RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Datuk Ini Mengaku Bunuh Isteri Dan Selingkuhan Dalam Acara Pencarian Jodoh

Posted: 12 May 2014 09:00 PM PDT

Datuk berusia 62 tahun bernama Sefer Calinak, membuat kehebohan saat tampil sebagai peserta acara pencarian jodoh yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen setempat.

Dalam acara tersebut, seperti yang dilansir Upi.com, Sefer mengaku membunuh istri pertama dan sejumlah wanita selingkuhannya.

Sefer menuturkan, mencari wanita yang mampu mengubati hatinya yang selama ini selalu dirudung persoalan cinta. Kerananya, ia berani jujur mengatakan membunuh isteri pertama yang ia nikahi ketika sama-sama berumur 17 tahun.

"Perilakunya sudah berubah. Sepupu lelakinya yang ingin menikahi dirinya mulai sering mendatangi rumah kami. Saya cemburu, jadi dia saya bunuh," tutur Sefer.

Kerana pembunuhan itu, Sefer mengaku dihukum 13 tahun penjara. Tapi ia bebas pada tahun keempat menjalani hukuman.

Setelah itu, Sefer menikah untuk kali kedua.Tapi, pernikahannya tak berlangsung lama kerana dirinya ketahuan berselingkuh dengan wanita bersuami.

Wanita selingkuhan Sefer berjanji menceraikan suaminya. Namun, janji itu tak ditepati dan wanita itu malah ingin membunuh Sefer.

"Dia akhirnya terbunuh. Saya tidak sengaja mengayunkan kapak kepadanya saat bertengkar," tuturnya.

"Jadi, ketidakberuntungan selalu menyertai kisah cintaku. Tapi saya ingin ada wanita yang mengakhiri semua ketidakberuntungan itu," harapnya.

Ada wanita yang berani?

Sumber

Bunuh diri kerana diarah tutup akaun FB

Posted: 12 May 2014 06:06 PM PDT

New Delhi: Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB).
Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu. 
Media semalam melaporkan, ibu Mohana memaksa Aditi menutup akuan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari luar. 

"Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah," kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian.

Beberapa jam kemudian - selepas Mohana pulang - dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa.

Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh. - Agensi
sumber : mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories