RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Cintai Tunang Orang, Juru Runding Mahu Jumpa Eina Azman

Posted: 06 Apr 2014 06:40 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri Syed Osman atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha akan bertemu dengan pelakon kontroversi Eina Azman bagi membincangkan isu terbaharu wanita itu yang dikatakan bercinta dengan tunang orang.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8, berkata, dia akan meminta pelakon wanita tersebut menjelaskan situasi sebenar tentang dakwaan itu dan cuba mencari penyelesaian.

"Saya akan jumpa Eina untuk berbincang tentang isu permasalahan kontrak sebelum ini termasuk isu peribadi hubungan cinta tersebut.

"Saya akan menasihatkan dia apa yang perlu dan tidak patut dilakukan terutama sekali jika berlaku isu yang boleh menjejaskan nama baik dia seperti ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Shy8 berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar pada Ahad berhubung gambar mesra yang dimuat naik oleh Eina Azman di laman sosialnya.

Gambar mesra dan berpegangan tangan itu dikatakan seorang lelaki tunangan orang.

Shy8 telah dilantik oleh Eina Azman sebagai perunding bagi menyelesaikan isu berkaitan kontrak dan kontroversi yang dihadapi pelakon itu dibawah syarikat pengurusan miliknya.

Sementara itu, Eina yang cuba dihubungi oleh pihak mStar Online tidak menjawab panggilan.

Tambah Shy8, Eina seharusnya lebih barhati-hati dalam memuat naik sebarang gambar yang boleh mengaitkannya dengan sebarang kontroversi.

"Sebagai orang muda saya faham dia ingin berkongsi tentang kegembiraannya dengan memuat naik gambar-gambar peribadi, namun sebagai artis dia seharusnya berfikir panjang tentang kesan baik dan buruk.

"Selepas berlaku isu seperti ini, dia juga harus bijak mengawal situasi agar tidak menjejaskan nama baik dia, kalau betul bercinta mengaku sahaja," katanya.

Sementara itu, Shy8 berkata, Eina belum  secara rasmi menjadi artis di bawah syarikat pengurusannya.

Bagaimanapun, katanya, sebagai individu yang dilantik sebagai perunding peribadi dan pelakon lebih tua daripadanya, dia berhak memberi nasihat untuk kebaikan artis tersebut.

"Sebagai seorang yang lebih tua dan lebih berpengalaman saya akan beri nasihat kepada dia tentang perkara ini.

"Bukan dia sahaja, malah mana-mana artis sekalipun yang ingin minta nasihat dan pandangan tanpa bernaung di bawah syarikat saya pun saya sedia membantu," katanya.

Dalam pada itu, Shy8 berkata, dia kini sedang menapis beberapa selebriti yang mahu bernaung dibawah syarikat pengurusannya.

Dia hanya menarima beberapa nama sahaja mengikut terma dan syarat yang dipersetujui secara bersama.

"Saya tidak ambil secara mudah, bagi selebriti yang ingin menggunakan khidmat pengurusan saya perlu mempersetujui syarat yang saya tetapkan.

"Salah satunya ialah perlu menceritakan segala hubungan cinta dan peribadi mereka kepada saya, mempunyai komitmen dengan kerjaya dan berdisplin serta boleh mendengar nasihat," katanya.

"Banyak Kali Saya Cakap Kami Tiada Hubungan" - Afiq Muiz

Posted: 06 Apr 2014 06:38 PM PDT

Afiq Muiz perjelaskan dia tidak pernah bercinta dengan Eina Azman.
PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz menjelaskan dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan pelakon wanita kontroversi Eina Azman walaupun selama ini mereka dilihat sering bersama.

Afiq, 21, berkata, dia berasa lega akhirnya penafian tentang hubungan tersebut terbukti apabila pelakon wanita itu dikaitkan dengan lelaki lain.

"Saya sudah cakap banyak kali yang kami memang hanya kawan dan tidak ada hubungan istimewa tetapi semua orang tidak percaya dan buat spekulasi macam-macam.

"Saya juga tidak tahu dia berkawan dengan siapa cuma saya dan dia memang tiada sebarang perasaan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Ahad.

Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh manakah hubungannya dengan Eina Azman selepas wanita itu dikaitkan bercinta dengan tunangan orang.

Sementara itu, Afiq berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran drama serta terlibat dengan kelab sukan dan tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan Eina.

"Saya sudah lama tidak jumpa dia dan berkongsi cerita kerana saya sangat sibuk dengan penggambaran drama.

"Lagi pula, saya kini sibuk dengan kelab sukan yang memang banyak aktiviti dan tidak ambil tahu sangat pasal kehidupan peribadi dia," katanya.

Tambah Afiq, dia hanya mendoakan yang terbaik kepada wanita itu jika benar-benar Eina sudah mempunyai kekasih.

Dalam perkembangan lain, pelakon ini berkata, dia sedang menyiapkan  penggambaran beberapa drama untuk siaran RTM.

Dia juga bakal kembali untuk berlakon sebuah drama di bawah syarikat produksi Global Station Sdn Bhd pada bulan Jun depan.

Misha menghitung hari

Posted: 06 Apr 2014 06:37 PM PDT


  • Misha menghitung hari
SETELAH tiga kali terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan, akhirnya penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-bunga Cinta, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah@Aisha Omar, 32, bakal melangsungkan perkahwinan pada 2 Mei ini bersama Firos Ezzwan Rossly, 32.

Misha mengikat tali pertunangan bersama Firos yang juga juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada Februari 2012, dan pertama kali merancang mahu berkahwin pada September 2012.

Bagaimanapun hari pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan kerana tunangnya perlu mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen airbus.

Kemudian mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada Februari 2013, akan tetapi jadual kerjaya seni Misha terlalu pada sehingga Oktober tahun sama.

Seterusnya Misha dan Firos sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pada Februari 2014, namun takdir menentukan segalanya apabila ayah Misha, Omar Ismail, 75, meninggal dunia pada awal Disember tahun lalu.
Misha berkata, dia sudah pun mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu).

Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya yang ditemui dalam satu sidang media khas di restoran Holy Smoke, kelmarin.

Misha hormati permintaan ibu

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai hari bahagianya itu, Misha berkata majlis perkahwinannya akan di buat secara sederhana apatah lagi mereka sekeluarga masih bersedih di atas pemergian arwah bapa mereka.

"Kalau ikutkan saya mahu membuat majlis akad nikah sahaja, tapi ibu mahu juga saya bersanding dan keputusan untuk membuat majlis di Kota Bharu juga kerana mengikut permintaan ibu.

"Dia masih lagi rasa kehilangan dan tidak mahu berada jauh dari rumah. Walaupun pada asalnya saya mahu mengadakan majlis perkahwinan di sini tapi demi ibu saya tak kisah untuk teruskan di Kota Bharu," katanya.
Tambah Misha lagi, segala persiapan berjalan dengan lancar biarpun membuat persiapan pada masa yang singkat.

"Ibu memaklumkan pada saya dan adik beradik yang lain untuk melangsungkan majlis saya dengan segera selepas kenduri tahlil arwah ayah selepas 40 hari pemergiannya ia mesti dilangsungkan pada bulan Rejab. Biarpun pada asalnya saya merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas raya.

"Tapi memang betullah apa yang orang kata, kalau masanya memang sudah sampai, semua urusan kita akan dipermudahkan. Persiapan majlis perkahwinan saya berjalan dengan lancar berbanding ketika kami merancang untuk adakan pada bulan Februari dahulu, ada sahaja masalah atau halangan yang timbul," ujarnya.

Sementara itu, tunang Misha, Firos berkata, dia memang sudah bersedia untuk menjadi suami Misha.

"Kami berkawan sudah lama, jadi saya memang sudah bersedia untuk bergelar suami kepada Misha. Bagaimanapun, debaran untuk melalui saat-saat disatukan itu memang ada. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya.

Sedih berpisah

Dalam pada itu, Misha berkata, dalam debaran menanti hati bahagiannya itu, dia sebenarnya bersedih kerana perlu berpisah dengan kakaknya yang dikenali sebagai Mimie.

Apatah lagi, dia dan Mimie mempunyai hubungan yang cukup rapat kerana Mimie bukan sahaja menguruskan kerjaya seninya selama ini tetapi juga turut menyiapkan segala-galanya termasuk memasak buat Misha.

"Bukan sahaja rapat kerana mempunyai hubungan adik beradik tapi kami juga rapat kerana Mimie menyediakan segalanya untuk saya.

"Apabila bercerita mengenai perkahwinan saya, kami menangis kerana kami  tidak mungkin akan duduk sebumbung seperti biasa," katanya.

Misha berkata, bukan dia dan Mimie sahaja yang berasa sedih, bahkan anak angkatnya iaitu  Muhammad Adam Emir, 8, juga bersedih kerana terpaksa berpisah dengan anak angkat kakaknya,  Arissa, 7, yang mana kedua-dua mereka begitu rapat.

"Mereka sangat rapat dan apabila mendapat tahu akan berpisah selepas saya berkahwin, kedua-duanya bersedih. Tetapi Adam memberi kata-kata positif kepada Arissa yang mereka masih lagi boleh berjumpa, cuma tidaklah kerap seperti biasa," ujarnya.

Karier seperti biasa

Menyentuh soal kerjayanya pula, Misha berkata dia akan meneruskan karier seninya selepas berkahwin.  Bahkan dia juga tidak menghalang Firos untuk menjadi juruterbang biarpun selepas insiden MH370.

"Kami menghormati dan menyokong karier masing-masing. Bahkan selepas selesai majlis, saya akan kembali bekerja.

"Saya juga akan keluar dengan album baru tidak lama lagi yang mengandungi lapan buah lagu dan hanya tiga lagu lagi yang masih belum dirakamkan kerana menanti Datuk M Nasir," katanya.

Farid Kamil Turut Buat Kerja Rumah Bantu Isteri

Posted: 06 Apr 2014 06:36 PM PDT

Farid Kamil sering membantu isterinya Diana Danielle di rumah.
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil memberitahu, sebagai suami yang bertanggung jawab, dia tidak akan membiarkan isterinya membuat kerja-kerja rumah seorang diri sebaliknya turut membantu melakukannya.

Farid, 33, berkata, walaupun sibuk dengan tugas sebagai pelakon di lokasi, peranan sebagai suami untuk meringankan beban isteri, Diana Danielle, 23, sememangnya tidak boleh dipandang ringan.

"Saya tidak akan membiarkan isteri membersihkan rumah seorang diri. Jika ada kelapangan saya akan membantunya untuk percepatkan kerja-kerja rumah.

"Selalunya saya akan di beri tugasan untuk membersihkan kawasan luar rumah dan saya suka kerja-kerja itu," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu mengenai perkembangan terbaharu,  pelakon filem Kongsi ini berkata dia telah menandatangani kontrak sebagai duta dobi layan diri Cleanpro Express Sdn Bhd selama setahun.

Katanya, konsep warna dan servis layan diri membuatkan dia tertarik untuk menjadi duta produk tersebut untuk dipromosikan kepada orang ramai.

"Saya fikir konsep yang ditonjolkan oleh CleanPro menepati suasana masa kini yang menuntut kita untuk lebih pantas dalam menyempurnakan basuhan.

"Tambah pula produk ini menampilkan cucian berteknologi yang lebih mudah dan senang untuk digunakan.

Bagaimanapun tidak dinafikan saya mengunakan cara tradisional (cucian tangan) bagi baju yang mempunyai fabrik-fabbrik tertentu," ujarnya.

Cleanpro Express merupakan rangkaian pusat dobi layan diri yang dibuka 24jam.

Ia mempunyai kira-kira 100 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Singapura.
Sebagai permulaan, rangkaian dobi itu memberi 100 jam promosi dengan bayaran RM3 untuk cucian air sejuk bagi semua jenis cucian.

Filem 'Apokalips X' Idea Anak Mamat Khalid

Posted: 06 Apr 2014 06:35 PM PDT

Mamat ingin menghasilkan lebih banyak filem berbentuk fantasi dan fiksyen selepas ini.
PETALING JAYA: Pengarah filem Mamat Khalid memberitahu idea menghasilkan filem terbaharunya Apokalips X  adalah daripada anak-anaknya yang begitu menggemari komik dan novel grafik.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 51, berkata, minat anak-anaknya itu telah memberinya idea untuk menghasilkan filem dengan genre fantasi dan fiksyen berlandaskan bahan bacaan ringan tersebut.

"Komik dan novel grafik ini sebenarnya sangat menarik kerana pelbagai perkara boleh diterjemahkan secara fantasi dan ia sesuatu yang belum pernah dihasilkan oleh mana-mana pengarah di negara ini.

"Apabila tengok anak-anak cukup menggemari komik dan novel grafik, saya mula mengkaji dan merekalah sebenarnya memberi saya idea untuk menghasilkan Apokalips X," katanya kepada mStar Online.

Mamat ditemui selepas majlis tayangan filem berkenaan bersama peminat di E@Curve Damansara di sini, Sabtu.

Apokalips X yang ditayangkan sejak 3 April lalu menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Pekin Ibrahim, Adam (AF2), Dazrin Kamaruddin dan Jehan Miskin.

Dalam perkembangan sama, Mamat berkata, atas dasar itu juga, filemnya itu mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan kerana memberi tumpuan kepada kesan grafik dan teknologi janaan imej berkomputer (CGI).

Katanya lagi, kedua-dua teknik berkenaan banyak digunakan dalam filem tersebut dan dia ingin memastikan semua gambaran direalisasikan dengan baik seperti mana membaca komik atau novel grafik.

"Bukan mudah untuk menghasilkan grafik dan CGI tambahan pula pengalaman saya agak baharu dalam kedua-dua proses berkenaan dan sebab itulah file mini lambat disiapkan.

"Bagaimanapun saya tidak terkilan kelewatan itu kerana mahu memastikan semua kesan khas yang digunakan diterjemahkan dengan baik," jelasnya.

Dalam pada itu, Mamat berkata, Apokalips X adalah sebuah karya berbeza yang pernah dihasilkanya tidak seperti filem-filemnya yang terdahulu.

Mamat berkata, sudah tiba masanya dia melupakan genre komedi buat seketika bagi menumpukan kepada karya-karya yang disifatkan lebih serius dan diluar jangkaan peminatnya.

"Asyik disogokkan dengan filem genre sama tidak boleh juga dan saya sebagai pengarah ini adalah inisiatif untuk menampilkan kelainan dalam menghasilkan karya bermutu untuk tontonan penonton.

"Apokalips X  hanyalah permulaan daripada saya dan akan ada lebih banyak lagi filem-filem berbentuk serius yang akan saya terbitkan," katanya.

Tambah Mamat, dia sudah mula menulis untuk episod pertama dan sekual Apokalips X dan berharap ia dapat direalisasikan pada masa hadapan.

Sementara itu, Mamat berkata, beliau yakin Apokalips X dapat diterima baik oleh penonton kerana ia menonjolkan kelainan yang ada pada filem berkenaan.

"Ini adalah masanya untuk peminat dan pengikut setia filem-filem arahan saya melihat buah tangan berbeza daripada saya," katanya.

Liyana Jasmay Amalkan Yoga, Mahu Jaga Anak Bagai Puteri

Posted: 06 Apr 2014 06:34 PM PDT

Liyana Jasmay bergambar bersama rakan-rakan selepas majlis doa selamat sempena menanti kelahiran bayi sulungnya.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Liyana Jasmay mengamalkan senaman yoga sebagai persediaan sebelum bersalin yang dijangka pada minggu pertama bulan Mei ini.
Liyana, 26,  berkata, senaman itu telah disarankan oleh doktor bagi memudahkannya melalui proses kelahiran.

"Saya telah diminta untuk bersenam yoga agar memudahkan ketika proses kelahiran.

"Malah saya turut mengamalkan petua memakan buah kurma serta minum air zam-zam. Risau juga macam mana keadaan saya nanti. Tetapi saya hanya mampu berdoa yang terbaik agar semuanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah," katanya.

Liyana tetap kelihatan anggun walaupun sarat mengandung anak sulungnya.

Liyana ditemui pada majlis doa selamat sempena menantikan kelahiran anak sulung di kediaman keluarganya di Kemensah Height di sini. Turut diraikan, kakaknya, Adriana Jasmay yang juga bakal melahirkan anak ketiga.

Tambah Liyana, dia mengakui  cukup teruja menantikan kelahiran anak sulungnya itu termasuklah suaminya, Fathuddin Mazlan, 30.
"Kalau nak tahu, saya sudah membuat pelbagai persiapan menantikan anak sulung saya ini dengan menyediakan sebuah bilik untuknya.
"Dan rasanya saya dah banyak beli baju anak, risau pula jika ia tidak sempat nak dipakai. Maklumlah, bayi kan cepat membesar.

"Apa-apa pun, saya akan menjaga dia seperti seorang puteri. Sama macam ibu saya menjaga saya ketika kecil," ujarnya.

Pada majlis doa selamat itu, kira-kira 200 tetamu telah hadir termasuklah rakan artis iaitu Datin Ummi Aida, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Ada Sebab Kaka Azraff 'Sapu' Semua Tawaran

Posted: 06 Apr 2014 06:32 PM PDT

Kaka mebmeritahu dia menerima semua tawaran yang diberikan kepadanya sebagai satu strategi mengukuhkan namanya dalam bidang hiburan.
PETALING JAYA: Penyanyi Kaka Azraff membuat keputusan untuk menerima semua tawaran dalam bidang seni sama ada nyanyian, lakonan dan pengacaraan sebagai satu landasan untuk menjadi terkenal.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 25, berkata, ia juga sebagai strategi bagi mengukuhkan namanya sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang nyanyian.

"Setakat ini saya terima sahaja apa juga tawaran sama ada lakonan atau pengacaraan kerana saya ingin membina nama terlebih dahulu.

"Itu bukan bermakna saya tamak atau tidak fokus dalam industri tetapi saya mahu mengambil peluang ini untuk dikenali dan selepas itu barulah saya tumpukan kepada nyanyian," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Kaka yang terlibat dalam pementasan Projek Kahwin  pada 6 hingga 14 Jun depan di Istana Budaya, menganggap penglibatannya dalam teater itu sebagai satu peluang keemasan kepada dirinya.

Katanya, dia akan menggunakan kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, ditanya mengenai pendapatnya apabila dipilih sebagai pelakon pilihan kedua untuk teater itu, Kaka berkata, dia tidak pernah kisah tentang hal tersebut.

"Saya tidak meletakkan diri saya di tahap mana dalam industri ini, jadi saya tidak hirau pun  sama ada menjadi pilihan pertama atau kedua.

"Apa yang penting ialah peluang saya untuk menunjukkan bakat yang saya ada kepada peminat dan masyarakat.

"Saya tahu bukan senang pendatang baru seperti saya dapat peluang untuk beraksi di pentas Istana Budaya ini," katanya.

Kaka yang sedang dalam promosi single terbaharunya berjudul Terpulanglah menganggap pementasan teater ini juga sebagai salah satu cara dia mempromosikan lagu tersebut.

Ashraf Muslim timang cahaya mata pertama

Posted: 06 Apr 2014 06:29 PM PDT


  • Ashraf Muslim timang cahaya mata pertama - Foto Instragram Wan Sakinah
PELAKON, Ashraf Muslim selamat menimang cahaya mata pertamanya, malam tadi.

Melalui laman instagramnya, isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkongsi berita gembira itu dan menyatakan kesyukuran.

"ALLAHUAKBAR... Salam Subuh semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.51 kilogram secara normal. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan. Alhamdulillah ibu dan anak sihat," tulisnya.

Dalam pada itu, Sakinah dilihat menulis kata-kata semnagat kepada isteri pertama Ashraf, Noor Dayana Lokman.

"Assalamualaikum sayang. Selamat datang ke bumi ALLAH. Awak ada dua ibu tau. Kami sayang kamu Dayana!!

"Tahniah B (Ashraf)!! Awak dah jadi ayah," tulisnya lagi.

Ashraf dan Sakinah berkahwin pada 7 Julai tahun lalu di Thailand.

Tengking peminat: Bukan salah suami!

Posted: 06 Apr 2014 06:27 PM PDT


  • Tengking peminat: Bukan salah suami!
TIMBUL cerita tidak enak mengenai suami pelakon dan penyanyi Betty Banafe, iaitu Bruce Dargus, apabila dikatakan telah memarahi dan menyergah salah seorang peminat yang mendekati mereka di sebuah pusat membeli-belah, di ibu kota, baru-baru ini.

Menyedari perkara itu, Betty, bagaimanapun tampil bersuara bagi mengelakkan salah faham yang berlarutan.

"Ketika kami berjalan-jalan, tiba-tiba datang seorang peminat yang menjerit teruja apabila ternampak kami bersama anak (Julia) dan cuba memegangnya. Bagi saya, itu biasa saja. Iyalah mungkin peminat kami tengok anak kami ni comel sangat. Tapi Bruce, pula terkejut mungkin takut anak kami dicederakan.

"Lepas itu dia menjauhkan anak dan memarahi peminat tu. Dia juga bertanya kepada peminat tu 'Do I know you??'. Mungkin sebab itulah peminat terkejut dan berbangkitlah isu ini. Bagi saya ia tidak ada sebarang masalah. Cuma mungkin Bruce memang tidak biasa dengan keadaan seperti itu. Saya hanya ketawa melihat gelagatnya.

"Bruce yang saya kenal memang sangat pentingkan keselamatan anak kami (Julia Clair Dargus). Di sini, saya tidak boleh menyalahkan peminat mahupun suami saya, kerana perkara itu berlaku secara spontan," katanya.

Lebih bertanggungjawab

Ditanya mengenai kehidupannya sejak bergelar ibu empat bulan lalu, Betty mengakui sangat teruja dan mahu lebih memahami tanggungjawab dan pengorbanan seorang ibu. Melihat anak yang sedang membesar di depan mata, membuatkannya mahu berusaha memberikan yang terbaik.

"Memang seronok jadi ibu. Tapi saya lebih kagum kepada ibu yang mempunyai ramai anak dalam masa yang sama mereka turut bekerja. Bagi saya nak menjaga seorang pun sudah rumit. Tapi Alhamdulillah, Julia seorang anak yang sangat senang diuruskan.

"Dia bukan yang mudah merengek. Itu yang membuatkan saya lebih mudah bergerak dan tak menyukarkan saya untuk membawanya ke tempat kerja.

"Malah, sekarang ini keutamaan saya adalah keluarga dan anak. Mereka yang paling penting dalam hidup saya," katanya yang bakal menjalani penggambaran klip video bagi single keduanya, Naluri, yang juga merupakan tema telemovie Pelesit.

Engku Emran rindui Erra Fazira?

Posted: 06 Apr 2014 06:25 PM PDT


  • Imbau kenangan bersama...
BERITA perpisahan pelakon terkenal, Erra Fazira bersama bekas suaminya, Engku Emran, sememangnya memeranjatkan seluruh masyarakat terutamanya peminat.

Mana tidaknya, sebelum ini mereka sering menafikan pelbagai khabar angin berhubung keretakan rumah tangga yang dibina sejak 2007.

Baharu sahaja melalui detik perpisahan pada pertengahan Februari lalu, namun pasangan ini ternyata tidak menjadikan penceraian sebagai halangan untuk membahagiakan anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Turut menyambut hari lahir puterinya yang kelima itu bersama, ia jelas memperlihatkan tiada sebarang perseteruan antara mereka.

Malah, sejak akhir-akhir ini, Engku Emran menerusi laman sosial, Instagramnya juga turut memuat naik gambar lama mereka bersama.

Salah satu gambar yang menarik perhatian pengikut laman itu adalah foto perkahwinan mereka yang dirakam ketika menaiki motosikal secara beriringan.

Menerusi foto itu, Emran turut menulis, 'Dear ALLAH... in this hour exactly 5 years ago... U gave these 2 souls Precious... and juz like the pic describes, they were the happiest parents in ur entire universe... Happy Birthday Aleesya… Love, Ayah'.

Sebelum ini, Emran juga pernah memuat naik gambar bekas isterinya bersama Aleesya, ketika berada di Makkah.

Dalam entri foto itu, Emran turut menulis, 'Circa 2010 Aleesya at 1+... since its the holiest day of the week... i thod i shud share the holiest pic in my album taken in the holiestplace in the entire universe... Aleesya and her Syurga in front of the stairwayto syurga... MasyaALLAH'.

Tindakan Emran menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman maya kerana ia lebih kepada mengimbau kenangan-kenangan manis bersama bekas isterinya itu.

Masihkah ada kerinduan Emran buat Erra? Apatah lagi, ramai peminat mula menyarankan agar mereka berdua kembali bersatu.

Ayu pelengkap hidup Radhi OAG

Posted: 06 Apr 2014 06:24 PM PDT


  • Radhi
EMPAT tahun hidup solo, akhirnya penyanyi Radhi OAG atau nama sebenarnya M. Radhi Razali, 37, kembali mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nor Shahira Ayu Zahiri, 20, pagi Jumaat lalu, di masjid Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini, dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Firdaus Subhi, dengan mas kahwin berjumlah RM300.

Sebelum akad nikah, majlis disempurnakan terlebih dahulu dengan acara merisik. Kemudian di susuli dengan majlis pertunangan. Ia menyaksikan Ayu menerima tiga bentuk cincin selain wang hantaran berjumlah RM30,000.

Selain itu, pihak lelaki turut membawa 14 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Charles & Keith, minyak wangi Boss, sebentuk cincin, kek dan senaskhah Al Quran. Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 12 dulang hantaran.

Berlangsung secara sederhana, majlis ini dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri dari pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat mereka.

"Alhamdulillah... saya bersyukur kerana majlis berjalan lancar dan kami berharap agar perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Perkahwinan ini melengkapkan lagi hidup saya," ujar Radhi sebaik saja selamat bergelar suami kepada Ayu.

Jelas Radhi, setakat ini mereka masih belum mendapatkan tarikh yang tepat untuk mengadakan majlis resepsi. Namun kemungkinan besar majlis akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti.

"Memang ada rancangan untuk meraikan hari bahagia kami bersama peminat. Paling lambat pun, hujung tahun nanti," katanya.

Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia sembilan tahun.

"Tunggu 4 tahun nikahi Ayu" - Radhi

Kegagalan perkahwinan yang lalu, hampir membuatkan Radhi serik untuk berumah tangga lagi. Sementelah di saat itu juga dia terpaksa bertarung dari ketagihan dadah. Namun pertemuannya dengan gadis muda, Ayu, yang ketika itu masih bersekolah banyak mengubah kehidupannya.

Lebih bermakna apabila pertemuan itu akhirnya membawa kepada ikatan suci dan menjadi titik permulaan baharu dalam hidupnya.

Menurut Radhi, dia merasakan pernikahan kali kedua ini merupakan satu perkara terbesar dan paling berharga dalam hidupnya.

Menganggap isterinya merupakan jodoh terbaik yang dikurniakan ALLAH SWT kepadanya, Radhi mengakui Ayu merupakan sebahagian daripada semangat, yang menggerakkannya untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain.

"Saya tunggu Ayu selama empat tahun untuk hidup bersamanya. Saya pilih dia sebab dia bagaikan 'tulang belakang' saya. Jika diikutkan kesan daripada pengambilan dadah yang lalu, otak saya dah tak 'fresh' ada kalanya tidak mampu berfikir dengan baik. Ayulah yang banyak bantu saya.

"Walaupun dia muda, tapi dia sangat matang. Kadangkala dia buat saya berfikir sejenak hanya melalui beberapa perkataan saja. Dia sangat 'cool' dan sentiasa buat saya berfikir secara mendalam. Apa sahaja percakapannya sangat berguna.

"Malah, dia juga sangat menitikberatkan kehidupan yang sihat. Sejak dulu, dia dan keluarga banyak membantu saya meninggalkan jalan hidup saya yang dulu," kata Radhi yang mengakui sedah bebas sepenuhnya dari najis dadah selepas menjalani rawatan pemulihan di Rumah Pengasih.

Mengimbau detik pertemuannya bersama Ayu, pengacara Switch Off ini berkata, dia sudah mengenali Ayu sejak lima tahun lalu.

"Ketika itu, saya sedang membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara. Kebetulan Ayu datang menonton. Pada mulanya, saya anggap dia hanyalah sebagai peminat. Namun lama-kelamaan kami semakin rapat dan saya tertarik dengannya," kata Radhi.  

Pujuk Radhi ubah sikap

Dalam pada itu, Ayu juga turut berkongsi pengalamannya mengenali Radhi. Menurut Ayu, walaupun Radhi mempunyai sejarah hitam namun, dia dan ahli keluarganya menerima dan sentiasa menyokong secara positif untuk melihat perubahan Radhi.

"Pada mulanya mak selalu nasihat saya agar berhati-hati dan jangan berkawan dengan orang yang mengambil dadah dan berpelesiran dengan kawan-kawan yang tak tentu hala. Namun, dalam saya berhati-hati itu, akhirnya saya berjumpa dengan Radhi. Masa itulah saya sentiasa memujuknya untuk berubah, meninggalkan penagihan dan pergi ke pusat pemulihan.

"Pada masa itu, Radhi selalu nak tahu kenapa saya tak habiskan masa saya untuk berhibur pergi ke kelab malam dan cuba gunakan masa remaja saya, namun, saya memberitahunya, hanya melihat sejarah hidupnya, sudah cukup mengajar saya erti kehidupan. Pemikiran itu yang membuatkan Radhi kagum dengan saya," katanya yang menerima Radhi kerana kesungguhan Jejaka yang berasal dari pulau borneo itu untuk memperisterikannya.
Menurut Ayu, baginya Radhi adalah seorang yang amat terbuka dan sangat menghormati orang lain.

"Segala nasihat yang saya berikan, dia dapat terima sekali gus berjaya mengubah dirinya untuk menjadi lebih positif," katanya.

Di tebak mengenai perbezaan umur antara mereka, Ayu berkata perkara itu tidak menjadi masalah besar, kerana dia menerima Radhi seadanya.

"Bagi saya, ada satu persamaan bagi kami berdua, jadi soal perbezaan umur tidak menjadi halangan memandangkan Radhi juga banyak mengajar saya erti kehidupan. Daripada pengalaman Radhi yang lalu, saya dapat lihat bagaimana laluan kehidupan yang sebenar," katanya.

Jenayah: Tiga lelaki dicari

Posted: 06 Apr 2014 06:17 PM PDT


  • Tiga lelaki dicari
KAMPAR – Polis Kampar meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga individu dipercayai terbabit dalam pelbagai kes jenayah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketiga-tiga lelaki itu diminta tampil bagi membantu siasatan kes yang berkaitan di bawah Seksyen 395/397 dan 379 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mereka yang berusia 27, 28 dan 29 tahun itu dipercayai tinggal di Perak, Johor dan Kedah berdasarkan alamat tertera pada MyKad masing-masing.

"Lelaki yang dikehendaki polis itu adalah Mohd Faizal Ahmad Nazari, 27, beralamat di Kampung Kinjang Lama, Chendriang dan dipercayai terbabit dalam kes ragut.

"Selain itu, polis turut mengesan, Fahmi Hisham Rahim, 28, beralamat di Taman Kluang Barat, 86100 Johor dan Nor Mizam None, 29, beralamat di Kampung Abas, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

"Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam kes samun kereta di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) baru-baru ini" katanya.

Kong Soon berkata, kesemua individu terbabit digesa tampil ke balai polis berhampiran atau orang ramai yang mengenali mereka diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222 atau 05-465 0020.

Laksa berkuah tisu

Posted: 06 Apr 2014 06:13 PM PDT


  • Laksa berkuah tisu Kuah laksa yang masih mempunyai tisu dibeli di Pekan Sehari Temerloh pagi semalam.
TEMERLOH - Hasrat seorang lelaki untuk sarapan pagi bersama ibu di rumahnya di Taman Bahagia, dekat sini terbantut apabila nyaris termakan laksa berkuahkan tisu.

Mangsa seorang kakitangan kerajaan berusia 38 tahun yang enggan dikenali berkata, laksa itu dibeli di Pekan Sehari Temerloh jam 10 pagi semalam daripada seorang penjual yang biasa dibelinya.

Menurutnya, dia membeli tujuh bungkus laksa itu dan dibawa pulang untuk bersarapan pagi bersama keluarga termasuk ibunya di rumah.

"Saya memang biasa beli di situ, sebelum ni memang tak syak apa-apa, kami makan macam biasa, pagi tadi (semalam) baru makan dengan emak, emak yang perasan.

"Emak gaulkan isi kuah, lepas tu nampak kuah laksa itu lain macam, bila basuh nampak jelas ada tisu," katanya.

Lelaki terbabit berkata, selera mereka sekeluarga terbantut susulan penemuan tisu dalam kuah laksa itu.

"Kalau kuah laksa itu ikan memang tak akan jadi macam itu, bila dibasuh baru lihat gumpalan tisu pada kuah.

"Lepas itu kami semua terus tak lalu makan, buang saja semua tujuh bungkus yang dibeli," katanya.

Menurutnya, tisu itu mungkin sengaja digaul bersama kuah ikan supaya kelihatan lebih pekat atau mungkin juga peniaga itu tidak perasan tisu itu termasuk ke dalam kuah laksa.

Perlu wujud Wi-Fi percuma di lokasi tumpuan

Posted: 06 Apr 2014 06:10 PM PDT


  • Perlu wujud Wi-Fi percuma di lokasi tumpuan Seorang wanita melayari internet menggunakan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan negeri secara percuma selepas majlis perasmian projek perintis Terengganu Open Wifi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, hari ini. 
KUALA TERENGGANU - Semua kerajaan negeri perlu berusaha mewujudkan akses internet tanpa wayar di wilayah masing-masing untuk memudahkan orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet Wi-Fi secara percuma di lokasi tumpuan.
  
Menyarankan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata kementeriannya sedia bekerjasama untuk tujuan itu bersama mana-mana kerajaan negeri.
  
Katanya sebagai contoh, kerajaan negeri Terengganu yang komited memberikan kemudahan 'Terengganu Open Wi-Fi' kepada orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet dengan menyediakan kemudahan WiFi secara percuma di 600 lokasi strategik melibatkan peruntukan RM30 juta.
  
"Ia merupakan satu inisiatif yang bagus dari Terengganu kerana kadar penembusan jalur lebar kebangsaan perlu dipertingkatkan di mana ketika ini telah mencapai 67.1 peratus setelah pelbagai program dihasilkan di bawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan," katanya.
  
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek Perintis Terengganu Open Wi-fi bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.

Program Pelan Jalur Lebar Kebangsaan itu termasuk program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, peluasan liputan selular dan program Komputer 1Malaysia.
  
Dalam perkembangan lain, menurut Jailani sebanyak 39 menara telekomunikasi akan dipasang di seluruh Terengganu melibatkan kos RM58.5 juta dimana setakat ini kadar penembusan jalur lebar di Terengganu mencatat kadar 57.3 peratus.
  
Menurutnya pembinaan menara tambahan itu merupakan sebahagian daripada rancangan membina 1,000 menara telekomunikasi di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.
  
Sementara itu Ahmad berkata daerah Kuala Terengganu dipilih sebagai projek perintis 'Terengganu Open Wi-fi' sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Terengganu.
  
Katanya kemudahan itu sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan orang ramai terutama di semua kawasan Pejabat Daerah dan Tanah, kawasan Pantai Peranginan Batu Buruk, hospital, stesen bas, pasar, kawasan bandar dan perpustakaan selain termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
  
Ahmad berkata, setakat ini lima lokasi telah sedia dipasang kemudahan capaian akses Wi-Fi percuma termasuk di Pantai Peranginan Batu Buruk, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Perpustakaan Awam Kuala Terengganu dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Bekalan RON95 habis

Posted: 06 Apr 2014 06:09 PM PDT


  • Bekalan RON95 habis Notis pemberitahuan stok RON95 habis buat sementara waktu diletakkan di nozel pam minyak untuk makluman pengguna.
KEMAMAN – Keadaan bekalan minyak RON95 yang kehabisan stok di beberapa stesen minyak di sekitar bandar Chukai kelmarin, menimbulkan rungutan pengguna kerana terpaksa membeli RON97 yang harganya lebih tinggi.

Pekerja swasta, Siti Hawa Abdul Rahman, 29, berkata, RON95 yang kehabisan di beberapa stesen minyak di pusat bandar daerah ini mengejutkannya kerana tidak pernah mengalami situasi berkenaan.

"Pada mulanya saya pergi ke stesen minyak di kawasan sempadan Terengganu-Pahang di Chendor, tapi saya terkejut apabila lihat kenderaan beratur panjang kerana sebahagian daripada pam RON95 di stesen minyak itu sudah kehabisan minyak dan ditampal notis pada pam berkenaan.

"Sebab tak mahu tunggu terlalu lama, saya berpatah balik ke bandar Chukai dan sejurus sampai di sebuah stesen minyak di situ saya terkejut kerana pada nozel pam RON95 semua diletakkan notis stok RON95 habis buat sementara," katanya.

Menurutnya, ekoran terdesak dia terpaksa mengisi minyak RON97 yang harga semasanya RM2.90 seliter berbanding RON95 yang berharga RM2.10 untuk setiap liter.

"Dalam keadaan kos sara hidup yang makin tinggi apatah lagi di Kemaman yang memang terkenal dengan harga barang makanan yang mahal, saya terpaksa berjimat dengan isi minyak guna RON95.

"Tapi apabila berdepan dengan situasi seketika ini, nak tak nak kena isi juga minyak RON97. Biarpun beza harga kedua-duanya tak sampai RM1 dan minyak RON97 dikatakan lebih berkualiti, tapi ia tetap beri kesan kepada perbelanjaan harian," katanya.

Sementara itu, remaja dari Kampung Semayor, Kemasik, Muhammad Muizzuddin Che Alias, 18, berkata, dia turut terperanjat apabila beberapa stesen minyak di bandar Chukai yang dikunjunginya kehabisan RON95.

Kedah dilanda musim bunga!

Posted: 06 Apr 2014 06:03 PM PDT


  • Kedah dilanda musim bunga! Potensi jadi satu destinasi pelancongan baru negeri
ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu.

Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

Malah pengguna laman Facebook tidak terkecuali memuat turun keindahan suasana itu untuk dikongsi bersama sahabat handai, yang tidak berpeluang melihat sendiri keindahan alam ini.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal turut mencadangkan agar sebuah taman diwujudkan hanya dipenuhi lanskap pokok ini, yang digelar pokok Sakura Malaysia.

Dalam komennya itu, Faisal mencadangkan antara lokasi sesuai antaranya Taman Jubli Emas Suka Menanti dan perkarangan Stadium Darul Aman.

"Alangkah cantiknya jika satu kawasan taman atau tanah lapang, dipenuhi lanskap pokok ini sahaja. Saya dapat bayangkan apabila musim bunga, pelbagai warna menghiasi kawasan. Tidak mustahil jadi tarikan pelancong ke Kedah," katanya.

Tambahnya, Kedah berpotensi mewujudkan taman Sakura, seperti di Akasaka Palace Garden di Tokyo, atau Washington Monument yang dipenuhi pokok Cherry Blossoms, menarik ribuan pengunjung setiap kali bunganya mekar.

"Setiap kali musim bunga, berduyun pelancong berkunjung. Kedah boleh menjadi perintis wujudkan taman Sakura Malaysia dengan adanya taman khas, seperti di Bangalore sinonim dengan ros, Belanda (Tulip), China (Cherry Blossoms) dan Jepun (Sakura)," katanya.

Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.

Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.

Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.

Penduduk turut mendakwa apabila pokok itu mengeluarkan bunga yang lebat, selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya musim hujan.

Nurul Shamira Mohd Iqbal, 10, berkata, dia dan rakan terpegun dengan keindahan bunga itu dan merakamkan gambar untuk kenangan setiap tahun.

"Ramai orang yang lalu lalang di Jalan Gangsa ini, memberhentikan kenderaan dan merakamkan gambar di sini. Kawasan ini bagaikan sebuah taman berbanding hari biasa, hanya belukar," katanya.

Rozita Che Wan bakal fail saman

Posted: 06 Apr 2014 06:00 PM PDT


  • Rozita Che Wan bakal fail saman
"SAYA bagi tempoh dua minggu (14 hari) untuk mereka memadam dan menurunkan iklan!," tegas pelakon cantik, Rozita Che Wan, berhubung isu penggunaan gambar dan namanya tanpa pengetahuan untuk tujuan promosi produk.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, terdapat dua pihak dari produk yang berlainan telah menggunakan nama dan gambarnya untuk melariskan produk mereka.

Malah, pihak berkenaan turut mempamerkan keberanian dengan mempromosikan produk itu di laman sosial milik pelakon Kiah Pekasam ini.

"Ada dua produk yang menggunakan nama saya secara tidak sah dan tanpa kebenaran di laman sosial. Ia adalah produk kesihatan, kesuburan serta kecantikan luaran.

"Saya mengetahui perkara ini sejak tiga bulan yang lalu dan pengurus peribadi saya telah cuba memberi amaran agar tidak meneruskan penipuan itu.

"Namun, sehingga kini, teguran itu tidak diendahkan. Sekiranya mereka masih berdegil, saya akan hantar notis tuntutan," katanya ketika sidang media khas yang diadakan pada Jumaat lalu.

Sidang media yang bertempat di Flora Café, Amp Walk, Ampang, itu turut ditemani peguamnya, Ahmad Fuad.

Jelas Che Ta, sidang media ini adalah amaran terakhir yang diberi kepada stokis berkenaan agar memadam dan menarik balik iklan berkenaan.

Tanggung kerugian

Walaupun ia bukanlah insiden pertama, namun Che Ta memberitahu, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu turut mengganggu periuk nasinya.

Che Ta yang dilantik sebagai duta kepada dua produk kecantikan, Safi Rania Gold dan Longevite, ini mengakui teknik pemasaran yang dilakukan pihak berkenaan telah mengakibatkan kerugian kepadanya mencecah RM500,000.

Kata isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, dia berdepan dengan kesukaran apabila ada pihak yang ingin menjadikannya sebagai duta produk.

"Sebelum ini, saya menerima tawaran untuk jadi duta produk. Namun, saya terikat dengan produk 'tidak sah' itu.

"Jadi, saya tidak dapat memenuhi tawaran berkenaan. Sebelum ini, pernah juga terjadi, namun saya hanya mengambil sikap berdiam diri dan pejam mata.

"Saya percaya, bukan saya seorang sahaja selebriti yang berdepan dengan perkara ini. Kes sebegini tidak boleh dianggap enteng kerana ia member impak kepada pendapatan dan penipuan terhadap pembeli," katanya lagi.

Tambah Che Ta, dia juga turut menegur tindakan individu berkenaan agar pelanggan tidak tertipu dengan taktik yang digunakan.

"Dia 'tag' di laman sosial saya mengenai produk ini dan menulis saya juga turut menggunakannya. Saya menafikannya dan menegur, 'tak baik menipu pelanggan'.

"Saya tidak pernah mencuba dan menerima set percubaan walaupun sebelum ini pihak itu pernah menawarkan kepada saya.

"Mereka juga tidak pernah menyatakan keinginan untuk menjadikan saya sebagai duta mereka. Itu yang saya pelik," katanya lagi.

Kuat makan

Terpaksa berdepan dengan permasalahan ini diwaktu hamil, bagaimanapun, Che Ta memberitahu, ia langsung tidak menjejaskan kesihatan dan emosinya ketika ini.

Katanya, di usia kandungan kini yang mencecah tiga bulan, dia masih boleh mengawal emosi dan segalanya masih seperti biasa.

"Saya tak rasa tertekan pun kerana ada cara penyelesaiannya. Cuma, sejak hamil, saya perasan saya selalu cepat nak marah.

"Dalam apa-apa hal, kalau lambat, mesti saya marah. Namun, tak adalah sampai perubahan ketara.

"Tapi, dalam bab makan, memang berubah habis. Kalau dulu saya makan nasi sekali sehari, sekarang dua kali. Jam 11 pagi, saya dah kena makan dan asyik lapar sahaja," katanya sambil ketawa.

Tambah Che Ta, kehamilan ketiga ini membuatkan dirinya sentiasa penat dan tidak bermaya. Malah, banyak masa dihabiskan untuk tidur sahaja.

"Kalau nak dibandingkan dengan kehamilan sebelum ini, saya tak pasti sama atau tidak kerana ia 16 tahun yang lalu.

"Tapi, ada orang beritahu, hamil di usia ini akan member kesan seperti cepat letih. Saya perasan, kalau di rumah, saya banyak tidur dan rasa lemah badan.

"Tapi, bila dah keluar, seronok pula. Hilang segala sakit-sakit yang ada. Alhamdulillah, saya tidak alami sebarang alahan, Zain pun sama. Kalau saya makan, dia pun makan," katanya yang mengakui berat badannya bertambah empat kilogram (kg).

Bertanya mengenai jantina anak, Che Ta mengakui dia lebih teringin untuk memiliki anak perempuan kerana sudah ada dua anak lelaki.

"Kalau saya, saya nak perempuan. Tapi, anak-anak saya nak adik lelaki. Namun, saya tak kisah, lelaki ke perempuan, sama sahaja," katanya yang bakal menyambut kehadiran cahaya mata pada pertengahan Oktober nanti.

Nabil cipta lagu untuk isteri

Posted: 06 Apr 2014 05:57 PM PDT


NABIL dan Adelia saling kenal mengenali antara satu sama lain selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan.


HUJAN renyai yang membasahi pekarangan Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur pada hari Sabtu minggu lalu tidak membataskan majlis resepsi penyanyi Nabil Zamanhuri, 27, dan pasangannya, Adelia Citra Hapsari, 26, untuk terus berlangsung dengan penuh meriah.
Pasangan yang terlebih dahulu dinikahkan di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor itu kelihatan begitu berseri-seri tatkala berjalan masuk ke dalam ruang persandingan sambil diiringi oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat handai.
Sama cantik, sama padan, Nabil dan Adelia terus mengukir senyuman walaupun kerap kali diusik oleh pelakon Zulin Aziz selaku pengacara majlis pada malam tersebut. Sepanjang majlis tersebut berlangsung, jelas terpancar riak gembira pada wajah tenang kedua-dua mempelai itu.
Ketika berpeluang bertemu dengan pasangan tersebut sejurus selepas tamatnya majlis resepsi itu, Nabil dengan nada gembira memberitahu, dia berasa cukup teruja dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang suami.
"Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi ini bersama isteri saya, Adelia.
"Sebagai individu yang sudah memiliki status baharu, saya tidak sabar untuk menanti hari esok bagi menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Ia pasti memberikan sebuah pengalaman baharu untuk diri saya," ujarnya sambil tersenyum.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan yang ada pada isterinya, penyanyi yang mula melakar nama menerusi program nyanyian Mentor ini memberitahu, Adelia merupakan seorang wanita yang baik hati serta elok budi pekertinya.
Selain itu, wanita yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu juga tidak pernah lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Sepanjang mengenalinya, Adelia banyak menonjolkan sifat-sifat positif yang ada pada seorang wanita. Selain daripada baik hati, dia juga gemar memberikan sedekah kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.
"Itu antara sifat yang ada pada diri Adelia yang membuatkan saya begitu tertarik dengannya," ujar Nabil.

SUASANA meriah pada majlis resepsi pasangan Nabil dan Adelia.


Cipta lagu
Dalam mengekspresikan rasa cintanya terhadap Adelia, Nabil turut menghadiahkan isterinya dengan sebuah lagu yang diciptanya sendiri. Lagu tanpa tajuk itu dipersembahkan bersama-sama rakannya sebelum acara memotong kek berlangsung.
"Pada asalnya, lagu ini merupakan lagu yang saya cipta pada masa senggang bersama rakan-rakan. Lirik yang terkandung dalam lagu demo juga bukan berkisar tentang kisah cinta kami berdua.
"Namun begitu, ketika menghadiri majlis raptai, saya terus terfikir untuk menyanyikan lagu ini sebagai kejutan untuk Adelia. Saya harap dia benar-benar terkejut," ujarnya sambil tertawa.
Selain Nabil, majlis resepsi itu turut diserikan dengan nyanyian rangkaian lagu-lagu berunsur keagamaan oleh Lah, bekas ahli kumpulan R&B terkenal, V.E.
Turut hadir memeriahkan majlis, penyanyi bersuara lantang yang juga mentornya, Nora, hadir bersama suami, Johan Nawawi serta anak-anak.
Masak untuk Nabil
Bagi Adelia, perkahwinannya dengan Nabil merupakan satu titik permulaan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Jelasnya, banyak perkara yang perlu dipelajarinya apabila telah bergelar isteri termasuklah memasak untuk suami yang tercinta.
"Saya sudah bergelar seorang isteri, jadi saya harus belajar memasak untuk Nabil," ujar Adelia sambil tersenyum. Adelia yang kini menetap di Kuala Lumpur bekerja sebagai ketua kompositor di syarikat penerbitan animasi, Animonsta Studio Sdn. Bhd. di Cyberjaya.
Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sewaktu menuntut dalam jurusan Animasi Perfileman di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya.
Selepas tiga tahun bercinta, Nabil dan Adelia mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu.

Fasa matang Diddy

Posted: 06 Apr 2014 05:55 PM PDT

ADA peminat yang memanggilnya dengan nama Didie Alias.


SELEPAS melancarkan single kedua Lelaki Atas Awan empat tahun lalu, lulusan Akademi Fantasia musim keempat, Diddy Hirdy seperti hilang daripada radar industri hiburan tempatan.
Bagaimanapun jelas Diddy, sepanjang tempoh itu dia sibuk menyambung pengajiannya di sebuah universiti awam dan pada masa sama menguruskan keluarganya.
Percaya atau tidak cerita Diddy berseloroh, dia pernah disapa dengan panggilan Didie Alias dalam kalangan peminatnya ketika bertemu di tempat awam.
"Lucunya, apabila ada peminat yang memanggil saya dengan nama Didie Alias, saya ketawa tapi iyakan saja. Walau tersalah nama tapi itu buktinya saya masih diingati peminat.
"Saya tidak menghilang cuma mungkin nampak hilang sebab jarang keluar media dan tiada produk seni dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"Lagipun saya sibuk menghabiskan baki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Utara Malaysia, Kedah dan insya-Allah akan bergraduasi pada bulan September nanti," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Bidadari Hati di Loulpop Studio & Art Gallery, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tak hilang
Jelas Diddy atau nama sebenarnya, Syamsul Hirdy Muhid, 29, dia masih aktif menyanyi sepanjang menuntut di universiti berkenaan tapi pada masa sama meletakkan fokus terhadap rumah tangga yang dibinanya tiga tahun lalu.
"Tumpuan saya juga pada keluarga saya kerana selepas berkahwin saya sendiri memilih untuk melekat bersama keluarga dan melihat anak saya membesar depan mata," ujar bapa kepada Nadra Ayrssa Jauza, 4 tahun.
Diddy telah melangsungkan perkahwinan dengan Allen Nor Azah Musa di Pasir Gudang, Johor pada awal tahun 2010.
Tiada sebarang produk dalam tempoh masa yang panjang, Diddy mengakui yang dia terseksa dan sentiasa mencari peluang untuk berkarya dengan komposer ternama.
"Sebagai anak seni, penantian tanpa sebarang karya adalah suatu penyeksaan tapi syukur Alhamdulillah saya dipertemukan dengan komposer berbakat besar Tam Spider yang bersetuju untuk berkolaborasi dalam single terbaharu ini," katanya.
Segan bersinglet
Ditanya kekuatan lagu Bidadari Hati, kata Diddy, single itu punyai kualiti dari segi melodi dan lirik yang dicipta oleh Poji.
"Bukan senang sepanjang proses pembikinan single ini, demo awal lagu ini seratus peratus berbeza berbanding hasil akhirnya.
"Saya mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi untuk memantapkan lagi penyampaian dan teknik nyanyian saya, sesuai dengan kematangan dan perubahan yang ingin saya lakukan," tambah Diddy.
Dalam perkembangan sama, Diddy turut melancarkan klip video Bidadari Hati yang diarahkan oleh Khairul Hazwan dan dirakam di Pulau Tioman pada hujung bulan Februari lalu.
"Perbincangan untuk klip video ini bermula sejak bulan Oktober tahun lalu lagi dan saya mengambil inisiatif untuk ke gimnasium bagi memperkemaskan bentuk badan saya memandangkan penggambaran dijalankan di tepi pantai.
"Memang saya segan untuk imej sedemikian tambah pula saya tidak pernah memakai singlet di depan orang ramai, Alhamdulillah sepanjang tiga bulan berlatih, saya mendapat bentuk tubuh yang diinginkan," singkapnya.
Diddy bakal mengikuti pengajian singkat selama sebulan di Royal College of Music, London, England bermula 23 April ini menerusi program Singing Out London.

Adi Putra komen foto bertuala

Posted: 06 Apr 2014 05:54 PM PDT


ADI PUTRA tidak bercadang untuk menarik diri daripada pementasan teater Islamik, Di Bawah Lindungan Kaabah.


KEMBALI bergema kisah sensasi pelakon popular Adi Putra apabila pada awal minggu lalu, sekeping foto pelakon sasa itu yang hanya memakai tuala tanpa berbaju telah tersebar di Internet.
Foto yang dipercayai dirakamkan secara bersendirian di hadapan cermin sebuah bilik mandi itu memaparkan Adi hanya menyarung sehelai tuala putih.
Apa yang menjadi isu, Adi bakal terbabit dengan pementasan teater Islamik, Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya bermula 9 hingga 18 Mei depan.
Justeru, penyebaran foto itu ketika Adi bakal terbabit dengan teater tersebut sudah pasti mengundang kontroversi.
Ketika ditemui pada majlis sidang akhbar teater tersebut di bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Kosmo! mendapatkan penjelasan Adi berhubung perkara itu. Ikuti temu bual tersebut.
Kosmo!: Selepas kes skandal dengan isteri orang, sekeping foto Adi tidak berbaju tersebar pula di internet. Apakah komen anda?
ADI PUTRA: Kadang-kadang manusia terlepas perkara yang kecil dan besar dan kita perlu bertanyakan pada diri sendiri bilakah kali terakhir Tuhan menampar kita? Perkara itu tidak menghalang saya untuk terus memberikan impak kepada pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah.
Kes sebelum ini sudah selesai tetapi masih ada lagi tindakan daripada pihak terbabit termasuk cuba mengaibkan Adi melalui penyebaran foto itu. Komen Adi?
Saya tidak mahu komen lanjut. Selagi Allah tidak menghalalkan sesuatu itu dan menyatakan itu salah saya, maka saya berpegang pada prinsip ini. Perkataan pendek yang boleh saya ungkapkan ialah bersabar.
Adi tidak marah apabila sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan sebegini?Tak marah pun, sebab saya terlalu kerdil untuk berbuat demikian. Kalau nak ikutkan marah, semua manusia ada sifat itu tapi fikir balik ke mana amarah itu membawa kita selanjutnya?
Adakah mungkin Adi akan mengambil tindakan lanjut?Saya akan meneruskan perjuangan dan perkara yang harus dilakukan ialah kenapa saya wujud sebagai seorang manusia? Tanggungjawab saya masih ada lagi dan itu yang perlu saya dahulukan, bukannya yang 'tepi-tepi' ini. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan.
Berdiam diri seperti mengiyakan kekhilafan itu. Komen Adi?Saya tidak kisah. Selagi Allah tidak menyalahkan saya, kenapa perlu saya takut kepada manusia. Bukan dia yang bagi saya makan atau membahagiakan saya. Saya akan ambil kisah apa orang cakap sekiranya ia menyentuh mengenai isteri saya, ibu saya dan Allah. Tapi kalau orang salahkan saya, saya tidak kisah.
Pernahkah terlintas untuk menarik diri daripada pementasan teater ini selepas timbul cerita-cerita kurang enak?
Buat apa tarik diri? Ini nafkah saya kepada anak dan isteri saya dan saya kena bekerja. Bukan disebabkan perkara ini saya harus berundur. Saya tidak kisah pun, mungkin dengan kontroversi ini panggung akan penuh.
Bagaimanakah Adi melihat kekuatan Aida sebagai isteri yang selama ini setia bersama walaupun pelbagai kontroversi tercetus?Dia membawa peranan, kefahaman dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Alhamdulillah, tiada sebarang konflik tercetus dan kekuatan saya adalah isteri saya.
Rumah tangga kami damai dan dia memahami sebenar-benarnya peranan isteri.

Hamil 10 minggu, naik empat kilogram

Posted: 06 Apr 2014 05:53 PM PDT




DERAIAN hilai tawa kedengaran di hujung corong telefon saat temu bual dilakukan baru-baru ini bersama aktres jelita, Rozita Che Wan, 41, atau lebih mesra disapa dengan nama Che Ta.
Ironi, sejak hamil, isteri kepada Zain Saidin itu sukar sekali mengangkat telefon, apa lagi melakukan temu bual dengan pihak media.
"Mahu pergi sesi fotografi pun saya jadi tidak suka sebab saya rasa rimas. Saya rasa semua berbau busuk," katanya seraya mengaku tabiat itu tidak pernah hadir dalam dirinya sebelum dia hamil.
Bicara kami dilanjutkan. Daripada bicara tentang penjagaan waktu hamil sehingga kesediaannya untuk melahirkan secara normal selepas 16 tahun tidak berpengalaman berada di dalam dewan pembedahan. Paling menarik, usia Che Ta juga bukan lagi pucuk hijau, namun sudah meniti angka 41 tahun.
Bukan sesuatu yang janggal untuk wanita seusianya hamil lagi, namun mengenali Che Ta sejak mula menceburi bidang lakonan hingga hari ini, dia seorang yang amat menitikberatkan kecantikan bentuk tubuhnya.
Meskipun usia kandungan baru mencecah 10 minggu atau dua bulan lebih, berat badannya telah bertambah sebanyak empat kilogram, apatah lagi seleranya lebih berat untuk memakan nasi setiap hari.
"Saya sendiri terkejut berat badan naik dengan mendadak. Selera makan semakin bertambah dan saya sekarang sangat suka makan nasi daripada makanan Barat.
"Buat masa ini berat badan saya 54 kilogram. Jadi, saya sudah mula tinggalkan baju yang mengikut badan, sebaliknya pakai baju yang longgar dan selesa," ucapnya.

GAMBAR terkini pasangan Che Ta dan Zain yang dimuat naik dalam Instagram milik Che Ta yang kini hamil 10 minggu.


Ulas Che Ta, dia tidak kisah andai berat badannya semakin bertambah dan telah bersedia dengan perubahan bentuk tubuhnya.
"Memang saya mengaku saya seorang yang sangat mementingkan kecantikan tetapi apabila hamil, banyak perkara yang berubah terutama bentuk badan.
"Saya sudah bersedia dan tidak kisah dengan perubahan itu. Bagi saya, kehamilan dan perubahan badan sesuatu yang dilalui oleh setiap wanita. Paling penting selepas bersalin, saya akan menjaga pemakanan sebaik mungkin," tuturnya.
Ingin bersalin normal
Hamil pada usia 41 tahun merupakan satu anugerah yang terindah tetapi terdapat risiko besar yang harus ditanggung Che Ta kerana faktor usia.
Sedar akan risiko besar di depannya, ibu kepada Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, itu berharap dia dapat bersalin secara normal pada hujung Oktober depan.
"Sebenarnya saya seorang yang tidak tahan sakit. Ketika melahirkan dua orang anak sebelum ini saya menggunakan ubat tahan sakit epidural.
"Kehamilan kali ini saya belum mendapat sebarang nasihat daripada doktor kerana kandungan masih terlalu awal untuk berbincang soal proses bersalin. Jika boleh, saya mahu bersalin secara normal kerana proses penyembuhannya lebih cepat," katanya yang tidak kekok untuk memakan jamu semasa berpantang.
Tegas Che Ta, apabila memikirkan dia diberi peluang sekali lagi untuk merasai pengalaman hamil dan berpantang, terus dipanjatkan kesyukuran kepada Allah.

MACAM KAWAN... Dari kiri: Anak sulung Che Ta hasil perkahwinan terdahulu, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra bersamanya dan Zain.


Apatah lagi rezeki yang datang kepadanya dan Zain agak cepat, hanya selepas tiga bulan mereka bergelar suami isteri.
"Kami tidak pernah merancang ingin anak cepat atau lambat kerana semuanya adalah rezeki. Bagaimanapun, tidak sangka secepat ini. Apa pun orang yang teruja dengan kehamilan ini sudah pasti Zain kerana ini pengalaman pertamanya untuk bergelar bapa," kata Che Ta.
Bercakap tentang sikap terbukanya dan Zain dalam berkongsi berita gembira itu kepada peminat, jelas Che Ta, tidak menjadi suatu kesalahan untuk berkongsi berita gembira bersama orang lain.
"Orang tua kata tidak elok untuk umumkan kehamilan pada peringkat awal tetapi bagi saya apa salahnya berkongsi berita gembira.
"Sebenarnya Zain yang tidak sabar untuk umumkan berita saya sah hamil kerana dia terlalu gembira. Apa yang penting saya harus menjaga kesihatan diri dan berharap doa daripada semua orang agar proses kehamilan berjalan lancar," ujarnya yang telah memilih nama Aisyah Alia untuk anak perempuan dan Muhammad Ali untuk anak lelaki.
Buka syarikat produksi
Akui kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu, dia cepat berasa letih sejak berbadan dua. Disebabkan itu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon terutama yang menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, itu bukan bermakna dia hanya berehat di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti, sebaliknya Che Ta masih sibuk dengan rakaman program
TERKENAL dengan susuk tubuh yang menarik, kata Rozita, dia sudah bersedia dengan perubahan susuk tubuh yang bakal dialami sepanjang hamil dan selepas bersalin nanti.


Primadona, perniagaan tudung di bawah jenama Padusi dan syarikat produksi Padusi Pictures.
"Zain suruh saya banyak berehat dan hanya duduk di rumah. Saya pula sudah biasa sibuk, jadi saya tidak boleh duduk diam tanpa bekerja. Walaupun kurangkan lakonan tetapi kerja yang lain masih berjalan seperti biasa," ujarnya.
Disoal mengapakah dia membuka syarikat produksi sendiri, jawab Che Ta, itu merupakan persediaan andai dia tidak lagi aktif berlakon pada masa hadapan.
"Zain tidak pernah halang saya untuk terus berlakon walaupun selepas saya bersalin. Namun, saya sendiri terfikir sampai bila saya larat untuk berlakon, usia pun bukannya makin muda.
"Jadi, perniagaan tudung dan syarikat produksi merupakan persediaan untuk saya. Duit yang saya dapat ketika berlakon, saya simpan sedikit demi sedikit untuk membuka syarikat produksi sendiri. Mungkin selepas ini saya hanya akan aktif di belakang tabir sahaja dan memberi fokus kepada keluarga," terangnya.

Misteri kain telekung wanita penuh darah

Posted: 06 Apr 2014 05:50 PM PDT



KAIN telekung penuh darah yang menimbulkan tanda tanya jemaah Masjid Razaleigh semalam.


GUA MUSANG - Kira-kira 10 orang jemaah Masjid Razaleigh di bandar lama di sini terkejut apabila menemui kain telekung yang dipenuhi kesan darah ditinggalkan di tepi pagar masjid itu awal pagi semalam.
Kain wanita dipenuhi darah seperti wanita baru bersalin itu ditemui ketika seorang jemaah berjalan kaki untuk memasuki masjid bagi menunaikan solat Subuh kira-kira pukul 6 pagi.
Setelah membuat pemeriksaan, mereka tidak menemui sebarang petunjuk seperti janin atau bayi baru lahir melainkan kain telekung yang masih basah dan dipenuhi darah.

'Pak Batik' ditangkap bomba

Posted: 06 Apr 2014 05:46 PM PDT



ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Kelantan memegang ular sawa sepanjang 4.8 meter yang berjaya ditangkap semalam.


GUA MUSANG - Seekor ular sawa sepanjang 4.8 meter berjaya ditangkap sepasukan bomba di rumah kongsi kawasan tapak pembinaan di Bandar Utama, di sini malam kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim berkata, reptilia itu ditangkap kira-kira pukul 10.28 malam selepas penyelia tapak binaan itu membuat panggilan kecemasan.
Katanya, ular sawa dianggarkan seberat 100 kilogram berjaya ditangkap oleh lima anggota bomba yang diketuai oleh Ketua Operasi, Mohd. Shaheer Shafari Mohd. Nor dalam tempoh 20 minit.

Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogram

Posted: 06 Apr 2014 05:43 PM PDT



BUKU panduan cukai ini memiliki berat 7,000kg dan setebal 41,266 halaman.



BRASILIA - Sebuah buku panduan cukai gergasi diterbitkan oleh seorang peguam di Brazil memiliki sebanyak 41,266 helai muka surat.
Berat buku tersebut pula menyamai seekor gajah dewasa sebanyak 7,000 kilogram(kg).
"Saya menerbitkan buku gergasi ini untuk menunjukkan kepada masyarakat betapa kita perlu mengatasi kerenah birokrasi dan memudahkan cukai kepada rakyat," kata peguam tersebut, Vinicios Leoncio.
"Kita memerlukan sistem percukaian baharu yang lebih mudah," tambahnya.
Firma di Brazil katanya meluangkan masa 2,600 jam setahun untuk menyelesaikan pelbagai cukai yang dikenakan.

Persembahan pertama di Malaysia

Posted: 06 Apr 2014 05:41 PM PDT




PALUAN gendang yang memecah kesunyian di dewan itu mengingatkan Hon Suet Yi, 22, memori zaman kanak-kanak yang dilalui setiap kali menghadiri majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Kelincahan kumpulan pemain gendang yang turut menggabungkan tarian dan seni mempertahankan diri Wushu dalam persembahan itu memberi impak yang begitu mengujakan kepada gadis yang berasal dari Ipoh, Perak itu.
Teater bertajuk Meeting with Bodhisattva anjuran Kumpulan Purple Cane dan Hands Percussion Malaysia yang julung-julung kali dipersembahkan di Malaysia oleh U-Theatre itu memang dinanti-nantikan oleh Suet Yi semenjak kumpulan itu ditubuhkan 26 tahun lalu.
Dia begitu teruja kerana kumpulan teater yang diminati selama ini akhirnya muncul di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan membawa naskhah yang dihasilkan sejak tahun 2002.
"Saya mengenali kumpulan ini ketika berusia belasan tahun selepas menyertai kelab gendang di peringkat sekolah menengah.
"Memang menjadi impian saya untuk menyaksikan persembahan mereka, namun disebabkan faktor ekonomi, hasrat tersebut tidak kesampaian sehinggalah mereka membuat persembahan di sini," ujarnya.
Kata Suet Yi, kumpulan U-Theatre merupakan inspirasi dan penyuntik semangat kepadanya setiap kali membuat persembahan sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
Inspirasi
Kelabnya sering kali membuat persembahan sempena sambutan hari perayaan, ulang tahun sekolah dan pada hari-hari istimewa berdasarkan undangan yang diterima.
"Pada saat-saat berada di atas pentas, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah melakukan yang terbaik bagi menghiburkan para penonton.
"Semangat yang ada pada kumpulan yang berasal dari Taiwan itu menjadi inspirasi kepada saya untuk membuktikan kemampuan yang ada kepada para pengunjung," jelasnya.
Dalam pada itu, seorang lagi penonton, Trace Loo, 25, memberitahu, kumpulan U-Theatre yang menggabungkan gendang, tarian dan Wushu dalam teater berjaya 'membuka mata' warga asing selain mengujakan masyarakat Tionghua sendiri.

SEBAHAGIAN daripada 40 peserta yang terlibat dalam teater Meeting with Bodhisattva.


"Siapa sangka aktiviti tradisional masyarakat Cina tersebut boleh digabung menjadi satu teater yang mampu menyampaikan mesej yang begitu mendalam dan kreatif.
"Memang biasa apabila kita melihat orang bermain gendang, Wushu atau tarian tradisional, namun saya tidak pernah menyaksikan persembahan yang menggabungkan ketiga-tiga aktiviti tersebut.
"U-Theatre merupakan kebanggaan masyarakat Cina, saya berharap usaha mereka dapat diteruskan dengan menghasilkan lebih banyak teater baharu dan dibawa ke seluruh dunia," tambahnya yang tinggal di Puchong, Selangor.
Para peminat dari Malaysia mengenali asal usul dan latar belakang kumpulan bertaraf antarabangsa itu, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa pengarah muziknya, Chih-Chun Huang, 49, sebenarnya anak kelahiran Ipoh, Perak.
Mula melibatkan diri dalam aktiviti bermain gendang ketika berusia enam tahun dan Wushu pada usia 10 tahun, Chih-Chun mempraktikkan konsep meditasi sebelum bermain gendang.
Meditasi
"Menerusi meditasi, seseorang individu itu akan lebih mengenali dan memahami diri sendiri dan dalam keadaan yang tenang dan sunyi, kita akan mengetahui dan fokus terhadap apa yang dilakukan.
"Memang wajib bagi setiap ahli kumpulan, termasuk diri saya untuk meluangkan masa beberapa jam untuk menjalankan aktiviti meditasi sebelum memulakan latihan," jelas bapa kepada dua orang anak itu.
Beliau yang berkahwin pada tahun 1994 bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sam Tet dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet di Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Persendirian Cina Yuk Choy, Ipoh.
Selepas tamat pengajian, anak keempat daripada lima beradik ini kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Pendidikan Jasmani Nasional Taiwan dan menetap di negara tersebut.

AKSI Chih-Chun (tengah) berjaya memukau penonton.


Menceritakan pembabitan beliau dalam aktiviti meditasi, tambah Chih-Chun, segala-galanya bermula ketika dia melancong ke India sekitar tahun 90-an iaitu sebelum menyertai kumpulan U-Theatre.
"Ketika berada di India, saya bertemu dengan seorang guru. Beliau memberi banyak tunjuk ajar seperti asas hidup seorang manusia dan antaranya ialah meditasi.
"Dalam tempoh enam bulan berada di sana, saya memahami banyak perkara menerusi meditasi dan belajar untuk 'hidup semula' sebagai seorang manusia.
"Menerusi proses itu, saya berjaya mengubah diri dan mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman berkenaan dengan ahli kumpulan U-Theatre bagi menghasilkan naskhah teater yang lebih sempurna," ujarnya.
Chih-Chun merupakan ahli kumpulan Taipei Folk Dance Theatre dan Cloud Gate Dance Company sebelum menyertai U-Theatre yang ditubuhkan oleh Pengarah Artistik U-Theatre, Ruo-Yu Liu pada tahun 1993 sebagai Drumming Master.
Tambahnya, persembahan pertama di tanah air amat bermakna baginya kerana hasrat untuk berkongsi pencapaiannya dengan rakyat Malaysia tercapai.
"Sebelum ini saya memang mahu membuat persembahan di negara kelahiran saya, namun disebabkan kekangan dari segi dana, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan.
"Saya amat berterima kasih kepada penganjur dan semua pihak yang menjayakan persembahan ini dan berharap dapat pulang dengan lebih banyak hasil teater pada masa hadapan," tambahnya.
Penubuhan
Bercerita mengenai sejarah penubuhan kumpulan U-Theatre, isteri kepada Chih-Chun, Ruo-Yu, 58, memberitahu idea untuk menubuhkan kumpulan itu terlintas dalam fikiran apabila beliau kembali ke Taiwan selepas mengikuti kursus Pengarah Teater dari Poland, Jerzy Grotowski.
"Saya mengambil jurusan Kesenian Teater di Universiti New York pada tahun 1983 dan amat bertuah kerana terpilih untuk mengikuti kelas Jerzy yang terkenal dalam bidang teater pada tahun 1984.

KUMPULAN U-Theatre menggabungkan tarian tradisional, gendang dan Wushu dalam satu persembahan.


"Ketika itu saya mengikut Jerzy untuk menjalani latihan dan bekerja di California selama setahun.
"Dalam tempoh tersebut, saya mempelajari kepentingan penguasaan mentaliti untuk menyampaikan persembahan dan mengenali kemampuan diri yang sebenar selain menyedari tentang kepentingan kebudayaan sendiri.
"Justeru, apabila kembali ke tanah air, saya nekad mahu membangunkan tradisi dan budaya tempatan dengan mempelajari aktiviti berkenaan dan selepas tiga tahun berusaha, akhirnya kumpulan U-Theatre ditubuhkan," katanya yang menubuhkan kumpulan itu pada 1988.
Ruo-Yu yang berasal dari Hsin-chu, Taiwan memegang watak utama dalam persembahan teater ketika menyertai kumpulan Lan Ling Theatre Workshop pada tahun 80-an.
Pada tahun 2008, beliau memenangi anugerah Penghibur Seni Terbaik dalam Anugerah Kesenian Tahunan Kebangsaan Taiwan Ke-12.
Kumpulan U-Theatre yang kini mempunyai lebih 100 ahli termasuk pelajar pernah mengadakan persembahan di Brazil, Amerika Syarikat, Rusia, New Zealand dan Perancis dan bakal mengadakan persembahan bertajuk Lover yang dihasilkan tahun ini di Berlin, Jerman pada April 2014.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories