RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Pilih Teman Sejati Anda Di sini | kax

Posted: 22 Apr 2014 06:34 PM PDT

Semua orang memerlukan teman. Tipulah, kalau ada yang tak mahu teman atau kawan. Mesti dia dicop sebagai kera sumbang. Ke hulur, ke hilir berseorangan. Teman sangat perlu dalam hidup sebagai tempat kita berkongsi masalah, teman di saat kita gembira dan berduka. Chewaahhh, berbunga betul bahasa. Budiey pun tak terkecuali, tanpa teman dunia kita akan jadi sunyi sepi. Betullah kata orang, teman sejati sukar dicari. Teman semasa kita ketawa dan gembira selalu je kita jumpa, kan? Sebaliknya, teman semasa kita sedih, tak banyak yang kita jumpa.

Dari kecil lagi, Budiey diajar untuk berkawan dengan jenis yang baik-baik. Mak selalu pesan, kawan tu biar elok-elok. Tak baik gaduh-gaduh. Itu ibu Budiey cakaplah. Sekarang, bila dah besar, nak kemana je mesti ada teman di sisi. Kalau tak, Budiey rasa tak secure. Rasa tak selamat. Tambah-tambah zamans sekarang ni kan? Korang faham-faham sendiri lah.

Tidak hairan, kalau masa kecil, masa kita di zaman kanak-kanak, ramai yang bagi kita hadiah anak patung. Kata mereka, buat peneman tidur. Budiey masih ingat, ada seekor anak patung 'bear' yang betul-betul Budiey simpan sampailah darjah 2. Sampai 'bear' tu renyuk dan patah hidung pun, Budiey rasa sayang nak buang. Tapi selepas besar, Budiey dah tak tahu ke mana la perginya patung.

Namun, baru-baru ini, Budiey terjumpa dengan beberapa anak patung yang menggelarkan diri mereka Kax. Kesemuanya ada 8 ekor anak patung kucing. Berjantina lelaki dan perempuan. Semuanya comel-comel dan cute-cute. Semuanya ada nama khas masing-masing. Semuanya ada karakter dan personaliti masing-masing. Semuanya mewakili negara yang bertanding dalam bola sepak pun ada. Sebab semua pakai jersey bola! OMG Budiey pun nak pilih satu!

Nah! Jasper, Romeo, Harley, Joey, Peachy, Foxy, Dolly & Mia! Peneman baru untuk semua yang sekarang ini sedang mencari teman setia yang menemani anda sepanjang masa.

kax

Melihat pada keadaan fizikal kesemua Kax yang kiut miut ni, rasa geram nak peluk pun ada. Memang serasi betul jadi teman. Semasa memegang Kax kali pertama, terlintas Kax ni sangat sesuai untuk mewakili famili. Ye lah, 8 Kax kesemuanya. Memang meriahlah kan? Sepasang suami isteri dan ada anak enam! Fuh, lengkap. Tapi buat masa sekarang, Budiey nak pilih seorang teman di kalangan lapan Kax ni. Ikut hati, memang Budiey nak kesemua sekali. Tapi nanti dikatakan tamak pulak, kan? Sekarang ini, Budiey pun rasa keliru dan nak tak nak kenalah pilih yang mana satu yang sesuai dengan Budiey.

Jom berkenalan dengan Kax berjantina lelaki iaitu Jasper Kax, Romeo Kax, Harley Kax & Happy Kax.

kax

Masing-masing ada karakter tersendiri seperti Jasper Kax ni sejenis yang sangat cool dan rileks je. Tapi ingat, walaupun jenis yang cool, Jasper Kax ni dapat menerima cabaran. Haa, Budiey rasa, karakter Jasper ni sesuai dengan Budiey!

kax

Berbanding watak Romeo Kax yang kasanova. Walaupun menawan tapi dia jenis yang suka pikat perempuan. Mungkin sesuai untuk korang. Hehe, tapi tidak untuk Budiey.

kax

Harley Kax pula sejenis teman yang sangat suka dengan cabaran dan dia begitu yakin untuk menempuh setiap rintangan dan cabaran setiap hari. Berilah apa sahaja tugasan atau kerja, pasti dia akan sahut cabaran tersebut dengan jiwa yang berani dan kental. Harley juga suka mencuba sesuatu yang baru dan sukar mengaku kalah. Baginya, tiada istilah putus asa dalam hidup! Wow! Hebat gak Harley ni. Tengoklah, dia pakai pun baju jersi Sepanyol kot. Mestilah berani dan yakin. Agituh!

Budiey pulak tak bolehlah pilih Kax dari jantina perempuan. Bukan apa takut nanti isteri Budiey jadi cemburu pula. Jadi, sekarang ni, kena pilihlah antara Jasper Kax, Romeo Kax, Harley Kax & Happy Kax. Nak pilih teman bukannya mudah. Nanti tersilap pilih lain pula jadinya. Ingat, teman adalah cermin siaoa diri kita. Orang kata, kalau nak jadikan diri kita gembira, kenalah pilih teman yang mempunyai sifat yang gembira dan happy go lucky, betul tak?

Profile_Joey-2

Cakap pasal gembira, Joey Kax mempunyai karakter yang agak menyeronokkan. Joey jenis yang selalu tersenyum, berjiwa positif, sentiasa gembira walaupun dalam apa keadaan sekali pun. Jadi, Budiey rasa, sekarang ini, Joey adalah pilihan kedua. Antara Joey atau Jasper, mana satu pilihan kalbu.

Okay, setelah buat perkiraan, Budiey telah memilih Jasper kerana Budiey sekarang ini memerlukan teman yang suka buat lawak, sentiasa senyum, sentiasa memberi semangat dan sangat positif.

Kepada anda yang nak pilih teman di kalangan wanita, tak kisah lah. Anda boleh layari www.kax.com.my dan kenali karakter mana kesukaan anda. Ada empat pilihan, samada Peachy, Foxy, Dolly & Mia. Kalau korang nak rembat ke-empat-empat tu pun tak kisah lah.

Apa-apa pun pilihan korang, Budiey rasa apa yang penting ialah sikap dan tanggungjawab kita menjaga hati teman kita. Dengan teman yang positif, sentiasa gembira dan ada sense of humor, Budiey pasti hidup akan sentiasa riang, lebih ceria dan akan menjadi lebih baik dari semalam. Kalau boleh, kita semua mahu happy sentiasa. Tak naklah sedih-sedih, kan?

Baru-baru ini, Budiey tengok beberapa orang selebriti popular ada bergambar dengan teman masing-masing. Wah, belum apa-apa lagi, diorang dah ada teman istimewa. Antara selebriti yang Budiey lihat telah upload gambar di Instagram ialah Kamal Adli, Nelydia Senrose, Liyana Jasmay, Dafi, Elizabeth Tan, Najwa Latiff, Yana Samsudin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Iqram Dinzly memilih Romeo sebagai teman pergi shooting. Siap duduk kat sebelah lagi. Sesuai sangat lah!kaxYana Samsudin pula memilih teman bernama Romeo. Ooo, Yana suka teman lelaki yang jenis kasanova ke? Haa, romantik kata dia.

kax

Mia Sara Nasuha memilih Mia sebagai teman. Haha, sesuailah kan? Nama sama jek!

kax

Begitu juga dengan Elfira Loy yang memilih Mia sebagai teman. Comel sangat diorang kan?

kax

Najwa Latiff pula memilih Peachy. Oh my god! Sooooo cute!

Anda boleh melihat sendiri dengan melayari: www.kax.com.my

Komen via Facebook

Komen

Hanis Husna Kekasih Baru Shahz Jaszle Stress Dituduh Perampas

Posted: 22 Apr 2014 07:46 AM PDT

"Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya. Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar."

— Hanis Husna

Dua hari lalu peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar Shahz Jazle sudah putus tunang dengan seorang doktor, Redwani Puteri. Malah aktor yang juga dikaitkan dengan kontroversi kes khalwat (yang belum selesai) itu sudah ada kekasih baru, yang dikenali sebagai Hanis Husna. Boleh tahan cantik juga orangnya.

Tinggalkan-Redzwani-Puteri-Shahz-Jaszle-Kini-Bersama-Kekasih-Baru

"Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya. Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar." – Hanis Husna.

Lantas bermacam gelaran diberikan terhadap gadis ini termasuklah istilah perampas dan pemusnah kebahagiaan orang lain selepas beliau telah didakwa menjadi punca Shahz Jaszle meninggalkan tunangnya.

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, Hanis Husna meluahkan rasa sedih beliau terhadap tohmahan orang ramai yang menganggap dirinya sebagai perampas tetapi tidak mengetahui perkara atau cerita sebenar di sebalik hubungan mereka.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories