RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


Hukum Rebonding

Posted: 07 May 2014 07:03 AM PDT



Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum sebenar bagi teknik rebonding ini sama ada untuk meluruskan rambut atau mengkerintingkannya. Ini kerana tidak terdapat dalil yang khusus melarang atau mengharuskan perkara ini secara jelas. Dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak lebih bersifat umum sahaja. Disebabkan itulah berlaku perselisihan di kalangan ulama kepada dua pandangan iaitu mengharamkan dan mengharuskan.



Namun secara peribadinya saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa harus pada sesetengah keadaan bagi seseorang perempuan itu membuat teknik rebonding di atas sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi jika isteri membuat teknik ini semata-mata untuk memperagakan di hadapan suaminya sahaja. Begitulah kesimpulan daripada pandangan Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudah al-Tolibin dan pendapat Imam Ramli di dalam kitabnya Nihayah al-Mujtahid.


Selain itu, perkara yang perlu diteliti juga berkaitan dengan teknik rebonding ini ialah:


1. Apakah niat dan tujuan rebonding?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk rebonding?
3. Siapakah yang melakukan rebonding?
4. Untuk siapakah rebonding itu diperagakan?
5. Apakah kesan rebonding?
Sekadar peringatan: Syukurilah nikmat Allah SWT yang sedia ada. Allah Taala tidak akan menzalimi hambaNya.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Riwayat Abu Daud)


Also See and Read This : READ MORE

Akibat Meninggalkan Solat

Posted: 07 May 2014 06:59 AM PDT




Siksaan ketika hidup di dunia
  1. Allah mengurangan keberkatan umurnya.
  2. Rezekinya disempitkan oleh Allah
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
  4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya lansung tidak diberi pahala
Siksaan Ketika Sakratul Maut
  1. Ia akan menghadapi Sakratul Maut dalam keadaan hina
  2. Matinya dalam menderita kelaparan
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
Siksaan Ketika dalam Kubur
  1. Allah akan menyempitan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  2. kuburnya akan digelapkan
  3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika berada di Akhirat
  1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang mahsyar oleh Malaikat
  2. Allah tidak akan memandangya dengan pandangan belas kasihan.
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Also See and Read This : READ MORE

7 Golongan Yang Di Lindungi Allah SWT

Posted: 07 May 2014 06:52 AM PDT



1) Pemerintah yang adil.

Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.



2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.

Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid

Masjid adalah rumah Allah Subhanahu wa ta'alaa. Naungan Ilahi akan selalu ada di akhirat nanti bagi orang yang senantiasa rindu untuk beribadah di masjid dan merasa betah berada di dalamnya. Setiap waktu, ia selalu menunggu-nunggu tiba saatnya untuk datang ke masjid untuk sholat wajib maupun sunnah, sholat berjamaah, mengaji, mendengarkan ceramah, dan sebagainya.

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5) Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata 'Aku takut kepada Allah'

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi

sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Also See and Read This : READ MORE

10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu

Posted: 07 May 2014 06:42 AM PDT



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

"Abdullah bin Ja'far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja'far, Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja'far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)"
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2.Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3.Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.ulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Also See and Read This : READ MORE

10 Cara Wanita Membuatkan Lelaki Bernafsu

Posted: 06 May 2014 03:09 PM PDT



Godaan, Ianya bagai suatu permainan 'tarik tali'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki untuk menggoda wanita yang diminatinya sahaja? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Namun, ianya hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.


1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akanrenungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggokwanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Also See and Read This : READ MORE

Puisi Rangga : Perempuan

Posted: 06 May 2014 02:51 PM PDT




Perempuan Datang Atas Nama Cinta
Bunda Pergi Karena Cinta



Digenangi Air Racun Jingga Adalah Wajahmu
Seperti Bulan Lelap Tidur Di Hatimu
Yang Berdinding Kelam Dan Kedinginan Ada Apa Dengannya ?
Meninggalkan Hati Untuk Dicaci
Lalu Sekali Ini Aku Lihat Karya Surga
Dari Mata Seorang Hawa 


Ada Apa Dengan Cinta ?
Tapi Aku Pasti Akan Kembali Dalam Satu Purnama
Untuk Mempertanyakan Kembali Cintanya
Bukan Untuknya Bukan Untuk Siapa
Tapi Untukku...
Karena Aku Ingin Kamu
Itu Saja...



Also See and Read This : READ MORE

Nomad Sesak Nafas Kerana Gemuruh Di Pentas

Posted: 06 May 2014 02:48 PM PDT


Penyanyi baharu Nomad mendedahkan dia masih gagal mengawal rasa gemuruh ketika membuat persembahan pentas sehingga ia mengganggu tumpuannya untuk bergelar penyanyi.


Nomad atau nama sebenarnya, Nur Mohd Alieef Ayub, 25, berkata, kesan rasa gemuruh dan debaran itu membuatkan dia sukar bernafas dan tidak boleh menyampaikan lagu dengan baik.

"Saya masih belum pandai untuk mengawal rasa gemuruh ketika di atas pentas besar terutamanya dalam sesevuah pertandingan.

"Rasa gemuruh dan takut membuatkan saya sukar untuk bernafas dengan baik sehingga akhirnya menganggu nyanyian saya," katanya.

Dalam pada itu, Nomad yang popular dengan lagu Tetap Menantimu juga mengaku sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan kontroversi menjadi seorang selebriti.

Setakat ini dia pernah dikritik dan dikatakan tidak mampu menyanyi dengan baik oleh peminat menerusi laman sosial.

"Di laman sosial ramai yang bagi komen dan kritikan yang teruk juga. Ada yang komen saya tidak boleh menyanyi dan nyanyian bukan bidang saya.

"Tapi saya anggap ia sebagai pembakar semangat dan saya masih berusaha memperbaiki diri menjadi penyanyi lebih baik," katanya.

Bagaimanapun dia bersyukur ramai pengikut dan peminatnya yang tetap memberi sokongan untuk dia terus berada dalam bidang ini.

Sementara itu, Nomad berkata, dia kini sudah keluar dengan single kedua berjudul Sebuah Janji.

Biarpun mengakui tidak terlalu mengemari lagu tersebut, namun dia percaya percaturan yang dibuat oleh pihak pengurusannya iaitu Indigital Sdn Bhd adalah yang terbaik buatnya.

"Single kedua saya agak rancak dan berbeza berbanding single pertama. Pada awalnya saya agak kurang gemar kerana saya lebih suka lagu genre balada.

"Sebagai orang baru dan tidak tahu tentang industri muzik ini, saya hanya mengikut sahaja apa rancangan pihak pengurusan saya," katanya.

Also See and Read This : READ MORE

6 Bahagian Badan Lelaki Yang Seksi

Posted: 06 May 2014 02:15 PM PDT



1. Bahu
Wanita suka melihat bahu lelaki yang luas kerana akan menampakkan kesasaan badan lelaki. Seorang wanita menulis, "Saya suka apabila suami menggerakkan bahunya, dari situ saya boleh nampak otot lengannya dengan jelas" – dipetik dari pendapat awam di laman web.



2. Dada
Sama seperti lelaki yang lebih tertarik melihat bahagian dada wanita. Kebanyakan wanita suka berimaginasi tentang bahagian dada lelaki apabila kameja yang dipakai jatuh terletak di atas dada yang bidang.

3. Lengan
Oh come on! Wanita mana yang tak suka lengan lelaki yang berotot?

4. Bibir
Nilai estetika pada bibir lelaki? Bergantung pada cita rasa wanita, ada yang sukakan bibir lelaki tebal ada juga yang suka nipis. Siapa tak geram melihat Channing Tatum dalam filem The Vow?

5. Tangan
Tidak perlu manicure kuku, cukup sekadar kuku yang bersih dan dipotong kemas. Kebanyakan wanita sangat menitikberatkan kebersihan tangan, kerana dari situ mereka menilai kebersihan bahagian tubuh lelaki yang lain.

6. Punggung
Zaman sekarang ini, makin kecil punggung wanita makin seksi. Tapi berbeza dengan lelaki, wanita gemar melihat punggung yang sedikit berotot terutama sekali apabila mengenakan seluar jean yang sesuai.

Also See and Read This : READ MORE

7 Perkara Anda Perlu Rahsiakan Darinya

Posted: 06 May 2014 02:12 PM PDT



Anda tidak suka ditipu jadi tentunya juga tidak patut menipu. Umum dipercayai yang perhubungan yang jujur merupakan yang terbaik. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda rahsiakan demi tidak menyinggung perasaan si dia dan menjaga keamanan dalam perhubungan.


1. Sebab Anda Putus Dengan Kekasih Terakhir
Dia tidak suka anda bercerita tentang kekasih yang lepas, walaupun jika ianya perkara buruk. Lelaki memang tidak suka pasangannya terlalu banyak bercerita tentang lelaki lain. Jadi tidak perlu beritahunya mengapa kamu putus dengan kekasih atau kekasih-kekasih terdahulu. Cukup dinyatakan yang anda tidak serasi dengannya.

2. Rasa Rendah Diri Kamu
Anda rasa miliki banyak kekurangan, namun jangan kongsikan segalanya dengan si dia. Selalunya rasa rendah diri itu cuma dirasa oleh kita seorang sahaja, pada orang lain tidak ada apa-apa yang kurangnya. Jika anda tidak henti-henti bercakap tentang kekurangan diri, ini akan merimaskan si pendengar. Mereka juga mungkin berpendapat anda cuba pancing pujian dengan berpura-pura bersedih tentang kekurangan diri.

3. Rasa Kagum Anda Pada Dia
Tidak salah memujinya sekali-sekala namun jangan terlampau pula. Ia mungkin dilihat sebagai usaha anda untuk membodeknya dan akan dikhuatiri terdapat udang di sebalik batu. Walaupun dia tahu pujian itu ikhlas, dia mungkin pula berfikir yang kamu sebenarnya tidak mempunyai pendirian sendiri dan mudah bersetuju dengan segala yang dilakukannya. Jangan hingga dia merasakan pendapat anda tidak penting pula!

4. Perangai Sebenar Kawan Baik Anda
Jika anda mahu si dia menghalang anda daripada berkawan dengan si kawan baik itu, cara paling mudah adalah dengan menceritakan segala-galanya yang berlaku dalam hidup kawan anda. Anda dan rakan mungkin sekadar berkongsi masalah masing-masing, namun para lelaki secara otomatik berfikir yang anda sedang "mengumpat" tentang rakan itu dan apa sahaja yang anda ceritakan akan dipandang negatif. Cerita tentang kawan yang terbeban dengan terlalu banyak tugasan di tempat kerja mungkin dilihatnya sebagai seorang pemalas. Cerita tentang pergaduhan kecil antara kawan anda dan pasangannya memberi gambaran yang dia suka bergaduh. Pandangan negatif ini mungkin kerana pasangan anda cemburu dengan kawan baik itu kerana dia orang yang paling rapat dengan anda selain teman lelaki atau suami. Kemudian, mereka akan cuba menghalang anda daripada meneruskan persahabatan atau terlalu rapat dengan alasan bimbang anda akan terikut-ikut perangai negatif ini.

5. Perangai Sebenar Anda
Bukannya mahu anda menyamar seolah-olah tiada kekurangan, namun seboleh-bolehnya rahsiakan perkara-perkara peribadi yang tidak perlu dia tahu, contohnya bila anda cukur bulu ketiak dan bulu kaki, sikap anda yang suka membandingkan saiz buah dada dengan wanita lain, perkara-perkara yang paling liat anda lakukan seperti tidak suka cuci pinggan sehingga sinki penuh atau tidak suka lipat kain baju, mahupun berapa lama anda bersolek atau suka menyendiri dalam kamar mandi. Biar dia tahu tentang perkara-perkara baik tentang diri kamu dahulu sebelum dia mengetahui sendiri ciri-ciri rahsia kamu suatu hari nanti.

6. Anda Tidak Suka Kawan-Kawannya
Sekumpulan lelaki yang rapat mempercayai rakan-rakan mereka hingga mati. Malahan kebanyakan mereka lebih cepat mempercayai rakan daripada isteri dalam hal-hal lain selain hal rumahtangga. Ini kerana selalunya pengalaman hidup yang dilalui bersama merupakan punca mereka rapat berkawan, jadi pada mereka rakan-rakan mencerminkan diri mereka sendiri, dan tentunya sifat-sifat yang jelas kelihatan hanya yang baik-baik belaka. Jika anda cuba menegur apa-apa sikap buruk kawan mereka, tidak mustahil anda pula yang akan dicop sebagai seseorang yang suka mencari kesalahan orang lain walaupun sekecil zarah.

7. Anda Tidak Suka Hadiah Pemberiannya
Nasihat ini bukan sahaja untuk pemberian si dia, malah bagi sesiapa sahaja yang berikan anda hadiah. Buruk perangai betul apabila seseorang telah bersusah-payah memikirkan apa hadiah yang paling sesuai untuk anda dan membelanjkan sejumlah duit untuk membelinya, kemudian anda dengan mudah mencemuhnya. Cuba fikirkan perasaan pembeli, lebih-lebih lagi jika anda tahu mereka sebenarnya tidak berkemampuan untuk beli barang yang mahal-mahal namun diusahakannya juga demi diri anda.

Also See and Read This : READ MORE

Godaan Dari Pakaian Dalam

Posted: 06 May 2014 02:10 PM PDT


Asal lalu kedai pakaian dalam mesti malu. Sebab selalunya mereka akan pamerkan baju koleksi baju tidur yang menghairahkan di hadapan cermin depan. Percaya atau tidak, wanita akan menjadi lebih yakin apabila mengenakan pakaian dalam yang seksi walaupun hanya dipakai di dalam!


Tahukah kamu yang lelaki mudah tergoda apabila melihat wanita memakai pakaian dalam dan baju tidur seksi? Bagi suami yang menitikberatkan hal ini merasakan diri mereka sangat istimewa kerana isteri sanggup berhabis untuk sepasang pakaian dalam yang seksi demi menggoda suami. Bagaikan dijemput ke acara seksual eksklusif yang mana cuma kamu penontonnya.

Sungguhpun sudah beranak tiga, dan pakaian harian kamu hanyalah blaus dan seluar jean, pakaian dalam yang seksi mampu mengembalikan kehangatan hubungan tatkala bersama dengan suami. Menurut aksmen.com, keterujaan lelaki ketika di ranjang akan menjadi-jadi apabila membuka pakaian pasangannya dan melihat pakaian dalam yang menghairahkan.

Also See and Read This : READ MORE

Impak ‘Fake It Till You Make It’

Posted: 06 May 2014 02:08 PM PDT


Orang selalu kata, persefahaman itu penting demi mencapai kebahagian antara suami dan isteri. Tapi kita selalu terlepas pandang atau dalam erti kata lain, mengambil mudah tentang hubungan intim antara suami dan isteri. Dalam hubungan intim juga memerlukan persefahaman, kerjasama dan juga tolak ansur demi memberikan kepuasan pada pasangan. Namun, ada juga pasangan yang berpura-pura mencapai klimaks demi menjaga hati pasangan. Ini adalah kesalahan besar yang sering dilakukan pasangan suami isteri! Kamu harus peka dengan impaknya apabila kamu fake it till you make it.


TIDAK ADIL buat pasangan kamu! Secara tidak langsung kamu telah memberikan harapan palsu kepada pasangan. Apa yang bakal terjadi apabila harapan palsu ini dianggap serius oleh pasangan?

'PRESTASI' MERUNDUM kerana bagi pasangan, kamu telah mencapai klimaks walhal itu hanyalah pura-pura. Jadi pasangan akan berhenti mencuba sedaya lagi. Siapa yang akan rugi?

DIRI KAMU lama kelamaan akan mula merasakan kebosanan dalam hubungan intim. Dek kerana sikap pura-pura tadi membuatkan hubungan ranjang menjadi tidak hangat. Langkah yang patut kamu ambil?

USAH MALU untuk berbincang hal ini malah ia sebenarnya sangat membantu dalam memberikan kepuasan kedua belah pihak. Adat hidup bersuami isteri, berkongsi kisah suka duka, permasalahan dan menyelesaikan masalah bersama.

Mulai hari ni, jika kamu pengamal kaedah 'Fake it till you make it' lebih baik HENTIKAN! Jadilah jujur dalam hubungan intim kamu.

Also See and Read This : READ MORE

Tip Malam Pertama

Posted: 06 May 2014 02:05 PM PDT



Semestinya malam pertama adalah satu malam yang istimewa bagi para pengantin yang baru bernikah untuk meraikan pernikahan yang telah berjaya dijalankan serta setelah penat seharian menjadi raja sehari, pastilah belaian kasih sayang pasangan menjadi penawar. HANZ titipkan beberapa tip yang mungkin membantu anda.




Pelajari soal seks
Semestinya anda tidak mahu dilihat seperti terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana ingin melayani pasangan anda. Buku adalah salah satu rujukan yang bagus untuk anda pelajari tentang seks. Maklumat di internet juga banyak yang boleh membantu.

Rawatan pra pengantin
Sebulan sebelum hari pernikahan pengantin perempuan selalunya disarankan untuk melakukan rawatan pra pengantin kerana ia digalakkan kepada pengantin perempuan kerana rawatan ini bukan sahaja mengubat dari segi jasmani, malah juga untuk rohani.

Kamar romantik dan selesa
Kamar yang cantik dan romantik juga adalah faktor penting yang mendorong keseronokan sewaktu hubungan intim berlangsung.  Sebolehnya para pengantin bermalam pertama di hotel kerana suasana di kamar hotel biasanya sangat istimewa dan romantik.

Pencahayaan sederhana terang
Pencahayaan di ruang kamar seharusnya di letakkan pada takat sederhana terang kerana pencahayaan yang agak kurang terang dan berlampu kekuningan boleh menimbulkan emosi kasih sayang dan suasana romantik tat kala bersama orang yang kita sayang.

Wangian aromaterapi
Penggunaan wangian aromaterapi di dalam kamar boleh memberikan bau wangi yang juga membantu menaikkan rasa ghairah pasangan pengantin. Aromaterapi bunga geranium adalah pilihan yang baik kerana zat dalam bunga geranium boleh merangsang hormon seks.

Bersihkan diri
Mandi untuk membersihkan tubuh badan anda dari sebarang kekotoran dan bau yang kurang menyenangkan bagi pasangan anda. Mungkin anda boleh lakukan Brazillian Wax di spa yang menyediakan servis ini kerana ia sangat efektif membuang rerambut di tubuh badan kita.

Memakai pakaian yang memikat hati suami
Pakailah pakaian dalam yang memikat hati suami. Ia membantu dalam meningkatkan hormon seksual dalam diri suami dan rasa ghairah kian muncul melihat isteri berpakaian seksi.

Memakai wangian badan
Sejurus mandi, persiapkan diri anda dengan memakai wangian untuk tubuh badan agar bau badan kita lebih harum serta digalakkan juga bagi pengantin perempuan bersolek pada malam pertama agar kelihatan menawan dan cantik istimewa untuk pasangan lelaki.

Usah Paksa Diri
Tentukan anda dan pasangan sememangnya sudah bersedia. Usah memaksa diri, lakukan apabila kedua-dua kamu selesa. Rasa penat menguruskan perkahwinan mungkin menyebabkan salah seorang daripada anda berasa kurang sedia.

Also See and Read This : READ MORE

Hubungan Intim Menyihatkan Badan

Posted: 06 May 2014 01:59 PM PDT




Banyak kajian membuktikan hubungan seksual turut menyumbang kesihatan kepada manusia. Malah, anda tidak perlu malu untuk meminta supaya aktiviti seksual dilakukan dengan lebih kerap. Ini kerana seks yang sihat bersama pasangan mampu memberikan manfaat tersendiri.


Berikut adalah manfaat yang anda akan perolehi selepas melakukan aktiviti seksual bersama pasangan anda.

Tekanan. Seks terbukti melalui kajian dapat membantu kesihatan mental. Menurut seorang profesor psikologi di Universiti of Virginia, Dr. James Coan, "Ketika melakukan hubungan intim, anda akan melepaskan hormon yang akan mencetuskan rasa bahagia seperti Oksitosin dan Endorphin". Hormon inilah yang membantu individu dalam menghilangkan tekanan.

Insomnia. Selepas melakukan hubungan intim, tubuh akan melepaskan hormon Oksitosin yang juga disebut sebagai 'Hormon Pelukan'. Selain membuatkan perasaan lebih selesa, Oksitosin juga membantu anda cepat mengantuk dan tidur lebih nyenyak. Kesan hormon ini lebih besar kepada wanita kerana wanita memiliki hormon Oksitosin yang lebih tinggi.

Kejang perut. Melakukan hubungan intim juga dapat mengurangkan rasa tidak selesa pada perut seperti pedih, sakit atau kejang. Ini kerana, orgasme akan membuatkan otot rahim berkontraksi dan melepaskan hormon pada otak yang berfungsi sebagai pereda rasa sakit semulajadi.

Menurunkan berat badan. Rutin seks juga dapat membantu kesegaran tubuh anda setiap hari. Anda juga mampu membakar sebanyak 700 kalori dalam masa seminggu jika melakukan hubungan intim setiap hari.

Menyihatkan jantung. Pembakaran kalori semasa melakukan hubungan intim juga akan meningkatkan kesihatan jantung anda. Seks mampu mencegah serangan strok dan jantung.

Mencegah kanser prostat. Ejakulasi ketika melakukan hubungan seks dapat mengurangkan risiko kepada lelaki dari terkena kanser prostat. Dalam sebuah kajian di Australia, lelaki yang mengalami ejakulasi sebanyak 21 kali dalam sebulan dapat mengurangkan risiko terkena kanser prostat.

Also See and Read This : READ MORE

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Posted: 06 May 2014 01:57 PM PDT


Salah satu rahsia besar untuk khusyu' solat adalah dengan memahami maksud doa- doa di dalam solat, jd solat itu akan sampai ke hati.

 
Also See and Read This : READ MORE

8 Lapangan Terbang Paling Menggerunkan Di Dunia

Posted: 06 May 2014 10:11 AM PDT


Dalam dunia penerbangan, pendaratan dan berlepas adalah perkara paling sukar dan bahaya. Walaupun nampak mudah, hakikatnya juruterbang memerlukan fokus tinggi, kerjasama pembantu dan landasan yang bagus untuk mendaratkan pesawat dengan baik.



Namun, bagaimana dengan lapangan terbang yang memiliki landasan pendek, curam atau laluan berbahaya?

Pastinya juruterbang yang memiliki pengalaman serta kemahiran yang tinggi saja dibenarkan untuk melakukan penerbangan di lapangan tersebut.

Berikut adalah lapan lapangan terbang paling menggerunkan dan memerlukan pertimbangan serius sebelum anda berlepas ke lokasi atau mendarat.

Lapangan Terbang Paro, Bhutan



Dikelilingi puncak Himalaya yang tinggi, lapangan terbang kecil itu dikatakan paling mencabar bagi seorang juruterbang.

Pesawat yang hendak mendarat di situ bukan saja perlu mengelak puncak gunung di sekeliling lapangan terbang, tapi perlu berhati-hati dengan puluhan rumah di sekitar kawasan berhampiran.

Dalam beberapa kes, ada kapal terbang yang melepasi jarak beberapa meter saja daripada bangunan.

Malah, proses pendaratan boleh jadi bertambah sukar dengan kehadiran angin.
Sehingga kini, hanya lapan juruterbang di dunia dianggap berkeupayaan untuk mendarat di sana.

Lapangan Terbang Ais Runway, Antartika

Pernahkan anda terfikir bagaimana reka bentuk lapangan terbang di Antartika?
Landasan kapal terbang di negara itu diperbuat sepenuhnya daripada ais, tanpa tanah sebagai asas untuk menyokong struktur di bawahnya.

Walaupun pada musim bunga, lapisan ais di situ masih tebal dan mampu menampung berat pesawat.

Namun, jika terlalu berat, pesawat mungkin boleh terbabas dan menjunam terus ke dalam air sejuk.

Anehnya, pada musim sejuk pula, ais di laut menjadi begitu lemah hingga mustahil untuk kapal terbang mendarat dengan selamat, sekalipun ia hanyalah pesawat ringan.

LAPANGAN Terbang Matekane, Lesotho

Landasan pendek sejauh 400 meter itu sering menjadi topik perbualan serius berikutan tidak memberi ruang cukup kepada juruterbang untuk berada di atas tanah.

Terletak di pergunungan tinggi, juruterbang perlu memandu secara langsung dari pinggir tebing setinggi 610 meter sebelum berlepas ke udara.

Lapangan Terbang Antarabangsa Barra, Scotland

Lapangan terbang seumpama itu adalah satu-satunya di dunia yang mana pesawat perlu mendarat di pantai.

Barra adalah pulau di Outer Hebrides dengan jumlah penduduk hanya 1,174.

Tidak hairanlah jika orang ramai tidak tertarik untuk datang berkunjung ke pulau terbabit kerana lapangan terbangnya hanya sekadar jaluran pantai.

Juruterbang perlu memastikan masa pendaratan sesuai kerana jika berlakunya air pasang, mereka akan mendarat terus ke laut.

LAPANGAN Terbang Gibraltar

Lapangan terbang ini sememangnya cukup unik dan kadangkala boleh jadi menyeramkan.

Ini kerana di tengah-tengah landasannya ada lebuh raya utama yang menghubungkan laluan di kiri dan kanan.

Apabila pesawat hendak mendarat atau berlepas, loceng dan penghadang jalan akan diturunkan seperti di kebanyakan landasan kereta api.

Bahaya sentiasa menanti jika ada pemandu kereta yang bertindak melintas secara tiba-tiba!

Begitupun, pihak berkuasa dilihat sentiasa mengambil langkah waspada dengan menutup kedua-dua laluan lebuh raya ketika ada pesawat ingin mendarat ataupun berlepas.

Lapangan Terbang Pulau Tioman, Malaysia

Lapangan terbang itu dikatakan sangat berbahaya dan juruterbang yang memandu pesawat ke pulau berkenaan mesti menerima latihan khas sebelum dibenarkan mendarat.

Mereka perlu menerbangkan pesawat secara langsung di banjaran gunung yang bergerigi sebelum melakukan pusingan tajam untuk memasuki landasan.

Dalam keadaan itu, sesiapapun tidak mampu mengelak imaginasi buruk serta bayangan maut.

Sekiranya pendaratan cekap gagal, risiko insiden mengorbankan banyak nyawa adalah tinggi.

Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, Nepal

Dikenali sebagai salah satu lapangan terbang paling sibuk di Nepal, Tenzing-Hillary beroperasi pada ketinggian 2,438 meter dan hampir tidak ada ciri-ciri kawalan trafik moden.

Lebih teruk, lapangan terbang ini tidak ada lampu dan hanya mempunyai bekalan tenaga elektrik yang sangat sedikit.

Kawasan ini kerap berdepan masalah liputan awan dan cuaca buruk. Sebab itu hanya penerbangan waktu siang dibenarkan dan bergantung kepada tahap kemahiran juruterbang di kawasan tersebut.

Lapangan Terbang Princess Juliana, The Caribbean

Asalnya adalah lapangan terbang tentera pada zaman Perang Dunia Kedua, tapi sekarang sudah menjadi hub utama untuk ke pulau Carribean sekitarnya.

Pesawat yang mahu mendarat di kawasan itu biasanya terbang rendah hingga mencapai jarak beberapa meter dari tanah.

Orang ramai, khususnya pengunjung pantai akan mengambil kesempatan berkumpul untuk melihat kapal terbang mendarat dan berlepas.

Berbeza dengan juruterbang, dia perlu tangkas mengawal pesawat untuk mengelak daripada terbabas ke kawasan berdekatan St Peter Hill.
Also See and Read This : READ MORE

1,001 Rahsia Khasiat Madu

Posted: 06 May 2014 09:40 AM PDT



Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia.



Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu?

Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Melegakan sakit tekak dan batuk

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.

Merawat luka dan cedera ringan

Sebelum penciptaan peti kecemasan atau 'first aid', madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Baik untuk sistem pencernaan badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.

Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.

Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.

Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia," (Al-Nahl 16:68).

Sabda Rasulullah SAW "Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

"Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.

Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.

Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.

Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita.

Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Also See and Read This : READ MORE

Bandar-bandar Paling Sejuk Di Dunia

Posted: 06 May 2014 09:31 AM PDT




Walaupun kita di Malaysia tidak ada musim sejuk dan turunan salji, namun pada sesetengah keadaan apabila tiba musim hujan berlarutan, rasanya keadaan sejuk tetap terasa.

Kalau nak rasa sejuk lagi, panjatlah Gunung Kinabalu atau melawat ke Cameron Highland, itupun sudah cukup sejuk sampai rasa nak demam kan.


Jadi, bayangkan negara-negara yang beriklim sejuk dan penduduknya yang tinggal dibandar-bandar yang paling sejuk di dunia tentulah lebih merasa kesejukannya.

Berikut ialah antara bandar-bandar paling sejuk di dunia.

International Falls
Amerika Syarikat


International Falls City

International Falls terletak di Sungai Rainy. Populasi penduduk ditempat ini ialah sekitar 7,000 orang. Suhu puratanya ialah 2 darjah selsius. Namun, suhu purata bagi bulan Disember, Januari dan Februari pula ialah di bawah sifar. Oleh kerana suhu di bandar ini sangat sejuk, bandar ini juga digelar sebagai 'Ice of The Nation'.

Barrow
Alaska, Amerika Syarikat

Barrow City

Barrow ialah salah satu bandar paling paling sejuk di Alaska dan adalah bandar yang paling dekat di Amerika Syarikat dengan lingkungan Antartika. Suhu puratanya ialah -20.1 darjah selsius namun ketika puncaknya, suhu itu boleh jatuh lagi sehingga mencecah -53 darjah selsius. Kadangkala fenomena aurora juga boleh berlaku di langit pada waktu malam di bandar ini.

Umiat 
Amerika Syarikat

Umiat City

Suhu purata di Umiat sepanjang tahun ialah -7.2 darjah selsius menjadikan bandar ini sebagai salah satu bandar yang paling sejuk di Amerika Syarikat. Terletak kira-kira 140 batu dari Deadhorse, bandar ini hanya boleh dilawati dengan menaiki pesawat udara ataupun sungai kerana tiada kemudahan jalanraya ataupun keretapi untuk ke situ. Cuaca di Umiat boleh disemak menggunakan Umiat Air Field secara online.

Prospect Creek (Union Creek)
Alaska, Amerika Syarikat

Prospect Creek City

Pada 23 Januari 1971, rekod cuaca paling rendah yang dicatatkan di Amerika Syarikat ialah -62.1 darjah selsius. Prospect Creek terletak kira-kira 25 batu dari Beetles, Alaska.

Yakutsk
Rusia

Yakutsk City

Populasi di Yakutsk ialah seramai 200,000 orang dan bandar ini adalah ibu negeri kepada wilayah Yakutia di Siberia. Pada bulan Januari, suhu biasanya akan mencecah ke -50 darjah selsius. Penduduk sentiasa diingatkan supaya tidak memakai cermin mata mereka ketika berada di luar rumah kerana ia akan terus membeku sebaik sahaja berada diluar dan akan melekat diwajah mereka.

Snag
Yukon, Kanada

Snag City

Pada 3 Februari 1947, Snag iaitu sebuah perkampungan kecil di Yukon, telah merekodkan suhu sejuk paling rendah yang pernah direkodkan di Amerika Utara iaitu -63 darjah selsius. Perkampungan ini telah dibina semasa zaman kegemilangan emas pada penghujung 1800.

Stesen Ais Utara
Greenland

Stesen Ais Utara

Greenland memang terkenal sebagai sebuah kawasan yang paling sejuk di Hemisfera Selatan. Pada 9 Januari 1954, suhu mencecah -66 darjah selsius telah direkodkan di Stesen Kajian Ais Utara di tengah-tengah kawasan lapisan ais di Greenland.

Verkhoyansk
Rusia

Verkhoyansk City

Verkhoyansk yang terletak di wilayah Yakutia, Siberia, terletak dalam lingkungan Artik. Bandar ini ialah bandar ketiga paling kecil di Rusia. Populasinya hanya sekitar 1,400 orang. Suhu di bandar ini biasanya ialah pada kadar -40 darjah selsius dan pada kemuncak musim sejuk, cuacanya mampu mencecah -69 darjah selsius.

Oymyakon
Rusia

Oymyakon City

Oymyakon ialah sebuah perkampungan yang terletak di timur Siberia. Populasinya seramai lebih kurang 900 orang. Suhu purata di sini ialah -71.2 darjah selsius semasa musim sejuk yang biasanya memakan masa selama 9 bulan. Oymyakon terletak di lembah pergunungan yang biasanya akan memerangkap udara sejuk dan tidak hairanlah ia sentiasa berada dalam suhu sejuk melampau sepanjang masa.

Stesen Vostok
Antartika

Stesen Vostok

Sudah tentulah bandar paling sejuk di dunia terletak di Antartika. Hanya penguin dan anjing laut sahaja yang menghuni kawasan ini sepanjang tahun. Malah, ini adalah kawasan gurun paling besar di dunia kerana begitu sedikitnya turunan hujan dengan suhu yang mampu mencecah sehingga -89.2 darjah selsius.

Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories