RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kecewa Dituduh 'Gila Talak', Adam (AF2) & Fiza Mungkin Rujuk Semula

Posted: 14 May 2014 06:08 AM PDT


Adam AF2 akui masih sayang bekas isterinya Fiza Abdul Halim.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Adam AF2 mengakui sedang dalam proses memikirkan untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, pelakon Fiza Abdul Halim, 33, selepas sah bercerai talak satu pada 28 April lalu.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengakui masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak menolak jodoh untuk kembali bersama dalam tempoh edah selama tiga bulan ini.

"Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh.

"Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan bahawa mereka merancang untuk kembali membina rumah tangga semula dan memperbaiki kesilapan masing-masing.

Dalam pada itu, Adam mengakui sering berhubung dan mengambil berat tentang bekas anggota kumpulan Elite itu selepas berpisah.

Dia juga menyelar dakwaan segelintir pihak yang menganggap mereka sebagai 'gila talak' kerana ingin bersatu semula.

"Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah.

"Saya tidak ambil peduli orang kata kami 'gila talak', mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak 'gila talak' sekalipun kami punya pasal," katanya.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Manakala pada 28 April lalu kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin.

Tasha Shilla Tertekan Dihina Peminat

Posted: 14 May 2014 06:07 AM PDT


Tasha Shilla harap peminat tidak kawal hubungan cintanya dengan Han.
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan kekasihnya,Han Chen Wong.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27, berkata, peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.

"Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.

"Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali dia memuat naik gambar bersama kekasihnya.

Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Sementara itu, Tasha yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan mengakui, sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.

Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.

"Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya," katanya.

Tulisan Di Baju T Bukan Biadab - Sharifah Sakinah

Posted: 14 May 2014 06:06 AM PDT


sharifah sakinah
Sharifah Sakinah akui letih dengan tanggapan negatif masyarakat yang sering mencaci dirinya.
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Sakinah menganggap tulisan pada baju T yang sering dipakainya dan beberapa artis bukanlah sesuatu yang biadab sebaliknya sebagai menyokong kempen kecergasan yang dijalankan.

Sakinah atau Syarifah Nurul Sakinah berkata, baju tersebut dibuat untuk memberi kesedaran dan strategi pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan menyertai kumpulan senaman yang baru ditubuhkannya.

"Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat.

"Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika ditanya tentang kontroversi dan tomahan masyarakat terhadap baju T dengan tulisan yang dianggap menggunakan kata-kata biadab. Ia dikeluarkan di laman Instagram miliknya bagi tujuan promosi.

Antara tulisan berkenaan ialah "jogging sampai kentut", "cantik tak bontot saya" dan "energetic ting tong".

Dalam pada itu, Sakinah berkata dia tidak pernah mengambil peduli tentang kritikan dan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.

"Bohonglah kalau saya kata tidak penat dengan cacian masyarakat tetapi saya tidak kisah dan malas untuk ambil pusing.

"Saya buat tidak tahu sahaja kerana kalau saya melawan nampak saya seperti mereka terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," ujarnya.

Sementara itu, Sakinah baharu sahaja selesai penggambaran filem Pekak dan bakal memulakan penggambaran drama bersiri dalam masa terdekat ini.

Neelofa Buka Bisnes Bukan Ikut Trend Artis

Posted: 14 May 2014 06:04 AM PDT


Neelofa kini sibuk uruskan perniagaan Lofalens yang baru dilancarkan minggu lalu.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menjelaskan dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan bukan kerana mengikut trend sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan selebriti ketika ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, dia mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan sejak berusia 20 tahun iaitu sebelum bergelar artis.

"Saya bukan sengaja ikut-ikut orang untuk buka bisnes, sebaliknya saya memang seorang yang dibesarkan dalam keluarga bisnes dan sentiasa berfikiran ke arah itu.

"Saya mula serius berniaga ketika berumur 20 tahun yang mana duit hasil daripada iklan kormersial, saya laburkan untuk perniagaan kasut secara dalam talian. Ketika itu saya belum lagi jadi pelakon," katanya kepada mStar Online.
Setakat ini, Neelofa mempunyai empat buah perniagaan berlainan yang diusahakan sendiri dan bersama keluarga.

Dia juga menjadikan populariti yang dikecap dalam dunia seni sebagai platform untuk membina jenamanya tersendiri.

"Saya ada empat produk iaitu Bellavita dan Naelofar Abaya yang diusahakan bersama kakak dan ibu saya, manakala Bokkita Hijab dan Lofalens saya usahakannya sendiri.

"Sebenarnya tujuan saya masuk dalam industri seni kerana saya mahu cari platform untuk branding nama saya untuk produk yang saya keluarkan," ujarnya.

Tambah Lofa, dia mendapat lebih kepuasan dan cabaran dalam usaha membina empayar perniagaannya berbanding bidang lakonan.

Dalam pada itu dia mengakui bidang perniagaan berhadapan dengan risiko yang tinggi dan memerlukannya untuk sentiasa berwaspada.

"Saya sudah fikir tentang risiko dan perkara buruk yang boleh terjadi. Contohnya kalau orang nak kenakan saya dan tuduh produk saya sebagai bermasalah.

"Oleh itu saya sudah bersedia dengan semua kemungkinan," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupan peribadi, pengacara rancangan Nona  ini mengakui sebagai wanita dia mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.

Bagaimanapun dia tidak merancangnya dalam waktu terdekat berikutan terlalu banyak komitmen terhadap perniagaanya.

"Siapa yang tidak mahu kahwin? Selepas terlibat dalam kerjaya lakonan, kemudiannya bisnes dan sasaran seterusnya ialah berkahwin.

"Tetapi jika saya berkahwin sekarang ia tidak adil kepada pasangan kerana saya terlalu sibuk dan bagaimana untuk menguruskan hal rumah tangga nanti," jelasnya.

Suria FM Sokong Kempen Pulangkan 276 Pelajar Nigeria Diculik

Posted: 14 May 2014 06:03 AM PDT


suria fm
Petugas Kumpulan Radio Star menyokong kempen Bring Back Our Girls.
PETALING JAYA: Suria FM menyokong usaha mengadakan kempen agar 276 pelajar perempuan sebuah sekolah di Nigeria yang diculik militan Bako Haram pada April lalu dipulangkan kepada keluarga masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar berkata, kempen yang dikenali sebagai Bring Back Our Girls yang dimulakan sejak awal Mei lalu adalah salah satu bentuk petisyen dalam talian yang bertujuan menyeru masyarakat dunia agar menyokong usaha berkenaan.
"Perlu bagi kita untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen ini bagi mewujudkan kesedaran dan memainkan peranan sebagai sebuah badan media. Doa dan  ingatan kami ada bersama kanak-kanak yang hilang dan juga keluarga mereka," katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Anne Hathaway
Anne Hathaway

Kempen Bring Back Our Girls bermula apabila seorang peguam di Nigeria memuat naik status di Twitter sehingga menjadi bualan ramai.

Ia turut disokong oleh orang berpengaruh di dunia seperti Michelle Obama, Malala Yousafzai, Hillary Clinton, Ellen DeGeneres, Amy Poehler, Miranda Kerr, Gisele Bundchen, Anne Hathaway, Usher, Mary J. Blige dan The Rock.

Mereka memuat naik gambar masing-masing dengan kertas yang bertulis#BringBackOurGirls dengan harapan kanak-kanak berkenaan segera dijumpai dalam keadaan selamat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories