RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Baby Shima Perkenal Single Terbaru NOMBOR 2

Posted: 07 Apr 2014 08:17 PM PDT

"Shima mahu peminat suka dan enjoy dengan lagu baru dari Shima berjudul Nombor 2. Kerana ia sebuah lagu ciptaan yang terbaik dari abg Edry buat Shima hadiahkan pada semua peminat dan penyokong Shima."

— Baby Shima

Single terbaru, NOMBOR 2 menjadi pilihan Baby Shima sebagai pembuka tahun baru 2014. Ternyata di sebalik angka ini, ia membawa maksudnya yang tersendiri.

Selepas peroleh kejayaan dari single pertama "Tak Sabar" yang berjaya menduduki Juara Carta radio-radio tempatan dan Juara Carta radio di Sabah selama 20 minggu pada tahun lalu, tidak dinafikan ia menimbulkan rasa keyakinan dalam diri beliau untuk terus mencoret nama dalam industri muzik tanahair tanpa dihirau akan komen atau pandangan negatif yang pernah dilemparkan.

Baby Shima

Hasil terbukti, beliau kini diterima ramai malah semakin bertambah sokongan hari demi hari. Baby Shima turut ditawarkan watak utama dalam telemovie Ayam Ribut Syawal yang disiarkan di TV3 pada Syawal yang lalu selain itu juga Baby Shima di tawarkan untuk menyanyikan Ost MAWAR PUTIH TANDA PERPISAHAN oleh Rosyam Nor.

Dengan mengekalkan konsep pop futuristic, Baby Shima tampil dengan single kedua berjudul "Nombor 2" hasil ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu yang berentak catchy dilihat serasi dengan Baby Shima dari sudut pandangan Edry. Single kedua ini dirakamkan pada hujung tahun lalu dan mengambil sedikit masa dalam menyiapkan sepenuhnya bagi memastikan kualiti vokal dan muzik yang bermutu.

Jika sebelum ini Baby Shima berkongsi tentang tak sabarnya bertemu kekasih dalam dendangan lagunya, kini beliau berkongsi mengenai kejujuran dalam sesebuah hubungan dan kesibukkan itu bukan berpunca dari orang yang kedua. Mesej disampaikan dalam irama rancak, namun ia merupakan mesej yang penting dalam sesebuah hubungan percintaan.

"Shima mahu peminat suka dan enjoy dengan lagu baru dari Shima berjudul Nombor 2. Kerana ia sebuah lagu ciptaan yang terbaik dari abg Edry buat Shima hadiahkan pada semua peminat dan penyokong Shima." ujarnya dengan penuh kegembiraan dan keyakinan.

Lagu ini pasti menjadi sebuah fenomena pada semua penggemar muzik tanahair. Nantikan video lirik "Nombor 2" yang bakal ditayangkan di youtube dan Fbpage Baby Shima.

Ikuti perkembangan Baby Shima melalui:
Twitter : aicobabyshima
Instagram : aicobabyshima
Facebook Page : Baby Shima

Baby Shima

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis White Trilogy

Posted: 07 Apr 2014 07:56 PM PDT

Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri anda pada hari ini. SAFI jenama halal nombor satu tempatan meneroka dimensi baru wahana kecantikan generasi wanita moden kini dengan melancarkan semula rangkaian produk legasi inovasi kecantikan SAFI.

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis

Definisi raut wajah cerah sempurna yang diidamkan oleh setiap gadis pada masa kini bukan sekadar kulit yang sekata, keanjalan ternyata dan kelihatan bermaya setiap masa hanya pada luaran sahaja. Mereka tahu kulit harus dirawat dan diperkaya dengan manfaat merentasi lapisan kulit dan ianya harus bermula dari dalam.

Apabila kulit mendapat perawatan dan manfaat diperlukan bermula dari lapisan ini, mereka percaya wajah cerah sempurna pasti sentiasa melengkapkan personaliti generasi wanita SAFI kini, beridentiti tersendiri dan integriti.

Memahami dan melengkapkan kembara cantik mereka, SAFI jenama halal No.1 tempatan memperkenalkan rangkaian SAFI BALQIS White Trilogy sebuah inovasi legasi kecantikan SAFI. Generasi kelima SAFI BALQIS ini adalah sebuah rangkaian produk pencerah wajah lengkap untuk semua jenis keperluan kulit – hebat untuk struktur kulit biasa dan sempurna bagi keperluan khusus kulit berjerawat dan berminyak bagi mereka yang ingin memiliki raut wajah cerah sempurna.

Memperkenalkan kesinambungan inovasi produk legasi kecantikan Safi
Rangkaian lengkap transformasi wajah cerah sempurna anda

Kombinasi sistem 3 gen pencerahan . 3 minit proses pencerahan wajah bermula.
3 hari manfaat pencerahan mula dirasa . 3 minggu wajah cerah sempurna

SAFI BALQIS White Trilogy

SAFI BALQIS White Trilogy membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenalkan Sistem White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dari dalam.

Diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi, mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. Berbeza daripada rangkaian produk kecantikan di luar yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan luaran sahaja, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah seperti berikut:

• 3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semulajadi

• 3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit

• 3 minggu – kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

"Sebagai sebuah jenama yang menjadi inspirasi dan aspirasi kepada anda setiap wanita SAFI, rangkaian SAFI BALQIS White Trilogy memperlihatkan kredibliti jenama SAFI untuk sentiasa menjadi peneraju inovasi produk kecantikan. Umpama sebuah evolusi, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan transformasi kecantikan dengan mengungguli dimensi baru produk kecantikan, pelengkap kepada metamorphosis setiap generasi wanita SAFI kini serta kesinambungan kekuatan legasi inovasi kecantikan SAFI", jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk (SAFI).

Jenama SAFI BALQIS yang dipasarkan sebagai rangkaian produk penjagaan kulit wajah pencerahan bagi wanita SAFI berusia 18 tahun ke atas, terus memberikan aspirasi kepada setiap wanita muslim moden kini melebihi satu dekad membawa mesej sebagai rangkaian produk penjagaan kulit wajah pertama mereka.

SAFI BALQIS memberikan keyakinan dan melengkapkan personaliti hebat wanita muslim moden kini yang mahu inovasi kecantikan kontemporari teknologi terkini tanpa perlu mengkompromikan nilai-nilai murni resam budaya dan kehendak Syarak.

"Kami memahami akan keperluan serta kehendak kecantikan mereka. Ia merupakan rangkaian penjagaan dan pencerahan kulit wajah lengkap untuk semua jenis keperluan khusus kulit. kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta sains kecantikan SAFI, memberikan hasil santifik dan alamiah untuk memiliki kecantikan semulajadi yang bermula dari dalam", tambah beliau lagi.

Keranuman dan kemanisan rasa manfaat semulajadi kehebatan pencerahan kulit wajah buah kiwi hebat untuk kulit biasa dan limau gedang dalam untuk keperluan khusus kulit berjerawat dan berminyak hadir bersama di dalam setiap variasi produk pupur kecantikan siang dan malam SAFI BALQIS White Trilogy. Ia dipersembahkan didalam inovasi bungkusan produk kontemporari lembayunng warna utama jenama serta percikan elemen warna ceria dan grafik khusus memperkenalkan setiap variasi produk rangkaian ini.

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis White Trilogy

Melengkapkan kehadiran rangkaian produk penjagaan dan pencerahan wajah penuh evolusi membawa transformasi metamorphosis diri, SAFI BALQIS White Trilogy memperkenalkan duta terbaharu rangkaian ini "Gadis Balqis" Hanis Zalikha – Personafikasi keayuaan kontemporari jenama ini.

Bintang baru yang sedang melakar nama di dalam bidang hiburan ini merupakan personaliti pilihan kecantikan dan gaya melalui pendapat dan tips peribadi dan pengalaman dari industri di dalam setiap entri blog milik beliau serta profil laman sosial beliau.

"SAFI BALQIS White Trilogy memberikan transformasi kecantikan dan keyakinan kepada diri saya dengan rangkaian produk yang bertindak pantas secara semulajadi daripada dalam dan selamat.

Ia tercipta untuk anda dan saya, nadi kejayaan kita. Dapatkan wajah cerah sempurna dengan lima langkah mudah, membersih, menyegar, memelihara, melembap dan menyerikan dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap SAFI BALQIS White Trilogy."

Bagi saya ia sebuah rangkaian komprehensif yang sempurna. Tiga produk asas mesti ada saya semestinya Pembersih muka SAFI BALQIS White Trilogy, Krim pelembap SAFI BALQIS White Trilogy dan serum SAFI BALQIS White Trilogy. Wajah cerah sempurna adalah milik kita bersama dalam 3 mini, 3 hari, 3 minggu pasti cerah sempurna."

Seorang gadis ceria, bersahaja, yakin dan tersendiri, Hanis Zalikha kini senang berbicara tentang transformasi kecantikan dan keyakinan diri beliau.

Gadis Balqis Mempesona dengan kecantikan dan keyakinan diri

Bicara Cantik Bersama Gadis Balqis_Hanis Zalikha

Gadis Balqis Hanis Zalikha dan Serum Safi Balqis White Trilogy

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories