiti Sydney pada usia 93 tahun pada 23 April lalu.
Kirkby mendapat ijazah tersebut melalui tesis yang memberi fokus kepada kajian perbandingan antara Zaman Meleset (Great Depression) dan Krisis Ekonomi Dunia - dua keadaan yang beliau sendiri alami.
Bekas anggota parlimen daripada parti Demokrat yang lahir di Lancashire, England pada 1921 itu pernah menceburi pelbagai bidang kerjaya, termasuk berlakon sebagai Lucy Sutcliffe dalam siri drama televisyen popular 1970-an, Number 96, menjadi penternak biri-biri, peladang gandum dan wartawan.
Wanita yang mempunyai beberapa cicit ini pernah bertugas sebagai penyiar di Tanah Melayu/Malaysia dan Singapura selama 15 tahun selepas Perang Dunia Kedua, sebelum berhijrah ke Sydney pada 1965 untuk bertugas sebagai penyampai dengan ABC.
Dalam temu bual dengan akhbar The Australian baru-baru ini, beliau berkata: "Cinta kepada pelajaran adalah sesuatu yang penting. Saya selalu memberitahu orang bahawa mereka perlu mempunyai minat mendalam atau kecintaan terhadap sesuatu. Janganlah apabila bersara nanti, anda hanya bermain golf atau boling atau melepak dengan rakan-rakan sahaja.
"Anda kena buat sesuatu," kata isteri kepada wira kesihatan wanita dan pakar ginekologi terkenal pada 1970-an, Derek Llewellyn-Jones, yang juga pengarang buku Everywoman.


Boneka bernyawa

Posted: 26 Apr 2014 07:56 PM PDT


BONEKA Robert sudah disimpan hampir 20 tahun di Muzium Fort East Martello di Florida, Amerika Syarikat.


BAGI sesiapa yang pernah berkunjung ke Muzium Fort East Martello di Florida, Amerika Syarikat (AS), anak patung berpakaian kelasi kapal yang diletakkan di dalam sebuah bekas kaca di ruang pameran muzium itu pasti mencuri perhatian.
Lebih menarik, ruang dinding di sekeliling bekas kaca itu dipenuhi dengan nota serta surat yang menyatakan permohonan maaf kepada boneka kelasi berkenaan.
Menurut cerita penduduk tempatan, patung yang digelar dengan nama Robert itu tidak suka gambarnya diambil.
"Anda perlu meminta izin terlebih dahulu sebelum mengambil gambarnya. Jika dia tidak benarkan, kepalanya akan seolah-olah berpaling ke arah lain.
"Sekiranya anda degil dan tetap mengambil gambarnya, kemungkinan anda akan terkena sumpahan boneka kelasi itu.
Ilmu hitam
"Itulah sebab pengunjung yang pernah mengambil gambar Robert tanpa kebenaran akan mengirim surat bagi memohon maaf kepadanya," cerita seorang penduduk, Alena.
Patung Robert yang disimpan di muzium tersebut sejak tahun 1994 itu dikatakan dimiliki oleh seorang budak lelaki bernama Robert Eugene Otto.
Pada tahun 1904, Otto menerima boneka kelasi itu daripada pembantu rumahnya sebagai hadiah hari lahirnya yang keempat. Otto menamakan anak patung itu sebagai Robert sempena namanya.
Menurut Alena, boneka itu dipercayai telah disumpah oleh orang gaji Otto yang mengamalkan ilmu hitam kerana tidak puas hati terhadap majikannya.
Sebulan selepas anak patung itu disimpan di rumah, keluarga Otto mula mendapat gangguan pelik dan menakutkan. Barang-barang di dalam rumah mereka tiba-tiba hilang dan ada yang rosak tanpa diketahui puncanya.
Apabila Otto ditanya kedua-dua ibu bapanya mengenai kejadian aneh tersebut, kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri dan menyalahkan Robert atas apa yang berlaku.
PENGUNJUNG yang mengambil gambar boneka Robert tanpa kebenaran akan mengirim surat memohon maaf.


Bayi menangis
Selain itu, mereka juga diganggu hampir setiap malam dengan suara bayi menangis dan bunyi-bunyi lain yang menyeramkan seperti orang berjalan di dalam rumah.
"Otto juga sering berperangai pelik. Pernah satu ketika ibu bapanya terdengar perbualan anak mereka itu dengan seseorang di dalam bilik. Namun apabila disoal, Otto menjawab dia hanya berbual dengan Robert," kata Alena.
Setelah Otto meninggal dunia pada tahun 1974, patung Robert itu ditinggalkan di dalam loteng rumah berkenaan sehinggalah pemilik baharu membeli rumah tersebut.
Keluarga baharu yang mendiami rumah itu memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun.
Beberapa hari selepas menduduki rumah itu, kanak-kanak itu menjerit ketakutan hampir setiap malam dan mendakwa Robert seperti hidup dan bergerak sendiri di biliknya.
Lebih menyeramkan, kanak-kanak itu turut mendakwa Robert mahu menyerang dan membunuhnya.
Akibat tidak tahan dengan gangguan Robert, boneka kelasi itu diserahkan kepada Muzium Fort East Martello dan masih dihujani misteri sehingga hari ini.
Selain Robert, sebuah lagi anak patung, Harold, turut dikatakan mempunyai roh dan amat ditakuti penduduk tempatan.
Harold dipercayai dijual di laman web eBay dan sering bertukar tangan kerana ia didakwa akan menghantui individu yang pernah memilikinya.
Sebelum dijual di laman web itu, Harold dibeli oleh seorang lelaki tempatan di pasar lambak di Webster, Florida, AS.
Menurut cerita seorang penduduk tempatan, Anthony, pemilik asal patung Harold itu membeli boneka tersebut untuk anak lelakinya yang baru lahir.
Malangnya, bayi itu meninggal dunia tidak lama kemudian kerana demam panas.
Selepas kematian bayi itu, bapanya menyimpan anak patung itu di dalam loteng di rumahnya selama lebih 60 tahun.
Dia kemudiannya mula diganggu kejadian aneh dan menyeramkan.
"Mereka sering terdengar bunyi seperti kanak-kanak menangis dan menyanyi dari atas loteng. Namun, apabila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan.
"Kejadian itu berlarutan sehingga keluarga itu terpaksa berjumpa dengan paderi bagi menyelesaikan masalah mereka," cerita Anthony.
Penduduk percaya tubuh patung itu sebenarnya dihuni oleh roh bayi pemilik asal boneka berkenaan.
"Selepas bayi itu mati, patung tersebut seolah-olah hidup. Ada beberapa orang mendakwa pernah ternampak patung itu mengerdipkan kelopak matanya," tambah Anthony.


Bunuh ular tedung untuk aksesori

Posted: 26 Apr 2014 07:55 PM PDT


Ular dibunuh dengan memasukkan paip getah berisi air ke dalam rongga mulut ular.

PEKERJA menyiat kulit ular sebelum dijemur di bawah terik matahari.


SEORANG lelaki di sebuah perkampungan kecil di Indonesia, menggadai nyawa apabila menjadikan perniagaan membuat aksesori berasaskan ular tedung sebagai mata pencariannya.
Lelaki yang dikenali sebagai Wakira itu mempunyai 10 orang pekerja dan mampu memperoleh pendapatan sehingga 50,000 rupiah (RM14,000) sebulan hasil perniagaan tersebut.
Pemilik kilang yang terletak di perkampungan Kapetakan, Jawa Barat itu turut digelar sebagai Bos Ular Tedung.

ULAR akan dipijak dan dijirus dengan air bagi mengeluarkan isi perut.


Lebih mengerikan, kesemua ular tedung tersebut dibunuh menggunakan tangan sebelum kulitnya diambil untuk dijadikan beg, kasut, tali pinggang dan beg duit.
"Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mematikan ular tetapi kami menggunakan kaedah tradisional, walaupun ia kelihatan sedikit kejam.
"Di kilang ini, kami akan memasukkan paip getah dengan air mengalir ke dalam mulut ular sehingga perutnya membengkak seperti belon," katanya.
Ujarnya, paip getah tersebut pula akan diikat di mulut reptilia itu bagi mengelakkan air mengalir keluar.
"Ular tersebut dibiarkan selama 10 minit atau sehingga mati," terangnya.

KANAN: Seorang pekerja menjahit beg tangan wanita menggunakan kulit ular tedung.


Bagi mengeringkan kulit ular, ia dimasukkan ke dalam ketuhar sebelum dicelup dengan warna mengikut gaya dan bentuk beg yang diinginkan.
"Kulit ular yang jumlah panjangnya mencecah ratusan meter itu dijual ke kilang-kilang beg di Jawa Barat dan Jawa Tengah setiap bulan.
"Namun begitu, kesemua produk tersebut akan diperiksa terlebih dahulu sebelum diedarkan," jelasnya.
Sebuah beg yang diperbuat 100 peratus daripada kulit ular dijual pada harga antara 150,000 hingga 300,000 rupiah (RM42 hingga RM85), bergantung kepada saiznya.
"Namun apabila aksesori tersebut memasuki pasaran antarabangsa, harganya mampu mencecah sehingga A$4,000 (RM9,700)," ujarnya.


Kafe layar perak

Posted: 26 Apr 2014 07:54 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada filem tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan di pawagam di Malaysia.


TATKALA langkah kaki mengorak masuk ke dalam perut restoran yang terletak di Ukay Boulevard, Ampang, Selangor ini, sorotan mata kaku sebentar sebaik melihat gantungan puluhan poster filem tempatan dan antarabangsa menghiasi segenap penjuru dinding.
Sekilas pandang, kafe yang berkeluasan kira-kira 305 meter persegi itu tidak ubah seperti ruang legar tempat membeli tiket dan makanan ringan di panggung wayang.
Ditambah pula dengan tayangan filem-filem popular menerusi televisyen bersaiz gergasi di ruang tengah kedai, ia sekali gus berjaya membangkitkan suasana seperti berada di dalam panggung wayang sebenar.

SANTAI. Ruang makan yang ringkas dan eksklusif.


Menurut pemilik restoran yang juga Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Zahrin Ishak, cetusan idea dan konsep asal restoran yang dinamakan Kafe Skrin itu diambil daripada sebuah kafe yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Planet Hollywood.
"Planet Hollywood menerapkan unsur panggung wayang sebagai dekorasinya.
"Memandangkan konsep ini masih belum dicuba oleh pengusaha restoran di Malaysia, jadi saya memilihnya untuk diguna pakai dalam keseluruhan kedai makan ini," katanya.
Tampak eksklusif, namun percaya atau tidak, kesemua susun atur dan tatarias kedai tersebut hasil daripada titik peluh keluarga pasangan suami isteri ini tanpa mendapatkan bantuan daripada pereka dalaman profesional.
Bagi menonjolkan lagi impak panggung wayang, pemilik memilih rona merah dan hitam sebagai warna tema kafe yang baru beroperasi selama empat bulan ini.
BASIKAL lama dijadikan perhiasan di sudut tengah kafe bagi mengimbau kenangan filem Melayu klasik.


Warna
Warna tersebut sememangnya bersesuaian dengan imej yang sering diketengahkan oleh pengusaha panggung wayang, baik tempatan mahupun luar negara.
"Setiap warna mempunyai simbolik yang tersendiri. Sebagai contoh, merah dalam panggung wayang menjadi lambang karpet merah dalam acara-acara hiburan berprestij di samping tanda mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

TELEVISYEN zaman 1960-an turut dijadikan perhiasan kedai.


"Sementara itu, warna hitam simbol kepada panggung yang gelap. Rona ini juga dipilih kerana ia mampu menonjolkan elemen elegan dan eksklusif," ulasnya.
Namun begitu, bagi mengelakkan suasana kafe kelihatan suram, pemilik menggabungkan padanan warna tersebut dengan putih.
Ini kerana selain mencetuskan suasana ceria, ia juga mampu memperlihatkan keluasan kafe tersebut.
Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pemilik mengumpul kesemua poster dan aksesori seni yang terhias indah di dalam kafe tersebut.
Ujar Zahrin, sebahagian daripada poster tersebut dibelinya sewaktu melancong ke luar negara sejak tahun 1990-an lagi.
Selain Malaysia, aksesori dan poster tersebut turut dibeli di AS dan Britain.
PEMUTAR filem zaman 1960-an dijadikan hiasan di dalam rak kaca.


"Bukan itu sahaja, kafe ini juga menjalinkan hubungan erat dengan beberapa syarikat produksi filem tempatan dan antarabangsa seperti Skop Production, Metrowealth International Group (MIG), 20th Century Fox dan Warner Brothers Film.
"Jadi setiap kali filem baharu dikeluarkan, mereka akan memberikan poster filem tersebut secara percuma untuk digantung di dalam kafe ini," jelasnya.
Tambah Zahrin, selain daripada sumbangan syarikat produksi, ada juga poster yang beliau beli menerusi internet dan kemudian dicetak menggunakan kertas khas sebelum digantung di kedai berkenaan.
Bagi menonjolkan lagi keunikan dan sifat mesra pelanggan, pemilik meletakkan sofa mewah merah dan hitam yang berlatarkan televisyen gergasi di ruang tengah kafe.
Ini kerana, di samping menjamu selera, pemilik mengutamakan keselesaan pelanggan dan mahu mereka bersantai seperti berada di rumah sendiri.


Adi Putra Belajar Bahasa Arab, Buka Syarikat Pakej Umrah

Posted: 26 Apr 2014 03:27 AM PDT


vrege
Adi mengambl langkah menguasai Bahasa Arab bagi melancarkan perniagaannya.
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra merancang mengambil kursus bahasa Arab bagi melancarkan perniagaannya dalam bidang pengurusan mengendalikan pakej   umrah iaitu Hadid Travel & Tours yang ditubuhkan sejak awal tahun lalu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, menyifatkan penguasaan bahasa Arab amat penting dalam perniagaannya memandangkan dia perlu berurusan dengan orang Arab yang kebanyakannya kurang fasih berbahasa Inggeris.

"Kadang-kadang apabila mahu berurusan dengan pihak syarikat di negara tersebut, rasa macam ayam dan itik pula bercakap.

"Hal itu membuatkan saya susah mahu berkomunikasi dengan mereka dan saya berpendapat ia sedikit sebanyak membuang masa kita yang mahu bekerja secara pantas dan efisyen," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, tambah Adi, walaupun ramai yang beranggapan sebagai selebriti, ia lebih memudahkan mereka dalam menjalani perniagaan kerana nama mereka yang sudah dikenali namun tidak baginya.

Kata pelakon teater Di Bawah Lindungan Kaabah ini, popularitinya langsung tidak membantu kerana dia menjalinkan kerjasama dengan syarikat negara luar yang tidak tahu langsung siapa itu 'Adi Putra'.

"Ramai ingat artis seperti saya, nak berniaga senang. Tetapi sebenarnya tidak. Orang Malaysia sahaja yang kenal saya tetapi orang Arab manalah nak kenal saya.

"Jadi saya perlu memulakan perbiagaan daripada bawah dan setakat ini saya masih belum boleh katakan yang perniagaan saya ini sudah sukses. Bagaimanapun ia sedang menuju ke arah itu, Alhamdulillah." ujarnya.

Radhi (OAG) Anggap Perkahwinan Kedua Lebih Bermakna

Posted: 26 Apr 2014 03:26 AM PDT


esrfw3
Radhi kini bahagia di sisi Ayu.
PETALING JAYA: Penyanyi Radhi (OAG) tidak pernah menyangka perkahwinan keduanya yang dibina dengan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, benar-benar bermakna kerana kehidupannya kini lebih terurus.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, berkata, dia dapat merasakan perubahan itu terutama sekali apabila melalui aktiviti-aktiviti hariannya.

"Alhamdulillah, saya rasa diri lebih sempurna dan terurus. Ini semua kerana mempunyai isteri yang bijak menguruskan diri saya.

"Kalau dulu makan tak tentu masa, sekarang ini saya makan lima kali sehari. Walaupun isteri masak biasa-biasa sahaja, tetapi rasa sedap dan nikmatnya sukar diungkapkan," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.

rt6u54
Radhi dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 4 April lalu.
Tambah Radhi, antara makanan masakan isteri yang digemarinya adalah ayam goreng kunyit serta sayur goreng.

Dalam pada itu, Radhi turut dapat merasakan perkahwinannya kali ini telah mengubah dirinya kepada seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

"Saya dapat rasa diri semakin matang. Baik saya mahupun isteri belajar mengenai tanggungjawab masing-masing.

"Kami juga mula solat berjemaah sama-sama. Rasa teruja pula. Moga amalan ini dikekalkan selama-lamanya," ujarnya.
Sementara itu, Radhi berkata, dia kini menetap di Damansara Perdana dan akan menubuhkan sebuah studio rakaman serta pejabat yang akan dikendalikannya bersama isteri.
Radhi dan Nur Shahira Ayu bernikah pada 4 April lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam dekat sini dengan sekali lafaz.

Ia merupakan perkahwinan kedua bagi Radhi selepas kegagalan perkahwinannya dengan Shazlin Sharif, 35.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan serorang anak iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 8 tahun.

Zam Juara Skool of Lawak Rangkul RM100,000

Posted: 26 Apr 2014 03:25 AM PDT


skool of lawak
Juara program Skool of Lawak musim pertama, Zam (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Fiza (kanan) dan One yang memenangi tempat ketiga. 
KUALA LUMPUR: Peserta Zam diumumkan sebagai juara program Skool of Lawakmusim pertama yang berlangsung di Megastar Arena di sini, malam Jumaat.
Kemenangan itu membuatkan Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam Zaaffar, 26, membawa pulang wang sejumlah RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Fiza (FilzahAzmi), 25, dengan membawa pulang sebuah trofi berserta wang tunai RM50,000.
Manakala tempat ketiga jatuh kepada One atau Mohd Hazwan Mohd Azani, 27, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.
Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak).
Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai Prof Abdul Razak Mohaideen, Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor manakala 30 peratus daripada undian penonton.
Selain Fiza, One dan Zam, tiga peserta lain yang beraksi di pentas akhir ialah  Mail atau nama sebenarnya Ismail Abdullah, 36, Azmi (Nor Azmi Ibrahim), 39 dan Yus (Mohd Yusrishah Tapah), 25.
Pada malam peringkat akhir menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar iaitu tema bebas bersama artis jemputan, muzikal dan komedi stand up.
Cabaran-cabaran tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk membuktikan kemampuan mereka bermain dengan set dan penggunaan pentas.
Skool of Lawak disiarkan setiap hari Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Hampir pengsan ditampar guru

Posted: 26 Apr 2014 03:20 AM PDT


  • tamparGambar sekadar hiasan.

SETIU - Seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dia hampir pengsan akibat ditampar oleh seorang guru hanya kerana menyanggul rambut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah ini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 14 tahun berada di surau sebelum didatangi seorang guru wanita.

Menurutnya, guru terbabit kemudian didakwa bertindak menampar pipi dan memukul kepala mangsa beberapa kali.

"Guru tersebut bertindak sedemikian kerana marah dengan tindakan mangsa menyanggul rambut di belakang.

"Sebelum ini, guru terbabit pernah beberapa kali menegur sanggul mangsa yang dikatakan terlalu besar dan mungkin tidak dapat menahan marah, dia bertindak sedemikian," katanya.

Kata sumber, mangsa rebah dan hampir pengsan, namun bernasib baik apabila sempat dipegang beberapa rakannya yang turut berada di tempat kejadian.

Kejadian itu juga menyebabkan mangsa mengadu sakit di leher dan kepala selain berdengung di telinga kanan.

"Apabila pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia dibawa ke Hospital Setiu dan hasil rawatan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya bengkak di pipi kanan.

"Bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chalok untuk tindakan lanjut. Difahamkan guru terbabit yang menetap di Seberang Takir masih gagal dihubungi," kata sumber.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan.

Nampak hantu naik bas

Posted: 26 Apr 2014 03:18 AM PDT


  • Nampak hantu naik basSalah seorang mangsa diberikan rawatan oleh seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak.

KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

"Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

"Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula," katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

"Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.

"Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri," ujarnya.

Sempat hantar SMS

Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam.

Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria.

"Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini," ujarnya.

Tindakan pantas pemandu

Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar.

Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut.

"Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya.

"Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu," katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu.

"Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau.

"Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus," jelasnya.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

Anak kecil terkunci dalam kereta

Posted: 26 Apr 2014 03:17 AM PDT


  • Anak kecil terkunci dalam keretaBapa kanak-kanak terbabit (tiga, kiri) membuka pintu kenderaan menggunakan kunci pendua. (Gambar kanan) Dua beradik yang terkunci dari dalam kereta sedang leka bermain sesama sendiri, semalam.

SEREMBAN - Tindakan seorang lelaki meninggalkan dua anak kecilnya berusia 1 dan 3 tahun dalam kereta ketika berurusan di bank, nyaris mengundang padah apabila kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan itu hampir sejam.

Kejadian kira-kira 8.40 pagi di hadapan sebuah bank dekat Garden Homes, Seremban 2, di sini, berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang enjinnya masih hidup, terkunci dari dalam menyebabkan anggota bomba dan penyelamat dipanggil bantu menyelamat.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Md Zin Salleh berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 minit kemudian.

Setibanya di lokasi kejadian, katanya, bomba mendapati kedua-dua kanak-kanak terbabit sedang leka bermain sesama sendiri, manakala kenderaan milik mangsa sudah dikerumuni orang ramai.

"Kita cuba memanggil dan menarik perhatian kedua-duanya, lebih-lebih lagi si abang supaya membuka kunci pintu dari dalam, tetapi tidak berjaya berikutan kedua-duanya masih kecil dan belum memahami insiden menimpa mereka.

"Cubaan kita membuka kesemua pintu guna dawai besi juga tidak berhasil akibat dihalang sistem keselamatan pada MPV itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Md Zin berkata, keadaan itu memaksa si bapa pulang ke rumah di Taman Bukit Galena, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian dengan menaiki van bomba untuk mengambil kunci pendua.

"Beberapa anggota juga pergi bersamanya untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan, memandangkan si bapa turut tertinggal kunci rumah dalam kenderaan itu.

"Tindakan memecahkan tingkap merupakan jalan terakhir sekiranya keadaan benar-benar mendesak, misalnya si bapa gagal menjumpai kunci pendua atau kedua-dua anaknya mula tidak sedarkan diri akibat lemas," katanya.

Menurutnya, masalah itu bagaimanapun dapat diselesaikan kira-kira 45 minit kemudian apabila si bapa datang kembali bersama kunci pendua.

"Pemeriksaan ringkas kita terhadap kedua-duanya mendapati masing-masing dalam keadaan sihat.

"Justeru, kita ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa, seperti berlaku hari ini (semalam) bagi elakkan perkara tidak diingini," katanya.

Kisah dongeng keluarga BCL

Posted: 26 Apr 2014 03:13 AM PDT


ASHRAF dan Bunga memberitahu, kunci utama hubungan harmoni mereka ialah sering berkomunikasi dalam semua hal.


KELOPAK yang makin mekar mengharum, dalam taman cinta yang sarat rasa kasih dan sayang. Itu perumpamaan hubungan Bunga Cinta Lestari yang sedang leka menganyam impian dan harapan bersama dua arjuna hatinya, si suami Ashraf Sinclair dan anak mereka, Noah.
Noah, si putera sulung yang usianya mencecah tiga setengah tahun hasil perkongsian hidup enam tahun bersama Ashraf sudah tidak terkejar jika diajak bermain.
"Kalau diajak bermain memang dia tidak akan berhenti, kerana itu kami sendiri sebagai ibu bapa perlu pandai mencuri masa," demikian Bunga membuka cerita ketika diajak bersembang usai majlis pelancaran wangian terbaharu, Lux di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway, baru-baru ini.
Duduk bersebelahan, adakalanya berdakapan mesra, nescaya pasangan itu masih dilimpahi kurnia rasa cinta yang membuak-buak.
Cinta dan keluarga
Percaya atau tidak, jelas Bunga, 31, rahsia untuk menyuburkan rasa cinta saban hari berteraskan usaha yang tidak berbelah-bahagi dan meletakkan posisi diri sebagai pasangan, bukannya peranan ibu dan bapa semata-mata.
"Orang selalu tanya saya kelihatan seperti tinggal dalam dunia dongeng, dapat saja apa yang dimahukan. Tapi percayalah, semuanya yang indah tidak datang bergolek.
"Saya perlu letakkan banyak usaha untuk mendapatkan apa yang saya perolehi sekarang. Saya bertuah dianugerahi seorang suami seperti Ashraf.
"Untuk membina hubungan selama enam tahun dan masih subur rasa cinta perlu ada banyak pengorbanan dan kebetulan pula karakter kami hampir serupa.
"Kami berkongsi minat yang sama, suka mengembara dan berjalan-jalan, cita rasa makanan yang sama malah fikiran untuk mendidik anak pun sama. Kadang-kadang apabila menjadi ibu bapa kita lupa peranan asal sebagai pasangan," singkapnya.
Hujah itu disokong kuat Ashraf, 35. Katanya setiap kisah dongeng itu perlu ada usaha dan penerimaan terhadap diri sendiri yang dilihatnya sebagai satu proses untuk berkembang.
"Kami menjadi pasangan bercinta dulu sebelum bergelar ibu dan bapa. Sudah pasti kami juga mahukan anak kami hidup dikelilingi keluarga yang harmoni, bahagia dan cinta satu sama lain," ceritanya lanjut.
Gosip, kontroversi
Magis cinta pasangan itu dikongsikan lebih mendalam. Perkara paling romantis yang pernah dilakukan Bunga kepada Ashraf adalah menyediakan sarapan pagi di atas katil sebelum pasangan itu keluar bekerja.
Pernahkah meletakkan sebarang syarat untuk salah seorang sesama pasangan? Jawab Ashraf, tiada syarat khusus melainkan mempraktik undang-undang komunikasi.
"Kami selalu berbincang dan meluangkan masa bersama. Paling penting adalah menjaga diri sendiri. Saya selalu berpesan pada Bunga, dia perlu menjaga diri sebab sekiranya dia sakit atau penat, bagaimana pula dia mahu menjaga kami berdua?
"Kami tidak pernah bergaduh kerana gosip tidak berasas. Percaya satu sama lain dan kami berkomunikasi. Saya ada Bunga untuk mempertahankan saya dan begitulah sebaliknya jika diancam gosip atau kontroversi," jelas Ashraf.
Bunga mencelah, baik dia mahupun suaminya, masing-masing tidak gusar untuk berkongsi kisah peribadi dan keluarga kepada masyarakat menerusi media sosial contohnya Instagram.
PASANGAN ini menjadi duta produk kecantikan Lux Indonesia untuk kempen keluaran terkini, Lux Reignite The Spark Couple sejak Februari tahun ini.


Kata Bunga, jika kehidupannya sebagai pasangan selebriti boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai apa salahnya untuk dia bersifat terbuka.
Seperti mana orang kebanyakan, wanita itu mengakui adakalanya timbul juga perselisihan pendapat antara mereka, tetapi ditangani dengan berhemah.
"Kadang-kadang ada juga rasa tertekan dengan populariti, tapi Alhamdulillah itu bermakna karier kami berkembang baik. Orang pun selalu mahu tahu perkembangan kami, jadi kenapa perlu sorok-sorok," katanya.
Anak kedua
Populariti tidak terhad kepada Bunga dan Ashraf semata-mata. Turut terkesan, putera sulung pasangan itu, Noah.
"Mula-mula kami sangat defensif, terutamanya Ashraf. Seboleh-boleh kami mahu Noah tidak disimbah populariti tapi ini hidup kami dan dia sebahagian daripada kami.
"Mahu atau tidak, dia juga akan dikejar dan ke mana saja dia pergi, dia turut diburu media. Daripada kami menyembunyikan dia lebih baik kami mendidik dia tentang dunia kami," jelasnya.
Selepas Noah mencecah usia tiga tahun setengah, adakah mungkin Bunga dan Ashraf merancang untuk mendapatkan anak kedua pula?
"Tekanan untuk mendapatkan sosok tubuh seperti sebelum hamil itu sebenarnya yang selalu menghalang saya.
"Dek kerana terlalu sibuk kami tidak terfikir untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh terdekat. Tapi selepas kami melawat Aishah Sinclair (adik ipar Bunga) yang baru bersalin baru-baru ini, saya merindui perasaan dan momen mendukung bayi," jelasnya.
Tambah Ashraf: "Insya-Allah kalau ada rezeki kami terima. Selama ini pun kami tidak merancang."
Habibie & Ainun
Kejayaan filem Habibie & Ainun telah meletakkan Bunga pada satu peringkat lebih tinggi dan melonjakkan sahamnya sebagai salah seorang ikon pelakon berwibawa di Indonesia.
Habibie & Ainun telah berjaya merangkul Anugerah Filem Terbaik dan Runut Bunyi Terbaik sempena Indonesian Movie Awards (IMA Awards) 2013. Sementelah, Bunga juga menjadi pelakon wanita yang paling mahal di negaranya ketika ini.
"Saya pun tidak tahu, mungkin orang yang meletakkan tanggapan sedemikian. Mereka pun tidak tahu berapa saya dibayar bukan?
"Industri hiburan sukar diduga, adakalanya hari ini kita dipuja tapi kemudiannya kita dikeji pula. Bagi saya, itu cuma khabar angin dan saya tidak terjejas pun.
"Mungkin kerana filem itu yang menjadi filem nombor satu di Indonesia jadi orang lebih memandang serius. Kalau benar saya bersyukur," katanya.
Bunga yang baru usai melancarkan album ketiganya, Best Of BCL baru-baru ini memberitahu, dia bakal melancarkan album keempatnya tidak lama lagi di Indonesia.
"Album Best Of BCL mengandungi lagu terbaik saya daripada album pertama dan kedua selain single terbaharu Cinta Sejati, Tiga Salahmu, Jangan Gila dan Jangan Salahkan Dia.
"Untuk karier lakonan, saya belum bersedia lagi kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang nyanyian terlebih dulu.
"Lagipun belum ada skrip atau watak yang ditawarkan mampu menandingi kekuatan filem Habibie & Ainun. Mungkin kalau tawarannya berbeza dan orang sudah berhenti memanggil saya Ainun saya akan terima berlakon drama pula," katanya yang menantikan tawaran berbentuk muzikal.


Alif Satar kahwin September

Posted: 26 Apr 2014 03:12 AM PDT

ALIF bersama rakan artis dari Singapura iaitu Sezairi dan Judika dari Indonesia bergabung dengan artis terkenal dunia, Ricky Martin dalam lagu tema Piala Dunia FIFA 2014, Vida.


PENYANYI Alif Satar, 24, telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Sha Dila Halid, 30, pada 14 Januari lalu di kediaman keluarga Sha Dila di Rembau, Negeri Sembilan.
Bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan September ini, pelantun Lelaki Seperti Aku itu sudah mempunyai tarikh kahwin.
Namun, enggan mendedahkannya kepada umum dalam masa terdekat ini demi menghormati permintaan ibunya.
Alif juga berkongsi perasaan terujanya dapat berkolaborasi dengan penyanyi terkenal antarabangsa, Ricky Martin, menerusi lagu Piala Dunia FIFA 2014, Vida.
Mereka sempat berbual menerusi Skype ketika mengikuti lawatan bersama Sony Music ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Alif selanjutnya.
Kosmo!: Difahamkan Alif bakal mendirikan rumah tangga pada bulan September ini sempena sambutan ulang tahun anda dan Sha Dila? Sudah mempunyai tarikh?
ALIF: Sudah ada tarikh tetapi maaf saya tidak dapat dedahkan ia buat masa ini demi menghormati permintaan ibu.
Sudahkah anda bersedia berumah tangga pada usia yang baru mencecah 24 tahun?
Walaupun agak gementar tetapi saya sudah bersedia. Saya sudah ada rumah dan kereta sendiri. Apa lagi yang saya mahukan kalau bukan seorang isteri. Saya juga sudah bertemu dengan keluarga bakal mertua.
Ada yang beranggapan anda berkahwin pada usia muda kerana ingin menjaga hati Sha Dila yang enam tahun lebih berusia daripada anda? Benarkah?
Saya sememangnya sudah bersedia memperisterikan dia. Bukan sebab hendak menjaga hati. Lagipun, saya sudah usung dia ke hulu ke hilir. Lebih elok sekiranya berkahwin.
Bagaimanakah penerimaan keluarga terutama ibu pada mulanya apabila anda mengambil keputusan untuk berkahwin?
Mama (panggilan pada ibunya) dan peminat sangat menyokong. Saya akui dalam perhubungan kami selama empat tahun memang banyak cabaran. Cabaran sebab saya sibuk dengan karier nyanyian. Kadang-kadang sampai tiga minggu kami tidak berjumpa.
Bagaimana pula penerimaan kawan-kawan apabila anda menyuarakan hasrat ingin berkahwin?
Ada seorang kawan saya cakap tak takut ke selepas kahwin kerjaya jatuh. Saya sebenarnya tidak suka bila dia cakap macam itu. Bagi saya perkahwinan merupakan permulaan dalam hidup saya. Adakah dia tidak percaya pada rezeki Allah? Saya ambil contoh Faizal Tahir dan Aaron Aziz, walaupun mereka sudah berkahwin, mereka tetap dapat membina kerjaya.
Bagaimanakah persiapan perkahwinan, sudah selesai?
Sudah selesai semuanya. Lokasi pun sudah ada. Kami akan bernikah dan melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur.
Ada dapat sebarang tajaan untuk perkahwinan anda?
Ada, tetapi saya tidak mahu menerimanya. Bukan sombong, sebaliknya saya mahu menggunakan duit saya sendiri.
Apakah keistimewaan Sha Dila sehingga dapat menambat hati anda?
Saya suka tengok dia ketawa. Dia juga pandai bawa diri dan pandai menjaga hati kanak-kanak serta orang tua.
Boleh kongsikan pula perasaan dapat berbual dan berkolaborasi dengan Ricky Martin menerusi lagu Vida?
Sebenarnya saya berharap sangat dapat bertemu dengan dia (Ricky). Saya bangga dapat berbual dengannya menerusi Skype. Malah, dapat turut sama berkolaborasi menerusi lagu Vida ini dengannya. Selain Ricky, saya juga teruja dapat bekerja sama dengan penyanyi popular Indonesia, Judika dan penyanyi Singapura iaitu Sezairi.
Selain daripada kolaborasi tersebut, apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang muzik?
November tahun lalu saya ada keluarkan album baharu berjudul Definisi. Album ketiga ini lain dengan album terdahulu saya seperti Nakal (2009) dan Lelaki Seperti Aku (2011). Album ini menunjukkan sisi matang saya. Sebanyak 90 peratus gaya lagu Bruno Mars dan Justin Timberlake ada dalam album baharu saya ini.
Lagu anda seperti Jangan Nakal dan Lelaki Seperti Aku cukup popular dan diminati ramai. Tetapi kenapa nama anda belum cukup popular dan kukuh dalam industri?
Saya sedar hakikat itu. Bagaimanapun, falsafah saya, saya lebih rela berada dalam situasi konsisten daripada popular dan nama merudum. Kalau boleh saya mahu menyanyi lama seperti Amy (Search) dan Zamani (Slam).


Lagu Biar jadi pilihan pendengar Hot FM

Posted: 26 Apr 2014 03:11 AM PDT

LAGU duet berjudul Biar ternyata membawa tuah kepada Hanisah (kiri) dan Zuliana apabila menjadi pilihan pendengar Hot FM.


PROJEK EP Hot FM yang buat julung-julung kalinya dianjurkan oleh stesen radio Hot FM telah menobatkan lagu berjudul Biar hasil ciptaan Hanisah Hasan dan Zuliana Eusoff sebagai pemenang.
Merupakan sebuah pertandingan yang memberi peluang kepada pencipta lagu amatur untuk mempertandingkan hasil ciptaan masing-masing, ternyata ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pendengar stesen tersebut.
Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim berkata, sejak pertandingan tersebut dimulakan pada bulan Februari lalu, pihak Hot FM telah menerima sebanyak 1,052 penyertaan.
"Penyertaan pada peringkat pertama telah bermula pada 10 hingga 23 Februari yang lalu. Menerusi kesemua lagu yang dihantar itu, hanya enam lagu sahaja yang terpilih ke peringkat akhir.
"Keenam-enam lagu tersebut telah dimuat naik ke dalam laman web Hot FM bermula pada 1 Mac. Kemudian pendengar akan memilih lagu yang terbaik menerusi undian di laman web dalam tempoh selama seminggu," ujarnya dalam satu majlis pengumuman pemenang yang berlangsung di Talent Lounge, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menurut Anida, pemilihan peringkat pertama dibuat oleh pihak Hot FM bersama komposer berbakat, AG Coco yang juga bertindak selaku penasihat, manakala pemenang utama pula dipilih 100 peratus menerusi undian pendengar.
Ujarnya, sepanjang tempoh seminggu undian dibuka, sebanyak 13,000 undian yang telah diterima dan lagu Biarlah dipilih sebagai pemenang setelah mendapat undi tertinggi iaitu 4,418.
"Pada mulanya kami mahu memilih lima lagu terbaik sahaja untuk ke peringkat akhir. Bagaimanapun, berdasarkan sambutan yang cukup menggalakkan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menambah lagi sebuah lagu.
"Selain itu, Projek EP Hot FM akan berlangsung dalam dua pusingan lagi. Pusingan yang kedua akan bermula pada 28 April ini dan pusingan ketiga dijangka berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri," jelasnya.
Menurutnya, hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut akan menerima penajaan sepenuhnya daripada Hot FM untuk menerbitkan single serta proses rakaman dan klip video.
Sementara itu, AG Coco yang turut terlibat secara langsung menyatakan bahawa lagu Biar itu sememangnya menjadi pilihan berdasarkan kepada susunan muzik dan liriknya yang memenuhi cita rasa pendengar.
Namun begitu, dia mengakui berhadapan dengan cabaran memandangkan penyertaan yang diterima agak banyak dan memang sukar buat dirinya dan pihak Hot FM membuat pilihan bagi mencari enam lagu terbaik untuk ke peringkat akhir.
"Bagi saya pendekatan yang dilakukan oleh Hot FM ini sesuatu yang sangat positif kerana kita sebenarnya memiliki ramai pencipta lagu yang berbakat. Jadi, pertandingan sebegini dapat menjadi platform kepada sesiapa sahaja yang mahu berkarya," ujarnya.
Ciptaan bersama
Berkenaan dengan kemenangan yang diraih oleh lagu Biar setelah mendapat undian yang tertinggi, Hanisah, 20, yang mencipta lagu tersebut bersama rakannya, Zuliana, 20, meluahkan rasa gembira dan tidak menyangka lagu berkenaan digemari ramai.
Ujar Hanisah, lagu tersebut telah dihasilkan oleh mereka berdua sejak masing-masing berusia 16 tahun, tetapi ia tidak siap sepenuhnya sehinggalah mereka kembali menyambungnya pada awal tahun ini.
"Penyertaan kami dalam Projek EP Hot FM berlaku secara kebetulan apabila ada rakan yang menyarankan supaya menyertainya apabila mengetahui yang kami baru sahaja menyiapkan lagu ini.
"Walaupun sudah agak lama lagu ini terperap setelah mula dihasilkan empat tahun lalu, kami berpuas hati kerana ia menjadi pilihan ramai," ungkapnya yang turut menyanyikan lagu berkenaan secara duet bersama Zuliana.
Atas kemenangan tersebut, Hanisah menyatakan bahawa dia dan Zuliana berminat mencipta lagu untuk penyanyi lain, namun mahu meraih lebih banyak pengalaman dalam bidang penciptaan lagu terlebih dahulu.


Pesawat beri isyarat dirampas

Posted: 26 Apr 2014 03:09 AM PDT




BEBERAPA anggota tentera udara mengawal pesawat Virgin Australia yang membawa seorang penumpang mabuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali semalam.


JAKARTA - Gelagat seorang penumpang yang mabuk dan berkelakuan kasar menyebabkan sebuah pesawat Virgin Australia memberikan isyarat cemas bagi memberitahu rampasan sedang berlaku sebelum ia mendarat di sebuah lapangan terbang di Denpasar, Bali semalam.
Penumpang tersebut dilaporkan cuba memasuki kokpit menyebabkan juruterbang terpaksa memberi isyarat insiden itu sebagai rampasan kepada pengawal trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.
Pengurus syarikat penerbangan Virgin Australia di Ngurah Rai, Heru Djatmiko seperti dipetik stesen televisyen, Metro TV sebagai berkata, pesawat berkenaan yang berlepas dari Brisbane, Australia sebenarnya tidak dirampas.
Sebaliknya, beliau berkata, juruterbang terpaksa menggunakan isyarat menyatakan pesawat yang membawa 137 penumpang dan tujuh kru dirampas untuk 'menangani' penumpang yang mabuk itu.


LOCKLEY (tengah) dikawal beberapa anggota tentera udara selepas dia dibawa keluar dari pesawat tersebut.


"Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku ketika juruterbang berkomunikasi dengan pengawal trafik udara di Ngurah Rai tetapi ia hanyalah salah faham.
"Bagaimana salah faham itu boleh terjadi, saya tidak dapat menjawab. Tetapi, adalah tidak benar jika menyatakan pesawat itu dirampas," katanya.
Heru berkata, beliau telah berkomunikasi dengan pengurus besar Angkasa Pura yang menyelia lapangan terbang di Indonesia, dan beliau menyatakan tiada rampasan yang berlaku.
Penumpang mabuk berusia 28 tahun itu, Matt Christopher Lockley kemudian ditahan kru dan tangannya digari semasa dia berada di dalam pesawat.
Lockley tidak cuba untuk melawan ketika dia ditangkap kru pesawat Boeing 737-800 itu.
Dia kemudian dibawa turun dan ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Herry Bakti Gumay berkata, Kawalan Trafik Udara di lapangan terbang berkenaan mula menerima laporan dan isyarat daripada juruterbang menyatakan pesawat itu dirampas, pada pukul 1.05 tengah hari iaitu satu jam sebelum ia mendarat.
Menurut jurucakap Tentera Nasional Indonesia, pesawat itu mendarat di Bali pada pukul 2.10 petang waktu tempatan.
Ketua Polis Bali, Benny Mokalu berkata, seorang kru pesawat menyatakan, Lockley meminta ubat-ubatan dan mula mengetuk pintu kokpit.
Lockley memakai seluar putih dan baju-T dikawal oleh anggota-anggota tentera udara Indonesia ketika dia turun dari pesawat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories