RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jaclyn Victor & Az Yet Nyanyi Magical Moment Untuk Filem Animasi RIBBIT

Posted: 02 Apr 2014 11:24 PM PDT

Bersempena dengan pemasaran filem Bahasa Inggeris Animasi 3D pertama terbitan KRU Studios berjudul "Ribbit" untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, KRU Music dengan bangganya mempersembahkan lagu tema filem tersebut berjudul Magical Moment yang dinyanyikan oleh salah satu bintang tersohor Malaysia iaitu Jaclyn Victor dan kumpulan R&B antarabangsa Az Yet!

"Magical Moment" telah dicipta dan digubah oleh Edry Abdul Halim dengan lirik nukilan ahli kumpulan Az Yet sendiri yang terdiri daripada Dion Allen, Shawn Rivera, Kenny Terry dan Claude Thomas. Ini merupakan satu lagi titik kejayaan buat Jaclyn Victor sejak bernaung di bawah KRU Music pada Januari 2012. Jac, pemenang AIM Persembahan Vokal Wanita Terbaik baru-baru ini; begitu teruja kerana dapat berpadu suara dengan artis berkumpulan bertaraf antarabangsa.

Sidang Media Jaclyn Victor KRU Music

"Saya sangat terharu bila diberikan peluang ini kerana saya tidak sangka dapat merakamkan lagu dengan sebuah artis berkumpulan antarabangsa yang sangat disegani dan saya harap semua orang akan menyukai lagu ini." jelas Jaclyn Victor.

Ini juga merupakan lagu Bahasa Inggeris pertama buat Jac yang dirakam bersama KRU Music selepas merakamkan dua buah lagu Melayu iaitu "Sebelah Jiwaku" "Jagalah Diri" dan "Ikut Rentakku" sebelum ini. Bagi kumpulan Az Yet pula, ini adalah satu kemunculan semula yang dinanti-nantikan peminat bukan saja di Asia tetapi juga di seluruh dunia.

Az Yet pernah merakamkan sebuah album pada tahun 1996 dibawah LaFace Records. Album tersebut menampilkan nama-nama terbesar industri muzik Amerika seperti David Foster, Babyface, Sheila E. dan Brian McKnight. Single pertama mereka, "Last Night," mencapai tempat ke sembilan di carta US Hot 100, nombor satu di carta R&B, nombor dua di carta ARIA Australia dan menduduki tempat pertama selama dua minggu di carta RIANZ di New Zealand, sehingga mendapat pingat platinum di Amerika Syarikat.

Single kedua mereka , "Hard to Say I'm Sorry" (nyanyian semula lagu asal kumpulan Chicago), dicalonkan untuk anugerah Grammy (kategori Persembahan vokal R&B berkumpulan terbaik), mencapai tempat kelapan di carta Hot 100, dan turut mendapat penghargaan peringkat platinum. Dengan kejayaan kedua-dua lagu tersebut, album itu mendapat pingat multi-platinum RIAA (Persatuan Industri Rakaman Amerika).

Filem animasi "Ribbit" akan dilpasarkan pada bulan September 2014 dan menampilkan suara bintang-bintang antarabangsa ternama seperti Sean Astin dari filem Lord of The Rings, Tim Curry serta Russell Peters.

Tahniah Jac!

Komen via Facebook

Komen

Tayangan Premiere Filem GODZILLA 3D Anjuran Sensasi Selebriti

Posted: 02 Apr 2014 08:50 PM PDT

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators aka pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! 

Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere GODZILLA - Sensasi Selebriti bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi hebat di dewan 3D yang cukup mengujakan!

Ya, Budiey dah pun menonton trailer filem ini, ternyata filem ini mengingatkan Budiey dengan filem blokbuster Godzilla yang sebelum ini termasuklah yang pernah ditayangkan pada tahun 1998. Siapa masih ingat? Kalau anda masih ingat, baguslah, bermakna anda perlu tonton filem terbaru GODZILLA ini di pawagam kerana versi ini lebih menarik dan lebih dramatik. Menariknya, filem GODZILLA versi terbaru ini menghidangkan aksi penuh suspen dan kejutan. Untuk info pembaca, filem Godzilla yang pertama ditayangkan pada tahun 1954, kemudian kita dapat saksikan sekali lagi ianya di-remake Godzilla ditayangkan pada tahun 1998.

Dilakonkan oleh Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Bryan Cranston dan ramai lagi, filem GODZILLA akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 15 Mei 2014.

poster-godzilla

Sinopsis Filem GODZILLA :

The world's most famous monster is pitted against malevolent creatures who, bolstered by humanity's scientific arrogance, threaten our very existence.

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 140 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
14 Mei 2014 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Sunway Pyramid

Movie Rated: 18

Sebanyak 140 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GODZILLA - Sensasi Selebriti di TGV Sunway Pyramid. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Betul atau salah: Filem Godzilla yang pertama pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 1954.

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere GODZILLA - Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

GODZILLA

dengan tajuk email: Tayangan Premiere GODZILLA - Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
10 Mei 2014

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 6 Mac 2014.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada TGV CInemas kerana menyediakan lokasi Tayangan Premiere GODZILLA (3D) - Sensasi Selebriti.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories