RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tasha Shila rimas dihentam peminat

Posted: 18 May 2014 07:58 AM PDT


  • Tasha Shila

BERKONGSI salah, tidak berkongsi pun salah! Mungkin itulah yang dirasai oleh aktres berbakat besar, Tasha Shilla apabila tindakannya berkongsi gambar dan kisah peribadi menyebabkan dia lebih dicemuh peminat.

Apatah lagi, kekasih Tasha yang bukan beragama Islam, membuatkan ramai peminatnya lebih senang menghentam dari memuji.

Ini membuatkan Tasha merasa rimas dengan tindakan sesetengah peminatnya yang gemar 'berlebih-lebih' mengenai perihal kehidupan peribadinya.

"Tipulah  kalau saya tidak rimas dan tertekan dengan komen-komen negatif yang ditujukan kepada saya.

Mana-mana komen yang kurang ajar memang saya akan 'block'," jelasnya ketika di minta mengulas mengenai tindakan beberapa peminat yang menghentam hubungan cintanya bersama ahli tinju, Han Chen Wong menerusi laman Instagram.

Menurut Tasha, sebagai manusia biasa dia tidak perlu terlalu memikirkan hinaan mahu pun tohmahan peminat terhadap dirinya.

"Dalam soal ini saya lebih menyayangi diri sendiri. Saya tidak perlu menjaga hati peminat kerana saya ada hak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja pilihan saya.

"Kalau benar-benar meminati saya, sepatutnya mereka terima saya seadanya dan bukannya mengawal diri saya. Lagi pun ke dua belah keluarga merestui hubungan kami," tegasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Tasha turut menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya menaja perniagaan kekasih hatinya itu.

"Memang keluarga dia ada perniagaan tapi saya memang tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul.

"Sebenarnya, saya sendiri yang banyak belajar daripada keluarga dia mengenai selok-belok perniagaan dan khabar angin ini memang tidak benar," ulasnya.

Bataskan karier lakonan selepas berkahwin

Akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Tasha memberitahu dia akan mengurangkan aktiviti lakonan untuk memberi fokus pada perniagaan keluarga kekasihnya.

"Apa yang pasti saya tidaklah akan berhenti berlakon kerana itu memang minat saya. Cuma selepas berkahwin saya perlu bataskan sedikit aktiviti lakonan.

"Kami telah berbincang mengenai perkara ini dan keluarga dia pun setuju," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 'Maafkan Aku Tak Sempurna' untuk slot Akasia, TV3.

Beralih pada karier seninya, Tasha memberitahu lebih selesa menerima tawaran satu persatu memandangkan dia kini bergerak sendiri menguruskan kerjaya lakonannya.

"Sebenarnya sudah lebih kurang setahun saya uruskan karier sendiri tanpa pengurus peribadi. Tapi itu tidak menjadi masalah buat saya kerana sudah terbiasa.

"Sebelum ada pengurus pun memang saya terima tawaran satu-persatu. Jadi kalau ada syarikat produksi yang masih mahukan saya, mereka perlu ikut jadual saya," katanya yang kini sedang mencari calon pengurus peribadi yang bersesuaian.

KRU Pertaruh Bakat Baharu ZieBella

Posted: 18 May 2014 07:56 AM PDT


ZieBella dianggotai oleh dua adik-beradik.
PETALING JAYA: KRU Music memperkenalkan sebuah kumpulan duo ZiaBella yang dianggotai dua beradik iaitu Nurul Shazia dan Nurul Salsabila dengan single pertama mereka berjudul Sesuatu Yang Tak Mungkin.

Menurut Nurul Shazia atau ingin dikenali sebagai Zia, single itu merupakan ciptaan komposer muda iaitu Aida Abdul Rahman dengan genre pop balada.

"Single ini bersesuaian dengan vokal kami dan saya yakin akan menjadi medium remaja untuk menzahirkan perasaan mereka dalam percintaan mahupun sebarang perkara yang berkait rapat dengan remaja.

"Ia mengisahkan tentang seorang insan yang menyayangi kekasihnya, namun dikecewakan selepas pasangannya pergi meninggalkan dia tanpa alasan. Akibat tragedi itu, dia tetap tidak berputus asa dan masih terus mengharapkan kekasihnya kembali," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang nama ZieBella, ia adalah gabungan nama antara dia dan adiknya Nurul Salsabila atau Bella.

Pasangan ini pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian dan realiti  Bintang RTM pada 2012.

Katanya, kehadiran mereka dalam industri seni tanah air mampu memberi nafas baharu dan secara tidak langsung menjadi ikon kepada remaja dengan imej yang disampaikan.

"Kami sedar ramai penyanyi wanita berbakat dalam industri, namun kehadiran kami adalah untuk memeriahkan lagi dunia seni dengan memberi kelainan dan cara tersendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, lagu Sesuatu Yang Tak Mungkin telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian YouTube KRU Music.

Lagu ini juga turut dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories