RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Erin Malek & Redha Juara Fear Factor Malaysia 2

Posted: 11 May 2014 09:32 PM PDT


Erin dan Redha berjaya bergelar juara Fear Factor Malaysia Musim Kedua. 
KUALA LUMPUR: Pelakon Erin Malek dan pasangannya Redha diumumkan sebagai juara program Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) selepas berjaya menewaskan tiga lagi kumpulan pada peringkat akhir program itu.
Kemenangan itu melayakkan Erin dan Redha membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.
Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di Restoran Picknik, Publika di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Malaysia 2 yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada malam Ahad.
Erin ketika ditemui berkata, sokongan ibu bapa dan rakan-rakan merupakan pencetus kepada kejayaannya ketika menepuh pelbagai dugaan sepanjang berada dalam pertandingan ini.
Jelasnya, cabaran, dugaan dan kesakitan yang dilalui membuatkan mereka lebih yakin dan tahan lasak dari segi fizikal dan mental.
"Jujurnya saya merasakan akan tersingkir di peringkat awal tetapi apabila program itu memasuki fasa selanjutnya, kekuatan itu datang dan pasangan saya banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang ujian yang kami lalui," katanya.
Antara peserta Fear Factor Malaysia Musim Kedua yang hadir pada majlis tayangan episod kemuncak program itu yang diadakan di Restoran Picknik, Publika pada malam Ahad.
Sementara itu, Redha berkata, kekuatan kumpulannya adalah persefahaman dan komunikasi antara ahli yang membuatkan mereka sentiasa fokus dalam pertandingan.
"Semua cabaran yang diberikan nampak mudah tetapi sebenarnya susah dan meskipun Erin nampak lemah tetapi sebenarnya dia kuat semangat dan mampu melepasi semua cabaran, ujarnya.
Ketika ditanya mengenai perancangan terhadap wang kemenangan, kedua-dua mereka berhasrat membantu keluarga masing-masing.
Pada peringkat akhir itu, turut menyaksikan persaingan hebat di antara kumpulan A iaitu Nas-T dan Khairul manakala kumpulan B disertai oleh Azura-Rachel serta Shuib-Zakaria.
Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan bersiaran setiap Isnin, pukul 9.00 malam.

Nadiya Nissa Lega Isu Suami Bertatu Tidak Lagi Ditanya Peminat

Posted: 11 May 2014 09:31 PM PDT


Nadiya tidak mahu memberikan tumpuan kepada perihal peribadi sebaliknya menumpukan hal berkaitan kerjaya seninya sebagai pelakon.
PETALING JAYA: Pelakon Nadiya Nissa mengakui lega apabila para peminatnya tidak lagi bertanyakan mengenai isu suaminya yang dikatakan mempunyai tatu di laman sosial seperti Twitter dan Instagram.

Nadiya, 29, berkata, rata-rata peminatnya di laman sosial menghormati pendiriannya yang tidak mahu mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya malah memberi sokongan padu terhadap lakonannya di televisyen.

"Alhamdulillah sikap hormat menghormati dikalangan peminat saya membuatkan mereka tidak lagi bertanyakan mengenai hal tersebut termasuk perkara peribadi lain.

"Hasil lakonan dan kerjaya saya sebagai pelakon yang menjadi perhatian mereka dan sokongan mereka terhadap saya juga tidak berbelah bahagi," jelasnya kepada mStar Online.

Pelakon drama bersiri popular Adam & Hawa ini bakal muncul dalam musim terbaharuOh My English! (OME) yang bakal bersiaran bermula 18 Mei ini pada setiap Ahad pukul 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Dalam pada itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam OME, Nadiya berkata, dia begitu gembira dapat menyertai program berkenaan kerana watak diberikan kepadanya berbeza daripada kebiasaan yang pernah dilakonkan sebelum ini.
Pelakon berbakat besar ini bakal muncul dengan watak sebagai Jojie dalam Oh My English!

Jelas Nadiya, menerusi peranan sebagai Jojie dia mampu menterjemahkan sisi lain dalam dirinya biarpun pada awalnya dia agak ragu-ragu untuk membawakan watak sebagai pelajar sekolah.

"Watak Jojie sangat lasak dan dia juga seorang 'tomboy' jadi ia berbeza daripada peranan yang pernah saya bawa sebelum ini walaupun pada mulanya agak ragu-ragu sama ada boleh menjayakan watak tersebut.

"Namun semakin lama berada di set penggambaran saya semakin jatuh cinta dengan watak Jojie dan ia sebenarnya dekat dengan diri saya," jelasnya.

Tambah Nadiya, biarpun OME banyak menyelitkan komedi namun pengisiannya sangat berguna terutama dalam membetulkan kesalahan tatabahasa dalam penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

"Saya sendiri banyak belajar banyak perkara sepanjang menjalani penggambaran program ini dan ia cukup menyeronokkan dan berinformasi," jelasnya.

Selain Nadiya Nissa, pelakon Fauziah Ahmad Daud, Sherry Al-Hadad, Carmen Soo dan Amira Rosly antara wajah baharu yang membintangi musim terbaharu OME.

Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan

Posted: 11 May 2014 09:29 PM PDT


EKSKLUSIF PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu mStar Online,  sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun.

Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.

Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara.

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," katanya.

Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.

"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

"Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya.

Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Eksport ubat gigi Halagel menggalakkan

Posted: 11 May 2014 09:27 PM PDT


  • Eksport ubat gigi Halagel menggalakkanNurul Iwani (kanan) bersama rakan sekerjanya menunjukkan variasi produk ubat gigi Halagel ketika ditemui di Mihas 2014.

SEBANYAK empat kontena ubat gigi jenama Halagel keluaran Halagel Distributor Sdn Bhd (Halagel) mampu dieksport ke pasaran China dan Turki setiap tahun.

Pengurus Cawangannya, Nurul Iwani Abd Nasir berkata, buat masa ini permintaan ubat gigi Halagel dari China dan Turki amat menggalakkan berbanding negara lain.

"Dua negara yang berminat untuk memasarkan ubat gigi Halagel di pasaran mereka iaitu Indonesia dan Filipina.

"Kami masih lagi dalam perbincangan dan Filipina kini dalam proses mendaftarkan ubat gigi Halagel untuk dibawa masuk ke pasaran sana," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Nurul Iwani berkata, pameran antarabangsa seperti Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia yang diadakan baru-baru ini turut memberikan peluang kepada Halagel untuk mengembangkan pasarannya.

Dituduh tak berdisipin, Elfira sedia dihukum

Posted: 11 May 2014 09:21 PM PDT


ELFIRA menegaskan, andai benar dia tidak berdisiplin, dia rela digugurkan daripada teater Di Bawah Lindungan Kaabah.


FIGURA cantik, Elfira Loy kini sedang sibuk dengan pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang sedang dipentaskan di Istana Budaya bermula 9 Mei sehingga 18 Mei ini.
Namun, nama pelakon yang sudah lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni ini tiba-tiba menjadi panas. Ia ekoran muncul dakwaan Elfira seorang pelakon yang mempunyai masalah disiplin.
Puncanya, setiap kali sidang media teater itu diadakan, wajahnya tidak kelihatan, tambahan dia juga sering tidak hadir latihan teater yang berlangsung selama sebulan sebelum teater arahan Rosminah Tahir itu dipentaskan.
Apakah cerita di sebaliknya? Ikuti temu bual Kosmo! bersama Elfira yang ditemui usai pementasan pertama teater Di Bawah Lindungan Kabaah pada malam Jumaat lalu.
Kosmo!: Adakah Elfira sedar ada dakwaan mengatakan anda tidak berdisiplin sepanjang menjalani latihan teater Di Bawah Lindungan Kaabah?
ELFIRA: Saya tahu tentang isu tidak berdisiplin itu pun melalui akhbar. Pihak produksi teater, CTRA Production tidak pernah pula bercakap tentang hal itu kepada saya. Bahkan apabila saya datang ke set latihan, tiada apa yang berlaku. Selagi pihak produksi tidak berkata apa-apa tentang hal ini saya tidak mahu ambil peduli. Janji saya jalankan tugas saya mengikut kontrak yang telah ditandatangani.
Apabila isu tidak berdisiplin ini diperkatakan, apakah ia akan menjejaskan reputasi anda sebagai pelakon?
Saya bukan pertama kali berlakon, sudah lapan tahun dan saya juga bermula dengan teater sebelum drama. Saya tahu susah dan keseronokan bekerja dalam sebuah teater. Sepanjang lapan tahun bekerja saya tidak pernah mempunyai masalah disiplin. Rasanya siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu komitmen yang saya berikan.
Adakah Elfira terasa hati apabila dikatakan tidak berdisplin sedangkan anda memberi komitmen terhadap teater ini?
Mulanya, memang terasa juga kerana jika benar tidak puas hati dengan saya kenapa tidak bercakap terus atau menegur saya. Hal dalam produksi tidak perlu diceritakan kepada pihak luar. Saya rela digugurkan daripada teater ini andai benar saya tidak berdisiplin, masalahnya tidak siapa daripada produksi yang bercakap hal ini dengan saya. Jadi, saya anggap ia hanya salah faham, tidak perlu diperbesarkan isu ini. Ibu saya banyak memberi kekuatan dan nasihat supaya bekerja secara profesional.
ELFIRA kini melebarkan sayap sebagai penyampai radio sambilan di Era FM.


Benarkah anda sering tidak menghadiri latihan teater?
Saya sangat suka terlibat dalam teater. Ketika tawaran ini diberikan, saya sudah terikat dengan kerja lain dan jadual saya agak padat. Saya juga persoalkan adakah saya boleh terlibat dengan teater ini kerana jadual saya yang banyak bertembung dengan waktu latihan. Mereka katakan okey dan saya hanya perlu datang latihan paling minima 10 kali sepanjang sebulan latihan diadakan. Namun, saya datang sebanyak 15 kali. Saya hanya berlakon dalam lima babak dan melontar satu dialog sahaja, jadi 15 kali latihan itu rasanya memadai. Persetujuan antara saya dan produksi telah dicapai sebelum latihan bermula, sepatutnya tidak perlu timbul isu ini. Mungkin sebab semua orang tertekan, banyak perkara tidak disiapkan menyebabkan salah faham ini timbul.
Selepas sedar hal anda tidak berdisiplin diperkatakan, bagaimana anda boleh mengawal emosi dan bekerja secara profesional?
Saya telah tandatangani kontrak. Sebagai pelakon saya harus menghormati kontrak dan bekerja secara profesional. Lagipun, saya menganggap seperti tiada apa berlaku dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Semua pelakon tahu apabila terlibat dalam teater bukanlah ganjaran wang yang dicari kerana bayarannya tidak sebanyak berlakon drama. Semua yang ada hari ini berlakon kerana minat dan kepuasan diri termasuk saya, sebab itu saya boleh ketepikan isu itu dan hanya memberi fokus kepada persembahan dalam teater ini.
Bagaimanakah perasaan anda apabila kali pertama teater ini dipentaskan di hadapan orang ramai?
Sejujurnya, malam ini (Jumaat) merupakan kali pertama kami dapat pentaskan teater ini sehingga habis. Sebelum ini, setiap kali latihan ada sahaja perkara yang harus diperbaiki dan terpaksa berhenti separuh jalan. Malam ini merupakan kali pertama barisan pelakon tahu bagaimana perjalanan keseluruhan teater ini. Selepas ini semua orang akan beri lakonan yang lebih baik kerana kami sudah dapat gambaran yang jelas.
Khabarnya, anda kini juga bertugas sebagai penyampai radio di Era FM, adakah anda begitu tamak melakukan semua kerja serentak?
Bukanlah tamak tetapi sudah rezeki datang dan kebetulan saya juga menyimpan impian untuk cuba menjadi penyampai radio. Selagi usia muda, apa salahnya mencuba pelbagai kerja dalam hidup.
Bermula April lalu, saya bersiaran setiap pagi Sabtu dan Ahad bersama Nabil. Sebelum ini saya hanya datang ke konti radio sebagai tetamu tetapi apabila saya duduk di tempat penyampai radio, tugas mereka bukanlah mudah.
Saya perlu banyak belajar dan buat kajian tentang penyanyi dan industri muzik. Kontrak saya bersama Era FM hingga bulan Jun depan, setakat ini tidak mengganggu kerja lakonan dan saya sendiri seronok bertugas sebagai penyampai radio.


Fathia, kontroversi dan kredibiliti

Posted: 11 May 2014 09:20 PM PDT




MUDIK ke muara rasa empunya nama Nur Fathia Abdul Latiff terselindung empangan air mata yang diseka selama ini. Benar bagai ditelah, hati mana tidak terusik dengan jenaka liar menuduh diri bersikap keanak-anakan.
Fathia Latiff, kalau tidak terkait masalah disiplin pastinya kisah kontroversi dan seksi akan dicari gali sama ada pemuja mahupun pembenci dirinya.
"Hendak menangis bagaikan sudah kering air mata, jujur pada mulanya ketika awal-awal bertapak dalam dunia hiburan hati saya sensitif.
"Adakalanya saya sendiri bersikap defensif terhadap diri sendiri sampaikan pernah rasa paranoid terhadap persekitaran. Nak keluar rumah pun takut. Takut juga sekali buka mulut tersalah bicara, risau juga terlajak perbuatan orang tak suka. Tapi lama kelamaan, pengalaman banyak mendidik saya untuk peka terhadap segala segi," katanya membuka bicara.
Soal hati dan perancangan ke arah peringat lebih serius dengan kekasih hatinya, pelakon Aiman Hakim Ridza dibiar berlanjut dalam nada bercanda.
Selorohnya: "Biar masa menentukan segalanya. Kalau ada jodoh, adalah. Tunggu sahaja kad undangan perkahwinan."
Masalah disiplin
Fathia, 27, terbaharu tampil lagi bersama kisah sensasi masalah disiplin membabitkan pembatalan sesi fotografi bersama sebuah penerbitan pada saat-saat akhir sehingga menjejaskan pihak editorial yang terbabit.
Alasannya, diserang penyakit asma yang teruk sehingga memaksa diri terlantar di rumah. Bagaimanapun, cerita itu digembar-gemburkan menyebabkan tercetus suasana genting dan terbit pula salah faham.
"Semua sudah selesai, tidak perlu timbul sebarang cerita berbangkit memandangkan pihak tersebut juga sudah jelas dengan situasi yang berlaku.
"Saya malas untuk ambil tindakan atau memperbesar-besarkan perkara yang remeh-temeh. Kalau ada pihak mahu jatuhkan saya pun, saya tak kisah kerana masyarakat sendiri boleh menilai," kata Fathia.
FIGURA jelita ini ada jawapan tersendiri tentang sejauh mana hubungan cintanya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.


Serius
Sebelum itu, timbul juga cerita ketika penggambaran episod akhir drama rantaian popular, Ariana Rose di London yang menyifatkan Fathia gagal menepati masa dan tidak menghafal dialog hingga menyusahkan kru produksi terbabit.
Serius atau tidak berlakon? Fathia sengaja ditebak dengan persoalan memandangkan kredibiliti disiplinnya sering dipertikaikan selama lima tahun pembabitannya.
"Dunia seni adalah minat saya. Apabila sudah terbabit, saya rasakan rezeki ke arah ini dan ini adalah trek terbaik dan jalan pintas untuk memperoleh pendapatan.
"Pada mulanya saya tidak serius kerana saya anggap kerjaya lakonan sekadar mengisi masa terluang dan bukan dunia saya.
"Tapi akhirnya saya memilih untuk berjalan serentak, belajar dan bekerja pada suatu masa walaupun saya tahu susah tapi saya yakin akan berjaya," ujarnya yang bakal menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam menjelang penghujung tahun ini.
Mungkinkah juga nama Fathia Latiff suatu masa kelak akan malap atau terus padam dan mungkin juga waktu itu akan tiba dalam tempoh terdekat?
Figura jelita ini ada prinsip tersendiri dan dia berpegang teguh kepada prinsip tersebut.
Tegas Fathia, di sebalik glamor ruang lingkup kerjaya seninya, dia sebaliknya mempunyai segulung ijazah dalam bidang undang-undang yang boleh dibanggakan dan diguna pakai.
"Saya lebih melihat dunia seni sebagai satu platform untuk melangkah ke bidang yang lebih serius, contohnya bisnes suatu hari nanti."
"Tidak akan selama-lamanya saya akan menjadi pelakon dan peminat memuja saya. Suatu masa tak mustahil akan rebah," jelasnya.
Populariti
Akui Fathia, bekerja sambil belajar memang penat tetapi adrenalin untuk mengimbangi kedua-dua bidang itu tidak akan diperoleh tanpa menghadapinya.
Selain melengkapkan ilmu perundangan di dada, Fathia secara tak langsung terlatih membentuk keyakinan diri terutama berdepan dengan sepak terajang dunia hiburan mahupun masyarakat.
Anak sulung daripada empat beradik itu masih belum merasakan dirinya disimbah populariti sedangkan impak daripada drama lakonannya, Ariana Rose sebenarnya melonjakkan nama figura jelita itu secara mendadak.
"Saya popular? Tidak pernah saya terlintas untuk orang meletakkan diri saya dalam kelompok individu popular. Perasaan saya masih sama seperti orang biasa," tuturnya.
Percubaan pertama Fathia dalam drama rantaian Nur Kasih lima tahun lalu pula nyata membuahkan hasil apabila setahun kemudian dia disunting menjayakan peranan utama dalam drama Hani terbitan Layar Konsult Sdn. Bhd.

AKTRES popular ini bakal menghabiskan pengajiannya dalam bidang undang-undang di UiTM, Shah Alam menjelang penghujung tahun ini.


Berbekalkan wajah kacukan Arab-Melayu, Fathia terus melangkah bersama drama-drama seperti Stanza Cinta, Laila Asyikin dan Mahabbah.
Karya drama Dalam Setiap Sujud dan Diandra pula sukses dalam menobatkannya sebagai Pelakon Wanita Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur tahun ini.
Baiki diri
Sedalam mana hipokrasi diri Fathia untuk menjadi individu lain di hadapan peminat? Sebolehnya gadis kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu terus berkelana menjadi diri sendiri.
"Mudahnya adalah muhasabah diri, siapa suka kalau cerita masalah disiplin dan kontroversi saja menjadi isi bicara?
"Insya-Allah, saya akan tonjolkan sisi positif saya dan paling utama menjaga masa. Menjadi jujur dan diri sendiri adalah yang terbaik bukannya bermuka-muka di hadapan peminat," tegasnya.
Sepertimana manusia biasa, Fathia meletakkan limitasi sejauh mana dirinya bisa diusik dan senakal mana gurauan yang boleh diterima.
"Selagi sesuatu isu itu remeh-temeh dan tidak betul-betul menjejaskan diri ini atau keluarga saya, tidak perlu saya melenting atau melatah.
"Kalau saya di pihak yang benar, saya akan bela diri saya, kalau salah masyarakat boleh menegur saya," simpulnya.


Le Rumba lawan larus

Posted: 11 May 2014 09:19 PM PDT

WALAUPUN tampil dengan genre akustik, kumpulan Le Rumba yang terdiri daripada (berdiri dari kiri) Ikhwan, Nazreen, Khairul dan Bullah (depan) yakin mampu memenangi hati pendengar dengan album pertama mereka berjudul Satu.


JIKA dilihat pada perkembangan terkini industri muzik tempatan, kekerapan penyanyi merilis album tidaklah serancak dahulu.
Lebih-lebih lagi dengan kebanjiran bakat-bakat muda yang cuba menapak menempa nama, mereka lebih selesa mengeluarkan single sebelum berani menebak pasaran muzik dengan sebuah album penuh.
Berlainan pula dengan kisah sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Le Rumba. Walaupun hadir mempertaruhkan genre akustik, kumpulan yang dianggotai oleh Khairul, Nazreen, Ikhwan dan Bull ini berani mengangkat karya-karya yang dicipta menerusi album sulung mereka yang berjudul, Satu.
"Jika kita lihat keadaan industri muzik tempatan sekarang, penjualan album tidak semeriah seperti zaman 80-an dan 90-an.
"Bagaimanapun, masih ada beberapa penyanyi yang berani mengeluarkan album walaupun masih baharu dalam industri.
"Sebagai contoh, pada awal kemunculan Yuna, album yang diterbitkannya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Sejak itu, setiap album yang dikeluarkan terus mendapat tempat di hati peminat.
"Menggunakan formula yang sama, kami percaya karya-karya yang ada dalam Satu mampu diterima oleh peminat-peminat kami," ujar Khairul atau nama sebenarnya Khairul Akmam Abd. Latif, 23, mewakili kumpulan yang berasal dari Kuala Lumpur itu.
Akustik
Mempertaruhkan single pertama berjudul Hu Hu Satu, Khairul berkata, kumpulan yang telah enam tahun ditubuhkan itu mempunyai sebab kenapa mereka memilih genre akustik sebagai medium dalam menterjemahkan bakat nyanyian dan lagu-lagu ciptaan mereka.
"Semasa mula-mula bergerak bersama, kami sudah sepakat untuk memilih genre rumba. Genre yang berasal dari Latin ini agak asing di Malaysia tetapi sudah mula diberi perhatian pada peringkat antarabangsa.
"Nama kumpulan kami, Le Rumba juga diambil bersempena dengan nama genre yang kami bawakan itu," ujar Khairul lagi.
Selain tampil dengan genre yang unik, Le Rumba turut mengetengahkan kebolehan menyanyi sambil bermain alat muzik oleh keempat-empat ahlinya.
"Kami berempat mempunyai peranan masing-masing dalam mengendalikan alat-alat muzik yang berbeza. Dalam pada itu, setiap ahli diberikan peluang untuk menyanyi dan mencipta lagu untuk album Satu," ujarnya.
Melanjutkan perbualan mengenai album sulung mereka, Le Rumba lebih selesa menjualnya secara online menerusi laman Facebook rasmi kumpulan tersebut.
"Bagi yang berminat untuk mendapatkan album Satu, mereka boleh melayari page Le Rumba dan membuat tempahan dengan menghubungi nombor yang telah disediakan," ujarnya lagi.
Popular di Rasta
Ketika bercerita tentang perjalanan Le Rumba dalam menempa nama sebagai salah satu kumpulan akustik di Malaysia, Khairul memberitahu, kehadiran mereka mula disedari sejak bergelar penyanyi residen di kedai makan Rasta, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
"Masih segar di ingatan, pada waktu itu kami berempat baru pulang daripada mengadakan persembahan dan singgah sebentar di Rasta untuk makan malam.
"Tuan punya tempat tersebut berasa hairan melihat kami mengenakan pakaian yang sama. Selepas memperkenalkan diri, dia terus menawarkan kontrak untuk menjadi artis residen di sana," ujar Khairul sambil menyifatkan peluang tersebut sebagai platform untuk mereka lebih dikenali.
Walaupun sudah tidak menyanyi di sana, hubungan mereka dengan pemilik kedai makan tersebut masih akrab seperti dahulu.


Produk sampai dalam masa 5 hari

Posted: 11 May 2014 09:16 PM PDT


KAKITANGAN BuraqOil menunjukkan produk minyak pelincir yang boleh dibeli pelanggan bagi membolehkan mereka menyertai peraduan BuraqLube Power-Kosmo!.


KUALA LUMPUR - BuraqOil Supply Sdn. Bhd. memberi jaminan tempoh penghantaran antara tiga hingga lima hari bekerja kepada pelanggan yang membuat pembelian minyak pelincir BuraqLube menerusi online.
Ketua Komunikasi Korporatnya, Mohamad Hadi Hamzah berkata, pihaknya akan membuat perkhidmatan penghantaran secepat mungkin kepada pelanggan bagi memastikan mereka dapat menyertai peraduan BuraqLube Power-Kosmo! yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000.
"Kita cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kerana penghantaran yang dibuat melibatkan seluruh negara.
"Pelanggan yang melakukan pembelian secara online diminta untuk memberikan alamat penuh dan penghantaran akan dibuat ke alamat berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja bergantung kepada lokasi mereka," katanya kepada Kosmo! semalam.
Katanya, pembelian menerusi online mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan apabila hampir 60 peratus pelanggan memilih kaedah tersebut untuk membeli BuraqLube.
"Cara pembelian menerusi online yang lebih mudah, penghantaran terus sehingga depan pintu rumah dan pembungkusan BuraqLube yang menarik menyebabkan ramai pelanggan gemar membeli secara online," katanya.


Sentuh perasaan penonton

Posted: 11 May 2014 09:15 PM PDT


SALAH satu babak yang menyentuh perasaan dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 9 Mei hingga 18 Mei ini.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 peratus tiket teater Di Bawah Lindungan Kaabah telah habis terjual bagi tiga hari pertama pementasannya di Istana Budaya di sini bermula 9 Mei lalu.
Pengurus pemasaran teater tersebut, Chloe Siao Hui Boon berkata, jualan tiket begitu menggalakkan manakala tempahan untuk pementasan pada hari berikutnya turut meningkat.
"Bagi peminat teater yang masih belum mendapatkan tiket, mereka perlu segera membuat tempahan dan elakkan membeli pada saat-saat akhir," jelasnya kepada Kosmo! di sini semalam.


Jual kuih untuk sara anak, suami

Posted: 11 May 2014 09:14 PM PDT


CHE ROHAIDA melihat keadaan suaminya, Shukri yang lumpuh selepas diserang strok di rumahnya di Sungai Petani, Kedah.


SUNGAI PETANI – Sejak suami tercinta, Shukri Saad, 52, lumpuh akibat diserang strok bulan lalu, kehidupan keluarga itu semakin tersepit.
Che Rohaida Ramli, 43, berkata, tanggungjawab yang digalasnya untuk menanggung sembilan orang anaknya yang berusia tujuh hingga 23 tahun semakin berat ditambah menjaga suaminya yang kini hanya mampu terlantar di katil dan tidak boleh bercakap.
Wanita tabah itu memberitahu, dia kini mencari wang sara hidup dengan membuat kuih dan menjualnya di gerai milik kenalannya.
"Selain saya yang berikhtiar, dua anak saya yang berumur 21 dan 23 tahun turut bekerja di kilang dan merekalah yang membantu memberi wang belanja kepada adik-adiknya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Taman Seri Gedung di sini semalam.


Proses pembersihan sekitar sejam

Posted: 11 May 2014 09:12 PM PDT




ESAKAN tangis memecah keheningan pagi Subuh itu cuba tidak diendah walau hatinya sebak, mata berkaca mengumpul takungan air mata melihat kepiluan ahli keluarga yang baru kehilangan orang tersayang sebentar tadi.
Dikuatkan hatinya dengan kalimah suci lantas dicapai sarung tangan rona keputihan bagi meneruskan tanggungjawabnya dengan cermat dan profesional.
"Saya meminta izin kepada puan dan tuan untuk membersihkan jenazah," perlahan Ivanna Izzati Mohammad Derapi, 24, menutur sambil diangguk lemah tanda setuju daripada wakil keluarga.
Hampir tiga tahun bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Klang membuatkan gadis berasal dari Bentong, Pahang itu terus tabah berdepan situasi yang perlu dilaluinya saban hari.
Gadis yang disapa sebagai Ivanna itu berasa pilu ketika berdepan pesakit yang cukup rapat dan mesra dengannya memandangkan makan dan minum dijaga rapi sepanjang hayat si mati.
"Ajal maut itu ketentuan-Nya. Tugas pembersihan ini kami anggap sebagai satu penghormatan terakhir kepada mereka," luah Ivanna.
Prosedur tetap
Tanggungjawab membersihkan jenazah merupakan salah satu prosedur tetap yang perlu dilakukan oleh semua jururawat KPJ bertugas. Ia dilakukan sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga bagi proses pengebumian mengikut tuntutan agama.
Namun, wujud kekeliruan apabila ada keluarga yang menyangka prosedur pembersihan itu adalah seperti memandikan jenazah bagi umat Islam.

JURURAWAT melakukan pembersihan mayat dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Situasi itu timbul mungkin kerana mereka melihat jenazah dibungkus dengan kain putih yang disediakan oleh pihak hospital.
Pernah jururawat bertugas ditegur ketika membersihkan jenazah disebabkan tidak mengikut syariat agama ketika memandikan jenazah secara tertib.
"Perlu dijelaskan, kami tidak melakukan proses-proses tersebut. Tugas kami hanya membersihkan jenazah sebelum diserahkan kepada ahli keluarga," jelas Ivanna ketika ditemui di hospital swasta itu yang terletak di Bandar Baru Klang, Klang baru-baru ini.
Mengikut budi bicara pihak hospital, mereka akan membantu waris mencari badan pengurusan jenazah atau masjid berdekatan jika tidak berkesempatan berbuat demikian.
Ia dilakukan khusus bagi kematian mengejut seperti kemalangan. Memahami keadaan emosi keluarga yang tidak stabil, pertolongan kecil sedemikian dapat meringankan beban mereka.
Menjelaskan kerja-kerja pembersihan jenazah, Ivanna memberitahu, ia akan dilakukan selepas menerima pengesahan kematian daripada doktor.
Doktor akan melakukan bedah siasat sebelum memberi kebenaran kepada jururawat untuk melakukan tugas-tugas pembersihan. Ia dilakukan bagi merekodkan masa kematian si mati mengikut prosedur biasa di kebanyakan hospital awam dan swasta.
"Selepas itu, dua orang jururawat yang bertugas pada masa kejadian akan melakukan pembersihan di katil atau bilik si mati," ujarnya.
Prosedur itu perlu dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi satu jam yang dimulakan dengan membersihkan tubuh dengan air suam. Tempoh masa itu bertujuan untuk memastikan faktor kebersihan jenazah.
Jenazah akan dilap dengan cermat tanpa meninggalkan kesan kotoran ketara yang terdapat pada fizikal luaran jenazah. Ketika proses itu berjalan, hanya dua atau tiga orang ahli keluarga sahaja dibenarkan berada dalam bilik tersebut. Selebihnya berada di bilik menunggu.
SYEFRIE (kiri) dan Ivanna sentiasa bersedia dengan sebarang cabaran menggalas tanggungjawab seorang jururawat profesional.


Ahli keluarga juga dibenarkan untuk turut serta dalam proses pembersihan tersebut yang dikawal selia oleh jururawat.
Bagi menjaga aib si mati, katil akan ditutup rapat dengan kain rentang. Selain itu, pihak hospital juga tidak menggalakkan mengambil gambar atau merakam video sepanjang kerja pembersihan itu berlangsung.
"Tetapi kami menghormati permintaan keluarga jika mereka mahu lebih masa bersama si mati," kata Ivanna sambil diperhatikan rakan sejawatnya, Shefrie Hezrin Azizan, 30, ketika menunjukkan demonstrasi pembersihan jenazah.
Selepas siap dibersihkan, jenazah seterusnya akan dibalut dengan kain putih sebelum dialihkan ke troli. Proses pemindahan memerlukan kaedah yang cekap dan pantas di samping tambahan tenaga seorang lagi jururawat.
Jika jumlah kakitangan tidak mencukupi, bantuan dari luar seperti pengawal keselamatan akan diminta untuk turut serta.
Penyimpanan terhad
Proses tersebut adakalanya merumitkan memandangkan jumlah jururawat lelaki yang tidak ramai. Mahu atau tidak, ia perlu dilaksanakan oleh jururawat wanita yang bertugas.
Disebabkan itu juga, mereka tidak boleh memilih untuk membersihkan mayat wanita atau lelaki. Ia perlu dilaksanakan dengan profesional tanpa sebarang alasan.
"Ada juga saya meminta jururawat wanita untuk membersihkan mayat sejenis mereka. Bukan kerana segan tetapi lebih manis dilakukan oleh wanita sendiri," seloroh Shefrie.
Terdapat 98 orang jururawat di KPJ Klang dengan pecahan 93 orang perempuan dan lima orang lelaki. Seramai tiga hingga empat jururawat bertugas bagi satu syif bekerja.
Menurut Pengurus Jururawat, Ridzwani Shariff, ahli keluarga yang masih mencari badan pengurusan jenazah, jenazah yang telah dibersihkan akan diletak di bilik mayat buat sementara waktu.
Memandangkan ruang penyimpanan yang terhad, kebenaran menyimpan jenazah di peti sejuk tidak melebihi tiga jam. Namun, ia bergantung kepada situasi pihak keluarga si mati.
"KPJ Klang hanya mempunyai dua tempat penyimpanan sahaja," kata Ridzwani, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu lagi.

DOKTOR akan melakukan bedah siasat jika diperlukan sebelum memberi pengesahan kematian untuk tindakan jururawat membersihkan mayat.


Ruang pada bahagian atas dikhaskan untuk jenazah Islam manakala penganut agama lain diletakkan di bawahnya. Suhu bilik mayat mencatat suhu antara dua hingga lapan darjah Celcius.
Berkongsi pengalaman berdepan emosi keluarga, Shefrie berkata, mereka dilatih untuk memberi layanan yang baik dari segi psikologi bagi menenangkan perasaan hiba waris jenazah.
Bagi ahli keluarga yang tidak dapat menahan emosi, mereka akan dibawa ke bilik menunggu dan akan ditenangkan oleh jururawat. Ia juga bagi mengelakkan gangguan kepada pesakit lain yang berada di sekitar mereka.
Konsultasi dan kaunseling akan diberikan jika keadaan memerlukan terutama jika melibatkan kematian sakit kronik atau kemalangan.
Menurut jejaka yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu, jururawat perlu kental emosi dan mental ketika berdepan situasi berkenaan.
"Tunjukkan rasa simpati dan bayangkan jika kita yang berada di tempat mereka," jelasnya.


Inovasi tudung bawal

Posted: 11 May 2014 09:10 PM PDT

SAIZ TudungRuffle terdapat dalam bidang 43 hingga 55.


DILEMA wanita Muslimah terutama bagi mereka yang berhijab ialah memilih tudung yang bersesuaian dengan bentuk wajah.
Ada kalanya tempoh yang lama diperuntukkan untuk memakai tudung setiap hari termasuk tatkala membeli-belah bagi memiliki tudung yang mampu memberikan efek wajah tirus persis gadis Korea Selatan.
Menyedari keadaan itu, pemilik dan pereka jenama TudungRuffle, Hanis Arif mencipta tudung beropol yang mampu memberikan kesan bentuk muka yang bujur dan tirus dengan menjadikan ropol pada setiap kelim tudung sebagai tumpuan.
Diinspirasikan daripada tudung bawal, Hanis memberitahu, wanita berwajah bulat tetapi mahu kelihatan tirus tatkala memakai tudung, adalah pengguna tepat TudungRuffle.
Selain menggunakan kain kapas berkualiti tinggi, kelebihan TudungRuffle ialah kepelbagaian gaya tudung yang boleh direka berdasarkan kreativiti si pemakai.
Peminat
Belum pun setahun kewujudan TudungRuffle, ia sudah mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri terutama dalam kalangan mahasiswa.
"Dahulu tudung bawal sangat popular diperagakan. Namun, peminat tudung itu semakin hilang kerana tudung bawal lazimnya berbentuk petak menyebabkan ia susah untuk dibentuk.
"Tetapi TudungRuffle sangat berbeza. Walaupun mengambil inspirasi daripada tudung bawal, suntikan ropol pada setiap bahagian kelim menjadikan ia mudah digayakan," katanya ketika ditemui Stailo baru-baru ini.
Berbicara mengenai pilihan warna yang disediakan TudungRuffle, Hanis memberitahu, jenamanya itu mempunyai 24 rona warna berbeza.
Antara warna yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah warna pastel seperti merah jambu, kelabu lembut dan biru muda.
"Kebanyakan koleksi saya dimonopoli warna yang lembut kerana lebih sesuai dengan tona kulit wanita Asia," beritahunya.
Katanya lagi, TudungRuffle juga menyediakan saiz tudung bermula bidang 43 hingga 55.
"Saiz tudung mengikut keselesaan si pemakai. Jika mahu labuh maka bidang 55 adalah pilihan yang sangat tepat. Walaupun sasaran pembeli saya dalam kalangan mahasiswa, sesiapa sahaja boleh menggayakan tudung ini," jelasnya.


Zain: Itu bukan gambar terlampau

Posted: 11 May 2014 05:01 AM PDT


  • Zain Saidin

"SAYA tidak kisah mengenai perkara itu. Muat naiklah gambar apa-apa pun, pasti ada kontroversi juga.

"Saya dah tahu, pasti ia akan menjadi buah mulut orang ramai," komen Zain Saidin mengenai gambar romantis yang dimuat naik olehnya dan isteri Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta di laman sosial Instagram masing-masing, baru-baru ini.

Dek tindakan itu, ramai yang mengkritik mereka kerana menyifatkan gambar itu terlalu peribadi dan bukannya menjadi tatapan umum sebegitu.

Begitupun, Zain menjelaskan yang dia tidak terkejut dengan reaksi orang ramai itu kerana sudah biasa dengan situasi berkenaan.

"Apa saja yang melibatkan Che Ta, pasti akan timbul kontroversi. Padahal gambar itu tiada isu apa-apa pun," katanya kepada media ketika ditemui selepas melancarkan sitkom popular Oh My English (OME) musim ketiga, baru-baru ini.

Katanya, gambar yang dimuat naik itu tidaklah melampau sebaliknya dia ingin menunjukkan rasa teruja dengan percutian mereka.

"Ini adalah gambar pertama yang diambil sebegini. Gambar ini tidak menggambarkan apa-apa pun, sebaliknya kami ingin berkongsi rasa seronok kami," katanya.

Ketika ditanya adakah dia akan memadamkan gambar tersebut dari laman sosial Instagram, Zain bagaimanapun memberitahu, dia tidak akan berbuat demikian selagi ia tidak menjejaskan kerjayanya dan juga nama baik keluarganya.

"Janji gambar yang dimuat naik itu tidak membawa maksud atau menunjukkan sesuatu yang sangat melampau untuk dilihat umum.

"Setakat ini, ia tidak langsung menjejaskan kerja dan nama baik keluarga saya.

"Biar sajalah. Saya tak akan padam," katanya.

Berdebar jadi ayah

Dalam pada itu, Zain turut melahirkan perasaan teruja dan berdebarnya apabila bakal bergelar ayah tidak lama lagi.

Kini, usia kandungan Che Ta sudah pun memasuki tiga bulan.

Setakat ini, baik Zain mahupun Che Ta masih lagi belum membuat apa-apa persiapan dalam menyambut cahaya mata pertamanya itu.

"Kami masih belum lagi membuat apa-apa persiapan. Tapi, kami ada menerima hadiah katil bayi masa hari kahwin hari itu.

"Mungkin kami akan membeli barang-barang bayi sebagai persiapan di luar negara sedikit demi sedikit," katanya.

Zain memberitahu, dia tidak kisah jantina anaknya sebaliknya bersedia menerima apa saja yang dikurniakan ALLAH SWT.

"Saya tahu Che Ta mahukan anak perempuan, tapi saya tak kisah," katanya.

Emosi Nasha Aziz Hidupkan 'Di Bawah Lindungan Kaabah'

Posted: 11 May 2014 04:59 AM PDT


Nasha dan Adi Putra sebagai teraju utama teater 'Di Bawah Lindungan Kaabah'.
KUALA LUMPUR: Bakat lakonan Nasha Aziz tidak boleh disangkal apabila lakonannya jelas memberi sentuhan emosi mendalam kepada penonton yang menyaksikan pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang membuka pentasnya di Panggung Sari Istana Budaya bermula 9 hingga 18 Mei ini.
Penghayatan diberikan oleh pelakon wanita itu berjaya menghidupkan watak Zainab yang tersiksa kerana menanggung rindu terhadap orang dicantainya Hamid iaitu watak dimainkan oleh Adi Putra, mereka dipisahkan kerana adat.

Halangan demi halangan yang menimpa kedua-dua pasangan ini sehingga Zainab jatuh sakit dan meninggal dunia telah meruntun hati hampir 1000 penonton yang hadir menyaksikan pementasan malam pertama itu.

Meskipun kali terakhir berlakon teater menerusi Lantai T.Pinky pada 2006 sebagai watak penari, kali ini Nasha berjaya mencuri perhatian penonton dengan watak yang jauh berbeza.
Fizo membawa watak Salleh dengan baik.


Nasha yang ditemui selepas persembahan tersebut megakui jatuh cinta dengan watak Zainab dan cuba menjiwai watak tersebut sepenuhnya.
"Saya buat yang terbaik untuk membawa Zainab masuk dalam diri saya dan menzahirkannya semula melalui lakonan kepada penonton.
"Saya sendiri dapat merasakan bagaimana situasi Zainab yang berperang danga rasa rindu terhadap Hamid," katanya.
Teater yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Prof Dr. Hamka Di Bawah Lindungan Kaabah ini turut diperkuatkan dengan lakonan pelakon terkenal seperti Adi Putra, Elfira Loy, Yasmin Hani, Fizo Omar, Dafi, Dayana Roza, Zahid dan Mohd Taufiq Izmir.

Sementara Adi Putra seperti biasa mempunyai aura pentas tersendiri, biarpun dilihat agak kurang beremosi, namun lakonan watak Hamid dewasa dapat dibawanya dengan baik.

Adi turut mengakui pementasan malam pertama masih belum menemui keserasian antara pelakon.

"Saya sudah beri hampir 80 peratus pada malam ini, cuma mungkin ini merupakan pementasan malam pertama tentu masih banyak yang perlu diperbaiki untuk malam seterusnya.

"Bagi saya cabaran utama adalah bila lakonan watak remaja dibawa oleh pelakon lain, jadi saya perlu meneruskan kesinambungan itu terhadap Hamid dewasa," ujarnya kepadamStar Online.

Dalam pada itu, watak Zainab remaja yang dibawa oleh Elfira Loy tidak kurang hebatnya, namun kekurangan pengalaman membezakan penghayatan dan permainan emosi tidak banyak yang dilontarkan oleh pelakon ini.
Elfira Loy, Dafi, Dayana Roza dan Mohd Taufiq Izmir membawa watak remaja.


Sementara itu, pengalaman pertama Yasmin Hani membawa watak Rosnah dewasa iaitu rakan baik kepada Zainab boleh dipuji kerana berjaya menghubungkan emosi sedih yang dibawa Zainab kepada kekasihnya Hamid melalui utusan surat buat suaminya iaitu Salleh lakonan Fizo Omar.

Salleh dan Rosnah bertindak sebagai penghubung yang memberitahu keadaan kedua-dua pasangan yang jauh terpisah itu.

Bagi pengarahnya, Rosminah Tahir, pementasan malam pertama secara keseluruhan pelakon masih belum mendapat keserasian sepenuhnya.

"Ada beberapa babak yang perlu dibuang bagi memadatkan jalan cerita ini, lakonan pula saya lihat masih kurang emosi.

"Kita akan cuba perbaiki lagi untuk malam-malam seterusnya," katanya.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula pada 9 hingga 18 Mei ini.

Kena belasah gara-gara curi lembu

Posted: 11 May 2014 04:53 AM PDT


  • Kena belasah gara-gara curi lembuSuspek terbaring lemah di tepi jalan.

PADANG SERAI - Gara-gara mencuri lembu, seorang lelaki ditahan orang ramai di Bukit Selarung kira-kira jam 1.30 pagi.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Chng Seng Ang berkata, orang awam yang ternampak kenderaan dipandu suspek melaporkan kejadian itu kepada PPKM sebelum semua ahli bertugas menjalankan rondaan mencegah jenayah sampai ke tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian itu tiga lelaki berusia 30-an dipercayai mencuri lembu dan diletakkan di bahagian kerusi belakang kereta jenis Proton Wira.

Suspek cuba melarikan diri dengan memecut kereta dipandu mereka ke arah Lebuh raya Kulim -Baling bagaimanapun hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Katanya, dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan.

Kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan perlakuan suspek, orang ramai telah membelasah suspek selain menghiris telinga sebelah kirinya.

"Ketika Ahli PPKM sampai di tempat kejadian, kami dapati suspek terlibat hampir pengsan dan terbaring di atas rumput di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Kami kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis dan meminta bantuan ambulans.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kulim dengan ambulans Hospital Kulim dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil, bagaimanapun orang yang bertanggungjawab mencederakan suspek masih gagal menyerahkan diri kepada polis," katanya.

10 kali imbasan petunjuk harta karun

Posted: 11 May 2014 04:51 AM PDT


  •  10 kali imbasan petunjuk harta karunKerja-kerja pencarian kini sudah sampai ke fasa terakhir sebelum bertemu ruang tersimpannya harta karun

MELAKA - Keputusan teknik imbasan yang diperolehi pada sebuah lubang di tapak lokasi pencarian, memberi petunjuk kewujudan harta karun di Pulau Nangka bukan sekadar angan-angan kosong.

Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, pihaknya sudah melakukan 10 imbasan dan terdapat unsur logam dipercayai harta karun.

"Memang kita yakin ada harta karun di bawah lubang yang digali. Keputusan diperolehi menerusi 10 imbasan dilakukan, hasilnya tetap sama. Diperkuatkan lagi dengan beberapa individu mengaku menyaksikan sendiri harta itu sebelum ini.

"Berikutan itu, kita masih meneruskan kerja penggalian sehingga ke ruang harta karun. Setakat ini baki ketebalan tanah bercampur batu hanya tinggal kira-kira satu meter lagi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohammad Foad mengakui, sukar meramalkan tempoh kerja berkenaan, namun berharap ia dapat diselesaikan dalam seminggu ini.

"Semuanya bergantung kepada cuaca. Jika baik, akan melancarkan lagi kerja-kerja mengeluarkan tanah pada baki lapisan berkenaan," katanya.

Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka sama ada mahu melanjutkan tempoh kontrak Smart Partnership.
Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas berkata, syarikat itu sudah 13 kali diberi tempoh lanjutan dan kini menunggu sama ada perlu meneruskan kerja atau meninggalkan pulau itu.

"Kita masih menunggu jawapan Ketua Menteri Melaka sampai bila syarikat ini diberi peluang. Terpulang kepada kerajaan negeri beri lanjutan dan berapa lama kerana Perzim sudah beri cukup peluang," katanya.

Khamis berkata, walaupun kontrak berakhir 30 April lalu, Smart Partnership masih melakukan pencarian menerusi kebenaran ihsan kerajaan negeri.

Sementara itu, Perzim bercadang menubuhkan bilik operasi di pulau terbabit dengan meletakkan kakitangannya bagi memudahkan pengurusan, selain kemudahan pengunjung.

Shaheizy Sam Tidak Benar Ibu Datang Lokasi

Posted: 11 May 2014 04:47 AM PDT


Sam sentiasa ingat pesanan ibu agar menghormati antara satu sama lain.
PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam mengakui tidak membenarkan ibunya iaitu pelakon Khaty Fauziah datang ke lokasi penggambaran bagi mengelakkan fokus terhadap lakonannya terganggu.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, ibunya yang juga seorang pelakon lama memahami dengan keadaan itu dan tidak pernah mencampuri urusan kerjayanya.

"Mummy hanya tidak ikut pergi penggambaran kerana saya tidak benarkan dia datang, saya takut tidak boleh fokus dengan kerja dan dia pun memahaminnya.

"Namun jika tidak bekerja dan ada masa terluang saya akan bawa dia kerana kami tinggal berdua, kalau saya sibuk dia sendiri sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, sempena menyambut Hari Ibu, Sam berkata dia merancang untuk membawa wanita istimewa itu untuk pergi bercuti.
Sam rancang untuk bawa ibunya bercuti sempena Hari Ibu.


Katanya, dia tidak pernah membuat sebarang kejutan hadiah buat ibunya, sebaliknya lebih gemar bertanya terlebih dahulu.

"Tahun ini saya rancang untuk bawa Mummymakan malam dan bercuti dalam negara sahaja.

"Saya jarang buat kejutan kerana saya tidak mahu dia tidak suka apa yang saya beli, jadi biasanya saya akan tanya apa yang dia mahu sebagai hadiah," katanya.

Sementara itu, Sam berkata, dia bersyukur kerana dengan didikan ibunya, dia menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya yang dipilihnya.

Katanya, dia sentiasa memeggang pesanan ibunya agar sentiasa menjaga tutur kata dan menghormati antara satu sama lain.

"Saya percaya didikan Mummy agar sentiasa menjaga tutur kata dan menghormati sesama insan menjadikan saya seperti hari ini,

"Masa kecil dulu kalau kami adik beradik ada yang bercakap dengan kasar pasti akan dimarahi dengan teruk oleh ibu dan arwah ayah," katanya. 

Ibu Elly Mazlein Meninggal Dunia

Posted: 11 May 2014 04:46 AM PDT


Elly Mazlein.
PETALING JAYA: Disaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas.
Menurut tunangnya, Azmi Hatta ketika dihubungi mStar Online, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Nusa Putra, Puchong Perdana dekat sini.
"Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di rumahnya awal pagi tadi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi," katanya ringkas.

Ibu pelakon itu dilaporkan turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik.

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina dilaporkan amat terkejut dengan berita kematian ibunya itu dan tidak sempat bersama arwah disaat-saat akhir hayatnya kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Pihak mStar Online juga tidak berjaya mendapatkan kenyataan daripada eLLY kerana sedang berada dalam keadaan terkejut dan sedih atas pemergian ibu kesayangannya itu.

mStar Online mengucapkan salam takziah kepada Elly dan keluarga atas pemergian ibunda tercinta. Al Fatihah.

Kekasih hadiahkan Rossa kereta

Posted: 11 May 2014 04:44 AM PDT


ROSSA


DIVA seberang Rossa menerima kejutan besar apabila dihadiahkan sebuah kereta baharu. Kereta daripada seorang lelaki yang dikenalinya sejak setahun yang lalu. Rossa memberitahu, dia sebenarnya memang berkeinginan untuk mempunyai sebuah kereta baharu dan telahpun membayar duit pendahuluan untuk sebuah kereta.
"Saya begitu terkejut kerana pada mulanya saya bercadang untuk membeli kereta baharu dan sudahpun membayar duit pendahuluan namun pada keesokannya kereta tersebut telah dibayar dan menjadi milik saya," jelas Rossa.
Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu berjudul Ayat-Ayat Cinta itu berkata, pemberian hadiah tersebut bukan bukti tanda keseriusan hubungan mereka.
"Itu bukan bukti cinta dia terhadap saya kerana sebelum ini saya selalu menerima hadiah yang mahal daripada rakan-rakan.
"Malah, harga kereta tersebut tidaklah terlalu mahal. Kalau dia berikan saya pesawat barulah istimewa," seloroh Rossa yang kini berusia 35 tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories