RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kisah Kasih Kesinambungan Kejayaan Nubhan

Posted: 17 Apr 2014 04:55 AM PDT

Pemilik nama Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan bukan lagi asing kepada peminat seni suara tempatan semenjak penyanyi tersebut berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan akhir realiti TV popular,

Akademi Fantasia musim ke-6. Bermula dari situ, anak kelahiran Negeri Sembilan ini melakar kejayaan demi kejayaan membanggakan untuk menempatkan dirinya sebagai salah seorang penyanyi popular di dalam industri muzik tempatan.

Nubhan

Dalam tempoh lebih kurang 6 tahun dalam industri muzik tempatan, Nubhan telah berjaya mencatat kejayaan-kejayaan berikut untuk lagu-lagu yang dinyanyikannya:

Anugerah Peringkat/Kategori Lagu
AJL 23 Separuh Akhir Ada Untukmu
AJL 24 Separuh Akhir Seadanya Aku
AJL 25 Separuh Akhir Oh Juwita
AJL 26 Separuh Akhir Mata Hati
AJL 26 Separuh Akhir Pokok
AJL 28 Separuh Akhir Cinta Kasih

Nubhan juga turut tersenarai di dalam Top 5 kategori 'Artis Lelaki Baru Popular', 'Penyanyi Lelaki Popular' dan 'Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)' masing-masing di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan Anugerah Planet Muzik 2009.

Berbekalkan suara yang gemersik merdu, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam lagu-lagu yang dinyanyikannya. Album sulungnya, 'Langkah Nubhan' yang dilancarkan pada tahun 2010 memuatkan lagu-lagu hit beliau seperti "Oh Juwita", "Seadanya Aku", "Aku Atau Dia" dan "Mata Hati".

Kolaborasi pertama di antara Nubhan dan Nova Music Malaysia adalah menerusi lagu "Cinta Kasih', sebuah lagu duet bersama juara AF5, Mila Jirin yang juga merupakan lagu tema untuk drama bersiri popular, "Cinta Qaseh" yang disiarkan awal tahun lalu. Lagu tersebut mendapat sambutan baik pendengar dan berjaya sampai ke peringkat separuh akhir AJL 28.

Single terbaru Nubhan, "Kisah Kasih" adalah hasil karya komposer ternama, Ajai manakala liriknya ditulis oleh Ad Samad. Proses rakaman lagu ini bermula awal tahun ini di studio milik Ajai, Wake The Baby dan siap sepenuhnya bulan lalu.

Showcase "Yours Truly,Nubhan" yang diadakan pada 12 April 2014 lalu bertempat di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Jalan Ampang, kuala Lumpur merupakan kali pertama single "Kisah Kasih" ini dinyanyikan kepada umum.

Showcase ini adalah anjuran Nubhan Management & Trading dengan kerjasama Nubhan Fan Club dan Nova Music dan diadakan sebagai penghargaan kepada semua peminat serta pihak media yang masih setia menyokong Nubhan sehingga kini.

Nubhan

Diskografi Nubhan
Single
2008 Ada Untukmu
2008 Indera (Duet bersama Stacy)
2008 Segaris Bulan Sabit (Album istimewa Hari Raya AF6)
2009 Seadanya Aku
2010 Oh Juwita
2010 Aku Atau Dia
2011 Beri Rasa
2011 Matahati
2011 Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi (Single Raya)
2012 Picisan
2013 Cinta Kasih (Duet bersama Mila)

Album
2010 Langkah Nubhan
1. Oh Juwita
2. Matahati
3. Beri Rasa
4. Di Redup Matamu
5. Aku Atau Dia
6. Seadanya Aku
7. Ai Mei Chuo

Nubhan

Nubhan

Komen via Facebook

Komen

Gambar Rekaan Kashfi Zulkufli di Pelancaran MINI Cooper

Posted: 17 Apr 2014 04:33 AM PDT

Pada 11 April yang lalu, Budiey ada menghadirkan diri di pratonton kereta keluaran terbaru MINI Cooper yang bertemakan 'The New Original'. Di samping itu, Kashfi Zulkufli dan juga Hatta Dolmat telah dijemput untuk menghiasi majlis dengan memperagakan baju-baju rekaan khas buat MINI Cooper baru. Kashfi Zulkufli telah melahirkan lima rekaan khas yang diberi nama Yell'oV. Acara santai telah pada jam 1 malam dengan acara countdown pelancaran. Acara turut dihadiri oleh ramai selebriti popular, antaranya, Fizz Fairuz, Nina Iskandar dan ramai lagi.

Kashfi Zulkufli

Concept/ Idea:
Konsep yang diterapkan dalam koleksi kali ini merupakan rekaan yang berunsurkan moden kontemporari yang boleh disifatkan sebagai sesuatu yang baru dan trendy. Idea pemilihan dari segi warna Kuning dan Hitam adalah hasil kombinasi dan merupakan inspirasi terbaru hasil daripada 'The new MINI'. Konsep penyampaian dari segi styling look pula lebih bersifat chicky dan fresh sesuai bagi imej MINI yang terbaru yang memberi saya inspirasi untuk mereka sesuatu yang original dan trendy buat penggemar MINI.

Fabric/Fabrik:
Penggunaan fabric bagi rekaan Yell'oV, saya menggunakan fabric seperti pvc, snake skin,crepe dan juga kombinasi fabrik lain.

Details/ Embellishments/ Hiasan:
Bagi rekaan Yell'oV pada kali ini, saya tidak menerapkan unsur-unsur embellishment malah rekaan pada kali ini lebih memfokuskan kepada susun atur pattern yang mampu menampakkan rekaan Yell'oV lebih feminin dan trendy.

Cutting/Teknik potongan:
Teknik potongan masih boleh dikategorikan dalam potongan ringkas. Design lebih bersifat peplum, short skirt, seluar dan tampil sopan. Sesuai digayakan bagi wanita yang tidak berhijab mahupun yang berhijab.

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories