RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Sah Bergelar Suami Isteri

Posted: 07 Mar 2014 08:28 PM PST

GAMBAR PERNIKAHAN SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH LIYANA

Dengan hanya sekali lafaz, pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof selamat bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan tepat pada pukul 10.30 pagi oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa berwakil walikan bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsudin.

GAMBAR PERNIKAHAN SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH LIYANA

Pada majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu, Syamsul menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Puteri Sarah disamping memberikan 7 dulang hantaran. Pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran.

GAMBAR PERNIKAHAN SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH LIYANA
Hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. +Foto: Media Hiburan

GAMBAR PERNIKAHAN SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH LIYANA
Hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki. +Foto: Media Hiburan

Majlis dihadiri oleh ibu bapa kedua-dua mempelai, Megat Kamaruddin Megat Shamsudin dan Puan Paridah Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Selain turut dihadiri oleh 200 tetamu lain termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

Walau bagaimanapun, majlis resepsi yang sepatutnya dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam ditangguhkan kerana Syamsul masih lagi belum sihat sepenuhnya selepas menghidap deman denggi sejak 2 Mac lalu.

Sekalung tahniah kami ucapkan buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di atas ikatan pernikahan ini. Kami turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina ini berkekalan buat selamanya serta dipenuhi dengan kesejahteraan dan kebahagiaan.

CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE DAN INTERNET
Advertisement

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Syanie Sah Bergelar Isteri Semula

Posted: 28 Feb 2014 11:19 PM PST

Tahniah diucapkan kepada Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 39, kerana dengan hanya sekali lafaz, Syanie telah sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, Langkawi, hari ini.

GAMBAR PERNIKAHAN SYANIE DAN NADI PUTERA

Akad nikah disempurnakan sendiri oleh bapa Syanie iaitu Hisham Abd Rahman manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail. Bagi yang belum tahu, ini adalah pernikahan kali kedua bagi Syanie selepas menjanda kira-kira 13 tahun.

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan dan selamat berbahagia dalam melalui hari-hari sebagai suami isteri. Kami turut mendoakan agar perkahwinan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. InsyaAllah.. Amin~

CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE DAN INTERNET
Advertisement

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories