RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Isu Pakai Tudung Raja Azmi Tetap Dengan Pendirian

Posted: 15 Apr 2014 11:01 PM PDT

"Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain."

— Raja Azmi

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan penerbit kontroversi, Raja Azmi tetap dengan pendiriannya mengenai isu pemakaian tudung. Katanya, pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.

raja-azmi-tunang

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan kesediaannya bertudung selepas menunaikan umrah baru-baru ini telah menerima pelbagai reaksi negatif.

Hujung minggu lalu, penerbit filem '… Dalam Botol' ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbunyi:

"Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu."

Ada yang beranggapan, kenyataan Raja Azmi yang juga selesa dipanggil Kak Mi itu sebagai kurang waras dan cetek ilmu agama. Sementelah memakai tudung atau menutup aurat itu merupakan suatu kewajipan yang nyata untuk setiap wanita beragama Islam.

Begitupun, Kak Mi berkata, beliau telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung dan berusaha untuk melakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.

"Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain", ujarnya yang sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman orang ramai.

sumber : Kosmo!

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Fezrul Khan Dalam Drama Bersiri Karma Siri 2

Posted: 15 Apr 2014 10:52 PM PDT

Kisah Gejala Sosial, Jenayah dan Salah Laku di kalangan Masyarakat Dalam Drama Bersiri "Karma Siri 2" di TV1. Kisah-kisah masyarakat sememangnya dekat di hati kita. Sedar atau tidak setiap hari berlaku gejala keruntuhan moral dan sosial serta jenayah yang melibatkan individu di kawasan kejiranan mahupun yang terdekat dengan kita.

Paparan yang berlaku dalam kehidupan seharian yang dapat dijadikan pengajaran dan teladan ini dikongsi sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi drama bersiri Karma yang mengetengahkan tajuk dan episod berbeza setiap minggu mengisi slot Murni, setiap Jumaat, pukul 2.00 petang di TV1.

Sambutan menggalakkan diterima daripada penonton menerusi episod pertama disiarkan 4 April lalu dengan tajuk Akibat Curang, kisah rumahtangga yang berantakan bila si isteri curang bersama lelaki lain.

Fezrul Khan episod Jerat Cinta Kasanova

Ia diteruskan dengan episod Bahana Ecstasy pada 25 April depan berkongsi kisah Mei Mei, pengusaha salun rambut dan juga pengedar dadah jenis ecstasy. Rakannya Bernard banyak membantunya sehingga meminjamkan wang dan membawa Mei Mei ke kancah pengedaran dadah. Bernard juga adalah seorang ah long dan pembekal dadah jenis ecstasy dan syabu.

Mei Mei banyak menghabiskan masa berhibur dengan Bernard sehingga melupakan tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit. Mei Mei juga sering bertengkar dengan ibunya dan menyakiti perasaan ibunya. Mei Mei telah terjerat dengan permainan Bernard hingga sanggup pengedar dadah bagi menyelesaikan masalah dibebani hutang bank. Pekerja salun Mei Mei, Mimie dan Ina telah membongkar rahsia pengedaran dadah kepada pihak polis sehingga tertangkapnya Mei Mei di saat ibunya meninggal di hadapan matanya sendiri. Bernard juga diberkas oleh pihak polis di pejabatnya sewaktu membungkus dadah untuk diedarkan kepada pelanggan.

Menampilkan lakonan Faradhiya, Fezrul Khan, Dato' Jalaluddin Hassan dan Yaya Aziz, saksikan tajuk Jerat Cinta Kasanova pada 2 Mei depan kisah Zira adalah seorang eksekutif kewangan bagi sebuah syarikat dinaikkan pangkat oleh majikannya sebagai Pengarah Kewangan. Segala rahsia kewangan dan amanah majikan diberikan kepadanya. Sehingga pada satu hari, Zira bertemu dengan Remy seorang kasanova yang sering memeras ugut wanita yang berada di dalam tangannya. Sikap Zira yang tidak amanah yang mengeluarkan wang syarikat di bank dan mengubah wang tunai syarikat ke akaunnya membawa kepada penahanan Zira oleh pihak polis bila majikannya mengetahui Zira tidak amanah.

Tekanan diterima penganggur yang diberhentikan kerja hingga menyebabkannya hilang pertimbangan dan menjadi penyamun pula dibawakan dalam episod Cikgu Nirmala menemui penonton pada 9 Mei depan. Pengajaran berguna boleh dikutip dalam episod ini yang mana sepatutnya seseorang itu berfikir dengan waras sebelum bertindak. Ia dibintangi oleh Zarynn Min, Niezam Zaidi, Zack Taipan, Abby, Zul Handy Black dan Suffian Ariffin.

Isu rasuah berlaku di kalangan orang berkepentingan turut diketengahkan dalam tajuk Duit Kocek pada 16 Mei depan lakonan Nazim, Azriah, Rizal dan Cico Harahap mengisahkan Lumin, bekas pegawai imigresen terlibat dengan rasuah melibatkan urusan kemasukan pekerja asingnya melalui jeti bot. Lumin telah mengambil rasuah daripada Kutai. Lumin dan Kutai akhirnya diberkas oleh pihak SPRM kerana memberi dan menerima suapan rasuah.

Tajuk yang pastinya hangat dan patut ditonton, Ah Long disiarkan pada 23 Mei depan dilakonkan oleh Farid Amirul, Kou Siu See, Koo Chee Sing, Ong Kok Hood dan Sie Geog Ping. Saksikan bagaimana kekayaan sementara yang diterima bila berhutang dengan ceti haram yang akhirnya mengundang bala kepada peminjam. Turut diselitkan pengajaran diterima isteri apabila memaksa suami berbelanja di luar kemampuan sendiri hingga mengakibatkan berlaku pembunuhan.

Saksikan juga tajuk-tajuk lain yang menarik antaranya pistol mainan; isu menyamun menggunakan pistol mainan, baran; kisah suami kaki pukul isteri dan tajuk tonto; kisah Ah Yong berkhidmat sebagai tonto menyebabkan dia terpaksa menganggu tugas-tugas pegawai penguatkuasa yang masuk ke kawasan mereka menjual.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories