RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Maya Karin Lancar Album Teka-Teki

Posted: 18 Apr 2014 05:13 AM PDT

Setelah lama menyepi didalam bidang nyanyian, pada Jun 2013, Maya telah hadir dengan lagu 'Bintang Syurga' yang muncul sebagai hadiah kepada peminat setia beliau yang merindukan alunan suaranya.

Dan kalau sebelum ini lagu 'Bintang Syurga' telah didendangkan sendiri oleh Maya di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker, kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk 'Teka-Teki'.

Album 'Teka-Teki' ini memuatkan sebanyak 7 buah lagu seperti 'Bintang Syurga', ' Logika', 'Tersenyum', 'Teka-Teki', 'Titi Rahsia', Selamat Tinggal Cinta' dan juga 'Hanya Sebentar'.

Maya Karin

Jika dulu single hit 'Erti Cinta' lebih kepada melodi yang perlahan dan mendayu-dayu, kini Maya Karin muncul dengan nafas baru dengan membuat perubahan dari sudut pembawakan lagu di dalam album ini.

Para pendengar akan terbawa-bawa akan muzik yang ditampilkan menerusi album ini dan mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama. Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini mempersembahkan album ini dalam mood yang segar dan ceria.

'Teka-Teki' juga merupakan single yang diambil dari album 'Teka-Teki' dan lagu itu menampilkan tempo yang rancak seperti lagu 'Bintang Syurga'. Susunan muzik yang ditampilkan sangat menarik dan membuatkan para pendengar juga berteka-teki akan gerangan penyanyi tatkala kali pertama mendengarnya. Lagu 'Teka-Teki' ini juga tampil dengan kelainannya tersendiri di mana ia beretakkan pop dance yang berbeza dengan lagu-lagu beliau yang sebelum ini yang kebanyakkannya berentak balada.

'Teka-Teki' ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Omar K., Mike Chan dan Zel Haduan. Hasil komposisi mereka bertiga ini sangat indah kerana ia mampu membawa para pendengar menuju ke alam khayalan dan tertanya-tanya apa yang akan berlaku di dalam kisah percintaan mereka. Single terbaru Maya yang telah berada di corong-corong radio ini juga membawa seribu satu makna dimana dalam kerancakan lagu tersebut, ada diselangi dengan lirik yang membawa kepada penceritaan sebuah kisah cinta yang penuh dengan tanda tanya.

Lirik bagi lagu ini juga cuba mengetengahkan bahawa dalam setiap perhubungan perlu ada komunikasi terutamanya dikala hubungan sedang diuji dengan pelbagai dugaan. Suara Maya Karin juga boleh diklasifikasikan sebagai suara yang boleh membuat pendengar cair dengan nyanyiannya, ini kerana pembawakan lagu ini oleh beliau kedengaran sangat menarik dan sangat bersesuaian dengan Maya.

Walaupun sudah 2 kali Maya menunda majlis pelancaran dan showcase beliau disebabkan rasa simpati dan menghormati perasaan ahli keluarga yang terlibat dengan pesawat MH370, namun Maya tetap akan memberikan persembahan yang terbaik pada malam ini.

'Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk majlis saya pada malam ini. Saya berharap para media dan juga peminat setia saya terhibur dan dapat senaraikan malam ini sebagai kenangan manis yang tidak dapat dilupakan'. 'Namun, berikutan dengan peristiwa yang menimpa pesawat MH370, saya berharap agar kita terus mendoakan mereka.' – ujar Maya Karin.

Muzik video 'Teka-Teki' juga telah disiapkan 2 bulan yang lepas dan pada malam ini anda semua bakal menyaksikan buat pertama kalinya muzik video 'Teka-Teki' oleh Maya Karin.

Penceritaan menerusi muzik video ini juga dapat menggambarkan tentang sebuah kisah cinta yang penuh dengan tanda tanya dan siapakah jejaka yang diimpikan Maya. Dan pada penghujung muzik video ini juga akan meninggalkan satu tanda tanya tentang jejaka mana yang akan dipilih oleh Maya sendiri.

Bagi album 'Teka-Teki' ini juga, jangka masa untuk menyiapkannya hanya mengambil masa selama 3 bulan. Maya dan Warner Music Malaysia telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada gandingan yang mantap oleh Audi Mok dan Omar K. dalam menyiapkan kesemua lagu yang terkandung di dalam album 'Teka-Teki' ini.

Ternyata Audi Mok dan Omar K. tahu apa yang diingini oleh Maya dan Maya juga berjaya menyampaikan lagu-lagu di dalam album beliau dengan sempurna.

Konsep bagi album ini juga kelihatan lebih ceria dan berwarna-warni dan pakej kulit album 'Teka-Teki' ini juga sedikit istimewa kerana ia lain dari yang lain. Album ini juga mengandungi peraduan 'Cover Album' di mana anda perlu berkongsi idea menarik dengan menghantar 'Cover Album' versi anda sendiri.

Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah menarik menanti anda! Kalau nak tahu cara-cara untuk menyertai peraduan ini dengan lebih lanjut, ada perlu mendapatkan album ini di pasaran kerana album ini telah mula dipasarkan pada 4 Mac 2014.

Pada malam ini, busana Maya Karin ditaja oleh Diane von Furstenberg (DVF) dan make-up dan dandanan rambut pula oleh Bosco.

Album "TEKA-TEKI" oleh MAYA KARIN ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Maya Karin

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:
Title Maxis Caller Ringtones Celcom Call Me Tones DiGi Caller Tunes U Mobile Colour Tones
Teka-Teki 344002 205465 1800655 513554

Cara-Cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones : Dial *131*# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones : Dial *888*# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes : Dial *233*# dan tekan call/send
U Mobile Colour Tones : Dial *118*5*2*# dan tekan call/send

maya karin teka teki

Teka Teki – Maya Karin
Apakah yang terangi sang matahari
Apakah yang terkandung di hujung pelangi
Apakah yang menghembuskan dingin angin
Selalu ku termenung tertanya-tanya

Begitu dengan kita, tanpa ada bicara
semua yang tinggal hanya tanda tanya

Cinta ku bukan kosong
Cintaku bukan tuk lambung-lambung
Sehingga ku terpaksa berteka-teki

Cinta ku bukan kosong
Cintaku bukan tuk lambung-lambung
Hidupku hidupmu
Seperti teka-teki

Apakah ku penuhi isi hati
Apakah ku jelma di tiap mimpimu
Apakah sebenarnya kita ini
Selalu ku termenung tertanya tanya

Begitu dengan kita tanpa ada bicara
Semua yang tinggal hanya tanda tanya

Tafsirkanlah padaku
Apa yang kau temu
Adakah indahnya seperti yang ku lalu

Hidupku hidupmu
Inikah yang kau mahu

Komen via Facebook

Komen

Konsert Cinta Shila Amzah Bakal Gegar China & Malaysia

Posted: 18 Apr 2014 03:47 AM PDT

Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh penyanyi Shila Amzah. Setelah berjaya menakluk China menerusi gelaran juara di Pertandingan Asia New Singer Competition, Asian Wave dan terbaru, berjaya mewarnai program I'M A SINGER dengan paduan suara yang memukau.

Pada jam 3 petang tadi, Shila Amzah telah mengumumkan secara rasminya kepada media untuk mengadakan Konsert Cinta Shila Amzah yang akan diadakan di Malaysia dan China. Budiey dahulukan dengan ucapan tahniah buat Shila Amzah. Ini merupakan konsert sulung Shila Amzah sepanjang kariernya dalam industri muzik. Tidak dinafikan, vokal suara boleh dikatakan yang terbaik di Asia.

shila amzah

Konsert Cinta Shila Amzah di Malaysia akan diadakan pada 13 September 2014 di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Namun, terlebih dahulu Shila Amzah akan perform di hadapan peminatnya di Shanghai, China pada 16 Ogos 2014.

Antara yang membanggakan, konsert ini diterbitkan sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thompson akan bertindak sebagai penerbit konsert dan Helen Yap pula dilantik menjadi pengarah muzik.

Shila Amzah juga bakal mengundang seorang penyanyi lelaki untuk tampil sebagai artis jemputan. Setakat ini, masih belum ditentukan lagi siapakah penyanyi lelaki yang bakal berduet dengan Shila Amzah.

Berkonsepkan CINTA, konsep ini dianjurkan oleh Mega Ultimate dan Shila Amzah Entertainment bakal menyajikan semua lagu-lagu bertemakan cinta dari album Shila Amzah dan ada lagu cover dari penyanyi lain. Tema ini dinamakan konsert cinta di mana Shila percaya bahawa tema ini akan membawa keamanan dan keharmonian sedunia. Dengan adanya cinta dalam hati kita, segala permusuhan akan dilenyapkan dan digantikan dengan persahabatan.

Tiket Konsert Cinta Shila Amzah bakal dijual tidak lama lagi dengan harga 1/VIP : RM268 3/PSI: RM138 4/PS2: RM88 (Harga tiket tidak mengandungi RM3 yuran pentadbiran.)

Sempena Konsert Shila Amzah, penyanyi yang juga anak kepada ND Lala ini akan kembali lagi ke Malaysia pada bulan depan untuk mempromosikan konsert ini dan merasmikan penjualan tiket konsertnya.

Hashtag rasmi konsert ini: #LoveConcertShilaAmzah

Sedang menemubual Shila Amzah yg bakal sibuk dgn persediaan Konsert CINTA Shila Amzah. Nantikan video temubual eksklusif Budiey bersama Shila Amzah di Youtube Channel Budiey.com. #shilalas #shilaamzah #KonsertShilaAmzah kredit photo: @joshuaongys

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories