RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert UB40 Live In Kuala Lumpur

Posted: 06 Apr 2014 08:04 PM PDT

Bagi peminat muzik pop reggae, Budiey kira, nama UB40 bukanlah asing. UB40 memang popular. Band yang ditubuhkan pada 1978 di Birmingham, England ini diiktiraf sebagai antara band reggae legenda dengan jualan kesemua album melebihi 70 juta unit seluruh dunia selain pernah beberapa kali dicalonkan dalam Grammy Awards dan Brit Awards. Budiey rasa ramai peminat UB40 di Malaysia menantikan kehadiran mereka dan tak lama lagi, impian mereka untuk bertemu dengan UB40 secara live akan terlaksana.

UB40 yang dianggotai Ali Campbell (penyanyi utama), Astro (penyanyi), Robin Campbell (gitar), Earl Falconer (bass), James Brown (dram), Mickey Virtue (keyboard), Brian Travers (seksofon) dan Norman Hassan (percussion, trombone) sejak mula ditubuhkan bagaimanapun berpecah pada 2008 apabila Ali meninggalkan UB40.

Tidak lama selepas itu, Astro dan Mickey turut meninggalkan UB40 manakala tempat Ali digantikan abangnya, Duncan Campbell. Seorang lagi abangnya dalam UB40 ialah Robin yang juga pengasas band terbabit.

Apa yang menarik, pada 2010 Astro dan Mickey menyertai Ali sebagai satu kumpulan dan turut meng­gunakan nama UB40 dalam persembahan mereka. Tindakan mereka menimbulkan kemarahan lima lagi anggota asalnya yang mengugut akan mengambil tindakan mahkamah bagi menghalang Ali, Astro dan Mickey menggunakan nama UB40.

UB40 konsert kl live

Kehadiran UB40 buat julung kalinya dalam konsert UB40 Live In KL di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 9 April ini tidak wajar dilepaskan buat peminat muzik reggae khususnya UB40 di Malaysia. Kunjungan kali pertama UB40 ke Kuala Lumpur bakal menampilkan penyanyi utamanya, Ali Campbell bersama dua lagi anggota iaitu Astro Wilson (penyanyi) dan Mickey Virtue (keyboard). Lima lagi anggota asal UB40 seperti Robin Campbell (gitar), Earl Falconer (bass), James Brown (dram), Brian Travers (seksofon) dan Norman Hassan (percussion) tidak lagi bersama Ali, Astro dan Mickey yang bertindak meninggalkan kumpulan itu beberapa tahun lalu.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya tetap terus menggunakan nama UB40 walaupun berdepan tindakan saman daripada lima anggota asal kumpulan itu yang turut menggunakan nama UB40 bersama seorang penyanyi baru iaitu Duncan Campbell.

Apapun, kehadiran Ali selaku penyanyi asal pastinya ditunggu-tunggu bagi mendendangkan lagu-lagu popular UB40 di era 80-an dan 90-an seperti Red Red Wine, Can't Help Falling In Love, Kingston Town, Food For Thought, King, One In Ten, Cherry Oh Baby, Sing Our Own Song, Here I Am (Come And Take Me) dan banyak lagi.

Konsert UB40 Live In KL dibawa oleh UCS Clockwork. Konsert yang boleh ditonton semua peringkat umur ini akan bermula pada jam 9 malam dan pintu mula dibuka jam 7.30 malam.

Selain itu, penonton tidak dibenarkan sama sekali membawa dadah dan senjata termaktub kepada undang-undang Malaysia.

Tiket-tiket berharga RM258 (VIP di aras atas) dan RM158 (di aras bawah) boleh dibeli di beberapa kedai muzik dan peralatan muzik seperti Rock Corner, Music Valley, Victoria Music, Guitar Store dan beberapa outlet lain yang mengambil bahagian.

Tiket juga boleh dibeli di Ticketpro Malaysia secara online menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999 atau Ticket Hotline di talian 017-3555134.

Komen via Facebook

Komen

Mustaqim Bahadon Jadi Lelaki Metroseksual Dalam Drama Jodoh 2

Posted: 06 Apr 2014 05:28 PM PDT

Baru-baru ini, Budiey sempat menjengah set lokasi pengambaran drama bersiri JODOH 2 yang terletak di sebuah lokasi kediaman mewah, The Glades, Putra Heights, Subang Jaya. Budiey difahamkan harga rumah kat sini bukan sejuta dua tapi harga dia boleh cecah RM5juta! Wow! Inilah pertama kali Budiey sampai di kediaman mewah dan elit The Glades, ternyata Budiey terpesona dengan keindahan alam dan binaan rumah banglo tiga tingkat yang moden dengan hiasan dalaman yang cukup elegan, dilengkapi dengan lif! Haha, first time gak tengok rumah ada lif nih. Korang pernah tengok rumah ada lif? Hehe, rasa macam jakun jap. Terima kasih kepada KL Motion Pictures yang sudi jemput Budiey ke set lokasi pengambaran drama bersiri JODOH 2 ni, Kalau tak, memang tak kenal dengan tempat yang cukup ekslusif nih.

Mustaqim-Bahadon

Semasa kat The Glades, Budiey sempat hang out dan lepak-lepak dengan beberapa orang pelakon macho dan sempat menemubual salah seorang pelakon drama bersiri JODOH 2 bernama Mustaqim Bahadon. Dialah pelakon pertama yang Budiey jumpa dan borak-borak masa kat sana. Nampak muka dia macam serius, tapi sebenarnya, dia sangat peramah.

Mustaqim, jejaka kacak yang berasal dari Perlis ini memegang watak seorang lelaki metrosesksual dalam drama JODOH 2 bernama Raja Gufran, berkarier sebagai akauntan. Selain berlakon, Mustaqim bekerja sebagai model dan personal trainer sepenuh masa di gym. Haa, jangan tak tahu, Mustaqim Bahadon ni dah jadi duta kepada gedung Jakel selama empat tahun.

Mustaqim Bahadon

"Saya mahu cuba watak yang tak pernah saya cuba sebelum ini. Syukur alhamdulilah, KL Motion menawarkan saya untuk memegang watak yang mencabar. Seperti watak metroseksual untuk drama ini. Watak Raja Gufran ni memerlukan saya menjaga ketrampilan, pakai lens warna kat mata, jadi saya harap penonton JODOH 2 dapat menerima watak seperti ini. Watak ini agak sukar juga sebab saya terpaksa menjadi orang lain." - Mustaqim Bahadon

Kalau ada yang belum kenal lelaki bermata tajam ni, Mustaqim bukanlah seorang yang tak bersosial sebaliknya, jenis yang suka bergaul dengan semua orang dan yang penting dia seorang yang bersikap positif dan suka belajar daripada pengalaman. Dalam drama JODOH 2 ini, trademark untuk Raja Gufran ialah, dia selalu menyikat rambut dengan tangan. Kononnya nak nampak kemas walhal kalau guna sikat lagi elok dan dengan gaya macam tu, Raja Gufran akan nampak lebih macho. Nak tahu lebih lanjut tentang watak metroseksual, anda kena tonton drama bersiri JODOH 2 ini pada hari ini, 7 April 2014 di saluran Astro Ria (saluran 204) dan Maya HD (saluran 135).

Jodoh 2 adalah sebuah drama berbentuk realiti, kali ini taglinenya… WANITA ATAU HARTA? Kalau musim pertama, Jodoh memaparkan kisah realiti sepuluh wanita berebut cinta seorang jejaka. Kali ini, pencari jodohnya adalah wanita (Gadis Jodoh) yang membabitkan persaingan seramai sepuluh peserta lelaki. Jadi, siapakah yang akan berjaya ke pusingan akhir? Korang kena saksikan sendiri la ye.

Selain Hanis Zalikha yang juga penulis blog popular yang kini menempa nama sebagai pengacara dan pelakon, drama ini turut mempertaruhkan pendatang baru, Fadlan untuk memegang watak utama sebagai Nik Fahmi. Tidak ketinggalan, penampilan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura Aliff Aziz (Syed Azmi) dan pendatang baru, Jannah Nik (Elle). Barisan pelakon lain yang turut memantapkan lagi drama bersiri ini ialah Mustaqim Mohamed (Zulkifli), Mustaqim Bahadun (Raja Gufran), Syahir Hazman (Engku), Aizad Akmal Ahmad (Wan Firdaus), Ku Hariz (Megat), Hanaffy Amril Ramli (Dr Yunus), Aizat Ishak (Tajuddin), Mohd Redho Rozlan (Lazim) dan Susan Lankester (Nora).

Tak cukup lagi info yang Budiey kasi ini, apa kata korang tonton video temubual eksklusif bersama Mustaqim Bahadon kat atas ni. Tonton tau!

Gambar Mustaqim Bahadon Pelakon Drama Jodoh 2

Mustaqim Bahadon

Mustaqim Bahadon

Mustaqim Bahadon

Mustaqim Bahadon

Mustaqim Bahadon

Mustaqim Bahadon

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories