RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Isu Fail Cerai Fiza Elite Luah Perasaan di Instagram

Posted: 24 Apr 2014 06:39 PM PDT

Fiza Elite meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan mencacinya selepas berita dia memfailkan perceraian terhadap suaminya penyanyi Adam AF2 tersebar. Fiza meluahkan perasaannya di Instagram di mana beliau menyedari sebagai seorang artis segala berita tentang masalah peribadi akan diketahui umum.

"Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure. Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya 'masuk air', saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini."

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau Adam (AF2) selepas rumah tangga mereka dikatakan menghadapi masalah. Sumber berkata, kes mereka akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam dekat sini pada Isnin depan.

Fiza juga sejak beberapa minggu ini sering meluahkan perasaan melalui laman sosial Instagram miliknya iaitu menggunakan nama 'puterimahsuri81′.

Sementara itu, Fiza berkata, cacian dan tomahan yang diberikan terhadapnya akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anaknya.Fiza meminta agar masyarakat memberi sedikit rasa simpati terhadap dia dan anak-anak untuk melalui masa-masa sukar ini.

"Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi. Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya."

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Komen via Facebook

Komen

Konsert Brian McKnight di Malaysia Bakal Gegarkan PWTC

Posted: 24 Apr 2014 03:36 PM PDT

Penyanyi antarabangsa Brian McKnight akan terbang ke Malaysia untuk buat persembahan di Konsert An Evening with… Brian McKnight yang berlangsung pada 9 Mei 2014, Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 8.30 malam.

Konsert julung kali komposer dan penerbit terkenal ini dibawakan oleh JAG Tickets bakal menghimpunkan semua peminat dan penggemar muzik R&B dari Malaysia dan Singapura. Ya lah, siapa yang tak kenal dengan Brian McKnight yang merupakan seorang penyanyi dan pemuzik boleh berbakat bermain lapan instrumen termasuklah piano, gitar, gitar bass, perkusi, trombone, tuba, flugelhrn dan trumpet.

Brian McKnight terkenal dengan kebolehan suara falsettonya beliau dikatakan antara penyanyi paling berbakat dalam genre urban kontemporari R&B. Pencapaiannya dalam bidang muzik tidak perlu dipertikaikan di mana beliau telah mendominasi pencalonan Grammy Awards sebanyak 16 kali.

Lagu yang Budiey minat pastinya Back At One. Memang best lagu tu dan pastinya Brian McKnight akan menyanyikan lagu itu di konsertnya di Malaysia nanti.

Tiket berharga antara RM150 hingga RM1,250 sudah pun mulai dijual. Anda boleh melayari: http://www.jagtickets.com.my

Head over to our Pop Up ticket counter at Borders @ The Gardens on 24th and 25th of April from 11am-5pm and Borders @ The Curve on 26th of April from 2pm-7pm to purchase tickets for the upcoming Brian McKnight concert. See you there!

Brian McKnight

Brian McKnight

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories