RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Arja Lee Tepis Gosip Punca Indah (AF) Putus Tunang

Posted: 12 May 2014 05:24 AM PDT


Arja kini sibuk membina nama sebagai seorang penyanyi dan sedang dalam rangka promosi single pertamanya berjudul 'Cerita Pada Mereka'.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Arja Lee menjelaskan tuduhan kononnya dia menjadi punca kepada keretakan hubungan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Indah dengan tunangnya sama sekali tidak benar.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, umum mengetahui dia kini sedang rapat dengan pelakon Shima Anuar dan adalah tidak mungkin dia terlibat dengan dua wanita berbeza dalam satu-satu masa.

"Saya akui rapat dengan Indah tetapi hanya sebagai teman artis sahaja dan gosip mengatakan saya menjadi punca keretakan hubungan mereka adalah tidak berasas sama sekali.

"Saya juga difahamkan Indah juga telah menafikan perkara itu malah hubungannya dengan tunang masih baik tanpa sebarang masalah," katanya kepada mStar Online.

Arja ditemui ketika menghadiri majlis tayangan episod kemuncak Fear Factor Malaysia musim kedua yang diadakan di Restoran Picknik di Publika di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Indah juga menjelaskan kepada mStar Online pertunangannya dengan pemuda berusia 31 tahun itu tidak mempunyai sebarang masalah dan terkejut apabila nama Arja turut dikaitkan dalam hal tersebut.

Dalam pada itu, menjelaskan dakwaan dia ada memberi hadiah kepada Indah sebelum ini, Arja berkata, dakwaan itu tidak benar dan hadiah dimaksudkan bukan darinya sebaliknya adalah pemberian daripada salah seorang peminat Indah.
Indah sudah menjelaskan khabar angin mengatakan dia telah putus tunang adalah tidak benar sama sekali.

Jelas Arja lagi, dia hanya menolong untuk menyimpan hadiah berkenaan sebelum ia diserahkan kepada Indah.

"Hadiah yang dimaksudkan sebelum ini bukan dari saya tetapi daripada peminatnya dan saya hanya tolong pegang sahaja sebelum diserahkan kepadanya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Arja berkata, dia baharu sahaja mengadakan persembahan bersempena Hari Ibu di sebuah pusat peranginan di Cherating, Pahang dan mengakui gembira dapat mengadakan persembahan khas buat kaum ibu.

Jelas Arja, sedikit sebanyak ia dapat mengubat kerinduan terhadap arwah ibunya Salmah Aziz yang meninggal dunia pada 2 Ogos tahun lalu akibat barah.

"Selain menayangkan video yang mengandungi gambar-gambar kami bersama saya juga sempat berkongsi kisah tentangnya kepada peminat yang hadir dan sedikit sebanyak dapat menyentuh hati mereka tentang betapa besarnya kasih ibu terhadap anak-anak," jelasnya.

Tambah Arja lagi, selain sibuk dengan undangan nyanyian bagi mempromosikan single pertamanya, Cerita Pada Mereka, dia juga bakal muncul dengan drama bersiriMisiku Kuza musim kedua dalam masa terdekat.

Suami Fasha Sandha Harap Dikurniakan Seorang Lagi Anak Lelaki

Posted: 12 May 2014 05:23 AM PDT


Fasha memberitahu dia berdiam diri mengenai kehamilan keduanya sebelum ini kerana merasakan masih terlalu awal untuk didedahkan kepada umum. Foto Ihsan FASHA SANDHA.
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha memberitahu suaminya, Rizal Ashram Ramli bahawa dia mengharapkan kandungan keduanya dikurniakan seorang lagi bayi lelaki kerana ingin menubuhkan sebuah pasukan sukan Polo apabila anak-anaknya dewasa kelak.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, biarpun kehamilannya itu tidak dirancang namun dia dan suaminya begitu gembira dan teruja dengan rezeki diberikan Allah kerana anak adalah harta dunia dan akhirat buat mereka berdua.

"Alhamdulillah suami gembira dengan berita kehamilan saya dan mengharapkan agar dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki untuk dijadikan sebuah pasukan Polo.

"Sekarang sudah ada tiga (suami, Rayqal dan Rayfal) jadi perlukan seorang lagi untuk lengkapkan satu pasukan Polo kerana sukan itu memerlukan empat pemain. Insya Allah, apa pun saya terima," katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki Putra Rayfal Ramli yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sikap berdiam diri mengenai kehamilan tersebut sebelum ini, Fasha berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan masih terlalu awal untuk dikongsi kepada peminat.
Bahagia...Fasha bersama suami dan anak-anak ketika melancong ke luar negara baru-baru ini. Foto Instagram Fasha.

Namun kata Fasha, keadaan perutnya yang kelihatan besar daripada sebelum ini membuatkan peminat mengetahui lebih awal sebelum dia sempat berkongsi berita gembira itu dengan mereka.

Sementara itu, Fasha berkata, usia kandungannya kini sudah mencecah tiga bulan dan dia dijangka bersalin pada pertengahan November depan.

Kata Fasha, kehamilannya kali ini dipermudahkan kerana dia tidak mengalami sebarang alahan atau pun mengidam perkara-perkara pelik seperti kebiasaan wanita hamil.

"Alhamdulillah setakat ini kandungan berada dalam keadaan baik dan jantina anak masih lagi belum kelihatan dan mungkin pada pemeriksaan selepas ini baru akan nampak.

"Bagaimanapun saya tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan kerana paling penting anak yang dilahirkan nanti sempurna dan sihat," katanya.
Fasha dijangka bersalin pada pertengahan November depan.

Dalam perkembangan sama, Fasha berkata, dia akan menyelesaikan sebuah projek drama bersiri dengan TV3 berjudul Selamat Pengantin Madu sebelum mengambil peluang untuk berehat dan memberikan tumpuan kepada kandungannya.

"Kebetulan dalam drama 13 episod itu saya memainkan peranan watak isteri yang mengandung dan selepas selesai penggambaran saya akan berehat," ujarnya.

Selain Selamat Pengantin Madu, Fasha juga sibuk dengan peranannya sebagai duta produk Slim World dan Avon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories