RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Erin Malek Temui Cinta Baharu Menerusi Instagram

Posted: 13 May 2014 04:43 AM PDT


Erin mengakui dia kini sedang berada dalam fasa bahagia kerana sudah bertemu dengan lelaki idamannya.
KUALA LUMPUR: Juara program Fear Factor Malaysia musim kedua, Erin Malek mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai 'F' sejak empat bulan lalu selepas bertemu di laman sosial Instagram.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, dia tidak menyangka bertemu dengan lelaki tersebut menerusi laman sosial itu selepas setahun dia memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya.

"Permulaan kami agak lucu apabila kami bertemu di Instagram selepas saya secara tidak sengaja melihat profilnya dan dari situ kami mula berkenalan menerusi internet.

"Bagaimanapun kesibukan kami dengan kerjaya masing-masing membuatkan hasrat untuk berjumpa sering tergendala sehinggalah pada suatu hari kami bersetuju untuk bertemu dan segala-galanya bermula pada saat itu," jelasnya kepada mStar Online.

Erin ditemui ketika menghadiri majlis tayangan episod kemuncak Fear Factor Malaysia (FFM2) musim kedua yang diadakan di Restoran Picknik di Publika di sini pada Ahad.

Pelakon itu muncul sebagai juara FFM2 bersama pasangannya Redha sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.
Erin dan Redha berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 selepas bergelar juara program Fear Factor Malaysia musim kedua.

Dalam pada itu, Erin berkata, biarpun jarak usia mereka berbeza sebanyak 10 tahun namun dia selesa berkawan dengan lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai seorang yang matang, romantik dan penyayang.

Malah Erin turut menyifatkan 'F' sebagai cinta hatinya dan memberitahu sudah bersedia untuk menamatkan zaman solonya dengan lelaki itu biarpun masih muda.

"Saya tertarik dengan kematangannya sebagai seorang lelaki dan paling penting dia tidak menghakimi tentang apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini.

"Pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan soal umur bukan satu masalah kerana paling penting kita bertemu dengan orang yang tepat dan sesuai.

"Berdasarkan pengalaman lalu saya sudah malas untuk bercinta lama-lama kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana dan 'F' adalah cinta hati yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita," tuturnya.

Pun begitu kata Erin, itu bukan bererti dia akan berkahwin dalam masa terdekat sebaliknya sebagai seorang dewasa dia realistik dengan keadaan dan meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Bagaimanapun dia tidak menafikan ada berbincang tentang soal perkahwinan dengan teman lelakinya sebelum ini dan berharap peminat mendoakan kebahagian mereka berdua.

Dalam perkembangan lain, Erin berkata, selain bakal muncul dengan musim terbaharu drama bersiri Misiku Kuza bersama Arja Lee dan Hairul Azreen, dia juga akan terlibat dengan beberapa buah telefilem dan drama bersiri sehingga penghujung tahun ini.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan semakin murah tambah-tambah lagi selepas kejayaan Misiku Kuza dan program Fear Factor Malaysia," jelasnya. 

Elfira Loy Perjelas Dakwaan Masalah Disiplin

Posted: 13 May 2014 04:42 AM PDT


Elfira anggap dakwaan tidak berdisplin tidak jejaskan reputasinya sebagai pelakon.
PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy menjelaskan bahawa kegagalannya untuk hadir pada beberapa sesi latihan dan pelancaran teater Di Bawah Lindungan Kaabah adalah kerana terikat dengan komitmen lain.

Bagaimanapun, Elfira, 20, berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak produksi sebelum dia bersetuju untuk terlibat dengan pementasan tersebut.

"Saya akui banyak kali tidak datang latihan teater ini kerana dialog dan babak saya tidak banyak pun, ketika pihak penerbit menawarkan saya untuk terlibat dengan pementasan ini, saya sudah beritahu awal-awal tentang komitmen lain.

"Kalau dalam perjanjian saya boleh bertolak ansur untuk teruskan projek ini biarpun saya sibuk, kenapa mereka perlu berkira," katanya kepada mStar Online.

Elfira berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa dia tidak memberi komitmen terhadap teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang berlangsung bermula 9 hingga 18 Mei ini di Panggung Sari Istana Budaya.
Elfira membawakan watak Zainab ketika remaja dalam pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah.


Dia juga dikatakan disenaraikan oleh pihak produksi sebagai artis yang pada awalnya ingin digugurkan daripada pementasan tersebut.

Tambah Elfira, dia agak terkilan apabila berita tersebut hanya diketahui melalui surat khabar dan media sosial tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Ketika tahu tentang berita ini saya agak terasa hati juga kerana mereka tidak berjumpa saya sendiri sebaliknya memberitahu pihak media terlebih dahulu, kalau mereka anggap saya bawa masalah dan mereka ingin gugurkan sekalipun saya tidak kisah.

"Namun, saya anggap perkara ini tidak menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon kerana orang yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana cara saya bekerja," katanya.

Dalam pada itu, Elfira yang membawakan watak sebagai Zainab remaja ini berkata kontroversi tersebut tidak menganggu fokus lakonannya dalam pementasan teater yang kini sedang berlangsung.
Pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula pada 9 hingga 18 Mei di Panggung Sari Istana Budaya. 
Antara pelakon lain yang terlibat ialah Nasha Aziz, Adi Putra, Yasmin Hani dan Fizo Omar.

Istana Budaya Minta Pelawak Tidak Sentuh Isu Agama Dalam Persembahan

Posted: 13 May 2014 04:40 AM PDT


Mohamed Juhari (dua dari kiri) bersama barisan pelakon Dry Comedy Night: Where's The Water pada sidang media yang berlangsung di Istana Budaya pada Isnin. 
KUALA LUMPUR: Pelawak di negara ini dinasihatkan agar meletakkan batasan selain tidak menyentuh sebarang isu sensitif terutamanya soal agama dan kaum dalam persembahan mereka terutamanya di pentas Istana Budaya.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, semua produksi yang diberi peluang mengadakan persembahan di pentas berprestij seperti Istana Budaya perlu mematuhi garis panduan ditetapkan agar tidak timbul sebarang konflik biarpun ia sekadar jenaka.

"Saya berharap mana-mana pementasan komedi tempatan supaya menjaga sensitiviti terutamanya melibatkan agama, kaum dan perkara sensitif lain agar ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Tanpa menyentuh sebarang isu sensitif tidak bererti sesuatu pementasan komedi tidak akan mendapat sambutan sebaliknya beberapa persembahan seperti Lawak Ker Deryang dipentaskan di Panggung Sari mendapat sambutan cukup hebat," katanya.

Mohamed Juhari ditemui ketika majlis sidang media persembahan komedi berbahasa Inggeris iaitu Dry Comedy Night: Where's The Water di Sri Nilam, Istana Budaya pada Isnin.

Dry Comedy Night: Where's The Water yang menampilkan lima pelawak terkenal iaitu Harith Iskander, Jason Leong, Keren Balan, Douglas Lim dan Rizal Van Geyzel bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 23 Mei ini pada pukul 8.30 malam.
Barisan pelawak yang bakal menggamatkan Dry Comedy Night: Where's The Water iaitu Keiran (paling kiri), Jason Leong, Harith Iskander, Douglas Lim dan Rizal Van Geyzel.

Dalam pada itu, Harith selaku pelawak dan salah seorang penerbit pementasan berkenaan berkata, pihaknya akan memastikan acara itu nanti akan mematuhi garis panduan selain tidak menyentuh isu sensitif.

Jelas Harith, biarpun idea asal pementasan itu berdasarkan krisis air yang melanda negara baru-baru ini namun kelima-lima mereka tidak akan memberikan tumpuan kepada perkara itu sahaja sebaliknya pelbagai komedi akan ditampilkan kepada penonton yang hadir.

"Ia mungkin berdasarkan isu air yang melanda negara baru-baru ini tetapi ia bukan semata-mata mengenai perkara itu kerana setiap pelawak ditampilkan mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Malah saya berani jamin bahawa kami akan memberikan lawak bersih pada persembahan itu nanti," ujarnya.

Sementara itu, Harith berkata, pada malam itu nanti kelima-lima mereka akan tampil secara solo pada set pertama manakala pada set kedua mereka bakal bergabung untuk beberapa segmen seperti 'No Life-Jacket Comedy', 'Improv-games', Unplanned Set List: Stand Up Without a Net' dan Joke Theif.

"Tambah Harith, kesemua kami akan menghiburkan penonton secara spontan tanpa sebarang latihan dan ia pasti akan mengujakan," jelasnya.

Tiket bagi menyaksikan Dry Comedy Night: Where's The Water dijual pada harga RM70, RM100, RM140, RM180 dan RM220 dan tempahan boleh dibuat menerusi www.ezitix.net atau www.ticketpro.com.my atau boleh hadir ke kaunter tiket Istana Budaya.

Astro Ria Lancar hlive!

Posted: 13 May 2014 04:39 AM PDT



KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro pada Isnin melancarkan program hiburan terbaharu berjudul hlive! yang bakal bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 1 petang dan 8.30 malam di Astro Ria saluran 104.
Naib Pengerusi Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, hlive! menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini. 
"Rangka strategi dan pendekatan menyeluruh telah disusun menggunakan kelebihan jentera promosi yang Astro miliki merangkumi penyiaran secara on air, laman portal, penerbitan digital, acara jelajah atau lapangan, radio, perkhidmatan aplikasi serta perkhidmatan Astro On-The Go.

"Bagi memantapkan pengisian, hlive!  juga bekerjasama dengan pihak E! News untuk membawakan liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif," katanya pada sidang media pelancaran hlive! di Stadium Chin Woo, di sini, malam Isnin.

Program ini bakal dikemudikan oleh empat pengacara baru yang berbakat besar iaitu Dahlia Shazwan, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan Alif Farhan.

Sementara itu, program eksklusif hlive! Apa Kata Malaysia akan diterajui oleh Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara dan bakal bersiaran langsung setiap Ahad, pukul 8.30 malam bermula 25 Mei ini.

"Pemilihan pengacara untuk program ini amat bersesuaian berdasarkan kepada karekter mereka yang bersahaja dan menarik menepati konsep dan penonton sasaran program ini.

"Walaupun keempat-empat masih baru, kami percaya kesemua mereka mampu mengemudikan program ini dengan cara tersendiri," ujarnya.

Antara segmen menarik yang boleh ditonton menerusi hlive! ialahTweet Nakal, 15 Soalan, Di Sebalik..., Fakta atau Propa, dan Pilihan H.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories